The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HASIL KARYA:
1. AINAA AQILAH BINTI HAMKAR
2. FLORENCE UNGIK ANAK RENGGI
3. NUR NAFISAH BINTI ABU YAZID

TINGKATAN 6 SEMESTER 1 KOHORT 2024
SMK BATU KAWA (YEA1304)

GURU PEMBIMBING: PUAN JENNIFER ANAK JIMMY
JAWATAN: GURU AKADEMIK MATA PELAJARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FLORENCE UNGIK ANAK RENGGI Moe, 2023-08-06 04:05:03

PENYALAHGUNAAN DADAH

HASIL KARYA:
1. AINAA AQILAH BINTI HAMKAR
2. FLORENCE UNGIK ANAK RENGGI
3. NUR NAFISAH BINTI ABU YAZID

TINGKATAN 6 SEMESTER 1 KOHORT 2024
SMK BATU KAWA (YEA1304)

GURU PEMBIMBING: PUAN JENNIFER ANAK JIMMY
JAWATAN: GURU AKADEMIK MATA PELAJARAN

Keywords: PENYALAHGUNAAN DADAH

Lebih Baik Cegah, Murid Ceria, Guru Bahagia dan Sekolah Bitara sayangi Dirimu, Negara & Bangsa sayangi Dirimu, Negara & Bangsa SMK BATU KAWA (YEA1304) NAMA AHLI (TINGKATAN 6A2) : 1. Ainaa Aqilah 2. Florence Ungik 3. Nur Nafisah GURU PEMBIMBING: Puan JENNIFER AK JIMMY (Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Isi Kandungan Muka Surat | Kandungan Apa Itu Dadah? Jenis- jenis Dadah Kesan Negatif Penyalah Gunaan Dadah Kepada Tubuh Manusia Kesan Negatif Dadah Kepada Individu & Keluarga Kesan Negatif Dadah Kepada Masyarakat & Negara Cara Menangani/mengurangkan Penggunaan Dadah 1. 2 4. 5. 6. 7.


• Dadah adalah sejenis bahan kimia yang didapati sama ada dalam bentuk aku atau tiruan. Sumber adanya adalah tumbuhan-tumbuhan yang diperoleh melalui pemprosesan daun, getah, ataupun pokok. • Di gunakan bukan untuk tujuan perubatan danpenggunaannya adalah dilarang dan diperolehi secara haram. APA ITU DADAH?


1. KETUM Nama saintifik pokok ketum ialah MITRAGYNA SPECIOASA KORTH. Suatu ketika dahulu daun ini banyak digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat penyakit. Ciri-cirinya ialah: •Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil. •2 jenis dedaun berbunga bertulang. Saru berwarna merah dan satu lagi berwarna putih (Berwarna merah mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat). JENIS-JENIS DADAH 2. INHALAN Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelajar organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (volatile). Ini dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda. Ciri-cirinya ialah: •Pelarut/Cecair •Aerosol •Bahan gas •Bahan Nitrik 3. HALUSINOGEN Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (SENSORY PERCEPTION) dan pandangan visual. Ini menyebabkan halusinasi sehingga menyukarkan individu untuk membezakan antara benar dan tidak benar. Ciri-cirinya ialah: •LSD (Lysergic Acid Diethylamine) •Meskalin dan Ketamin •Psilosibin dan Psilosin 4. STIMULAN Stimulan jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat atau CENTRAL NERVOUS SYSTEM (CNS). Ini merupakan sejenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia. Ciri-cirinya ialah: •Amphetamine (kuda , WY, yaba) •Methamphetamine (ice, syahbu, sejuk, batu) •Ecstacy (goyang)


JENIS-JENIS DADAH 5. OPIAT Dadah Opiat adalah capuran dadah yang diperoleh daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai PAPAVER SOMNIFERUM. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi Morfin dan seterusnya Kodein. Ciri-cirinya ialah: •Opium (Candu) •Heroin (fut, ubat, panas, stuff) •Kodein (ubat batuk) 6. GANJA Nama saintifik tumbuhan ini adalah CANNABIS SATIVA. Kanabis / Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ganja juga dikenali sebagai Marijuana dan dikatakan berasal dari bahasa Portugis iaitu MARIGUANGO yang bermaksud memabukkan. Ciri-cirinya ialah: •Kanabis Herba •Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas) •Minyak Hashish 7. DEPRESSION Kumoulan ubat depresen (penekan) merupakan jenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dalam jenis ini digunakan sebagai ubat penenang dan merawat pesakit yang mengalami masalah tidur. Walau bagaimanapun, depresen telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan. Ciri-cirinya ialah: •Pil tidur dan Transkuiliser


