The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SILA BACA KANDUNGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG, LAPORAN AKTIVITI & PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020 SEBELUM MASUK MESYUARAT PADA MALAM INI.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cjarifaie, 2021-10-23 03:16:24

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42/2020

SILA BACA KANDUNGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG, LAPORAN AKTIVITI & PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020 SEBELUM MASUK MESYUARAT PADA MALAM INI.

Keywords: MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN MOHAMAD SAMAN
TANDOP, 05400 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN

MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

KALI KE-43/2021

Dirasmikan oleh :

ENCIK AZLAN BIN SAAD
GURU BESAR SK DATO’ WAN MOHAMAD SAMAN

TARIKH:
23 OKTOBER 2021 (SABTU)

MASA:
9.00 MALAM

TEMPAT:
DI PLATFORM I GOOGLE MEET

“Budaya Muafakat Membawa Berkat”

1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN MOHAMAD SAMAN
TANDOP, ALOR SETAR, KEDAH

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42/2020

TARIKH: 11 MAC 2020
HARI: RABU
MASA: 2.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SAYYIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

I. MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT AGUNG

1. NYDP PIBG, Encik Mohd. Sayuti melantik Encik Azrul Hafiz sebagai Pengerusi sementara
Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 42.

2. Pengerusi mengucapkan salam dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. kerana para
waris dapat hadir dalam mesyuarat pada kali ini demi kebaikan anak-anak mereka.

II. MELANTIK 5 ORANG PENCATAT MINIT

3. Jawatankuasa PIBG telah melantik 5 orang pencatat minit iaitu Puan Nurulhafizah binti
Fadil, Puan Rosita binti Mohd Salleh, Puan Khadijah binti Md Saad, Puan Munira binti Ali
Ahmad dan Puan Khalijah binti Suid.

III. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-41

4. Pn. Che Jamilah bt Ahmed Rifaie (Setiausaha PIBG) membentang Minit Mesyuarat
Agung yang lalu dari muka surat 3 hingga muka surat 8.

5. Pengerusi meminta semua ahli menyemak Minit Mesyuarat Agung Kali ke-41.
6. Tiada sebarang pertanyaan, bantahan atau cadangan daripada ahli PIBG berkenaan

minit mesyuarat yang lalu.
7. Pengerusi meminta pengesahan daripada ahli-ahli agar minit mesyuarat yang lalu diterima

dan disahkan.
Disahkan oleh: Encik Mohd Razali Bin Hassan
Disokong oleh: Puan Junaidah Binti Johari

IV. PERKARA BERBANGKIT
8. Tiada perkara berbangkit.

2

V. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2019

9. Pn. Che Jamilah bt Ahmed Rifaie (Setiausaha PIBG) membentangkan laporan aktiviti
persatuan tahun 2019 yang terdapat pada muka surat 4.

10. Pengerusi meminta pengesahan daripada ahli-ahli agar laporan aktiviti tahun 2019
diterima dan disahkan.
Disahkan oleh: Pn. Norfatihah binti Ahmad
Disokong oleh: Pn. Tarjamahan binti Taib

VI. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

11. En. Mohd Sobri bin Mohammad Salim (Bendahari) membentangkan penyata kewangan
PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019 seperti yang tercatat pada muka surat 10
hingga 11.

12. Encik Wan Ahmad meminta penjelasan tentang bayaran kewangan Fun Run kepada En
Hasanuddin Senapi yang dimasukkan sementara ke dalam akaun PIBG. Selain itu beliau
juga bertanya tentang bayaran Motor Pam air dan bayaran selenggara tandas sekolah.

13. En Mohd Sobri (Bendahari PIBG) memberi penjelasan bahawa bayaran motor pam air dan
bayaran selenggara tandas sekolah adalah untuk baiki pam air dan baiki tandas yang
tersumbat. Bendahari juga menjelaskan bahawa wang Fun Run tersebut adalah dari
kutipan sumbangan yang dibuat oleh En Hasanuddin Bin Senapi sendiri untuk membiayai
aktiviti Fun Run yang disertai murid-murid SKDWMS yang diuruskan olehnya, dan wang
tersebut hanya dimasukkan sementara ke dalam akaun PIBG dan perlu diisytiharkan.

14. Pengerusi meminta pengesahan daripada ahli-ahli agar penyata kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 Disember 2019 diterima.

Disahkan oleh: Pn. Norfatihah binti Ahmad
Disokong oleh: Pn. Tarjamahan binti Taib

3

VII. PERBAHASAN USUL

15. Usul 1: Daripada En. Muhammad Firdaus bin Ahmad Fizal
i. Harga makanan di kantin tidak berpatutan contohnya ais krim Malaysia RM 1
untuk sebatang.

