MODUL
PENULISAN ILMIAH
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Segala puji bagi
Allah kerana dengan limpah
kurniaNya jua Modul Penulisan Artikel Ilmiah ini
dapat dihasilkan. Penerbitan modul ini adalah suatu kesinambungan terhadap usaha bagi
mengembangkan potensi warga pendidik secara umumnya dan para pegawai di Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor secara khusus dalam penghasilan suatu karya penulisan ilmiah
yang baik dan berkesan.
Tujuan utama modul penulisan artikel ilmiah ini dihasilkan adalah bertujuan memberi
panduan kepada penulis dan bakal penulis tentang tatacara penulisan artikel yang akan
disumbangkan oleh penulis kepada buku jurnal diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor.
Seperti yang tersedia maklum bahawa kebanyakan penulis mempunyai gaya
penulisan yang tersendiri. Justeru, bagi menggalakkan serta memberi dorongan kepada
penulis dan bakal penulis dalam menghasilkan karya penulisan ilmiah, modul ini dirasakan
sedikit sebanyak dapat membantu dan memandu para penulis dalam penulisan mereka.
Selain itu, modul penulisan artikel ilmiah ini dihasilkan adalah bertujuan menjelaskan
dan memudahkan penyampaian mesej kaedah penulisan artikel ilmiah supaya tidak terlalu
bersifat lisan serta dapat mengatasi keterbatasan masa, ruang dan daya pancaindera para
penulis dan bakal penulis. Modul ini juga diharapkan dapat digunakan dengan tepat dan
bervariasi sekaligus dapat meningkatkan motivasi dan minat untuk mempelajari kaedah
penulisan artikel ilmiah, mengembangkan kemampuan penulis menghasilkan karya penulisan
yang baik serta dapat melatih kejujuran penulis dalam memperoleh data yang dihujahkan
dengan baik.
Menulis adalah suatu kebiasaan. Seseorang menjadi lebih baik dalam menulis kerana
dia sering menulis dan ingin belajar perkara baharu atau belajar daripada kesilapan. Modul ini
pastinya tidak mampu untuk merangkumkan semua pengetahuan yang perlu anda ketahui
dalam menulis penulisan yang baik. Namun, apa yang diharapkan agar segala maklumat,
petua dan kaedah serta panduan ringkas dalam modul ini dapat mendorong anda untuk
menjadikan kebiasaan menulis.
Akhir kata ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybhg. Datin Norfaridah
binti A.Bakar, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
telah memberi kepercayaan, sokongan, dorongan, ruang dan peluang bagi menghasilkan
modul yang serba ringkas ini. Semoga modul ini memberi manfaat kepada semua.
Sekian.
Ilmu Pencetus Minda Intelektual
28 Februari 2021
TAJUK MUKA SURAT
i
Prakata
Bab 1 : Pengenalan 1
1.1 Pengenalan 2
1.2 Definisi Konsep 2
1.3 Jenis Penulisan Ilmiah
5
Bab 2 : Penulisan Ilmiah (Pendahuluan) 5
2.1 Latar Belakang Kajian 6
2.2 Penyataan Masalah 6
2.3 Objektif Kajian 6
2.4 Objektif Kajian 7
2.5 Persoalan Kajian 7
2.6 Kepentingan Kajian 7
2.7 Batasan Kajian
2.8 Definisi Operational 8
13
Bab 3 : Penulisan Ilmiah (Tinjauan Literatur)
3.1 Tinjauan Literatur 15
3.2 Sumber-sumber Literatur 15
16
Bab 4 : Penulisan Ilmiah (Metodologi)
4.1 Metodologi
4.2 Reka Bentuk Kajian
4.3 Lokasi Kajian
4.4 Populasi dan Persampelan 16
4.5 Instrumen Kajian 17
4.6 Kajian Rintis 17
4.7 Kaedah Pengumpulan Data 18
4.8 Analisis Data 18
Bab 5 : Penulisan Ilmiah (Hasil Kajian dan Perbincangan) 19
5.1 Perbincangan
23
Bab 6 : Penulisan Ilmiah (Ringkasan, Kesimpulan, Implikasi dan Cadangan) 23
6.1 Ringkasan 23
6.2 Kesimpulan
6.3 Perbezaan Antara Implikasi dan Cadangan dalam Penyelidikan 26
26
Bab 7 : Penulisan Ilmiah (Sumber Rujukan) 28
7.1 Format APA
7.2 Sitasi 35
7.3 Rujukan atau References 35
36
Bab 8 : Penulisan Ilmiah (Format Penulisan Artikel Ilmiah) 39
8.1 Keaslian Artikel 40
8.2 Bentuk Penulisan
8.3 Format Penulisan 41
8.4 Hak Cipta
8.5 Penutup 42
Rujukan
Lampiran
Bab 1
Pengenalan
Survival dan kelangsungan hayat sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). Justeru, aspek ini menjadi fokus dan perhatian
organisasi-organisasi yang berjaya. Oleh itu, pelbagai aktiviti dan langkah persediaan bagi
memberi pendedahan kepada warga organisasi untuk menyampaikan idea-idea mereka
secara lebih ilmiah dan matang dirancang dan dilaksanakan dengan teliti.
Sehubungan itu, penulisan ini merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal
kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan
hasil penulisan ilmiah yang baik. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang
sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau
disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva
atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah. Penulisan
seperti ini
Modul penulisan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan kaedah
menulis sesebuah karya ilmiah. Garis panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan
warga pendidik khususnya kepada warga Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang bakal
terlibat dalam aspek penulisan ilmiah, Adalah diharapkan, melalui usaha murni ini pembaca
akan dapat pengetahuan untuk menyediakan dan mempersembahkan hasil penulisan ilmiah
yang berkualiti.
Definisi Konsep
Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu
idea, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti
seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001).
Menurut Universiti Teknologi Malaysia (2001) pula, penulisan ilmiah merupakan satu
penulisan bersifat akademik seperti Projek Sarjana Muda, Laporan Projek Sarjana, Tesis atau
Disertasi Penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kurikulum bagi pengajian secara kerja
kursus mahupun penyelidikan.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995) di Jakarta pula menyatakan bahawa
karangan ilmiah adalah salah satu jenis karangan yang berisi serangkaian hasil pemikiran
yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuannya melibatkan hasil penelitian, pengamatan,
ataupun peninjauan yang memenuhi syarat berikut:
1) Penulisannya berdasarkan hasil penelitian;
2) Pembahasan masalahnya sesuai dengan fakta;
3) Perbincangannya melibatkan masalah yang cuba diselesaikan;
4) Menggunakan kaedah tertentu dalam mempersembahkan penulisan dan
menyelesaikan masalah yang dibincangkan;
5) Menggunakan bahasa yang lengkap, terperinci, teratur, jelas, ringkas, dan tepat
sehingga tidak terbuka kepada kemungkinan untuk disalah tafsir oleh pembaca
Sehubungan itu, seorang penulis karangan ilmiah perlu memiliki ketrampilan dan
pengetahuan dalam:
1) Masalah yang diteliti,
2) Kaedah penelitian,
3) Teknik penulisan bahan ilmiah dan
4) Penguasaan bahasa yang baik.
Jenis Penulisan Ilmiah
Terdapat beberapa jenis penulisan ilmiah yang biasa digunakan. Berikut adalah beberapa
contoh:
Kerta Kerja Konsep/ Kajian
Kertas kerja ditulis untuk disampaikan kepada kelompok tertentu dalam suatu pertemuan
ilmiah, misalnya dalam seminar, simposium, kolokium, persidangan atau kongres. Di samping
itu kertas kerja juga ditulis untuk melengkapi tugas-tugas lain seperti pembentangan untuk
kuliah tertentu. Biasanya, kertas kerja untuk pembentangan atau penerbitan ilmiah
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau
penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan idea penulis berdasarkan
pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas
kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah
dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh
itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif
kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.
Artikel
Artikel berbentuk ilmiah biasanya ditulis untuk pembaca tertentu, umpamanya untuk dimuat
dalam majalah ilmiah atau jurnal. Jika artikel itu ditujukan untuk orang awam dan dimuatkan
pada surat kabar atau majalah umum, biasanya penyampaiannya adalah secara umum dan
bukan berbentuk ilmiah. Biasanya artikel ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal juga boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu: (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau
penyelidikan.
Kertas Projek, Tesis dan Disertasi
Ketiga jenis penulisan ilmiah ini disediakan untuk memenuhi syarat untuk memperoleh
pengakuan tingkat kesarjanaan dalam suatu pedidikan peringkat tinggi. Kertas projek
biasanya disiapkan untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda sementara tesis disediakan
untuk mendapatkan Ijazah Sarjana atau Master manakala disertasi dihasilkan untuk
mendapatkan Ijazah Kedoktoran (UTM, 2001).
Laporan
Laporan ialah suatu wahana penyampaian berita, informasi, pengetahuan atau gagasan dari
seseorang kepada orang lain. Laporan yang disampaikan secara bertulis dan berisi
serangkaian hasil pemikiran yang diperoleh dari hasil penelitian, pengamatan ataupun
peninjauan juga merupakan satu bentuk penulisan ilmiah (Pusat Dokumentasi dan Informasi
Ilmiah, 1995)
Artikel ilmiah yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor boleh
disumbangkan oleh semua warga pendidik selagi artikel ilmiah yang disumbangkan ini adalah
asli dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana terbitan jurnal atau di mana-mana tempat.
Artikel ilmiah yang disumbangkan oleh penulis juga merupakan hasil penyelidikan dan
pembangunan profesionalisme keguruan yang mengandungi penemuan, kaedah serta
aplikasi baharu.
Sebelum kita menyelami penulisan ilmiah dengan lebih mendalam, mari kita lihat
teknik penulisan yang baik. Menulis dengan prinsip saintifik pastinya mempunyai teknik yang
berbeza daripada menulis untuk artikel, buku harian mahupun diari.
