Cetakan Pertama, 2020
Diterbitkan oleh:
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PAYA RUMPUT
78300 MASJID TANAH
MELAKA
Tel: 06-3843703
Faks: 06-3843700
©2020 Kolej Komuniti Masjid Tanah
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan
dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Kolej Komuniti
Masjid Tanah, Kementerian Pengajian Tinggi.
Student Handbook Sijil Sistem Komputer & Rangakaian
Kolej Komuniti Masjid Tanah 2020
Kementerian Pengajian Tinggi
ISI KANDUNGAN 1
2
Coretan Pengarah 3
Maklumat KKMT 4
Visi & Misi 7
Objektif Kualiti KKMT 8
Dasar Kualiti 9
Carta Organisasi Pengurusan 10
Carta Organisasi Unit SSK 11
Fasiliti 12
Maklumat Program 13
Sinopsis program 14
Prospek kerja
Objektif Program Pengajian (PEO) 15
Hasil Pembelajaran Program (PLO)
Struktur Program 16
Informasi Kursus Wajib
Informasi Kursus Teknikal 17
Penganugerahan & Sistem Gred
Aktiviti Pelajar 32
Penghargaan
45
46
47
Coretan Pengarah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya Student
Handbook Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) dapat
diterbitkan untuk rujukan semua pihak. Tahniah diucapkan kepada
semua pihak yang telah berusaha ke arah penerbitan buku ini.
Student Handbook ini adalah penting agar menjadi rujukan utama
pelajar dalam mendapatkan maklumat berkenaan Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) dan seterusnya membantupelajar dalam
merancang pengajian ‘pelajar’di Kolej Komuniti Masjid Tanah
(KKMT). Kepada para pelajar KKMT semoga Student Handbook
ini, dapat memberi manfaat dan seterusnya menjadi panduan
penting untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Saya doakan agar semua pelajar akan berusaha dengan
sebaikya dalam pengajian di KKMT.
Semoga sentiasa cemerlang, ‘tak kira dimana anda bermula, yang
penting dimana anda berakhir’.
Sekian Terima Kasih,
LT. KOL BERSEKUTU (PA) ZAIDI BIN OTHMAN
PENGARAH
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
MAKLUMAT KKMT
Kolej komuniti Masjid Tanah (KKMT) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej
Komuniti Alor Gajah (KKAG). KKAG ditubuhkan pada 1 Mac 2003 dan mula
beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd
Zin, Alor Gajah, Melaka. Pada 7 Jun 2005, operasi KKAG telah berpindah ke
kampus yang baru yang terletak di parlimen Masjid Tanah. Bermula pada Jun
2008 Kolej Komuniti Alor Gajah (KKAG) dikenali sebagai rasmi sebagai Kolej
Komuniti Masjid Tanah (KKMT) pada Jun 2008.
Laman web: kkmasjidtanah.mypolycc.edu.my
Emel : [email protected]
FB page: Kolej Komuniti Masjid Tanah
No Telefon: 063843703, No Faks: 063843700
2
PIAGAM PELANGGAN
745
DASAR KUALITI
KKMT adalah komited membangunkan potensi pelajar di dalam bidang
Teknologi Komputer, Landskap, Railways dan Elektrik ke arah kecemerlangan
dengan mematuhi keperluan kualiti MS ISO 9001:2015 melalui
penambahbaikan holistik secara berterusan.
Dasar kualiti yang dibangunkan akan disampaikan agar difahami oleh
organisasi dan disemak supaya bersesuaian dengan matlamat organisasi.
