The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMK DESA SERDANG_LAPORAN PENUH KAJIAN TINDAKAN2021_PENDIDIKAN ISLAM_AKRONIM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28334742, 2022-11-14 23:05:33

SMK DESA SERDANG_LAPORAN PENUH KAJIAN TINDAKAN2021_PENDIDIKAN ISLAM_AKRONIM

SMK DESA SERDANG_LAPORAN PENUH KAJIAN TINDAKAN2021_PENDIDIKAN ISLAM_AKRONIM

1

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN:

TEKNIK PEMBELAJARAN AKRONIM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGINGAT RUKUN NIKAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

OLEH :
NUR SYUKRIYAH BINTI MOHD SUIB

ZURAIDA BINTI ISMAIL

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah kesukaran untuk menghafal dan mengingati lima
rukun nikah yang dihadapi oleh murid-murid tingkatan 5 dalam subtopik Rukun Nikah yang terdapat dalam
tajuk perkahwinan. Seramai 10 orang murid telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan soal jawab yang berlangsung di dalam kelas secara
maya.Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakan murid tidak dapat menguasai semua sekali lima rukun nikah
yang sebenarnya sangat senang untuk diingati dan memperolehi markah penuh untuk soalan tersebut.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan hafalan murid terhadap fakta
berkaitan sub topik rukun nikah menggunakan teknik akronim. Ujian pra dijalankan mendapati bahawa
murid tidak menguasai sub topik rukun nikah. Selepas teknik akronim diperkenalkan, terdapat peningkatan
murid dalam sub topik berkenaan.Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa teknik akronim dapat
membantu murid saya mengingati sub topik rukun nikah dengan lebih berkesan dan memudahkan mereka
membuat ulang kaji. Di samping itu, daya kreativiti pelajar juga dapat dicungkil.

Kata kunci: teknik mnemonik akronim,

2

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran /Isu Yang Lalu
Saya merupakan seorang guru Pendidikan Islam dan mengajar di SMK Desa

Serdang. Saya mengajar murid kelas tingkatan 3, 4 dan 5. Murid-murid di dalam kelas
saya terdiri daripada pelbagai aras mengikut kelas. Namun, kajian tindakan kali ini, saya
fokus kepada 10 murid daripada kelas 5 Amanah, Bestari dan Cekal yang berada pada
tahap lemah.

Dari pengalaman dan pemerhatian setelah mengajar kelas bermula daripada
Januari, saya dapati mereka tidak menghadapi masalah untuk memahami isi pelajaran
berkaitan tajuk semasa kelas berlangsung. Namun, bila sesi latihan pengukuhan
dijalankan tanpa bimbingan, murid menghadapi masalah untuk mengingati beberapa
fakta malah terdapat kekeliruan.

Kegagalan murid dalam mengingat fakta berkaitan Pendidikan Islam
amnya dan rukun nikah khususnya adalah kerana:
i) sikap sambil lewa murid yang beranggapan bahawa Pendidikan Islam merupakan
subjek mudah berbanding subjek lain seperti Fizik, Kimia, Add Math dan lain-lain.
ii) kehadiran murid kurang memberangsangkan semasa PdPR.
iii) murid hadir PdPR tetapi tidak memberikan penumpuan dan fokus semasa proses
PdPR dijalankan

Di sebalik itu , saya cuba cermin diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin
berpunca dari kelemahan saya sendiri seperti :
i) Kurang berkomunikasi dengan murid dan hanya sekadar fokus terhadap PdPR
sahaja.

3

ii) Tidak memberi tindak susul kepada murid yang lemah secara eksklusif
iii) Tidak mempelbagaikan corak pengajaran.

Semasa sesi bersemuka, saya banyak berkomunikasi dengan murid. Namun,
situasi PdPR merubah suasana kerana kelas secara google meet saya lebih fokus kepada
isi kandungan mata pelajaran untuk mengelakkan kelas terlalu lama bagi menjimatkan
data murid.

Titik tolak daripada masalah tersebut, saya sedar bahawa masalah ini tidak
boleh dibiar berlarutan memandangkan terdapat banyak fakta dan istilah dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam yang perlu dihafal dan difahami oleh murid. Oleh yang
demikian, saya memilih untuk mengambil satu subtopik yang kecil bagi membantu murid
untuk menghafal dengan baik dan seterusnya jika teknik ini menampakkan hasil yang
positif, ia boleh diteruskan kepada subtopik yang lain mahupun diluaskan kepada kelas
atau murid yang lain.