Penulisan laporan kertas penyelidikan yang baik perlu mengikuti format yang boleh
menjelaskan kajian dengan terperinci dari mula kajian itu dibentuk sehingga hasil kajian
dirumuskan dengan cadangan-cadangan yang sesuai. Pada asasnya, format laporan kertas
kajian mempunyai lima bab yang dibincangkan pada topic-topik seterusnya. Kelima-lima bab
tersebut ialah :
Bab I : Pendahuluan,
Bab ll : Sorotan Literatur (Kajian Semula Bahan Bertulis),
Bab III : Metodologi Penyelidikan,
Bab IV : Hasil Dapatan Kajian dan Perbincangan,
Bab V : Ringkasan, Kesimpulan, Implikasi dan Cadangan.
Penulisan laporan kertas penyelidikan bagi artikel penyelidikan di jurnal-jurnal
mempunyai elemen yang sama tetapi ditulis dengan lebih padat dan bertumpu pada kajian
utama penyelidikan. Format penulisan bagi artikel penyelidikan dan jurnal bergantung kepada
keperluan jawatankuasa penerbitan terlebih dahulu memberi garis panduan untuk difahami
oleh penulis Jurnal.
Penulisan ilmiah adalah merujuk kepada artikel ilmiah pada prinsipnya, yang
merupakan serangkaian perenggan yang menceritakan tentang proses penyelidikan mulai
dari persoalan kajian, proses pengumpulan data, hingga analisis dan membuat kesimpulan.
Berikut diperincikan serba ringkas mengenail penulisan laporan kertas penyelidikan.
Bab 2
Penulisan Ilmiah
(Pendahuluan)
Latar belakang Kajian
Latar belakang merupakan penyampaian permasalahan kajian yang mencukupi untuk
memberi gambaran dan kefahaman mengenai situasi masalah dengan menerangkan konsep-
konsep / variabel-variabel dengan terperinci supaya boleh menjurus kepada persoalan-
persoalan kajian atau penyataan masalah. Pada tahap ini terdapat beberapa elemen utama
dalam pembentukan latar belakang kajian. Latar belakang tersebut bermula dengan
perkembangan semasa masalah secara keseluruhan. Penyelidik perlu menceritakan secara
umum konteks kajian yang hendak dijalankan. Latar belakang kajian memberi gambaran dari
segi perkembangan semasa, teori, prosedur, dapatan kajian lepas dan sebagainya. Jelasnya
pada tahap ini segala maklumat penting berkaitan dengan permasalahan konteks kajian dan
rasional-rasional mengapa kajian ini perlu dikaji juga dibincangkan. Kelemahan yang berlaku
adalah kebanyakan penyelidik tidak mahir dalam memilih perkara yang harus dimasukkan di
dalam kajian yang bakal dilakukan. Oleh itu, ketepatan perkara berkaitan dengan
permasalahan sahaja harus dipilih.
Penyataan Masalah
Apabila masalah kajian yang dapat disimpulkan berdasarkan latar belakang, maka
terbentuklah pernyataan masalah. Penyataan masalah adalah merupakan perkara yang amat
penting di dalam melaksanakan sesuatu kajian. Penyelidik perlu bertanya kepada diri sendiri:
Apa masalahnya sehingga kajian ini perlu dilakukan? Apakah contoh permasalahan kajian
yang berkemungkinan melibatkan isu-isu semasa, teori, prosedur dan sebagainya yang
banyak mempengaruhi perkembangan sains sosial.
Oleh itu penyelidik perlu memastikan apakah perkara yang menyebabkan kajian
tersebut perlu dilakukan. Adalah penting bagi penyelidik untuk memastikan ianya mempunyai
masalah sehingga perlu dikaji. Sebagai contoh yang lain, jika penyelidik merasakan sesuatu
pemboleh ubah di dalam teori yang berkaitan atau proses di dalam sesuatu prosedur tidak
memainkan peranan yang penting, maka ia boleh dikaji. Bagi memastikan fenomena yang
dikaji, penyelidik mesti membaca dengan meluaskan perkara berkaitan isu tersebut.
Adakalanya sesetengah penyelidik bermula dengan pernyataan masalah ataupun persoalan-
persoalan kajian terutama berkaitan dengan pendekatan teori dan prosedur.
Sementara jika kajian tersebut melibatkan isu-isu semasa selalunya penyelidik
bermula dengan latar belakang kajian. Walau bagaimanapun, ini bukanlah menjadi suatu
kesalahan jika ianya bermula dengan pernyataan masalah dahulu. Pernyataan masalah
adalah merupakan elemen terpenting di dalam penyelidikan. Diakhir kajian tersebut penyelidik
perlu menimbulkan beberapa persoalan-persoalan yang bakal dikaji. Jika bahagian ini telah
dikenal pasti separuh daripada kajian tersebut sebenarnya telah bermula.
Objektif Kajian
Objektif kajian mempunyai perkaitan yang rapat dengan pernyataan masalah. Objektif perlu
dibina berdasarkan permasalahan kajian / pernyataan masalah / persoalan kajian. Objektif
kajian ini dapat membayangkan bagaimana variabel kajian diukur dan dianalisis. Selalunya di
dalam bidang penyelidikan, penyelidik akan memberikan objektif secara umum dan juga
khusus. Objektif khusus tersebut adalah merupakan hala tuju khusus yang menentukan
pengukuran variabel dan analisis data yang bakal digunakan.
Penulisan bahagian ini adalah terbentuk 'piramid terbalik' iaitu dimulakan dengan
situasi umum latar belakang sehingga menjadi khusus iaitu pembentukan objektif
Persoalan Kajian
Dalam menentukan soalan kajian, beberapa perkara perlu ditekankan oleh setiap penyelidik,
antaranya :
Apakah yang mungkin dicapai (ramalan secara formal)
Persoalan berkaitan dengan objektif kajian.
Persoalan menjurus mencapai objektif sekiranya ditulis selepas objektif.
Mampu dijawab dalam soal selidik.
Mengaitkan dua pembolehubah dalam masalah kajian jika ditulis sebelum objektif.
Bentuk hipotesis berdasarkan teori atau dapatan lalu.
Nyatakan sebagai cadangan kepada jawapan atau penyelesaian kepada masalah kajian.
Pernyataan yang dipilih boleh diuji kebenarannya.
Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian merujuk kepada sumbangan hasil penyelidikan kepada bidang ilmu,
amalan dan juga polisi. Kadangkala ia dipanggil signifikan kajian. Di dalam aspek ini penyelidik
perlu menyatakan apakah kepentingan kajian tersebut kepada bidang ilmu, iaitu dengan
memberikan verifikasi mengenai teori atau model berkaitan. Sumbangan kajian terhadap
amalan dan aplikasi terhadap sesuatu profesion iaitu kesan impak hasil kajian yang boleh
menyelesaikan masalah secara praktikal dan juga perubahan polisi-polisi berkaitan.
Kepentingan kajian ini amat bermakna kerana ia dapat menentukan nilai sesuatu kajian yang
dilakukan.
Batasan Kajian
Batasan kajian adalah untuk menerangkan skop kajian dari segi konsep, metodologi,
responden, tempat, masa untuk menemui responden dan sebagainya. Di dalam kajian ini
konsep banyak berkaitan dengan perkara yang dikaji seperti variabel-variabel yang di ambil
daripada teori, definisi dari hasil penyelidikan. Metodologi pula banyak berkaitan dengan
populasi dan sampel yang difokuskan, reka bentuk kajian dan instrumen kajian. Selain itu,
terdapat juga faktor lain yang menjadi pertimbangan. Antaranya ialah berkaitan dengan
responden, tempat kajian yang perlu dilakukan dan sebagainya.
Definisi Operational
Bertujuan untuk memberi penerangan yang telah dirumuskan berasaskan sorotan literatur
mengenai variabel-variabel kajian. Definisi operational merupakan definisi ukuran yang nyata
dan boleh diukur oleh penyelidik. Ianya terpulang kepada penyelidik, tetapi pasti ianya tidak
lari daripada definisi konseptual. Definisi konseptual ialah merupakan definisi daripada kajian
literatur dan juga kajian lepas individu lain. Kebanyakan kelemahan penyelidik ialah definisi
operasionalnya tidak menggambarkan apa yang ingin diukur, masih terlalu kabur untuk diukur
dan sebagainya. Penyelidik perlu memastikan definisi operasional adalah tepat dan boleh
mengukur apa yang sepatutnya.
Bab 3
Penulisan Ilmiah
(Tinjauan Literatur)
Tinjauan literatur adalah tinjauan sumber-sumber ilmiah mengenai topik
tertentu. Ia memberikan gambaran keseluruhan pengetahuan semasa, membolehkan anda
mengenal pasti teori, kaedah, dan jurang yang relevan dalam penyelidikan yang sedia ada.
Mengendalikan tinjauan literatur melibatkan mengumpul, menilai dan menganalisis penerbitan
(seperti buku dan artikel jurnal) yang berkaitan dengan soalan penyelidikan anda. Terdapat
lima langkah utama dalam proses menulis tinjauan literatur:
1. Cari literatur yang berkaitan.
2. Menilai sumber.
3. Mengenalpasti tema, perdebatan dan jurang.
4. Gariskan struktur.
5. Tulis kajian literatur anda.
Tinjauan literatur yang baik tidak hanya merumuskan sumber - ia menganalisis, mensintesis,
dan menilai secara kritis untuk memberikan gambaran jelas mengenai keadaan pengetahuan
mengenai subjek itu.
Isi kandungan
1. Mengapa menulis kajian literatur?
2. Cari literatur yang relevan.
3. Menilai dan pilih sumber.
4. Kenal pasti tema, perbahasan, dan jurang.
5. Gariskan struktur semakan literatur anda.
6. Tulis tinjauan literatur anda.
7. Soalan kerap ditanya mengenai ulasan kesusasteraan.
Mengapa menulis tinjauan literatur?
Apabila anda menulis kertas penyelidikan, anda perlu menjalankan tinjauan literatur untuk
menempatkan penyelidikan anda dalam pengetahuan yang sedia ada. Tinjauan literatur
memberikan anda peluang untuk:
Menunjukkan kebiasaan anda dengan topik dan konteks ilmiah.
Membangunkan kerangka teori dan metodologi untuk penyelidikan anda.
Menetapkan diri anda dalam hubungan dengan penyelidik dan ahli teori lain.
Tunjukkan bagaimana penyelidikan anda merapatkan jurang atau menyumbang
kepada perdebatan.