7
CARTA ORGANISA
KOLEJ KOMUNITI MASJI
ZAIDI BIN OTHMA
PENGARAH (DH 5
NOR KHAIRI BIN MOHAMAD ALI
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
(DH 44)
UNIT PEPERIKSAAN DAN UNIT AKADEMIK DAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR
PENILAIAN PENDIDIKAN BERTERUSAN
MOHD FITRI BIN AB RASID HAMIDAH BT SITI ZANARIA
PEGAWAI PEPERIKSAAN MOHAMED SHAH MUHAME
PEGAWAI PEMBANGUNAN
(DH44) PELAJAR (DH44) PEGAWAI PENGA
(DH41)
TN. HJ. HASAN B MOHD MOHAMAD AIZAT BIN MOHD HAMDA
SHARIF SHAMSUDIN ABDUL RAZ
PEGAWAI B
PENSYARAH PENDIDIKAN PEGAWAI PSIKOLOGI
SEPANJANG HAYAT, (S41) DAN SUKAN
PPPT DH54
NOR SHIFA BINTI IBRAHIM UNIT KOLABORASI DAN
PENSYARAH, KEUSAHAWANAN
PEGAWAI PENSYARAH PENDIDIKAN
SEPANJANG HAYAT,
PENDIDIKAN PPPT DH44
PENGAJIAN TINGGI
DH29 – DH54 (47) NURUL HIDAYAH BINTI
AHMAD ALEMI
PEGAWAI PERHUBUNGAN
INDUSTRI DAN ALUMNI (DH44)
ZURAIDA BINTI OSMAN
PEGAWAI PENERANGAN
DH44
MARIATI BINTI AHMAD
PEGAWAI KHIDMAT
PELANGGAN (N22)
ASI
ID TANAH
AN
52)
NORAZAMIMAH BINTI MAK JIM
TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN
(DH 44)
UNIT PEMBANGUNAN UNIT PENTADBIRAN DAN
KEWANGAN
AH BT SAIFUL SHAH RIZAM BIN ISKANDAR BIN RABAN
ED AB AZIZ PENOLONG PEGAWAI
AMBILAN
) PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)
PEMBANGUNAN (JA29)
AN BIN SUSIE ANAK BIRONG RAHIMAH BINTI SELAMAT
ZAK PEMBANTU TADBIR (P/O) PEMBANTU TADBIR (P/O)
BELIA
(S41) (N22) (N19)
N NORAZLINI BT MAT JUSOH NURNADIAH BT ABDULLAH
PEMBANTU TADBIR (P/O) PEMBANTU TADBIR (P/O)
(N19) (N19)
NORASHIKEN BT NORDIN NORSHAHHIRA BT JAAFAR
PENOLONG AKAUNTAN PENOLONG AKAUNTAN
(W29) (KEWANGAN) (W29)
NORDIN BIN MAIN MOHD FAUZI BIN MANSOR
PEMBANTU OPERASI (N11) PEMBANTU OPERASI (N11)
UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT AZMI BIN SHA'ARI HAFIDZ BIN TALIB
DAN KORPORAT PEMANDU KENDERAAN PEMANDU KENDERAAN
(H11) (H11)
MOHD SUKRI BIN ROSNAH BT DOLAH
AB. RAHMAN PEMBANTU
PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI PUSTAKAWAN (S22)
MAKLUMAT (F29)
MARINA BINTI LOD
JURUTEKNIK KOMPUTER
(FT22)
CARTA ORGANISASI
UNIT SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN
ZAID
MASMULIANA BT ROZALI BIN NOR KHAI
BORHAN IBRAHIM TIMB
(
PENSYARAH PENSYARAH
HALI
KET
MOHD ZAMRIE
BIN SALEH
PENSYARAH
DI BIN OTHMAN MOHD RIZAL BIN RAUDHAH
PENGARAH DOLAH NOORA'ARIFFAH
BINTI ABU BAKAR
IRI BIN MOHAMAD ALI PENSYARAH
BALAN PENGARAH PENSYARAH
(AKADEMIK)
IZA BINTI HARON
TUA PROGRAM
NAJDIAH BINTI
ARIS
PENSYARAH
FASILITI DI
KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
10
MAKLUMAT PROGRAM
11
SINOPSIS PROGRAM
Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada
teknologi komputer dan rangkaian yang terkini. Pelajar akan memperolehi
pengalaman bagaimana untuk menyediakan dan menyelenggara sistem
komputer dan rangkaian. Pelajar berkemampuan untuk menguruskan projek
berkenaan dengan komputer dan rangkaian. Program ini menawarkan modul
teras Asas Pengaturcaraan, Asas Sistem Digit, Asas Elektrik dan Elektronik,
Senibina Komputer, Asas Komunikasi dan Rangkaian, Pengenalan
Pembangunan Laman Web, Sistem Pengoperasian Komputer, Pengenalan
Pangkalan Data, Teknologi Rangkaian, Keselamatan Komputer, Pentadbiran
Rangkaian, Baikpulih dan Penyenggaraan Komputer dan Pentadbiran
Server.Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana
akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran
secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan
bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Sistem
Komputer dan Rangkaian.
