Kaedah Pelaksanaan
MODUL TMK
Modul TMK terbahagi kepada:
Modul yang mengandungi kemahiran-kemahiran
asas TMK yang perlu dikuasai oleh murid untuk
melaksanakan Modul Aplikasi
Modul yang mengandungi kemahiran TMK yang
perlu diajar melalui pengintegrasian dalam mata
pelajaran terpilih
Perincian Penggunaan
Modul Kemahiran Asas TMK
1. Modul Kemahiran Asas TMK digunakan oleh
murid yang belum menguasai kemahiran asas TMK
setelah guru mengenal pasti kumpulan murid yang
belum menguasai kemahiran asas TMK melalui
senarai semak dalam Modul Aplikasi.
2. Murid akan mengikuti Modul Kemahiran Asas
yang bertepatan dengan kemahiran dalam Modul
Aplikasi yang digunakan oleh guru pada hari
tersebut.
…Perincian Penggunaan
Modul Kemahiran Asas TMK
3. Modul ini menerangkan langkah demi langkah
untuk melaksanakan kemahiran asas TMK seperti
menaip teks, menyunting teks, merakam
bunyi/suara, menyunting imej, menyisip imej dan
lain-lain lagi.
4. Guru perlu membimbing murid semasa meraka
menggunakan Modul Kemahiran Asas TMK sama
ada bimbingan secara individu, berkumpulan
mahupun bimbingan kepada semua murid dalam
bilik darjah jika semua murid belum lagi menguasai
kemahiran yang ditetapkan dalam Modul Aplikasi.
Perincian Penggunaan
Modul Aplikasi
1. Modul Aplikasi adalah modul yang mengandungi
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran mata
pelajaran yang dipilih untuk diintegrasikan dengan
Komponen dan kemahiran TMK dalam melaksanakan
aktiviti p&p mata pelajaran tersebut.
2. Guru perlu menggunakan Modul Aplikasi yang
berkaitan dengan mata pelajaran masing-masing.
3. Sebelum memulakan p&p guru perlu mengenal pasti
kumpulan murid yang menguasai dan belum menguasai
kemahiran asas TMK melalui senarai semak yang
terdapat dalam Modul Aplikasi. Jika ada murid yang
belum menguasai kemahiran asas TMK, maka murid
tersebut perlu diberi Modul Kemahiran Asas TMK yang
bertepatan dengan kemahiran TMK dalam Modul Aplikasi
pada hari berkenaan.
…Perincian Penggunaan
Modul Aplikasi
4. Murid yang menguasai kemahiran asas akan
meneruskan atau menyiapkan tugasan p&p mata
pelajaran dengan mengintegrasikan kemahiran TMK
seperti yang terdapat dalam Modul Aplikasi yang dipilih
oleh guru.
5. Di akhir Modul Aplikasi yang digunakan akan terdapat
aktiviti penilaian kemahiran TMK yang telah
diintegrasikan.
6. Sekiranya murid tidak melepasi Petaksiran yang
ditetapkan, murid sekali lagi akan dikenalpasti oleh guru
sama ada perlu menggunakan Modul Kemahiran Asas
TMK atau pun tidak.
CARTA ALIR PELAKSANAAN MODUL TMK
Mula
Tentukan Kemahiran TMK yang perlu diajar berpandukan
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Rujuk Modul Aplikasi
Murid Tidak
menguasai
Kemahiran Murid guna MODUL
Asas TMK? KEMAHIRAN ASAS
Ya
Guna Modul Aplikasi
Laksana Pentaksiran Formatif
Tidak Murid
menguasai?
Ubahsuai
Strategi PdP Ya
Tamat
Faktor Lain Pelaksanaan Modul TMK
GURU MATA PELAJARAN MASING-MASING YANG
AKAN MENGINTEGRASIKAN MODUL TMK
DALAM WAKTU MATA PELAJARAN
DENGAN ATAU TANPA KOMPUTER
(UNPLUGGED ACTIVITIES)
MAKMAL KOMPUTER ATAU BILIK
DARJAH ATAU DI MANA-MANA TEMPAT
YANG SESUAI DAN SELAMAT
Contoh Aktiviti Tanpa Komputer
Aktiviti: Menghasilkan imej (UNPLUGGED ACTIVITIES)
Arahan:
1. Gunakan nombor yang diberi untuk
mewarnakan petak segiempat sama.