Anda mungkin juga perlu menulis tinjauan literatur sebagai tugasan yang tersendiri.
Dalam hal ini, tujuannya adalah untuk menilai keadaan penyelidikan semasa dan
menunjukkan pengetahuan tentang perdebatan ilmiah di sekeliling topik.
Kandungan akan kelihatan sedikit berbeza dalam setiap kes, tetapi proses
menjalankan tinjauan literatur mengikuti langkah yang sama.
LANGKAH 1 : CARI LITERATUR YANG RELEVAN
Sebelum anda memulakan mencari literatur, anda memerlukan topik yang jelas.
Sekiranya anda menulis seksyen tinjauan literatur mengenai kertas disertasi atau
penyelidikan, anda akan mencari literatur yang berkaitan dengan masalah penyelidikan dan
pertanyaan anda.
Sekiranya anda menulis tinjauan literatur sebagai tugasan yang tersendiri, anda perlu
memilih fokus dan membangunkan soalan utama untuk mengarahkan carian anda. Tidak
seperti soalan penyelidikan disertasi, soalan ini perlu dijawab tanpa mengumpul data asal.
Anda sepatutnya dapat menjawabnya berdasarkan hanya semakan penerbitan yang sedia
ada.
Cari literatur menggunakan Kata Kunci dan Citations
Mula dengan membuat senarai kata kunci yang berkaitan dengan topik penyelidikan dan
persoalan anda. Beberapa pangkalan data berguna untuk mencari jurnal dan artikel
termasuk:
Perpustakaan perpustakaan universiti anda
Google Scholar
JSTOR
EBSCO
Project Muse (kemanusiaan dan sains sosial)
Bacalah abstrak untuk mengetahui sama ada artikel berkaitan dengan soalan anda.
Apabila anda mencari buku atau artikel yang berguna, anda boleh menyemak bibliografi untuk
mencari sumber lain yang relevan.
Untuk mengenal pasti penerbitan yang paling penting mengenai topik anda, perhatikan
petikan yang berulang. Sekiranya pengarang, buku atau artikel yang sama terus muncul
dalam bacaan anda, pastikan anda mencarinya.
LANGKAH 2 : MENILAI DAN MEMILIH SUMBER
Anda mungkin tidak dapat membaca semua perkara yang telah ditulis pada topik - anda perlu
menilai sumber mana yang paling relevan dengan soalan anda. Untuk setiap penerbitan,
tanyakan kepada diri sendiri:
Apakah persoalan atau masalah yang dimaksudkan oleh penulis?
Apakah konsep utama dan bagaimanakah ia ditakrifkan?
Apakah teori, model dan kaedah utama? Adakah penyelidikan menggunakan rangka
kerja yang telah ditetapkan atau mengambil pendekatan yang inovatif?
Apakah keputusan dan kesimpulan kajian ini?
Bagaimana penerbitan berkaitan dengan kesusasteraan lain di lapangan? Adakah ia
mengesahkan, menambah atau mencabar pengetahuan yang mantap?
Bagaimanakah penerbitan menyumbang kepada pemahaman anda terhadap topik
itu? Apakah pandangan dan hujah utamanya?
Apakah kekuatan dan kelemahan penyelidikan?
Pastikan sumber yang anda gunakan boleh dipercayai, dan pastikan anda membaca
sebarang kajian penting dan teori utama dalam bidang penyelidikan anda.
Ambil Nota dan Sumberkan Sumber
Seperti yang anda baca, anda juga harus memulakan proses penulisan. Ambil perhatian
bahawa anda kemudiannya dapat memasukkan teks kajian literatur anda.
Adalah penting untuk menjejaki sumber anda bersama-sama citations untuk
mengelakkan plagiarisme. Ia boleh membantu membuat bibliografi beranotasi, yang mana
anda menyusun maklumat petikan penuh dan menulis perenggan ringkasan dan menganalisis
untuk setiap sumber. Ini membantu anda mengingati apa yang anda baca dan menjimatkan
masa.
LANGKAH 3 : KENAL PASTI TEMA, PERBAHASAN DAN JURANG
Untuk memulakan hujah dan struktur tinjauan literatur anda, anda perlu memahami hubungan
antara sumber yang telah anda baca. Berdasarkan bacaan dan nota anda, anda boleh
mencari:
Trend dan corak (dalam teori, kaedah atau hasil): adakah pendekatan tertentu menjadi
lebih atau kurang popular dari semasa ke semasa?
Tema: apakah soalan-soalan atau konsep yang merentasi literature anda?
Perbahasan, konflik dan percanggahan: di manakah sumber yang bercanggah?
Penerbitan yang penting: adakah terdapat teori atau kajian berpengaruh yang
mengubah bidang kajian?
Jurang: apa yang hilang dari literatur? Adakah terdapat kelemahan yang perlu
ditangani?
Langkah ini akan membantu anda menyelesaikan struktur tinjauan literatur anda dan
(jika berkenaan) menunjukkan bagaimana penyelidikan anda sendiri akan menyumbang
kepada pengetahuan yang sedia ada.
LANGKAH 4 : RANGKA STRUKTUR TINJAUAN LITERATUR
Terdapat pelbagai pendekatan untuk membina tinjauan literatur. Anda harus mempunyai idea
kasar tentang strategi anda sebelum anda mula menulis. Bergantung kepada panjang ulasan
literatur anda, anda boleh menggabungkan beberapa strategi ini (contohnya, struktur
keseluruhan anda mungkin menjadi tematik, tetapi setiap tema dibincangkan secara
kronologi).
Kronologi
Pendekatan yang paling mudah adalah untuk mengesan perkembangan topik dari masa ke
semasa. Walau bagaimanapun, jika anda memilih strategi ini, anda perlu berhati-hatilah untuk
mengelakkan sekadar menyenaraikan dan merumuskan sumber dalam rangka sahaja.
Anda boleh mencuba untuk menganalisis corak, mencari isi dan perdebatan utama
yang telah membentuk arah bidang kajian anda. Anda boleh memberikan tafsiran anda
bagaimana dan mengapa perkembangan tertentu itu berlaku.
Tematik
Sekiranya anda telah menemui beberapa tema pusat yang berulang, anda boleh membina
ulasan literatur anda ke dalam subseksyen yang menangani pelbagai aspek topik.
Sebagai contoh, jika anda mengkaji literatur mengenai ketidaksamaan dalam hasil kesihatan
migrasi, tema utama mungkin termasuk dasar penjagaan kesihatan, halangan bahasa, sikap
budaya, status undang-undang, dan akses ekonomi.
Metodologi
Jika anda menarik sumber anda dari pelbagai disiplin atau bidang yang menggunakan
pelbagai kaedah penyelidikan, anda mungkin ingin membandingkan hasil dan kesimpulan
yang muncul dari pendekatan yang berbeza. Sebagai contoh:
Lihat hasil yang dihasilkan dalam kualitatif berbanding penyelidikan kuantitatif
Bincangkan bagaimana topik tersebut dalam pendekatan empirical berbanding
teoritikal
Mengasingkan literatur ke sumber sosiologi, sejarah, dan budaya
Teori
Tinjauan literatur merupakan asas untuk kerangka teoretikal. Anda boleh menggunakannya
untuk membincangkan pelbagai teori, model, dan definisi konsep utama. Anda mungkin
berhujah dengan pendekatan teori tertentu, atau menggabungkan pelbagai konsep teoritikal
untuk membuat rangka kerja penyelidikan anda.
LANGKAH 5 : TULIS KAJIAN LITERATUR ANDA
Seperti mana-mana teks akademik lain, semakan kesusasteraan anda harus mempunyai
pengenalan, isi kandungan utama, dan kesimpulan. Apa yang anda sertakan dalam setiap
penulisan bergantung kepada objektif kajian literatur anda.
Pengenalan
Pengenalan harus jelas menentukan fokus dan tujuan kajian literatur.
Tinjauan literatur yang berdiri sendiri
Jika anda menulis tinjauan literatur yang berdiri sendiri, beri sedikit latar belakang topik dan
kepentingannya, bincangkan skop literatur yang akan anda tinjau (misalnya, tempoh masa
sumber anda), dan sebutkan objektif anda. Apa pandangan baharu yang akan anda ambil dari
literatur?
Isi Kandungan Literatur
Bergantung kepada panjang tinjauan literatur anda, anda mungkin mahu membahagikan isi
kandungan literatur ke dalam subseksyen. Anda boleh menggunakan subheading untuk
setiap tema, tempoh masa, atau pendekatan metodologi.
Seperti yang anda tulis, anda boleh mengikuti petua ini:
Merumuskan dan mensintesis: memberikan gambaran keseluruhan isi kandungan
utama setiap sumber dan menggabungkannya menjadi keseluruhan yang koheren.
Menganalisis dan mentafsirkan: jangan hanya memparafrasakan (paraphrase)
penyelidik lain - tambahkan tafsiran anda sendiri dan, membincangkan kepentingan
penemuan berhubung dengan literatur secara keseluruhan.
Menilai secara kritis: nyatakan kekuatan dan kelemahan sumber anda.
Menulis dalam perenggan yang berstruktur
SUMBER-SUMBER LITERATUR
Sumber-sumber literatur yang dicadangkan adalah seperti berikut :
1) Jurnal
Jurnal ialah rujukan utama yang terkini kerana penyelidik boleh mengetahui hasil-hasil
dapatan kajian terkini yang digunakan oleh penyelidik lain. Hasil penyelidikan yang
diterbitkan dalam jurnal ini amat penting kerana ia boleh menjadi asas panduan dan boleh
diubahsuai membentuk penyelidikan yang akan dijalankan. Jurnal biasanya ditulis dalam
bentuk bercetak di atas kertas (hard copy) dan kini, jurnal boleh didapati secara elektronik
melalui internet, microfische, microfilem dan sebagainya.
2) Buku
Buku boleh menjadi rujukan untuk menerangkan sesuatu konsep, variabel, teori dan
model yang menjadi sebahagian daripada sorotan literatur. Hanya buku yang kurang lima
tahun ke bawah sahaja yang digalakkan untuk menjadi rujukan. Walau bagaimanapun jika
buku berkenaan berkaitan dengan teori, elemen ataupun model maka ia boleh digunakan
walaupun telah melebihi usia lima tahun.