2.0 Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan dan latihan
pengukuhan berkaitan Fiqah khususnya perkahwinan kerana :
a. Murid keliru dengan pelbagai istilah yang terdapat dalam tajuk Perkahwinan
b. Murid tidak dapat menghafal istilah yang berkaitan dengan tajuk
c. Murid menghafal tetapi telah mencampur aduk istilah yang dihafal

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid kerana murid tidak didedahkan
teknik hafalan yang betul dan mudah menyebabkan usaha murid untuk menghafal

4

menjadi sukar dan mengakibatkan murid berputus asa dan mengambil langkah mudah
untuk tidak meneruskan hafalan mereka.

Sepanjang kelas dijalankan, guru akan menjalankan sesi soal jawab bersama
murid bagi mengulang semula tajuk. Namun, masih ramai lagi murid yang tidak boleh
menjawab dan mengulang hasil pelajaran yang dipelajari. Murid masih tidak ingat
jawapan yang lengkap dan betul berkaitan dengan soalan rukun nikah yang ditanya
walaupun telah diberitahu lebih awal subtopik tersebut akan di soal semula.

Secara umumnya, keputusan pra ujian secara keseluruhan tingkatan 5
menunjukkan penurunan sebanyak 80% dan bilangan murid yang fokus juga hanya lebih
kurang 20% dari mereka yang menjawab soalan tersebut. Secara khusus, sepuluh murid
yang terpilih dalam kajian tindakan tidak dapat menjawab soalan dengan tepat.

Murid menjadi lemah dalam memberikan jawapan yang tepat kerana
mereka tidak boleh ingat semua isi dalam Rukun Nikah tersebut kerana keliru dengan
syarat-syarat yang terdapat dalam Rukun Nikah yang mengandungi persamaan dari segi
perkataan nikah itu sendiri kerana guru kurang memberikan penekanan dari aspek teknik
mengingat yang betul. Kebolehan memahami teknik mengingat fakta dengan cara yang
betul bagi subtopik ini dapat membantu lebih ramai lagi murid-murid tingkatan 5
menguasai semua isi Rukun Nikah ini dengan tersusun dan tepat.

Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan terus
mengamalkan sikap memahami dan menghafal fakta mengikut kefahaman dan cara
masing-masing. Dengan itu jawapan yang diberikan akan menjadi tidak tepat, tidak
teratur dan tidak lengkap sebab sentiasa keliru dengan isi-isi sub topik yang lebih kurang

5

dengannya. Murid juga akan melepaskan peluang untuk memperoleh markah penuh
dalam ujian dan peperiksaan akan datang sekiranya masih mengamalkan cara yang
mereka sudah biasa sebelum ini.

Jika langkah ini tidak diambil segera, murid juga tidak akan tahu sebenarnya ada
cara mudah untuk mereka ingat fakta tentang sesuatu topik dengan mudah dan seronok.
Murid yang tidak dapat memahami isi atau fakta dengan cara yang betul akhirnya akan
gagal memperolehi markah yang sepatutnya dapat dicapai.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan memberikan teknik
akronim yang mana perkataan yang digunakan nanti sangat dekat dengan kehidupan
murid-murid tingkatan 5 iaitu perkataan SISWA. Perkataan ini akan disebatikan dalam
subtopik Rukun Nikah dan seterusnya akan membimbing mereka menggunakan teknik
ini dengan cara yang betul.

Teknik akronim merupakan salah satu cabang teknik mneumonik. Teknik
mneumonik ialah satu teknik yang boleh membantu ingatan pelajar dengan mengaitkan
sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan
sesuatu yang bermakna kepada pelajar itu (Tang Geok Ling, 2005). Menurut
Mat@Muhammad (2017) Mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai
peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk
lebih cepat mengingat semua maklumat yang sering digunakan dan maklumat yang
diperlukan segera. Malah, menurut Umi Fairus dan Azlinda 2018, juga menyokong
bahawa teknik mnemonik akronim membantu murid dalam mengukuhkan ingatan.
Tambahan pula, kajian yang telah dijalankan oleh Sharipudin (2009), murid-murid telah

