KANDUNGAN i. Kandungan 2 ii. Pengenalan 3 Bab 1 : Kesan Stratifikasi Sosial Terhadap Pendidikan 4-6 Bab 2 : Faktor Kepelbagaian Budaya Dalam Konteks Pendidikan 7-9 Bab 3 : Implikasi Stratifikasi Sosial Dan Faktor Kepelbagaian Terhadap Komuniti Sekolah 10-13 Bab 4 : Kesimpulan 13 iii. Lampiran Hasil Dapatan Kajian 14-15 iv. Rujukan 15
PENGENALAN Pendidikan di Malaysia merupakan asas kepada pembangunan negara yang mampan dan inklusif. Walau bagaimanapun, dalam usaha membentuk masyarakat yang adil dan saksama, kita tidak boleh mengabaikan kesan-kesan stratifikasi sosial serta faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya yang mempengaruhi komuniti sekolah di negara kita. Dalam laporan e-book ini, kita akan menjelajahi pelbagai aspek yang berkaitan dengan fenomena ini, yang penting bagi mengekalkan keseimbangan dan keadilan dalam sistem pendidikan Malaysia. Kita akan meneroka bagaimana stratifikasi sosial memberi impak yang tidak dapat diabaikan dalam konteks pendidikan. Di samping itu, kita juga akan menyelidiki faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya yang memberikan landskap yang unik kepada persekitaran pendidikan di Malaysia. Dengan meneliti kesan-kesan stratifikasi sosial dan faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya ini, kita akan dapat memahami implikasi yang kompleks yang berkaitan dengan komuniti sekolah. Ini termasuk impaknya terhadap akses pendidikan yang saksama, pencapaian akademik, serta pembangunan sosial dan identiti murid. Dengan memahami dan mengambil kira faktor-faktor ini, kita dapat membentuk strategi pendidikan yang lebih inklusif dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.
1 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN 1.1 PENGENALAN Pendidikan adalah salah satu bidang yang paling terjejas oleh fenomena stratifikasi sosial dalam masyarakat. Stratifikasi sosial merujuk kepada pemisahan individu ke dalam lapisanlapisan berdasarkan faktor-faktor seperti kelas sosial, pendapatan, dan status. Dalam konteks pendidikan, fenomena ini mengakibatkan ketidakseimbangan dalam akses, peluang dan kejayaan pendidikan antara individu dari lapisan sosial yang berbeza. Berikut dikemukakan kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan. 1.2 SEKOLAH Dalam konteks stratifikasi sosial, institusi sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan akses, peluang, dan kejayaan dalam pendidikan. Penelitian empirikal menunjukkan bahawa terdapat jurang yang ketara antara sekolah berkualiti tinggi dan rendah, yang sering kali berkorelasi dengan kelas sosial. Sekolah yang berkualiti tinggi cenderung terletak di kawasan yang lebih kaya, sementara sekolah yang kurang berkualiti sering terdapat di kawasan yang kurang berkemampuan ekonomi. Fenomena ini memberikan kesan kepada peluang pendidikan bagi pelajar dari lapisan sosial yang berbeza.
Fenomena ini disokong oleh teori Pierre Bourdieu yang menekankan betapa pentingnya modal budaya seperti pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan dalam menentukan kejayaan seseorang dalam pendidikan. Individu dari lapisan sosial yang lebih tinggi sering memiliki lebih banyak akses kepada modal budaya ini, yang memberi mereka kelebihan dalam persekitaran pendidikan. Oleh itu, kesenjangan pendidikan yang disebabkan oleh stratifikasi sosial turut berkait rapat dengan ketidakseimbangan akses terhadap modal budaya ini. Selain itu, institusi sekolah juga memainkan peranan dalam memperkukuh struktur stratifikasi sosial dengan memperkukuh status sosial melalui akses yang tidak merata terhadap pendidikan berkualiti. Analisis data kuantitatif seperti analisis prestasi sekolah dan korelasi geografi antara lokasi sekolah dan kelas sosial dapat membantu memahami kesenjangan pendidikan yang berkaitan dengan stratifikasi sosial. Di samping itu, pendekatan kualitatif seperti temu bual dengan pelajar, guru dan ibu bapa dari lapisan sosial yang berbeza dapat memberikan wawasan yang mendapat tentang mekanisme sosial yang terlibat dalam proses stratifikasi sosial dalam institusi sekolah. Temu bual dengan pelbagai pihak memberikan wawasan yang penting tentang bagaimana stratifikasi sosial mempengaruhi pendidikan. Dalam temu bual dengan pendidik, mereka mengakui perbezaan dalam sumber daya antara sekolah-sekolah dari lapisan sosial yang berbeza, dengan sekolah-sekolah di kawasan yang lebih kaya cenderung memiliki lebih banyak sumber daya berbanding sekolah di kawasan kurang berkemampuan. Ibu bapa juga menyatakan kesedaran mereka akan ketidakadilan dalam akses kepada pendidikan berkualiti berdasarkan kedudukan ekonomi mereka, dan keinginan untuk melihat perubahan yang lebih adil dalam sistem pendidikan. Di samping itu, temu bual dengan pelajar memberikan pandangan langsung tentang pengalaman mereka dengan stratifikasi sosial dalam pendidikan. Pelajar menyuarakan kefahaman mereka terhadap ketidakadilan dalam ketidakseimbangan sumber daya dengan peluang di antara sekolah-sekolah, serta menggariskan cabaran-cabaran yang mereka hadapi dalam mencapai kejayaan akademik.
