The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku skrap Sejarah Kemerdekaan Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharinni Saha Thevan, 2023-08-19 03:38:26

Sejarah Kemerdekaan Malaysia

Buku skrap Sejarah Kemerdekaan Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan.

Keywords: kemerdekaan Malaysia

nama : sharinni saha thevan kelas : 5 sains 2 Sempena bulan kemerdekaan sejarah kemerdekaan malaysia


Isi Kandungan 01 Pendahuluan m/s 1 02 Peristiwa menuntut Kemerdekaan m/s 2 03 Detik pemasyuhuran Lemerdekaan m/s 3-4


Menghargai pengorbanan generasi terdahulu. Mengukuhkan perpaduan antara masyarakat. Meraikan kejayaan negara dan merencana wawasan baharu. Menandakan kedaulatan negara kepada negara lain. Menyemarakkan patriotisme dalam masyarakat. Kemerdekaan bermaksud "Pemerintahan sendiri oleh penduduk dalam sesebuah negara yang secara amnya". Dalam konteks yang sama, kemerdekaan merupakan pembebasan daripada kuasa asing. Dengan itu, rakyat bebas membuat aktiviti asalkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos setiap tahun dengan meriah. Oleh itu, mengapakah kita menyambut hari Kemerdekaan negara kita? Bagi: 1. 2. 3. 4. 5. Sejajar itu, generasi muda hendaklah menghargai serta menitik-beratkan hari Kemerdekaan agar negara kita sentiasa harmoni & sejarah tidak diulangi lagi. 1 PENDAHULUAN


2 peristiwa perjuagan menuntut kemerdekaan 1942-1945 Tentera Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 & menakluki seluruh Tanah Melayu menjelang pertengahan Februari 1942. Rakyat hidup sengsara semasa pendudukan Jepun. Oleh itu, timbul kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menentang penjajahan. Muncul pemimpin tempatan iaitu Ibrahim Haji Yaakob & Burhanuddin Al-Helmy yang menggerakkan bersama-sama dengan Indonesia. 1946 Rakyat membantah tindakan British memperkenalkan Malayan Union yang merupakan satu penjajahan. Dato 'Onn Ja'afar telah memimpin orang Melayu untuk membantahkan pelaksanaan Malayan Union. Malayan Union telah ditarik balik dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948 1948 Parti Komunis Malaya melakukan pelbagai keganasan seperti membunuh & memusnahkan lombong biji timah & ladang getah. Ancaman Komunis telah mengganggu keamanan negara sehingga diisytiharkan darurat. Darurat telah ditamatkan pada tahun 1960. Rundingan Baling telah diadakan pada tahun 1955. Parti-parti politik yang ditubuhkan pada waktu ini ialah United Malays National Organisation (UMNO). Malayan Indian Congress (MIC) & Idependence of Malaya Party (IPT). Parti Perikatan telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh UMNO, MCA & MIC. Semua Parti ini menuntut untuk mengadakan pilihanraya sebagai satu proses ke arah Kemerdekaan. 1955 Parti Perikatan menang dalam pilihan raya. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Parti Perikatan dilantik sebagai Ketua Menteri. Parti Perikatan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan British untuk mendapatkan Kemerdekaan. 1956 Kombongan Kemerdekaan yang diwakili oleh Raja-raja Melayu & wakil Parti Perikatan telah ke London untuk berunding dengan British mengenai Kemerdekaan Persekutuaan Tanah Melayu. Mereka berjaya menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London. 1957 Tunku Abdul Rahman mengistihiarkan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.


3 10:00 MALAM Wakil Parti Perikatan dari Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai oleh Sardon Jubir mengambil tempat duduk. Sebanyak 300 orang pemuda membentuk pembarisan kehormat mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (menara jam). Pembarisan ini dikatuai oleh Ismail Bontak. 10:30 MALAM Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. 11:58 MALAM Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan perwakilan negeri. Beliau kemudiannya mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Abdul Majid Othman tampil mambawa dulang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebutir Pingat Emas. Pingat ini berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku Abdul Rahman di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta, ditulis perkataan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air", gelaran yang diberikan kepada Tunku Abdul Rahman. Rantai emas dikalungkan oleh Sardon Jubir ke leher Tunku Abdul Rahman diikuti dengan laungan "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" sebanyak tiga kali. 12:10 TENGAH MALAM Majlis dialhiri dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati. Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12:00 tengah malam dan diikuti dengan laungan "Merdeka" oleh seorang ramai. Kemudian Tunku Abdul Rahman dibawa ke hadapan pentas ketiga-tiga tiang bendera. Seterusnya, bendera Union Jack mula diturunkan oleh Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save the Queen yang dimainkan sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu. Bendera Union Jack diturunkan & disambut dengan tepukan dan laugan "Merdeka". Bendera Persekutuan Tanah Melayu kemudian dinaikkan dengan diiringi lagu Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama kepada umum pada malam bersejarah itu. Sorakan "Merdeka" dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan. 12:00 TENGAH MALAM Tunku Abdul Rahman menyampaikan ucapan dengan penuh semangat. 12:25 TENGAH MALAM DETIK PEMASYUHURAN KEMERDEKAAN 12:55 TENGAH MALAM


4 Istiadat Mengangkat Sumpah Yang di-Pertuan Agong yang diadakan di Balairong Seri, Istana Negara. Upacara ini kemudian, disusuli dengan pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka. 08:15 PAGI ~ Tunku Abdul Rahma tiba di pekarangan stadium dan dsusuli dengan ketibaan Raja-raja Melayu. Yang di-pertuan Agong dan Permaisuri serta Duke and Duchess of Gloucester. Kedengaran bunyi nafiri pada setiap kali pembesar negara tiba. ~ Duke of Gloucester yang mewakili kerajaan British telah memberikan ucapan dan menyerahkan Surat Perlembagaan Serahan Kuasa kepada Tunku Abdul Rahman. Kemudian nafiri dimainkan. ~ Dengan tangan di udara, Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali dengan gemamnya dan disambut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai bangsa. ~ Kemudian, disusuli dengan laungan azan oleh Ustaz Hassan Azhari yang sayup kedengaran menandakan rasa kesyukuran terhadap kemerdekaan negara kita. ~ Majlis diteruskan dengan menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan, iaitu, Negaraku. Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. 11:00 PAGI Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivray. 1:30 TENGAH HARI 5:25 PETANG Sir Donald MacGillivray dan isteri berlepasan dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke England. Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu.


THE END


Click to View FlipBook Version