NOVEL :
JALAN KE PUNCAK
NAMA : MUHAMMAD NAZHAN BIN SA’ADON
KELAS : 2AL-BIRUNI
TIGA PERISTIWA PENTING YANG MEMBUKTIKAN
TEMA NOVEL INI
Tema : Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecermalangan kerjaya masa depannya
dengan cara berdikari.
Bukti :-
1)Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan makan gaji, sebaliknya dia memilih
untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya.
2) Laiman turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan
menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya.
3) Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya dan
mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.
SIPNOSIS RINGKAS
SETIAP BAB :-
Bab 1 : Bagaikan Mimpi
Laiman bagaikan tidak percaya dia sekarang berada di Bumi Kenyalang sebagai seorang
mahasiswa di sana.Sebelum dia memulakan kerja, Laiman Menyusun fail-fail yang berselerak di
biliknya agar hati Laiman berasa tenang.Setelah itu, dia berehat sebentar dan tersedar kerjanya
yang belum selesai.Selepas kerjanya selesai, Laiman melihat jam tangannya yang sudah
menunjukkan pukul 12.30 tengah hari yang bererti masa rehatnya sudah tiba.Laiman terus
berdiri dan terburu-buru menutup suis pendingin hawa dan lampu.Tiba-tiba satu suara
menegurnya iaitu Sukri yang berada di muka pintu.
Bab 2 : Sesal
Pada suatu pentang yang damai dan tenteram, Laiman bersiar-siar di pekan Lutong iaitu satu-
satunya pekan yang berhampiran dengan tempat bertugasnya.Laiman bertenang seketika kerana
tiada apa-apa lagi yang perlu dibimbangkannya.Kerjanya juga telah disahkan oleh pengurusnya.
Kemudian, Laiman dikejutkan oleh satu suara yang halus dan lembut dari belakang.Lamunannya
terganggu lalu menoleh perlahan-perlahan dan tersenyum.Laiman melihat seorang gadis manis
yang bertubuh kecil, tinggi lampai dan berambut pendek dan rapi tersenyum merenungnya
bersama seorang budak lelaki di sisinya.
Bab 3 : Musibah
Sukri mendapat khabar bahawa tangka minyak yang dibaiki oleh Laiman.Kemudian, Sukri
teringat Laiman yang berada di Kuching untuk bertemu dengan rakan sekuliahnya yang telah
menjalani latihan di sebuah jabatan kerajaan di sana.Sukri terfikir Laiman tidak patut
dipersalahkan kerana dia telah berusaha dengan gigih untuk memperbaiki tangka minyak
tersebut.Keesokkan harinya, Sukri memberitahu kecelakaan itu kepada Laiman.Laiman
memikirkan punca-punca yang mungkin menyebabkan kebakaran itu tetapi masih tidak
mengetahuinya.Setelah itu, Laiman berasa seseorang berniat untuk menjatuhkannya.Tiba-tiba,
dia teringat akan perbualannya dengan Soniah tentang Muluk.Laiman mengesyaki Muluk ialah
pelakunya.
Bab 4 : Hasrat
Laiman dan Soniah makan bersama-sama di sebuah restoran.Semasa sedang menunggu
makanan,Laiman melihat seorang tua sedang memerhatikan mereka.Dia berasa orang tua itu
menyembunyikan sesuatu.Selepas 20 minit mereka menunggu makanan yang dipesan,Laiman
bertanya kepada Soniah tentang rancangan Soniah sekarang.Soniah merancang untuk
melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan.
Bab 5 : Pulang
Selepas tamat pengajian Laiman telah berubah, dan pulang ke kampungnya.
Bab 6 : Tentangan
Laiman sedang berteduh di bawah pokok sambal berasa puas kerana usahanya sudah mula
menampakkan hasil walaupun pada mulanya ditentang oleh ayahnya.Kini, Laiman
mengusahakan tanaman tembikai di kampungnya.Walaupun pekerjaan Laiman sering ditentang
oleh orang-orang kampung tetapi dia langsung tidak mengambil peduli kerana Laiman percaya
rezeki akan datang dimana-mana sahaja asalkan kita rajin berusaha.