12
PROSPEK KERJA
13
OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN
(PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES) - PEO
14
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
(PROGRAMME LEARNING OBJECTIVES) - PLO
15
STRUKTUR PROGRAM
16
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : PENGAJIAN MALAYSIA 1
KOD KURSUS: MPU 1152
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar tentang Sejarah Negara,
Masyarakat Malaysia, Sistem Pemerintahan Negara, Perkembangan Sosio
Ekonomi Negara dan Dasar-Dasar Negara. Kursus ini adalah bertujuan untuk
melahirkan graduan yang mempunyai identiti kebangsaan dan semangat
patriotisme yang unggul. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan
dalam bentuk kuliah, tugasan, peperiksaan dan pengalaman pembelajaran
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan kepelbagaian dalam masyarakat yang dapat
mengukuhkan
perpaduan; [C3, PLO3)
2. Menghuraikan proses pembinaan negara bangsa yang dapat
menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan identiti kebangsaan
ke arah mengukuhkan semangat patriotisme; (C4, PLO4)
3. Merumuskan faktor-faktor yang membina hubungan dan interaksi
sosial dalam masyarakat. (A4, PLO5)
17
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : WORKPLACE ENGLISH
KOD KURSUS : MPU 1101
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Workplace English helps learners to increase their ability to use the English language
to communicate in various work situations. This course equips learners with the basic
language skills they need to communicate with their superiors and subordinates in
a formal and an informal environment, and deal with customers at the workplace.
HASIL PEMBELAJARAN
By the end of this course, students should be able to:-
1. Use appropriate forms of language in workplace expressions and customer
relation skills [C3, PLO 1]
2. Respond appropriately in ideas and opinions [A2, PLO 5]
3. Apply appropriate form of language in processes and procedures [A2, PLO 5]
18
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : COMMUNICATIVE ENGLISH
KOD KURSUS : MPU 1181
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Communicative English helps learners to increase their ability to use the English
language to communicate in various situations in the community. This course equips
learners with basic communicative skills such as greetings and introductions,
instructions and directions, descriptions and business telephone skills. This course
not only facilitates learners to communicate orally, but also in writing.
HASIL PEMBELAJARAN
By the end of this course, students should be able to:-
1. Use appropriate forms of language in greetings and introductions as well as in
instructions and directions [C3, PLO 1]
2. Apply appropriate forms of language in description [A2, PLO 5]
3. Apply appropriate forms of language in telephone skills [A2, PLO 5]
19
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : BAHASA KEBANGSAAN A
KOD KURSUS : MPU 1212
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A menawarkan kemahiran berbahasa dari
aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis sesuai dengan tahap intelek
pelajar, serta meningkatkan kecekapan berbahasa dalam konteks rasmi dan tidak
rasmi.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan asal – usul Bahasa Melayu [C2, PLO 1]
2. Menunjukkan kaedah bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
dalam komunikasi lisan [A2, PLO 4]
3. Menyediakan pelbagai teks penulisan berdasarkan ejaan dan tatabahasa yang
betul [A4, PLO 4]
20
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : KEUSAHAWANAN
KOD KURSUS : MPU 1222
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran secara teori
dan amali mengenai definisi dan konsep keusahawanan. Pelajar akan
mempelajari kemahiran ke arah keusahawanan dengan memahami produk,
peletakan harga, promosi, pengagihan dan kewangan.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan boleh:
