BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM / TA-011-2:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L2
TA-011-2:2012-C04 SPORT WEAR MAKING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY SPORT WEAR MAKING REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / AND SPECIFICATIONS
SPORT ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
SPORT WEAR MAKING
3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR SPORT
WEAR MAKING
4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
SPORT WEAR MAKING
5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR SPORT WEAR
MAKING
6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR SPORT WEAR
MAKING
7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR SPORT
WEAR MAKING
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 14
TAJUK / TITLE:
PENGHASILAN PAKAIAN SUKAN
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tentang
pengenalan, jenis dan rekaan pakaian sukan. Murid juga akan mengetahui tentang
jenis bentuk badan, prosedur untuk menghasilkan pakaian sukan dan fabrik yang
sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian sukan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
39
PENERANGAN / INFORMATION :
1. Pengenalan Pakaian Sukan
Pakaian sukan atau pakaian yang digunakan sewaktu riadah dilakukan pada waktu-
waktu tertentu biasanya terdiri dari pakaian ringkas dan santai seperti pakaian tanpa
lengan yang dipadankan dengan seluar separa lutut. Bagi pengajar pula
kebiasaannya pakaian mereka lengkap meliputi topi, pakaian luar dan seluar panjang
yang lebih dikenali sebagai tracksuit oleh sebab penggunaannya banyak dilakukan di
atas padang. Beberapa faktor perlu di ambilkira dalam memilih pakaian sukan iaitu
cuaca, jenis sukan, kesesuaian tempat, keselesaan, rekabentuk pakaian dan jenis
fabrik.
2. Contoh Pakaian Sukan
Antara contoh pakaian sukan adalah pakaian sorak, pakaian sukan muslimah,
pakaian gimnastik dan lain-lain
A. Pakaian Sorak
Pakaian pasukan sorak merupakan pakaian yang digunakan oleh satu-satu
pasukan yang ditubuhkan terutama di sekolah menengah tinggi bagi memberi
sokongan dan semangat menerusi gerak tari yang direka menggunakan cogan
kata tertentu dalam bentuk sorakan terutama untuk permainan bola keranjang,
ragbi dan lain-lain acara sukan. Pasukan sorak pada masa sekarang di dominasi
oleh remaja perempuan yang melaungkan kata-kata penuh semangat ,
menggunakan pakaian yang singkat , baju tanpa lengan namun begitu di Malaysia
pakaian sorak boleh di pelbagaikan fesyen mengikut kesesuaian kaum dan
budaya tempatan. Kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia ini telah mewujudkan
pasukan sorak dan mempunyai stail pakaian mereka sendiri.
Rekaan pakaian sorak.adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas.
Rekaan dihasilkan dengan menggunakan media dan teknik yang sesuai.
Membuat rekaan sulaman monogram (nama pasukan, maskot atau logo-logo).
Secara umumnya, pakaian sukan pasukan sorak terdiri daripada:
a) Sut Pakaian Sorak
Terdapat beberapa variasi jenis sut skirt pasukan sorak, antaranya:
x Sut skirt lurus : Skirt tanpa sebarang lisu. Ia dihiaskan dengan jalur-
jalur berwarna.
x Sut skirt 3 lisu beriring : Mempunyai 3 lisu beriring terletak di sebelah
kiri skirt.
x Sut skirt lisu beriring : Mempunyai lisu beriring mengelilingi skirt.
Kebiasaannya skirt dwi-warna lebih kelihatan menarik.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
39
Sut skirt lisu beriring Sut skirt lurus Sut skirt 3 lisu beriring
Leher bentuk V
Pinggang – Pita elastik
Skirt lisu beriring
B. Pakaian Sukan Muslimah
Pakaian sukan muslimah merupakan pakaian sukan khusus untuk menutup aurat.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
39
Walaupun berada di padang atau lokasi pertandingan namun peserta tetap
anggun dengan pakaian yang sopan tetapi selesa.
