KERTAS MESYUARAT BIL. 1/2020
PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
2019
Tarikh : PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN
Masa : PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS 2019
Tempat :
23 Jun 2019 ( Ahad )
11.30 Pagi
Dewan Hotel Centrepoint, Kuala Lipis
1. NYANYIAN LAGU
1.1 Negaraku
1.2 Bersatu Bersetia Berkhidmat
1.3 Ikrar Pemuda
- Dinyanyikan beramai-ramai oleh para perwakilan.
2. BACAAN DOA
- Dipimpin oleh Sdr. Ustaz Mohd Hafiszan Bin Mohd Nor
3. PESANAN PENGERUSI TETAP PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN LIPIS
- Sdr. Ahmad Nazree Bin Sahbudin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan
kehadiran para perwakilan ke mesyuarat pada kali ini bagi menunaikan tanggungjawab
sesuai dengan Fasal Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO.
- Beliau berharap kepada semua perwakilan dapat memberikan kerjasama yang baik
sepangjang berlangsungnya mesyuarat dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan.
- Beliau memaklumkan jumlah kehadiran perwakilan yang cukup korum.
- Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Wakil Perhubungan UMNO Negeri ke mesyuarat
kali ini.
4. MEMBENTANG PERINGATAN MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN LIPIS
- Sdr. Mohd Nazri Bin Kopali (Penolong Setiausaha) telah membentangkan Peringatan
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis. (Kertas Mesyuarat
Bil.1/2019)
5. MEMBENTANG PENYATA TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN LIPIS
- Sdr. Mohd Nazri Bin Kopali (Penolong Setiausaha) telah membentangkan Penyata
Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis. (Kertas Mesyuarat Bil.2/2019)
-1-
6. MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN LIPIS
- Sdr. Mohd Ramlan Bin Kasim (Penolong Bendahari) telah membentangkan Penyata
Kewangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis. (Kertas Mesyuarat Bil.3/2019)
7. MEMILIH 10 ORANG WAKIL PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
KE MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIPIS 2019
(PERATURAN PEMUDA FASAL : 14.3.5)
Mesyuarat telah bersetuju dan memilih 10 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Lipis ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis 2019 seperti berikut :-
7.1 Sdr. Azmi Raih Bin Mohd Akil
7.2 Sdr. Zulkanain Bin Abu Rasid
7.3 Sdr. Norfitri Shafuan Bin Mat Nor
7.4 Sdr. Mohd Fadzli Bin Dzulkifli
7.5 Sdr. Ahmad Nazree Bin Sahbudin
7.6 Sdr. Megat Aikrimah Bin Abdul Halim
7.7 Sdr. Mohd Asyraf Bin Sirajudin
7.8 Sdr. Zulkarnain Bin Abd. Razak
7.9 Sdr. Suraidi Bin Ali
7.10 Sdr. Mohamad Izzudin Bin Remlan
8. MEMILIH 2 ORANG WAKIL PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
KE PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
(PERATURAN PEMUDA FASAL : 14.3.6)
Mesyuarat telah bersetuju dan memilih 2 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Lipis ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2019 seperti berikut :-
8.1 Sdr. Mohd Hafiszan Bin Mohd Nor
8.2 Sdr. Mohd Zakwan Bin Abdullah
9. MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL
(KERTAS MESYUARAT BIL.4/2019)
- Usul Politik
Pembawa Usul : Sdr. Mohd Hafiszan Bin Mohd Nor
Penyokong Usul : Sebulat Suara
-2-
10. PENANGGUHAN MESYUARAT
Dicadang oleh : Sdr. Khairul Irwan Bin Khalek
Disokong oleh : Sdr. Mohd Azroy Bin Khairudin
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 03:00 petang.
Disediakan oleh,
( MOHD NAZRI BIN KOPALI )
Penolong Setiausaha,
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis
-3-
KERTAS MESYUARAT BIL. 2/2020
PENYATA TAHUNAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
2019
JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS 2018-2021
Pengerusi Tetap : Sdr. Ahmad Nazree Bin Sahbudin
Timbalan Pengerusi Tetap : Sdr. Azrul Khairi Bin Muhamad
Ketua
Naib Ketua : Sdr. Mohd Farid Bin Mohd Nor, AMP.
