The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NORFADZILAH SURIANI BINTI JAMALUDDIN 265793 KUMP (D) SBLM1023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-11-09 02:36:42

KISAH HASAN SUKA MEMBAZIR

NORFADZILAH SURIANI BINTI JAMALUDDIN 265793 KUMP (D) SBLM1023

Kisah Hasan suka
membazir

Disebuah kota terdapat sebuah keluarga yang hidup dengan
mewah. Dimana ibu bapa kepada keluarga ini adalah sangat kaya

raya.

Ibu bapa mereka adalah seorang peniaga yang berjaya. Hasan
adalah anak kepada keluarga kaya raya itu. Hasan mempunyai
seorang kakak yang bernama Ramlah. Mereka hidup dengan

aman dan damai.

Ibu bapa mereka sangat sibuk dalam kehidupan seharian mereka.
Dua bersaudara itu di jaga oleh pengasuh mereka yang bernama
mak cik Hani. Ibu bapa mereka meninggalkan mereka dengan
kehidupan yang serba lengkap. Dengan itu ibu bapa mereka tidak
merisaukan keadaan anak-anaknya. Ibu bapa mereka juga sering
memanjakan mereka dengan duit dan selalu memenuhi kehendak
mereka bersaudara.

Oleh itu, mereka bersaudara selalu menghabiskan duit
orang tua mereka dengan sesuka hati mereka. Pada suatu
hari, Hasan meminta kepada ibu bapanya untuk
membelikan dia sebuah kereta mainan edisi terbaru

“ibu bolehkah saya
meminta duit lebih untuk
saya mendapatkan kereta

mainan terbaharu itu”
Hasan bertanya kepada

ibunya.

Ibunya menjawab “baiklah Hasan nanti ibu berikan duit untuk kamu
beli barang yang kamu inginkan”. Hasan pun dengan gembiranya
memeluk ibunya dan mengucapkan terima kasih kepada ibunya.
Hasan pun dengan gembiranya memeluk ibunya dan mengucapkan
terima kasih kepada ibunya.

Keesokkan harinya Hasan bersama dengan saudaranya pergi ke
pusat membeli belah. Disana pelbagai aneka jualan di pamerkan
termasuklah kedai permainan kanak-kanak yang sangat besar dan
megah. Hasan serta kakaknya sangat gembira masa itu. Ini kerana
mereka beranggapan seperti berada dalam dunia fantasi yang
penuh dengan permainan yang mereka idamkan.

Setelah beberapa jam kemudian Hasan mengambil permainan
yang di ingininya lalu membayarnya di kaunter pembayaran. Dua
bersaudara itu menghabiskan duit yang diberikan oleh ibu bapa
mereka pada hari itu juga. Setelah seharian penat berjalan keluar

dua bersaudara itu, pulang kerumah lalu membersihkan diri
mereka

Pada hari berikutnya Hasan dengan bangganya memberitahu
kepada rakan-rakanya bahawa dia telah mendapatkan kereta

mainan edisi terbaharu itu. Kawan-kawan Hasan pun mula
menyukainya dan berkawan dengannya. Sejak hari itu, hubungan

Hasan dan kawan-kawannya semakin akrab.

Akan tetapi Hasan tidak mengetahui bahawa kawan-kawanya itu
hanya memanfaatkan dia sahaja untuk kepentingan diri mereka
sendiri. Kawan Hasan bernama Ramli bertanya kepada Hasan
“Hasan ibu bapa awak sangat kaya raya kenapa awak tidak
meminta untuk membeli sebuah kereta mainan yang canggih dan
berteknologi iaitu harga dia mencecah hampir ribuan ringgit? Jika
dibandingkan dengan kereta mainan edisi terbaharu awak itu saya
ada banyak lagi dirumah.

Hasan pun mula merasa tidak puas hati terhadap ucapan kawannya
itu yang mempermalukan dia dihadapan rakan-rakanya yang lain.
Sepanjang di sekolah Hasan menjadi sangat sedih kerana dia tidak
dapat menunjukkan kepada rakan-rakanya bahawa dia dapat
membeli sebuah kereta mainan dengan meminta kepada ibu
bapanya sahaja. Hasan yakin bahawa ibu bapa nya akan memenuhi
kehendak anaknya itu.

“Tringgg,,tringgg,,,tringgggggg”

Loceng menunjukkan bahawa sudah waktunya rehat. Sepanjang
rehat itu Hasan duduk disebuah bangku di dewan makan sambil
menikmati sepotong roti dan juga nasi bungkus yang dibelinya
sebentar tadi. Tiba-tiba datang kawan-kawan Hasan lalu mengajak
ianya bercerita tentang kereta mainan yang dibelikan oleh ibu bapa
mereka itu walhal Hasan hanya terdiam kerana dia sudah membeli
kereta mainan edisi terbaharu tetapi tidak terlalu canggih seperti
yang dikatakan oleh rakan-rakanya itu.

