The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by darmengfifie, 2020-11-05 10:36:15

SUKAN DAN PERPADUAN NEGARA KE ARAH MENJADIKAN NEGARA HARMONI

ETIKA DAN PERADABAN

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN

SUKAN DAN PERPADUAN NEGARA KE ARAH MENJADIKAN NEGARA
HARMONI

NAMA PENSYARAH
PUAN NUR KHAMSIAH BINTI ADAN

NAMA PELAJAR NO MATRIK
FIFIE SURIANI BINTI JAFAR 33DFO20F1019
AMMAR RAHIMI BIN ZOOLAMLI 33DFO20F1017
RAJESWARY RAJENDRAN 33DFO20F1032
33DFO20F1027
VAANI A/P CHINNAN 33DFO20F1015
NUR SHAZLIYANA BINTI DURIS

ISI KANDUNGAN

UNIT ISI KANDUNG M/S
1 PENGHARGAAN 1
2 OBJEKTIF TUGASAN 2
3 PENGENALAN 3
4 DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN 4-5
5 TAKRIFAN SUKAN 6-7
6 SEJARAH SUKAN 8
7 JENIS-JENIS SUKAN
8 KEPENTINGAN SUKAN MENGEKALKAN PERPADUAN 9-10
DAN KEHARMONIAN NEGARA 11-12
9
10 KESIMPULAN 13
11 LAMPIRAN 14
SUMBER RUJUKAN 15

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah
s.w.t kerana telah mengurniakan kami dan petunjuk untuk
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tidak dapat
dinafikan bahawa pelbagai rintangan yang telah saya dan
kawan-kawan saya semasa menjalankan tugasan ini. Akibat covid-19
yang telah semakin meningkat di Malaysia , saya dan kawan-kawan
saya terpaksa membuat tugasan ini dalam talian kerana berada
dirumah masing-masing. Namun , atas pertolongan dan rahmatNya
kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna dan telah dihantar tepat
pada tarikh yang ditetapkan.
Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja
ini adalah atas kerjasama pelbagai pihak. Antara mereka termasuklah
orang perseorangan. Mereka yang dimaksudkan ialah rakan
sekumpulan saya yang membantu menyiapkan tugasan ini. Kami
bersama-sama menjalankan tugasan ini dengan penuh semangat dan
bersungguh-sungguh kerana tugasan ini sangat bermakna untuk
kami. Kami berharap tugasan ini dapat memberikan manfaat
kepada puan dan pembaca yang lain.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Puan Kamsiah Binti Adan pensyarah saya kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar eerta penerangan yang sempurna
kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah
dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga , kami
mengucapkan terima kasih kepada puan kerana memberi
kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga
jayanya.
Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan
dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping menjadi
seorang pelajar yang bertanggungjawab dalam melaksanakan
sesuatu tugas dengan cemerlang. Selain itu , harapan kami agar dapat
memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi insan yang berpengetahuan
luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses
pembelajaran malah kepada masyarakat setempat khusunya.

(1)

OBJEKTIF TUGASAN
 Untuk mengeratkan perpaduan negara
 Memajukan ekonomi negara melalui bidang sukan
 Mendorong semua kaum bersatu-padu untuk menjayakan bidang

sukan yang diceburi
 Melahirkan insan yang berbakat
 Menjamin hubungan baik antara negara melalui bidang sukan

(2)

PENGENALAN

Sebenarnya, perkataan ‘Perpaduan‘ berasal daripada kata
akar “padu“, yang bergantung sebagai bercampur untuk
menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, dan
sebagainya. Perpaduan membawa maksud rakyat Malaysia
yang berbilang kaum mesti bersatu padu dalam pelbagai
perkara bagi menyelesaikan masalah yang berlaku,
bekerjasama antara satu sama lain agar menjadi
perhubungan yang erat ataupun kuat antara berbilang kaum
di Malaysia. Masyarakat Malaysia perlu mengamalkan
perpaduan secara wajibnya antara berbilang kaum tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit dengan mengikuti
slogan iaitu ‘ Perpaduan dalam Kepelbagaian’ yang
diiktirafkan oleh Shaharuddin Badaruddin pada tahun 2007.
Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah
bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya
yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar
dapat membendung penindasan seperti di negara-negara
Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur
buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam
membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak
sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan
dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar
untuk mendisiplinkan diri serta sedar tentang kepentingan
bersatu padu. Sebagai rakyat Malaysia, semua perlu
berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam
membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

