The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohammadnoraqimee Bin Mohd Zulkiflee, 2024-03-12 22:29:05

LITERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

TESIS WOW !

Keywords: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI,KAJIAN TINJAUAN,PENDIDIKAN ISLAM,LITERASI TEKNOLOGI

i KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 / 2025 SEMESTER 2 TAHUN 3 NAMA PELAJAR : MOHAMMAD NORAQIMEE BIN MOHD ZULKIFLEE NO ANGKA GILIRAN : 2021052340102 NO KAD PENGENALAN : 010803-10-0013 KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 3 KOD KURSUS : PIMK 3143 NAMA KURSUS : ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN TUGASAN : KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN NAMA PENSYARAH : DR. ISMAIL BIN HUSIN TARIKH HANTAR : 6 MAC 2024 Pengesahan Maklum Balas Pentaksiran Berterusan Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami ....................................................... Tandatangan Pelajar Tarikh: ..............................


i LITERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH MOHAMMAD NORAQIMEE BIN MOHD ZULKIFLEE PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Ambilan JUN 2021) Dr. Mohd Nazmi Bin Desa INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


ii KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i iv v vi vii BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 3 4 4 5 5 6 6 7 8


iii BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 9 9 10 13 14 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 15 15 16 17 18 19 19 20 21 22 RUJUKAN LAMPIRAN 23 28


iv SENARAI JADUAL Jadual Nama Jadual Muka Surat 3.1 3.2 3.3 Konstruk soal selidik Nilai gelombang Alpha Cronbach Kaedah statistik berdasarkan persoalan kajian 18 19 21


v SENARAI RAJAH Rajah Nama Rajah Muka Surat 2.1 Kerangka Konseptual 14


vi SENARAI SINGKATAN Singkatan Penerangan GPI TMK PPPM PdP KPM Guru Pendidikan Islam Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia Pengajaran dan Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia


vii SENARAI LAMPIRAN Lampiran Nama Lampiran Muka Surat A B C D E Surat Kebenaran Carta Gant Instrumen Kajian Jadual Krcije Morgan Aplha Croncbach 28 36 39 44 45


1 BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Malaysia kini merupakan sebuah negara kian membangun yang mempunyai ekonomi dan kemajuan teknologi yang kompetatif dalam kalangan negara yang membangun (Nabil Basaruddin, 2018) Selari dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat dan membangun kini, transformasi pendidikan negara perlu untuk dijayakan dan direalisasikan bagi menghasilkan kesan positif kepada pembelajaran murid disekolah. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak merubah dan mempengaruhi budaya dan cara hidup kehidupan manusia masa kini. Perkembangan teknologi ini telah mempengaruhi cara generasi anak muda khususnya di Malaysia dalam berkomunikasi dan bersosial serta telah memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Menurut Mahizer Hamzah & Mohd Ali (2016), penggunaan teknologi secara dinamik dalam dunia pendidikan telah memberikan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada perkembangan kurikulum dan pedagogi pendidikan. Kesan era globalisasi telah menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan teknologi masa kini kerana Masyarakat juga mengalamai perubahan selari dengan arus kemodenan yang serba canggih. Sebagai langkah proaktif, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah merangka pelan untuk melakukan perubahan kepada sistem pendidikan negara dengan memasukkan elemen-elemen TMK kedalam cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) disekolah yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai salah satu pendekatan untuk mengajar didalam kelas. Insiatif ini dizahirkan didalam Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pada anjakan ke tujuh yang menyatakan tentang keperluan TMK dalam pembelajaran semua peringkat. Menurut Nik Mohd Rahimi (2002), pendekatan menggunakan teknologi didalam pengajaran dapat meningkatkan tahap kefahaman murid-murid disamping dapat


2 memberikan Kemahiran tambahan kepada murid untuk menggunakan teknologi sebagai salah satu kaedah pembelajaran. Pembelajaran menggunakan teknologi atau lebih dikenali sebagai epembelajaran bagi guru-guru disekolah merupakan salah satu inovasi didalam dunia pendidikan yang diperkenalkan oleh KPM untuk meningkatkan sistem pendidikan yang sedia ada. Sistem pendidikan sedia ada yang menggunakan tenaga pengajar atau dikenali sebagai guru untuk mengajar dihadapan kelas dengan menggunakan kapur dan papan putih “Chalk and Talk” dapat dipertingkatkan apabila elemenelemen TMK dimasukkan sebagai cara untuk menyampaikan sesuatu isi pembelajaran. Meskipun terdapat kesukaran untuk merubah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan, namun penerimaan inovasi (e-pembelajaran) yang diperkenalkan oleh KPM didalam sistem pendidikan merupakan satu pendekatan yang sangat efektif untuk digunakan didalam dunia pendidikan. Rogers (2010), penerimaan inovasi ini bergantung kepada individu (guru) itu sendiri untuk menilai sama ada perkara tersebut mendatangkan kebaikkan atau kemudaratan kepada dunia pendidikan. Walau bagaimanapun, tahap penerimaan para guru untuk menggunakan TMK masih berada pada kadar yang rendah meskipun pihak Kerajaan dan KPM telah membelanjakan sejumlah wang ringgit untuk merealisasikan sistem pendidikan e-pembelaran atau pembelajaran yang menggunakan TMK. Perubahan sistem pendidikan ini telah membuatkan para guru-guru beranggapan bahawa tugas mereka disekolah menjadi semakin mencabar kesan daripada perubahan dunia kini yang menggunakan teknologi. Oleh itu, tujuan kajian tinjauan ini dilaksanakan adalah untuk melihat tahap literatur TMK dalam kalangan guru Pendidikan Islam di daerah Tawau, Sabah. Kepelbagaian kaedah pengajaran dengan menggunakan TMK semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam matapelajaran Pendidikan Islam (PAI) disamping mampu menarik minat murid dan dijangka mampu meningkatkan pencapaian murid (Mohd Azli & Abdul Latif, 2012). Maka, atas dasar inilah pengkaji ingin menghasilkan penulisan ilmiah ini berdasarkan kajian terhadap tahap literatur teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) Guru Pendidikan Islam (GPI) disekolah rendah didaerah Tawau, Sabah.