2. Setiap baris diberi satu set nombor
Rujukan yang perlu dibaca dari kiri ke kanan.
3. Sebagai contoh baris satu atas,
set nombor rujukannya ialah 1,3,1.
Maka nombor 1 yang pertama bermaksud,
jangan lorek. Maksud nombor 3 yang kedua
Pengalaman sedia ada murid: ialah melorek 3 petak. Masud nombor 1 yang
1. Mengira (mata pelajaran matematik) ketiga, jangan lorek.
2. Melorek (mata pelajaran Pendidikan Kesenian)
Objektif:
1. Menghasilkan imej hasil arahan
yang diberi dan diterima
2. Imej terhasil daripada titik-titik yang disusun
melalui arahan
Jom Cuba
Contoh Aktiviti Tanpa Komputer
(UNPLUGGED ACTIVITIES)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Contoh Aktiviti Tanpa Komputer
(UNPLUGGED ACTIVITIES)
Aktiviti: Menyunting teks
Tandakan (√ ) jika perkataan betik
boleh disunting (edit) dan berikan contoh:
Jenis Tandakan (√ ) jika Berikan contoh dengan
Suntingan boleh menggunakan perkataan
Teks menggunakan fitur betik
ini
Serlahkan
(Bold)
Garis
(underline)
Warna Fon
(Font
Colour)
Contoh Aktiviti Tanpa Komputer dan
Kemahiran Pemikiran Komputasional
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dengan Tanpa Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Komputer Komputer Pembelajaran Kendiri
(Unplugged) Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Pembelajaran Koperatif Dan Kolaboratif
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Konstruktivisme
Kerja Projek Modul TMK
PERKAKASAN DAN PERISIAN
PERKAKASAN DI MAKMAL KOMPUTER PERISIAN
• VDI ThinClient Perisian Sistem Pengendalian Windows,
• Pelayan Linux dan Mac.
• Komputer (PC) guru
• Komputer (PC) murid Perisian aplikasi Microsoft Office atau
• Pengimbas StarOffice dan atur cara Scratch.
• Mesin Cetak
• Mikrofon dan pembesar Program utiliti seperti alat pemain
media (Windows Media Player),
suara perakam bunyi (Sound Recorder) dan
kalkulator.
PERKAKASAN UNTUK GURU d. KKeEmMuUdDaAhHaAnNInItNeTrnEeRtNET
Projektor LCD Talian akses Internet
Komputer riba
Nota: Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah MESTI mempunyai lesen yang sah.
PEMBELAJARAN KENDIRI
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan
iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self-
Paced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran Kendiri
(Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepada pembelajaran
berpusatkan murid. Dengan adanya TMK, konsep
pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk direalisasikan.
Sebagai contoh melalui penggunaan perisian kursus dengan
terarah kendiri, murid boleh menentukan apa yang hendak
dipelajari mengikut kadar kemampuan sendiri, mampu
mengakses sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran
sendiri. Strategi ini membolehkan murid menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran, lebih yakin dan
tekun untuk mencapai standard kurikulum.
KOLABORATIF
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang
mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid
menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam TMK
pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan guru memberi
tugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah
dikenalpasti. Murid boleh menggunakan emel untuk
bertukar-tukar bahan dan menggunakan perisian
persembahan untuk mempersembahkan hasil kerja mereka.
Semua ahli kumpulan akan menyumbang dengan aktifnya
pengetahuan, pendapat, kemahiran dan menyelesaikan
masalah bersama
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model
aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan
aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang
panjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu,
berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan
kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan,
pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus
kepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar
menggunakan TMK semasa proses menyediakan projek dan
murid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap
projek dengan menggunakan TMK.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model
aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan
aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang
panjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu,
berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan
kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan,
pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus
kepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar
menggunakan TMK semasa proses menyediakan projek dan
murid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap
projek dengan menggunakan TMK.
INKUIRI PENEMUAN
• Pendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud
maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku disekeliling.
Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku
apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui
aktiviti seperti ekperimen, murid akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai
kesimpulan sendiri. Guru kemudian akan membimbing murid untuk memahami
konsep melalui hasil inkuiri.
• Penggunaan TMK dalam Inkuiri-Penemuan berlaku apabila perisian kursus
digunakan oleh murid untuk mencuba atau melaksana ekperimen yang sukar,
terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilaksanakan dengan cara biasa. Dengan
menggunakan perisian aplikasi, murid juga dapat mengalami, mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Selain itu, demontrasi sesuatu
kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihat dengan
mengunakan perisian 3D Modeling.
