The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ewanfaez32, 2021-12-11 10:09:08

PAKK1084_Tugasan 2_2021311310051 (2)

PAKK1084_Tugasan 2_2021311310051 (2)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2021

SEMESTER 2 TAHUN 2

Nama pelajar : MOHAMAD ZULHAZWAN BIN MOHD RASIP Pengakuan Pelajar
Angka giliran : 2021311310051
Kumpulan/Unit : PPISMPPAKK1621 Saya sudah membaca dan dimaklumkan
Kod dan Nama Kursus : PAKK1084/ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK tentang kerja kursus oleh pensyarah.
Nama Pensyarah : PUAN ZAIDAH BINTI MUHAINI
Tarikh hantar : 11 DISEMBER 2021 Tandatangan :

Nama : MOHAMAD ZULHAZWAN
BIN MOHD RASIP

Tarikh : 11 DISEMBER 2021

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2
PERKARA 3
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 4-15
2.0 PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN 16-24
3.0 PERKEMBANGAN PROFESIONAL 25-38
4.0 PROGRAM PERKHIDMATAN 39-48
5.0 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
6.0 PENUTUP 49
RUJUKAN 50-51

1.0 PENGENALAN

Menurut Fauzian Kassim dan Hanim Jalal (2015) menyatakan bahawa Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan semua
program pendidikan yang memberikan layanan, asuhan dan bimbingan terhadap kanak-kanak sejak lahir hingga usia
lapan tahun yang dirujuk daripada The National Association for the Education of Young Children (NAEYC, 2011).
Pendidikan Awal Kanak-kanak dilihat begitu berkembang pesat bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita
sendiri. Dalam hal ini juga, perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang baik telah memberikan sumbangan besar
terhadap perkembangan professional di Malaysia yang telah melahirkan pakar-pakar dalam bidang PAKK. Sebagai
analoginya, Profesor Madya Dr. Bustam Kamri, Datuk Dr. Chiam Heng Keng atau guru PAKK yang mengajar di
prasekolah, taska dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka ini memiliki ciri-ciri profesionalisme
seperti sifat berkemahiran tinggi dalam bidang PAKK. Perkembangan profesional yang terbentuk telah mewujudkan
pelbagai program perkhidmatan dalam PAKK yang kian meluas di negara kita bak cendawan tumbuh selepas hujan tidak
kira untuk kanak-kanak normal mahupun kanak-kanak yang berkeperluan khas secara langsung telah meningkatkan
perkembangan teknologi yang dapat membantu kanak-kanak normal atau berkeperluan khas dalam proses pembelajaran
seperti penggunaan grafik, audio, teknologi RIE untuk kanak-kanak khas yang mengalami masalah pendengaran atau
lebih spesifik lagi iaitu pekak. Menurut Sandra Rahman et al., (2013), keberkesanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlaku apabila teknologi maklumat dan komunikasi digunakan sebagai salah satu modus operandi
untuk mengajar kanak-kanak di prasekolah.

2.0 PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN MENGIKUT UMUR (PERMATA Negara)

❑ Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
❑ Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi awal
❑ Perkembangan awal Matematik dan Pemikiran Logik
❑ Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
❑ Perkembangan Fizikal dan Psikomotor
❑ Perkembangan Kreativiti dan Estetika

PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA

3-4 bulan 6-12 bulan 1-2 tahun

Membina persepsi mengenal Boleh membezakan ibunya Suka diberi perhatian
anggota badan sendiri seperti sendiri dengan orang lain

jari, tangan dan kaki

2-3 tahun 3-4 tahun 4+ tahun

Suka dipuji atas usaha sendiri Mula mempelajari cara mengawal Bijak menggunakan bahan atau
diri dengan bantuan dan bimbingan peralatan dengan tujuan tertentu

orang dewasa atau cara yang selamat

Perkembangan pembelajaran mengikut 6 tunjang dalam
Kokurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2017)

1) Tunjang Komunikasi
❑ Dapat menekankan kepada kemahiran berbahasa lisan atau bukan lisan sewaktu kanak-kanak berinteraksi
❑ Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris
2) Tunjang Keterampilan Diri
❑ Memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran sosial dalam kalangan kanak-

kanak
❑ Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
3) Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
❑ Sikap dan nilai memberi keutamaan dalam aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan sikap dan nilai (dalam

diri kanak-kanak)
4) Tunjang perkembangan Fizikal dan Estetika
❑ Menekankan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri kanak-kanak
❑ Pemupukan daya imaginasi, krativiti, bakat dan apresiasi dalam diri kanak-kanak
5) Tunjang kemanusiaan
❑ Menekankan terhadap penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan

global serta penghayatan semangat patriotism dan perpaduan dalam diri kanak-kanak
6) Tunjang Sains dan Teknologi
❑ Memberi penekanan kepada pengetahuan Sains, kemahiran dan sikap sainstifik serta pengetahuan dan kemahiran

Matematik dalam diri kanak-kanak

Ransangan Pembelajaran (kanak-kanak normal dan
berkeperluan khas)

Terdapat 3 aspek :
❑ Kognitif (kemampuan kanak-kanak untuk berfikir dalam proses pembelajaran harian mereka seperti berfikir

untuk membezakan huruf kecil dan huruf besar atau berfikir perkara yang baik dan buruk
❑ Psikomotor (melibatkan perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak)

