The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP102022 MOHD NAZRAM BIN AMARIH, 2023-08-30 00:52:10

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

Keywords: SOSIOEMOSI

KAMPUS TAWAU, KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH NAMA : MOHD NAZRAM BIN AMARIH ANGKA GILIRAN : 2023052380017 NO KAD PENGENALAN : 850411-12-6013 KUMPULAN / UNIT : PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN (PDP) / PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK) KOD / NAMA KURSUS : PAKK2302D / SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH : MADAM ESTHER KWE CHOI LEAN JENIS TUGASAN : PENGHASILAN PRODUK (PORTFOLIO) TARIKH HANTAR : 29.07.2023


PENGHARGAAN Segunung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Madam Esther Kwe Choi Lean selaku pensyarah Kursus PAKK2302D Sosioemosi dan Tingkah Laku Kanak-Kanak yang banyak membimbing saya dalam penghasilan portfolio ini. Sesungguhnya tanpa bimbingan beliau, pastinya terdapat cacat cela dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih, saya tujukan khasnya kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam menghadapi pelbagai kekangan yang timbul sepanjang saya menyempurnakan portfolio ini. Merekalah pembakar semangat saya dalam meniti hari-hari yang begitu mencabar khasnya dalam pembahagian masa antara pelajar Program Diploma Perguruan (PDP) dengan kerjaya saya sebagai guru TABIKA KEMAS. Saya turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan PDP yang banyak berkongsi maklumat dan informasi berkenaan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak secara kolaboratif. Bak kata pepatah “bukit sama didaki, lurah sama dituruni” menjadikan tugasan ini akhirnya berjaya disiapkan.


ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 3 3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR 9 4.0 PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 11 5.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERDASARKAN KURIKULUM SEMASA 14 6.0 RUMUSAN 27 7.0 BIBLIOGRAFI 29


1


1.0 PENGENALAN “Kesempurnaan Emosi, Keterampilan Diri” adalah frasa yang sudah cukup menggambarkan bahawa kestabilan emosi dapat mempengaruhi keterampilan diri melalui kemampuan diri sendiri dalam menghadapi cabaran kehidupan. Golongan kanak-kanak juga tidak terkecuali akan terkesan dengan kestabilan emosi dalam menentukan tingkah laku mereka terutamanya semasa berinteraksi dengan orang lain sama ada dapat diterima oleh masyarakat atau budaya secara umumnya. Mengikut pendapat Noor Azima dalam kajian Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan sosioemosi kanak-kanak adalah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Manakala tingkah laku kanak-kanak merujuk kepada tindakan dan perkataan yang diterjemahkan oleh kanak-kanak sebagai respons terhadap apa yang berlaku dalam diri sendiri atau persekitaran (Azizi Yahaya & Sofie Bahari, 2010). Justeru, bagi mencapai sosioemosi yang ideal dan tingkah laku yang terpuji, faktor-faktor, implikasi, peranan guru dan aktiviti yang menyokong perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak adalah perkara-perkara signifikan yang harus disantuni. 2


