The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HJ MAZLAN PK PPKI, 2018-06-03 01:05:55

KERTAS KERJA AMALAN PDP TERBAIK

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

ABSTRAK

Tingkah Laku pelbagai bagi murid berkeperluan khas, terdiri daripada 14 orang murid Tahun 2 di Sk Tg.Batu
Keramat Tawau menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam khasnya dalam bidang Al-Quran ( Huruf Hijaiyyah Tunggal ). Punca masalah yang utama ialah kerana
mereka tidak mengenal dan tidak boleh menulis huruf hijaiyyah tunggal dengan baik. Maka fokus kajian ini
adalah untuk menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu amalan ICT terkini bagi membantu
murid berkeperluan khas minat kepada mata pelajaran pendidikan Islam, melalui satu kaedah bagi
meningkatkan kemahiran mereka mengenal, menulis dan mewarna huruf hijaiyyah tunggal. Tinjauan awal
menunjukkan 14 orang murid berkeperluan khas tersebut tidak boleh mengenal,menulis huruf-huruf hijaiyyah
tunggal dengan baik. Ujian bagi mengukur minat mereka terhadap PDP bidang Al-Quran menunjukkan
perubahan yang drastik setelah guru amalkan pembelajaran secara online menggunakan Ipad dan Telivisyen,
maka didapati 14 orang murid berkeperluan khas tersebut dapat mengenali,menyebut huruf hijaiyyah tunggal
dan dapat juga menulis huruf dengan betul. Ujian secara online di atas Ipad menunjukkan 80% murid boleh
mengenal huruf hijaiyyah manakala dalam ujian menulis huruf hijaiyyah peratus lulus adalah 80%. Dirumuskan,
kemahiran murid berkeperluan khas dalam mata pelajaran pendidikan Islam telah dapat ditingkatkan setelah
menggunakan Ipad dan Televisyen secara online. Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan
PDP bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid berkeperluan khas malah menggilap kreativiti
dan inovasi guru.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

PENDAHULUAN

Kertas kerja dikemukakan antara lain bertujuan untuk perkongsian ilmu dengan
rakan-rakan guru di Malaysia. Melalui perkongsian amalan terbaik PDP ini diharap dapat
membuka minda guru-guru lebih-lebih lagi bagi guru Kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) tentang perlunya sentiasa memikirkan inovasi
khususnya dalam bidang pendidikan khas integrasi bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran (PPKIBP).

Bagi murid-murid bermasalah pembelajaran (PPKIBP). alat bantuan berteknologi
dapat membantu dan memudahkan pembelajaran. Ini adalah kerana ia membolehkan mereka
berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Ia juga membolehkan mereka mengakses
kurikulum atau bahagian-bahagian lain di dalam atau di luar sekolah. Ia juga membolehkan
mereka berkomunikasi, bersosial, melibatkan diri di dalam pelbagai situasi serta tempat yang
berbeza dan menunjukkan apa yang telah mereka pelajari.

Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaksi murid dengan guru
untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang
dibentuk adalah FLEKSIBEL selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997,yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik
PDP,masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Bertepatan dengan objektif Program Pendidikan Khas integrasi bermasalah
pembelajaran (PPKIBP) bahawa murid bersedia mengembangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

LATAR BELAKANG DAN KAJIAN LITERATUR

Program Pendidikan Khas bermasalah Pembelajaran SK Tanjung Batu Keramat sudah
beroperasi selama 1 tahun dengan jumlah murid bermasalah pembelajaran seramai 14
sehingga kini. Kadar elaun RM250 yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk guru-guru
program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PPKIBP) maka dengan mudah seorang
guru memiliki set WIFI bergerak (celcom) dengan kadar bayaran bulanan sebanyak RM120
sebulan bagi menyediakan pembelajaran yang menarik dan mudah dihujung jari. Guru tidak
perlu bersusah payah menyediakan LCD dan Skrin layar tambahan lagi bahan ini adalah
terhad bagi sesebuah sekolah.

