The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by citrakul17, 2021-10-01 22:38:54

BUKU SKRAP TUN V.T. SAMBANTHAN

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL

BUKU SKRAP DIGITAL

TOKOH KEMERDEKAAN
DI MALAYSIA :

TUN V.T. SAMBANTHAN

BIODATA PELAJAR

NAMA PESERTA : KABILAN A/L KANNAN

KELAS : 5 FARABI

ALAMAT E-MEL : [email protected]

NAMA SEKOLAH : SK TAMAN SEMARAK

ALAMAT SEKOLAH : TAMAN SEMARAK, NILAI,

NEGERI SEMBILAN, 71800

KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1
2. BIODATA TUN V.T. SAMBANTHAN
3. PENDIDIKAN TUN V.T. SAMBANTHAN 2
4. KERJAYA TUN V.T. SAMBANTHAN
5. SUMBANGAN TUN V.T. SAMBANTHAN 3
6. NILAI KEPEMIMPINAN YANG PERLU DICONTOHI OLEH 4–5

GENERASI SEKARANG 6
7
7. PENUTUP / KESIMPULAN
8. SUMBER RUJUKAN 8
9

PENDAHULUAN

Puji dan syukur kepada Tuhan kerana limpah kurnianya sehingga
saya dapat menyiapkan buku skrap digital ini dengan baik.
Saya amat berbangga kerana dapat menyiapkan buku skrap digital
ini. Buku skrap ini menceritakan tentang tokoh kemerdekaan iaitu
Tun V.T Sambanthan yang telah berkorban dan memberi
sumbangan kepada negara untuk memerdekakan tanah air.
Buku skrap ini dihasilkan untuk menyertai pertandingan mencipta
buku skrap digital (anyflip) sekolah-sekolah rendah peringkat
daerah seremban tahun 2021.
Semoga jasa dan perjuangan tokoh ini akan dapat disanjung oleh
generasi-generasi yang akan datang.

1

BIODATA
TUN V.T. SAMBATHAN

Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan atau lebih dikenali
sebagai Tun V.T. Sambanthan. Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919
di Sungai Siput, Perak. Beliau merupakan anak kedua kepada
Andiappan Veerasamy dan Sengammal. Bapanya merupakan
seorang pemilik kebun pokok getah di Sungai Siput, Perak. Tun
V.T. Sambanthan mempunyai tiga orang adik-beradik. Ayah Tun
Sambanthan, Veerasamy merupakan pemilik estet dan harta di Sg.
Siiput. Sebagai ahli perniagaan, Veerasama sangat disegani oleh
masyarkat setempat.

Tun Sambanthan telah berkahwin dengan Umasundari yang
merupakan anak kepada seorang jurutera Jabatan Kerja Raya.
Umasundari merupakan seorang lulusan universiti dalam bidang
kimia dan mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran di
Jerman. Pada tahun 1959, Sambanthan menerima seorang anak
perempuan hasil daripada perkahwinannya dengan Umasundari.
Anak perempuannya bernama Devakunjari.
Pada 18 Mei 1979, ketika berumur 59 tahun 11 bulan, beliau telah
meninggal dunia akibat penyakit jantung.

2

PENDIDIKAN
TUN V.T. SAMBATHAN

Pendidikan asas beliau bermula dari sekolah rendah di Sungai Siput
kemudian beliau telah dihantar ke Kuala Kangsar untuk menyem-
purnakan persekolahan menengahnya di Sekolah Cllifford.
Kekayaan bapanya memberi peluang kepada beliau untuk mem-
peroleh pendidikan Inggeris. Selepas tamat Senior Cambridge, be-
liau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi di Universiti
Annamalai di India Selatan. Beliau amat cemerlang dalam pelaja-
rannya, seorang yang sangat gemar bersukan dan juga dikenali se-
bagai murid yang pintar dan peramah serta suka bergurau.
Kepengetahuan Tun Sambanthan berpidato memang memenuhi
kualiti seorang ahli politik dan beliau juga bijak berlawak jenaka.
Beliau bergiat aktif dan mendapat sambutan yang meluas me-
megang pelbagai jawatan dalam MIC sebaik sahaja pulang ke Ma-
laysia setelah tamat pengajian.

3

KERJAYA
TUN V.T. SAMBATHAN

Tun V.T. Sambathan membina Sekolah Tamil Mahatma Gandhi
pada tahun 1954. Minat dan usaha yang ditunjukkan oleh beliau
menjadi sebab utama beliau dipilih sebagau ahli Lembaga Pelajaran
Negeri Perak. Pelantikan Tun Sambanthan sebagai Presiden MIC
pada tahun 1955 adalah sesuatu yang ditetapkan oleh beberapa
pemimpin India di sekitar Kuala Lumpur setelah mendengar
penglibatan aktif dalam hal-ehwal masyarakat India serta
pembinaan Sekolah Mahatma Gandhi.

Tun Sambanthan pernah memegang empat portfolio penting
dalam jentera kerajaan
Malaysia, seperti berikut:
I Menteri Buruh (1955-56)
II Menteri Kesihatan (1957-59)
III Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi (1959-69)
IV Menteri Perpaduan (1971-74)
Tugas-tugas kementerian ini memberi peluang kepada Tun V.T.
Sambanthan untuk merancang, menyelia dan mengawas
kebanyakan program, projek infrastruktur dan perkhidmatan
bersifat nasional selama 19 tahun demi membentuk jati diri dan
Negara.