1. Menjelaskan konsep asas keusahawanan. (C4, PLO1)
2. Mencadangkan idea perniagaan secara offline dan online. (A3, PLO8)
3. Menyediakan Kos Pelaksanaan Projek dan Pengiraan Untung Rugi Perniagaan.
(A4, PLO8)
21
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : KEMAHIRAN INSANIAH
KOD KURSUS : MPU 1231
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Kursus Kemahiran Insaniah ini mengandungi pembelajaran dan latihan bagi
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan
maklumat, mengamalkan kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi, kemahiran
kepimpinan dan kerja berpasukan serta pembangunan kerjaya.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :
1. Menerangkan kepentingan kemahiran yang dipelajari iaitu Pembelajaran
Sepanjang Hayat dan Kemahiran Pengurusan Maklumat serta Kemahiran
Komunikasi. [C1, PLO 1]
2. Menampilkan kebolehan berkomunikasi dalam pembangunan kerjaya [A2, PLO 5]
3.Mengurus projek yang dipertanggungjawabkan secara berkesan bersama
pasukan. [A5, PLO 5]
22
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM 1
KOD KURSUS : MPU 1311
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Pendidikan Islam 1 berteraskan kepada lima topik iaitu Tasawwur Islam, Konsep
Aqidah, Konsep Ibadah,Ibadah-ibadah Khusus dan Akhlak Islamiah. Ia bertujuan
melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti menghayati ilmu yang
dipelajari dan membentuk pelajar yang berakhlak mulia menurut syariat Islam,
membimbing pelajar melaksanakan ibadah-ibadah khusus dengan betul dan
sempurna dan melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri muslim dan mampu
menghadapi cabaran.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh:-
1. Menerangkan konsep Islam sebagai cara hidup (ad-din), konsep akidah dan
ibadah dalam Islam.(C1, PLO 1)
2. Menunjuk cara bersuci, solat dengan tepat.(P3, PLO 2)
3. Mengaplikasi konsep akhlak mahmudah dalam aktiviti kehidupan seharian.(A3,
PLO 7)
23
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : PENDIDIKAN MORAL 1
KOD KURSUS : MPU 1321
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Modul ini bertujuan membentuk pelajar yang mempunyai nilai dan moral dalam
kehidupan bermasyarakat. Selain itu, pelajar dibentuk untuk mempunyai semangat
cintakan negara, menjadi insan yang menyumbang kepada pembangunan
negara.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan kepentingan moral insan, integriti dan penghayatan Rukun
Negara ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. (C1, PLO 1)
2. Membincangkan hubungan dan interaksi sosial yang baik dalam kalangan
individu, keluarga dan masyarakat (A3, PLO 4)
3. Menghuraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat berdasarkan rujukan
akhbar, internet atau kajian kes.(A1, PLO 4)
24
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM 2
KOD KURSUS : MPU 1331
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Pendidikan Islam 2 berteraskan kepada pernikahan dalam Islam. Ia bertujuan
melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, berbakti, menghayati ilmu yang
dipelajari dan membentuk pelajar yang bertanggungjawab seterusnya dapat
membina sebuah rumahtangga yang bhagia menurut syariat Islam.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh:-
1. Menerangkan konsep pernikahan, pembubaran pernikahan dan isu-isu yang
berkaitan. (C1, PLO 1)
2. Membezakan kaedah-kaedah dalam pembubaran perkahwinan. (A3 , PLO 7)
3. Menghuraikan hak-hak dalam pembubaran perkahwinan. (A1, PLO 7)
25
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : PENDIDIKAN MORAL 2
KOD KURSUS : MPU 1341
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Modul ini memberi pengetahuan kepada pelajar tentang perkara yang di perlukan
untuk membentuk akhlak bermoral, cara menangani konflik dan menyelesaikan
masalah terhadap isu-isu moral.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan konsep baik, benar dan patut (C1, PLO 1)
2. Mengaplikasikan kemahiran menangani konflik moral berdasarkan kajian
kes.(A2,PLO 7)
3. Menghuraikan isu-isu moral yang berlaku dalam konteks masyarakat Malaysia
berdasarkan rujukan akhbar atau internet. (A1, PLO 7)