JAWAPAN:
Pihak sekolah ada mendengar rungutan daripada waris. En Azrul (pengerusi mesyuarat)
memaklumkan akan membincangkan hal ini dengan pihak sekolah dan pihak kantin serta
akan memaklumkan kepada pihak Jabatan Kesihatan untuk membuat pemantauan makanan
yang dijual di kantin sekolah ini.

16. Usul 2: Daripada En. Mohd Razali bin Hassan
i. Kaji semula/buat pemantauan kualiti dan kuantiti makanan di kantin terutama
makanan RMT.

JAWAPAN:
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Encik Zainol Abidin menjelaskan isu jualan ais krim
telah diambil tindakan. Selain itu isu makanan RMT setelah dibuat kajian hanya makanan
berunsurkan ayam sahaja yang disukai oleh murid-murid. Ini kerana pihak kantin pernah
menghidangkan makanan lain seperti pizza, sandwic dan lain-lain serta buah-buahan,
kesannya banyak makanan yang tidak habis dimakan dan terpaksa dibuang ke dalam tong
sampah. Jadi pihak kantin menyediakan jus menggunakan buah-buahan tersebut
bagi menggalakkan murid-murid makan buah-buahan.

i.

17. Usul 3: Daripada En.Razali bin Hassan
i. Keselamatan - iaitu penutup longkang di luar kawasan sekolah rosak
ii. Tandas murid dan longkang sekolah kotor.

JAWAPAN:
En.Hisham Bin Musa, Penolong Kanan Pentadbiran, mengucapkan terima kasih atas
usul yang pertama. Pihak sekolah akan mengambil tindakan segera.
Bagi usul yang kedua iaitu isu tandas dan kawasan persekitaran, Encik Hisham Bin Musa
menjelaskan bahawa sekolah kita mempunyai banyak tandas dan setiap aras bangunan
mempunyai dua tandas jadi masalah ini timbul kerana sekolah hanya mempunyai tiga orang
pekerja sahaja dan agak berat untuk mereka mencuci tandas 2 kali sehari kerana pekerja juga
terpaksa membuat kerja-kerja lain seperti menyapu di koridor bangunan, membuang sampah,
mencuci longkang dan lain-lain kerja pembersihan. Walau bagaimanapun pihak sekolah akan
cuba sedaya upaya mengambil tindakan agar isu berkenaan selesai.

4

18. Usul 9: Daripada Pn. Nor Zurinawati binti Mohd Fauzhi.
i. Penambahbaikan tandas murid lelaki dan perempuan

JAWAPAN:
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zainol Abidin menjelaskan tekanan air di sekolah
ini memang rendah dan bagi menyelesaikan masalah tersebut pihak sekolah telah membeli
pam untuk meningkatkan tekanan air selaras dengan penggunaan tandas. Pihak Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) juga memberi peruntukan sebanyak RM8000 untuk baikpulih
tandas yang tersumbat, malangnya keadaan tandas tersumbat berulang lagi. Beliau memohon
para waris maklumkan kepada anak-anak supaya sama-sama menjaga tandas sekolah dan tidak
membuang botol dan benda yang dilarang ke dalam lubang tandas.

Maklum balas daripada Guru Besar iaitu Puan Faridah Binti Salleh - untuk tandas murid yang
rosak, pihak sekolah telah membuat permohonan demi permohonan kepada Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) untuk penambahbaikan dan selenggaraan. Guru Besar meminta waris memberi
cadangan membuat penambahbaikan dari segi apa. Puan Zurina mencadangkan supaya dibuat
gotong-royong PIBG untuk membersihkan tandas bersama-sama.

-- Usul-usul yang dibentangkan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Makluman: Semua ahli

VIII. PERLANTIKAN YDP PIBG BAHARU
19. Pengerusi majlis memaklumkan bahawa YDP telah meletak jawatan secara rasmi pada
Disember 2019 yang lalu dan segala keputusan PIBG dibuat oleh NYDP dan AJK PIBG
sahaja.

20. Lantikan YDP PIBG yang baharu.
• Encik Zahir Bin Ibrahim mencadangkan Encik Azrul Hafiz bin Abu Yazid dan
disokong oleh Puan Che Jamilah
• Ustazah Aisyah Binti Mohd Saad mencadangkan Encik Mohd. Sayuti bin Junus dan
disokong oleh Encik Wan Ahmad
• Encik Wan Ahmad mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Puan
Tarjamahan binti Taib.
• Setelah membuat undian, majlis mesyuarat sebulat suara memilih Encik Azrul Hafiz
bin Abu Yazid sebagai YDP PIBG SKDWMS yang baharu, dan Encik Mohd Sayuti
bin Junus kekal sebagai Naib Yang DiPertua PIBG.