Secara umumnya, pakaian sukan muslimah terdiri daripada:
a) Seluar panjang
Seluar panjang yang digunakan untuk pakaian muslimah adalah seluar
panjang separa sendat
b) Baju sukan muslimah
Baju sukan muslimah yang sesuai dipadankan dengan seluar panjang separa
sendat adalah pakaian labuh paras lutut dan berlengan panjang.
Pita elastik
Leher Bentuk Bulat
Pandangan Belakang Pandangan Belakang
Lengan Padanan Rata
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
39
Pandangan Hadapan Pandangan Hadapan
Baju sukan muslimah Seluar separa sendat
C. Pakaian Gimnastik
Pakaian gimnastik merupakan pakaian yang digunakan oleh semua peserta sukan
dalam acara gimnastik samada artistik atau berirama.
Contoh pakaian gimnastik :
Leher Bentuk Bulat
Lengan Padanan Rata
Pandangan Hadapan Pandangan Belakang
Pandangan hadapan Pandangan belakang
3. Stail Pakaian Sukan
a) Lengan
x Lengan padanan rata
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
39
x Lengan raglan
b) Garis Leher
x Garis Leher Bulat
x Garis Leher Bentuk V
x Garis Leher Bentuk U
x Garis Leher Sampan
4. Jenis Bentuk Badan
x Bentuk Apple
x Bentuk Pear
x Bentuk Triangle
x Bentuk Ruler
x Bentuk Hourglass
5. Jenis Fabrik
Jenis-jenis fabrik untuk pakaian sukan
x fabrik kapas campuran
x polyester dan wool
x spandex
x jersey.
fabrik kapas campuran polyester dan wool
spandex jersey
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
39
2. REKAAN PAKAIAN SUKAN
i) JENIS KOCEK
x Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.
x Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin
dua kali.
x Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda di
dalamnya daripada terjatuh.
Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu
Bibir
ii) JENIS LENGAN
x Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.
x Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan
jenis pakaian.
x Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan
mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.
x Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
39
JENIS-JENIS LENGAN:
A. Lengan kimono asas
B. Lengan Padanan
Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan kembang
payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
39
iii) JENIS GARIS LEHER DAN KOLAR
x Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan
rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.
x Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
x boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
Bentuk V Bentuk U Belah Slit
Bentuk Sampan Bentuk Persegi Bentuk Bulat
Bentuk Hati (manikam)
Jenis Garis Leher
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
39
Kolar Rata
Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan
pakaian.
Kolar Peter Pan Kolar Kelasi Kolar Eton
Kolar Tegak
Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis leher
pakaian.
Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru
Kolar Gulung
Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas dan
bergulung serta boleh dilipat balik.
Kolar Simpul Hias Kolar Selendang Kolar Rever
Jenis Kolar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
39
3. JENIS BENTUK BADAN
Bil. Bentuk Badan Keterangan
1. Berlian (diamond) x Mempunyai bidang bahu kecil
x Dada yang kecil
2. Jam pasir (hourglass) x Bahagian tengah badan berbentuk oval
x Pinggang tidak kelihatan berlekuk
3. Epal x Lengan dan kaki kelihatan kurus
x Bukaan bidang bahu sama dengan peha
x Dada yang sederhana
x Pinggang yang ramping
x Punggung yang besar
x Bahu yang besar
x Saiz dada yang besar
x Bentuk badan memenuhi di bahagian tengah tubuh
badan
x Punggung yang kelihatan leper dari sisi tetapi
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
4. Segi empat tepat 39
5. Pear
6. Segi Tiga Terbalik mempunyai bentuk dari belakang (flattish)
7. Segi Tiga x Saiz bahu dan pinggul yang sama
x Dada yang kecil atau leper
x Pinggang yang tidak kelihatan ramping
x Punggung yang leper
x Saiz bahu lebih kecil dari saiz pinggul
x Dada yang kecil
x Pinggang yang ramping
x Punggung dan peha yang besar
x Garisan bahu yang lurus dan persegi
x Perbezaan saiz yang tidak ketara antara pinggang
dengan pinggul
x Saiz punggung adalah lebih kecil daripada saiz bahu
x Mempunyai punggung yang leper
x Mempunyai bahu yang kecil
x Saiz dada yang kecil
x Pinggang yang tidak ramping
x Bahagian atas badan lebih kecil daripada bahagian
bawah
x Punggung yang besar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
39
1. URUTAN KERJA PENGHASILAN PAKAIAN SUKAN
Untuk menghasilkan sepasang pakaian sukan yang lengkap, murid hendaklah
mengikut urutan kerja penghasilan pakaian sukan seperti yang berikut:
1. Membuat lakaran
2. Mengambil ukuran badan
3. Mendraf pola
4. Menggunting fabrik
5. Menjahit pakaian sukan
6. Membuat kemasan
7. Acu pakai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
39
2. ASPEK KESELAMATAN
Pakai kasut yang sesuai
semasa berada di dalam
bengkel.