26
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : KOKURIKULUM (KELAB)
KOD KURSUS : MPU MPU 1411
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Menerangkan tentang sejarah bidang pilihan dan kemahiran khusus bidang
tersebut mengikut perkembangan semasa. Keperluan/peralatan asas, etika,
istilah-istilah, demonstrasi dan mempraktik teknik-teknik asas bidang pilihan turut
ditekankan kepada pelajar. Pelajar akan turut serta dalam merancang aktiviti
aktiviti yang akan dijalankan, menerangkan kepentingan merancang aktiviti,
pembahagian tugas dan menyelia aktiviti.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:-
1. Menerangkan tatacara penubuhan organisasi [C2, PLO1]
2. Menunjuk cara kemahiran bidang pilihan [A3, PLO3]
3. Mengorganisasi program kemahiran asas bidang pilihan [A4, PLO3]
27
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : KOKURIKULUM (SUKAN)
KOD KURSUS : MPU MPU 1421
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 1
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menerangkan tentang pengenalan dan sejarah berkaitan sukan dan
permainan pilihan merangkumi pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang
berkenaan. Kursus ini turut mendedahkan kepada peserta tentang asas
pengurusan acara bagi sukan dan permainan pilihan merangkumi perancangan
aktiviti dan pengelolaan pertandingan
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengetahui kemahiran asas bidang kokurikulum pilihan (C1, PLO 1)
2. Menguasai kemahiran asas bidang kokurikulum pilihan (A3, PLO 5)
3. Mengaplikasikan kemahiran dalam pengelolaan pertandingan (A4, PLO 5)
28
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : APLIKASI KOMPUTER
KOD KURSUS : SKW 1102
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini memperkenalkan perisian aplikasi komputer kepada pelajar. Pelajar
akan pelajari asas-asas perisian aplikasi serta pengenalan jenis sistem. Modul ini
akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam setiap
aplikasi untuk diintegrasikan antara satu sama lain. Pelajar juga dapat
mengembangkan kemahiran mereka dalam penggunaan aplikasi komputer untuk
melaksanakan tugas pengurusan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:-
1. Menggunakan fungsi-fungsi Desktop dan perisian pemprosesan perkataan untuk
menyediakan dokumen dalam dokumentasi harian.(C3,PLO 1)
2. Menggunakan perisian hamparan elektronik untuk menyediakan lembaran
kerja.(A3,PLO 6)
3.Menggunakan perisian persembahan untuk menyediakan dokumen
persembahan. (A3,PLO 6)
29
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : SAINS
KOD KURSUS : SSM 1012
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Kursus Sains ini memberi penekanan terhadap komponen kimia dan fizik yang
meliputi kajian tentang bahan sintetik, daya, kerja, kadar dan rintangan, tenaga,
kuasa dan pengubah tenaga yang merujuk kepada empat sistem iaitu mekanik,
bendalir, elektrik dan terma.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep Bahan Sintetik, Cahaya & Sistem Optik Laser dan Pengubah
Tenaga dalam bidang kejuruteraan, industri, perubatan, multimedia dan
kehidupan seharian (C2, PLO 1)
2. Menyelesaikan masalah pengiraan menggunakan konsep Daya, Kerja, Tenaga,
Kuasa, Kadar dan Rintangan dalam Sistem Mekanik, Bendalir, Elektrik dan Terma
(C3, PLO 6)
3. Menjalankan ujikaji konsep Bahan Sintetik, Daya, Tenaga dan Kuasa (A3, PLO 6)
30
INFORMASI KURSUS WAJIB
KURSUS : MATEMATIK
KOD KURSUS : SSM 1022
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Modul Matematik ini mengandungi pembelajaran dan latihan kepada pelajar
tentang konsep asas matematik yang mengandungi topik Kuantiti dan Unit Asas,
Pengukuran, Algebra dan Persamaan Linear.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :-
1. Menentukan pertukaran unit - unit asas, perimeter, luas, isipadu bentuk- bentuk
geometri, ungkapan dan persamaan algebra serta persamaan linear dengan
tepat. (C2,PLO 1 )
2. Mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian.
(A2, PLO 6)
3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan ( kuantiti dan unit asas,
pengukuran, persamaan algebra dan persamaan linear ) dengan tepat.