5

IX . HAL-HAL LAIN

21. Encik Zainol Abidin membangkitkan isu pengisian data APDM yang mana ramai waris
tidak mengisi pendapatan. Hal ini menyebabkan ramai murid yang layak tidak dapat
menerima wang bantuan persekolahan RM100. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
memohon kerjasama waris menulis pendapatan dengan jelas dan lengkap.

22. Encik Hisham Bin Musa Penolong Kanan Pentadbiran membangkitkan isu kehadiran murid
yang sering dipandang remeh. Ketidakhadiran menyebabkan murid ketinggalan dalam
pelbagai hal. Peratus kehadiran sekolah ialah 93% dan sepatutnya 95% dan ke atas. Loceng
akan berbunyi jam 7.30pagi, Penolong Kanan Pentadbiran memohon waris menghantar
murid lebih awal. Kelewatan murid menyebabkan murid akan didenda. Pihak sekolah telah
ambil pendekatan berkunjung ke rumah murid untuk memantau ketidakhadiran murid.
Kegagalan hadir tiga hari berturut-turut, pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran
kali-1, ketidakhadiran 20 hari amaran kali ke-2 dan 40 hari surat amaran kali ke-3 akan
dikeluarkan dan ketidakhadiran seterusnya pihak sekolah akan mengeluarkan surat berhenti
sekolah. Banyak urusan perlu dibuat oleh waris apabila surat berhenti sekolah
dikeluarkan.dan mohon kerjasama waris agar lebih prihatin atas ketidakhadiran murid
kerana ini merupakan hala tuju kejayaan pada masa hadapan anak-anak mereka.

23. Guru Besar menyatakan program Wakaf sekolah amat banyak membantu sekolah untuk
menjalankan pelbagai pembangunan dan penambahbaikan. Sebanyak RM9124 telah
berjaya dikutip. Guru Besar memohon para waris meneruskan program tersebut di masa
depan kerana program ini banyak membantu sekolah.

24. Selain itu program Sehari Sekupang akan tetap diteruskan dan akan terus masuk ke akaun
PIBG. Program ini dapat memupuk sikap suka menderma dalam diri murid walaupun
nilainya kecil namun lama-lama akan menjadi besar.

25. Encik Mohd. Sayuti mencadangkan waris memberi sumbangan RM50 sebulan untuk
peruntukan makanan bagi seorang murid (Tabung Wakaf Makanan). Ini adalah usaha
membantu murid yang kurang berkemampuan untuk menerima bantuan dari segi makanan.

6

26. Ustazah Siti Aisyah bt.Mohd Saad mencadangkan supaya pihak sekolah memberi tender
kepada pengusaha kantin yang baharu memandangkan tempoh perkhidmatan pengusaha
kantin sekarang sudah terlalu lama iaitu 9 tahun. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
menjelaskan bahawa tender kantin dibuka kepada orangramai, tapi seramai 5 orang
pengusaha sahaja yang memohon tender. Namun akhirnya Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Setar memilih Teras Arena juga memandangkan permohonannya yang cukup syarat yang
dikehendaki. Tender kantin akan dibuka semula pada tahun hadapan, jadi sesiapa yang
berminat boleh memohon.

X UCAPAN PENANGGUHAN

Ucapan YDP PIBG
27. Encik Azrul Hafiz selaku YDP PIBG SKDWMS yang baharu mengucapkan ribuan

terima kasih kepada waris-waris serta guru-guru SKDWMS atas kepercayaan
melantik beliau sebagai Yang DiPertua PIBG. Nostalgia kepada beliau kerana
pernah bersekolah di SK Dato’ Wan Mohamad Saman bermula dengan adanya
dewan kayu pada suatu ketika dulu kepada keadaan sekarang tersergamnya sebuah
dewan batu seperti yang ada pada hari ini.