3 1.2 PERNYATAAN MASALAH Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan perlu dipertingkatkan terutama dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid disekolah rendah oleh para pendidik. Keperluan seperti ini amatlah penting untuk selaras dengan era kemajuan teknologi digital yang mana akan membentuk seorang anak bangsa yang mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Pihak KPM amat menyeru dan menggalakkan golongan guru untuk menyambut cabaran negara untuk melaksanakan dan merealisasikan segala rancangan pendidikan negara bagi menghasilkan dan membentuk warganegara yang mempunyai intelektual tinggi ditambah lagi dengan berkebolehan didalam dunia digital. Menurut sumber daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (2011), kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit bagi memastikan konsep pembelajaran menggunakan teknologi digital dapat dilaksanakan disekolah. Antara kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ialah penaiktarafan jalur lebar internet (5G) di kawasan bandar dan luar bandar, penyediaan komputer riba disekolah dan pelbagai lagi. Oleh itu, pihak kerajaan mengharapkan supaya pelaburan yang telah diberikan dapat mendatangkan hasil yang lumayan kepada dunia pendidikan negara disamping memberikan kemudahan kepada warga pendidik dalam memastikan keberkesanan yang optimum dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Meskipun begitu, terdapat ramai guru yang masih tidak dapat menguasai dan menghadapi masalah untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semasa sesi pembelajaran (Johari & Fazliana, 2011). Guru disekolah mempunyai pelbagai sebab dan alasan untuk menggunakan TMK sebagai salah satu cara pengajaran disekolah khususnya bagi guru-guru yang sudah berusia. Menyedari hakikat bahawa pendidikan dengan menggunakan teknologi sudah menjadi normalisasi pada masa kini, sebagai seorang guru seharusnya melakukan satu anjakan paradigma ke arah pemikiran tersebut. Selain itu, guru pada masa kini menghadapi masalah dalam mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum dan pengajaran disamping memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Guru disekolah banyak menggunakan bahan maujud dan kurang menggunakan komputer (Chin Sak Fatt, 1993). Perkara ini disokong lagi dengan guru-guru disekolah kurang


4 menggunakan TMK kerana mempunyai kurang ilmu pengetahuan (Jamalludin dan Zaidatun,2005). Penggunaan TMK merupakan salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan tahap pengetahuan murid-murid dalam sessebuah matapelajaran khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Namun, sejauhmanakah guru disekolah memanfaatkan penggunaan TMK sebagai satu cara kaedah pengajaran kerana tidak semua guru mahir untuk mengendali teknologi. Menurut Tajul (1997), kebanyakkan guru mengalami fobia atau ketakutan untuk menggunakan teknologi serta mempunyai pemikiran yang negative untuk menggunakannya didalam pengajaran. 1.3 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan TMK dalam kalangan guru pendidikan islam disekolah rendah yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP). Selain itu, mengkaji hubungan diantara penggunaan TMK oleh guru pendidikan islam sekolah rendah dengan tahap penguasaan murid dalam matapelajaran pendidikan islam. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN 1) Menentukan tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan guru pendidikan islam (GPI) disekolah rendah. 2) Mengenalpasti tahap penggunaan teknologi dan maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru pendidikan islam (GPI) disekolah rendah. 3) Menentukan tahap kemudahan persekitaran pembelajaran digital di sekolah rendah. 4) Menentukan hubungan antara pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru pendidikan islam disekolah.


5 5) Menetukan hubungan antara penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan tahap kemudahan alat TMK disekolah. 1.3.2 PERSOLAN KAJIAN 1) Apakah tahap pengetahuan TMK dalam kalangan guru pendidikan islam di sekolah rendah? 2) Apakah tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru pendidikan islam disekolah rendah? 3) Apakah tahap Kemudahan bahan digital TMK yang disediakan disekolah mencukupi? 4) Adakah terdapat hubungan diantara tahap pengetahuan TMK dengan tahap penggunaan TMK disekolah dalam kalangan guru sekolah rendah? 5) Adakah terdapat hubungan diantara tahap penggunan TMK disekolah dengan tahap kemudahan alat TMK disekolah? 1.3.3 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis dalam kajian ini adalah: Ho1: Terdapat hubungan yang signifikan diantara pengetahuan penggunaan TMK dalam kalangan guru dengan tahap penguasaan TMK guru disekolah. Ho2: Terdapat hubungan yang signifikan diantara penguasaan penggunaan TMK dalam kalangan guru dengan kemudahan TMK disekolah.