(A3, PLO 6)
31
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK1013
KOD KURSUS : ASAS PENGATURCARAAN
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Asas Pengaturcaraan ini direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada
konsep pengaturcaraan dan teknologi yang akan digunakan untuk
membangunkan sesebuah sistem berkomputer. Melalui program ini pelajar akan
didedahkan dengan konsep asas pengaturcaraan komputer.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep dan struktur asas pengaturcaraan komputer serta
syntax pengaturcaraan C#. (C2,PLO1)
2. Menghasilkan semula konsep utama asas pengaturcaraan dalam aturcara
mudah. (P3,PLO2)
3. Menghasilkan semula konsep utama asas pengaturcaraan struktur kawalan
logical dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan yang mudah.
(P3,A2,PLO2,PLO6)
32
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 1023
KOD KURSUS : ASAS SISTEM DIGIT
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sistem digit
yang mana ia dapat digunapakai di dalam bidang ICT dan sistem komputer.
Pengenalan kepada asas sistem digit disusun untuk memberi pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran di dalam sistem nombor dan juga pendawaian litar
logik. Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam membina litar
logik.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat;
1. Menyelesaikan operasi penukaran, operasi aritmetik, nombor bertanda dan
nombor pelengkap bagi sistem nombor (C3,PLO1)
2. Menunjukkan pemasangan litar logik menggunakan get-get logik. (P2,PLO2)
3. Menunjukkan pemasangan litar logik berdasarkan ungkapan Boolean.
(P2,A1,PLO2,PLO6)
33
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 1033
KOD KURSUS : ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang elektrik dan
elektronik yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya di dalam bidang ICT
dan sistem elektrik asas. Pengenalan kepada asas elektrik dan elektronik
direkabentuk untuk memberi kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam
litar asas elektrik dan elektronik dan juga tentang komponen asas elektrik dan
elektronik. Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam
menggunakan alatan yang bersesuaian sehingga dapat membina sebuah projek
elektronik yang mudah.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep asas penghasilan sumber tenaga elektrik, komponen
aktif dan pasif dan Hukum Ohm.(C2,PLO1)
2. Mengukur kuantiti elektrik menggunakan instrument pengukuran yang
sesuai.(P2,PLO2)
3. Menghasilkan semula satu litar asas elektronik berfungsi menggunakan
kemahiran memateri dan nyahpateri dengan kaedah yang betul (A2,P3,
PLO2,PLO4)
34
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 1043
KOD KURSUS : SENIBINA KOMPUTER
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sistem
komputer yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya di dalam bidang ICT
dan sistem komputer. Pemilihan kursus sistem komputer adalah untuk memberi
kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam melakukan pemasangan
perkakasan dan perisian komputer peribadi dan komputer riba. Selain itu pelajar
juga dapat meningkatkan kemahiran dalam menguruskan hal berkaitan
perkakasan dan perisian.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti asas senibina komputer dan prosedur keselamatan di
kawasan kerja. (C1,PLO1)
2. Mengenal pasti perkakasan dan fungsi setiap perkakasan dalam sistem
komputer. (P1,PLO2)
3. Melaksanakan pemasangan dan menaik taraf sistem komputer dengan
prosedur yang betul. (P3,A3,PLO2,PLO3
35
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 2013
KOD KURSUS : PENGENALAN PEMBANGUNAN LAMAN WEB
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam pembangunan
laman web yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya di dalam bidang ICT
dan sistem komputer. Pengenalan kepada pembangunan laman web disusun
untuk memberi kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam menganalisa,
mereka bentuk dan seterusnya menghasilkan laman web. Selain itu pelajar juga
dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan perisian-perisian untuk
membangunkan sesebuah laman web.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:
1. Mengenal pasti fasa-fasa pembangunan laman web dengan betul. (C1, PLO1)
2. Melaksanakan aturcara (Dreamweaver,HTML dan CSS) dengan betul. (P2, PLO2)
3. Menghasilkan laman web mengikut fasa-fasa pembangunan laman web serta
menggunakan aturcara html dengan betul. (P3, A2, PLO2, PLO6)
36
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 2023
KOD KURSUS : ASAS KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang komunikasi
dan rangkaian komputer yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya di dalam
bidang Sistem Komputer dan Rangkaian. Pengenalan kepada komunikasi dan
rangkaian disusun untuk memberi kefahaman, pengetahuan dan kemahiran di
dalam asas sistem rangkaian komputer. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan
kepada model Open Systems Interconnection (OSI) dan Transmission Control
Protocol/Internet Protocol (TCP/IP) selain membuat pengiraan Alamat Internet
Protocol (IP) dan penetapan nombor port pada peranti rangkaian dengan kaedah
yang betul.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan tentang teknologi komunikasi dan struktur rangkaian
komputer yang merangkumi perkhidmatan dan pengalamatan rangkaian.