Kanak-kanak melakukan Kanak-kanak menggunting atau mengoyak
aktiviti berlari, melompat dan kertas mengikut arahan yang diberikan oleh

sebagainya guru PAKK

❑ Afektif (dilihat dari segi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai kanak-kanak dalam proses pembelajaran yang
dilaksanakan di dalam kelas)

Jenis aktiviti Ruang dan bahan
(Sesuai dengan kanak-kanak (Ruang kanak-kanak belajar
seperti aktiviti bermain air dan mestilah mencukupi, luas manakala
bahan yang digunakan perlulah
pasir)
selamat daripada bahan
pembelajaran yang bahaya seperti

permainan blok kayu ABC yang
tajam

Bagaimana ransangan pembelajaran
dilaksanakan

Kumpulan sasaran
(Pembelajaran yang disasarkan
sesuai dengan perkembangan umur
kanak-kanak seperti kanak-kanak

yang berumur 4 tahun sesuai
bermain air dan pasir

Penggunaan pelbagai sumber Aktiviti berpusatkan kanak-kanak
➢ Bahan yang digunakan mestilah ➢ Kanak-kanak sendiri yang
cukup, ceria, berfungsi dengan baik terlibat dalam aktiviti
➢ Sebagi contoh, penggunaan slide pembelajaran

PowerPoint yang memiliki unsur- ➢ Guru berperanan memerhatikan
unsur yang disukai oleh kanak- kanak-kanak hanya dari jauh

kanak seperti ceria dan warna warni ➢ Penggunaan kaedah hands-on
dan ada animasi sepertikartun Upin dan minds-on menyebabkan
kanak-kanak akan perolehi
dan Ipin pengalaman langsung melalui
aktiviti yang dilakukan

Cara menggalakkan pembelajaran
(peranan pendidik PAKK)

Kaedah belajar melalui bermain Modeling
➢ Pembelajaran menjadi aktif dan ➢ Guru perlu menjadi contoh atau

aktiviti penerokaan dapat suru teladan yang baik kepada
dilaksanakan dengan bebas oleh kanak-kanak

kanak-kanak ➢ sebagai contoh, guru yang
➢ Kanak-kanak bebas memilih mempunyai sifat menyayangi

apa-apa permainan yang haiwan, kanak-kanak turut
diminati oleh mereka akan mempunyai sifat tersebut
➢ Kanak-kanak perhati serta
meniru segala perbuatan, sikap

dan sebagainya oleh guru di
dalam kelas

Strategi pengajaran dan pembelajaran (Kanak-kanak normal)-KSPK 2017

1) Pembelajaran berpusatkan murid
❑ Merupakan penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan diberikan

tanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.
❑ Kanak-kanak memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran mereka disebabkan pembelajaran dilaksanakan

atas minat, dorongan dan keperluan kanak-kanak itu sendiri.
❑ Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk memilih bahan, jenis aktiviti yang hendak dilakukan dan masa semasa

pembelajaran dilaksanakan.
❑ Guru bertindak sebagai pemudahcara dan pembimbing kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru menyediakan

bahan-bahan seperti permainan Jigsaw Puzzle dan guru sebagai pembimbing kanak-kanak untuk bermain dengan cara
yang betul secara langsung membantu perkembangan otak kanak-kanak dalam perancangan strategi bermain.

2) Pembelajaran Berasakan Inkuiri
❑ Kaedah yang digunakan menggalakkan murid membina pengetahuan serta kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan

penerokaan berasaskan pengetahuan yang sedia ada.
❑ Pelbagai kaedah boleh diambil seperti penyiasatan sainstifik, pembelajaran berasakan projek, pembelajaran berasaskan

masalah dan pembelajaran berkolaboratif bertujuan membentuk kanak-kanak yang berkemahiran tinggi serta berilmu
pengetahuan.
❑ Proses PdP inkuiri berfokuskan kepada learning by doing yang memerlukan kanak-kanak melaksanakan aktiviti
penerokaan, penyoalan, penyiasatan serta berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu yang baharu.
❑ Sebagai contoh, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri boleh dilakkan :

✓ Melaksanakan eksperimen Sains yang menggunakan air dan minyak, dicampukan bersama serta diletakkan di
dalam satu bekas.

✓ Kelihatan minyak berada di atas permukaan manakala air berada di bawah.
✓ Melaui pendekatan ini, kanak-kanak boleh membentuk penyoalan mengapa minyak terapung diatas manakala

air berada di bawah.
✓ Guru berperanan menerangkan kepada kanak-kanak bahawa air lebih tumpat berbanding minyak.