3) Laporan dan Buletin
Laporan boleh diperoleh oleh penyelidik berdasarkan kepada percetakan yang
dikeluarkan oleh organisasi tersebut. Sebagai contohnya laporan belanjawan negara,
buletin kewangan dan sebagainya. Ini kerana ia boleh memberikan perangkaan selalu
dikeluarkan secara tahunan atau berkala oleh badan-badan kerajaan. Sebagai contohnya
jumlah penagih dadah di Malaysia pada tahun 2001.
4) Dokumen-dokumen lain
Sebagai contohnya mengenai Laporan Mengkaji Dasar Kerajaan (1980) dan sebagainya.
Dokumen lain boleh terdiri daripada surat rasmi, transkrip, onograf dan sebagainya yang
boleh diambil sebagai kajian.
5) Kamus
Kamus yang khusus yang mempunyai penerangan konsep-konsep di dalam sesuatu
bidang yang ingin dikaji. Kamus boleh membantu dalam penerangan konsep atau istilah.
6) Surat Khabar dan Majalah
Bahan-bahan boleh membantu dalam memberikan gambaran masalah yang dikaji. Ia
tidak boleh digunakan sepenuhnya kerana bahan tersebut kurang sahih dan tidak boleh
dipercayai sepenuhnya.
Kesimpulannya
Kesimpulannya, anda harus meringkaskan penemuan penting yang telah anda ambil dari
literatur dan menekankan kepentingannya.
Bab 4
Penulisan Ilmiah
(Metodologi)
Metodologi merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan
teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih
luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian
tentang proses kajian.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin.
Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.
Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa
melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk
kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara
yang efektif bagi menjawab permasalah kajian.
Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian perlu diterangkan dengan terperinci mengenai bagaimana kajian akan
dilaksanakan. Setiap kajian yang dijalankan seharusnya mempunyai reka bentuk kajian. Reka
bentuk kajian adalah bertujuan untuk menentukan supaya kajian yang dijalankan mempunyai
hala tuju yang terperinci. Seperti yang dinyatakan sebelum ini reka bentuk kajian mempunyai
pelbagai jenis sama ada kualitatif dan kuantitatif. Menurut sesetengah pandangan gabungan
antara jenis reka bentuk kajian agak rumit untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun
penyelidik mampu atau boleh menggunakan dua jenis reka bentuk dengan satu daripadanya
adalah dominasi kepada yang satu lagi. Sebagai contoh ialah 'reka bentuk kajian ini ialah
bercorak korelasi dan sedikit gabungan data kualitatif'. Walau bagaimanapun, jika penyelidik
yang kurang pengalaman menggunakan satu reka bentuk kajian adalah lebih selamat bagi
mengelakkan terdapatnya pertentangan pandangan antara penyelidik.
Lokasi Kajian
Lokasi kajian perlu diterangkan bagi memberi gambaran konteks di mana kajian dijalankan.
Lokasi kajian perlu dijelaskan di dalam kajian yang bakal dilakukan. Ini adalah untuk
menunjukkan kepada pembaca di mana kajian itu dijalankan.
Populasi dan Persampelan
Persampelan kajian merupakan proses pemilihan elemen-elemen dalam populasi kajian bagi
tujuan mewakili populasi sesebuah kajian. Menurut Mohd. Majid Konting (1998), sampel yang
dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan populasi dalam penyelidikan.
Saiz sampel yang paling kecil dibenarkan untuk sesuatu ukuran ialah 30 orang responden.
Proses persampelan yang baik dan sempurna dapat membantu membuat generalisasi melalui
pengujian hipotesis kajian. Tujuan persampelan ialah:
i. Untuk meminimunkan kos membuat penyelidikan,
ii. Untuk menjimatkan masa dan tenaga penyelidik, dan
iii. Untuk mendapatkan ketepatan yang maksimum dan jangkaan yang akan berlaku
dalam penyelidikan.
Dalam sesuatu penyelidikan, terdapat dua (2) kaedah persampelan:
i. Persampelan Kebarangkalian (rawak)
a. Rawak Mudah
b. Rawak Sistematik
c. Rawak Berlapis / Berstrata
d. Berkelompok
ii. Persampelan Bukan Kebarangkalian
a. Persampelan Tidak Sengaja / Mudah / Sukarela
b. Persampelan Kuota
c. Persampelan Bertujuan
d. Persampelan Bebola Salji (Snowball)
Penerangan mengenai siapa populasi kajian, bagaimana sampel dipilih iaitu kaedah
persampelan dan berapa ramai sampel diambil hendaklah ditulis dengan terperinci kerana
persampelan boleh memberi kesan kepada keseluruhan data dan generalisasi hasil dapatan
kajian terhadap populasi. Di sini seharusnya penyelidik menyatakan dengan sebaik mungkin
populasi kajian. Penyelidik perlu menyatakan dengan spesifik agar ianya dapat difahami oleh
pembaca.
Sampel kajian juga perlu dinyatakan. Di sini penyelidik seharusnya menyatakan
berapa banyak sampel kajian yang digunakan. Penyelidik seharusnya menyatakan atas
alasan apa sampel tersebut dipilih; adakah secara rawak mudah, kelompok dan sebagainya.
Kemudian nyatakan cara pemilihan sampel kajian dan juga formula untuk pengiraan sampel.
Walau bagaimanapun adakalanya penyelidik menggunakan sampel dengan merujuk kepada
dua sampel yang sama. Sebagai contoh sampel masyarakat dan guru. Jadi nyatakan cara
pemilihan keduanya.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian perlu dijelaskan dengan terperinci terutama sekali dalam pengukuran
variabel-variabel kajian dan skala yang digunakan. Pada masa yang sama terangkan setiap
satu instrumen yang mengukur setiap satu variabel dengan terperinci dan bagaimana
pengukuran variabel itu dirumuskan. Selain itu penyelidik perlu menentukan variabel bebas
dan bersandar bagi kajian-kajian perkaitan dan sebab musabab. Jika menggunakan kaedah
kualitatif, bahagian ini mesti menerangkan penyelidik sebagai instrumen dengan terperinci
dan bagaimana soalan-soalan utama perlu dibentuk.
Penyelidik seharusnya menyatakan bagaimanakah instrumen itu dibentuk. Adakah
daripada aktiviti lain sebelum ini, adakah instrumen tersebut telah diminta kebenaran daripada
penyelidik asal atau dinyatakan penghargaan ke atasnya? Bagaimana soalan yang terbentuk
bersifat negatif dan positif perlu dinyatakan, bagaimana pengukuran dibuat, berapa item
setiap dimensi, dan juga siapa yang menterjemahkan ke dalam bahasa lain terutama bahasa
Inggeris perlu diterangkan. Bilangan item yang digunakan bagi setiap dimensi untuk sesuatu
variabel itu mestilah dinyatakan.
Kajian Rintis
Sesuatu instrumen dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen dan juga
menentukan kejelasan bahasa / struktur ayat instrumen. Analisis kofisien kebolehpercayaan
elok dijalankan bagi menentukan instrumen adalah konsisten dengan apa yang diukur.
Instrumen yang diadaptasi dan juga yang dibentuk sendiri perlu dibuat kajian rintis dan
dianalisis kofisien kebolehpercayaan Cronbach Alpha. Di sini jika penyelidik menggunakan
kaedah kuantitatif, nyatakan nilai kebolehpercayaan setiap item, dimensi atau keseluruhan
variabel. Secara amnya, penyelidik kualitatif tidak menjalankan kajian rintis kerana soalan-
soalan temu bual akan diperbaiki semasa temu bual dijalankan.
Kaedah Pengumpulan Data
Penyelidik perlu menyatakan apakah kaedah yang digunakan di dalam pengumpulan data
yang dilakukan secara terperinci iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian dan lain-lain. Dalam
kaedah pengumpulan data penyelidik seharusnya menyatakan hari, bulan atau mungkin
tahun dan juga masa yang diperuntukkan untuk mendapatkan data tersebut. Kebenaran yang
diperoleh oleh penyelidik sebelum menjalankan penyelidikan tersebut dan juga individu yang
membantu proses pengumpulan data.
Analisis Data
Kaedah analisis data hendaklah dihuraikan dengan menerangkan ujian statistik yang
digunakan. Analisis data harus sesuai bagi menjawab objektif-objektif kajian. Di dalam kaedah
kuantitatif perlu dinyatakan perisian apa yang digunakan untuk menganalisis data. Contohnya
penggunaan perisian “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)”. Pada masa yang
sama nyatakan analisis statistik yang digunakan sama ada deskriptif, inferensi atau kedua-
duanya. Selain itu, bagi analisis statistik yang digunakan sila nyatakan atas alasan apa
statistik tersebut digunakan. Jika analisis data kualitatif dijalankan, penerangan mengenai
bagaimana kategori, tema yang terbentuk dan mengenal pasti petikan-petikan daripada temu
bual sebagai bukti-bukti bagi menerangkan kategori atau tema tersebut.
Bab 5
Penulisan Ilmiah
(Hasil Kajian &
Perbincangan)
Dalam bab ini penyelidik hanya mempersembahkan dapatan kajian secara
sistematik dalam bentuk jadual dan lain-lain supaya mudah difahami oleh pembaca.
Penyelidik hanya menyatakan apa yang diperolehi dan membuat kesimpulan secara
superficial (sepintas lalu) sahaja.
Bagaimana pula dengan Perbincangan?
Dalam perbincangan, penyelidik perlu menggunakan kekuatannya untuk
"berbincang". Perbincangan biasanya dilakukan dengan melihat sesuatu perkara itu dari
pelbagai sudut secara mendalam.
Pada ruang inilah penyelidik akan menunjukkan “kehebatan”, “kelainan”, “perbezaan”
dapatan kajiannya yang membawa kepada sumbangan terhadap perkembangan
pengetahuan dalam bidang yang dikaji.
Dalam perbincangan juga penyelidik perlulah bincangkan dapatan kajiannya dengan
mendemonstrasi pengetahuannya yang mendalam terhadap dapatan kajiannya, mentafsir
dapatan tersebut dan cuba menyerlahkan sumbangannya kepada pengetahuan.