Bagi murid-murid program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran
(PPKIBP) yang terdiri daripada pelbagai masalah pembelajaran, penggunaan Ipad,TV
Ipad,TV Split amat meransang minat dan tumpuan murid-murid ini dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pembelajaran di dalam kelas menggunakan bahan-bahan ini boleh terus
berinteraksi dengan murid-murid ini secara online (WIFI internet) melalui program yang
dimuat turun di dalam Ipad seperti program “CHALKBOARD”

Pengalaman mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid-murid pendidikan
khas yang mengalami pelbagai masalah pembelajaran selama 1 tahun 6 bulan adalah satu
cabaran yang amat besar. Mata pelajaran pendidikan Islam ,jawi, Al-quran merangkumi solat
dan pengurusan diri keseluruhannya adalah penting bagi murid-murid ini, setidak-tidaknya
mereka ini boleh mengurus diri sendiri dan mampu berdikari.

Tumpuan murid-murid ini sering berubah dan cepat membosankan mereka.
Kemahiran menulis mengambil masa yang agak lama. Aktiviti mewarna adalah kegemaran
bagi murid-murid yang kategori mengalami masalah lembam,masalah pertuturan dan masalah
pendengaran di sekolah ini. Murid-murid ini suka mengganggu dan ingin melihat hasil kerja
rakan.

Bahan seperti LCD yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ke
setiap sekolah hanya sedikit dan tidak mampu diguna pakai setiap hari untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas bahkan terhad dari segi penggunaannya.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

Sukar untuk memberi kefahaman yang jelas dan mendapat tindak balas positif serta
mewujudkan pembelajaran yang menawan hati murid-murid ini kerana mereka mudah lupa
dan perlukan jawapan atau maklumat bergambar dan maklumat segera.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

OBJEKTIF

Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaksi murid dengan guru
Untuk memenuhi keperluan individu, Program pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang
dibentuk adalah FLEKSIBEL selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997,yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik PDP,masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Bertepatan dengan objektif Program Pendidikan Khas integrasi bermasalah
pembelajaran (PPKIBP) bahawa murid bersedia mengembangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa. Apa yang pasti kajian ini
adalah untuk meningkatkan penumpuan dan keseronokkan murid semasa PDP berjalan.

Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaksi murid dengan guru
untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang
dibentuk adalah FLEKSIBEL selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997,yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik
PDP,masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Objektif Amalan PDP ialah boleh:-

1. Mewujudkan suasana PDP yang menyeronokkan dikalangan murid
berkeperluan Khas.

2. Mengakses maklumat yang diperlukan dengan sekelip mata.
3. Melaksanakan aktiviti secara individu,berkumpulan mengikut tajuk dan

bidang mata pelajaran.
4. Menyimpan hasil kerja murid dan boleh dipamer jika perlu.
5. Merakam imej bersesuaian dengan tajuk pelajaran dengan mudah.
6. Menyampaikan objektif PDP dengan carian tajuk mata pelajaran yang

diajar melalui pilihan imej atau pun teks dengan mudah.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

AMALAN TERBAIK BERDASARKAN OBJEKTIF

1. Amalan yang dihasilkan telah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran
Pendidikan Islam di dalam kelas.

2. Kurikulum PPKIBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran
melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi
keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan dan kehidupan lebih bermakna
justeru itu walaupun murid-murid ini bermasalah dalam pembelajaran setidak-
tidaknya mereka mampu mengakses peralatan ICT untuk keperluan dalam kehidupan
seharian.

3. Bersedia mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring
dengan perkembangan semasa melalui aktiviti di dalam kelas menggunakan
kemudahan ICT terkini.

4. Setakat hari ini saya berpuashati peratus kehadiran murid-murid ini kerana mereka
berasa seronok dan riang datang ke sekolah serta berpuashati kerana bahan dan
contoh-contoh persoalan dalam aktiviti pembelajaran yang dikemukakan oleh murid-
murid ini diperjelaskan dengan pantas dan tepat.