3) Pembelajaran Mastreri
❑ Pendekatan yang diambil memastikan kanak-kanak menguasai sesuatu pembelajaran sebelum menguasai

pembelajaran yang seterusnya. Sebagai contoh, kanak-kanak perlu menguasai terlebih dahulu tajuk operasi
penambahan dalam matapelajaran Matematik Awal sebelum memasuki tajuk operasi penolakan.
❑ Dengan erti kata lain, kaedah yang diambil ini berfokuskan kepada penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu perkatra
yang dipelajari.
❑ Melalui Pembelajaran Masteri ini juga, kanak-kanak dapat meningkatkatkan tahap penguasaan pembelajaran mereka
serta diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri.
❑ Pendekatan yang diambil ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang dan
kaedah ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses PdP yang berkualiti.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (kanak-kanak berkeperluan khas)-KSPK Pendidikan
Khas 2017

1) Pendekatan bertema
❑ Boleh dijalankan melalui berbagai-bagai aktiviti yang dapat merentasi tunjang dalam KSPK pendidikan khas.
❑ Pendekatan ini memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas meneroka, merasai sendiri pengalaman

baharu serta menjana idea secara kritis dan kreatif berdasarkan tema yang dipilih oleh guru.
❑ Pemilihan tema hendaklah bersesuai dengan persekitaran kanak-kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, mungkin

pada ketika itu musim buah-buahan tempatan, tema yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran kanak-kanak
berkeperluan khas ialah tentang buaha-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, dan sebagainya.
Sumber : Buku Panduan Guru Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Semakan 2017)

2) Pendekatan bersepadu
❑ Memberi manfaat kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas untuk mereka melakukan penerokaan secara

terperinci dan menyeluruh berdasarkan tajuk atau tema yang menyebabkan pembelajaran akan menjadi lebih aktif
serta menyeronokkan.
❑ Kaedah ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan keartiviti mereka dalam memperkembangkan kemahiran berbahas
dan berkomunikasi dalam kehidupan seharian.
❑ Kesepaduan boleh dilaksanakan melalui :

❑ Pengalaman langsung dan tidak langsung
❑ Kesepaduan teori dan amali
❑ Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru MBK
❑ Kesepaduan aktiviti dalam dan di luar kelas
❑ Kesepaduan dalam tunjang, kemahiran dan nilai
❑ Kesepaduan antara komponen, kaedah dan teknik

3) Pembelajaran Berasaskan Projek
❑ MBK dapat menguasai kemahiran dan membina konsep melalaui sesuatu projek dan projek yang dipilih mengikut

perbincangan dan bimbingan guru.
❑ Penekanan diberi kepada penyelidikan dan penerokaan yang berasaskan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan

kemampuan MBK mengikut keupayaan mereka.
❑ Proses pembelajaran akan melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan laporan yang dijalankan berdasarkan

3 fasa berikut:
Fasa 1: Permulaan

❑ Sesuatu topik dipilih oleh MBK setelah berbincang dengan guru.
❑ Guru berperanan membimbing MBK membina web h=jangkaan bersama dan MBK digalakkan membuat soalan

berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh mereka.
Fasa 2: Perkembangan

❑ Mengkaji semula web jangkaan serta membuat perancang an aktiviti penyiasatan yang sesuai.
❑ MBK berkongsi segala perkara yang dipelajari oleh mereka melalaui lakaran, binaan atau bercerita.
❑ MBK membina produk kajian dan menjalankan refleksi tentang apa yang telah dipelajari dan perlu dipelajari

oleh mereka.
Fasa 3: Kesimpulan

❑ MBK membentangkan hasil projek yang dilakukan melalui pelbagai kaedah seperti demonstrasi, bercerita, main
peranan dan lain-lain.

3.0 PERKEMBANGAN PROFESIONAL

❑ Profesional pendidikan PAKK perlulah menjadikan kanak-kanak sewajarnya dihormati, diberikan
layanan dengan kaedah yang terbaik seperti mengambil berat terhadap kesihatan kanak-kanak yang
sedang sakit

❑ Penggunaan kaedah pemerhatian, pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak normal dan
berkeperluan khas adalah hampir sama

❑ Penggunaan kaedah pemerhatian, pentaksiran dan penilaian perkembangan yang digunakan adalah
sama namun pendekatan yang diambil adalah berbeza (bagi kanak-kanak normal dan berkeperluan
khas)

❑ Pelaksananan Amalan Bersesuaian Perkembangan Kanak-kanak (ABP) yang bertujuan melaksanakan
matlamat pendidikan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM

❑ ABP telah diperkenalkan oleh NAEYC yang merupakan pengetahuan tetantang perkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak (Gestwick, 2014)

❑ Perkara utama dalam pengetahuan ini membentuk program bermutu kepada kanak-kanak (Kostelnik et
al., 2014)

❑ ABP adalah teras profesionalisme dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak kerana pengetahuan ini
merupakan asas bagi guru dalam melaksanakan sebarang keputusan (Copple & Bredekamp, 2009)

Maksud kaedah pemerhatian Cara-cara mengesan kanak-kanak
❑ Satu cara menilai pertumbuhan, melalui pemerhatian :

perkembangan dan juga ❑ Perhatikan tingkah laku
pembelajaran kanak-kanak (aktif/pasif)
❑ Boleh dilakukan sepanjang proses
pembelajaran kanak-kanak di ❑ Perhatikan dan nilai interaksi murid
sama ada dengan guru atau kanak-
sekolah kanak yang lain

Kaedah pemerhatian

Tujuan pemerhatian :
❑ Guru dapat memberikan bantuan yang segera.