4

Tun V.T. Sambanthan telah mengasaskan sebuah akhbar mingguan
yang diberi nama Malai Naadu yang terletak di Sungai Siput.
Usaha murni ini adalah untuk menggalakkan keluaran surat khabar
dalam negara dan bukannya dari luar negara lagi. Beliau berupaya
bertindak sendiri untuk mengeluarkan akhbar-akhbar di Tanah
Melayu tanpa bergantung kepada orang luar. Perkara ini telah
menjadi salah satu usaha untuk menggalakkan proses Malayanisasi.

Tambahan pula, Tun V.T. Sambanthan mencadangkan pemindahan
Tabung Imigrasi Orang India Selatan kepada satu tabung
pendidikan untuk anak-anak pekerja estetnya supaya mereka
mendapatkan manfaatnya. Sebagai contoh, empat orang pelajar
telah menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di universiti
tempatan. Tun V.T. Sambanthan telah menubuhkan Persatuan
Koperasi Kewangan dan Tanah Kebangsaan atau The National
Land Finance Cooperative Society (NFLCS) bersama dengan K.R
Somasundram pada tahun 1960. Persatuan ini ditubuhkan kerana
pada akhir 1950-an dan awal 1960-an telah berlakunnya
fragmentasi estet. Pada masa itu, beribu-ribu pekerja estet orang
India telah dibuang kerja. Beliau percaya koperasi hanya adalah
satu jalan keluar bagi mengatasi masalah ini. Cabaran getir ini telah
mendorong Tun Sambanthan menubuhkan NFLCS. Atas usaha
beliau dalam menggerakkan koperasi, beliau telah digelar sebagai
Bapa Koperasi.

5

SUMBANGAN

TUN V.T. SAMBATHAN

Sebagai seorang pemimpin India, Tun V.T. Sambanthan telah
banyak berjasa dalam usaha memajukan masyarakat India dalam
pelbagai bidang. Melaui aktiviti sosioekonomi yang dijalankan,
beliau telah menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang sesuai dengan
aspirasi orang India di Malaysia.
Antara sumbangan terpenting beliau ialah dalam bidang
telekomunikasi negara yang mengalami pembangunan pesat
khususnya bidang komunikasi dan hubungan apabila beliau
diberi mandat untuk menerajui tugas sebagai menteri Kerja, Pos
dan Telekomunikasi selama 10 tahun dari tahun 1959 hingga 1969.
Atas jasa dan sumbangan Tun Sambanthan, beliau telah
dianugerahkan pingat kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M
pada Jun 1967. Beliau juga dikurniakan Doktor Kehormat Dalam
Undang-Undang (Hononary Doctor of Law ) oleh Universiti
Malaya pada Julai 1971. Nama Tun Sambanthan diabadikan pada
stesen LRT Tun Samanthan dan Wisma Tun Sambanthan yang
terletak di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa beliau. Sepanjang
tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah
dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan
rakyat yang berbilang kaum. Tun Sambanthan juga telah me-
nyumbangkan tenaga dalam usaha menuntut kemerdekaan.

6

NILAI KEPIMPINAN
YANG PERLU DICONTOHI
OLEH GENERASI SEKARANG

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang yang rendah diri. Beliau
menjalani kehidupan yang sederhana walaupun dikurniakan dengan
banyak kekayaan. Beliau juga merupakan seorang berhati murah
dan akan memberi apa saja yang dipinta oleh orang lain.

Selain memiliki hati yang murah, Tun V.T. Sambanthan juga
memiliki nilai-nilai murni yang terpuji seperti kesabaran,
menghormati orang lain dan bertanggung jawab.

Selanjutnya, nilai kepemimpinan yang dapat di contohi dari Tun
V.T. Sambanthan ialah nilai bersatu padu. Di peringkat
antarabangsa, beliau telah berjasa menyatupadukan masyarakat
India dan masyarakat peribumi dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial.

7

PENUTUP / KESIMPULAN

Selepas saya menghasilkan buku skrap digital ini, saya mengetahui
lebih banyak tentang Tun V.T. Sambanthan. Sebagai seorang
pemimpin, Tun V.T. Sambanthan telah banyak berjasa dalam
memajukan masyarakat India dalam pelbagai bidang. Melalui
aktiviti sosioekonomi yang dijalankan, beliau telah menonjolkan
ciri-ciri kepimpinan yang sesuai dengan aspirasi orang India di
Malaysia.

Tun V.T. Sambanthan juga merupakan seorang yang
mementingkan toleransi, keharmonian dan kerjasama pelbagai
bangsa dan kaum di Negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Negara, kita sepatutnya
mencontohi sikap dan semangat yang ada pada beliau. Nama beliau
juga diabadikan pada stesen LRT Tun Sambanthan dan Wisma Tun
Sambanthan yang terletak di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa
beliau.

8

SUMBER RUJUKAN

Internet
https://tamizharmedia.com/2019/04/28/biografi-tokoh-negara-tun-
v-t-sambanthan-dan-sumbangan-beliau-kepada-negara-dan-kaum-
india/
https://docplayer.net/47297532-Sejarah-biografi-personaliti-
terkemuka-sejarah-malaysia-tun-sambanthan.html
http://tokohkemerdekaannegaramalaysia.blogspot.com/
Buku Sejarah Tahun 5 Sekolah Kebangsaan KSSR Semakan 2017

9


Click to View FlipBook Version