3


2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 2.1 PERBEZAAN INDIVIDU 2.1.1 Temperamen Setiap anak dilahirkan dengan tabiat semula jadi yang dikenali sebagai temperamen kanak-kanak yang mempengaruhi cara mereka bertindak untuk menghadapi situasi yang berbeza. Secara tradisi temperamen dikaitkan dengan faktor biologi yang menyebabkan perbezaan tindak balas tingkah laku kanak-kanak. Hal ini disokong oleh Zanariah et al. (2016) yang menyatakan bahawa temperamen memberi kesan terhadap tingkah laku, hubungan sosial, personaliti kesihatan fizikal, kebolehan berbahasa dan kejayaan dalam akademik. Menurut Thomas dan Chess dalam jurnal Amel Amalia (2020), terdapat tiga jenis temperamen kanak-kanak iaitu easy child, difficult child dan slow to warm up child. Easy child merupakan jenis temperamen yang mudah atau fleksibel untuk beradaptasi dengan persekitarannya menyebabkan kanak-kanak jenis ini mudah didekati dan memiliki suasana hati yang riang. Manakala, difficult child pula bertentangan dengan easy child kerana kanak-kanak jenis ini cenderung memiliki emosi yang sukar diatur seperti mudah merengek, marah dan menangis. Temperamen jenis slow to warm up pula memiliki sifat pemalu, lambat mengadaptasi suasana persekitaran dan sering berlindung dengan ibunya terutama apabila bertemu dengan orang baharu yang dikenalinya. 2.2 LATAR BELAKANG KELUARGA 2.2.1 Status Sosioekonomi Status sosioekonomi keluarga dapat mempengaruhi sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak melalui aspek kualiti kehidupan keluarga serta akses kepada makanan berkhasiat, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti. Misalnya, kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah tentunya tidak akan dapat dipenuhi selengkapnya semua resos tersebut menyebabkan taraf kesihatan dan pendidikan kanak-kanak ini tidak sebaik kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. Natijahnya, kanak-kanak ini akan menghadapi tekanan dan cabaran yang boleh mempengaruhi perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Hal ini sudah dapat dibuktikan melalui kajian Dodge, Pettit dan Bates seperti yang dilaporkan dalam jurnal Zarinah Arshat 4


(2011) yang mendapati status sosioekonomi yang rendah mempunyai perkaitan dengan proses pengsosialisasian anak dan konteks sosial. 2.2.2 Cara Asuhan Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan kepada tiga jenis iaitu gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian dan gaya asuhan permisif (Hairulnizam bin Abdullah, 2017). Gaya asuhan autoritatif adalah gaya asuhan yang bersifat demokratik kerana tahap pengawalan dan kebertanggungjawaban ibu bapa adalah lebih rasional. Kanak-kanak yang dibentuk melalui gaya asuhan ini menjadikan kanak-kanak lebih bertanggungjawab, berkeyakinan, berdikari, aktif bersosial dan bijak mengawal tingkah laku mereka. Bagi gaya asuhan autoritarian, Ibu bapa kanak-kanak menunjukkan sifat mengawal yang tinggi tetapi sangat rendah tahap kebertanggungjawaban mereka. Gaya asuhan jenis ini cenderung membentuk kanak-kanak yang mempunyai sosioemosi dan tingkah laku yang negatif seperti kemahiran sosial yang lemah, memberontak, pendendam, pemalu dan kurang bermotivasi. Kanak-kanak yang mempamerkan kecenderungan untuk bersifat bebas tanpa batasan tetapi kurang berdikari adalah kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan permisif. Senario ini berlaku kerana kurangnya pengawalan ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. Ibu bapa disarankan tidak menjadi terlalu tegas dan tidak pula menjadi terlalu lembut dalam aspek pengasuhan mereka. Justeru, Azizi Yahaya & Jumat Aliju (2010) menyatakan bahawa ibu bapa seharusnya tidak terlalu terikat kepada satu gaya asuhan sahaja tetapi mempelbagaikan gaya mengikut keperluan dalam mendisiplinkan anak-anak mereka. 2.2.3 Perapatan “Keterkaitan psikologi yang berpanjangan antara manusia” diperkenalkan oleh John Bowlby sebagai gambaran kepada teori perapatan (Nur Iffatul Izyani, 2021). Teori ini menumpukan aspek perhubungan dan ikatan antara seseorang khususnya hubungan jangka panjang termasuk antara ibu bapa dan anak serta antara pasangan. Menurut Mahani Razali (2009), terdapat tiga jenis perapatan yang utama iaitu perapatan selamat (secure attachment), perapatan mengelak (avoidant attachment) dan perapatan bimbang ketidaktentuan (anxious/ambivalent attachment). Kanak-kanak yang memperoleh perapatan selamat akan mempamerkan sikap-sikap yang positif seperti berkasih sayang serta 5


