BAB 2.2 : CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA
Pengenalan
∼ Terdapat pelbagai jenis iklim di dunia.
∼ Jenis iklim sesuatu kawasan bergantung kepada kedudukan latitud kawasan tersebut dan
beberapa faktor lain yang mempengaruhinya.
∼ Untuk menentukan jenis iklim, data-data cuaca dikumpul selama beberapa tahun
∼ Iklim sangat penting kerana ia mempengaruhi fizikal dan cara hidup penduduk sesuatu kawasan
Jenis dan ciri iklim di Malaysia
∼ Malaysia berada di Zon Panas
∼ Jenis iklim di Malaysia ialah Iklim Khatulistiwa
∼ Contoh negara lain yang mempunyai iklim yang sama ialah I ndonesia, Brazil dan Nigeria
∼ Negara-negara yang mengalami iklim khatulistiwa ialah negara yang terletak di sepanjang
garisan Khatulistiwa iaitu di sekitar 0° hingga 10°U dan 0° hingga 10°S
Suhu
Ciri-ciri iklim khatulistiwa ialah
∼ Suhu tinggi dan sekata sepanjang tahun
∼ Min suhu tinggi iaitu sekitar 27°C
∼ Julat suhu tahunan r endah, 1°C hingga 3°C sahaja
∼ Julat suhu harian besar di stesen pedalaman
∼ Suhu biasanya lebih rendah di kawasan tanah tinggi seperti Tanah tinggi Cameron dan
Kundasang
Hujan Malaysia menerima h ujan sepanjang tahun
∼ Jumlah hujan tahunan kira-kira 2600 mm
∼ Namun, taburannya tidak sekata d i semua kawasan di Malaysia
∼ Kawasan yang paling lebat menerima hujan ialah kawasan pedalaman Sarawak kerana kawasan
∼
itu menghadap angin lembap
∼ Hujan maksimum turun semasa peralihan monsun, iaitu hujung bulan Mac- awal Mei dan dari
bulan Oktober hingga pertengahan November
Jenis-jenis hujan di Malaysia
Hujan bukit
∼ Hujan bukit berlaku di kawasan yang menghadap angin lembap dari laut
∼ Kawasan yang menghadap angin lembap akan menerima hujan yang lebat
Hujan perolakan
∼ Hujan ini berlaku kerana aktiviti sejatan yang berlaku pada waktu tengah hari
∼ Biasanya, hujan ini akan turun pada lewat petang disertai dengan ribut petir
Angin Angin membawa pengaruh yang besar kepada iklim di negara ini kerana ia boleh mempengaruhi
∼ suhu dan juga hujan
Terdapat tiga jenis angin yang terdapat di negara kita iaitu
∼
Angin monsun
∼ Terdapat dua sistem angin monsun yang melanda kawasan di Malaysia iaitu
a) Angin monsun barat daya
∼ Bertiup dari arah barat daya
∼ Berasal dari hemisfera selatan
∼ Membawa angin sejuk dan melalui Asia Tenggara
∼ Kurang lebat kerana telah dihalang oleh Pulau Sumatera
b) Angin monsun timur laut
∼ Bertiup dari arah timur laut
∼ Berasal dari hemisfera utara
∼ Membawa hujan lebat di kawasan pantai timur serta Sabah dan Sarawak
Angin sumatera
∼ Angin sumatera ialah angin yang bertiup dari arah Pulau Sumatera di Indonesia
∼ Angin ini bertiup kencang dan membawa hujan yang lebat terutama di kawasan pantai barat
terutama di bahagian selatan pantai barat Semenanjung Malaysia
Angin tempatan
∼ Angin tempatan merujuk kepada kejadian bayu laut dan bayu darat yang berlaku di kawasan
sekitar pinggir pantai
∼ Kejadian bayu laut dan bayu darat menolong menyederhanakan suhu di kawasan pinggir pantai
∼ Julat suhu harian kawasan ini juga adalah kecil kerana pengaruh angin ini
∼ Bayu laut terjadi pada waktu siang, mana kala bayu darat terjadi pada waktu malam
Bayu laut
∼ Berasal dari laut ke darat
∼ Kawasan darat menjadi panas apabila waktu siang
∼ Udara panas akan naik ke atas dan diganti dengan udara
sejuk dari laut
Bayu darat
∼ Berasal daripada darat
∼ Kawasan laut menjadi panas kerana laut menyerap dan
menyimpan pada waktu siang
∼ Udara panas di laut naik ke atas dan diganti dengan
udara sejuk dari daratan
Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia Di
Malaysia
∼ Malaysia bertuah kerana terletak di Garisan Khatulistiwa dan mempunyai iklim khatulistiwa
∼ Iklim Khatulistiwa membolehkan semua kegiatan ekonomi boleh dijalankan hampir sepanjang
tahun
∼ Antara aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang tahun ialah
a) Pelancongan d) Perikanan
b) Perindustrian e) Pembalakan
c) Pertanian
Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia
a) Pertanian
∼ Penanaman tanaman utama negara seperti getah dan kelapa sawit dapat dijalankan dengan
baik di Malaysia
∼ Sumber air yang ada menggalakkan pertumbuhan tanaman ini
∼ Padi j uga dapat ditanam dua kali setahun kerana mendapat bekalan air yang mencukupi
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia
b) Pelancongan
∼ Aktiviti pelancongan dapat dijalankan sepanjang tahun di Malaysia. Pelancong suka datang ke
sini sambil menikmati suhu yang panas serta kepelbagaian flora dan fauna. Suhu yang
sederhana di kawasan tanah tinggi juga menarik pelancong datang ke sini seperti Kundasang dan
T.T Cameron
c) Pembalakan
∼ Aktiviti pembalakan juga dapat dijalankan kerana Malaysia mempunyai Hutan Hujan Tropika.
