The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL PENGURUSAN TANAH SAWAH DAN BENIH PADI BERKUALITI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hartinee Abbas, 2024-04-22 23:44:50

Manual Pengurusan Tanah Sawah dan Benih Padi Berkualiti

MODUL PENGURUSAN TANAH SAWAH DAN BENIH PADI BERKUALITI

Keywords: Penentuan pH Tanah, Carta Warna Daun dan Rawatan Benih

MODUL PENGURUSAN TANAH SAWAH DAN BENIH BERKUALITI Pengurusan tanah sawah dan pengurusan benih padi memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan dan kelestarian industri padi di Malaysia. Pengurusan tanah sawah melibatkan aspek kesesuaian tanah, pengairan, dan kelestarian alam sekitar. Tanah sawah yang diuruskan dengan baik akan memastikan kesuburan tanah yang baik untuk pertumbuhan padi serta pengambilan nutrien yang efisien bagi memenuhi keperluan tanaman. Di samping itu, pengurusan benih padi juga turut memberi impak yang besar terhadap hasil dan kualiti hasil yang dituai dihujung musim penanaman. Pemilihan benih yang berkualiti tinggi dan pengurusan benih yang baik sejak awal penanaman merupakan langkah penting dalam memastikan pengeluaran hasil yang maksima dapat diperolehi. Dengan menggalakkan pengurusan tanah sawah yang baik serta penggunaan benih padi berkualiti, Malaysia dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sektor pertanian padi, sekaligus memastikan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk tempatan. Modul ini akan dibahagikan kepada dua topik utama iaitu Pengurusan Tanah Sawah Padi dan Pengurusan Benih Padi.


PENGURUSAN TANAH SAWAH PADI Nilai pH yang sesuai bagi tanaman padi adalah pada pH 5.5 bagi memastikan penyerapan nutrien yang terbaik oleh tanaman padi. Ia memastikan baja yang diberi dapat diambil oleh tanaman padi sepenuhnya. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menentukan pH tanah. Penentuan pH Tanah Penentuan pH tanah adalah proses mengukur keasidan atau kealkalian tanah, yang merupakan faktor penting dalam menentukan kesuburan dan kesihatan tanaman. pH tanah adalah ukuran konsentrasi ion hidrogen (H⁺) dalam larutan tanah, yang diukur dalam skala pH yang berkisar dari 0 hingga 14, di mana pH 7 menunjukkan neutral, nilai di bawah 7 menunjukkan keasidan, dan nilai di atas 7 menunjukkan kealkalian. Penentuan pH tanah biasa dilakukan di makmal dan melibatkan tempoh masa yang lama dan kos yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan para pesawah sering mengabaikan kepentingan menentukan pH tanah. Namun dalam modul ini terdapat beberapa kaedah penentuan pH yang mudah dan boleh dipraktikan oleh pesawah pada kos yang minima. Penentuan pH tanah adalah langkah penting dalam pengurusan tanah yang berkesan dan membantu petani untuk membuat keputusan yang tepat mengenai langkah-langkah pemuliharaan tanah yang diperlukan. A. Penentuan Menggunakan Kertas Litmus Penentuan mengunakan kertas litmus ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan mampu dilaksanakan tanpa memerlukan kemahiran teknikal. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, pH tanah boleh ditentukan dengan berkesan, mudah dan cepat. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti: 1. Sediakan Sampel Tanah: o Beberapa sampel tanah dari petak sawah secara rawak yang mewakili keadaan semasa sawah diambil dan masukkan ke dalam bekas menjadi sampel komposit. o Kedalaman tanah yang sesuai adalah pada 20 cm dan alatan seperti cangkul, penyodok tanah boleh digunakan untuk mendapatkan sampel.


o Ambil 10 g tanah dan tambahkan air bertapis sebanyak 25 mL dan gaul rata untuk mencipta larutan tanah-air. Larutan tanah-air dibiarkan selama 5-10 min. 2. Sediakan Kertas Litmus: o Dapatkan kertas litmus dari sumber yang dipercayai/makmal alatan sains. o Pastikan kertas litmus berada dalam keadaan baik dan tidak luput tempohnya. 3. Uji pH Tanah: o Celupkan sekeping kertas litmus ke dalam larutan tanah-air. o Perhatikan sebarang perubahan warna pada kertas litmus selepas beberapa saat. 4. Tafsirkan Keputusan: o Bandingkan perubahan warna pada kertas litmus dengan carta warna pH yang disediakan bersama kertas litmus. o Tentukan pH tanah berdasarkan perubahan warna yang diperhatikan. 5. Ulangi untuk Ketepatan: o Untuk hasil yang lebih tepat, ulangi ujian 2-3 kali. Gambar1: Penentuan menggunakan kertas litmus