menghargai orang lain. Manakala perapatan mengelak pula terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan sedikit perasaan terhadap kehadiran pengasuh. Bagi perapatan bimbang ketidaktentuan, berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang kurang keyakinan, pemarah dan tidak menghormati orang lain. Terdapat 4 fasa dalam pembentukan perapatan iaitu : • Fasa 1 (lahir hingga 8 minggu) – bayi mudah menerima orang lain di sekelilingnya tetapi sukar untuk membezakan mereka. Contohnya, bayi tidak menangis walau sesiapa sahaja yang mendukungnya. • Fasa 2 (8 minggu hingga 6 bulan) – bayi boleh membezakan tingkah laku daripada individu tertentu. Contohnya, bayi akan menangis jika didukung oleh individu yang selalu mengeluarkan suara yang agak tinggi. • Fasa 3 (6 bulan hingga 2 tahun) – bayi lebih selektif terhadap individu tertentu. Contohnya, bayi hanya membenarkan individu tertentu memegangnya. • Fasa 4 (2 tahun ke atas) – kanak-kanak boleh membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dikenali sebagai permulaan hubungan emosi sebenar. 2.3 PERSEKITARAN 2.3.1. Rakan Sebaya Rakan sebaya adalah antara faktor persekitaran yang dapat mempengaruhi sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Hal ini kerana rakan sebaya umpama model tingkah laku bagi kanak-kanak. Melalui rakan sebaya, kanak-kanak dapat meniru dan belajar tentang cara berinteraksi dengan orang lain, mengatasi konflik dan mengendalikan emosi. Nursuhaili (2010) turut berpendapat bahawa kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. 6


2.3.2 Guru dan Sekolah Guru dan sekolah jelas mempengaruhi sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak umpamanya melalui standard pembelajaran dalam Tunjang Keterampilan Diri. Kanak-kanak dapat mempelajari kemahiran pengurusan emosi, penyelesaian konflik dan sebagainya. Di samping itu, disiplin yang terlalu ketat atau longgar yang diterapkan oleh guru dan sekolah juga penentu sama ada kanak-kanak terdidik menjadi individu yang mematuhi peraturan atau sebaliknya. Manakala Azizi Yahaya (2018) pula berpendapat bahawa guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. 2.3.3 Sumber Teknologi Penggunaan teknologi seperti peranti elektronik dapat mempengaruhi interaksi sosial kanak-kanak. Penggunaan sumber teknologi yang melampau akan dapat mengurangi interaksi langsung dengan rakan sebaya, keluarga dan guru yang akhirnya turut mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Perkara ini turut diakui oleh Salmah Omar dan Malisah Latip (2015) dalam kajiannya yang bertajuk “Pengaruh Peranti Teknologi Kepada Perkembangan Sosial dan Permasalahan Kesihatan Kanak-Kanak” bahawa penggunaan berlebihan peranti teknologi seperti ipad juga boleh menyebabkan permasalahan dari sudut emosi kanak-kanak. 2.3.4 Pengaruh Media Media digital dan hiburan elektronik dapat mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui content atau kandungan yang mereka sajikan. Kandungan yang tidak sesuai kepada kanak-kanak akan memberi pengaruh yang tidak baik terhadap sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak. Hal ini senada dengan pendapat Nor Hamizah Ab Razak (2021) bahawa terdapat jugak kandungan media yang tidak sesuai terhadap kanak-kanak malahan berupaya mengganggu perkembangan sosial dan emosi mereka. 7


2.3.5 Pusat Ibadat Pusat ibadat adalah tempat suci untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada tuhan dan tempat untuk mengadakan aktiviti berunsurkan keagamaan seperti ceramah, tazkirah dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah menggalakkan kanak-kanak mengunjungi pusat ibadat kerana kanak-kanak berpeluang untuk belajar tentang nilai-nilai positif seperti kasih sayang, ketaatan, keadilan, kejujuran dan empati dalam interaksi sosial mereka, bak kata pepatah melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. 8