6 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Skop kajian ini hanya memfokuskan kepada penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) disekolah rendah. Responden yang dipilih terdiri daripada guru Pendidikan Islam sekolah rendah disekitar daerah Tawau, Sabah. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Pengkaji mengharapkan supaya kajian ini akan dapat untuk meningkatkan tahap penggunaan TMK semasa sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru disekolah rendah daerah Tawau. Hal ini kerana penggunaan teknologi akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan disamping dapat meluaskan daya pemikiran dalam kalangan murid. Dengan menggunakan TMK didalam kelas akan dapat mendedahkan kepada murid-murid kepada alaf baharu iaitu penggunaan internet sebagai salah satu kaedah pembelajaran disamping memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan kaedah untuk mencari sumber maklumat menggunakan internet dan alat teknologi yang boleh diekses melalui pelbagai medium. Selain itu, kajian ini juga diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada KPM tentang tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru didaerah Tawau khususnya dalam kalangan guru pendidikan islam (GPI). Rentetan daripada itu, diharapakan supaya pihak KPM akan mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan guru-guru pendidikan islam dengan menjalankan seminar mahupun program-program yang berkait rapat dengan TMK. Kajian ini juga akan dapat membantu untuk memberikan data kepada pihak KPM untuk mengenalpasti sejauhmanakah tahap penguasaan penggunaan TMK dalam kalangan GPI dapat diaplikasikan didalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan mengenalpasti tahap kemudahan teknologi dan maklumat disekolah di daerah Tawau, Sabah.


7 1.6 DEFINISI ORERATIONAL / ISTILAH Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang pengertian kajian ini, pengkaji telah menjelaskan beberapa istilah yang terdapat didalam kajian seperti : 1.6.1 LITERASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) Teknologi maklumat dan komuniksi (TMK) secara amnya merupakan teknologi yang digunakan bertujuan untuk pemprosesan data dan maklumat. Menurut Kaware & Sain (2015), TKM merupakan gabungan peranti dan sumber teknologi yang digunakan untuk memanipulasi dan menjalinkan informasi. Alat teknologi merupakan semua alat eleoktronik dan digital seperti komputer, internet dan teknologi multimedia (Nur Afiqah & Fariza,2016). Teknologi maklumat digambarkan sebagai istilah yang tercipta hasil daripada penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. TMK akan terhasil apabila wujud gabungan teknologi elektronik micro, komputer dan telekomunikasi yang mempunyai perkaitan dalam penerimaan dan penyampaian maklumat seperti gambar, perkataan, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik. Teknologi dalam Pendidikan pula bermaksud guru mengaplikasikan penggunaan teknologi digital didalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa didalam kelas untuk meningkatkan tahap kefahaman murid disamping mempelbagaikan kaedah pengajaran didalam kelas. 1.6.2 GURU PENDIDIKAN ISLAM Guru merupakan seorang insan yang memfasilitsi proses peralihan ilmu pengetahuan daripada sumber utama kepada murid-murid. Guru juga boleh didefinasikan sebagai orang yang bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada murid dalam perkembangan fizikal mahupun spiritual. Guru memainkan peranan di sekolah sebagai seorang pengajar, pembimbing, pemudahcara, innovator dan pengurus yang secara tidak langsung mempunyai peranan penting kepada masyarakat dan ekonomi negara (Mook Soon Sang, 2008). Pendidikan islam pula membawa maksud proses perubahan tingkah laku seseorang individu pada kehidupan peribadi, bermasyarakat dan alam sekitar dengan menjalani pengajaran sebaagai satu aktiviti utama profesion. Ini bermaksud, pendidikan islam


8 merupakan suatu sistem yang lengkap yang didalamnya terdapat beberapa kompenan yang saling berhubung diantara satu sama lain. Secara amnya, guru pendidikan islam merupakan pendidikan yang mempunyai tanggungjawab dalam membentuk keperibadian seorang murid mengikut cara kehidupan agama Islam. 1.7 RUMUSAN Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam adalah wajar untuk digunakan oleh kalangan guru di sekolah rendah kerana melalui kaedah pengajaran ini guru akan lebih mudah untuk mengawal dan mengendalikan aktiviti (PdP) kerana mudah bagi guru menarik minat murid untuk belajar disamping dapat meningkatkan tahap kefokusan dan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi juga akan dapat memudahkan guru untuk mencari sumber maklumat tentang isi pembelajaran yang akan diajar kerana dengan menggunakan internet terdapat pelbagai cara boleh diekses bagi memperolehi sumber ilmu pengetahuan.


