The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurrabihahwahab, 2021-10-27 05:51:51

kanak-kanak positif

Pengurusan Tingkah

Laku Kanak-kanak
( 4-6 Tahun )

NUR RABIHAH BT ABDUL WAHAB
( PID20248 )

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-
KANAK SECARA ISLAMIK

KANDUNGAN

Pengenalan Ciri-ciri Faktor Definisi dan
Teknik

KANDUNGAN

Pendekatan Kesimpula
Rasulullah dan Rujukan

TINGKAH LAKU POSITIF

PENGENALAN TINGKAH
LAKU POSITIF

Tingkah laku positif merupakan tingkah
laku kanak-kanak merupakan tingkah
laku yang baik untuk perkembangan
kanak-kanak.Dengan adanya tingkah laku
ini,kanak-kanak akan lebih bersemangat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU
POSITIF

1. Tingkah laku ingin tahu- sikap ingin tahu yang
tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.

2. Tingkah laku cepat belajar- cepat menangkap atau
'catch up' sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat

mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.

3. Tingkah laku pintar cerdas- sentiasa cepat dan
pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.
4. Tingkah laku proaktif- sentiasa menunjukkan
kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding

kawan-kawan yang lain.

FAKTOR TINGKAH LAKU
POSITIF

1.baka
2.pengaruh tadika(guru)

3.rakan sebaya
4.keluarga

5.keadaan fizikal bilik darjah

KAEDAH DAN TEKNIK
PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Teknik pertama iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah kedekatan fizikal.Kaedah ini dilaksanakan dengan guru mendekati sendiri murid yang
mempunyai masalah tingkah laku.Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal
iaitu dengan berjalan ke hadapan,ke belakang,ke tepi atau mengelilingi kelas sambil membuat
pengawasan.Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan,menarik,marah,kecewa
atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini.

Teknik kedua pula adalah berkaitan dengan pencegahan.Teknik ini dapat mengurangkan
ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar.Antara kaedah yang
boleh digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah,membuat
sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang digubal.

Teknik yang terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan.Tindakan ini dapat
dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan baik tanpa
merosakkan apa-apa.

PENDEKATAN RASULULLAH,
PARA ULAMA’ ,AL-QURAN

DAN AS-SUNNAH

Pendekatan Mendidik Akhlak oleh Imam al-Ghazali

Imam Al-Ghazali menggunakan pendekatan tertentu dalam mendidik kanak-kanak sesuai dengan
kehendak al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Terdapat lima pendekatan yang digunakan
oleh beliau.Antaranya ialah, mendidik (ta’dib).

Ta’dib berasal daripada perkataan adab yang bermaksud mengeluarkan fakulti atau tenaga
dalaman yang terpendam dan secara semulajadinya cenderung kepada hakikat kebenaran supaya
dimanifestasikan dalam bentuk tindakan atau tingkah laku. Al-Ghazali berpendapat, “ Setiap anak
dilahirkan dalam keadaan fitrah dan kedua-dua ibubapanya bertanggungjawab bagi
mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Kristian atau Majusi”.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,Sebagai ibu bapa atau pendidik,kita mestilah menjaga
keselamatan dan jaminan kehidupan sempurna kepada anak-anak.Ibu
bapa juga mestilah memberikan kasih sayang dan perhatian selain dari
wang ringgit dan keperluan asas mereka.Oleh demikian,tingkah laku
bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan teratur agar ia
tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan

mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di
sekolah.

RUJUKAN

1) http://studentsrepo.um.edu.my/5245/2/DISERTASI.pdf
2) http://journalarticle.ukm.my/11332/1/20008-57065-1-

SM.pdf
3) fhttp://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel

%204%20-%20khalim%20ms%2043-56.pdf

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version