“ G E N E R A S I MADAN I , S E K O L A H BEBAS DADAH ”
Muka Surat 3 BIODATA Muka Surat 4-9 LEBIH BAIK CEGAH Muka Surat 10 PENGHARGAAN & PENUTUP Lebih Baik Cegah
MAKLUMAT DIRI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27 (BEA8660) SYASYA INDIRA BINTI MOHD SYAH TINGKATAN 2 MELUR (KETUA KUMPULAN) NURIN QISTINA DAMIA BINTI MOHD SHAHRUL TINGKATAN 2 MELUR Sasya FAEEZ SYAFIQUE BIN FAIRUL NEEZAM TINGKATAN 2 MELUR Nurin Faeeq Lebih Baik Cegah
DADAH…… “ LE BI H B A I K C E G A H………. ” Lebih Baik Cegah
DIRI SENDIRI Kerana jati diri yang kuat dapat menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, membaca buku dapat menambahkan ilmu dan mengelakkan diri daripada perkara yang boleh merosakkan minda. Remaja juga harus bersukan bagi mendapatkan tubuh yang sihat. Kesimpulannya,dengan menguatkan jati diri kita dapat tubuh yang cergas dan minda yang sihat dan stabil. Remaja perlu menguatkan jati diri dengan cara mengerjakan solat lima waktu, mengaji, sedekah,serta menyertai program motivasi. Lebih Baik Cegah
Dengan adanya aktiviti yang positif sekaligus dapat menghindarkan diri dari terpengaruh dengan perkara-perkara negatif RAKAN SEBAYA Rakan sebaya boleh membawa pengaruh yang POSITIF dan juga NEGATIF. Oleh itu, setiap orang perlu memilih rakan sebaya yang baik agar dapat mempengaruhi gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah, belajar bersamasama. ➢ Bab kata pepatah arab " Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi, & jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya” Kesimpulannya, ia memberikan kesan positif dalam membangun komuniti yang sihat, selamat dan mempunyai nilai-nilai yang mementingkan kebajikan bersama. Lebih Baik Cegah
SEKOLAH Penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum akan menyebabkan peluang murid untuk terlibat dalam aktiviti yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah menjadi tipis. Murid perlu menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Contohnya, murid boleh terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti Pertandingan kawad kaki badan beruniform. Lebih Baik Cegah
Keluarga yang bahagia dapat mengelakkan remaja dari terlibat dengan masalah sosial. KELUARGA BAHAGIA Contohnya, makan malam bersama-sama agar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan sekaligus akan menjadikan remaja berasa seronok dan selamat berada dalam keluarganya sendiri. Pergi joging pada waktu petang, Jangan lupa jalan pulang Hubungan keluarga jangan direnggang , Agar kasih sayang tidak hilang Lebih Baik Cegah
MASYARAKAT Peranan Masyarakat setempat juga mampu membantu dalam pencegahan dadah seperti menganjurkan aktiviti kemasyarakatan khususnya yang mesra remaja seperti gotong royong, pertandingan futsal dan lain-lain aktiviti yang sesuai. Dapat membantu remaja untuk membina hubungan antara satu sama lain dan dapat membantu remaja untuk melupakan masalah pada kehidupan seharian. Remaja perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh masyarakat agar masa lapang yang ada terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Lebih Baik Cegah
Kesimpulannya, mencegah adalah lebih baik berbanding dengan merawat. Pencegahan melalui jalan positif adalah langkah terbaik dalam memastikan remaja mendapat kehidupan yang baik pada masa akan datang. Peranan semua pihak sangat penting dalam memastikan pencegahan dadah ini berjalan lancar dan menjadi realiti. PENUTUP Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana mengadakan program ini dan memberi peluang kepada murid SMK Seksyen 27 untuk menyertai dan menyiapkan buku skrap digital intervensi pencegahan dadah secara positif ini. Diucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan kerana memberikan kerjasama yang baik sehingga terhasilnya buku skrap digital ini. Tidak lupa juga kepada guru pembimbing yang tidak jemu membimbing kami sehingga buku skrap digital ini berjaya disiapkan dengan jayanya. PENGHARGAAN Lebih Baik Cegah