6

menunjukkan perkembangan positif daripada segi penguasaan terhadap tiga belas Rukun
Solat menggunakan teknik mnemonik.
Jelas Mat@Muhammad (2017), jenis mnemonik yang digunakan adalah berbagai-bagai,
bergantung kepada jenis manusia yang berbeza-beza antara satu sama lain. Antara jenis
teknik mnemonik yang biasa digunakan ialah loci, sistem kata kunci, chunking, teknik
akronim dan teknik akrostik. Kajian tindakan ini fokus terhadap teknik mnemonik
akronim memandangkan perkataan ataupun fakta yang berkaitan sesuai menggunakan
teknik mnemonik akronim.
3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengingat Rukun Nikah
Pendidikan Islam tingkatan 5 melalui teknik pembelajaran akronim

3.2 Objektif Khusus:
a) Murid dapat menyenaraikan lima rukun nikah yang dipelajari
b) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian berbanding pra-ujian .
c) Peningkatan minat murid sekurang-kurangnya sebanyak..dalam soal selidik yang
diedarkan

4.0 Kumpulan Sasaran:
Pelajar yang terlibat adalah 10 orang murid tingkatan lima dari kelas Amanah Bestari
dan Cekal.

7

5.0 Pelaksanaan Tindakan
5.1 Tinjauan awal masalah:

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut.

Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a. Pemerhatian
Melalui pemerhatian sepanjang sesi PdPR, murid dapat memahami tajuk rukun nikah
dengan baik. Namun, bila sesi soal jawab berlaku, murid tidak dapat mengingat tajuk
yang dipelajari walaupun item yang disoal hanya melibatkan lima perkara sahaja. Sesi
pemerhatian ini berlaku sebelum teknik akronim diperkenalkan kepada murid. Antara
keluhan murid ketika disoal jawab sepanjang PdPR berlangsung ialah:

1. ‘ala ustazah,saya lupa’
2. ‘saya dah baca tadi tapi tak ingat’
3. ‘macam pernah baca tapi tak ingatlah’.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil Tinjauan mendapati :

8

a. Praujian
Hasil pra ujian menunjukkan 10 murid tidak menguasai tajuk rukun nikah. kesemua
murid ini tidak dapat mengenal pasti dan menjawab soalan berkaitan rukun nikah. Soalan
pra ujian dijalankan secara subjektif bersesuaian dengan format SPM KSSM.

Nama Kelas Jawapan Murid
Muhammad Hadif Fahmi Bin Ashar Amanah Perkahwinan
Izz Luqman Zafry Amanah Nikah
Zikry Haziq Bin Mohamad Hadi Lim Amanah Nikah
Shareena Budi Bestari Rukun Perkahwinan
Putri Alliesya Bestari Pernikahan
Amir Aqmall Bin Amir Rezall Cekal Kuasa Wali
Muhamad Akmal Muqri Cekal Syarat Nikah
Nur Rabiyatuladawiyah Bt Rakbi @ Hasbullah Cekal Syarat Sah Berkahwin

Muhammad Afnan Danish Bin Mohd Alfanizan Cekal Khadinah
Syarat Rukun Nikah
Zulhuarizmi Eirfan Bin Zahid-Din Cekal

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:
Langkah 1
Pra ujian bagi melihat tahap sebenar murid berkaitan tajuk. pra ujian dijalankan selepas
sesi pembelajaran berkaitan tajuk dilakukan tanpa menggunakan teknik akronim. Pra
ujian dilakukan semasa ujian pentaksiran bulan Jun dan soalan rukun nikah dimasukkan
ke dalam soalan ujian.
Langkah 2

9
Sesi pengenalan teknik akronim secara umum bagi memudahkan murid menghafal istilah
dan fakta Pendidikan Islam. Perkataan akronim bukanlah perkataan asing bagi
murid-murid. Malah, terdapat segelintir murid lain yang boleh memberikan contoh yang
baik bagi penggunaan perkataan yang melibatkan akronim.
Langkah 3

Teknik akronim berfokuskan tajuk rukun nikah iaitu dengan menggunakan akronim
SISWA (suami, isteri,saksi,wali dan akad). Semasa dalam kelas PdPR, guru mengajar
murid mengingat fakta berkaitan rukun nikah menggunakan teknik akronim. Respon dari
murid mengatakan bahawa akronim SISWA memudahkan mereka mengingat fakta rukun
nikah.