5. Contohnya dalam subjek Aqidah bertajuk “ Perbezaan antara ciptaan Allah dan
manusia “. Seorang murid bermasalah pendengaran mudah memahami perbezaan
ciptaan Allah dan manusia kerana guru terus menggunakan Ipad dan mengakses Imej
ciptaan Allah dan Imej ciptaan manusia dengan pantas dan tepat.

6. Contoh lain dalam subjek pendidikan islam “ Mengenal huruf hijaiyyah”. Murid
berasa seronok dalam proses pembelajaran kerana mereka menulis di Ipad dengan
pelbagai kaedah. Kaedah menyambung huruf atau kaedah mewarna sebagai aktiviti
pengukuhan. Murid lain akan memerhati dan memberi komen rakannya di Kaca TV
Split.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

7. Hasil kerja dan aktiviti mewarna, menyambung huruf hijaiyyah boleh terus disimpan

dan boleh di cetak secara langsung menggunakan pencetak iBrother printer.

8. Pengakap adalah unit beruniform yang wajib bagi murid-murid program pendidikan
khas bermasalah pembelajaran (PPKIBP) . Guru dengan mudah mendapatkan
maklumat berkaitan dengan pengakap dan aktiviti pengakap secara langsung (online).

9. Sukan dan permainan bagi murid-murid program pendidikan khas bermasalah
pembelajaran (PPKIBP) adalah Pentaque. Guru boleh mengakses secara langsung
tentang peraturan dan cara permainan ini melalui ICT dengan mudah dan
menyeronokkan.

10. Saya sebagai guru pendidikan Islam amat berpuashati dengan
refleksi murid-murid ini dihujung proses pengajaran dan pembelajaran.

11. Saya yakin dan percaya bahawa murid-murid program pendidikan khas bermasalah
pembelajaran (PPKIBP) SK Tanjung Batu Keramat yang sentiasa terdedah dengan
perkembangan ICT dalam proses pembelajaran berbanding murid-murid sekolah
perdana mampu mengubah persepsi mereka terutama dalam proses kehidupan
seharian.

12. Muat turun program “CHALKBOARD”.

13. Muat turun program “Air Show” untuk membolehkan wifi bertindak balas dengan
TV Split.

14. Sediakan TV apple untuk wifi bertindak balas dengan program “Air Play”.

15. Set katalaluan dan kemudian boleh menikmati pembelajaran bersama murid-
murid di dalam kelas.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

DAPATAN AMALAN

Saya sentiasa berfikir bagaimana hendak berinteraksi dan mengajar dengan mudah
dan menarik lebih-lebih lagi dengan pengalaman saya yang masih mentah dalam bidang
Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran.

Andaian saya, sekiranya ada 10 orang guru di sebuah sekolah yang mempunyai
program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PPKIBP) cukup hanya 5 orang guru
sahaja yang mempunyai WIFI bergerak (celcom), TV Split dan Apple TV, saya yakin dan
pasti sudah tentu murid-murid program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PPKIBP)
akan lebih teransang dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

CARA MUDAH PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(PDP) SECARA ONLINE.

1. Sediakan Wifi

2. Sediakan apple TV

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

3. Sediakan TV Split

4. Muat Turun Program “ CHALKBOARD” dan aktifkan Katalaluan

5. Selepas katalaluan diaktifkan, akan keluar “ AirPlay “ dan pilih Apple TV dan
aktifkan

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

6. Kemudian akan diberi kod katalaluan seperti contoh di bawah ini.

7. Kemudian kita masukan kod katalaluan yang diberi dalam ruangan yang
disediakan secara automatic.

8. Kemudian buka program “ Chalkboard “ dan boleh gunakan aplikasi ini dengan
mudah dalam aktiviti penganjaran dan pembelajaran.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