28. Waris merupakan tulang belakang dalam membangun dan memajukan pendidikan
anak-anak di sekolah. AJK PIBG dan para guru sahaja tidak mampu melaksanakan
semua tanggungjawab tanpa sokongan daripada pihak waris.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Che Jamilah binti Ahmed Rifaie Azrul Hafiz bin Abu Yazid

………………………………………… …………………………………..
(CHE JAMILAH BT AHMED RIFAIE) (AZRUL HAFIZ B. ABU YAZID)

Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG

SK Dato’ Wan Mohamad Saman SK Dato’ Wan Mohamad Saman

7

LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020 - 2021

1. Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama 2020
Tarikh: 12 JANUARI 2020

2. Mesyuarat AJK PIBG kali Ke-2 2020
Tarikh: 26 FEBRUARI 2020

3. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42/2020
Tarikh: 11 MAC 2020

4. Pemberian Bantuan Zakat kepada waris terkesan daripada
guru-guru SKDWMS semasa PKP.
Tarikh: 5 MAC 2021

5. Mesyuarat AJK PIBG kali Pertama 2021
Tarikh: 7 MAC 2021

6. Pemberian Bantuan Zakat Peranti untuk PdPR murid.
Tarikh: 28 JULAI 2021

7. Pemberian Bantuan Sumbangan daripada AJK PIBG, bekas
pelajar dan guru-guru kepada 111 orang murid.
Tarikh: 6 SEPTEMBER 2021

8. Mesyuarat AJK kali Ke-2 2021
Tarikh: 29 SEPTEMBER 2021
(secara maya)

9. Aktiviti Gotong-Royong Persediaan Pembukaan Sekolah oleh
guru-guru SKDWMS.
Tarikh: 3 OKTOBER 2021

10…Mohon dan dapat sumbangan daripada YB Chan Ming Kai
(Ahli Parlimen Alor Setar) untuk baikpulih bilik guru.
Tarikh: 17 OKTOBER 2021

8

PENYATA KEWANGAN PIBG SK DATO' WAN MOHAMAD SAMAN (BANK ISLAM)
(1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020)

BIL PENDAPATAN JUMLAH BIL PERBELANJAAN JUMLAH

1 Baki di Bank Islam ( 1 Januari 2020 ) (RM) 1 Sumbangan Kejohanan Sukan Sekolah (RM)
2 Dividen 11255.22 2 Sumbangan Hiasan Khemah Rumah Sukan 3000.00
3 Sumbangan PIBG (Waris ) 3 Jamuan Mesyuarat Agung PIBG (Waris)
4 Sumbangan PIBG (Guru) 8.75 4 Jamuan Mesyuarat AJK PIBG 600.00
5 Yuran PBS 13140.00 5 Jamuan Mesyuarat Agung PIBG (VIP) 347.00
6 Kutipan Waris Tidak Hadir Mesyuarat Agung PIBG 6 Buku Mesyuarat Agung PIBG 190.00
7 Kutipan Tabung Bergerak Mesyuarat Agung PIBG 1590.00 7 Banner Mesyuarat Agung PIBG 30.00
8 Sumbangan menyertai Fun Run (Bendahari Negeri Kedah) 14600.00 8 Hadiah persaraan Pn Norhayati 180.00
9 Sumbangan untuk sekolah (Bendahari Negeri Kedah) 9 Sumbangan kelas PPKI 120.00
10 Sumbangan Yayasan Taqwa bagi pembelian 'Smartboard' 515.00 10 Bayaran belian peti sejuk kelas PPKI 56.00
11 Sumbangan Pn. Norhayati untuk yuran PIBG 400.00 11 Bayaran kertas A4 (Pejabat & Sekolah) 2000.00
12 Sumbangan En. Engku Afizan 500.00 12 Sumbangan murid hoki ke peringkat daerah 1000.00
13 Sumbangan En. Sayuti 1000.00 13 Sumbangan murid sofbol ke peringkat negeri 4600.00
14 Komisyen Sahabat Tabung Pendidikan Nasional 20000.00 14 Bayaran tambahan sukan sekolah 400.00
15 Sumbangan LZNK untuk Yuran PBS 510.00 15 Sumbangan murid hoki ke peringkat MSSM 250.00
16 Sumbangan LZNK untuk Yuran PIBG 1000.00 16 Hadiah persaraan Pn Habsah 430.00
17 200.00 17 Ink printer' surat mesyuarat agung PIBG 400.00
18 10.00 18 Bayaran Smartboard (PITH Comp. Sdn. Bhd.) 60.00
19 4440.00 19 Sumbangan murid skuasy mewakili peringkat negeri 32.00
20 4950.00 20 Bayaran upah potong pokok kawasan sekolah 19000.00
21 21 Pembelian alat pengukur suhu 100.00
22 22 Belian 'laptop' PIBG (Redtech Line Computer) 100.00
23 23 Bayaran binaan tembok dinding sekolah 380.00
24 Hadiah guru bertukar Pn.Sabrina & En. Md Basir 995.00
25 Hadiah persaraan En Zainol Abidin & Pn Khalijah Suid 2300.00
26 Bayaran peralatan S.O.P pembukaan sekolah 100.00
27 Bayaran meter mesin fotostat 100.00
28 Hadiah guru bertukar En. Hisham 477.10
29 Bayaran LCD 'Projector' sekolah 1884.20
60.00
2550.00
../2