Langkah 4
Selesai sesi pengenalan akronim SISWA kepada murid, guru membuat ujian secara lisan
bagi melihat perkembangan proses hafalan murid. Semua murid dapat menjawab rukun
nikah menggunakan akronim SISWA secara lisan. Ini berkemungkinan kerana sesi
pembelajaran baru sahaja dilaksanakan dan murid masih lagi dapat mengingat dengan
baik.
Langkah 5

Ujian post dilakukan bagi memperoleh data yang tepat sejauh mana keberkesanan dan
tahap penguasaan teknik akronim dalam hafalan rukun nikah, satu ujian yang dinamakan

10

Ujian Post Keberkesanan Teknik Akronim telah diedarkan dengan menggunakan google
form bagi menguji penguasaan 10 orang murid yang menjadi sampel kajian ini. Hasil
ujian post mendapati 10/10 murid telah berjaya menguasai bilangan rukun nikah dengan
tepat sekali iaitu ada lima rukun nikah. Walau bagaimanapun untuk soalan
menyenaraikan rukun nikah pula hanya 7/10 murid yang terlibat boleh jawab dengan
tepat soalan google form (Ada murid yang menjawab dua kali menyebabkan data
bilangan respon menjadi 11). Ada dua soalan berkaitan Rukun Nikah yang diberikan
kepada murid-murid untuk menjawab berdasarkan teknik akronim ini.
Di bawah ini ditunjukkan soalan yang dikemukakan dan data jawapan murid dalam
bentuk carta dan jadual.

A. Soalan 4 dan 5

11
B. Carta Jawapan murid bagi soalan 4 dan 5.
C. Markah yang diperolehi oleh murid:

12 KELAS SOALAN SOALAN
45
NAMA Amanah 1/1 5/5
Amanah 1/1 4/5
Muhammad Hadif Fahmi Bin Ashar Amanah 1/1 5/5
Izz Luqman Zafry Bestari 1/1 4/5
Zikry Haziq Bin Mohamad Hadi Lim Bestari 1/1 5/5
Shareena Budi 1/1 5/5
Putri Alliesya Cekal 1/1 5/5
Amir Aqmall Bin Amir Rezall Cekal 1/1 4/5
Muhamad Akmal Muqri Cekal 1/1 5/5
Nur Rabiyatuladawiyah Bt Rakbi @ Hasbullah Cekal 1/1 5/5
Muhammad Afnan Danish Bin Mohd Alfanizan Cekal
Zulhuarizmi Eirfan Bin Zahid-Din

Berdasarkan analisa jawapan yang diberikan terbukti 10/10 murid sudah dapat menguasai
sepenuhnya bilangan rukun nikah ada lima perkara tetapi apabila diminta menyenaraikan
rukun nikah tersebut hanya 3/10 orang murid sahaja yang mendapat 4/5 markah. Ini
menunjukkan berlakunya peningkatan 70% penguasaan murid dalam menjawab soalan
berkaitan Rukun Nikah ini berbanding pra ujian. Dalam Pra Ujian tiada langsung murid
dapat menjawab betul.

Langkah 6
Soal selidik diedarkan bagi mendapatkan maklum balas murid. Guru telah mengedarkan
soal selidik melalui google form kepada responden. Soal selidik diadaptasi daripada
kajian Umi Fairus dan Azlinda 2018. Soal selidik ini menggunakan skala likert 4 mata.

13

Hasil soal selidik mendapati 4 item berada pada tahap sangat tinggi manakala 6 item
berada pada tahap tinggi.

Daripada dapatan tersebut, item 8 disenaraikan sebagai nilai peratus tertinggi
dengan nilai 90%. Ini menunjukkan teknik akronim bukan sahaja boleh digunakan dalam
subtopik rukun nikah tetapi boleh juga digunakan dalam tajuk yang lain. Item 4 juga
menunjukkan nilai peratus yang sangat tinggi iaitu 87.5%. Ini menunjukkan responden
bersetuju bahawa teknik akronim boleh membantu murid dalam mengingat topik yang
dipelajari. Item 3 menunjukkan nilai peratus yang paling rendah iaitu 75%.
Kesimpulannya,sSecara tidak langsung ini menunjukkan teknik akronim membantu
murid dalam menghafal sub topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Pernyataan Skor

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Setuju 3

Sangat Setuju 4

sumber: Mulyatiningsih (2012:29)