B. Penentuan Menggunakan Alat Pengujian pH Serta Merta Alatan pengujian pH tanah serta merta digunakan untuk mengukur pH tanah secara langsung tanpa menggunakan bahan kimia merkuri atau bateri. Alatan ini lebih bersifat mekanikal dan pengguna boleh memasukkan terus ke dalam tanah sawah. Julat pengukuran pH untuk alatan pengujian ini adalah 3.5 hingga 8 pH. Untuk menggunakan alatan ni sangat mudah dan nilai pH diperolehi serta merta. Kos bagi alatan ni pada tahun semasa dalam anggaran RM 100-300 mengikut jenama tertentu. Langkah penggunaan adalah seperti berikut: 1. Pastikan alatan pengukur bersih dari sebarang kotoran bendasing atau tanah. 2. Masukkan bahagian logam ke dalam tanah sawah di lokasi yang ingin diuji. 3. Lihat pada skrin alatan untuk membaca nilai pH tanah secara langsung. 4. Pengukuran boleh diulang beberapa kali untuk membandingkan nilai pH disetiap lokasi yang dikehendaki. Gambar 2: Alat pengujian pH serta merta C. Kadar Dan Bahan Pengapuran Setelah maklumat berkaitan pH tanah diperolehi, adalah sangat penting bagi pesawah untuk merancang aktiviti pengapuran bersesuaian agar pH tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Terdapat beberapa jenis kapur pertanian yang boleh digunakan oleh pesawah. Di antara yang biasa digunakan oleh pesawah adalah Ground Magnesium Limestone (GML). Berikut adalah cadangkan kadar kapur (GML) yang perlu digunakan oleh pesawah untuk mendapatkan nilai pH 5.5 sebelum musim penanaman bermula.


Jadual 1: Kadar kapur pertanian yang disyorkan berdasarkan pH tanah sebelum menanam Nilai semasa pH tanah sebelum penanaman Kadar tan per hektar 3.00-3.90 4.5 4.00-4.90 3.0 5.00-5.55 1.0 D. Pengurusan Pembajaan Menggunakan Carta Warna Daun (LCC) Carta warna daun (Leaf Color Chart atau LCC) merupakan alat penting dalam pengurusan tanaman padi yang membolehkan petani menilai tahap kecukupan unsur nitrogen (N) pada tanaman padi dalam petak sawah. Baja N adalah faktor utama dalam meningkatkan pertumbuhan, hasil, daya tahan, dan keseimbangan ekologi tanaman padi. Penggunaan LCC yang bijak dan pengurusan yang berhati-hati dapat membantu petani meningkatkan produktiviti dan mengelakkan tanaman padi dari serangan penyakit. Tatacara penggunaan LCC dalam pengurusan tanaman padi sangat mudah kerana menggunakan keamatan warna hijau sebagai penunjuk. Terdapat 6 keamatan warna hijau yang mewakili tahap kecukupan unsur N dalam tanaman padi. Keamatan warna hijau pada tahap 1 dan 2 menunjukan kandungan N dalam pokok padi tidak mencukupi dan pembajaan diperlukan. Pada keamatan 3 dan 4 merupakan tahap keamatan warna hijau yang perlu dicapai dan dikekalkan. Jika keamatan warna hijau tanaman padi berada pada nilai 5 dan 6 bermakna tanaman padi telah menerima dos baja N yang berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan tanaman padi mudah terkena serangan penyakit dan perosak serta mudah rebah jika keadaan cuaca ekstrem seperti hujan lebat atau angin kuat. Walaupun LCC adalah alat yang berguna dan mudah, ia tidak menjamin kesan positif tanpa risiko kerana keputusan dan tanggungjawab akhir atas penggunaan LCC berada pada petani yang mempunyai tahap interpretasi yang berbeza-beza, serta faktor-faktor lain juga boleh mempengaruhi hasil tanaman. Oleh itu, rujukan kepada pegawai yang berpengalaman digalakkan sekiranya terdapat kekeliruan semasa mengendalikan LCC.