9


3.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR 3.1 PERINGKAT UMUR 0 HINGGA 2 TAHUN Kanak-kanak pada peringkat umur ini, mula memadankan emosi yang digambarkan oleh orang dewasa semasa interaksi semuka. Kanak-kanak menunjukkan emosi yang lebih bermakna berdasarkan peristiwa yang berlaku. Kewujudan id-ego pada peringkat umur ini menyebabkan kanak-kanak mudah marah dan takut. Kebimbangan perpisahan dan bila berada di hadapan orang baharu mula timbul. Selain itu, kanak-kanak mula menunjukkan emosi tertentu seperti empati, bangga, malu dan rasa bersalah. 3.2 PERINGKAT UMUR 3 HINGGA 4 TAHUN Pada peringkat umur ini, kanak-kanak mempunyai penghargaan diri, mula mencari rakan dan dapat menyesuaikan diri dengan ibu bapa. Oleh sebab itu, kanak-kanak mula menyukai aktiviti sosial berbanding yang bukan sosial. Di samping itu, perkembangan sosioemosi dan tingkah laku yang berlaku pada peringkat ini adalah seperti regulasi kendiri yang bertambah baik, agresif instrumental berkurang dan suka memilih rakan bermain yang sama jantina sahaja. 3.3 PERINGKAT UMUR 5 HINGGA 6 TAHUN Kanak-kanak pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun berupaya menginterpret, meramal dan mempengaruhi respons emosi orang lain. Kanak-kanak juga boleh menggunakan bahasa untuk menunjukkan empati dan memiliki kemahiran penyelesaian masalah sosial yang lebih baik. Selain kepercayaan stereotaip jantina dan tingkah laku kanak-kanak terus bertambah, kanak-kanak juga boleh menguasai peraturan yang relevan dalam moral dan tingkah laku. 10


11


4.0 PERANAN GURU DALAM PEMBENTUKAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK 4.1 ROLE MODEL Senario anak lebih yakin dan percaya dengan jawapan atau pendapat gurunya berbanding ibu bapa mereka sendiri bukanlah naratif yang asing dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini adalah isyarat bahawa kanak-kanak sudah menganggap guru sebagai role model mereka. Justeru guru hendaklah mempamerkan akhlak dan keperibadian yang terpuji kerana ia mampu mengubah persepsi kanak-kanak terutamanya dalam pembentukan sosioemosi dan tingkah laku mereka (Rizalina Mat Radzi (2014). Sebagai contoh, guru hendaklah mengamalkan dan memperlihatkan sikap bertanggungjawab, saling menghormati, kejujuran dan empati kerana kanak-kanak cenderung untuk meniru perlakuan guru mereka. 4.2 PEMBENTUK NILAI MURNI Guru berperanan sebagai pembentuk nilai murni kepada kanak-kanak boleh direalisasikan dengan sentiasa menunjukkan teladan yang positif walau dalam apa juga keadaan. Guru juga hendaklah mempraktikkan cara teguran yang berhemah dan lemah lembut serta tidak memalukan kanak-kanak di hadapan khalayak ramai. Selain itu, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni melalui sesi pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum dan bukannya terhad kepada tunjang Keterampilan Diri, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sahaja malah diterapkan di dalam aktiviti harian dan kokurikulum (Nor Hashimah Hashim, 2000). 4.3 PERANCANG PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARA Guru bertindak sebagai perancang pengajaran dan pemudahcara mampu membentuk sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak ke arah yang positif melalui aktiviti pembelajaran yang sesuai berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Aktiviti pembelajaran tersebut diintegrasikan dengan tunjang lain seperti keterampilan diri dan kerohanian agar membentuk sahsiah yang berkualiti. Selain itu, pendekatan kecerdasan sosioemosi boleh diimplementasi dalam pengajaran dan pembelajaran agar kanak-kanak dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik seperti 12


yang dinyatakan oleh Mensih et al. (2021) bahawa kecerdasan sosioemosi yang baik memiliki personaliti positif, keadaan fizikal dan psikologikal akan mampu memajukan diri dalam bidang akademik. Guru juga boleh menggunakan pendekatan Love Pedagogy iaitu satu pendekatan berkenaan dengan pengurusan sosioemosi murid-murid di dalam dan di luar bilik darjah (Seligie Lajan Manggie & Ruhizan Yasin, 2022). . Pendekatan ini berorientasikan kasih sayang antara guru dan murid bagi mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang harmoni dan selamat. 4.4 PENTAKSIR Guru yang konstruktif dapat membantu kanak-kanak membangunkan kemampuan sosioemosi dan tingkah laku yang positif melalui pemerhatian dan penilaian (Ariyanti Chairudin, 2021). Penilaian yang dilakukan oleh guru dapat membantu kanak-kanak memperbaiki kemampuan sosioemosi dan tingkah laku mereka dengan intervensi yang sesuai umpamanya berkenaan cara mengurus emosi sendiri dan mengenali emosi orang lain. Sebagai contoh, guru melaksanakan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan untuk mengetahui kebolehan kanak-kanak bekerjasama, bertoleransi dan berkomunikasi antara mereka. 13