9 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN Pengkaji ingin mengkaji tahap penggunaan tenologi dalam kalangan guru pendidikan islam (GPI) sekolah rendah dengan tahap penguasaan murid dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, pengkaji akan melihat dan menilai mengenai hubungan diantara tahap kemahiran dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan tahap penguasaan murid. Hal ini kerana, masih dapat dikenalpasti dalam kajian yang lalu bahawa tahap penggunaan teknologi maklumat masih berada pada tahap yang rendah dalam kalangan guru dan ia berkait rapat dengan kemahiran guru untuk mengendalikan kemudahan TMK yang disediakan disekolah. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji mengenai tahap kemahiran dan penggunaan TMK oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) disekolah rendah. 2.2 MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (DAVIS, BAGOZZI & WARSHAW, 1989) Bagi menilai tahap penerimaan individu terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), terdapat beberapa model penerimaan yang boleh diguna pakai untuk mengukur tentang persepsi, kepercayaan, sikap individu dan pengaruh luaran iaitu maklum balas individu terdapat perkara yang mendorong sesuatu tingkah laku seseorang untuk menerima dan menggunakan teknologi dalam kehidupan. Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan Model Penerimaan Teknologi (Technology Accepance Model-TAM daripada Devis, Bagozzi & Warshaw, 1989). Melihat kepada kajian empirical terdahulu, teknologi telah berjaya untuk membuktikan bahawa penerimaan teknologi didalam diri individu dapat dijelaskan secara komprehensif melalui model-model penerimaan teknologi. Antara kajian


10 terdahulu yang berkaitan dengan penerimaan teknologi dalam pendidikan ialah Factors influencing student acceptance of m-learning: An investigation in higher education oleh Abu Al-Ais & Love (2013). Sebagai asas rujukan dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan model penerimaan teknologi (Technology Acceptance Model-TAM oleh Davis et.al, 1989) sebagai garis panduan bagi membincangkan tentang penerimaan dan penggunaan TMK dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah rendah. 2.2.1 TEORI DIFFUSION OF INNOVATION’ ROGERS (1983) Kemahiran Teknologi dan Maklumat (TMK) perlu dikuasai sepenuhnya oleh kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) dan seterusnya diintegrasikan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh itu, teori yang boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran TMK dalam kalangan GPI adalah teori Diffusion of innovation’ Roger (1983). Didalam teori ini ada menyebutkan bahawa teknologi boleh ditukar dan ubah cara penggunaan mengikut kesesuaian yang diinginkan. Menurut Alazam et.al, (2010), tahap penerimaan individu dalam mensasarkan penggunaan teknologi dalam pengajaran pada dasarnya merujuk kepada tahap pengetahuan dan penggunaan. Tahap penguasaan seseorang individu terhadap penggunaan TMK dipengaruhi oleh sikapnya sendiri sama ada menerima atau menolak penggunaan TMK. Teori ini sesuai digunakan dalam kajian ini kerana melalui teori ini pengkaji akan dapat mengakaji tahap pengetahuan dan penggunaan guru menggunakan TMK dan pengaplikasiannya didalam proses PdP. 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan kepada Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 telah menyediakan kemudahan teknologi seperti komputer, wifi di sekolah untuk kegunaan semua murid, guru dan kakitangan sekolah diseluruh Malaysia merupakan suatu inisiatif yang positif untuk menjadikan pendidikan diMalaysia setaraf dengan taraf pendidikan di negara-negara maju yang lain.


11 2.3.1 KELENGKAPAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DI SEKOLAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan 11 anjakan transformasi bagi sistem pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira keperluan utama dalam abad ke-21 melalui PPM 2013-2025. Dalam anjakan ke-7, PPPM telah menyatakan keperluan terhadap TMK dalam pembelajaran semua peringkat di Malaysia. Bagi memastikan pelan ini mampu dicapai, pihak kerajaan telah membelanjakan lebih daripada RM6 billion untuk inisiatif TMK dalam pendidikan. Meskipun begitu, masih terdapat sekolah-sekolah yang mempunyai kurang kemudahan TMK daripada pelbagai perkara seperti wifi yang perlahan, jumlah LCD yang sedikit dan pelbagai lagi (Nor Zaira et.al, 2016). Kesan daripada perkara tersebut mengakibatkan guru kurang berminat untuk menggunakan teknologi didalam pengajaran dan pembelajaran dan memilih untuk mengajar secara konvesioanal iaitu ‘chalk and talk’ yang pada mereka lebih mudah untuk digunakan. Hal ini kerana, para guru perlu untuk menunggu giliran bagi menggunakan bahan TMK kerana kemudahan yang disediakan adalah terhad bagi menampung jumlah guru. 2.3.2 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DI SEKOLAH Kajian yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2010 mendapatai bahawa guru-guru disekolah masih kurang menggunakan TMK semasa sesi pengajaran sekaligus meletakkan tahap penggunaan masih berada pada tahap yang rendah. Hampir 80% guru menggunakan TMK kurang daripada 1 jam dan hanya satu per tiga murid yang mengatakan bahawa guru mereka kerap menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semasa didalam kelas. Nurul Farhana (2013).