Bab 7 : Resah
Pak Kiassim menegur Laiman menolak tawaran kerja yang ditawar kepada Laiman.Pak Kiassim
berasa sungguh kesal dengan tindakan Laiman yang menolak tawaran itu selepas apa yang Pak
Kiassim dan nenek Laiman korbankan untuk menanggung pengajiannya di universiti.Laiman
sangat tertekan kerana tiada sesiapa yang memamahi impiannya terutamanya ayahnya
sendiri.Laiman hanya mendapat sokongan daripada Milan iaitu sepupunya.
Bab 8 : Tekad
Milan hampir putus asa kerana Pak Sahok tidak bersetuju untuk tanah paya disebelahnya
dijadikan sebagai tempat projek ikan air tawar walaupun tanah itu bukan miliknya.Hal ini kerana
Pak Sahok sedang mengusahakan tanah paya itu untuk dijadikan sawah padi.Walaupun begitu,
Laiman tidak berputus asa untuk memujuk Pak Sahok dengan bersungguh-sungguh.
Bab 9 : Pujuk
Laiman sudah mencuba untuk memujuk Pak Sahok tetapi Pak Sahok masih berkeras dengan
pendiriannya.Akhirnya, Laiman terpaksa mengalah dan mencari lokasi yang lain untuk
mengusahakan projek ikan air tawar.Semasa Laiman mencari lokasi yang lain, Pak Kiassim mula
menyadari hasil usaha anaknya.Kemudian, Pak Kiassim bertemu dengan Pak Sahok untuk
memujuknya supaya membenar Laiman mengusahakan projek ternakan ikan air tawar.
Bab 10 : Harapan
Pak Sahok telah memberi kebenaran kepada Laiman untuk menggunakan tanah yang berada
berhampiran dengan tanahnya.Projek ikan air tawar menggunakan hasil kebun tembikai milik
Laiman sebagai modal.Laiman mendapat sambutan daripada beberapa orang remaja yang mahu
bekerja dengannya.
Bab 11 : Galau
Semasa waktu senja, Milan pergi ke rumah Laiman untuk membincangkan sesuatu
dengannya.Milan berasa sangat runsing kerana Kedek dan Muali kerana tidak lagi mahu
bekerjasama dan ingin membuat projek sendiri.Mereka ialah orang yang bertanggungjawab
untuk pergi ke khusus penternakan udang harimau.Jika mereka berkeras tidak mahu
bekerjasama ia akan menyebabkan kerugian besar.Apabila, Laiman mengetahui hal yang berlaku
dia berasa amat kecewa dan membiarkan Kedek dan Muali jika itulah pilihan mereka.
Bab 12 : Tabah
Pada petang itu, abang Mail pulang dari Marudu.Setelah tiba di rumah, abang Mail terus mencari
ayahnya tetapi ayahnya tiada di rumah.Di rumahnya, hanya ada Jariah yang berada di
dapur.Jariah memberitahu kepada dia bahawa ayah mereka pergi melawat Pak Muluk yang telah
meninggal dunia.Kemudian, abang Mail bertanya kepada Jariah tentang Laiman dan Jariah
mengatakan Laiman sedang bertemu dengan orang-orangnya.Pada pukul 12.00 tengah hari,
Laiman tergesa-gesa mencari abangnya selepas melihat kasut milik abangnya tetapi abang Mail
masih tidur.
Bab 13 : Lumayan
Laiman menjalankan kerja sambilan bersama-sama dengan Milan bagi mengisi masa yang
terluang pada hari Ahad.Hasil pendapatan yang mereka dapat kemudian dibahagikan sama rata
dan disimpan ke dalam bank.
Bab 14 : Sinar
Kolam ternakannya akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.Laiman hanya perlu menyediakan
wang sewanya sahaja.Duit simpanannya bersama-sama Milan juga masih belum
digunakan.Mereka telah berbincang untuk membeli sebuah lori kecil untuk mengangkut barang-
barang yang dipajak.Laiman sangat berterima kasih Pak Sahok kerana membenarkannya
menggunakan tanah paya yang berhampiran dengan tanah milik Pak Sahok.
Bab 15 : Impian Terlaksana
Nama Laiman tidak lagi menjadi asing kerana sering disebut-sebut di mana-mana sahaja.Dia
juga bersedia untuk membimbing anak-anak muda dan membuka mata masyarakat bangsa lain
bahawa bangsanya juga boleh berjaya.Tiba-tiba, Laiman mendapat berita gembira bahawa
projeknya akan dijadikan contoh kampung dan menjadi projek terbesar di Sabah.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.