14


5.0 AKTIVITI YANG MENYOKONG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK BERDASARKAN KURIKULUM SEMASA AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI UMUR 0 HINGGA 2 TAHUN RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Capan Tangan Saya Bahan 1. Apron 2. Kertas mahjung 3. Cat air 4. Pinggan kertas Tarikh 24.07.2023 Masa 9.00 - 9.30 Pagi Bilangan Murid 5 Orang Tema Diri Saya Bidang Perkembangan Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak sudah mengetahui jenis-jenis warna asas Objektif 1. Kanak-kanak boleh bekerjasama dan mendengar arahan pendidik dengan betul. 2. Kanak-kanak boleh membezakan jenis-jenis perasaan dengan betul. Ruang Aktiviti Ruangan luar TASKA Kaedah Pelaksanaan Set Induksi 1. Kanak-kanak dibawa ke ruang aktiviti. 2. Pendidik berbual mesra dan bertanya khabar dengan 15


kanak-kanak. 3. Pendidik menerangkan mengenai aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan. Langkah-langkah 1. Kanak-kanak diminta untuk berbaris dan bersedia ke ruangan luar TASKA. 2. Kanak-kanak diminta memilih warna cat yang mereka gemari sambil menyebut warnanya. 3. Pendidik mula meletakkan cat ke dalam pinggan kertas. 4. Pendidik meminta kanak-kanak melakukan capan tangan di atas kertas mahjung mengikut giliran. 5. Kanak-kanak diminta menunjukkan hasil capan tangan masing-masing. 6. Kanak-kanak mencuci tangan sebelum masuk semula ke ruangan kelas. Kontingensi 1. Sekiranya kanak-kanak tidak berjaya melakukan aktiviti capan tangan, pendidik membimbing kanak-kanak sehingga berjaya. 2. Sekiranya berjaya, pendidik memberi pujian kepada kanak-kanak. Penutup 1. Pendidik mengimbas semula aktiviti yang telah dijalankan. 2. Pendidik meminta kanak-kanak mengemas semula. bahan-bahan yang telah digunakan semasa aktiviti. 3. Pendidik mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kanak-kanak. 16


Refleksi Kesemua kanak-kanak berjaya melaksanakan aktiviti capan dengan gembira bersama rakan-rakan mereka. Pemerhatian 1. Keselamatan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang aktiviti dalam keadaan selamat dan teratur. 2. Kebersihan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang dalam keadaan bersih. 3. Kesihatan : Pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat sepanjang aktiviti dilaksanakan. 4. Keselesaan : Pendidik hendaklah memastikan keselesaan kanak-kanak semasa aktiviti dilaksanakan. 5. Kemahiran : Pendidik hendaklah mahir dalam menjalankan semua aktiviti yang telah dirancang. Implikasi Terhadap Sosioemosi dan Tingkah Laku kanak-Kanak Implikasi ke atas sosioemosi kanak-kanak yang jelas kelihatan adalah kanak-kanak seronok dan yakin sepanjang melakukan aktiviti capan. Apabila menjalankan aktiviti ini, ia secara langsung dapat merapatkan hubungan yang mesra antara pendidik dengan kanak-kanak seperti yang dinyatakan oleh Teori Perapatan Bowlby. Selain itu, kanak-kanak juga mendapat pengalaman dan pengetahuan melalui bahan-bahan yang digunakan semasa aktiviti pembelajaran. 17


