Confidential Customized for Lorem Ipsum LLC Version 1.0
RUTIN HARIAN DI PRASEKOLAH
(KSPK) DAN TASKA (PERMATA
NEGARA)
DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD ZULHAZWAN BIN MOHD RASIP
Confidential Customized for Lorem Ipsum LLC Version 1.0
RUTIN HARIAN DI PRASEKOLAH (KSPK)- AKTIVITI
RUTIN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1) Perbualan Awal
● Perbualan Awal bermatlamat untuk menyediakan murid dari aspek mental dan emosi untuk mengikuti
pembelajaran pada hari tersebut dengan lebih berfokus.
● Aktiviti semasa perbualan awal seperti berkongsi idea dan maklumat; bercerita; menyanyi dan sebagainya
dapat menambah kosa kata serta meningkatkan kemahiran bersosialisasi serta menggalakkan pelibatan
murid secara aktif.
● Selama 20 minit sehari diperuntukkan bagi sesi perbualan awal
2) Rehat
● Dalam pendidikan prasekolah, rehat merupakan sebahagian daripada PdP. Waktu rehat diperuntukan
untuk murid prasekolah makan dan minum serta merehatkan minda dan fizikal mereka.
● Waktu rehat boleh digunakan dengan melibatkan murid dalam membantu penyediaan makanan dan
tempat makan.
● Aspek pengurusan diri, adab makan dan pemakanan yang sihat serta seimbang perlu diberi penekanan
semasa rehat.
● Selama 30 minit sehari diperuntukkan bagi waktu rehat di prasekolah
SAMBUNGAN….
4) Aktiviti Penutup
- Aktiviti penutup memberi peluang kepada guru dan murid membuat refleksi terhadap pembelajaran dan
perkara yang telah berlaku pada hari tersebut. Selain itu, guru dan murid boleh berbincang tentang
pembelajaran seterusnya. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti penutup ialah 10 minit sehari.
Confidential Customized for Lorem Ipsum LLC Version 1.0
SAMBUNGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN….
Aktiviti pembelajaran memberi peluang kepada guru bagi memilih pendekatan PdP yang sesuai bagi memberi peluang
kepada murid menjalankan eksperimen dan penerokaan, menyelesaikan masalah serta menggalakkan pemikiran kritis.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan, antaranya ialah pendekatan bertema, pendekatan projek dan penggunaan
pusat pembelajaran.
Peruntukan waktu untuk aktiviti pembelajaran dalam Pembelajaran Bersepadu adalah:
(i) 500 minit seminggu untuk Sekolah Kebangsaan.
(ii) 440 minit seminggu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan.
Aktiviti Luar bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar kelas.Aktiviti luar juga memberi peluang kepada murid untuk
berinteraksi dan meneroka persekitaran. Melalui aktiviti ini, kesedaran murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan
dapat dibina serta kepekaan terhadap persekitaran dapat ditingkatkan. Aktiviti Luar perlu dilaksanakan setiap hari
sebagaimana berikut:
(i) Aktiviti Fizikal (melibatkan pergerakan tubuh yang akan menggerakkan tubuh badan dan memerlukan tenaga
untuk meningkatkan kecerdasan fizikal dan kesihatan diri)
(ii) Main Bebas (memberi peluang kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas tentang apa, bila dan
bagaimana untuk bermain)
(iii) Pendidikan Islam/Pendidikan Moral (Peruntukan waktu Pendidikan Islam/Pendidikan Moral adalah 120 minit
seminggu dan bagi kelas yang tidak mempunyai atau mempunyai kurang daripada 5 orang murid beragama Islam,
peruntukan waktu bagi Pendidikan Moral boleh digabungkan dengan Pembelajaran Bersepadu)
RUTIN HARIAN DI TASKA (PERMATA NEGARA)
1) Ketibaan
● Apabila kanak-kanak tiba di TASKA, mereka disambut oleh guru dengan mesra dan kasih sayang sambil
bersalaman dan bertanya khabar. Tubuh badan kanak-kanak diperiksa bagi memastikan mereka sihat dan
tiada kecederaan. Ibu bapa/penjaga menandatangani Buku Rekod Kehadiran waktu datang, dan
menyerahkan Log Anak PERMATA. Kanak-kanak masuk ke dalam TASKA dan bersedia untuk minum pagi
dan mandi (jika belum mandi).
2) Circle Time
● Circle time dijalankan pada waktu pagi iaitu semua kanak-kanak dan pendidik berkumpul bersama.