12 Menurut kajian yang dijalankan oleh Sharifah & Kamarul Azman (2011), menyatakan bahawa didalam era TMK yang berkembang pesat ini, para guru perlu untuk memberikan perhatia kepada dua skop bidang utama. Bidang tersebut ialah melibatkan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang menggunakan teknologi dimana para guru didedahkan dengan pelbagai kemaharan tentang cara menggunakan dan menguruskan TMK dari aspek pengurusan hal peribadi sehingga aspek profesion perguruan. Kecekapan TMK dikenali sebagai literasi TMK meliputi tahap pengetahuan, konsep asas dan operasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Aspek-aspek yang termasuk didalam literasi TMK seperti penggunaan komputer, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, pengurusan fail, penghasilan dokumen, persembahan data serta informasi dan komunikasi. Mohd Aizuddin (2013) aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) akan menjadi mudah untuk dikendalikan sekiranya para guru mampu untuk menguasai penggunaan teknologi yang mana maklumat dan isi kandungan pelajaran akan dapat disampaikan dengan tepat dan sistematik kepada murid-murid. Tinjauan awal yang dilakukan ke atas penggunaan TMK mendapati bahawa masih terdapat ramai guru yang kurang mahir untuk menggunakan dan menguasai TMK (Siti Aminah 2013: Nor Zaira, Zolke & Mohd Kasri (2016). 2.3.3 KEMAHIRAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKSI (TMK) Berdasarkan kepada kajian yang lepas mendapati bahawa tahap kemahiran mahupun penguasaan kemahiran TMK guru masih berada pada tahap yang rendah sedangkan pembelajaran menggunakan TMK memerlukan seorang guru itu menguasai cara-cara menggunakan bahan digital semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru beranggapan bahawa TMK akan membawa kesukaran kepada mereka untuk mengendalikannya dan merasakan untuk mempelajari TMK adalah terlalu sukar dan hanya membuang masa terutamanya kepada guru-guru


13 yang sudah lama dibidang pendidikan (Nor Zaira, Zolke & Mohd Kasri,2016) sedangakan sebenarnya guru merupakan kunci utama kepada kejayaan penerapan teknologi (Papadakis,2018). Sekiranya guru-guru mahir menggunakan TMK dengan mengaplikasikan alat TMK dengan pedagogi yang sesuai dan releven akan dapat menyelesaikan pelbagai isu didalam Pendidikan Agama Islam seperti isu kebosanan semasa belajar. Selain itu, dapat dalam kajian yang lalu juga mendapati bahawa pembelajaran menggunakan TMK dalam kalangan guru masih berada pada aras yang rendah. Hal ini demikian, kebanyakkan guru kurang mengaplikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah disebabkan oleh sibuk untuk menghabiskan silibus dan menghadapi kesukaran semasa mengendalikannya. Pada pendapat mereka, menggunakan TMK akan mengambil masa yang lama untuk menyusun alat TMK dan memaparkan isi pembelajaran apabila terdapat sedikit kesalahan semasa mengendalikannya. 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Kajian ini adalah untuk meninjau tahap penggunaan persekitaran pengajaran menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah. Rajah 2.1 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang akan dijalankan. Berdasarkan kepada Rajah 2.1, kajian ini akan menyelidik 2 aspek utama yang akan diberikan penekanan dalam mengenalpasti tahap penggunaan TMK dalam kalangan GPI iaitu kemahiran TMK guru dan kemudahan TMK di sekolah. Instrument soal selidik dijalankan bagi mengenalpasti keperluan dengan lebih jelas dan nyata.


14 Rajah 2.1 Kerangka Konseptual Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahap penguasaaan TMK dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) 2.5 RUMUSAN Secara konklusinya, dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru sekolah rendah masih berada pada aras yang rendah kerana dipengaruhi beberapa faktor utama seperti faktor tahap pengetahuan dan kemahiran guru, tahap penerimaan guru kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan dan faktor kemudahan TMK disekolah. Untuk menilai tahap penerimaan individu terhadap penggunaan TMK ini, pengkaji mengambil pendekatan untuk menggunakan model penerimaan teknologi (TAM) sebagai garis panduan untuk membincangkan penerimaan dan penggunaan alat TMK dalam kalangan guru sekolah rendah.


15 BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 PENGENALAN Bab ini membincangkan mengenai bagaimana pengkaji menjawab persoalan dengan menggunakan kaedah yang betul. Untuk menjalankan sesebuah kajian rintih yang berkualiti, ianya memerlukan kepada metod atau kaedah yang tepat untuk memastikan data atau dapatan kajian adalah tepat dan boleh diperakui. Untuk mendapatkan satu hasil data yang berkualiti, kaedah kajian yang digunakan semestinya perlu sempurna dan mengikut prosedur yang menepati dengan piawaian. Reka bentuk kajian ini merupakan sejenis kajian kuantitatif secara yang tinjauan yang menggunakan borang soal selidik (Google Form). Satu set soal selidik digunakan bagi mengukur tahap yang dinyatakan pengkaji bagi menjawab persolan kajian. Instrumen yang digunakan telah menjalani proses kesahan, kebolehpercayaan dan persetujuan daripada pakar-pakar penyelidik manakala bagi pengumpulan dan penganalisian data dilakukan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) windows (version 27.0) sebelum data akhir digeneralisasikan dalam dapatan kajian. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ini ialah deskriptif yang menggunakan pendekatan kuantitatif berdasarkan kepada kaedah tinjauan bagi mengkaji literasi teknologi maklumat dan komuninakasi (TMK) dalam kalangan guru. Ahmad Munawar dan Nor Shahrizan (2018), menyatakan reka bentuk penyelidakan merupakan satu perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan. Kajian ini adalah jenis kajian tinjauan yang menggunakan instrument soal selidik bagi menjawab persoalan kajian dan memperolehi keputusan analisis (Mohd Rusdi,2017). Kaedah tinjauan merupakan kaedah yang bersesuaian untuk melihat dan mengkur padangan responden terhadap sesuatu perkara atau isu yang berbangkit (Harun@Zakaria,2010).