1.3 KELUARGA Kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan dalam konteks keluarga merupakan fenomena yang telah mendapat perhatian serius dari kalangan akademik dan pengkaji sosial. Faktor stratifikasi sosial seperti taraf sosioekonomi sesebuah keluarga telah dikenal pasti sebagai salah satu penentu dalam menentukan akses, peluang , dan hasil pendidikan anak-anak di sekolah. Taraf sosioekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan yang positif, iaitu semakin tinggi taraf sosioekonomi ibu bapanya, semakin tinggi kecenderungan untuk mereka memiliki lebih banyak sumber daya pendidikan, termasuk akses yang lebih mudah kepada buku, kursus tambahan, dan fasilitas pembelajaran yang lebih berkualiti. Sebaliknya, keluarga dengan taraf sosioekonomi yang rendah menghadapi cabaran dalam mengakses sumber daya pendidikan yang serupa. Terdapat sejumlah besar bukti-bukti hasil dari penyelidikan lain yang mengesahkan terdapatnya hubungan yang kuat antara taraf sosioekonomi dan pencapaian akademik. Taraf sosioekonomi bukan sahaja penentu yang tepat bagi pencapaian kanak-kanak di sekolah, tetapi ia juga merupakan satu penyebab terhadap ketidakhadiran, ponteng, keciciran, kemunduran dalam pelajaran atau peluang untuk menjadi memimpin di sekolah, penglibatan dalam aktiviti luar bilik darjah, jumlah hari bersekolah dan lain-lain ciri kejayaan yang terdapat di sekolah. Menurut Boocook (1980) di dalam bukunya Sociology Of Education : An Introduction menyatakan bahawa hubungan antara taraf sosioekonomi keluarga dan pencapaian akademik telah dapat dilihat dalam tiap-tiap kelompok masyarakat berdasarkan kajian dan penelitian di sekolah. Perkara ini juga diperkukuhkan lagi dalam penulisan ini dengan hasil soal selidik yang telah di buat berdasarkan pandangan dari pendidik, ibu bapa dan juga murid. Fenomena ini boleh disimpulkan sebagai sesuatu yang kerap kali dapat dilihat di semua sekolah. Dalam konteks ini, terdapat kecenderungan untuk melihat ketidakseimbangan pendidikan antara keluarga dengan status sosial yang berbeza, yang akhirnya memperkuat dan mempertahankan ketidakadilan sosial. Oleh itu penting untuk mengakui kepentingan faktorfaktor stratifikasi sosial dalam memahami dinamika pendidikan dalam konteks keluarga. Langkah-langkah pembangunan yang berorientasikan kesamarataan dan penyamarataan peluang pendidikan perlu diambil untuk mengatasi jurang yang berterusan dalam sistem pendidikan.
