Kisah :
“Keluarga Beruang Penjual Kayu Api”
Dalam sebuah hutan, terdapat
sebuah keluarga beruang yang
bekerja sebagai pengumpul kayu
api. Mereka sering dikunjungi
oleh keluarga haiwan yang lain
seperti keluarga Gajah, keluarga
Monyet dan keluarga Ayam untuk
membeli kayu api yang terbaik
sebagai bahan bakar untuk
memanaskan badan mereka
pada waktu malam yang dingin di
hutan tersebut.
Walaupun mereka bekerja sebagai
pengumpul kayu api namun mereka juga
menanam pokok-pokok tersebut selepas
menebangnya untuk dijadikan sebagai
kayu api. Pokok-pokok yang ditanam sangat
besar. Daun pokok tersebut dijadikan
sebagai selimut oleh Ibu Beruang untuk
anak-anaknya. Mereka sangat gembira
kerana tanaman mereka tidak dirosakkan
oleh anai-anai. Anai-anai selalu singgah di
pokok mereka untuk menumpang tidur.
Kemudian, hujan turun tanpa henti
selama tiga hari. Keluarga beruang mula
resah dan risau kerana simpanan kayu
api mereka semakin sedikit untuk dijual
kepada keluarga haiwan yang lain.
Mereka tidak dapat menebang pokok
kerana masih basah oleh air hujan.
Keluarga haiwan yang lain pun tidak lagi
datang ke tempat mereka untuk
membeli kayu api. Mereka ke hutan
sebelah untuk mencari bekalan yang
baharu.
Keluarga Beruang berasa sedih. Namun
mereka percaya selepas turunnya
hujan, pasti munculnya matahari.
Selepas lima hari hujan, hutan pun
mula disinari oleh sang matahari.
“Akhirnya matahari muncul juga,
gembiranya dapat mendengar kembali
bunyi burung berkicauan di sekitar
hutan ini” kata Ayah Beruang. Mereka
pun kembali ke hutan untuk mencari
kayu api yang boleh dijadikan sebagai
bekalan sendiri dan untuk dijual.
Keluarga haiwan yang lain pun datang
semula ke rumah mereka untuk membeli
kayu api dan menceritakan bahawa kayu
api yang dijual di hutan sebelah sangat
mahal dan bersaiz kecil. Mereka berkata
kayu api Keluarga Beruang lebih baik
berbanding yang lain. Ibu Beruang
berterima kasih kepada keluarga haiwan
yang lain kerana berkata sedemikian.
Akhirnya, Keluarga Beruang menjadi
terkenal di seluruh hutan kini mereka
mempunyai kilang kayu api yang paling
besar dan terkenal. Kejayaan mereka ini
atas usaha yang tidak pernah putus dan
sentiasa bersyukur.