Ikat rambut dengan kemas
supaya tidak mengganggu
penglihatan semasa bekerja.
Jangan letakkan jarum di bibir
semasa melakukan kerja.
Jangan mengacukan alat
jahitan yang tajam seperti
gunting kepada rakan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
39
Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk
menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan pelanggan, pola didraf
mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya menggunting fabrik mengikut pola
yang telah didraf.
4. ALATAN MENGUKUR
Pita Ukur
Buku Pembaris
Catatan Lengkung
ALATAN
MENGUKUR
Pen/ Pensel
Pembaris
Sesiku
Pembaris
Lurus
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
39
Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Pita Ukur x Panjang pita ukur 150cm
x Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L
memeri atau mengecut
3. Pembaris Lengkung x Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
4. Pembaris Lurus mempunyai logam
x Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
5. Pen atau pensel x Digunakan untuk mengukur bahagian badan
6. Buku Catatan / Borang x Mempunyai sudut 90˚
x Diperbuat daripada kayu atau plastik
Ukuran Badan Pelanggan x Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
x Digunakan untuk mendapatkan sudut yang
tepat 90˚ pada pola
x Panjangnya 60cm
x Diperbuat daripada kayu atau plastik
x Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
x Digunakan untuk membuat garisan tegak
yang panjang
x Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
x Diperbuat daripada kayu atau plastik
x Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur
x Untuk merekod ukuran badan pelanggan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
5. MENGAMBIL UKURAN BADAN 39
Memakai pakaian yang Tidak mengikat pita Ikatkan pita atau tali di
ringkas atau nipis ukur terlalu ketat keliling pinggang untuk
untuk mengelakkan
ukuran tidak tepat menanda garisan
pinggang
i. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN
Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
Berdiri tegak semasa mengambil ukuran
badan
Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
Masukkan 2 jari ke dalam setiap ukuran
Pakai kasut yang sesuai
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
39
ii. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR
MASALAH CARA MENGATASI
1. Pelanggan memakai pakaian Pastikan pelanggan memakai pakaian
yang tebal dan besar. yang nipis dan sesuai.
2. Ukuran pada pita ukur tidak Gunakan pita ukur yang baik dan tidak
jelas atau terang. rosak.
3. Pelanggan bergerak atau Pelanggan perlu berdiri tegak semasa
tunduk semasa ukuran labuh proses mengambil ukuran badan
baju atau labuh lengan dijalankan.
dilakukan.
4. Terlupa mencatat ukuran yang Pastikan ukuran badan dicatat dengan
telah diambil. betul.
iii. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN
i. Bahu
x Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui tengkuk
ii. Keliling leher
x Ukur kelilling pangkal leher
x Masukkan satu jari untuk kelonggaran
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
39
iii. Keliling dada
x Ukur keliling dada dengan melalukan pita
ukur di bahagian mercu dada
x Masukkan dua jari untuk kelonggaran.
x Pastikan kedudukan pita ukur di bahagian
belakang selari dengan lantai.