2 FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KONTEKS PENDIDIKAN 2.2 PENGENALAN Menurut Norfazila (2019) sosiobudaya ialah amalan gaya hidup dan peradaban dalam sesuatu masyarakat yang bersumber daripada pegangan dan kecenderungan individu dalam masyarakat tersebut terhadap pembangunan sosial dan kehidupan. Kepelbagaian sosiobudaya merangkumi elemen seperti bangsa, bahasa, adat resam, jantina, kaum, struktur masyarakat, dan kepercayaan. Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia, kepelbagaian budaya diamalkan oleh setiap kaum. Misalnya perayaan Hari Raya Aidilfitri, yang merupakan perayaan kaum Melayu, juga dihayati dan diraikan oleh kaum lain. Konsep sosiobudaya mengacu kepada kajian atau pemahaman tentang bagaimana budaya dan faktor-faktor sosial saling berinteraksi dalam masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran pembelajaran dan kejayaan pelajar. Dalam topik ini, kita akan melihat kepada faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks pendidikan. Antaranya ialah :
2.3 BAHASA Faktor bahasa memainkan peranan penting yang mencerminkan kepelbagaian sosiobudaya di sesebuah negara. Malaysia dikenali dengan kepelbagaian bahasa yang unik, di mana Bahasa Melayu bertindak sebagai bahasa kebangsaan sementara bahasa-bahasa etnik seperti Cina, Tamil, Iban, dan lain-lain juga digunakan secara meluas dalam masyarakat. Tambahan pula, bahasa Inggeris turut mendapat perhatian sebagai bahasa kedua yang penting dalam pendidikan dan perniagaan. Keadaan multibahasa ini mencerminkan budaya mutikulturalisme yang kaya di Malaysia, di mana pelbagai bahasa digunakan dalam interaksi harian, di sekolah, di tempat kerja, dan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Faktor-faktor ini memberikan peluang untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya serta mewujudkan cabaran dan peluang dalam pendidikan bahasa. Keputusan mengenai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan juga memberi kesan terhadap pemahaman, kecekapan, dan kejayaan pelajar, serta mencerminkan kepelbagaian sosiobudaya dan politik di Malaysia. Oleh itu, pemahaman yang mendalam terhadap faktor bahasa ini penting dalam merangka pendidikan bahasa yang inklusif dan berkesan bagi semua pelajar di Malaysia. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan hasil temu bual yang telah dilakukan terhadap responden yang dipilih iaitu ibu bapa dan pendidik. Berikut merupakan salah satu hasil temu bual yang telah dijalankan terhadap responden :
Kajian ini menyediakan bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan tentang kepelbagaian bahasa dan pengaruhnya dalam konteks pendidikan di Malaysia. Melalui analisis ini kita dapat memahami dengan lebih baik bagaimana faktor bahasa mempengaruhi proses pembelajaran dan kejayaan pelajar dalam meraih kemahiran berbahasa. Ianya juga memberikan pandangan yang berharga untuk merancang strategi dan dasar-dasar pendidikan yang lebih inklusif dan berkesan. 2.4 KEPERCAYAAN DAN AGAMA Kepercayaan merujuk kepada keyakinan yang kuat terhadap sesuatu, terutamanya dalam hal-hal rohani. Manakala, agama pula membawa maksud keimanan kepada ajaran dan prinsip-prinsip agama yang diikuti. Setiap kumpulan etnik atau bangsa mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri yang sangat penting dalam cara hidup dan identiti mereka. Malaysia istimewa kerana ia adalah sebuah negara yang menganut dasar pemerintahan berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Menurut Perlembagaan Persekutuan, semua agama di Malaysia diberi hak untuk mengamalkan kepercayaan mereka, dengan Raja-Raja memainkan peranan penting sebagai pemimpin agama di negeri masing-masing. Penggunaan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara dilihat sebagai sesuatu yang membantu menyatukan masyarakat yang berbilang budaya dan agama. Faktor sosiobudaya dari aspek kepercayaan dan agama memainkan peranan penting dalam konteks pendidikan. Hal ini kerana, pendidikan tidak hanya berkaitan dengan pengetahuan akademik, tetapi juga membentuk sikap, nilai, dan identiti individu. Dalam konteks Malaysia yang pelbagai budaya dan agama, pengintegrasian nilai-nilai sosiobudaya, kepercayaan, dan agama dalam pendidikan adalah penting untuk memupuk pemahaman, penghargaan, dan toleransi antara pelajar dari latar belakang yang berbeza. Institusi-institusi pendidikan di Malaysia sama ada dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi harus menghormati dan memahami kepelbagaian budaya, kepercayaan, dan agama di kalangan pelajar. Perkara ini melibatkan penyediaan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai tradisi, perayaan, dan nilai-nilai kepercayaan yang berbeza. Dengan cara ini, pelajar dapat memahami dan menghargai keunikan setiap budaya dan agama tanpa diskriminasi. Selain itu juga, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penting untuk kita memperkenalkan dan mengintegrasikan unsur-unsur sosiobudaya, kepercayaan, dan agama dalam kurikulum. Hal ini boleh dilakukan dengan menyelitkan kandungan yang berkaitan dengan tradisi, adat istiadat, serta nilai-nilai moral dan spiritual yang diasaskan oleh kepercayaan dan agama yang berbeza. Hal ini membantu meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang kepelbagaian budaya dan agama, sekali gus memupuk sikap hormat dan toleransi.