Setelah pulang dari sekolah hasan terbaring di atas katilnya yang
empuk itu sambil melihat kereta mainan yang dibelinya kemarin

itu. Dia berkata dalam hatinya “setelah ibu pulang dari kerja
Hasan akan meminta lagi duit dengan alasan membeli lagi sebuah
kereta mainan canggih yang dikatakan oleh kawan-kawannya itu.

Hasan pun terlelap di atas katilnya.

Masuk waktu malam ibu bapa Hasan pulang kerumah dalam
keadaan letih dan lesu. Hasan hanya memerhati raut wajah ibu
bapanya itu. Hasan ingin bertanya tapi takut akan kepada ibu
bapanya. Akan tetapi disebabkan oleh nafsu yang begitu kuat
Hasan memberanikan diri untuk bertanya kepada ibu bapa tentang
hasratnya untuk meminta duit lagi.

‘Ayah Ibu bolehkah
Hasan meminta lagi duit
untuk membeli sebuah

kereta mainan yang
canggih?

Ayahnya berkata “boleh Hasan”. Ibu bapanya tidak
memperlihatkan kepada anaknya bahawa keluarga mereka
mengalami kesusahan dalam perniagaanya. Ini kerana sejak akhir-
akhir ini hutang syarikat tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh
ibu bapanya. Keesokkan harinya Ayahnya memberikan lagi Hasan
duit belanja untuk membeli kereta mainan yang di idamkanya itu.
Hasan pun sangat gembira dan mula menunjukkan diri lagi kepada
rakan-rakanya bahawa dia telah membeli kereta mainan yang
canggih itu. Rakan-rakannya sangat bangga kepada Hasan yang
kaya raya itu.

“ibu dan ayah sejak kakak Hasan pun
berapa hari ini menjawab “sejak

sering pulang lewat akhir-akhir ini
ke rumah ada apa kakak sering
mendengar ibu
masalah yang bapa kita sering
berlaku?” bertengkar dan
pada keesokkan
harinya berbaik
semula seperti
tidak berlaku apa-

apa.

Lewat malam telah berlalu ibu bapa hasan masih tidak pulang
kerumah sepanjang minggu itu malahan ibu bapa Hasan tidak
terlihat akan kelibatnya dirumah. Hasan pun mula pelik dan
bertanya kepada saudaranya. Hasan dan saudaranya mula
merisaukan keadaan ibu bapa mereka.

Bulan berganti bulan ibu bapa Hasan mula memulakan perbicaraan
kepada mereka bersaudara bahawa kemungkinan duit belanja
mereka akan dikurangkan dan mereka terpaksa pindah dari rumah
mewah itu. Hasan dan saudaranya pun terkejut lalu bertanya
kepada ibu bapa mereka “ibu ayah kenapa duit belanja kami harus
dikurangkan dan mengapa kita harus berpindah dari rumah ini?
Ibunya menjawab” nak ibu dan ayah telah muflis dari perniagaan
mulai sekarang kita harus hidup bersederhana dan berjimat

cermat”. Hasan dan saudaranya pun mula menangis teresak-esak
“ngekkkkrrr…hmmmm…ngekkrrr.”

Akhirnya mereka pun berpindah dari rumah mewah tersebut dan
hidup dengan sederhana dan bahagia.

NILAI MURNI

Sesungguhnya, sikap membazir itu adalah amalan saitan dan
bukanlah suatu nilai yang murni. Sikap buruk ini akan membawa
kepada kerugiaan dan kebinasaan. Demikianlah juga sikap ibu
bapa yang selalu memanjakan anak-anak dengan kemewahan
tanpa mengajar anak-anak untuk hidup berdikari.

Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa berjimat-cermat dan
sentiasa tidak mengikut hawa nafsu serta dapat membezakan
antara keperluan dan juga kehendak sebagai seorang pelajar
terutamanya pelajar di universiti utara Malaysia haruslah menjadi
bijak dalam melakukan perbelanjaan bagi mengelakkan kesusahan
di masa akan datang. Kita juga haruslah mengamalkan nilai-nilai
murni seperti, berjimat-cermat, hormat-menghormati dan berkasih
sayang dalam keluarga.

Nilai-nilai murni ini tergolong sebagai akhlak yang mulia. Jika kita
mengamalkanya kita akan menjadi orang yang berguna dan
berjaya dalam hidup.


Click to View FlipBook Version