TUTORIAL MINGGU 6 TUTORIAL MINGGU 6 BMMB3193
CERITA RAKYAT BINATANG CERITA RAKYAT BINATANG SANG KANCIL DAN BUAYA
Cerita "Sang Kancil dan Buaya" adalah sebuah kisah rakyat Melayu yang terkenal tentang cerdiknya seekor kancil yang cerdik dalam menghadapi bahaya. Berikut merupakan sinopsis cerita Sang Kancil dan Buaya : Dalam hutan yang penuh dengan binatang-binatang buas, hiduplah Sang Kancil, yang dikenali sebagai haiwan yang sangat cerdik. Suatu hari, Sang Kancil ingin memakan buah yang sedang ranum di seberang sungai. Dia mendapat akal. Lalu diserunya semua Buaya bahawa dia dititahkan oleh Raja Sulaiman untuk membilang jumlah Buaya yang ada. Kancil melompat di atas belakang dan kepala Buaya sehingga berjaya menyeberang. SINOPSIS SANG KANCIL DAN BUAYA SINOPSIS SANG KANCIL DAN BUAYA
Lalu dikhabarkan tentang helahnya ingin memakan buah di situ. Buaya sangat marah dan berdendam untuk memakannya. Setelah kenyang, Kancil sangat haus. Buaya sedang menanti di sepanjang sungai untuk memakannya. Kancil mencari tepian sungai yang ada rumpun buluh. Dia minum sepuasnya, tetapi seekor Buaya berjaya menggigit kakinya. Kancil menghulur batang buluh dan mengatakan itulah kakinya. Sekali lagi Kancil terlepas daripada gigitan Buaya. Sebaliknya Harimau yang mengejar Kancil dan bersilat dengannya telah terjatuh ke sungai. Habislah Harimau menjadi makanan Buaya. SINOPSIS SANG KANCIL DAN BUAYA SINOPSIS SANG KANCIL DAN BUAYA
FUNGSI CERITA TERHADAP MORAL DAN PENDIDIKAN MURID TAHAP 1 & 2 DI SEKOLAH FUNGSI CERITA TERHADAP MORAL DAN PENDIDIKAN MURID TAHAP 1 & 2 DI SEKOLAH
Memupuk Nilai Keberanian dan Berfikir Kreatif 1. Memupuk Nilai Keberanian dan Berfikir Kreatif 1. Cerita Sang Kancil mengajar murid bahawa keberanian dan ketangkasan boleh membantu kita mengatasi cabaran dan rintangan dalam hidup. Sang Kancil yang kecil dan lemah boleh mengalahkan Buaya yang besar kerana keberaniannya. Sang Kancil sering menggunakan akal cerdas untuk menyelesaikan masalah. Ini menggalakkan muridmurid untuk berfikir kreatif dan mencari penyelesaian yang cerdas untuk masalah yang dihadapi 1 2
2. Menyedari Kelemahan Diri Cerita ini menunjukkan bahawa manusia mesti menyedari kelemahan diri. Manusia wajar menyedari mengapa binatang pula yang mesti menyelesaikan masalah manusia (yang disebabkan oleh manusia sendiri). sedangkan manusia merupakan sebaik-baik kejadian yang turut dikurniai Allah akal fikiran. Oleh sebab ada akal fikiran, hanya manusia sendiri yang dapat menyelesaikan perbalahan sesama mereka, bukan bergantung harapan pada anasir lain.
3. Menggunakan Akal Fikiran Untuk Berfikir 3. Menggunakan Akal Fikiran Untuk Berfikir cerita kancil turut mengajar kita agar menggunakan akal untuk berfikir apabila menghadapi sesuatu masalah. Di sinilah kepintaran sang kancil wajar diteladani. Jangan gunakan kebijaksanaan untuk tujuan keburukan, tetapi gunakan akal sebaik-baiknya agar tidak hanya berserah pada takdir hidup di hadapan.
4. Jangan Berlagak Sombong Cerita-cerita ini bertujuan untuk memberikan kesedaran bahawa seseorang yang pintar dan bijak jangan sentiasa berlagak sombong serta lupa daratan kerana sesekali dia akan turut kecewa lantaran ada yang lebih pandai daripadanya. Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan pada masa kini ialah ramai manusia menyalahgunakan kepintaran mereka untuk menipu dan mencari kemewahan, tanpa menyedari, mereka akhirnya akan menerima akibat perbuatannya juga suatu masa nanti.
Terima Kasih Terima Kasih