Penolong Setiausaha : Sdr. Afizal Bin Ahmad Pahmin
Penolong Bendahari : Sdr. Mohd Nazri Bin Kopali
Ketua Penerangan : Sdr. Mohd Ramlan Bin Kasim
Ahli Jawatankuasa : Sdr. Mohd Fazeli Bin Bakar
Setiausaha Kerja : Sdr. Azmi Raih Bin Mohd Akil
Pemeriksa Kira-Kira : Sdr. Mohd Hafiszan Bin Mohd Nor
: Sdr. Mohd Zakwan Bin Abdullah
: Sdr. Hafizul Rahman Bin Muhamad
: Sdr. Mohamad Khairy Bin Mohamad Johar
: Sdr. Mohd Yusaini Bin Samad
: Sdr. Azlan Bin Ahmad Mustapa
: Sdr. Nor Mohamad Faizal Bin Osman
: Sdr. Wan Ahmad Razif Bin Wan Kamarudzaman
: Sdr. Mohamad Syazwan Bin Dato’ Sri Abdul Rahman
: Sdr. Mohamad Fadzli Bin Dzulkifli
: Sdr. Zulkanain Bin Abu Rasid
: Sdr. Mohd Nazwadi Bin Yahya
: Sdr. Norfitri Shafuan Bin Mat Nor
: Sdr. Muhamad Nashriq Bin Nazeri
: Sdr. Mohd Fathi Akmal Bin Mohd Zaid
: Sdr. Muhamad Akhma Bin Norhasim
: Sdr. Muhammad Hariz Bin Abdul Manaf
: Sdr. Mohd Azroy Bin Khairudin
: Sdr. Muhammad Farhan Bin Hamdan
: Sdr. Wan Khairul Anuar Bin Wan Mustapha
: Sdr. Wan Aizad Bin Wan Sohaimin
-4-
BIRO PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS 2018-2021
BIRO PENGURUSAN
Pengerusi : Sdr. Mohd Farid Bin Mohd Nor, AMP.
Timbalan Pengerusi : Sdr. Afizal Bin Ahmad Pahmin
Setiausaha : Sdr. Mohd Nazri Bin Kopali
Bendahari : Sdr. Mohd Ramlan Bin Kasim
Ketua Penerangan : Sdr. Mohd Fazeli Bin Bakar
BIRO MEDIA
Pengerusi : Sdr. Mohamad Khairy Bin Mohamad Johar
Ahli Jawatankuasa :
: Sdr. Hafizul Rahman Bin Muhamad
:
: Sdr. Mohd Zakwan Bin Abdullah
Sdr. Azrul Khairi Bin Muhamad
Sdr. Mohamad Syazwan Bin Dato’ Sri Abdul Rahman
BIRO KEAHLIAN, LATIHAN DAN KADERISASI
Pengerusi : Sdr. Azmi Raih Bin Mohd Akil
Ahli Jawatankuasa : Sdr. Mohd Fathi Akmal Bin Mohd Zaid
: Sdr. Mohd Hafiszan Bin Mohd Nor
BIRO PERHUBUNGAN JABATAN KERAJAAN DAN NGO
Pengerusi : Sdr. Ahmad Nazree Bin Sahbudin
Ahli Jawatankuasa : Sdr. Mohamad Fadzli Bin Dzulkifli
: Sdr. Nor Mohamad Faizal Bin Osman
BIRO PACABA
Pengerusi : Sdr. Norfitri Shafuan Bin Mat Nor
Ahli Jawatankuasa : Sdr. Mohd Yusaini Bin Samad
BIRO PENYELARAS DUN
Padang Tengku : Sdr. Zulkanain Bin Abu Rasid
: Sdr. Mohd Nazwadi Bin Yahya
Cheka : Sdr. Muhammad Hariz Bin Abdul Manaf
Benta : Sdr. Wan Ahmad Razif Bin Wan Kamarudzaman
: Sdr. Mohd Azroy Bin Khairudin
BIRO SKUAD SABIL
Pengerusi : Sdr. Muhammad Akhma Bin Norhasim
BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
: Sdr. Azlan Bin Ahmad Mustapa
: Sdr. Muhamad Nashriq Bin Nazeri
-5-
LAPORAN AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS 2019
TARIKH PERKARA TEMPAT
20.05.2019
Ziarah Kasih dan menyampaikan sumbangan di Kg. Rengai dan Kg. Penjom