Gambar 3: Carta warna daun yang mempunyai tahap 1 hingga tahap 6 keamatan warna. Cara Penggunaan LCC 1. Pilih 10 pokok padi yang sihat dan seragam di petak sawah iaitu 14 hari selepas pemindahan atau 21 hari selepas tabur basah. 2. Bandingkan setiap warna daun teratas yang sihat dan kembang sepenuhnya dengan jalur warna pada LCC. 3. Bacaan diambil pada waktu pagi 8-9 pagi sebelum matahari terik supaya data yang diambil lebih tepat tanpa silau matahari. 4. Jika enam atau lebih daripada 10 daun berada pada keamatan warna hijau tahap 1 dan tahap 2 pembajaan perlu dilakukan. 5. Ulang bacaan LCC secara berkala setiap 7 atau 10 hari untuk memantau perubahan dalam keadaan tanaman padi. E. Kadar Pembajaan Berdasarkan Carta Warna Daun (LCC) Nilai kritikal LCC berbeza bergantung kepada jenis dan musim tanaman padi. Jadual 2 dan Jadual 3 memberikan panduan tentang jumlah nitrogen yang perlu diberikan bagi padi yang mempunyai tempoh matang 95-105 hari secara tabur terus dan mencedung. Anggaran pembajaan ini adalah kadar tambahan yang boleh diberikan sekali semasa pembajaan rutin dilakukan. Sumber baja yang dicadangkan adalah urea atau baja sebatian.


Jadual 2: Penggunaan LCC bagi Tabur Terus (Tempoh Matang 95-1Hari selepas tanam Peringkat LCC Seminggu sebelum baja pertama Vegetative 3-5 helai daun 15-20 Seminggu sebelum baja kedua Reproduktif 25-30


105 hari) Aktiviti Kadar baja Semak LCC 1 (tahap 1 atau 2) 28 kg N ha-1 atau 1.25 beg Urea untuk capai LCC tahap 3 Pembajaan 1 Baja Sebatian 140 kg ha-1 (17.5:15.5:10 /17:20:10) Semak LCC 2 (tahap 2) 23 kg N ha-1 atau 1 beg Urea untuk capai LCC tahap 3 atau tahap 4. Pembajaan 2 80 kg ha-1 Urea (46% N)


Seminggu sebelum baja ketiga Pembentukan tangkai 35-45 70-80 Terbit bunga


Semak LCC 3 (tahap 3) 28 kg N ha-1 atau 1.25 beg Urea untuk capai LCC tahap 4 #jika perlu Pembajaan 3 Baja Sebatian 100 kg ha-1 (17.5:15.5:10 /17:20:10) Baja Sebatian Tambahan 100 kg ha-1 (17:3:25+2 MgO) Pembajaan 4 Baja Sebatian Tambahan 50 kg ha-1 (17:3:25+2 MgO)


Jadual 3: Penggunaan LCC bagi Mencedung (Tempoh Matang 95-1Hari selepas tanam Peringkat LCC Sebelum anak benih padi di pindahkan Vegetative 3-5 helai daun 5-7 Seminggu sebelum baja kedua Reproduktif


105 hari) Aktiviti Kadar baja Semak LCC 1 (tahap 1 atau 2) 28 kg N ha-1 atau 1.25 beg Urea untuk capai LCC tahap 3 Pembajaan 1 Baja Sebatian 140 kg ha-1 (17.5:15.5:10 /17:20:10) Semak LCC 2 (tahap 2) 23 kg N ha-1 atau 1 beg Urea untuk capai LCC tahap 3 atau tahap 4.


15-20 Seminggu sebelum baja ketiga Pembentukan tangkai 20-30 60-65 Terbit bunga


Pembajaan 2 80 kg ha-1 Urea (46% N) Semak LCC 3 (tahap 3) 28 kg N ha-1 atau 1.25 beg Urea untuk capai LCC tahap 4 #jika perlu Pembajaan 3 Baja Sebatian 100 kg ha-1 (17.5:15.5:10 /17:20:10) Baja Sebatian Tambahan 100 kg ha-1 (17:3:25+2 MgO) Pembajaan 4 Baja Sebatian Tambahan 50 kg ha-1 (17:3:25+2 MgO)


PENGURUSAN BENIH PADI BERKUALITI A. Maklumat Kasifikasi Biji Benih Bagi Pengeluaran Biji Benih Padi (Oryza sativa) Benih padi: Biji benih dari satu varieti Oryza sativa yang telah diperakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang dikeluarkan untuk tujuan penanaman. Benih asas: Progeni benih baka yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Benih daftar: Progeni benih asas yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Benih sah: Progeni benih asas atau daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Pemilihan benih padi berkualiti adalah aspek penting dalam memastikan hasil pertanian yang optimal dan berkesan. Benih yang berkualiti mempunyai impak yang besar terhadap pertumbuhan dan hasil akhir tanaman padi. Proses pemilihan benih yang tepat melibatkan beberapa faktor penting seperti pemilihan varieti yang sesuai, kualiti benih itu sendiri, rawatan benih sebelum penamanan serta keperluan yang sesuai untuk penyimpanan benih. 1. Pemilihan varieti Varieti yang sesuai adalah langkah awal yang penting dalam pemilihan benih padi berkualiti. Setiap kawasan dan persekitaran memiliki keperluan yang berbeza-beza, jadi pemilihannya haruslah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti jenis tanah, corak hujan, suhu, serta kesesuaian dengan sistem pertanian yang sedia ada. Pemilihan varieti yang sesuai dengan keperluan tempatan dapat meningkatkan kesesuaian tanaman terhadap persekitaran tempatan, serta mengurangkan risiko terhadap penyakit dan kehilangan hasil. 2. Kualiti benih Benih yang berkualiti tinggi haruslah bebas dari penyakit, mempunyai keupayaan berkecambah yang baik, serta mempunyai daya simpan yang panjang. Penting untuk petani menguruskan benih