Penyelidik akan sedaya upaya dengan memberikan idea dari perspektif yang baharu, dari
pelbagai sudut dengan idea segar berbanding perbincangan dapatan kajian dalam kajian-
kajian terdahulu. Penyelidik yang membincangkan mengapa dapatan kajiannya dapat
membantu memantapkan teori yang telah gunakan.
Bab perbincangan ini seumpama seperti "tendangan penalti” main bola sepak yang
menentukan masa depan pasukan. Dalam perbincangan dapatan kajian, penyelidik perlu
menulis dengan memberikan justifikasi mengapa dapatan kajian dapat memperkukuhkan teori
yang ada, memberi pemahaman yang lebih mendalam, menjelaskan aspek yang tiada dalam
kajian lepas dan seumpamanya.
Berikut adalah panduan dalam membuat menulis perbincangan :
Langkah Pertama
Mulakan muqaddimah Bab perbincangan dengan ulasan ringkas keseluruhan dapatan kajian
yang telah temui dalam kajian yang menjurus dalam menjawab persoalan kajian dan
seterusnya mencapai objektif kajian.
Langkah Kedua
Ini diikuti dengan mengemukakan secara ringkas dapatan kajian yang lebih penting dan
signifikan. Dapatan kajian yang penting dan signifikan inilah ibaratkan seumpama bola di
kaki.... hanya tinggal untuk ditendang dan menjaringkan gol sahaja
Langkah Ketiga
Dapatan kajian yang penting dan signifikan inilah yang perlu dikupas lanjut dalam perenggan
seterusnya dan bagaimana dapatan kajian tersebut boleh menyumbang kepada pengetahuan
dalam bidang kajian.
Langkah Keempat
Elakkan menulis perbincangan yang menunjukkan dapatan kajian yang telah lapok. Penulis
perlu menunjukkan kematangan dalam membincangkan dapatan kajian dalam penulisannya.
Elakkan menggunakan ayat-ayat klise seperti :
Dapatan kajian ini selari dengan dapatan AAA (2017)….. Dapatan ini disokong oleh dapatan
kajian oleh AAA (2019) dan BBB (2018)…. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan
kajian BB (2013)...
Langkah Kelima
Walaupun memang terdapat dapatan kajian yang secara umum sama dgn kajian lepas,
penulis perlu membincangkan aspek-aspek khusus dalam kajiannya yang berbeza dengan
kajian lepas.
Contoh 1:
Jika pengkaji dahulu mengatakan pokok di gurun mati kerana tanah yang tandus, mungkin
pada kajian baharu anda boleh mengatakan pokok mati di gurun bukan sahaja kerana tanah
yang tandus dan akar menjadi kering kerana tiada air (menyokong kajian lepas) tetapi secara
lebih khusus dapatan kajian penyelidik ini menunjukkan kematian juga disebabkan berlakunya
dehydrated seluruh pokok. Kemudian penyelidik boleh menghuraikan bagaimana dehydrated
pada keseluruhan pokok tersebut itu berlaku. Inilah aspek yang tidak dikaji dalam kajian lepas.
Banyak aspek baharu berkaitan dehydrated yang penyelidik perlu bincangkan sebagai
sumbangan kajian kepada pemantapan teori pokok mati di gurun. Perbincangan dapatan
kajian sebeginilah yang perlu dilakukan dalam bab perbincangan.
Langkah Keenam
Perbincangan mendalam terhadap dapatan kajian akan memudahkan nanti untuk penyelidik
membuat justifikasi kepada implikasi-implikasi dapatan kajian dalam bab seterusnya.
Penerangan seterusnya adalah berkaitan dengan implikasi dan pengembangan kajian akan
datang.
Contoh 2:
Kajian ini menunjukkan animasi 3D hanya berkesan dalam meningkatkan skor pelajar
berpencapaian tinggi dalam penguasaan konsep sains tetapi tidak kepada skor pelajar
berpencapaian rendah. Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian oleh Simon (2009) yang
mendapati penggunaan animasi 3D secara keseluruhannya berkesan kepada pelajar. Namun
kajian Simon ini walaupun menggunakan animasi 3D untuk menentukan pencapaian pelajar,
tetapi tidak mengambilkira perbezaan tahap latar belakang akademik pelajar.
Perbezaan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar berpencapaiaan tinggi
berupaya mengekstrak maklumat dalam pengajaran sains menggunakan animasi 3D
berbanding pelajar berpencapaian rendah yang kekurangan pengetahuan sedia ada. Dapatan
ini mengukuhkan lagi teori konstruktivis yang terkandung dalam dapatan kajian penyelidik
yang menekankan keperluan pengajar mengambil kira tahap pengetahuan sedia ada pelajar
sebelum memilih sesuatu kaedah pengajaran yang berkesan.
Langkah Ketujuh
Bagaimana pula dapatan kajian tidak signifikan? Kajian yang tidak signifikan juga perlu
supaya dapatan tersebut mempunyai ruang dalam memperkayakan pengetahuan dalam
bidang yang dikaji. Penyelidik mesti mendapatkan alasan yang menyebabkan dapatan kajian
tersebut tidak signifikan. Ini boleh membuatkan penyelidik merasa berbaloi dengan kerja
keras yang telah dilalui. Malah, kemungkinan besar boleh mendapati sesuatu yang lebih
bermakna dari dapatan yang tidak signifikan tersebut.
Contoh 3:
Perbezaan skor min pemahaman konsep asid-bes kumpulan kawalan tidak berbeza secara
signifikan berbanding dengan kumpulan eksperimen menunjukkan konsep asas asid-bes ini
boleh kuasai pelajar tanpa mengira kaedah pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kelebihan animasi 3D tidak memberi kesan yang optimum dalam pemahaman konsep-konsep
asas, apatah lagi diaplikasikan pula dalam tempoh jangka masa yang singkat. Oleh itu, tidak
menjadi masalah kaedah konvensional digunakan bagi mengajar sesuatu yang asas.
Perhatikan bahawa dapatan kajian di atas yang tidak signifikan ini masih boleh
menyumbang, sehingga pengkaji lain mendapat maklumat baharu iaitu kesan aplikasi animasi
3D tidak dapat diperolehi dalam pengajaran konsep-konsep yang asas. Inilah sumbangan
dapatan kajian yang perlu penyelidik bincangkan.
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan:
a) Ulasan dan perbincangan hasil kajian adalah mengikut objektif kajian
b) Data latar belakang perlu dihadkan dengan menyediakan satu atau dua jadual saja bagi
menerangkan profil responden. Walau bagaimanapun, bagi menerangkan profil demografi
responden sesetengah pendapat menyatakan objektif khusus kajian tidak perlu
dinyatakan.
c) Data kuantitatif perlu dihadkan dengan penyelidikan satu atau dua jadual sahaja bagi
menerangkan profil responden. Walau bagaimanapun, bagi menerangkan profil demografi
responden sesetengah pendapat menyatakan objektif khusus kajian tidak perlu
dinyatakan.
d) Perbincangan hasil kajian akan lebih mudah setelah data dirumuskan dalam bentuk jadual
/ rajah atau tema / kategori. Perbincangan juga boleh dirujuk kepada sorotan literatur bagi
menerangkan atau membuat interpretasi data.
e) Sesetengah penyelidik menyatakan bahawa rumusan kajian juga seharusnya dimasukkan
ke dalam bab empat.
Bab 6
Penulisan Ilmiah
(Ringkasan, Kesimpulan,
Implikasi dan Cadangan)
Ringkasan
Di dalam ringkasan penyelidik perlu menyatakan latar belakang. Pernyataan masalah, objektif
kajian dan kepentingan kajian dihuraikan dengan ringkas. Pada peringkat ini, terangkan hasil
kajian utama mengikut objektif kajian.
Kesimpulan
Hasil kajian dibuat bagi setiap objektif perlu dilakukan. Oleh itu, penyelidik hanya perlu
menyimpulkan hasil kajian. Pada tahap ini penyelidik perlu membincangkan kenapa
jawapannya menjadi begitu. Ini penting untuk memastikan perbincangan kajian menjadi lebih
kritis.
Perbezaan Antara Implikasi dan Cadangan dalam Penyelidikan
Perbezaan utama antara implikasi dan cadangan dalam penyelidikan ialah implikasi
membincangkan bagaimana penemuan kajian itu penting manakala saranan menyokong
tindakan spesifik yang perlu diambil berhubung dasar, amalan, teori, atau penyelidikan
seterusnya.
Implikasi dan cadangan adalah dua bahagian penting dalam kertas penyelidikan.
Kedua-dua bahagian ini biasanya dibuat pada akhir kajian penyelidikan, yang ditulis selepas
kajian telah selesai. Seksyen cadangan biasanya mengikuti seksyen implikasi.
Apakah Implikasi dalam Penyelidikan?
Bahagian implikasi adalah subseksyen penting pada akhir laporan kajian. Seksyen implikasi
biasanya merupakan sebahagian daripada kesimpulan dalam penyelidikan. Ia mengkaji
kepentingan kajian dan bagaimana penemuan kajian itu penting bagi dasar, amalan, teori dan
kajian penyelidikan.
Bahagian ini pada asasnya melihat kesimpulan yang penyelidik hasilkan daripada
hasil dan menerangkan kepentingan penemuan ini untuk amalan, teori atau dasar. Walau
bagaimanapun, penyelidik perlu mengesahkan implikasi dengan bukti kukuh. Penyelidik juga
perlu menerangkan parameter kajian dan mengambil kira batasan kajian untuk mengelakkan
lebih banyak penyebaran keputusan. Pada asasnya, dalam bahagian ini, penyelidik akan
membincangkan kepentingan kajian penyelidikannya dan perbezaannya.
Apakah Cadangan dalam Penyelidikan?
Bahagian cadangan dalam kertas penyelidikan pada dasarnya adalah cadangan kritikal
mengenai tindakan terbaik dalam keadaan tertentu. Dalam erti kata lain, bahagian ini
menyediakan panduan bermanfaat yang akan menyelesaikan isu-isu tertentu dan
menghasilkan hasil yang bermanfaat. Cadangan menggesa tindakan spesifik yang perlu
diambil berhubung dasar, amalan, teori, atau penyelidikan seterusnya.