16 3.3 PERSAMPELAN Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan persampelan sebagai bertujuan seperti yang dicadangkan oleh Merriam (1998) dan Creswell (2003), melalui dengan mengenalpasti kelompok responden yang mewakili suatu populasi yang hendak dikaji dan menjadikan semua indiividu dalam kelompok tersebut sebagai sampel atau responden. Menurut Roscoe (1975) yang diambil daripada Sekeran (2006) penentuan ukuran sampel yang tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi ialah lebih daripada 30 dan kurang daripada 500 responden. Menurut Krejcie Morgan (1970), saiz sampel yang diperlukan dalam kajian ini ialah seramai 50 orang. Jadual 2 dilampiran menunjukkan senarai saiz sampel yang mempunyai padanan dengan saiz pupulasi sesebuah kajian. Populasi kajian ialah guru-guru Pendidikan Islam (GPI) daripada sekolahsekolah di daerah Tawau, Sabah. Persampelan ialah ukuran yang dilalakukan terhadap populasi. Menurut Nirwana dan Zulkifley (2016), persampelan merupakan satu kaedah untuk menyelidik data yang dikumpul didalam penyelidikan. Melalui persampelan, penyelidik boleh memperolehi maklumat daripada populasi yang telah disasarkan. Menurut Majid (2009) persampelan merupakan strategi yang diambil oleh penyelidik untuk membolehkan mereka mendapatkan maklumat tentang populasi yang disasarkan. Daripada populasi besar tersebut, sebahagia daripada individu yang dipilih akan ambil sebagai bahan kajian yang dinamakan sebagai sampel. Maklumat yang diperoleh daripada sampel boleh diambil dan diguna pakai untuk menganggarkan maklumat tentang populasi yang hendak dikaji. Dalam kajian ini, persampelan yang digunakan ialah persampelan mudah rawak yang merupakan satu proses undian secara rawak bagi GPI di sekolah daerah Tawau yang terlibat sebagai responden. Persampelan rawak mudah merupakan proses mengambil sampel secara rawak daripada populasi kajian (Majid,2009).


17 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang diaplikasikan oleh pengkaji ialah instrument soal selidik (Rujukan Lampiran) kerana penggunaan borang soal selidik merupakan alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh para pengkaji untuk memperolehi maklumat dan maklum balas daripada responden melalui kajian tinjauan. Tambahan lagi, melalui kaedah soal selidik, sesebuah data akan lebih terperinci, tersusun, mudah ditadbir dan dibaca juga dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk mengendalikannya. Instumen soal selidik ini mengandungi 27 item soalan yang terdiri daripada 4 bahagian, iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan demografi seperti jantina, kawasan sekolah dan tahun perkhidmatan. Pada bahagian B pula merupakan item berkaiatan dengan tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) manakala bahagian C pula berkaitan dengan tahap penguasaan atau kemahiran guru terhadap penggunaan TMK didalam pengajaran dan pembelajaran. Bahagian yang terakhir iaitu bahagian D digunakan untuk mengkaji tahap kemudahan Teknologi Maklumat dan Kominikasi (TMK) yang terdapat disekolah. Bahagian A yang berkaitan dengan demografi ini memerlukan responden untuk menandakan ( / ) pada kotak jawapan yang disediakan manakala pada Bahagian B, C dan D pula menggunakan skala likert 5 point yang mana merujuk kepada skala likert 1 = Sangat Tidak Setuju, skala likert 2= Tidak Setuju, skala likert 3= Tidak pasti, skala liket 4 = Setuju dan skala liket 5 = Sangat Setuju. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Model Pengukuran Rasch yang mampu memberika peluang kepada pengkaji untuk membuktikan kesahihan melalui alpha Cronbach bagi mengukuhkan lagi kesahihan instrument (Azrilah et.al, 2013)


18 Jadual 3.1 Konstruk soal selidik Bahagian Konstruk Bilangan soalan Bahagian A Demografi 3 Bahagian B Pengetahuan 10 Bahagian C Kemahiran 8 Bahagian D Kemudahan 6 Sumber: Instrumen soalan 3.4.1 KESAHAN Setiap item yang terdapat didalam instrument kajian perlu menjalani proses kesahan seperti kesahan muka dan kesahan kandungan sebelum boleh untuk ditadbir kepada responden. Kesahan merupakan satu konsep penting yang digunakan dalam konteks pengukuran sesuatu konstruk. Menurut Aziz Yahya el.al (2017), kesahan sesuatu pengukuran bergantung kepada sejuah mana ia berjaya untuk mengukur apa yang hendak dikaji dan diukur manakala menurut Syed Ismail et.al (2018) kesahan merupakan sesuatu instrument soal selidik yang bermaksud ketepatan, kebenaran dan kebolehgunaan instrument. Oleh itu, instrumen mestilah melalui kesahan muka (face validity) dan kesahan kandungan (content validity) bagi menyemak aspek bahasa, struktur dan susunan ayat. Sebelum item diberikan kepada responden, item akan disemak oleh pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang penyelidik bagi memastikan kebolehgunaan item untuk ditadbir. Prosedur ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan kandungan dan muka daripada pihak yang mempunyai kepakaran. Langkah yang seterusnya ialah mentadbir instrumen bagi tujuan kajian rintis yang. Bilangan responden yang terlibat didalam kajian rintis ialah 30 orang GPI. Menurut Micheal, (1995) serta Hill (1998), mencadangkan saiz sampel seramai 10-30 orang sudah mencukupi untuk menjalankan kajian rintis.