3 IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL DAN FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH 3.1 PENGENALAN Implikasi stratifikasi sosial dan faktor-faktor sosiobudaya memainkan peranan penting dalam membentuk komuniti di sekolah yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat kepada lapisan-lapisan berdasarkan faktorfaktor seperti kelas sosial, pendapatan, pendidikan, dan pekerjaan. Di dalam konteks pendidikan, stratifikasi sosial boleh memberi impak kepada peluang pendidikan, sokongan akademik, dan persepsi terhadap kejayaan pelajar. Faktor-faktor sosiobudaya pula seperti budaya, agama, bahasa, serta nilai-nilai masyarakat turut memainkan peranan penting dalam membentuk komuniti di sekolah. Kecenderungan untuk berkumpul bersama individu yang berkongsi latar belakang sosiobudaya yang serupa boleh mencipta persekitaran di mana pelajar merasa selesa dan diterima. Namun, pada masa yang sama, ia juga boleh mencetuskan pembahagian dan ketegangan antara kumpulan-kumpulan yang berbeza. Pada halaman ini, kita dapat melihat hasil dapatan kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual untuk menyelidik dan menganalisis bagaimana stratifikasi sosial dan faktor-faktor sosiobudaya mempengaruhi interaksi dan dinamika dalam komuniti di sekolah. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai budaya seperti Malaysia, pemahaman terhadap implikasi stratifikasi sosial dan faktor-faktor sosiobudaya dalam konteks pendidikan sangat penting untuk memastikan keadilan, keberkesanan, dan keharmonian dalam sistem pendidikan.
3.2 IMPLIKASI STRATIFIKASI SOSIAL DAN FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Stratifikasi sosial menyebabkan perbezaan yang ketara dalam akses kepada peluang pendidikan. Pelajar dari lapisan sosial yang lebih tinggi mungkin mendapat akses kepada sumber daya pendidikan yang lebih baik seperti pusat tuisyen, buku rujukan, dan teknologi pendidikan yang moden. Ini memberi mereka kelebihan dalam pencapaian akademik berbanding dengan pelajar dari lapisan sosial yang rendah. Selain itu, perbezaan sosiobudaya juga memberi kesan terhadap interaksi sosial di dalam sekolah. Budaya nilainilai yang berbeza dari setiap etnik boleh menyebabkan ketegangan atau konflik antara pelajar. Pemahaman yang kurang terhadap budaya etnik lain juga boleh menyebabkan stereotaip dan prasangka yang tidak sepatutnya. Stratifikasi sosial dan sosiobudaya juga mempengaruhi pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah. Guru perlu peka terhadap kepelbagaian latar belakang pelajar dan mencipta persekitaran yang inklusif di mana setiap pelajar merasa diterima dan dihormati. Ini termasuk menggunakan pelbagai bahan pengajaran yang merangkumi budaya dan pengalaman pelajar-pelajar dari semua lapisan sosial dan etnik. 3.3 HASIL DAPATAN KAJIAN i. Pentadbir Berdasarkan soal selidik dan sesi temu bual yang telah dilakukan terhadap beberapa orang pihak pentadbir, mereka umumnya memahami bahawa wujudnya stratifikasi sosial dalam masyarakat juga tercermin dalam komuniti di sekolah. Mereka mengakui bahawa perbezaan lapisan sosial memainkan peranan penting dalam menentukan askes kepada pelbagai sumber daya dan peluang pendidikan. Bagi pentadbir yang progresif, mereka melihat kean stratifikasi sosial ini sebagai cabaran yang perlu diatasi dengan langkah-langkah strategik yang menyokong keadilan dan kesaksamaan dalam pendidikan. Pihak pentadbir juga mengakui bahawa kepelbagaian sosiobudaya adalah satu realiti dalam komuniti sekolah. Mereka mengambil pendekatan yang proaktif dalam mempromosikan keharmonian dan integrasi antara pelbagai latar belakang sosiobudaya, dengan menggalakkan program-program yang mendorong pemahaman dan saling menghormati di kalangan pelajar, guru, dan ibu bapa.