(C2,PLO1)
2. Menghasilkan semula lakaran rangkaian dan penetapan port. (P3,PLO2)
3. Membina rangkaian menggunakan alamat Internet Protocol (IP) dengan
kaedah yang betul. (P4,A3,PLO2,PLO4)
37
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 2032
KOD KURSUS : SISTEM PENGOPERASIAN KOMPUTER
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 2
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sistem
operasi yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya di dalam bidang ICT dan
sistem komputer. Sistem pengoperasian komputer disusun untuk memberi
kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam menguruskan sistem operasi
komputer. Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam
menguruskan masalah berkaitan sistem operasi.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menghuraikan takrif, fungsi, sejarah dan perbezaan sistem operasi
komputer(Windows, Linux dan MAC) (C2,PLO1)
2. Melaksanakan pemasangan Sistem Operasi Windows dan Linux. (P2,PLO2)
3. Menunjukcara persekitaran Desktop Environment yang di dalam Sistem
Operasi MAC. (P5,A1,PLO2,PLO3)
38
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 2043
KOD KURSUS : PENGENALAN PANGKALAN DATA
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang struktur
pangkalan data yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya di dalam bidang
sistem komputer dan rangkaian. Pengurusan pangkalan data telah disusun untuk
memberi kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan
pangkalan data. Selain itu pelajar juga dapat membangunkan sistem aplikasi yang
mudah dengan menggunakan perisian pangkalan data.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan konsep pangkalan data dan persekitaran perisian yang
digunakan dalam pembangunan pangkalan data. (C2,PLO1)
2. Melaksanakan kaedah pembinaan pangkalan data menggunakan perisian
Microsoft Access. (P2,PLO2)
3. Menghasilkan sistem pangkalan data menggunakan perisian Microsoft
Access. (P3,A2,PLO2,PLO6)
39
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 2053
KOD KURSUS : TEKNOLOGI RANGKAIAN
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang
pendawaian rangkaian dan teknologi tanpa wayar bersesuaian bagi kerjaya di
dalam bidang teknologi maklumat komunikasi dan sistem komputer. Kursus
teknologi rangkaian direkabentuk dan disusun untuk memberi kefahaman
pengetahuan dan kemahiran di dalam pemasangan kabel, peranti rangkaian dan
pengurusan sistem tanpa wayar.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan teknologi bagi penghantaran maklumat dalam rangkaian.
(C2,PLO1)
2. Melaksanakan struktur pendawaian dan penamatan kabel dalam
rangkaian. (P2,PLO2)
3. Melaksanakan pemasangan perkakasan rangkaian wayar dan tanpa
wayar. (P2,A2,PLO2,PLO6)
40
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 3013
KOD KURSUS : KESELAMATAN KOMPUTER
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dari segi keselamatan
komputer yang mana ia boleh diadaptasikan semasa bekerja di dalam bidang ICT
dan sistem komputer. Pelajar akan didedahkan dengan isu-isu keselamatan
komputer, risiko keselamatan, langkah pencegahan dan pengurusan keselamatan
ICT.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan jenis-jenis komponen keselamatan dan ancaman terhadap
keselamatan komputer (C2,PLO1)
2. Memasang prosedur keselamatan komputer bagi perlindungan kepada
ancaman keselamatan komputer. (P4,PLO2)
3. Menyediakan laporan prosedur pengurusan keselamatan dalam aspek
sistem komputer dan rangkaian. (P4,A4, PLO2,PLO4)
41
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 3023
KOD KURSUS : PENTADBIRAN RANGKAIAN
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang
pentadbiran rangkaian komputer yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya
di dalam bidang sistem komputer dan rangkaian. Pengenalan kepada pentadbiran
rangkaian komputer disusun untuk memberi kefahaman pengetahuan dan
kemahiran di dalam mentadbir dan menguruskan struktur rangkaian komputer.
Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
peralatan rangkaian dan kaedah komunikasi melalui
rangkaian.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti peranan pentadbir rangkaian dengan jelas. (C1,PLO1)
2. Menunjukkan fungsi NOC dan Help Desk dalam pentadbiran rangkaian.
(P2,PLO2)
3. Menunjukkan asas konfigurasi router dan switch dalam pentadbiran rangkaian
dengan betul. (P2,A1,PLO2,PLO4)
42
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 3033
KOD KURSUS : BAIKPULIH DAN PENYENGGARAAN KOMPUTER
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang baikpulih
dan selenggaraan komputer yang mana ia boleh diadaptasikan bagi kerjaya di
dalam bidang ICT dan sistem komputer. Pemilihan kursus baikpulih dan
selenggaraan komputer adalah untuk memberi kefahaman pengetahuan dan
kemahiran di dalam melakukan baikpulih perkakasan dan perisian komputer
peribadi, komputer riba dan pencetak. Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan
kemahiran dalam menguruskan hal berkaitan pencegahan dan penyelenggaraan
perkakasan dan perisian.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir kursus ini, pelajar boleh:
1. Mengenalpasti simptom kerosakan peralatan melibatkan perkakasan dan
perisian komputer. (C1,PLO1)
2. Mengesan kerosakan peralatan melibatkan perkakasan dan perisian
komputer. (P1,PLO 2)
3. Melaksanakan kerja baikpulih serta selenggaraan peralatan melibatkan
perkakasan dan perisian komputer berdasarkan prosedur yang betul.
(P2,A2,PLO2,PLO4)
43
INFORMASI KURSUS TEKNIKAL
KURSUS : SSK 3043
KOD KURSUS : PENTADBIRAN SERVER
TEMPOH INSTRUKSIONAL : 14 MINGGU
NILAI KREDIT : 3
SINOPSOS KURSUS
Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Network
Operating System yang mana boleh diadaptasikan bagi kerjaya di dalam bidang
ICT dan sistem komputer. Pentadbiran server disusun untuk memberi kefahaman
pengetahuan dan kemahiran di dalam mentadbir dan membuat konfigurasi server.
Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam menguruskan server
dalam skala yang lebih besar.
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menerangkan fungsi server dalam persekitaran client-server. (C1,PLO1)
2. Melaksanakan konfigurasi server roles bagi windows server. (P2,PLO2)
3. Melaksanakan konfigurasi server roles bagi linux server menggunakan web
based administrator software (webmin) dengan kaedah yang betul.
(P2,A2,PLO2,PLO4)
44
PENGANUGERAHAN &
SISTEM GRED
SISTEM GRED
1. Semua markah yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu kursus / LA akan dinyatakan
dalam bentuk gred seperti Jadual 1.
Markah Gred Nilai Mata Status
90 – 100
80 – 89 A+ 4.00 Sangat Cemerlang
75 – 79
70 – 74 A 4.00 Cemerlang
65 – 69
60 – 64 A- 3.67
55 – 59
50 – 54 B+ 3.33 Kepujian
47 – 49 B 3.00
44 – 46
40 – 43 B- 2.67
0 – 39 C+ 2.33 Baik
C 2.00
C- 1.67
D+ 1.33 Lulus Bersyarat
D 1.00
F 0.00 Gagal
Jadual 1
2. Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus kursus / LA untuk
mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil.
3. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan
kebenaran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred TL (Tidak
Lengkap).
4. Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti
penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan.
5. Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus / LA yang mendapat
gred Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00.
6. Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester / modul
dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti dalam Jadual 2 berikut:
PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK
3.67 - 4.00 Cemerlang
3.00 - < 3.67 Kepujian
2.00 - < 3.00 Baik
1.00 - < 2.00
< 1.00 Lulus Bersyarat
Gagal
45