26.05.2019 Dun Benta dan Cheka Masjid Kg. Mela
Majlis Memasak Bubur Lambuk dan Berbuka Kg. Kerambit dan Tg. Buluh
01.06.2019 Puasa bersama PPU Paya Besar UMNO Bahagian Lipis
Ziarah Kasih dan menyampaikan sumbangan di UMNO Bahagian Lipis
15.06.2019 Dun Cheka
Mesyuarat Khas Jawatankuasa PPU Bahagian
05.07.2019 Lipis
21.07.2019 Ceramah Perdana Perpaduan Ummah
30.07.2019 Mesyuarat Jawatankuasa PPU Lipis Bil. 3/2018- UMNO Bahagian Lipis
15.08.2019
23-24.08.2019 2021
07.09.2019
13.09.2019 Program Santai Bersama Pemuda Kg. Tg. Besar
16.09.2019
10.11.2019 Program Santai Bersama Pemuda Kg. Aur Gading
04-07.12.2019 Kursus Skuad Sabil Bil.1 ILMU, Janda Baik
Liga Penalti Terbuka Raub Padang MDR, Raub
Himpunan Penyatuan Ummah PWTC, Kuala Lumpur
Program Lipis Bertanjak Dewan Residen, Kuala Lipis
Futsal Jemputan YAB. Menteri Besar Pahang Arena Futsal MDL, Kuala Lipis
Antara Dun di Daerah Lipis PWTC, Kuala Lumpur
Perhimpunan Agung Umno 2019
-6-
DATA DAN MAKLUMAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN-CAWANGAN
BAHAGIAN LIPIS
CAWANGAN PADANG TENGKU CHEKA BENTA JUMLAH
AKTIF 37 31 20 88
KEAHLIAN 25 12 11 48
973 589 404 1966
-7-
SENARAI CAWANGAN
DUN PADANG TENGKU
BIL. CAWANGAN JUMLAH AHLI
19
1. AUR GADING 20
35
2. BAPONG 36
23
3. BUKIT KUBU 34
69
4. CHEGAR PERAH 37
42
5. DADA KERING 41
17
6. DUSUN 47
59
7. FELDA CHEGAR PERAH 1 18
46
8. FELDA CHEGAR PERAH 2 25
32
9. FELDA KECHAU 1 19
22
10. KG. BEKONG 35
18
11. KG. BERHAMAH 30
36
12. KG. GUA 53
16
13. KG. RELONG
14. KG. TELEMIN
15. KG. TEMPOYANG
16. KG. ULU TERIS
17. KUALA TELANG
18. KUBANG RUSA
19. MENTARA BARU
20. MERAPOH
21. PADANG TENGKU
22. RUMAH PANGSA JALAN CHENERAS
23. SG. TEMAU
24. SIMPANG 3 KTM PADANG TENGKU
25. TANJUNG JAMBU
-8-
SENARAI CAWANGAN
DUN CHEKA
BIL. CAWANGAN JUMLAH AHLI
1. BATU 9 22
2. CHENERAS JAYA 54
3. GENTING 40
4. JERAM LANDAK 28
5. KG. BINJAI 20
6. KG. TG. LIPIS 35
7. KUALA KECHAU 37
8. LIMAU PURUT 16
9. MELA 17
10. PENJOM 40
11. SG. KERPAN 3 72
12. TEMETONG 27
-9-
DUN CHEKA SENARAI CAWANGAN JUMLAH AHLI
CAWANGAN 51
BIL. 29
1. BENTA 29
2. BUDU 16
3. CHAT 20
4. DUTA 22
5. JERANSANG 31
6. JERKOH 28
7. KG. LALANG 32
8. KEMAHANG 39
9. PERUANG 23
10. TAMAN TERATAI
11. TERAP
-10-
KERTAS MESYUARAT BIL. 3/2020
PENYATA KEWANGAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
2019
LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
BAHAWA KAMI TELAH MEMERIKSA LEMBARAN IMBANGAN DAN AKAUN-AKAUN
PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019, DAN TELAH MEMPEROLEH SEGALA
KETERANGAN SERTA PENJELASAN YANG DIKEHENDAKI.