Contoh situasi, kanak-kanak tidak dapat
menggunting kertas dengan betul, jadi guru
akan memegang tangan kanak-kanak dan tunjuk

cara menggunting kertas dengan betul
❑ Membolehkan guru melakukan aktiviti
pemulihan atau pengukuhan. Contoh situasi,
melalui pemerhatian guru boleh memvbuat
penilaian sama ada memberikan pemulihan,
latihan ataupun penggayaan. Kanak-kanak yang
tidak dapat menulis huruf dengan betul akan

dilatih menulis mengikut titik

❑ Proses untuk menghasilkan nilai ✓ Merupakan proses pengumpulan
kuantitatif untuk menentukan maklumat tentang perkembangan
dan kemajuan murid dengan
peringkat pencapaian dan kedudukan menggunakan pelbagai kaedah
murid dalam pembelajaran
✓ Proses mendapatkan maklumat
❑ Satu proses yang sistematik bagi seterusnya membuat pertimbangan
membuat pertimbangan dalam
tentang hasil daripada sesuatu
mentafsir hasil pengukuran yang proses pendidikan
bertujuan untuk memberi maklumat

tentang pencapaian akademik,
kemahiran dan sikap

Kaedah penilaian

Kaedah pentaksiran

Mengenalpasti pelbagai Membantu guru dalam
kecergasan dan potensi murid melaksanakann tugas
mendidik kanak-kanak
bagi memperkukuhkan dan dengan menyediakan alat
meningkatkan perkembangan bantu mengajar yang sesuai

kanak-kanak Tujuan penilaian
dan pentaksiran

Membantu guru
mengenalpasti kelebihan dan

kekurangan yang ada pada
kanak-kanak

Membantu mengesan Membolehkan guru
perkembangan seseorang memilih dan merancang
pengalaman pembelajaran
murid itu sesuai dengan keperluan

Kepentingan kaedah
Pentaksiran (kanak-

kanak normal)

Mengumpul maklumat Membantu guru dalam
yang berkaitan dengan melaksanakan tugas
kemahiran, pengetahuan mendidik mereka
dan pencapaian kanak-

kanak

Mengenal pasti tahap Merancang aktiviti
pengetahuan, kemahiran dan pengajaran dan
nilai yang dikuasai oleh MBK
pembelajaran mengikut
keperluan perkembangan

dan pertumbuhan MBK

Kepentingan Pentaksiran
(kanak-kanak

berkeperluan khas)

Merancang tindakan susuan Membantu MBK mengetahui
bagi tujuan pemulihan dan tahap perkembangan mereka

pengayaan

Prinsip ABP (Belajar melalui bermain)

❑ Bermain merupakan kaedah untuk meningkatkan perkembangan sosial, emosi rohani dan kognitif kanak-
kanak

❑ Guru PAKK memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan pelbagai aktiviti melalui pendekatan
belajar melalui bermain (meningkatkan perkembangan pada tahap yang optimum)

❑ Kajian juga telah membuktikan bahawa melalui bermain, kanak-kanak akan mendapat ketenangan pikiran,
seterusnya mampu melaksanakan sesuatu aktiviti dengan lebih baik

❑ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1980) dalam penyataan mereka telah menegaskan bahawa bermain
merupakan salah satu daripada hak kanak-kanak selain berehat, beriadah dan berseronok (Noriati et al.,
2012)

❑ Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil
pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada
perkembangan kanak-kanak. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan
komunikasi dan imaginasi. Dan yang paling penting ialah permainan itu menarik minat dan
menggembirakan kanak-kanak.

❑ Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada
yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan
sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi,
mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara
konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.

Jenis permainan

(i) Permainan ‘solitary’
• Kanak-kanak bermain sendirian dan tidak berkaitan dengan orang lain atau secara bebas. Permainan ini
dianggap kebudak-budakan dan tidak matang. Tetapi pengkaji percaya, jenis permainan ini boleh dijadikan
pengalaman yang matang dan menggembirakan.
(ii) Permainan ‘parallel’
• Kanak-kanak bermain secara bebas dan bersendirian tetapi berhampiran dengan kanak-kanak lain.
Misalnya,dua orang kanak-kanak mungkin bermain benda yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama.
(iii) Permainan ‘associative’
• Seorang kanak-kanak bersama kanak-kanak lain terlibat dalam aktiviti yang sama tetapi tidak ada
kerjasama ataupun menjadikan minat sendiri kepada minat kumpulan. Misalnya, beberapa orang kanak-
kanak mahu menjadi emak dan ayah dalam kumpulan tersebut. Guru perlu campur tangan dan memberi
cadangan.
(iv) Permainan ‘cooperative’
• Seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain. Mereka saling lengkap melengkapi. Ada
kerjasama dan tolak ansur. Minat sendiri dapat dijadikan minat kumpulan. Kurang campur tangan guru.