Cadangan sangat bergantung kepada keadaan. Oleh itu, ia sangat berbeza.
Penyelidik boleh membuat cadangan khusus berkaitan dengan penyelidikan lanjut mengenai
topik ini. Tambahan pula, penyelidik juga boleh mengesyorkan kajian mengenai jurang yang
dikenal pasti dalam literatur yang perlu penyelidik tangani, dan yang kajiannya mungkin
menyumbang atau mungkin tidak menyumbang.
Apakah Kesamaan antara Implikasi dan Cadangan dalam Penyelidikan?
Implikasi dan cadangan adalah dua bahagian pada akhir kertas penyelidikan.
Kedua-dua bahagian ini sering ditulis dengan kesimpulan.
Apakah Perbezaan antara Implikasi dan Cadangan dalam Penyelidikan?
Implikasi adalah bahagian yang mana penyelidik membincangkan bagaimana penemuan
kajian itu penting bagi dasar, amalan, teori dan kajian penyelidikan. Sebaliknya, cadangan
adalah bahagian yang mana penyelidik menyokong tindakan spesifik yang perlu diambil
berhubung dengan dasar, amalan, teori, atau penyelidikan seterusnya. Penyelidik kadang-
kadang memasukkan implikasi dalam kesimpulan itu sendiri atau menulis implikasi sebagai
subseksyen yang berasingan, selepas kesimpulan. Cadangan biasanya mengikut bahagian
implikasi.
Bahagian cadangan mencadangkan tindakan spesifik untuk menyelesaikan masalah yang
dikenal pasti dalam penyelidikan, serta kajian penyelidikan masa depan. Sebaliknya, seksyen
implikasi pada dasarnya menjelaskan kegunaan kajian dan penemuannya.
Ringkasan - Implikasi vs Cadangan dalam Penyelidikan
Implikasi dan cadangan dalam penyelidikan adalah dua aspek penting dalam tesis atau
disertasi. Perbezaan asas antara implikasi dan cadangan dalam penyelidikan adalah fungsi
mereka; implikasi membincangkan kepentingan penemuan kajian sementara cadangan
menyokong tindakan spesifik yang perlu diambil.
Bab 7
Penulisan Ilmiah
(Sumber Rujukan)
FORMAT APA
APA (American Psychological Association) Referencing Style ialah gaya rasmi dalam
menyenaraikan sumber rujukan (references) dan sitasi (citations) dalam penulisan kajian.
Dalam penulisan kajian, terdapat banyak lagi gaya rujukan di dunia yang digunakan
termasuklah Harvard Style, MLA Style dan Chicago Style. Namun begitu, APA Style yang
paling popular dan banyak digunakan oleh penyelidik.
SITASI (CITATIONS)
Citations sering digunakan oleh penulis kajian dalam sebarang penulisan ilmiah atau
akademik. Citations digunakan bertujuan memberitahu pembaca tentang rujukan asal
pernyataan yang ditulis (khususnya fakta daripada sumber rujukan).
Pada kebiasaannya, kita boleh menggunakan petikan dengan menggunakan frasa-frasa
berikut:
i. Menurut Nor Faridah A.Bakar (2020), …..
ii. Seperti yang dinyatakan oleh Nor Faridah A.Bakar (2020), …..
iii. Seperti yang disebutkan oleh Nor Faridah A.Bakar (2020), …..
iv. Nor Faridah A.Bakar (2020) menyebutkan bahawa ….
v. Nor Faridah A.Bakar (2020) mengatakan bahawa ….
vi. Nor Faridah A.Bakar (2010) menetapkan bahawa ….
vii. Nor Faridah A.Bakar (2010) mendapati bahawa …..
Contoh: Menurut Adenan Ayob (2019), ramai pelajar lebih mengemari pembelajaran secara
berkumpulan bagi mengatasi bebanan pembelajaran.
Citations boleh digunakan dalam dua cara:
a) Nama penulis diutamakan (Author-focus)
Contoh : Menurut Adenan Ayob (2019), ramai pelajar lebih mengemari pembelajaran
secara berkumpulan bagi mengatasi bebanan pembelajaran.
b) Info/fakta diutamakan (Info-focus)
Contoh : Ramai pelajar lebih mengemari pembelajaran secara berkumpulan bagi
mengatasi bebanan pembelajaran (Adenan Ayob, 2019).
NAMA DALAM CITATIONS
Kaedah penggunaan citations hanya dengan menggunakan nama akhir atau nama keluarga.
Contoh : Nama dalam APA
Nama Penuh Chuah (2009)
Chuah Kee Man (2009) Beckham (2010)
David Beckham (2010) Choo (2011)
Jimmy Choo Kim Beng (2011) Gates (2012)
William B. Gates (2012)
Bagi kegunaan nama penulis Melayu atau Muslim pula, nama penuh boleh digunakan
memandangkan nama akhir ialah nama bapa. Walau bagaimanapun Bin atau Binti serta
pangkat atau darjat tidak perlu disertakan.
Contoh: Nama dalam APA
Nama Penuh Asmah Omar (2009)
Asmah Binti Hj.Omar (2009) Izmi Ismail (2018)
Haji Izmi Bin Haji Ismail (2018) Adenan Ayob (2019)
Prof Madya Dr Adenan Bin Ayob (2019) Norfaridah A.Bakar (2020)
Datin Nor Faridah Binti A.Bakar (2020)
Terdapat empat keadaan citations yang berpandukan bilangan penulis, iaitu :
a) Citations bagi seorang penulis
Cara penulisannya : Adenan Ayob (2020) atau (Adenan Ayob, 2020)
b) Citations bagi 2 orang penulis
Cara penulisannya : Abu dan Ah Chong (2020) atau (Abu & Ah Chong, 2020)
Bagi penulisan dalam Bahasa Melayu, penggunaan perkataan “dan” adalah diterima.
c) Citations bagi 3-5 orang penulis
Kali pertama digunakan dalam karangan seharusnya senaraikan semua nama,
Adams, Ali, dan Abu (2019) atau (Adams, Ali, & Abu, 2019). Bagi kali kedua dan
seterusnya dalam karangan boleh letak nama penulis pertama dan sertakan et al.
Adams et al. (2019) atau (Adams et al., 2019).
Contoh: Menurut Ali, Abu dan Atan (2011), pelajar UiTM dikurniakan beberapa
kemudahan canggih yang tidak terdapat di universiti awam lain. Kompleks sukan
misalnya, adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Ali et al. (2011),
bagaimanapun, menyarankan agar kemudahan tersebut dimaksimumkan untuk
perawatan graduan bertaraf dunia.
d) Citations bagi 6 penulis dan ke atas
Tidak perlu menyenaraikan semua nama penulis, penulis perlu menggunakan et al.
sahaja dalam penulis pertama. Contoh: Adams, Ali, Abu, Ah Chong, Muthu, Nathan
(2019) terus gunakan Adams et al. (2019) atau (Adams et al., 2019)
RUJUKAN ATAU REFERENCES
Rujukan atau References ialah senarai rujukan yang diberikan di akhir sesuatu penulisan atau
karangan ilmiah. Senarai rujukan ini hanya ditulis dengan menyenaraikan rujukan yang telah
digunakan dalam bentuk citations. Sebagai contoh, jika Adams (2019) digunakan dalam
karangan anda, ia perlu disenaraikan dalam Rujukan atau References. Terdapat format
rujukan (referencing style) yang berlainan untuk jenis rujukan yang berlainan. Namun, yang
wajib dipelajari ialah rujukan untuk Buku, Jurnal dan Laman Web. Anda perlu mendapatkan
maklumat yang cukup untuk membuat senarai rujukan.
Nota :
i. Entri perlu disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan.
Sekiranya terdapat sumber rujukan tanpa pengarang, maka ia perlu disusun mengikut
entri judul.
ii. Entri juga haruslah disusun secara sebaris di antara item dan selang dua baris bagi
entri yang seterusnya.
iii. Entri yang melibatkan dua atau lebih baris maka huruf pertama pada barisan kedua
atau ketiga dan selebihnya adalah bermula di bawah huruf kelima pada barisan
pertama atau dengan menggunakan 1 Tab.
iv. Penulis hendaklah konsisten dalam menulis sumber rujukan dengan menggunakan
satu sistem sahaja secara berterusan dalam keseluruhan penulisannya.
A. FORMAT RUJUKAN - BUKU
Bagi format rujukan berdasarkan buku, maklumat yang diperlukan ialah nama pengarang,
tajuk lengkap, tahun diterbitkan, tempat diterbitkan dan syarikat penerbitan.
Contoh: APA
Maklumat Comfort, A.
Penulis : Amy Comfort 1997
Tahun A Good Age
London, UK
Tajuk lengkap Mitchell Beazley
Tempat
Syarikat penerbitan
I. Format Rujukan Buku (1 orang Penulis)
Cara penulisan :
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk lengkap (dicondongkan). Tempat diterbikan:
Syarikat penerbitan.
Contoh :
Comfort, A. (1997). A Good Age. London: Mitchell Beazley.
II. FORMAT RUJUKAN - BUKU (2 PENULIS)
Cara penulisan :
Nama pengarang 1 & Nama pengarang 2. (Tahun). Tajuk lengkap (dicondongkan).
Tempat diterbikan: Syarikat penerbitan.
Contoh :
Adams, M., & Kelvin, C. (2001). How to be A Millionaire. Mason, OH: O’rielly
Media. (Perhatian “&” digunakan jika lebih daripada 1 penulis).
III. FORMAT RUJUKAN- BUKU (3-7 PENULIS)
Cara penulisan :
Nama pengarang 1, Nama pengarang 2, & Nama pengarang 3, M. (Tahun). Tajuk
lengkap (dicondongkan). Tempat diterbikan: Syarikat penerbitan.
Contoh :
Adams, M., Henry, T., & Gerrard, S. (2014). Language and Education. London:
McGraw-Hill.
Senaraikan 6 pengarang pertama, kemudian letak … dan nama pengarang
terakhir.
Contoh :
Miller, F., Choi, M., Angeli, L., Harland, A., Stamos, J. A., Thomas, S, … Rubin, L.
(2009). The Simple Way To Heaven. New York, NY: Thomson Learning.