Kanak-kanak duduk dalam kumpulan atau bulatan dan pendidik mengambil kedatangan dan kemudian
menyanyi lagu Negaraku, lagu Negeri, lagu PERMATA dan lagu-lagu patriotik yang mudah dan diiringi
dengan muziknya. Selepas itu pendidik menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti ‘show
and tell’, membaca, bercerita, melakukan pergerakan kreatif, dan sebagainya.
3) Senaman Pagi
● Senaman pagi diadakan setiap pagi, sama ada di dalam atau luar TASKA. Pendidik menunjukkan
gerakan-gerakan mudah untuk kanak-kanak lakukan. Muzik yang sesuai dipasang supaya dapat
menceriakan keadaan.
4) Aktiviti PERMATA
● Kanak-kanak melaksanakan aktiviti pembelajaran yang telah dirancang seperti yang terdapat dalam Modul
PERMATA 1 hingga 6, mengikut umur kanak-kanak. Pendidik boleh juga merancang aktiviti pembelajaran yang lain,
tetapi hendaklah bersesuaian dengan umur kanak-kanak serta tema yang ditetapkan.
5) Permainan Luar, Nature Walk, Main Air, Main Pasir
● Aktiviti-aktiviti ini dijalankan di luar bangunan TASKA, pada waktu yang bersesuaian setiap hari. Walau
bagaimanapun, aktiviti ini boleh diganti dengan aktiviti lain apabila keadaan tidak mengizinkan.
6) Permainan Bebas
● Permainan bebas merupakan masa di mana kanak-kanak bebas memilih alat permainan atau aktiviti-aktiviti yang
disediakan oleh pendidik. Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan di ruang tertentu seperti di bilik kanak-kanak,
sudut/ruang yang tertentu, di mana kanak-kanak memilih permainan yang diminatinya. Pendidik membantu dan
membimbing kanak-kanak ‘belajar’ semasa mereka bermain.
7) Bercerita
● Aktiviti bercerita dijalankan untuk memberi peluang kanak-kanak meningkatkan kemahiran mendengar, memahami
dan awal literasi. Kanak-kanak digalakkan mencerita semula atau mereka cerita sendiri dan berkongsi cerita dengan
rakan-rakan. Pendidikan menyediakan pelbagai bahan bacaan dan sudut untuk bercerita.
8) Rutin
● Rutin ialah aktiviti asas harian yang berlaku setiap hari. Tujuan rutin diambil kira dalam jadual harian supaya dapat
memenuhi keperluan asas pengasuhan kanak-kanak. Komponen asas rutin merangkumi sarapan, minum pagi,
makan tengah hari, minum petang, bersih diri, mandi, penggunaan tandas, masa rehat dan tidur. Selain itu, amalan
rutin lain yang ditekankan di TASKA PERMATA ialah: menyusun kasut di rak, menyimpan beg, mengemas dan
menyimpan mainan selepas bermain dan membaca doa.
Confidential Customized for Lorem Ipsum LLC Version 1.0
9) Rehat dan Tidur
● Bayi dan kanak-kanak perlu diberi masa untuk rehat dan tidur yang cukup. Rehat dan tidur yang cukup dapat
membolehkannya membesar dengan sihat, ceria dan selesa. Kanak-kanak di TASKA diperuntukkan masa rehat dan
tidur selama satu setengah hingga dua setengah jam, manakala bayi memerlukan di antara tiga hingga tujuh jam
sehari.
● Walau bagaimanapun, pendidik tidak boleh memaksa sekiranya kanak-kanak enggan tidur, sebaliknya berikan
mereka aktiviti senyap dan diasingkan daripada kanak-kanak yang sedang tidur.
10) Refleksi dan Peluang
● Kanak-kanak duduk dalam kumpulan dan mengimbas kembali apa yang telah dilakukan sepanjang hari di TASKA.
Pendidik juga memberi pesanan kepada kanak-kanak untuk disampaikan kepada ibu bapa. Apabila ibu bapa mereka
tiba, kanak-kanak bersalam dengan pendidik dan mengambil beg mereka sementara ibu bapa mereka membaca
buku Log Anak PERMATA dan sekali lagi menandatangani Buku Rekod Kehadiran – Waktu Pulang.
11) Transisi
● Transisi ialah waktu pertukaran antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Pendidik perlu memberi masa yang
mencukupi supaya kanak-kanak dapat menyiapkan tugas yang diberikan serta mengemas peralatan dan bahan
yang digunakan sebelum bertukar ke aktiviti yang lain.
● Jika ada kanak-kanak yang masih ingin meneruskan permainan dan belum bersedia untuk mengemas peralatan,
pendidik perlu bijak memujuk dan menarik perhatian kanak-kanak
SEKIAN, TERIMA KASIH :)