19 3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN Kajian rintis dijalankan oleh pengkaji sebelum ujian yang sebenar dilakukan bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan instrument yang disediakan. Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan atau ketekalan keputusan yang diperolehi daripada pentaksiran (Azizi,2010). Kebolehpercayaan ini dihasilkan melalui kajian rintis yang dilaksanakan. Kajian rintis ini dijalankan terhadap guruguru Pendidikan Islam dibeberapa sekolah di daerah Tawau, Sabah. Kebolehpercayaan ditaksir mengikut gelombang alpha Cronbach berdasarkan kepada jadual (Majid, 2009): Jadual 3.2 Nilai Gelombang alpha cronbach Nilai gelombang alpha cronbach Interpretasi 0.91 – 1.00 Sangat Baik 0.81 – 0.90 Bagus 0.71 – 0.80 Bagus dan diterima 0.61 – 0.70 diterima 0.01 – 0.60 Tidak diterima Sumber: Abdul Majid konting (2009) 3.5 KAJIAN RINTIS Kajian rintis (pilot test) adalah kajian berskala kecil yang dilaksanakan oleh pengkaji sebelum menjalankan kajian yang sebenar. Menurut Syed Khalid (2018), kajian rintis dilakukan oleh pengkaji bagi memperolehi kesahan dan kebolehpercayaan serta menguji kebolehtadbiran soal selidik. Kebaikan melaksanakan kajian rintis ialah data yang dikumpulkan dapat memberikan gambaran kepada pengkaji bahawa kajian sebenar telah dilakukan menghadapi masalah, garis kasar cadangan kajian kurang mantap atau instrumen kajian yang digunakan kurang sesuai (Chua,2006). Perkara ini juga disokong oleh (Mohd Rusdi,2017) yang menyatakan bahawa


20 kepentingan kajian rintis adalah untuk memastikan pengkaji mengenal pasti dan mengatasi masalah yang timbul semasa melaksanakan kajian rintis. Berdasarkan kepada kajian rintis yang dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan pengesahan bagi tahap kepercayaan soal selidik yang dijalankan adalah revelen dan diterima untuk dijadikan sebagai satu kajian (Faizal et.al, 2014). Bagi kajian ini, penyelidik menjalankan kajian rintis kepada 30 orang guru pendidikan islam (GPI) di daerah Tawau bagi menguji literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru. Dapatan kajian rintis yang dijalankan oleh pengkaji memperolehi nilai alpha Cronbach 0.803 telah melepasi tahap yang dikehendaki berdasarkan jadual Abdul Majid (2009) dijadual 3. Menurut Ang Kean Hua (2016), beberapa pakar telah memberi pengesahan Krejcie Morgan (1970) adalah rujukan jumlah populasi penduduk dalam menentukan sampel saiz yang diterima. Berdasarkan kepada jadual 2 dilampiran tersebut, kajian ini melepasi tahap kajian rintis kerana populasi yang dikaji seramai 30 orang bersamaan dengan saiz sampel yang sesuai adalah 28 responden. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Setiap responden telah diberikan satu set borang soal selidik (Google Form) yang merangkumi 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. item diedarkan kepada guruguru didaerah Tawau secara rawak dengan tidak mengira sebarang jantina, lokasi sekolah dan tempoh perkhidmatan. Soal selidik yang diedarkan adalah berbentuk google form. Bagi mengelakkan sebarang permasalahan dalam mengumpul data, setiap data yang diperolehi akan diteliti daripada masa ke semasa oleh pengkaji.


21 3.7 PROSEDUR PENGALISIAN DATA Kaedah kuantitaif dalam program “The Statistical Package for The Social Sciences” windows versi 27.0 digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpulkan kerana pengiraan menggunakan SPSS merupakan satu perisian yang tepat dan bebas daripada ralat (Hariri, 2011). Setiap soal selidik akan direkodkan didalam perisian Microsoft excel oleh pengkaji bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecuaian dalam proses pengumpulan data. Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan bagi menjawab ketiga-tiga bahagian manakala ujian infrensi digunakan bagi menjawab persoalan kajian keempat dan kelima. Jadual 3.3 menunjukkan ringkasan analisis data. Jadual 3.3 Kaedah statistik berdasarkan persolan kajian. Bil Persoalan Kajian Analisis yang digunakan 1 Apakah tahap pengetahuan TMK dalam kalangan guru pendidikan islam di sekolah rendah? Deskriptif 2 Apakah tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru pendidikan islam disekolah rendah? Deskriptif 3 Apakah tahap Kemudahan bahan digital TMK yang disediakan disekolah mencukupi? Deskriptif 4 Adakah terdapat hubungan diantara tahap pengetahuan TMK dengan tahap penggunaan TMK disekolah dalam kalangan guru sekolah rendah? Kolerasi Pearson 5 Adakah terdapat hubungan diantara tahap penggunan TMK disekolah dengan tahap kemudahan alat TMK disekolah? Kolerasi Pearson


22 3.7 RUMUSAN Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif dalam mengenalpasti tahap literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah daerah Tawau, Sabah. Pengkaji menggunakan instrument soal selidik yang dibina didalam google form dalam kajian ini. Kesahan instrumen kajian yang disediakan oleh pengkaji telah melalui proses-proses kesahan oleh pihak yang berkemahiran didalam bidang penyelidikan manakala kajian rintis pula telah dijalankan sebelum menjalankan ujian yang sebenar bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Kaedah interprestasi data kajian pula dilakukan menggunaan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 27.


