The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by holydhang, 2020-04-03 10:48:43

SNRT F4

NOTA

Cara memulakan perniagaan.

i) Memulakan perniagaan baharu
Seseorang boleh memulakan perniagaan jika mempunyai minat dan keinginan. Sebelum memulakan
perniagaan baharu, seseorang perlu menjalankan kajian untuk mengenal pasti jenis, sasaran pelanggan
dan peluang perniagaan yang wujud di persekitarannya. Bagi memulakan perniagaan sendiri, individu
mesti mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mempunyai modal yang mencukupi, mempunyai pengetahuan
atau pengalaman dalam bidang perniagaan yang hendak diceburi, mempunyai minat serta kebolehan.

ii) Mengambil alih perniagaan
Mengambil alih perniagaan bermakna membeli perniagaan yang telah sedia wujud dan mengambil alih
pentadbiran serta pengurusannya daripada pemilik lama. Usahawan bukan sahaja mengambil alih aset
perniagaan tetapi mengambil alih liabiliti perniagaan berkenaan. Pengambilalihan ialah cara yang paling
mudah dan ringkas kerana perniagaan itu sudah mempunyai rangkaian pelanggan, struktur pentadbiran
dan jaringan pembekal. Usahawan juga perlu mengenal pasti bahawa perniagaan itu berpotensi dan dapat
terus berkembang. Pengambilalihan biasanya berlaku dengan perniagaan yang sama jenis bagi
memudahkan pengurusan dan meluaskan lagi perniagaan.

iii) Menjalankan perniagaan francais
Francais ialah perjanjian antara pemilik francais (francaisor) dengan penerima francais (francaisi) untuk
menjalankan urus niaga barang atau perkhidmatan dengan menggunakan tanda dagangan atau pun
jenama francaisor. Seseorang usahawan juga boleh memulakan perniagaan dengan cara memohon
francais daripada pemiliknya. Perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan perniagaan
francais ialah permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan itu, latar belakang francaisor, bilangan
francaisi yang sedia ada dan keuntungan mereka, latihan yang diberikan oleh francaisor. Contohnya
perniagaan francais ialah perniagaan Sate Haji Samuri, Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut, McDonald’s
dan 7-Eleven.

Prosedur memulakan perniagaan Mendaftarkan
Membuat perancangan perniagaan

Memohon lesen Mendapatkan modal
perniagaan perniagaan

Mengenal pasti peluang perniagaan melalui cra mengkaji keperluan dan penyataan masalah
pengguna.

Pemilihan lokasi hendaklah strategik, iaitu tempat tumpuan orang ramai dan mempunyai
kemudahan asas.

Mengkaji sumber bekalan yang diperoleh sama ada daripada pengeluar atau pemborong.

Mengatur strategi pemasaran dengan mengkaji sasaran pasaran dan mengkaji pesaing yang ada.

Pendaftaran perniagaan boleh dibuat melalui Pendaftar Perniagaan dengan mengisi borang-
borang tertentu.

Permohonan lesen perniagaan adalah melalui pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah,
Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya.

Menyediakan modal yang cukup untuk membeli barang niaga dan peralatan perniagaan.

Memulakan perniagaan setelah semua perkara di atas telah dilaksanakan dengan sempurna.

Langkah-langkah membuat perancangan perniagaan

Cara memperoleh modal

Cara Huraian
a) Simpanan sendiri
Simpanan sendiri ialah cara yang paling baik untuk
b) Pinjaman mendapatkan sumber modal kerana peniaga tidak perlu
c) Sumbangan rakan menanggung beban pinjaman. Peniaga juga boleh menjual
kongsi aset persendiriran untuk menambahkan modal.
d) Belian kredit
Pinjaman boleh dibuat dari bank, institusi kewangan dan
agensi kerajaan yang terlibat.

Peniaga boleh menjalankan perniagaan secara
perkongsian agar modal lebih besar dapat dikumpulkan
daripada rakan kongsi.

Peniaga boleh mengatasi masalah kekurangan modal
dengan belian secara kredit daripada pembekal. Peniaga
boleh berunding dengan pembekal untuk mendapatkan
tempoh kredit yang terbaik.