Dokumentasi 18


AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI UMUR 3 HINGGA 4 TAHUN RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Bermain Raket Belon Bahan 1. Belon 2. Raket Standard Kandungan KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri KD 2.2 Membina kebolehan mengawal diri Standard Pembelajaran KD 1.1.4 Menceritakan perasaan sendiri kepada orang lain mengenai sesuatu perkara atau peristiwa yang telah berlaku melalui pelbagai cara KD 2.2.3 Menunjukkan sikap sabar semasa berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan Kesepaduan Tunjang FK 2.1.2 Melakukan pergerakan pada pelbagai aras: i. Tinggi ii. Sederhana iii. Rendah Objektif 1. Kanak-kanak dapat menceritakan perasaan sendiri kepada orang lain selepas aktiviti bermain raket belon dengan betul. 2. Kanak-kanak dapat menunjukkan sikap sabar semasa aktiviti bermain raket belon dengan baik. Pengetahuan sedia ada Kanak-kanak mempunyai pengalaman bermain belon sebelum ini. Penerapan NIlai Kasih sayang, Berkeyakinan, Keberanian, Hormat, Berdikari Kemahiran Berfikir Memahami, Mengaplikasi Set Induksi 1. Guru menunjukkan belon dan raket kepada kanak-kanak. 2. Kanak-kanak bercerita mengenai pengalaman bermain belon. 19


Langkah 1 1. Kanak-kanak menonton video berkenaan aktiviti raket belon. 2. Kanak-kanak mendengar penjelasan guru tentang peralatan yang digunakan semasa bermain raket belon. 3. Guru menerangkan tentang kawasan yang sesuai untuk melakukan aktiviti raket belon. 4. Kanak-kanak mendengar penerangan guru tentang peraturan semasa bermain. Langkah 2 1. Kanak-kanak di bawa ke kawasan yang sesuai untuk beraktiviti. 2. Guru mengadakan simulasi bermain raket belon. Langkah 3 1. Kanak-kanak diminta berbaris mengikut nombor giliran yang telah diberikan oleh guru. 2. Kanak-kanak mengambil tempat yang sesuai untuk bermain. 3. Kanak-kanak tidak dibenarkan menyentuh belon menggunakan tangan tetapi hanya menggunakan raket. 4. Kanak-kanak diminta membilang nombor ketika mengimbang belon menggunakan raket. 5. Kanak-kanak yang tidak dapat mengimbang belon perlu menamatkan permainan. Penutup 1. Guru memberi pujian kepada semua kanak-kanak kerana telah berjaya melakukan aktiviti raket belon. 2. Guru dan kanak-kanak bersoal jawab berkenaan dengan aktiviti yang dilakukan. 3. Kanak-kanak diminta menceritakan perasaan sendiri di hadapan kawan mereka selepas aktiviti bermain raket belon. Refleksi 1. Terdapat kanak-kanak yang tidak boleh mengimbangkan belon menggunakan raket dan menunjukkan emosi yang negatif semasa bermain. 2. Terdapat kanak-kanak yang amat bagus semasa mengimbang belon dan menunjukkan emosi yang positif semasa bermain. 3. Kanak-kanak dapat menceritakan perasaan sendiri di 20


hadapan kawan-kawan mereka berkenaan aktiviti bermain raket belon. 4. Secara keseluruhannya, kanak-kanak dapat menunjukkan sikap sabar semasa aktiviti bermain raket belon dengan baik. Pemerhatian 1. Keselamatan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang aktiviti dalam keadaan selamat dan teratur. 2. Kebersihan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang dalam keadaan bersih. 3. Kesihatan : Pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat sepanjang aktiviti dilaksanakan. 4. Keselesaan : Pendidik hendaklah memastikan keselesaan kanak-kanak semasa aktiviti dilaksanakan. 5. Kemahiran : Pendidik hendaklah mahir dalam menjalankan semua aktiviti yang telah dirancang. Implikasi Terhadap Sosioemosi dan Tingkah Laku kanak-Kanak Implikasi yang jelas terhadap sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak adalah mereka dapat membina keyakinan semasa dapat mengimbang belon menggunakan raket. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak belajar memahami dan mengawal emosi sendiri semasa gagal mengimbang belon berbanding rakan mereka. Selain itu, kanak-kanak juga belajar nilai toleransi semasa menunggu giliran untuk bermain. 21