Perhatian: Untuk 7 pengarang dan ke atas, tiada penggunaan &. Sebaliknya (…)
digunakan. Selain itu, APA hanya membenarkan penyenaraian maksimum 7
nama. Ini bermaksud, jika sesuatu buku ditulis oleh 10 pengarang contohnya,
hanya 6 pengarang pertama dan pengarang ke-10 sahaja yang akan ditulis dalam
rujukan.
IV. FORMAT RUJUKAN - BUKU OLEH ORGANISASI
Cara penulisan
Nama organisasi. (Tahun). Tajuk lengkap (dicondongkan). Tempat diterbikan:
Syarikat penerbitan.
Contoh :
World Health Organisation. (2013). The Diabetes Statistics of the World. Brookly,
NY: WHO Press.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. (2020). Instrumen Kunjung Bantu
Pengurusan Kurikulum Pejabat Pendidikan Daerah. Shah Alam
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. (1989). Buku Panduan Pengurusan
Profesional Sekolah Menengah. Selangor: Malindo Printers Sdn Bhd
B. FORMAT RUJUKAN - JURNAL / MAKALAH / KERTAS KERJA / PERSIDANGAN /
SEMINAR / PROSIDING
Bagi sumber rujukan jurnal (artikel penyelidikan), maklumat yang diperlukan ialah Nama
penulis, tahun diterbitkan, tajuk lengkap, nama jurnal / makalah / kertas kerja /
persidangan / seminar / prosiding, volume dan nombor jurnal and muka surat artikel.
Contoh: APA
Maklumat Mickey, K.
Pengarang : Kevin Mickey 2010
Tahun Become a Good Student
Tajuk lengkap Journal of Education
Nama Jurnal 13(2)
Volume dan nombor jurnal 29-82
Muka surat artikel
Cara penulisan :
Nama pengarang. (Tahun). Tajuk artikel. Nama jurnal, Volume (nombor), Muka surat
penuh artikel tersebut.
Contoh :
i. Mickey, K. (2010). Become a Good Student. Journal of Education, 13(2), 29-82.
ii. Zimmer, M., & Kim, B. (2012). Thinking Without Thinking. Journal of Psychology,
113(3), 134-182
(Perhatian: Nama jurnal dan volume perlu dicondongkan. Tajuk artikel tidak perlu).
C. FORMAT RUJUKAN – LAMAN WEB
Bagi sumber rujukan laman web, maklumat yang diperlukan ialah Nama penulis, tajuk
lengkap, tarikh diterbitkan, alamat laman web.
Contoh: APA
Maklumat Simon, M.
June, 2010
Pengarang : Mike Simon The World is Flat
Tahun http://www.psychology.com/wo rldisflat.html.
Tajuk lengkap
Alamat laman web
Cara penulisan :
Nama Pengarang. (Tarikh – jika tidak tahun sahaja). Tajuk artikel laman web
(dicondongkan). Retrieved from http://www.website.com.
Contoh:
Simon, M. (2010, June). The World is Flat. Retrieved from
http://www.psyhology.com/worldisflat.html
Ahmad Khairi Paimin (2015). Pemantauan dan Penilaian. Dimuat turun daripada
http://files.sipsiscpontian.webnode.com/20000195953906548c5/PEMANTAUAN%20
-%20PENILAIAN.pptx. Pontian.
(Perhatian: Alamat laman web perlu lengkap). Tarikh diberikan dalam format TAHUN,
BULAN HARI = (2010, Jun 1) jika ada. Jika tidak, memadai dengan TAHUN. Tetapi dalam
sitasi, hanya tahun ditulis. Contoh: Simon (2010). Perkataan “Retrieved from” boleh
digantikan dengan “Dimuat turun daripada” untuk penulisan dalam Bahasa Melayu.
D. FORMAT RUJUKAN UNTUK TEMU BUAL
Bagi sumber rujukan berdasarkan temu bual, maklumat yang diperlukan ialah Nama tokoh
yang ditemu bual, tarikh temu bual, judul temu bual [interview].
Contoh :
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (2019, Mei 12). Sejarah Penubuhan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kuala Lumpur [Interview].
E. FORMAT RUJUKAN – TESIS dan LATIHAN ILMIAH
i. Bagi sumber rujukan tesis, maklumat yang diperlukan ialah Nama pengarang,
tahun penerbitan, judul, Ph.D dissertation, tempat penerbitan.
Contoh :
Abu Bakar bin Salleh. (1978). Purification and Immobilisation of Uricase for Use in
Automated Analysis. Ph.D Dissertation. University of St. Andrews
ii. Bagi sumber rujukan tesis dan latihan ilmiah, maklumat yang diperlukan ialah
Nama pengarang, tahun penerbitan, judul, latihan ilmiah, tempat penerbitan.
Contoh :
Ibrahim bin Haji Hashim. (1974). Peranan dan Pengurusan Zakat di Negeri
Selangor. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
F. FORMAT RUJUKAN – AUDIO VISUAL
i. Pita video
Bagi sumber rujukan berasaskan pita video, maklumat yang diperlukan ialah judul
pita video. (Tahun penerbitan). [Videotape]. Tempat penerbitan : Penerbit
Contoh :
Language and Verbal Skills. (1976). [Videotape]. Virginia : Association for
Retarded Citizen
ii. TV Program
Bagi sumber rujukan berasaskan TV Program, maklumat yang diperlukan ialah
nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). judul rancangan.
Tempat penerbitan : Penerbit
Contoh :
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York : The History Channel.
iii. Kaset
Bagi sumber rujukan berasaskan kaset, maklumat yang diperlukan ialah nama
pengarang / jurucakap. (Tahun penerbitan). Judul kaset [Cassette recording].
Tempat penerbitan : Penerbit
Contoh :
Bolles, R.N. (2000). What Colour is your Parachute? 2000 : A Practical Manual for
Job-Hunter and Career Changers [Cassette recording]. San Bruno, CA : Audio
Literature.
G. FORMAT RUJUKAN – BROSUR / RISALAH
Bagi sumber rujukan berdasarkan brosur / risalah, maklumat yang diperlukan ialah Nama
korporat, Judul, tempat penerbitan : penerbit
Contoh :
Inside these doors : A Guidebook of Elfreth’s Alley Homes [Brochure]. (n.d). Philadelphia:
Elfreth’s Alley Association
Union College. (n.d). The Nott Memorial : A National Historic Landmark at Union College
[Pamphlet]. Schenectady, NY : Author.
Bab 8
Penulisan Ilmiah
(Format Penulisan
Artikel Ilmiah)
1.0 KEASLIAN ARTIKEL
Artikel yang ditulis hendaklah merupakan karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan
dalam apa jua penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya di dalam negara mahupun luar
negara.
Artikel yang ditulis perlulah mematuhi ketetapan yang telah digariskan seperti dalam
Perkara 3.0. Artikel yang disumbangkan adalah secara langsung menjadi hak milik
sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor tanpa meminda apa-apa isi
kandungan yang terkandung di dalam artikel yang dihasilkan.
2.0 BENTUK PENULISAN
Bentuk penulisan yang dihasilkan boleh dalam bentuk :
I. Kajian Ilmiah - satu bentuk penulisan yang digunakan untuk mempersembahkan
laporan / kertas kerja / projek kajian
II. Kajian Tindakan - penyelidikan ringkas untuk membuat penambahbaikan secara
professional dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
III. Kajian Lapangan - mengkaji sesuatu teori, fenomena melalui kerja amali
IV. Kajian Kes - menyediakan analisis mendalam tentang suatu situasi, fenomena atau
kes yang telah/sedang berlaku dan boleh dijadikan pengajaran
V. Penulisan mengenai perkongsian berdasarkan pemerhatian, pengalaman,
pembacaan dan penerokaan
3.0 Penggunaan Bahasa
Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai
untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan
disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi
memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.
4.0 FORMAT PENULISAN
Setiap artikel yang dihasilkan mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut :
i. Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
ii. Ukuran kertas artikel adalah bersaiz A4 dengan menggunakan jarak langkau satu
(single spacing) serta menggunakan jenis huruf Arial bersaiz 11.
iii. Ukuran artikel dalam kertas A4 perlulah menggunakan jidar berikut :-
a) Atas : 2.00 cm
b) Bawah : 2.00 cm
c) Kiri : 2.00 cm
d) Kanan : 2.00 cm
iv. Panjang artikel yang dihasilkan hendaklah di antara 3000-5000 patah perkataan
dengan memenuhi format berdasarkan sistem penulisan APA (American
Psychological Association) edisi terkini.
v. Bilangan muka surat adalah tidak kurang dari 10 muka surat dan tidak melebihi 15
muka surat.
vi. Spesifikasi Jarak
a) Jarak di antara Tajuk dengan Nama Penulis dan Abstrak ialah dua baris.
b) Jarak di antara Abstrak dengan baris pertama teks ialah satu baris.
c) Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah dua baris.
d) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu baris.
e) Jarak di antara perenggan ialah satu baris.
f) Mulakan sub-judul dari jidar kiri.
g) Mulakan baris pertama perenggan dengan TANPA jarak dari jidar kiri.
h) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau Ilustrasi ialah satu baris
i) Line Spacing ialah 1.0
vii. Tajuk
Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu
ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal
berikut :
a) Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas
b) Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis
c) Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis
d) Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi
Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya
tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat
dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid
berbentuk terbalik.
Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang
telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok
pembicaraan dalam keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah
nama, tajuk atau semacam label untuk suatu karangan.
Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:
a) Judul merupakan satu-satunya bahagian tulisan seseorang yang dibaca oleh
orang lain
b) Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan
c) Judul biasanya tidak melebihi 15 patah perkataan
d) Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat
e) Tidak mengandungi singkatan atau akronim.
