PELINDUNG ALAMNUR ATIRAH SYAFIQAH CHE KAMARUDIN BUKU CERITA KANAK-KANAK
Di sebuah kota, tinggallah seorang kanak-kanak bernama Mawar. Mawar merupakan seorang gadis yang cintakan alam sekitarnya. Setiap hari, Mawar akan bersiar-siar di kawasan kota untuk menikmati keindahan alam.
Pada suatu hari, Mawar sedang bersiar-siar bersama dengan Mei Li dan Raju. Tiba-tiba, mereka terdengar bunyi yang sangat kuat. Bunyi tersebut datang dari arah hutan yang berdekatan. Mereka segera bergegas ke arah bunyi yang kuat itu.
Sampai di hutan, mereka mendapati bahawa bunyi kuat itu berpunca dari bunyi mesin gergaji dan bunyi pokok yang tumbang. Mereka bertiga terkejut melihat apa yang terjadi. Mereka melihat terdapat banyak pokok tumbang di atas tanah.
Mawar dan rakan-rakan berasa sedih melihat keadaan hutan. Pembalakan akan menjejaskan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan - haiwan akan kehilangan tempat tinggal apabila pokok-pokok ditebang.
Kemudian, dengan perasaan sedih, mereka pulang ke rumah. Dengan tekad yang kuat, mereka bersepakat mencari jalan melindungi hutan. Mereka bertiga merancang beberapa strategi untuk mengembalikan keindahan hutan semula.
Keesokannya, Mawar dan kawankawan memulakan langkah melindungi alam. Mawar menceritakan kepada ibunya mengenai kejadian hutan kota mereka ditebang. Ibu Mawar terkejut mendengar cerita tersebut. Lalu, ibu Mawar bersepakat untuk bekerjasama dengan Mawar bagi melindungi hutan daripada bahaya.
Kemudian, Mawar, Mei Li dan Raju membuat poster mengenai kepentingan melindungi hutan. Mereka menampal poster-poster tersebut di sekitar kawasan kota. Mereka berharap agar usaha mereka dapat menyedarkan penduduk kota dan bersama-sama melindungi alam.
Akhirnya, usaha mereka membuahkan hasil. Penduduk kota menyedari akan kepentingan melindungi alam. Penduduk kota bersama-sama berganding bahu dalam membanteras pembalakan yang berlaku di hutan. Mereka bekerjasama ibarat aur dan tebing.
Penduduk kota mengambil langkah melindungi hutan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa membuat rondaan di kawasan hutan dan mengesan aktiviti pembalakan yang mencurigakan. Akhirnya, individu yang terlibat dengan pembalakan haram ini berjaya ditangkap.
Mawar dan rakan-rakan gembira apabila individu yang melakukan pembalakan secara haram berjaya ditangkap. Individu yang terlibat dengan pembalakan secara haram akan dikenakan tindakan undangundang.
Kemudian, Mawar dan penduduk kota bekerjasama melakukan penanaman semula pokok-pokok di dalam hutan. Mereka berharap agar pokok-pokok yang ditanam dapat memulihkan hutan semula.
Setiap usaha yang dilakukan oleh Mawar dan rakan-rakan membuahkan hasil. Mereka berjaya mengembalikan kelestarian alam yang dicintai. Akhirnya, kawasan hutan berjaya dipenuhi semula dengan pokok-pokok hijau. Tempat tinggal haiwan juga berjaya dikembalikan.
Mawar, Mei Li dan Raju gembira kerana berjaya melindungi alam yang mereka sayangi. Mereka menjadi pahlawan di mata penduduk kota. Mereka menyedari bahawa melindungi alam bukan tugas yang mudah. Tetapi, dengan kerjasama dan semangat yang membara, perkara yang susah akan menjadi senang.
Kita mestilah menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya agar dapat hidup dengan aman dan harmoni. 1. Kita perlulah saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu pekerjaan. 2. Pengajaran:
Buku ini mengisahkan mengenai kegigihan tiga orang sahabat iaitu Mawar, Mei Li dan Raju dalam melindungi alam. Mereka gigih menyelamatkan hutan di tempat tinggal mereka daripada aktiviti pembalakan secara haram. Pelbagai langkah telah diambil oleh mereka bertiga dalam melindungi alam sekitar. PELINDUNG ALAM