Dokumentasi 22


AKTIVITI PEMBELAJARAN BAGI UMUR 5 HINGGA 6 TAHUN RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI Aktiviti Bermain Ketinting Bahan 1. Petak Nombor 2. Gundu Standard Kandungan KD 1.1 Mengenali dan mengurus emosi sendiri KD 3.2 Menggunakan kemahiran sosial dalam hubungan dengan orang lain Standard Pembelajaran KD 1.1.3 Menyatakan emosi mengikut situasi KD 3.2.3 Menunjukkan kebolehan menyertai sesuatu permainan yang sedang berlangsung (play entry) Kesepaduan Tunjang FK 2.2.2 Melakukan gabungan pergerakan lokomotor Objektif 1. Kanak-kanak dapat menyatakan emosi mengikut situasi semasa bermain ketinting dengan betul. 2. Kanak-kanak dapat membina kemahiran sosial melalui kebolehan menyertai permainan ketinting dengan baik. Pengetahuan sedia ada Kanak-kanak mempunyai pengalaman bermain ketinting sebelum ini. Penerapan NIlai Kasih sayang, Berkeyakinan, Keberanian Kemahiran Berfikir Memahami, Mengaplikasi Set Induksi 1. Kanak-kanak menonton video permainan ketinting yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru dan kanak-kanak bersoal jawab mengenai pengalaman mereka bermain ketinting terdahulu. 23


Langkah 1 1. Kanak-kanak mendengar penerangan guru berkenaan cara bermain ketinting. 2. Guru menjelaskan tentang peralatan yang digunakan semasa bermain. 3. Guru melukis gelanggang ketinting di papan putih sebagai gambaran awal kepada kanak–kanak. 4. Guru memperkenalkan gundu atau buah yang berbentuk batu leper. 5. Guru memperkenalkan peraturan bermain ketinting. Langkah 2 1. Kanak-kanak di bawa ke kawasan yang sesuai untuk beraktiviti. 2. Guru mengadakan simulasi bermain ketinting. Langkah 3 1. Kanak-kanak bertindak sebagai pertama diminta membaling gundu ke dalam petak yang pertama lalu melompat dengan satu kaki. Sekiranya gundu terkeluar dari petak atau kanak-kanak pertama jatuh, pemain tersebut dikira kalah dan kanak-kanak berikutnya pula akan bermain. 2. Kanak-kanak tidak dibenarkan memijak petak yang di dalamnya terdapat gundu jika tidak mahu permainannya ditamatkan. 3. Kanak-kanak diminta memusingkan badan dan membuang gundu ke dalam petak yang diingini. Sekiranya dapat dimasukkan ke dalam petak, kanak-kanak harus membuat tanda X menandakan rumah pemain. Jika sebaliknya, kanak-kanak lain akan meneruskan permainan. Penutup 1. Guru memberi pujian kepada semua kanak-kanak kerana telah berjaya melakukan aktiviti bermain ketinting. 2. Guru dan kanak-kanak bersoal jawab berkenaan dengan aktiviti yang dilakukan. 3. Kanak-kanak diminta menceritakan perasaan sendiri di hadapan kawan mereka selepas aktiviti bermain ketinting. 24


Refleksi 1. Secara keseluruhan, kanak-kanak dapat memahami dan mengikut peraturan permainan ketinting dengan gembira bersama rakan mereka. 2. Kanak-kanak dapat menunjukkan pelbagai emosi semasa bermain ketinting bersama rakan mereka. 3. Kanak-kanak dapat membina kemahiran sosial bersama rakan mereka semasa bermain ketinting. Pemerhatian 1. Keselamatan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang aktiviti dalam keadaan selamat dan teratur. 2. Kebersihan : Pendidik hendaklah memastikan bahan dan ruang dalam keadaan bersih. 3. Kesihatan : Pendidik hendaklah memastikan kanak-kanak dalam keadaan sihat sepanjang aktiviti dilaksanakan. 4. Keselesaan : Pendidik hendaklah memastikan keselesaan kanak-kanak semasa aktiviti dilaksanakan. 5. Kemahiran : Pendidik hendaklah mahir dalam menjalankan semua aktiviti yang telah dirancang. Implikasi Terhadap Sosioemosi dan Tingkah Laku kanak-Kanak Melalui permainan ketinting, kanak-kanak dapat membentuk sosioemosi dan tingkah laku yang positif. Antaranya, kanak-kanak perlu menerima kemenangan atau kekalahan dengan hati terbuka. Kanak-kanak dapat belajar memahami dan mengawal emosi sendiri dan tetap menghormati rakan lain. Selain itu, aspek disiplin juga dapat diterapkan kepada kanak-kanak melalui pematuhan peraturan aktiviti ketinting. 25