ii. Guru Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, bagi guru, kesedaran terhadap stratifikasi sosial turut menjadi satu faktor yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka menyedari bahawa pelajar dari lapisan sosial yang berbeza mungkin mempunyai keperluan dan cabaran yang berbeza dalam pembelajaran. Guru yang peduli akan cuba untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dan menyediakan sokongan tambahan kepada pelajar yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang sosial atau ekonomi mereka. Beberapa orang guru juga menekankan betapa pentingnya pengurusan kepelbagaian sosiobudaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, mereka berusaha untuk mencipta persekitaran yang inklusif dan menyokong perkembangan semua pelajar, tapa mengira latar belakang sosial atau budaya. Dengan penglibatan aktif dalam aktivitiaktiviti kokurikulum dan penggunaan kaedah yang pelbagai, guru berusaha untuk mempromosikan pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian. iii. Ibu Bapa Ibu bapa turut menyedari wujudnya stratifikasi sosial dan kesan yang berkaitan dengannya dalam komuniti sekolah. Bagi sesetengah ibu bapa, terutamanya yang berasal dari lapisan sosial yang lebih rendah, mereka mungkin mengalami kebimbangan mengenai akses dan sokongan yang diberikan kepada anak-anak mereka dalam konteks pendidikan. Oleh itu, mereka mungkin lebih peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keadilan pendidikan dan kesaksamaan peluang anak-anak mereka. Mereka juga mengakui kepentingan kerjasama antara rumah dan sekolah dalam menyokong pembangunan pelajar. Bagaimanapun, terdapat juga kebimbangan mengenai kesan perbezaan sosiobudaya terhadap pengalaman pendidikan anak-anak. Oleh itu, mereka mendesak untuk peningkatan komunikasi antara ibu bapa, guru, dan pentadbir dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kepelbagaian dalam komuniti sekolah.
3.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN i. Pemerkasaan Guru Guru yang lebih berdaya saing dapat mengatasi cabaran-cabaran yang timbul daripada kepelbagaian sosial dan budaya dalam bilik darjah dengan baik. Dengan latihan dan sokongan yang mencukupi, guru dapat memahami keperluan pelajar dari lapisan sosial yang berbeza dan menguruskan bilik darjah dengan cara yang membolehkan semua pelajar merasa diterima dan dihormati. ii. Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan teknologi dapat membantu mengatasi ketidakseimbangan dalam akses kepada sumber daya pendidikan antara pelajar dari lapisan sosial yang berbeza. Dengan akses kepada bahan pengajaran yang lebih interaktif dan disesuaikan, pelajar dari lapisan sosial yang kurang berkemampuan juga dapat memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih berkualiti. iii. Penglibatan Komuniti Melibatkan komuniti dalam pendidikan membantu menyediakan sokongan yang diperlukan kepada pelajar dari lapisan sosial yang mungkin berkemampuan. Hal ini termasuk menyediakan bantuan kepada keluarga yang memerlukan, memperluaskan akses kepada sumber daya pendidikan di peringkat komuniti, dan mengukuhkan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat. 4.0 KESIMPULAN Secara keseluruhan, stratifikasi sosial dan kepelbagaian sosiobudaya memainkan peranan yang penting dalam konteks pendidikan di Malaysia. Faktor-faktor ini mempengaruhi akses, kejayaan, dan pengalaman pendidikan pelajar, dengan implikasi yang meluas terhadap komuniti sekolah. Stratifikasi sosial menyebabkan ketidakseimbangan dalam akses dan kualiti pendidikan antara golongan sosioekonomi yang berbeza, sementara kepelbagaian sosiobudaya menimbulkan cabaran dalam pengurusan bilik darjah dan penyampaian kurikulum yang inklusif.
iii LAMPIRAN HASIL DAPATAN KAJIAN i.Soal Selidik Menggunakan Google Form RESPONDEN BANGSA RESPONDEN SOALAN SOAL SELIDIK i.Interprestasi Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam pandangan di kalangan responden, khususnya dalam kalangan ibu bapa. Ini menunjukkan keperluan untuk lebih meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang pengaruh stratifikasi sosial dan faktor sosiobudaya dalam komuniti sekolah, khususnya dalam kalangan ibu bapa.
ii. Soal Selidik Secara Kaedah Temu Bual iv. RUJUKAN Efendi, A. (2021, August 7). Pengertian Sosiologi Pendidikan: Fungsi, Tujuan Dan ciri-cirinya. tirto.id. https://tirto.id/pengertian-sosiologi-pendidikan-fungsi-tujuan-dan-ciri-cirinya-gio6 Gunawan, A. H. (2000). Sosiologi pendidikan: Suatu analisis sosiologi tentang pelbagai problem pendidikan. Idrul, Rozeha, & Azlifah. (2024, January 10). Sosiologi dalam Pendidikan. Free Flip Book Maker; PDF to HTML5 Page Flipping Book & Digital Publishing | AnyFlip. https://anyflip.com/uwztq/tzwc/basic Mannheim, K., & Stewart, W. A. (1997). An introduction to the sociology of education. Taylor & Francis. Nasution, S. (1983). Sosiologi pendidikan. Nuraedah, S. (2022). undefined. Nas Media Pustaka. Weber, M. (1978). Economy and society: An outline of interpretive sociology. University of California Press.