iv. Keliling pinggang
x Ukur keliling pinggang dengan melalukan
pita ukur di bahagian paling ramping.
x Tidak perlu masukkan jari / tiada
kelonggaran
v. Keliling pinggul
x Lilitkan pita ukur di pinggul pada bahagian
yang penuh
x Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran.
vi. Labuh tengah
belakang
x ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras
pinggang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
vii. Jarak pinggang ke pinggul 39
x Ukur dari paras pinggang ke paras punggung
x Biasanya antara 20 – 22 cm
viii. Labuh baju
x Ukur dari tengkuk melalui garis tengah
belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki
ix. Mercu ke mercu
x Ukur dari bahagian dada yang paling tinggi
di sebelah kanan ke bahagian dada yang
paling tinggi di sebelah kiri
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of
x. Bahu ke mercu 39
x Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada
yang paling tinggi
xi. Labuh lengan
x Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke
pergelangan tangan dan ukur mengikut
labuh / panjang yang dikehendaki
xii. Keliling hujung
lengan
x Ukur keliling pergelangan tangan
xiii. Labuh skirt / slek
x Ukur dari pinggang hingga ke paras labuh
yang dikehendaki
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of
iv. BORANG UKURAN BADAN PELANGGAN 39
BORANG TEMPAHAN PELANGGAN
Nama Pelanggan: __________________________ No. Resit: ________
No. Tel.: _________________________________ Tarikh: __________
UKURAN LAKARAN PAKAIAN
BIL BAHAGIAN UKURAN
(cm)
1 Leher
2 Bahu
3 Labuh Lengan
4 Keliling Hujung
Lengan
5 Keliling Pangkal
Lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
9 Keliling
pinggang
10 Keliling pinggul
11 Labuh tengah
belakang
12 Labuh baju
13 Labuh
sarong/skirt/slek
14 Bidang
hadapan
15 Bidang
belakang
16 Jarak pinggang
ke pinggul
17 Keliling hujung
kaki
18 Keliling lutut
19 Keliling peha
20 Kelengkang
21 Labuh duduk
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of
6. ALATAN MENDRAF 39
Kertas Perang
Notcher Pita Ukur
ALATAN
MENDRAF
Pembaris Pembaris
Sesiku Lurus
French Curves Pembaris
Lengkung
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of
39
Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Kertas perang x Digunakan untuk mendraf pola pakaian
x Panjang pita ukur 150cm
Pita Ukur x Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
2. Pembaris Sesiku L memeri atau mengecut
x Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
3. Pembaris Lengkung
4. Pembaris Lurus mempunyai logam
5. Notcher x Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
6. French Curves x Digunakan untuk mengukur ukuran badan
x Mempunyai sudut 90˚
x Diperbuat daripada kayu atau plastik
x Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
x Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat
90˚ pada pola
x Panjangnya 60cm
x Diperbuat daripada kayu atau plastik
x Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
x Digunakan untuk membuat garisan tegak yang
panjang
x Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
x Diperbuat daripada kayu atau plastik
x Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’
untuk tanda imbangan di pola.
x Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang
pendek seperti leher dan lubang lengan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of
MENDRAF POLA PAKAIAN KONTEMPORARI 39
i) Peraturan mendraf pola
Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.
Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih.
Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas.
Gunakan ukuran yang telah dicatat.
Kertas mendraf bersih dan rata.
Pensel mendraf tajam dan mencukupi.
Draf pola dengan tenang.
Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of
39
ii) Tanda-tanda pola
Nama Simbol Keterangan
Ira lurus
Tanda ini di letak mengikut ira lurus
selari dengan tepi fabrik.
Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada
Tanda imbang lipatan fabrik.
Tanda ini memberi panduan
apabila mencantum kepingan fabrik
sebelum kepingan tersebut dijahit.
Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada
garis ini apabila kerja mencantum dilakukan.
Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.
Basi kelim basi kelim Ruang di antara garis menggunting dan
Lisu pemadan garis pemadan yang berjarak 15mm hingga
20mm.