Dokumentasi 26


27


6.0 RUMUSAN Konklusinya, perkembangan sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak adalah proses yang kompleks dan dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya seperti faktor perbezaan individu, persekitaran, keluarga, guru dan media. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan sosioemosi dan tingkah laku yang positif melalui peranan sebagai role model, pembentuk nilai murni, perancang pengajaran dan pemudahcara dan juga pentaksir. Selain itu, ibu bapa juga adalah institusi keluarga yang sangat penting peranannya dalam membentuk sosioemosi dan tingkah laku kanak-kanak melalui gaya asuhan yang diterapkan. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak melibatkan penguasaan kemahiran emosi yang matang seperti pengaturan emosi, penyelesaian konflik dan kerjasama. Justeru, pembelajaran sosioemosi yang dilaksanakan di prasekolah adalah satu usaha murni yang dapat membantu kanak-kanak mempelajari kemampuan sosioemosi dan tingkah laku yang positif seperti pepatah Melayu pernah berkata “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. 28


29


7.0 BIBLIOGRAFI Amel Amalia. (2020). Mengenal 3 Jenis Temperamen Anak yang Bisa Anda Amati Sejak Bayi. Kota Jakarta Barat. Ariyanti Chairudin. (2021). Peran Guru Dalam Mendukung Perkembangan Sosial Emosi Peserta Didik Pada Pembelajaran Daring Di Kelas IV SD Al-Azhar I Bandar Lampung. Universitas Islam Negeri. Azizi Yahaya. (2018). Pembentukan Personaliti Remaja. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya & Jumat Aliju. (2010). Kaedah Asuhan Ibu Bapa. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya & Sofie Bahari. (2010). Teori-Teori Tingkah Laku Berisiko. Universiti Teknologi Malaysia. Mahani Razali. (2009). Perapatan (attachment) dan Emosi Kanak-Kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mensih, M., Ibrahim, F., & Hassan, N. (2021). Hubungan antara motivasi pencapaian, kecerdasan emosi dan ketahanan diri dalam kalangan mahasiswa kerja sosial. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nor Hamizah Ab Razak. (2021). Pendedahan Teknologi Media Baharu Terhadap Kanak-Kanak: Peranan Ibu Bapa. Universiti Sains Islam Malaysia. Nor Hashimah Hashim. (2000). Pemahaman Guru Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni di dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Universiti Sains Malaysia. Nursuhaili. (2010). Hubungan antara kemahiran sosial dengan tingkahlaku sosial. Universiti Malaysia Sabah. Nur Iffatul Izyani. (2021). Teori Perapatan (John Bowlby). Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan Guru dan Ibu Bapa Merangsang Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Bermain. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Salmah Omar & Malisah Latip. (2015). Pengaruh Peranti Teknologi Kepada Perkembangan Sosial dan Permasalahan Kesihatan Kanak-Kanak. Universiti Utara Malaysia. Seligie Lajan Manggie & Ruhizan Yasin. (2022). Pendekatan Sosio Emosi Guru dalam PdP bagi Membantu Murid GALUS B40 Tahun 6. Universiti Kebangsaan Malaysia. 30


Zanariah, Mat Isa, Kamarul Shukri & Mat Teh. (2016). Apa itu temperamen? temperamen dalam perkembangan kanak-kanak: Satu tinjauan awal. Universiti Sultan Zainal Abidin. Zarinah Arshat. (2011). Perkaitan antara faktor sosioekonomi dan kualiti tingkahlaku keibubapaan dalam keluarga berisiko. Universiti Putra Malaysia. 31


Click to View FlipBook Version