Contoh kaedah belajar Permainan blok kayu ABC atau nomor 1
melalui bermain hingga 10

Permainan Jigsaw Puzzle
Bermain air
Meneroka alam

Bermain pasir

4.0 PROGRAM PERKHIDMATAN

KANAK-KANAK NORMAL :

(i) Program PERMATA Negara :
❑ Diilhamkan oleh Yang Bahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
❑ Diperkenalkan selepas diluluskan oleh cabinet pada 26 Jun 2006
❑ Tema program “Setiap Anak Permata” dan latighan perguruan diterajui oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Semua kanak- Matlamat utama : menyediakan kualiti Pendidikan
kanak ialah penjagaan serta perkhidmatan pendidikan awal mesti bermula
permata sejak kecil/lahir
berasaskan keperluan komuniti setempat

Prinsip-prinsip
utama

Semua kanak- Tiga tahun
kanak pertama

memerlukan merupakan
pendidikan tempoh kritikal
perkembangan

kanak-kanak

(ii) Program Prasekolah PERPADUAN :
❑ Ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara
❑ Bermula dengan pembukaan sebanyak 25 kelas di bandar atau di pinggir bandar (fokus di Kawasan “Skim Rukun

Tetangga”
❑ Objektif : Memupuk nilai perpaduan pada peringkat awal (kesannya, kanak-kanak saying akan negara sejak kecil)
❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sejak tahun 2003
❑ Matlamat Prasekolah PERPADUAN

✓ Memupuk semangat keharmonian, kejiranan, perpaduan dan kewarganegaraan dalam kalangan kanak-kanak yang
berbilang kaum

✓ Menerapkan nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan seharian kanak-kanak sekaligus
mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang sempurna untuk menjadi ahli keluarga yang baik dan bernilai

✓ Menggalakkan komprehensif, integrasi dan perkembangan seimbang kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun melalui
proses pembelajaran tidak formal seperti “belajar melalui bermain”

✓ Mengeratkan hubungan serta memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat melalui penyelaras
Prasekolah PERPADUAN dan aktiviti kokurikulum

(iii) Program Tadika KEMAS :
❑ Diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat
❑ Khas bagi kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah
❑ Mengambil kanak-kanak yang berumur lingkungan (4 hingga 6 tahun) serta menggunakan Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) sejak tahun 2003
❑ Kanak-kanak terima RM1.50 peruntukan untuk makan, RM100 setiap tahun bagi peruntukan bahan pembelajaran

seperti latihan, buku-buku dan sebagainya
❑ Keluarga yang berpendapatan sangat rendah (menerima elaun makan sebanyak RM150 setahun)

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS :
(i) Program Inklusif
❑ Merupakan satu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas

bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
❑ Inklusiff terbahagi kepada dua jenis (inklusif separa atau inklusif penuh)
❑ Berikut merupakan pendekatan bagi Program Inklusif:

Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas MBK mengikuti
(MBK) belajar secara sepenuh pembelajaran bagi semua
matapelajaran akademik
masa bersama-sama murid yang berasaskan kurikulum
arus perdana kebangsaan/kurikulum yang
diubahsuai (bantuan/tanpa
bantuan perkhidmatann

sokongan)

MBK belajar bersama-sama -MBK yang mengikuti Inklusif Separa
murid areus perdana bagi bagi matapelajaran akademik

matapelajaran akademik, aktiviti berasaskan kurikulum kebangsaan yang
koakademikdan aktiviti diubah suai dengan sedikit atau tanpa
bantuan perkhidmatan siokongan
kokurikulum tertentu sahaja -Inklusif Separa (aktiviti
mengikut keupayaan mereka koakademik/kokurikulum mengikut
potensi, bakat dan kebolehan mereka
Inklusi Separa

Matlamat Program Pendidikan
Inklusif

Meningkatkan penyertaan kepada MBK Memberi peluang kepada (MBK
mengikuti program akademik dan bukan mengikuti program akademik atau bukan
akademik bersama murid di arus perdana akademik dengan muris di arus perdana

Memberikan kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan

potensi MBK dan percaya bahawa
ketidakupayaan mereka boleh

diminimakan jika diberi peluang yang
sama

Meningkatkan Objektif Program Memastikan MBK
kesedaran dan Perkhidmatan mendapat hak yang
penerimaan warga Inklusif
sekolah serta sama rata (untuk
komuniti tentang belajar dalam
kepelbagaian
keupayaan MBK persekitaran tanpa
Memastikan MBK halangan)
menyesuaikan diri
dengan murid arus Membina keyakinan
perdana untuk diri MBK bagi
meningkatkan
kemahiran hidup mencapai potensi
harian mereka yang optimum

Pentaksiran Penempatan
murid

Pelaksanaan
Program

Perkhidmatan
Inklusif

Kriteria murid Pengajaran dan
pembelajaran

Guru

(ii) Program Pendidikan Khas Integrasi

SEJARAH PENUBUHAN

❑ Pada tahun 1962, Program pendidikan Integrasi (PPKI)merancang pencantuman bagi pendidikan kanak-kanak
kurang upaya penglihatan di sekolah rendah dan menengah arus perdana yang terpilih mula diperkenalkan.

❑ Pada tahun 1963, pembukaan kelas-kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman kurang upaya pendengaran
di sekolah rendah dan sekolah menengah mula dilaksanakan.

❑ Pada tahun 1988, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memulakan kelas perintis untyuk murid-murid
peringkat rendah bermasalah pembelajaran dan seterusnya ke seluruh negara.

