HARIS SYAHMI BIN HAZLI
UMUR : 12 TAHUN
SEKOLAH RENDAH ISLAM 1
KELAS : 6 OSMAN
1. Penghargaan
2. Definisi Sarapan Pagi
3. Kepentingan Sarapan Pagi
4. Kebaikan Sarapan Pagi
5. Pemilihan Jenis Makanan Untuk Sarapan Pagi
6. Penutup
Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya saya dapat menyiapkan
tugasan buku skrap Kelab Doktor Muda ini.
Saya Haris Syahmi bin Hazli ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada guru Pemimpin Kelab Doktor Muda kerana memimpin
dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, terima kasih diucapkan kepada ibu dan ayah yang
banyak membantu saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan buku
skrap ini.
Akhir kata, semoga tugasan ini dapat meningkatkan lagi
pengetahuan khususnya berkenaan kebaikan sarapan pagi
Sekian Terima kasih
Sarapan pagi sangat diperlukan untuk kesihatan.
Walau bagaimanapun, kita perlu memilih sarapan pagi yang
berkhasiat serta menyihatkan agar badan kekal sihat.
Sarapan adalah hidangan pertama yang dimakan
oleh seseorang dalam kehidupan seharian. Sarapan adalah
penggunaan tenaga pertama yang dibuat oleh seseorang
selepas menghabiskan beberapa jam tanpa makan atau
setelah tidur semalaman. Memilih makanan segera atau gula-
gula pada waktu pagi tidak akan memberikan sebarang
manfaat untuk kesihatan badan. Sebaliknya kita perlu memilih
makanan sihat yang mengandungi khasiat untuk tubuh badan.
Sarapan pagi sangat penting khususnya bagi kanak-kanak
dan remaja. Menurut tinjauan yang dilakukan di peringkat nasional,
sarapan adalah waktu makan paling kerap ditinggalkan oleh remaja
sekolah menengah di Malaysia, iaitu sebanyak 7 daripada 10 remaja.
Apabila mereka gagal mengisi perut di waktu pagi,
prestasi di sekolah akan merudum kerana mereka kurang tenaga
dan fokus. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung
mengambil makanan ringan dan berisiko mengalami berat badan
berlebihan.
Umur kanak-kanak dan remaja adalah saat yang penting
dalam proses pembesaran fizikal dan mental. Jika mereka tidak
mahu makan sarapan di rumah, mereka perlu membawa bekal ke
sekolah supaya boleh dimakan antara kelas. Sekurang-kurangnya
mendapat tenaga dari makanan yang berkhasiat.
Sarapan pagi boleh mengawal pola pemakanan kita. Selepas bangun
dari tidur, kadar gula dalam darah adalah rendah untuk otak dan otot berfungsi
dengan baik. Hidangan yang diambil semasa sarapan pagi akan memberikan gula
serta tenaga. Jika kita meninggalkan sarapan, kita akan kekurangan tenaga untuk
bekerja dan fokus.
Kesannya, kita akan cepat lapar dan mengambil banyak snek kurang
berkhasiat sebelum tiba waktu makan tengah hari. Kita juga mungkin akan makan
dalam kadar yang lebih banyak di waktu tengah hari.
Ramai orang yang memberi alasan tidak cukup masa untuk
mengambil sarapan di waktu pagi kerana berkejar ke tempat kerja atau sekolah.
Apa pun alasannya, hidangan ini perlu diberikan prioriti untuk memastikan tenaga
dan pola pemakanan yang sihat.
Sarapan pagi mungkin merupakan hidangan paling penting dalam
satu hari kerana ia adalah makanan pertama yang kita ambil selepas bangun
daripada tidur. Permulaan hari yang baik bermula daripada sarapan yang
berkualiti.
Banyak kajian telah menemui hubungan antara sarapan pagi dengan
kesihatan yang baik termasuk memori dan fokus meningkat, kadar kolesterol LDL
lebih rendah dan kurang risiko kencing manis, penyakit jantung dan terlebih berat
badan.
Telur
Hampir semua orang sukakan telur yang bukan
sahaja lazat tetapi juga berkhasiat. Kajian menunjukkan
bahawa sarapan dengan telur membantu meningkatkan rasa
kenyang. Selain itu dapat mengurangkan pengambilan kalori
daripada makanan seterusnya dan memastikan tahap gula dan
insulin darah dalam keadaan terkawal. Antioksida dalam telur
(lutein dan zeaxanthin) melindungi kita daripada gangguan
mata seperti katarak dan degenerasi makula. Telur penuh
dengan choline, nutrien yang menyumbang kepada otak dan
jantung yang sihat.
OATMEAL
Oatmeal adalah sejenis makanan yang mengandungi
beta-glucan. Beta-glucan adalah sejenis serat yang dipercayai
mengurangkan kolesterol dan juga menggalakkan rasa kenyang. Satu
kajian mendapati bahawa beta-glucan mencetuskan pembebasan
peningkatan tahap PYY (peptide tyrosine) iaitu sejenis hormon yang
bertanggungjawab untuk membuat kita berasa kenyang selepas
makan. Oatmeal penuh dengan antioksidan yang boleh membantu
meningkatkan kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah. Bagi
oarang yang mempunyai alahan gluten, mereka boleh membeli oat
yang telah disahkan sebagai bebas gluten. Memandangkan oatmeal
adalah makanan yang mengandungi kadar protein yang rendah, kita
perlu sediakan bersama susu atau hidangkan oatmeal dengan telur
untuk meningkatkan pengambilan protein.
Biji chia
Biji chia mempunyai serat yang tinggi bahkan
sebahagian daripada serat yang ditemui dalam biji chia adalah
serat likat. Serat likat boleh menyerap air, menggalakkan
pergerakan makanan melalui saluran penghadaman,
menyebabkan peningkatan rasa kenyang dan rasa puas. Satu
kajian kecil mendapati bahawa pesakit kencing manis mungkin
mendapat manfaat daripada pengambilan biji chia kerana
membantu mengurangkan rasa lapar dan tekanan darah serta
paras gula dalam darah. Biji Chia juga kaya dengan antioksidan
yang membantu mencegah kerosakan sel disebabkan oleh
radikal bebas yang dikeluarkan semasa metabolisma.
Kacang
Kacang sangat elok untuk sarapan pagi kerana boleh
mengisi perut kita dan menghalang pertambahan berat badan.
Walaupun kacang adalah makanan yang berkalori tinggi, badan kita
sebenarnya tidak menyerap segala lemak di dalamnya. Orang yang
mempunyai risiko penyakit jantung boleh mengurangkan risiko
dengan memakan kacang. Kacang juga terbukti mengurangkan
rintangan insulin dan keradangan. Oleh itu, pesakit diabetes
mungkin mendapati kacang berkesan mengawal gula dan
kolesterol dalam darah mereka.
Kesimpulannya, masyarakat perlu peka
terhadap isu sarapan pagi. Sarapan pagi merupakan
makanan pertama yang diambil setiap hari, dan ianya
memainkan peranan dari aspek kesihatan, tenaga dan
mood seseorang.