(3)

DEFINISI SUKAN DAN PERPADUAN
- Definisi Sukan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan untuk pertandingan , keseronokan , pembangunan , kemahiran ,
kecemerlangan , dan sebagainya . Perbezaan tujuan inilah yang
membezakan sifat sesuatu sukan . Misalnya , berenang secara
berasingan dihadapan ribuan penonton akan dikategorikan sebagai
sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau di laut itu adalah
aktiviti rekreasi .
Terdapat pelbagai jenis sukan dan kebanyakkannya mengorbankan
masa , wang , dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta ataupun
sebagai penonton . Selain itu , kita akan kekurangan masa bersama
keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita .

(4)

- Definisi Perpaduan

Perpaduan ialah penyatuan dari darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka .
Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan
manusia . Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun
sains kemasyarakatan .
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza . Dalam masyarakat
ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan
nilai saling menghormati dan menyayangi . Bagi masyarakat yang lebih
kompleks pula , terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang
menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat .

(5)

TAKRIFAN SUKAN

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah . Sebahagian besar kegiatan lapang ,
surat khabar dan televisyen diberikan kepada sukan . Sukan dapat juga
menjadi sumber pendapatan .
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan ialah dengan melihat
kegunaan umum istilah tersebut .
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi :
 Latihan kemahiran berguna secara rekreasi
 Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi
tanda ukuran ( benchmarks ) terdahulu , catatan masa rekod dan dunia .
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah :
 Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan

bukannya untuk melindungi empayar Rom .
 Belayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai

pengangkutan
 Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu , dan

bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas atau lari
daripada ikan lumba-lumba .

(6)

Sukan fizikal menggunakan sifat-sifat seperti kekuatan , stamina ,
kelajuan dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain
contohnya sukan akal yang menggunakan kemahiran berfikir seperti
pemikiran strategik dalam catur . Walaubagaimanapun , rencana ini akan
akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan .
Perbezaan antara sukan , permainan dan latiha . Aktiviti itu akan
dianggap sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran . Permainan
pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada
sukan . Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran
dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan .

(7)

SEJARAH SUKAN

Sejarah sukan kemungkinannya bermula sejak kewujudan manusia
sebagai tujuan bersukan dan makhluk aktif . Sukan merupakan
merupakan cara berguna bagi manusia meningkatkan kelebihan mereka
ke atas alam semula jadi dan persekitaran . Sejarah sukan mampu
mengajar kita banyak perkara mengenai perubahan kemasyarakatan dan
mengenai sifat semula jadi sukan itu sendiri . Sukan kelihatannya
membabitkan asas kemahiran manusia dikembangkan dan dilatih bagi
kemahiran itu sendiri selari dengan kegunaannya . Ia turut menunjukkan
bagaimana kepercayaan masyarakat berubah dan dengan itu terdapat
perubahan dalam peraturannya . Sebenarnya , ketika kita pergi semakin
jauh dari sejarah bukti yang sedikit menjadikan teori mengenai asal dan
tujuan sukan sukar disokong . Sungguhpun bgitu , kepentingannya dalam
sejarah manusia tidak dapat dinafikan .

(8)

JENIS-JENIS SUKAN

 Sukan padang
- Sukan padang di Malaysia boleh dikatakan sebagai sukan utama yang
dilakukan oleh rakyat berbilang kaum dan usia . Sukan padang seperti
bola sepak , hoki , ragbi , bowling padang , golf dan lain lain yang
dimainkan di seluruh pelusuk negara . Terutamanya permainan bola
sepak yang boleh dimainkan hampir dimana sahaja telah menjadi antara
sukan paling popular di Malaysia . Seterusnya , sukan seperti hoki dan
ragbi juga mendapat tempat di kalangan para atlit di Malaysia . Sukan
baru seperti bowling padang dan golf dimainkan oleh golongan yang
berkemampuan kerana kos yang agak tinggi untuk melakukannya .