Tujuan

Semua MBK perlu diperkembangkan MBK berpeluang menerima akses
bakat dan potensi melalui pendidikan yang relevan dan sesuai
Menyediakan peluang MBK untuk
pendidikan vokasional (bagi mengikuti program pendidikan yang
menghasilkan insan yang menjurus kepada peningkatan
potensi sedia ada bagi melahirkian
berkemahiran ke arah meningkatkan kumpulan separuh mahir dan
kualiti hidup) seterusnya menjadi asset kepada

Semua MBK diberi peluang mengikuti negara
Program Intervensi Awal agar tahap

keupayaan mereka dapat
dioptimumkan

Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional

• Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan
dengan dasar dan pengisiannya.

• Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata pelajaran vokasional (MPV)
boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.

Pentaksiran Murid Pendidikan Khas

• Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki peperiksaan awam spt UPSR,
PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)

• Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:
• Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK)

dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
• Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah dan

dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas Vokasional.

(iii) National Autisme Society of Malaysia (NASOM)

❑ Merupakan sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1986 oleh sekumpulan ibu
bapa dan golongan profesional.

❑ Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 3 Mac 1987 sebagai sebuah pertubuhan kebajikan sukarela kebangsaan
dengan matlamat untuk menyediakan pendidikan, bantuan, penjagaan dan perlindungan bagi orang-orang autism
dan ahli keluarga mereka.

❑ NASOM telah menubuhkan 14 Program Awal dan 3 Program Vokasional pada masa kini untuk orang-orang yang
menghidap autism di Malaysia.

❑ Terdapat beberapa cawangan NASOM yang terdapat di Malaysia seperti:
❑ Kuala Lumpur di Titiwangsa
❑ Sarawak di Miri
❑ Negeri Sembilan di Seremban
❑ Pahang di Kuantan

Objektif NASOM:
➢ Menawarkan perkhidmatan yang berterusan bagi orang yang mengalami masalah autism melalui pelbagai program

dan perkhidmatan.
➢ Perkhidmatan dan program ini berorientasikan hasil dan penekanan pada pemerolehan kemahiran dan perubahan

dalam tingkah laku.
➢ Menggalakkan dan mengenalpasti rawatan, pendidikan, kebajikan dan penerimaan orang dengan autisme.
➢ Memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang autisme seperti beri sokongan

moral dan sebagainya.
➢ Untuk mengawasi dan melindungi penghidap autisme.
➢ Untuk menjadi sumber yang berguna dalam kajian, penyelidikan, pembangunan metodologi, terapi dan rawatan

autisme dan gangguan yang berkaitan

CONTOH PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH NASOM
INTERVENSI AWAL
❑ Menyediakan Terapi dan servis seperti:

✓ Terapi pertuturan
✓ Terapi permainan
✓ Kaunseling Kanak-kanak
✓ Terapi cara kerja
✓ Kelas sosial
✓ Terapi Multisensori

TRANSITION PROGRAM
➢ Menyediakan murid autisme datang ke sekolah secara formal.
➢ Kanak-kanak autisme diajar kemahiran asas akademik serta kumpulan pembelajaran dan kemahiran lain yang

diperlukan di dalam kelas.
➢ Di dalam program ini juga, ibu bapa turut dilatih dan disokong oleh kakitangan untuk mengekalkan program kanak-

kanak di rumah.
➢ Kanak-kanak yang telah Berjaya menamatkan program peralihan akan mendaftar masuk ke sekolah arus perdana.

5.0 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Teknologi Digital
❑ Merangkumi semua alat elektronik, sistem automatik, peranti teknologi dan sumber yang menjana,

memproses atau menyimpan maklumat.
❑ Teknologi juga merupakan satu proses komunikasi berasaskan komputer serta maklumat boleh

disampaikan pada peranti storan kecil yang boleh disimpan dan dihantar dengan mudah.
❑ Teknologi digital ini boleh dikatakan sebagain satu sistem yang tidak memerlukan tenaga manusia dan

telah mengubah gaya hidup manusia.

Kepentingan Teknologi dalam PDP
❑ Membantu guru dan murid untuk mengumpul, memproses dan mengendalikan maklumat.
❑ Guru dan murid dapat menerokai pelbagai ilmu pengetahuan.
❑ Meningkatkan pembelajaran secara berkolaboratif.
❑ Meningkatkan motivasi pembelajaran . Motivasi dapat ditingkatkan dengan guru memaparkan video

mengajar yang menarik
❑ Membantu guru dalam melaksanakan PdP dalam pelbagai bentuk yang fleksibel iaitu kanak-kanak dapat

mengikut dengan lebih bebas dan tebuka.

Kepentingan Teknologi kepada kanak-kanak
❑ PdP akanmenjadi lebih menarik dan menyeronokkan dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik seperti

penggunaan video, animasi, PowerPoint dan sebagaimya.
❑ Menggalakkan kanak-kanak mmenimba ilmu penegtahuan dengan mudah dan pantas.
❑ Meningkatkan kreativiti dan daya imaginasi seperti dapat membuka banyak peluang untuk belajar, meningkatkan keyakinan

diri melalui pembelajaran kendiri dan pemerolehan ilmu tanpa sempadan.
❑ Sebagai konsep asas dalam sesuatu bidang dapat disampaikan dengan lebih berkesan menyebabkan kefahaman kanak-

kanak akan meningkat serta menambahkan pengalaman pembelajaran dalam sama ada dalam penggunaan teknologi atau
secara hands-on.