Hutan jenis ini dapat hidup dengan suburnya di zon iklim seperti ini.
∼ Hubung Kait Iklim Khatulistiwa Dengan Kegiatan Manusia Di Malaysia
d) Perindustrian
∼ Aktiviti perindustrian dan perdagangan boleh dijalankan sepanjang tahun. Cuaca dan iklim yang
hampir sama sepanjang tahun menggalakkan aktiviti ekonomi berkembang pesat
e) Perikanan
∼ Aktiviti perikanan berjalan sepanjang tahun di kawasan pantai barat. Namun, aktiviti ini terhenti
seketika di kawasan pantai timur kerana angin monsun yang bertiup kencang pada bulan
Nov-Jan
Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim Di Malaysia
a) Kesan rumah hijau
∼ Kesan rumah hijau terjadi apabila berlakunya peningkatan gas rumah hijau seperti karbon
dioksida, karbon monoksida, CFC, Nitrogen oksida dan lain-lain
∼ Gas rumah hijau menyerap haba menyebabkan haba diserap di atmosfera.
∼ Situasi ini menyebabkan suhu di bumi menjadi meningkat.
∼ Apabila suhu bumi meningkat, beberapa fenomena lain seperti pencairan ais di kutub,
perubahan sistem cuaca serta kebakaran hutan berlaku.
b) Pulau haba
∼ Pulau haba ialah fenomena yang berlaku di kawasan bandar
∼ Ia berlaku kerana peningkatan suhu di bandar berbanding dengan kawasan sekitarnya.
∼ Pulau haba berlaku kerana
a) Bangunan konkrit
b) Bangunan bercermin
c) Bangunan rapat dan padat
d) Kurang litupan tumbuhan
c) Hujan Asid
∼ Hujan asid ialah perubahan kejadian hujan yang biasa kepada sifat yang berasid
∼ Sifat berasid ini berlaku kerana kehadiran bahan-bahan kimia daripada pelbagai sumber yang
dibebaskan ke atmosfera
∼ Ini menyebabkan air hujan
∼ bertukar menjadi asid lemah
∼ Air hujan asid akan memberi kesan seperti
a) Kecacatan pada pucuk tumbuhan
b) pH air kolam, sungai berubah
c) Sakit kepala, sistem imun lemah
d) Jerebu
∼ Jerebu juga merupakan fenomena cuaca yang sering berlaku di kawasan bandar besar
∼ Jerebu adalah kejadian di mana pepejal terampai di udara melebihi sukatan yang biasa
∼ Punca peningkatan pepejal terampai ini adalah asap kenderaan, asap kilang, pembakaran
terbuka, pembakaran hutan di negara jiran dan lain-lain lagi
∼ Fenomena ini akan bertambah buruk jika tiada angin yang bertiup.
Perubahan cuaca dan iklim di Malaysia
Fenomena El nino dan La nina
∼ El nino b erlaku apabila suhu lautan di pasifik menjadi sejuk dan bertekanan tinggi. Ini akan
menyebabkan kawasan timur mengalami tekanan rendah dan kering.
∼ Pada waktu ini, keadaan atmosfera termasuk di M alaysia akan menjadi kering dan kurang
hujan
∼ Namun apabila La nina terjadi, k awasan pasifik menjadi panas d an atmosfera kawasan timur
akan menjadi lembap. Keadaan ini akan menyebabkan h ujan yang lebat di sekitar Asia
Tenggara.
∼ Namun kini, kitaran ini kian kerap terjadi dan tempoh masanya semakin panjang disebabkan
oleh perubahan cuaca yang berlaku terutama melibatkan kesan rumah hijau
Kesan El Nino
∼ El nino menyebabkan keadaan atmosfera menjadi panas dan kering. Ini menyebabkan kemarau
yang berpanjangan
∼ Ini telah memberi kesan seperti
a) Bekalan air berkurangan
b) Berlakunya strok haba
c) Mudah mendapat penyakit seperti pening, demam dan darah tinggi
d) Berlakunya kebakaran hutan
Kesan La nina
∼ Keadaan La nina menyebabkan atmosfera menjadi lembap. Ini akan mendorong kepada
pembentukan awan yang tebal dan m embawa hujan yang lebat
∼ Ini telah memberi kesan seperti
a) Banjir yang buruk
b) Hujan lebat yang berterusan
c) Kegiatan manusia terjejas t erutama kegiatan perikanan dan pelancongan
d) Peningkatan penyakit s eperti demam, selsema, asma dan lain-lain