 Sukan balapan
- Aktiviti-aktiviti ini adalah antara sukan umum yang disertai oleh rakyat
Malaysia di beberapa kejohanan peringkat Asia Tenggara , Asia atau
peringkat Antarabangsa. Sukan seperti lari pecut , lari berganti-ganti ,
lompat kijang , lari berpagar , lompat jauh , lontar peluru , lempar
cakera , lempar lembing , lompat tinggi dan seumpamanya adalah antara
sukan-sukan yang disertai oleh rakyat-rakyat di Malaysia pelbagai kaum .
Hal ini dapat mengeratkan silaturahim dengan kaum yang lain kerana
dapat bekerjasama dalam menjayakan suatu pasukan yang cemerlang .

(9)

 Sukan air
- Di malaysia , sukan air ini juga antara aktiviti yang menarik perhatian
ramai rakyat . Terdapat pelbagai sukan air yang dilakukan di Malaysia
seperti kapal layar , bot laju , kayak , perahu panjang , berenang ,
menyelam , polo air , gimnastik dan snorkling . Sukan-sukan ini biasanya
dimainkan sama ada di pusat akuatik , tasik , kolam , sungai dan laut .
Sukan air di Malaysia juga diperkenalkan sehingga peringkat
antarabangsa. Dengan ini , sukan ini memberikan banyak manfaat
kepada rakyat Malaysia seperti dapat menyatupadukan hubungan
antara satu sama lain .

(10)

KEPENTINGAN SUKAN DALAM MENGEKALKAN KEHARMONIAN
NEGARA

 Sukan dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia

- Hal ini demikian kerana , apabila sesuatu jenis sukan yang diwakili oleh
peserta dalam pelbagai kaum . Mereka sudah tentu akan bekerjasama
dan saling bantu membantu untuk mencapai satu matlamat iaitu
kejayaan . Semasa berada dalam satu kumpulan , akan timbulnya
perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka .
Semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita bermesra antara
pemain dengan pemain . Bak kata pepatah “ Bersatu kita teguh ,
bercerai kita roboh “. Hal ini juga penting untuk mewujudkan perpaduan
antara kaum di negara kita . Selain itu , penonton juga akan merasai
perpaduan antara satu sama lain kerana mereka menyokong pasukan
yang sama dan saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu
keputusan kemenangan . Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk
rakyat membangunkan lagi negara .

 Instrumen penting untuk integrasi masyarakat
- Kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan
untuk meraih kemenangan . Sifat bersatu-padu juga dapat dipupuk
melalui penglihatan dalam kegiatan sukan kerana “ Bulat air kerana
pembentung , bulat manusia kerana muafakat “ Lantaran itu , hubungan
yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat . Para penyokong
juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum disamping
berkongsi minat dalam sukan yang sama . Dengan ini , nilai-nilai
perpaduan seperti bekerjasama , bertolenrasi dan meletakkan
kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat
dilahirkan melalui penglihatan di dalam bidang sukan . Justeru , kegiatan
sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu-padu serta
mengeratkan hubungan .

(11)

 Memanfaatkan masa lapang seseorang
- Masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana
aktiviti ini lazimnya dijalankan pada waktu yang terluang . Dengan cara
demikian , anggota masyarakat tidak membuang masa pada perkara
yang tidak berfaedah . Golongan remaja tiada kesempatan untuk
melepak , menganggotai kumpulan gengster , dan melibatkan diri dalam
penyalahgunaan dadah . Tegasnya , aktiviti sukan dapat mengurangkan
gejala sosial yang boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum kerana
saling tuduh-menuduh antara satu sama lain . Seterusnya , dapat
melahirkan golongan remaja yang berkualiti yang dapat memberikan
sumbangan terhadap perkembangan negara .

(12)

KESIMPULAN

Sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan
antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek
kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di
kalangan rakyat Malaysia. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia
dapat mencerdaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita
selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri
daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan,
dan sebagainya.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun
kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada
pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain
peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi
penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat,
sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara
pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan
imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

(13)

LAMPIRAN
(14)

RUJUKAN
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Fail:20131031_AT14_Heike_Manhart

_9222.jpg
http://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2014/01/fungsi-sukan-dala

m-pembangunan-negara.html?m=1
http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/08/peranan-sukan-dalam-me

nyatupadukan.html?m=1

(15)


Click to View FlipBook Version