Implikasi Perkembangan Teknologi pada masa kini
❑ Pembelajaran kanak-kanak akan berubah

✓ Persekitaran sosial yang sangat mudah dan pantas
✓ Pembelajaran dapat dilakukan oleh kanak-kanak secara kendiri
✓ Pembelajaran yang dilaksanakan akan berpusatkan kanak-kanak
❑ Pedagogi ilmu
✓ Penggunaan amaln pedaggogi dengan kaedah yang terkini
✓ Pendidikan alaf ke-21
❑ Sumber pengajaran dan pembelajaran
✓ Tiada had pada sesuatu masa. Pada zaman dahulu, sewaktu teknologi masih belum berkembang kanak-kanak

hanya dapat belajar di pusat pendidikan awal kanak-kanak sahaja. Namun pada masa kini pembelajaran boleh
dilaksanakan secara dalam talian atau menggunakan medium pembelajaran yang terkini seperti Google
Classroom.
❑ Pembelajaran menjadi lebih kreatif dan menarik.

Berlakunya Terlalu terjebak dengan
keterasingan sosial teknologi (lupa zaman
dalam kalangan kanak-
kanak-kanak)
kanak Kurang rasa kesedaran
Keburukan
dan kreativiti kerana
perkembangan terlalu bergantung
teknologi kepada komputer

Memberi gambaran

Isu Dan Cabaran Penggunaan Teknologi Dalam Kehidupan Kanak-kanak

1) Masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Awal Kanak-kanak
o Komunikasi dan kolabiorasi bersama ibu bapa yang tidak memberikan sebarang Kerjasama.
o Guru yang tidak mahir dalam menggunakan teknologi seperti dalam pembuatan Slideb PowetPoint.
o Kemudahan infrastruktur untuk pembelajaran kanak-kanak seperti tiada kemudahan internet di sekolah kerana darjah

ketersdampaian sekolah yang diajar rendah.

2) Rintangan yang dihadapi oleh ibu bapa kanak-kanak
o Buta teknologi pada masa kini seperti tidak tahu untuk menggunakan Whatsapp yang merupakan medium utama bagi

berkomunikasi dengan guru.
o Tahap ekonomi keuarga yang rendah dan tidak mampu menyediakan peranti teknologi yang mencilkupi untuk anak-

anak belajar.
o Masalah komunikasi dan interaksi bersama guru di sekolah.

Penggunaan Teknologi Multimedia (Kanak-kanak normal)

➢ Multimedia didefinisikan sebagai satu pakej bahan yang mengandungi kombinasi teks, grafik, animasi, audio dan video
(Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, 2004).

➢ Sebagai contoh, sebuah laman web statik boleh dikira sebagai sebuah multimedia kerana menggunakan teks dan grafik.
Walau bagaimana pun, multimedia lebih kerap digunakan pada web atau CD yang mempunyai audio, animasi dan
video. Kamus Dewan (2002) memberi makna multimedia sebagai kata gabungan yang menunjukkan banyak dan
kepelbagaian alat atau perantara komunikasi ataupun perhubungan.

➢ Daripada ketiga-tiga takrifan dan makna yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan bahwa multimedia adalah
penggunaan beberapa media digital contohnya teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat
serta penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia. Ia juga
merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur-
unsur media dalam persembahan informasi.

Grafik, teks dan muzik CD
➢ Menyediakan bahan ➢ Ada sokongan

yang interaktif seperti gambar,
untuk kanak-kanak rajah, carta atau

belajar perkataan

Penggunaan video Contoh teknologi Email, net meeting
➢ Dapat menarik ➢ Guru dan kanak-

perhatian kanak- kanak boleh
kanak belajar seperti berkomunikasi
dan saling tukar
cara membasuh
tangan dengan betul idea
mengikut 7 langkah

Internet Komputer riba Animasi yang
➢ Membolehkan ➢ Membantu guru menarik

kanak-kanak menyediakan Slide ➢ Menggunakan
mencari bahan PowerPoint untuk kartun Upin &
dan menerika
sesuatu yang dijadikan bahan Ipin, Omar & Hana
pengajaran untuk mengajar
baharu kanak-kanak

Contoh teknologi (Animasi):
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=G5m-u4-1iU8

Penggunaan Teknologi (Kanak-kanak berkeperluan khas)

❑ Penggunaan teknologi komputer memudahkan kanak-kanak khas terutamanya yang mengalami masalah tingkah laku.
Contohnya, kanak-kanak yang mengalami masalah Autisme dan bermasalah dalam pembelajaran dalam mempelajari,
membaca, menulis dan mengira.

❑ Contoh teknologi yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas :
▪ Voice Output communication Aids (VOCA)-Untuk menghasilkan pertuturan terutamanya murid-murid
autisme yang tidak boleh bercakap secara verbal.
▪ Penggunaan “PowerPoint” dalam komputer dan “Electronic dictionary”-dapat menunjukkan demonstrasi
dalam konsep yang kompleks dan jika digunakan kepada murid autism, kita dapat menarik perhatian mereka
belajar subjek yang diajar bagi mengelakkan rasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang streotaip.
▪ Kaedah “Picture Exchange Communication System” atau dikenali sebagai (PECS)-Boleh digunakan untuk
mengajar kanak-kanak autism secara non-verbal, menggunakan gambar-gambar dalam menyampaikan
sesuatu hasrat atau keinginan kanak-kanak, mengurangkan masalah tingkah laku yang berlaku serta
meningkatkan kemahiran komunikasi mereka.
▪ Talking Word Processors-memberi sokongan membaca kepada kanak-kanak khas dan program ini
membantu membunyikan huruf, membaca perkataan, ayat dan perenggan serta dapat membaca perkataan
yang sedang ditulis oleh pengguna.