30 Bayaran cop PIBG 32.00

31 Hadiah guru bertukar Pn Khadijah Saad 53.00

32 Bayaran 'Autoscan thermometer' & tapak imbas (Searchnet Sdn. Bhd.) 1650.00

33 Sumbangan murid miskin tegar 500.00

34 Caj buku cek PIBG 7.50

Caj Cek 20.00

Jumlah perbelanjaan tahun 2020 44003.80

JUMLAH BESAR 74118.97 Baki Simpanan di Bank Islam (31 Disember 2020) 30115.17
JUMLAH BESAR 74118.97

Kami telah membuat penyemakan kewangan PIBG 2020, ia didapati sah dan berbetulan

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disemak Oleh:

Mohd Sobri bin Mohammad Salim Mohd Izham bin Osman Munira binti Ali Ahmad
………………………………………………………………. ….………………………………………… …………………………………………
( MOHD SOBRI BIN MOHAMMAD SALIM ) ( MOHD IZHAM BIN OSMAN ) ( MUNIRA BT ALI AHMAD )
Bendahari PIBG SK Dato' Wan Mohamad Saman Pemeriksa Kira-Kira PIBG SKDWMS Pemeriksa Kira-kira PIBG SKDWMS

9

PENYATA KEWANGAN PIBG SK DATO’ WAN MOHD SAMAN
BANK RAKYAT

(1 JAN 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020)

BIL PENDAPATAN JUMLAH (RM) BIL PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

1. Baki di Bank Rakyat (1 Jan 2019) 4170 16 1. Bayaran Langsir Bilik Mesyuarat 3000 00
2. Dividen 57 47 2. Bayaran Peralatan Sekolah Murid Miskin (RM50x10) 500 00
3. Sumbangan Program Wakaf 685 00 3. Bayaran Langsir Bilik Guru Besar 350 00
4. Sumbangan ’Program Back To School’ (Bank Rakyat) 500 00
5. Sumbangan Yayasan Bank Rakyat
1940 00

Jumlah Perbelanjaan Tahun 2020 3850 00

Baki simpanan di Bank Rakyat (31 Disember 2020) 3502 63

JUMLAH BESAR 7352 63 JUMLAH BESAR 7352 63

Kami telah membuat penyemakan penyata kewangan PIBG Bank Rakyat 2020, ia didapati sah dan berbetulan.

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disemak Oleh

Mohd Sobri bin Mohammad Salim Mohd Izham bin Osman Munira bt Ali Ahmad

.......................................................................... ............................................................. ........................................................
(MOHD SOBRI B. MOHAMMAD SALIM) (MOHD IZHAM B. OSMAN) (MUNIRA BT. ALI AHMAD)

10

**TIADA USUL YANG DIBAWA PADA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43.

1.CADANGAN
Waris: NUR HAFIZA BINTI MARJAB @KASSIM
Anak: MUHAMMAD ZARIF SYAFI BIN ABDUL AZIM (2 DEDIKASI)

Pembelajaran secara google meet jika sekolah masih lambat dibuka.

JAWAPAN:
Pembelajaran Google Meet memang dijalankan, tetapi itu ikut kemampuan guru
dan murid-murid. Bila guru buat GM sebahagian saja daripada murid-murid yang
ikuti. KPM pun kalau boleh mahukan semua guru gunakan GM. Selain
pembelajaran GM guru-guru juga dibenarkan menggunakan beberapa kaedah
pembelajaran luar talian ikut kesesuaian dan kemudahan akses talian seperti
aplikasi Telegram, WhatsApp, Youtube dan lain-lain.

2.PERTANYAAN
Waris: AHMAD MUSTAKI BIN DAUD
Anak: AHMAD ADHA BIN AHMAD MUSTAKI ( 4 WAWASAN )

AHMAD IMAN BIN AHMAD MUSTAKI ( 6 DEDIKASI )
Adakah aktiviti kokurikulum akan diadakan selepas pembukaan sekolah
pada bulan November nanti?
JAWAPAN:
Untuk jalankan aktiviti Kokurikulum secara bersemuka bergantung kepada isi
Surat Pekeliling yang akan dikeluarkan oleh KPM nanti.

11


Click to View FlipBook Version