23 RUJUKAN Abu Alazam, A. R. Bakar, R. Hamzah, S. Asmiran. (2010). Teachers’ ICT Skills and ICT Integration in The Classroom: The Case of Vacational and Technical Teacher in Malaysia. Journal of Creative Education, 1, 70-76. Ahmad Munawar Ismail & Nor Shahrizan Ali. (2018). Kaedah Penyelidikan Sosial Daripada Perspektif Penyelidikan Pengajian Islam. FPI Universiti Kebangsaan Malaysia. Azrillah Abdul Aziz, Saidfudin Masodi & Azami. (2013). Asas Model Pengukuran Rasch: Pembentukan Skala & Struktur Pengukuran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya, Peter Voo, Ismail Maakip & Mohd Dahlan. (2017). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Chin Sah Fatt. (1993). Tahap Literasi Komputer oleh Guru Ketukangan di Sekolah. Universiti Teknologi Mara. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill education. Creswell, J, W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative and mixed methods approaches. Sage Publications.


24 Faizal Amin, N.Y., Ruhizan, M. Y., Ridzwan, C. R., & Mohd Bekri. (2014). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan Pembelajaran berdasarkan Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis. First Technical and Vocational Education International Seminar. 1-9. Hariri Kamis, Ramlee Ismail, jamil @ Nordin Yunus. (2011). Analisis Data dan Pentafsiran dengan menggunakan SPSS. Titisan Ilham Sdn. Bhd Harun Baharudin & Zawawi Ismail. (2016). Konsep & Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hua, A. K. (2016). Pengenalan rangkakerja metodologi dalam kajian penyelidikan: satu kajian komprehensif. Malaysian journal of social sciences and human vol 1 issue 4, 42-52. Issac, S, dan Micheal, W, B. (1995). Handbook in Research and Evaluation. In Hill, R. (1998). “What Sample Size in ‘Enough’ in Internet Survay Research. An electronic Journal for the 21st century. Jamalludin Harun & Zaidatun. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. PTS Publication. Johari & Siti Fazliana. (2011). Halangan Terhadap Penggunaan Komputer dan ICT didalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). SMK Kulai Jaya. Kaware, S. S., Sain, S.K. (2015). ICT Application in Education: An overview. Intenational Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, 2, 25-32.


25 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2025. Percetakan Nasional Berhad. Mahizer Hamzah & Mohd Azli Yoep. (2012) persekitaran pembelajaran maya dalam pengajaran dan pembelajaran: Penerimaan dan Kaedah perlaksanaannya. Journal of Research, Policy & Practice of Teacher & Education (JRPPTTE) 6 (2), 67-77. Krejic, R.V & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational And Psychological Measurement. 30, 607-610 Merriam, S, B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Jossey-Bass. Mohd Azli Yeop & Abdul Latif. (2012). Kesan Pendekatan Pembelajaran Berdasarkan Projek Berteraskan Projek Berteraskan Teknologi Terhadap Pencapaian dan Penerimaan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 5(1), 15-45. Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Aizuddin. (2013). Peningkatan Profesionalisma Dalam Penggunaan VLE-Frog. Slide Share. http://www.slideshare.net/aizuddinbakar/ Mook Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Multimedia Sdn Bhd.


26 Muhd Rusdi Ab Majid. (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dan Kreativiti Pengajaran Dalam Kalangan Guru Bahasa Arab di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Nabil Basaruddin. (2018 Oktober 20), Malaysia Perbaiki Kedudukan Daya Saing Global. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/ lainlain/2018/10/487141/malaysia-perbaikikedudukan-daya-saing-global. Nirwana Sudirman & Zulkifley Hamid. (2016). Pantun Melayu Sebagai Cerminan Kebitaraan Perenggu Minda Melayu. Jurnal Melayu, 15(2), 145-1599. Nik Mohd Rahimi, Shahrin Awaluddin, Khadijah Abd. Razak. (2002). Kurikulum Bersepadu Pendidikan Islam Menghadapi Cabaran Era Globalisasi. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nor Zaira, Zolke Li Bahador & Mohd Kasri. (2016). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan VLE-Frog Dalam Kalangan Guru. Proceeding Of ICERS, 1, 1023-1032. Nur Afiqah Zakaria & Fariza Khalid. (2016). The Benefits and Constraints of The Use of Information and Communication Technology in Teaching Mathematics. Journal of Creative Education, 7, 1537 – 1544. Papadakis, S. (2018). The Use of Computer Games in Classroom Environment. International Journal of Teaching and Case Studies, 9(1), 1-25. Roger, E. (1995). Diffusion of Innovation. The Free Press. Sekeran, U. (2006). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. NJ: Jony Wiley & Sons.


27 Sharifah Nor & Kamarul Azman. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-34. Syed Ismail, Ismail Raduan & Bushro Ali. (2018). Asas Penyelidikan Pendidikan. Sasbadi Sdn Bhd. Syed Khalid Syed Idrus. (2018). Penilaian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Utara. Tesis Doktor Falsafah Tajul Ariffin. (1997). Pendidikan Sepadu: Etika, Moral & Nilai. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.


Click to View FlipBook Version