dengan baik sebelum penanaman. Benih harus disimpan dengan baik untuk memastikan kestabilannya. Proses penyimpanan yang tidak tepat dapat merosakkan kualiti benih dan mengurangkan hasil akhir. Oleh itu, penyimpanan yang sesuai dengan keadaan suhu dan kelembapan yang tepat sangat penting untuk memastikan keberhasilan penanaman. Secara kesimpulannya, pemilihan benih padi berkualiti adalah langkah yang sangat penting dalam memastikan hasil yang tinggi. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti pemilihan varieti yang sesuai, kualiti benih, rawatan dan penyimpanan yang tepat, petani dapat meningkatkan potensi hasil tanaman padi. B. Ujian Peratus Percambahan Benih Padi Benih yang dibekalkan kepada petani perlu diuji kebernasan terlebih dahulu supaya petani boleh menambah kadar benih mengikut peratus percambahan. Sekiranya kurang dari 85% petani boleh memohon gentian dari syarikat pengeluar yang berkenaan. Berikut adalah cara rendaman dan rawatan benih padi sebelum tabur:- 1. Petani digalakkan merendam dengan keseluruhan beg benih dibuka untuk mengasingkan padi hampa dan menggunakan benih yang tenggelam sahaja untuk ujian percambahan. 2. Gunakan bahan pengalak akar dan racun kulat untuk meransang pengakaran dan mengawal jangkitan penyakit sejak awal. 3. Pilih sebanyak 100 biji benih padi dan masukan ke dalam bekas yang mengandungi tisu yang lembap. Tutup dan buka selepas 5-7 hari. 4. Kira bilangan benih yang bercambah dengan teliti dan rekodkan. Jumlah bilangan biji benih yang bercambah mewakili peratusan percambahan benih.


Gambar 4: Benih padi diambil dari guni untuk ujian kebernasan. Gambar 5: Menunjukkan pertumbuhan celoptile selepas 5 hari ujian percambahan


RUJUKAN Jabatan Pertanian Malaysia. (2024). Portal Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia. https://www.doa.gov.my/. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). (2024). Portal Rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). https://www.mafi.gov.my/. Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI). (2024). Official Website of MARDI. https://www.mardi.gov.my/. PENUTUP Modul pengurusan tanah dan benih berkualiti adalah asas yang penting dalam memastikan kejayaan hasil yang tinggi dalam industri tanaman padi. Melalui pengetahuan dan amalan yang betul dalam pengurusan tanah serta pemilihan benih yang berkualiti, petani dapat meningkatkan produktiviti dan keberhasilan tanaman mereka. Pengurusan tanah merupakan langkah awal yang penting dalam proses penanaman. Tanah yang subur dan berkualiti memberikan asas yang kukuh untuk pertumbuhan tanaman yang sihat. Modul ini memberi tumpuan kepada aspek penentuan pH tanah, kaedah pengapuran dan penggunaan carta warna daun (LCC) dalam pengurusan pembajaan. Dengan ilmu pengetahuan ini petani dapat meningkatkan kesuburan dan kelestarian tanah disamping hasil padi dapat ditingkatkan. Sementara itu, kualiti benih juga merupakan faktor yang kritikal dalam mencapai hasil yang optimum dalam penanaman padi. Modul ini memberikan penekanan kepada pemilihan benih yang berkualiti termasuklah pengujian kualiti benih melalui ujian percambahan. Kualiti benih yang tinggi memastikan bahawa tanaman bermula dari titik permulaan yang baik, meningkatkan potensi untuk hasil yang tinggi dan berkualiti. Selain itu, modul ini juga memberi penekanan kepada pengurusan dan penyimpanan benih yang betul, untuk memastikan kestabilan dan keberhasilan benih sebelum penanaman. Akhir kata diharapkan dengan modul ini dapat membantu petani dalam mengusahakan sawah mereka dengan lebih baik dan memperolehi hasil yang tinggi dan berkualiti.


Click to View FlipBook Version