9. Gunakan pen yang dicipta khas untuk penggunaan Ipad.

10. Contoh-contoh aktiviti murid-murid Program Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran secara ONLINE.

IPAD SKRIN TV

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

Manfaat Amalan ini telah dirasai oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan swasta,
Jabatan Pelajaran Sabah iaitu Tuan Hj Ahmad Sabari B.Kamari dan En.Mojuntin selaku
Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Sabah sewaktu kunjungan melihat Amalan dan
kaedah ini. Amalan ini adalah mesra pengguna dan mudah diaplikasi.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

Manfaat Amalan ini turut dirasai oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan
Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia semasa lawatan kerja ke PPKI
Sekolah SK Tanjung Batu Keramat yang begitu teruja dengan perkembangan murid-murid
Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran dengan penggunaan kaedah Amalan ini. Beliau
merakamkan rasa sukacitanya dengan kemudahan ICT yang canggih ini boleh dinikmati
murid-murid bermasalah pembelajaran.

PENUTUP
Semoga inovasi ini akan mencetuskan hasil inovasi lain yang lebih bernilai tambah dan
memberi manfaat kepada bidang keguruan di Malaysia selaras dengan 10 anjakan
Transformasi dalam Pendidikan 2013 hingga 2025.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

CADANGAN UNTUK AMALAN TERBAIK
Amalan ini amat sesuai untuk guru dan murid dalam mengaplikasi pelbagai cara

dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid berkeperluan khas datang dari latar belakang
yang berbeza di samping mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu adalah amat penting
agar kaedah pengajaran yang diberikan bukan sahaja memenuhi keperluan khas mereka tetapi
juga sesuai dengan latar belakang mereka yang berbeza. Kaedah pengajaran yang diberikan
haruslah berbeza untuk memenuhi keperluan yang berbeza tetapi ia harus memberi kepuasan
kepada semua pelajar. Jikalau kaedah pengajaran atau aktiviti yang direka dapat memenuhi
aspek ini maka penyesuaian yang harus dilakukan dapat dikurangkan. Pendekatan yang boleh
diambil adalah pendekatan manipulasi kebolehan pelajar dan aktiviti tahap rendah.

Sekiranya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membekalkan alatan seperti
Ipad,TV Split dan Wifi untuk sekolah bermasalah pembelajaran (PPKI) seluruh Negara maka
transformasi ICT ke atas murid berkeperluan khas mudah tercapai.

KESIMPULAN

Menyampaikan maklumat dalam PDP kelas PPKI dengan penggunaan Ipad,TV split
dan Wifi atau Internet memudahkan guru-guru menyampaikan isi kandungan pengajaran
yang berkaitan dengan objektif pengajaran, strategi dan konsep. Apabila penyampaian fakta
dan langkah-langkah dilakukan guru mudah membuat demonstrasi, memberi contoh,
gambaran dengan mudah. Latihan tambahan diberikan kepada pelajar bekeperluan khas dan
isi kandungan pengajaran tidak membebankan malah PDP yang menyeronokkan.

Latihan-Latihan boleh diberikan dengan pelbagai cara. Ini boleh dilakukan dengan
membantu pelajar membuat latihan secara memberi arahan. Pelajar dengan keperluan khas
akan mendapat faedah melalui peluang-peluang yang diberikan di dalam latihan
menggunakan Ipad. Semasa latihan dilakukan masa yang diberikan serta tingkah laku pelajar
diambil kira sebagai sebahagian daripada latihan. Aktiviti yang diberikan haruslah
membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif. Pembetulan harus dilakukan dan maklum
balas harus diberikan. Selain itu latihan secara individu harus diberikan dimana pelajar dapat
berdikari dalam melakukan tugasan.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

RUJUKAN

Sila layari youtube Mazlan Mohd Noor

1. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online Satu Inovasi
2. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online
3. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas
4. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online 3
5. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online 4
6. Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Tahun 2,

Sk Tg Bt Keramat Tawau

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP
“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH
PEMBELAJARAN

SK TANJUNG BATU KERAMAT TAWAU SABAH

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor
Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)


Click to View FlipBook Version