PENYELESAIAN MASALAH
• Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan
masalah sebenar dan murid dapat menyelesaikan masalah dengan keupayaan
mereka sendiri. Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan
murid. Murid perlu kenal pasti masalah, cari kaedah penyelesaian, laksanakan
operasi penyelesaian masalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah yang
digunakan. Dalam konteks TMK, kaedah ini akan melibatkan murid untuk
membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, murid ingin
menyiapkan sesuatu tugasan yang memerlukannya memasukkan imej.
• Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam komputernya. Maka untuk
mengatasi masalah itu, murid hendaklah berbincang dengan rakan bagi mencari
penyelesaiannya. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi panduan
kepada murid dalam proses penyelesaian sesuatu masalah pada peringkat awal
PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui
pendekatan ini murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar
pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan
pembelajaran. Sumber-sumber TMK seperti penggunaan papan putih interaktif,
tayangan video, perisian kursus, permainan komputer pendidikan dan bahan-bahan
Internet yang terpilih dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang spesifik.
KONSTRUKTIVISME
Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah dimana murid dapat membina
sendiri pengetahuan atau konsep baru secara aktif berdasarkan pengetahuan,
kemahiran, nilai dan pengalaman yang telah diperolehi dalam p&p. Melalui
pembelajaran konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan inovatif. Murid
gunakan TMK untuk mendapatkan data, maklumat dan pengetahuan.
PEMBELAJARAN PENEROKAAN
Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui penerokaan
berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Murid secara aktif mencari dan mengakses
maklumat dalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang
terkawal. Sehubungan itu, TMK merupakan alat yang paling berkesan dalam
menterjemahkan konsep pembelajaran penerokaan memandangkan ianya dapat
mencapai maklumat dan pengetahuan dengan cepat bagi membolehkan murid
menganalisis dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran
yang berbentuk penyelesaian masalah, kajian masa depan dan simulasi.
PEMBELAJARAN PENEROKAAN
Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui penerokaan
berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Murid secara aktif mencari dan mengakses
maklumat dalam mencapai objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang
terkawal. Sehubungan itu, TMK merupakan alat yang paling berkesan dalam
menterjemahkan konsep pembelajaran penerokaan memandangkan ianya dapat
mencapai maklumat dan pengetahuan dengan cepat bagi membolehkan murid
menganalisis dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran
yang berbentuk penyelesaian masalah, kajian masa depan dan simulasi.
Pendekatan 1: Bilik Darjah
20 minit 20 minit 20 minit
Laptop guru & projektor Murid Murid
penyampaian kandungan Kumpulan 1 Kumpulan 1
dan Guru dan murid Murid diberi
tunjuk cara kepada kedua guna laptop lembaran
kerja/tugasan
kumpulan
Murid Murid
Murid dalam 2 kumpulan Kumpulan 2 Kumpulan 2
Murid diberi Guru dan murid
lembaran guna laptop
kerja/tugasan
Pendekatan 2: Makmal/Bilik Darjah Dengan
Beberapa Buah Komputer Berfungsi
15 Min Stesen Pembelajaran 1 : Aktiviti Penggunaan Komputer
Komputer 15 Min 15 Min 15 Min
Guru
Guru (F) Guru (F) Guru (F)
Penyampaian
kandungan dan K1 K3 K2
tunjuk cara Stesen Pembelajaran 2 :Tugasan 1
Guru kepada semua
K 2 Tugasan 1 K1 Tugasan 1 K 3 Tugasan 1
murid
Stesen Pembelajaran 3 :Tugasan 2
K3 K2 K1
Tugasan T2 Tugasan T2 TugTausgaansaTn2
(T2)
Pendekatan 3: Makmal/Bilik Darjah Dengan
Beberapa Buah Komputer Berfungsi dan
Bimbingan Rakan Sebaya
Penyampaian dan Komputer
Guru
tunjuk cara
dalam kelas
Bimbingan rakan sebaya Guru (F)
Tugasan(T2)
Tugasan
(T1)
Kump.1 murid mahir Kump.2 murid kurang mahir Kump.3 tidak mahir
komputer komputer komputer
Makluman: Guru boleh bergerak melihat kumpulan lain
TERIMA KASIH