ALAT BERFIKIR
Peta I-Think, Carta Radar, Enam Topi Pemikiran, Cort 3 & Penyoalan
PETA I-THINK
Mengandungi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang membolehkan pelajar untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi.
Peta Bulatan Peta Buih Peta Buih Berganda Peta Pokok
Peta Dakap
Peta Alir Peta Pelbagai Alir Peta Titi
CARTA RADAR
• Kaedah grafik mempamerkan multivariate data dalam bentuk dua dimensi carta
daripada tiga atau lebih pemboleh ubah kuantitatif yang ditunjukkan daripada paksi
bermula dari titik yang sama.
• Juga dikenali sebagai carta web, carta labah-labah, carta bintang dan carta kutub.
ENAM TOPI PEMIKIRAN
• Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat sesuatu
perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan yang terbaik
• setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih,
merah, hitam, kuning, hijau dan biru.
Topi putih – Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-
mata
Topi merah – Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.
Topi hitam – Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan kekacacatan.
Topi kuning – Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan dan manfaat.
Topi hijau – Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau
mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logic atau sebaliknya.
Topi biru – Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-
topi lain
ALAT-ALAT CORT
-Alat CoRT dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.
-Terdapat enam bahagian:
• CoRT 1: keluasan persepsi
• CoRT 2: organisasi proses berfikir
• CoRT 3: interaksi, argumen, pemikiran kritis
• CoRT 4: pemikiran kreatif
• CoRT 5: maklumat dan perasaan
• CoRT 6: tindakan Bahagian-bahagian CoRT
PENYOALAN
• Alat rangsangan utk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil
minat,menilai kebolehan dan pencapaian seseorang.
• Tujuan soalan dan penyoalan:
i. kembang proses berfikir
ii. kumpul dan analisis maklumat
iii.galak cetusan dan penggunaan idea
iv.kenal pasti objektif pengajaran tercapai
v.nilai kemajuan pembelajaran
• Jenis –jenis soalan:
i.Soalan bertumpu –jawapan terhad dan langsung dalam teks
ii.Soalan mencapah –jawapan terbuka dan tak terhad dalam teks
Terima kasih!