MASALAH KARDIOVASKULAR suntikan dadah menyebabkan vena jatuh runtuh dan jangkitan bakteria pada saluran darah dan injap jantung. KESAN KEPADA OTAK Dadah boleh meninggalkan perubahan tidak berkesudahan dalam otak, yang boleh menyebabkan paranoid, kemurungan, keagresifan, dan halusinasi. KESAN KEPADA PERNAFASAN Penggunaan beberapa dadah juga boleh mengakibatkan pernafasan perlahan, menghalang udara daripada memasuki paruparu atau memburukkan simptom asma. Selain itu, terdapat komplikasi lain termasuk bronkitis, emfisema dan kanser paru-paru. KEROSAKAN BUAH PINGGANG DAN HATI Sesetengah dadah boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan ginjal dan hati. Sebagai contoh, terdapat peningkatan suhu badan dan kerosakan otot. KESAN GASTROUSUS Penyalahgunaan dadah boleh mencetuskan beberapa komplikasi dalam tiub gastrousus seperti mual, muntah atau sakit perut. KESAN MUSKULOSKELETAL Penggunaan steroid semasa zaman kanakkanak atau remaja boleh membawa kepada beberapa kesan berbahaya. Contohnya, tahap hormon seks yang tinggi, kelemahan otot keseluruhan dan kekejangan otot yang teruk. Inilah petanda tulang berhenti tumbuh lebih awal daripada biasa. PENYAKIT BERJANGKIT Perkongsian jarum tajam yang tidak disteril akan meningkatkan risiko mendapat AIDS dan beberapa jenis hepatitis. Di samping itu, aktiviti seksual yang tinggi dalam kalangan pengguna dadah meletakkan mereka dalam bahaya AIDS dan penyakit kelamin yang lain. KESAN DADAH KEPADA TUBUH BADAN MANUSIA


• Individu yang mengambil dadah lebih cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan. • Dadah boleh menyebabkan masalah kesihatan mental bagi individu yang berisiko. • Pengguna dadah terdedah kepada penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, hepatitis, tuberkulosis dan lain-lain. • Risiko jangkitan ini bukan sahaja terhad kepada mereka yang mengambil dadah secara suntikan sahaja kerana secara amnya kesemua mereka yang mengambil dadah cenderung untuk melakukan perbuatan berisiko yang lain. • Merosakkan institusi kekeluargaan • Meningkatkan keganasan terhadap ahli keluarga • Masalah sosioekonomi kerana penagih akan menumpukan kepada pencarian dan pengambilan dadah dan mengabaikan keluarga • Ahli keluarga yang lebih muda akan mudah terpengaruh atau dipaksa untuk menggunakan dadah KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA INDIVIDU KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA KELUARGA


• Penggunaan dadah dan penagihan boleh memberikan kesan kepada masyarakat kerana: • Kurang produktiviti • Kos diperlukan untuk menangkap dan memulihkan penagih dadah • Peningkatan kos perubatan • Kerugian dan kerosakan akibat perlakuan jenayah • Penyebaran penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis, dan juga Tuberkulosis • Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. • Kos tersebut termasuklah : • Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. • Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku • Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia. KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA MASYARAKAT KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA NEGARA


1. Pihak Kerajaan Mengenakan Hukuman yang Berat. Memberikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). 2. Melaksanakan Pendidikan untuk Mencegah dari Penyalahgunaan Dadah. Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. 3. Perlu Mewujudkan Kerjasama di Antara Orang Awam Dan Kerajaan. Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi samasama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Pihak kerajaan perlu bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. 4. Penubuhan Pusat-pusat Pemulihan. Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PENYALAHGUNAAN DADAH


SEKIAN, TERIMA KASIH PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA : • Pihak Sekolah SMK BATU KAWA • Puan Jennifer (Guru Pembimbing dan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu) • Puan Patricia (Penolong Kanan Tingkatan 6)


Click to View FlipBook Version