Tajuk artikel hendaklah ringkas dan padat. Disusuli dengan nama penuh penulis artikel
dan ahli kumpulan (jika ada) yang diletakkan di bawah tajuk berserta dengan nama
unit atau sektor. Tajuk yang ditulis hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :
a) Tajuk artikel
i. Jenis huruf : Arial
ii. Saiz huruf : 12
iii. Bold & uppercase
iv. Centered
b) Nama penulis dan gelaran
i. Jenis huruf : Arial
ii. Saiz huruf: 12
iii. Bold & centered
c) Nama Jabatan
i. Jenis huruf : Arial
ii. Saiz huruf : 12
iii. Centered
viii. Abstrak
Abstrak adalah merupakan sinopsis artikel yang padat, ringkas dan merangkumi
aspek-aspek permasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Berikut
adalah maklumat penting dalam penyediaan abstrak:
a) Patah perkataan tidak melebihi 200 patah;
b) Format Italic;
c) Saiz huruf : 11;
d) Justified.
e) Jika artikel ditulis dalam Bahasa Melayu, maka abstrak harus ditulis dalam Bahasa
Melayu. Jika artikel ditulis dalam Bahasa Inggeris, maka abstrak harus ditulis
dalam Bahasa Inggeris.
f) KATA KUNCI perlu disediakan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan diletakkan di
bawah abstrak. Kata kunci adalah bertujuan untuk memudahkan pembaca
mencari maklumat. Tajuk kata kunci perlu ditulis menggunakan format berikut:
i. Bold.
ii. Italic
iii. Jenis huruf : Arial
iv. Bersaiz 11
v. Justified.
ix. Artikel mesti mengandungi bahagian-bahagian berikut:
a) Pengenalan;
b) Pernyataan Masalah;
c) Tujuan Kajian;
d) Soalan Kajian;
e) Tinjauan Literatur;
f) Metodologi;
g) Dapatan Kajian;
h) Perbincangan;
i) Rumusan.
x. Jadual dan Rajah
Jadual serta rajah hendaklah dirujuk terlebih dahulu sebelum dipersembahkan dan
diikuti dengan keterangan berkaitan jadual dan gambar rajah tersebut. Jadual dan
rajah hendaklah lengkap, ringkas, jelas dan diberikan tajuk yang bersesuaian.
Seterusnya, jadual atau rajah perlu dinomborkan secara tertib dan teratur seperti
Jadual 1, Jadual 2 dan seterusnya atau Rajah 1, Rajah 2 dan seterusnya. Tajuk jadual
perlu diletakkan di bahagian atas jadual, manakala tajuk rajah pula perlu diletakkan di
bahagian bawah rajah.
xi. Penghargaan
Penghargaan tidak lebih daripada 50 patah perkataan (jika ada) dan diletakkan di
bahagian akhir artikel sebelum bahagian rujukan.
xii. Sumber Rujukan
Semua rujukan yang disebut dalam teks mestilah disenaraikan. Senarai rujukan tidak
boleh mengandungi sumber-sumber yang tidak dirujuk dalam artikel. Senarai rujukan
yang lengkap hendaklah menggunakan sistem penulis – tahun (author - date)
mengikut abjad. Senarai rujukan hendaklah diletakkan di bahagian akhir sesebuah
artikel. Gaya penulisan sumber rujukan adalah mengikut American Psychological
Association (APA) yang terkini. Sumber rujukan boleh ditulis dengan menggunakan
format berikut :
a) Jenis huruf : Arial
b) Bersaiz 12
c) Justified.
5.0 HAK CIPTA
Semua artikel yang disumbangkan adalah menjadi hak milik sepenuhnya Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berhak menerbitkan
semula artikel ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah.
6.0 PENUTUP
Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah
dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini
antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang
penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana
kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.
Rujukan
American Psychological Association (2001). “Publication Manual of the American
Psychological Association.” 5th ed.Washington, D.C.: Author.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Xentral Methods
Sdn Bhd
Gallaudet University (2003). “APA Style Ganeral Guidelines.” Washington DC: Gallaudet
University.
John W. Creswell. (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods
Approaches, 3rd Edition. Sage Publication Inc.
John W. Creswell. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. Pearson/Merrill Prentice Hall
Karla Amanda, (2017). Apa Yang Dimaksud Dengan Pengumpulan Data? Dimuat turun
daripada https://www.dictio.id/t/apa-yang-dimaksud-dengan-pengumpulan-data/1226
Nur Asriq Zarina, (2009), Pengumpulan Data dan Penganalisisan Data. Dimuat turun daripada
http://asriq.blogspot.com/2009/12/pengumpulan-data-dan-penganalisisan.html
Pallant, J. (2013). SPSS Survival Manual: A Step By Step Guide to Data Analysis Using IBM
SPSS (4th edition). Crows Nest, NSW: Allen & Unwin.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). “Pedoman Penulisan Skripsi.” Jakarta: LIPI.
Rachael Chapman, (2018), What Is Data Analysis In Research And How To Do It? Dimuat
turun daripada https://limeproxies.com/blog/what-is-data-analysis-in-research-and-
how-to-do-it/
Richard Ignacy, Bab 3: Metodologi Kajian. Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/22866722/Bab_3_Metodologi_Kajian
Universitas Ciputra, (2016), Metode Pengumpulan Data dalam Penelitian. Dimuat turun
daripada http://ciputrauceo.net/blog/2016/2/18/metode-pengumpulan-data-dalam-
penelitian
Universiti Teknologi Malaysia (2001). “Panduan Menulis Tesis.” Skudai, Johor: Penerbitan
UTM.
Lampiran
CONTOH FORMAT PENULISAN Arial, Saiz 12
Bold & uppercase
TAHAP PENGURUSAN KURIKULUM: SATU TINJAUAN DI Centered
SEKTOR PEMBELAJARAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
Arial, Saiz 12, Bold &
SELURUH NEGERI SELANGOR Centered
2 spacing Arial, Saiz 12,
Centered
Nik Mohd Shafizal Nik Jid, Zulimah Mukid, Nor Faridah A. Bakar,
Rashidah Mohamad Yusof, Hanisah Mohd Yusof, Zarina Abdullah, Tidak melebihi 200
Azmi Mohamad, Mohamad Yusri Dahrumi, Norolhuda Abd Rani, patah perkataan
Arial, Saiz 11, Italic,
Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Justified.
Artikel BM ditulis
2 spacing
dalam BM.
Abstrak Artikel BI ditulis
1 spacing
dalam BI.
Kajian ini bertujuan mengkaji empat proses utama dalam pengurusan kurikulum iaitu
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal yang dilaksanakan di Pejabat Arial, Saiz 11, Bold,
Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negeri Selangor, mengenal pasti tahap pencapaian Italic, Justified.
pengurusan kurikulum Sektor Pembelajaran, …………………………………………….
…………………………………………………………………………...………………..……… Mulakan sub-judul
dari jidar kiri
Kata kunci: Pengurusan Kurikulum, Merancang, Mengelola, Memimpin, Mengawal,
Tahap Pencapaian Pengurusan Kurikulum Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Mulakan baris
Daerah pertama
perenggan
1 spacing dengan TANPA
jarak dari jidar kiri
Pengenalan
Perenggan kedua
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghasilkan satu pelan yang dimulakan dengan 1
tab
komprehensif serta dinamik menerusi perundingan awam terbesar yang
dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. …………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………….
1 spacing
Dalam perkembangan pendidikan semasa, sekolah telah dituntut dalam
kecemerlangan pelbagai aspek bukan sekadar kecemerlangan akademik malah
kecemerlangan …………………………………………………………………
………………………………………………………………………………….
2 spacing
Pernyataan Masalah
Dalam memacu perkembangan pendidikan semasa, kepentingan pelaksanaan
penyampaian (delivery) ………………………………………………………..
………………………………………………………………………………….
Contoh Penulisan Rajah
Tajuk rajah diletakkan di
bahagian bawah gambar
rajah dan dinomborkan
mengikut susunan
Rajah 1. Model Proses Pengurusan Kurikulum dan Elemen-elemen Asasnya.
Contoh Penulisan Jadual Tajuk jadual diletakkan di
bahagian atas jadual dan
Jadual 1. Hubungan Empat Proses Utama dalam Pengurusan dinomborkan mengikut
Kurikulum dengan Tahap Pencapaian Pengurusan Kurikulum Sektor susunan
Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Negeri Selangor
Pengurusan Tahap Pencapaian Pengurusan
Kurikulum Kurikulum Sektor Pembelajaran
PPD Seluruh Negeri Selangor
Pengurusan Kurikulum 1 .641
Tahap Pencapaian Pengurusan .641 1
Kurikulum Sektor Pembelajaran
PPD Seluruh Negeri Selangor
n = 131, signifikan pada aras p<0.05
Contoh Penulisan Sumber Rujukan
Ashah Samah, Haji Misnan Damit & Faridah Yahya. (2013). Pemantauan dan Penyeliaan
dalam Kurikulum. Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/mobile/spajpnp/
pemantauan-penyeliaan-kurikulum
Azmi Zakaria. (1996). Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Terjemahan: Mohamad Salmi Mohd
Sohod. Kuala Lumpur. PTS Publication and Distribution Sdn Bhd.
Glatter, R. (1999). From Struggling to Juggling Towards a Redefinition of the Field of
Educational Leadership and Management. Educational Management and
Administration, 27(3), 253-266.
Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. (1989). Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah
Menengah. Selangor: Malindo Printers Sdn Bhd
Contoh 1 Contoh Penulisan Teks
Bagi kata nama am
penggunaan numeral
selepasnya diterima
Jadual 1 menunjukkan jadual perancangan bagi sepanjang proses kajian tindakan
dilaksanakan. Setiap perancangan telah ditetapkan tarikhnya supaya kajian ini berjalan
dengan lancar. Rajah 2 menunjukkan empat keping gambar yang diambil daripada papan
aktiviti responden sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Contoh 2
Seramai 15 orang responden terlibat dalam kajian ini yang melibatkan tujuh orang
responden lelaki dan lapan orang responden perempuan dari kelas 5 Amanah. Borang
latar belakang (Lampiran G) disediakan untuk mengetahui serba sedikit latar belakang
keluarga responden-responden ini dan pengenalan diri responden bagi memudahkan
proses temu bual yang akan dilakukan kelak. Boring ini disediakan dalam bentuk jadual
bagi memudahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pengkaji untuk mengisi
maklumat.
Bilangan 10 dan ke atas Bilangan 1 hingga 9
hendaklah ditulis dalam hendaklah ditulis dalam
numeral. Contoh: 10, 11, perkataan. Contoh: satu,
35,……. dua,… sembilan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E,
Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor
03-5518 6500