STRATEGI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
(KSPK)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD ZULHAZWAN BIN MOHD RASIP
PENGENALAN
Dalam proses PdP, tidak ada satu pendekatan dan strategi yang khusus dan terbaik untuk
diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid. Guru perlu bijak
menggunakan pelbagai strategi PdP yang sesuai dengan tahap perkembangan, keperluan,
kebolehan, bakat dan minat murid supaya pembelajaran berkesan dan lebih bermakna.
Terdapat pelbagai strategi PdP yang boleh digunakan oleh guru antaranya ialah:
● Belajar Melalui Bermain
● Pembelajaran Berpusatkan Murid
● Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
● Pendekatan Bersepadu
● Pendekatan Bertema
● Pembelajaran Berasaskan Projek
● Pembelajaran Misteri
● Pembelajaran Kontekstual
● Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan
1) Pembelajaran Berpusatkan Murid
● Bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dan mereka diberi tanggungjawab
atas pembelajaran mereka sendiri.
● Murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana pembelajaran digerakkan atas minat,
dorongan dan keperluan murid.
● Murid juga diberi kebebasan untuk memilih jenis aktiviti, bahan dan masa semasa pembelajaran manakala Guru
sebagai pemudahcara atau pembimbing yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
2) Belajar Melalui Bermain
● Pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang
bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna.
● Melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung
dan semulajadi.
3) Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
● Merupakan satu pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan
penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada.
● Pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui pelbagai pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek,
penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran kolaboratif bagi melahirkan murid yang
berilmu dan berkemahiran berfikir aras tinggi.
● Inkuiri juga dapat menimbulkan rasa ingin tahu dan menggalakkan murid untuk bertanya. Dalam masa yang sama
murid akan membuat refleksi sepanjang proses pembelajaran.
4) Pendekatan Bersepadu
● Pembelajaran dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu dan tidak memisahkan pembelajaran kepada disiplin
ilmu yang berbeza-beza.
● Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu dapat memenuhi keperluan murid yang berbeza-beza dari segi
perkembangan, minat dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang.
5) Pendekatan Bertema
● Pendekatan bertema adalah pengurusan kurikulum dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih
bersesuaian dengan masa, tempat, minat, latar belakang dan tahap perkembangan murid.
● Pendekatan bertema melibatkan perkara-perkara seperti berikut
○ Penggunaan satu tema umum merentasi bidang pembelajaran.
○ Pemilihan tema berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa.
○ Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan
sistematik.
6) Pembelajaran Berasaskan Projek
● Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang
dalam jangka masa yang tertentu.
● Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperoleh ilmu.
● Antara kriteria pembelajaran berasaskan projek:
○ Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
○ Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.
○ Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.
7) Pembelajaran Masteri
● Merupakan satu pendekatan untuk memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang dihasratkan
dalam suatu pembelajaran sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya.
● Pendekatan ini berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
● Melalui Pembelajaran Masteri, murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
8) Pembelajaran Kontekstual
● Merupakan Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan.
● Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
● Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna
kepada murid.
● Guru digalakkan memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama
ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
●
9) Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan
● Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan satu teori yang penting kerana teori ini mempunyai hubungkait yang rapat
dengan bidang pendidikan.
● Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan belajar adalah berlainan
berbanding dengan murid yang lain.
SEKIAN, TERIMA KASIH :)