Kedudukan lisu pemadan
GTH G Garis Tengah
GTB T Hadapan
H
G Garis Tengah
T Belakang
B
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of
7. ALATAN MENANDA 39
Kertas
Karbon
Tukang Jahit
Pensel Roda Surih
tukang jahit
ALATAN
MENANDA
Jarum Peniti Kapur
Tukang Jahit
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of
39
11. MENGGUNTING FABRIK
Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan
baik untuk menjimatkan fabrik dan masa.
i) Peraturan menyusun atur pola :
a) Ratakan pola yang berkedut.
b) Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola.
c) Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
d) Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik.
e) Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
f) Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola
kecil.
g) Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
h) Susun pola sehala pada fabrik corak sehala
i) Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim
ii) Peralatan Menggunting
Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of
iii) Teknik Menggunting Fabrik 39
Semasa menggunting fabrik,
a) Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata
b) Gunakan gunting fabrik yang tajam
c) Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola
d) Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus
e) Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting
bahagian kecil dan melengkung.
f) Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa
menggunting fabrik.
g) Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
h) Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda
imbang.
i) Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
j) Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan
mencantum kepingan bahagian pakaian.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of
39
iv) Teknik Menanda Fabrik
Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah
dalam (SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa
menjahit pakaian.
Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik
a) Roda surih dan kertas karbon tukang jahit
x tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.
x Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.
x Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda untuk
mengelakkan kerosakan pada permukaan meja.
x Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.
x Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan tanda
garis lurus.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of
b) Kapur Tukang Jahit 39
x teknik menanda yang cepat
Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola
dipindahkan dengan tepat dan jelas.
c) Jelujur tanda dan jelujur
Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh
x sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.
x menggunakan dua lembar benang.
x mengambil masa yang lama.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of
12. MENJAHIT PAKAIAN 39
Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah
menjahit pakaian.
a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada:
1. Penghilangan gelembung
Contoh
Penghilangan
Gelembung
Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking
2. Kelim
Contoh
Kelim
Kelim Belah Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan
Kangkung Mesin
3. Belah
Contoh
Belah
Belah Kelepet Belah Berzip Belah Lapik Belah Slit Belah Berkun
Sama Lebar Kain Selari Berlapik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of
39
4. Kocek
Contoh
Kocek
Kocek Tampal Kocek Kocek Berkun Kocek Sisi
Tersembunyi
5. Penyudah tepi
Contoh
Penyudah
Kelepet Kun Lapik Kasing Penjuru Penyudah
Renda
Kelepet Kelepet
Lurus Melengkung
6. Kancing
Contoh
Kancing
Butang & Lubang Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
Butang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of
iv) Peralatan Menjahit 39
Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan)
Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung
Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of
39
Penetas jahitan Kapur tukang jahit
Snipper Tweezer
Jarum peniti Pita ukur
Benang Gunting fabrik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of
39
v) Persediaan menjahit
a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik
b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik
vi) Kemasan tepi
Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting
hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya
tidak berjerumbai.
vii) Teknik Menekan
Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila
menjahit pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan
profesional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit
dan memberi bentuk yang elok pada pakaian.
a) Peralatan Menekan
Seterika wap Seterika Elektrik
Bod Menekan Bod Lengan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 37 Drp / Of
39
b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:
x Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
x Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
x Uji kepanasan seterika sebelum menekan
x Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak
kelihatan dari SL
x Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik
beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan
bahagian yang lain.
13. ACU PAKAIAN KONTEMPORARI
13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengacu pakaian kontemporari pada badan dengan teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
x Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
x Kedudukan terletak dengan elok pada badan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-2:2012-C04/P(1/1) Muka Surat / Page : 38 Drp / Of
39
SOALAN / QUESTIONS:
1. Nyatakan dua (2) jenis pakaian sukan.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________
2. Berikan dua (2) ciri pakaian sukan
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
3. Apakah padanan yang sesuai bagi baju sukan muslimah?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
4. Terangkan sebab fabrik spendex sesuai dijadikan pakaian sukan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________