BAGI PIHAK KAMI, LEMBARAN IMBANGAN DAN AKAUN-AKAUN PENERIMAAN DAN
PERBELANJAAN UNTUK MEMBERI GAMBARAN YANG BENAR DAN MUNASABAH
MENGENAI KEDUDUKAN KEWANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
PADA 31 DISEMBER 2019 DAN HASIL PERBELANJAAN PENERIMAAN DAN
PERBELANJAAN BAGI TAHUN YANG BERAKHIR PADA TAHUN YANG SAMA.
Disemak oleh,
Pemeriksa Kira-Kira UMNO Bahagian Lipis :
……………………………………………………………
(WAN KHAIRUL ANUAR BIN WAN MUSTAPHA)
Pemeriksa Kira-Kira 1
…………………………………………….
(WAN AIZAD BIN WAN SOHAIMIN)
Pemeriksa Kira-Kira 2
-11-
PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2019
PENDAPATAN RM 470.19
RM 130.00
Baki di bank (CIMB) pada 31 Disember 2018 RM 600.19
Baki di tangan
RM 440.00
JUMLAH RM 130.00
RM 10.00
PERBELANJAAN RM 580.00
1. Aktiviti-Aktiviti PPU Lipis - CIMB
2. Aktiviti-Aktiviti PPU Lipis - Baki Di Tangan
3. Caj Pertengahan Tahun
JUMLAH
PENDAPATAN RM 600.28
PERBELANJAAN RM 580.00
BAKI DI BANK (CIMB) PADA 31 DISEMBER 2019 RM 30.19
BAKI DI TANGAN RM 00.00
-12-
USUL
KERTAS MESYUARAT BIL.4/2020
PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN LIPIS 2020
USUL POLITIK
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS
USUL PERTAMA :
Menginsafi – bahawa setelah mengalami sendiri jerih perih kekalahan
dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) pada tahun 2018, kita sedar
hanya kuasa politik yang dapat menjaminkan kesinambungan pembelaan
yang berterusan kepada bangsa Melayu dan kesucian Agama Islam
dibumi Malaysia agar bangsa Melayu terus kekal dan bermaruah,
manakala agama Islam terus mekar syiarnya di tanah air sendiri dalam
mendokong aspirasi sebuah negara maju dan berdaulat. Aspirasi yang
berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang mana hak-hak istimewa
orang Melayu dan Bumiputera terus diperjuangkan dan dipertahankan
dalam pengubalan setiap dasar-dasar kerajaan.
Menyedari – bahawa senario politik sekarang ini tidak lagi seperti dahulu
yang mana suara bangsa Melayu bukan hanya diwakili atau bergantung
harap penuh kepada parti keramat UMNO secara tunggal dan UMNO
bukan satu-satunya pilihan orang Melayu dan yang beragama Islam bagi
memperjuangkan hak dan nasib mereka walaupun UMNO merupakan
parti terbesar dalam perikatan yang memegang tampuk pemerintahan
Negara.
Menyakini – bahawa hanya melalui seruan berjiwa besar dan kembali ke
perjuangan asal dan perubahan dalaman dari segi sikap, pegangan
ideologi sebenar, disiplin kendiri, pemikiran dan gerak-kerja sahajalah
dapat menyakinkan kembali seluruh umat Melayu dan orang Islam
bahawa hanya UMNO lah parti di Malaysia ini yang benar-benar
memperjuangkan hak dan nasib bangsa Melayu. Dengan dibantu oleh PAS
melalui Muafakat Nasional, serta dibantu oleh BERSATU melalui Perikatan
Nasional. Tunjangnya tetap kepada UMNO yang sudah berpengalaman
lebih 60 tahun menguruskan negara serta rakyat berbilang kaum. Namun,
setiap fikrah itu akan mampu berjaya apabila ia diperkuatkan dengan
akidah yang tidak goyah, diselaputi dengan sifat ikhlas yang mendalam,
diadun pula dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang
rapi untuk beramal dan berkorban dalam menggerakkannya.
Saudara-saudara perwakilan semua,
Ayuh kita soroti semula sejarah lampau. Negara yang sedang kita duduki
sekarang ini pernah mendapat pujian dan sanjungan kuasa besar dunia
dan negara-negara Islam. Mereka memandang bahawa Malaysia hampir
memiliki segala-galanya yang dihajati oleh penduduk dunia.