Sambungan…

❑ Perisisan Multimedia Social Story- merupakan sistem perisian khas bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas fokus

kepada yang mengalami masalah autism. Tujuannya ialah meningkatkan kemahiran mereka untuk berkomunikasi

dengan individu lain serta mengajar kemahiran tertentu seperti mengambil kira pendapat orang lain,

faham peraturan, ritin dan juga apa-apa situasi.

❑ Augumentative Communication Devices (ACDS)- alat yang digunakan bagi mereka yang ada pelbagai kecacatan

pertuturan dan bahasa (kecacatan kongenital-serebiat palsi, kemerosotan intelektual dan autisme). Sistem ACDS

terdiri daripada komunikasi tanpa bantuan yang tidak menggunakan sebarang peralatan termasuk bahasa badan

seseorang serta pendekatan yang diambil ini menggunakan alat luaran yang terdiri daripada gambar-gambar dan

papan komunikasi untuk menjana ucapan peranti.

❑ Teknologi RIE (RECEIVER-IN-EAR)-merupakan alat bantu pendengaran dengan kedudukan receiver atau speaker

diletakkan di dalam salur telinga yang memberi bunyi lebih baik dan mengecilkan saiz alat bantu pendengaran. Di

dalam alat ini terdapat mikrofon kecil yang menerima bunyi dan menukarkannya kepada tenaga elektrik yang akan

dikuatkan sebelum di disalurkan ke telinga melalui pencangkuk telinga bunyi akan melalui acuan telinga dan masuk

teus ke telinga (kanak-kanak yang memakai alat itu dapat mendengar bunyi yang telah dikuatkan)

❑ Acuan telinga diacu khas mengikut bentuk dan saiz telinga kanak-kanak (perlu dihganti secara berkala mengikut

perkembangan fizikal kanak-kanak disebabkan kanak-kanak semakin membesar)

Contoh teknologi (Augumentative Communication Devices (ACDS):
Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Augmentative_and_alternative_communication

6.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa perkembangan pembelajaran pada kanak-kanak normal
atau khas telah mengalakkan aktiviti pembelajaran mereka dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja
perkembangan profesional pada masa kini turut berkembang dengan baik lanjutan daripada penggunaan
pelbagai kaedah dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak seperti kaedah pemerhatian, pentaksiran dan
penilaian dan lain-lain lagi. Dalam konteks ini juga, kita mempunyai pelbagai program perkhidmatan yang
dapat membantu kanak-kanak berkembang dengan baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
serta membantu kanak-kanak yang berkeperluan khas yang sememangnya memiliki kelebihan tersendiri
yang masyarakat pada masa kini hanya memandang rendah terhadap potensi yang mereka ada. Sebagai
contoh, Bill Gates yang merupakan pengasas syarikat Microsoft yang mengalami masalah autisme kini
sudah Berjaya dan jenama syarikatnya sudah dikenali di persada dunia. Akhir sekali, kita dapat lihat
bahawa penggunaan teknologi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak sangat membantu perkembangan
kehidupan kanak-kanak. Contoh yang boleh kita ambil seperti teknologi intenet yang membenarkan
kanak-kanak mengakses bahan-bahan pembelajaran di internet secara langsung mengalakkan aktiviti
penerokaan sesuatu yang baharu manakala teknologi Argumentative Communication Devices (ACDS) yang
boleh membantu kanak-kanak khas yang mengalami masalah pertuturan.

RUJUKAN

Augmentative and alternative communication. (2021, Disember 2). Dalam Wikipedia.
https://en.wikipedia.org/wiki/Augmentative_and_alternative_communication

Copple, C. & Bredekamp, S. (EDS.).(2009). Developmentally appropriate practice in early childhood programs. (3rd ed.). Washington, DC:
National Association for the Education of Young Children.

Gets Wick, C. (2014). Development appropriate practice: curriculum and development in early education. (5th ed.). United States,
Wadsworth: Cengage Learning

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Buku Panduan Guru Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas (Semakan 2017). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Semakan 2017. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum

Konstelnik, M. J., Soderman, A. K. & Whiren, A. P. (2014). Developmentally Appropriate curriculum best practices early Childhood
Education. (5th ed.). United State of America Pearson Education Limited.

Les’ Copaque Production. (2015, Jun 1). ABC bersama Upin & Ipin [30 Min]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=G5m-u4-1iU8

Ramlah Jantan. (2016). Faedah bermain dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah (4-6 tahun). Universiti Pendidikan Sultan Idris.
ResearchGate. https://www.researchgate.net.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y & Syarifah Fakhriah Syed Ahmad. (2012). Murid Alam Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norhayati Abd Mukti & Siew Pei Hwa, (2004). Malaysian Perspective: Designing Interactive Multimedia Learning Environment for Moral
Values Education. Educational Technology & Society, 7 (4), 143-152


Click to View FlipBook Version