Pertimbangan sebelum memulakan perniagaan

Mengenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan
Setiap perniagaa biasanya bermula daripada wujudnya keperluan dan kehendak pelanggan terhadap
sesuatu barangan atau perkhidmatan. Keperluan merupakan prkara asa yang mesti diperoleh, dimiliki
dan digunakan dalam kehidupan seseoran, manakala kehendak pula merupakan keingian atau
kemahuan peribadi untuk sesuatu yang lebih sempurna. Oleh itu,seseorang usahawan perlu sentiasa
peka tentang perubahan yang berlaku dalam keperluan dan kehendak pelanggan untuk mengenal pasti
peluang perniagaan yang wujud.

Menjalankan perniagaan francais
Dalam usaha meninjau peluang perniagaan, perkara pentingyang perlu diambil kira ialah
persekitaran, penilaian diri dan nilai masyarakat. Perubahan struktur penduduk, peningkatan
pendapatan dan perubahan cita rasa masyarakat boleh membuka peluang perniagaan.
Contohnya, apabila penerimaan masyarakat setempat terhadap makanan segera meningkat
maka wujud pelbagai jenis prenis makanan segera seperti restoran Kentucky Fried Chicken,
McDonalds, Pizza Hut dan sebagainya, di samping makanan sejuk beku yang pelbagai pilihan.

Ramai usahawan menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan
yang dimiliki. Contohnya, seorang pensyarah dalam bidang rekaan fesyen mungkin meletakkan
jawatan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dan tenaga terhadap perniagaan butik
pakaian.

seseorang usahawan perlu menentukan peluang yang akan diambil itu selaras dengan nilai
masyarakat setempat. Contohnya, elakkan menjual barang atau perkhidmatan yang boleh
menimbulkan masalah sensitiviti perkauman.

Menilai peluang perniagaan
Usahawan mungkin mempunyai pelbagai peluang bagi memulakan perniagaan.
Pilihan perlu dilakukan secara rasional dengan memilih perniagaan yang sah di sisi
undang-undang, kuasa monopoli dan tahap persaingan, keperluan modal serta risiko
yang akan ditanggung.

Merangka rancangan perniagaan
Setelah menganalisis dan menilai peluang perniagaan yang ada bagi
memulakan perniagaan, usahawan perlu merangka rancangan
perniagaan. Rancangan perniagaan penting untuk usahawan
menjadikannya sebagai satu garis panduan untuk memulakan dan
memajukan perniagaan.

Tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

Meyakinkan pihak tertentu seperti bank bagi memperoleh sumber pembiayaan kewangan.
Sekiranya usahawan mempunyai rancangan perniagaan yang jelas, maka mudah untuk mendapatkan

pinjaman dan pembiayaan dari bank atau badan-badan tertentu. Selain itu, selua idea yang
didokumenkan dalam Rancangan Perniagaan dapat dilihat dan dinilai dengan mudah.

Melihat dan menilai perniagaan.
Usahawan boleh melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal serta sebab dan
tujuan perniagaan diwujudkan. Produk atau perkhidmatan yang akan dijalankan perlu mengambil kira

lokasi, jenis barangan dan sebagainya.

Mengkaji dan menilai potensi.
Rancangan perniagaan juga dibuat untuk membantu mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang

akan dilaksanakan mempunyai potensi untuk terus maju dan berdaya saing.

Mengagihkan sumber dengan lebih baik.
Objektif seterusnya dalam menyediakan Rancangan Perniagaan adalah untuk memastikan pengurusan

kewangan dilakukan dengan teratur dan direkodkan dengan sistematik. Selain itu, Rancangan
Perniagaan juga melibatkan penggunaan dana untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Menjadi garis panduan untuk menguruskan perniagaan.
Objektif Rancangan adalah untuk menyediakan garis panduan menguruskan perniagaan supaya

menjadi lebih efisien dan sistematik, memastikan perniagaan berjalan lancar dan membantu
mengembangkan perniagaan mengikut keperluan dan kehendak pelanggan.

Empat elemen campuran pemasaran Produk
Harga Tempat

Elemen
campuran
pemasaran

Promosi

Saluran pemasaran

i) Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

ii) Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna

iii) Pengeluar Pemborong Pengguna

iv) Pengeluar Peruncit Pengguna
v) Pengeluar Ejen Pengguna
vi) Pengeluar
Pengguna

- THE END -


Click to View FlipBook Version