Teringat seketika saya pada tahun 2011 dahulu, Setiausaha Negara
Amerika Syarikat waktu itu, Hillary Clinton pernah berkata :
“AS kagum dengan pencapaian Malaysia dalam tiga perkara iaitu
demokrasi hidup subur, kerajaan efektif dan pembangunan
ekonomi yang pesat. Malaysia sebagai model negara
membangun yang patut dicontohi oleh negara-negara
membangun lain...”
Bukan itu sahaja, negara-negara Islam lain seperti Palestin, Arab Saudi,
Mesir dan sebagainya turut menjadikan Malaysia sebagai idola mereka
dalam segenap segi. Arab Saudi sebagai contoh, mengikut contoh
Malaysia memperkenalkan sistem GST setelah berpuluh tahun mereka
menggunakan amalan cukai lama.
Sebut sahaja nama Malaysia jika kita ke Arab Saudi, Palestin, Mesir atau
lain-lain negara Islam, sudah tentu kita akan menerima respon yang tidak
disangka-sangka dari penduduk tempatan.
Semua ini bukti betapa UMNO dan dibantu oleh rakan-rakan dalam
Barisan Nasional telah memimpin negara dengan begitu gah dan berjaya.
Berapa ramai pelabur asing yang masuk ke Malaysia selama ini? Ia bukti
UMNO dan Barisan Nasional berjaya menerajui Kerajaan dengan baik.
Dicatatkan, dua tahun terakhir UMNO dan Barisan Nasional kekal
berkuasa di Malaysia, jumlah pelaburan asing ke dalam negara ini
mencecah RM86.4 bilion berdasarkan STATISTIK PELABURAN
LANGSUNG ASING DI MALAYSIA, Jabatan Perangkaan Malaysia.
Namun semua hancur sekelip mata pada tahun 2018, melalui PRU14,
UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk hingga menjadikan parti ini
pembangkang di Dewan Rakyat.
Adakah ideologi UMNO iaitu Alif, Ba, Ta - Agama, Bangsa dan
Tanahair hanya mudah di fahami dan diterima oleh masyarakat
kampung berbanding dengan masyarakat yang tinggal di bandar?
Atau adakah sesama kita yang berada dalam UMNO ini masing-masing
bersifat ‘cah keting’ atau saling tikam belakang sesama sendiri?
Sebelum mulut terlanjur bicara hingga dianggap berbisa dan tidak
beradab kepada yang lebih berusia, saya memohon kemaafan andai
persoalan itu telah mengguris hati mana-mana pihak.
Namun itulah hakikat yang sering kita dengar dan sebutkan selama ini di
mana-mana kita berada. Sama ada di kedai kopi, di dalam mesyuarat, di
PWTC atau di Lipis ini sendiri.
Cukuplah sampai di sini saja sifat mahu berebut kuasa, pangkat atau harta
benda. Pada saat ini kita patut saling bekerjasama di dalam saf yang sama
dengan berpandukan Ketua Bahagian yang satu untuk mengembalikan
kepercayaan rakyat dan pengundi terhadap parti keramat.
Kita memerlukan semua, sama ada Pemuda mahupun Wanita dan Puteri
serta veteran untuk melaksanakan gerakan menarik sokongan anak-anak
muda menyokong UMNO. Kita tidak boleh meninggalkan mereka yang
sudah dewasa dalam perjuangan kerana mereka sudah terlebih dahulu
makan garam dalam politik ini. Kita juga tidak boleh tinggalkan golongan
ibu-ibu pejuang di rumah sahaja. Tanpa mereka, UMNO kurang aura dan
karisma. Kita juga tidak boleh biarkan wanita-wanita muda bergelar Puteri
menghabiskan masa terluang, mereka ini ada daya penarik yang
tersendiri.
Inilah kaedah dan masanya untuk masing-masing berjiwa besar untuk
berpadu kembali melawan musuh yang nampak jelas di depan mata iaitu
DAP serta anak-anak buahnya.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sebuah hubungan roh
perjuangan atas nama UMNO. Sudah tentu sekali sekala kita ada konflik
dan pergelutan kecil sesama kita. Namun, adakah kita sanggup
menunjukkan pekung di dada kepada khalayak umum?
Adakah kita mahu aib dan keburukan keluarga kita ditertawakan dan
diketahui orang ramai di luar sana?
Sudah tentu kita sebolehnya tidak mahu keburukan dan aib kita diketahui
oleh mereka yang tidak sepatutnya.
Saudara – saudara perwakilan,
Maka mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Lipis yang bersidang pada tahun ini mengambil iltizam dengan sebulat
suara untuk:
1. Mendesak semua ahli UMNO bermula dari Majlis Tertinggi Parti
sehingga ke akar umbi ahli biasa untuk mengukuhkan perpaduan
melalui cara berjiwa besar dalam kita menghadapi gelombang dan
cabaran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Lupakan segala
persengketaan sesama sendiri, dan tumpukan kepada satu matlamat
sahaja iaitu ingin memberi kemenangan buat UMNO dan Barisan Nasional
dalam PRU15 nanti.
2. Mendesak semua pihak yang mempunyai jawatan dan fungsi dalam
parti UMNO dan Barisan Nasional agar dapat memperhalusi masalah-
masalah dalaman parti terlebih dahulu, seterusnya memperbaikinya
dengan cepat secara konsep ‘adik beradik’. Juga menyeru agar
permasalahan atau konflik dalaman parti tidak digembar-
gemburkan di luar terutama di media-media massa bagi mengelak
salah tanggapan ramai pihak, serta bagi mengekalkan momentum
menang PRU15 di kalangan ahli sendiri.
3. Menyerahkan sepenuhnya kepakaran dan keintelektualan membuat
keputusan sama ada UMNO dan Barisan Nasional terus mahu
mempertahankan serta mengukuhkan kedudukan di dalam Muafakat
Nasional dan Perikatan Nasional sedia ada. Sebagai Pemuda UMNO
peringkat bahagian, kami akan sentiasa mendokong dan menyokong
keputusan parti yang kami yakin akan dibuat secara tertib dan berhati-
hati. Asalkan keputusan itu tidak memudaratkan sebuah perjuangan dan
tidak menyukarkan kehidupan rakyat, kami sentiasa wala’ kepadanya.
Akhir kata sebelum saya mengakhiri perbahasan usul politik Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Lipis ini, benarkanlah saya untuk membaca
ungkapan Melayu Lama sebagai pengiring kepada usul terpenting ini....
Wahai saudara-saudaraku semua....
Kesusahan rakyat kita amati,
Kesulitan orang kita peduli,
Sumpah dijunjung amanah diikuti,
Memikul beban sepenuh hati,
Rakyat rukun padi menjadi,
Umat sentosa bertuah negeri.
Menjalankan tugas tahan beragas,
Menjalankan amanah tahan dilapah,
Menjalankan yang hak tahan diinjak,
Menunaikan janji tahan dikeji.
Hidup UMNO mengabdi kepada rakyat,
Taat setia membela umat,
Imannya teguh elok tabiat,
Janji dipegang sumpah diingat,
Menjalankan tugas hatinya bulat,
Memikul beban bahunya kuat.
Hidup Melayu…..!
Hidup Pemuda…..!
Hidup UMNO…..!
USUL KEDUA :
MENGGESA KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMBAYAR WANG EHSAN KEPADA
KERAJAAN NEGERI PAHANG EKORAN PENEMUAN RIZAB MINYAK TAMBAHAN
DI BLOK PM 307 MEDAN MINYAK BERTAM
1. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis menggesa Kerajaan Persekutuan
segera membuat pembayaran wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Pahang
ekoran penemuan rizab minyak tambahan di Blok PM 307 oleh Petronas Cari
Gali Sdn Bhd pada tahun 2012.
2. Sebagai pemerintah yang prihatin dan mendengar suara rakyat, Kerajaan
Persekutuan haruslah mengotakan janji untuk melunaskan pembayaran wang
ehsan tersebut yang boleh dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk
pelaksanaan projek pembangunan dan program kebajikan demi kesejahteraan
rakyat.
3. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis juga menggesa agar rundingan ke
arah penyelesaian isu-isu berhubung tuntutan pembayaran Wang Ehsan ini
disegerakan dan tidak dipandang sepi oleh Kerajaan Persekutuan.
4. Kami percaya, melalui tambahan pendapatan Kerajaan Negeri melalui
pembayaran ini juga mampu memberi kesan positif terhadap ekonomi negeri
Pahang, sekaligus turut memberi pulangan berganda kepada pendapatan
negara melalui kutipan cukai korporat dan perniagaan.