Nilai Pernyataan

25.00% - 43.75% Sangat Rendah

43.76% - 62.50% Rendah

62.60% - 81.25% Tinggi

81.26% - 100% Sangat Tinggi

sumber: Sujarweni (2015:122)

BIL ITEM SKALA
PERATUS TAHAP
Membantu saya mengingat
1 banyak fakta penting dalam 1234
80% 20% 80.0% Tinggi
mata pelajaran PI

14

Menjadikan saya lebih cepat 90% 10% 77.5% Tinggi
2 menguasai topik-topik dalam

mata pelajaran PI

3 Menjadikan saya berfikir dengan 20% 60% 20% 75.0% Tinggi
lebih kreatif

Membantu saya untuk lebih 50% 50% 87.5% Sangat
4 cepat mengingati topik yang Tinggi

dipelajari

Membantu saya untuk 10% 50% 40% 82.5% Sangat
5 menghafal isi pelajaran dengan Tinggi

lebih mudah.

Membantu saya menjawab 10% 70% 20% 77.5% Tinggi
6 soalan dan latihan yang

diberikan dengan lebih mudah.

Menjadikan saya lebih 10% 50% 40% 82.5% Sangat
7 bersemangat untuk Tinggi

mengulangkaji pelajaran

Boleh saya gunakan sebagai 40% 60% 90.0% Sangat
8 rujukan untuk tajuk-tajuk yang Tinggi

lain.

Menjadikan saya seorang yang

9 lebih rajin dan berkeyakinan 20% 50% 30% 77.5% Tinggi
untuk menjawab pelbagai soalan

yang diberikan guru

10 Membantu saya membina nota 10% 70% 20% 77.5% Tinggi
kendiri berdasarkan idea sendiri.

6.0 Bahan yang dicadangkan

Slide power point sebagai bahan bantu mengajar, google form sebagai ujian post dan soal

selidik bagi mendapat maklum balas murid berkaitan teknik akronim.

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan

1. Menulis proposal Kajian 21 Jun 2021

15

2. Merancang Tindakan 24 Jun 2021
3. Melaksanakan Langkah 1 28 Jun 2021
4. Melaksanakan Langkah 2 2 Julai 2021
5. Melaksanakan Langkah 3 8 Julai 2021
6. Melaksanakan Langkah 4 9 Julai 2021
7. Melaksanakan Langkah 5 15 Julai 2021
8. Melaksanakan Langkah 6 16 Julai 2021
9. Refleksi kajian 20 Julai 2021
10. Menulis laporan Kajian 21 Julai 2021

8.0 Kos Kajian
Kajian ini tidak melibatkan kos kerana proses pengumpulan data berlaku semasa PdPR.

9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, walaupun kajian ini berada pada tahap skala yang kecil, namun kajian
ini mampu membuktikan penggunaan teknik akronim dalam pengajaran dan
pembelajaran subtopik rukun nikah dapat membantu meningkatkan hafalan murid dan
sesuai diguna pakai walaupun era teknologi semakin berkembang di sekeliling murid.
Kesannya, teknik ini dilihat dapat memberi implikasi positif di kalangan murid-murid
antaranya: kemahiran berfikir akan dapat dijana melalui pembinaan akronim yang kreatif
oleh murid-murid, penguasaan topik pelajaran yang lebih cepat dan mudah selain dapat
mewujudkan suasana belajar yang lebih santai dan seronok. Selain itu, cadangan

16

penambahbaikan seperti pembinaan akronim dan seiring dengan penggunaan media dan

bahan maujud juga boleh dipertimbangkan bagi meningkatkan daya kognitif murid.

10. RUJUKAN

Mat@Muhammad, M. (2017). Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif Dalam Meningkatkan
Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian Lepas. National Pre University
Seminar 2017, (NpreUS2017).

Sharipudin, A.S. (2012). Pendekatan Bimbingan Rukun Solat Menggunakan Kaedah Mnemonik. IPG: c
Kampus Batu Lintang. “Tidak diterbitkan”

Tang Geok Ling. (2011). Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah Dengan
Menggunakan Kaedah Mneumonik. Dalam Prosiding Seminar Kajian Tindakan 2011, 8-9 Oktober
2011.Terbitan bersamaIPG Kampur Tunku Abdul Razak, Samarahan dan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri
Aman, 133-147

Umi Fairus Mohd Jamil, & Fazlinda Ab Halim. (2018). Kaedah mnemonik akronim dalam mata pelajaran
Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. Online Journal for TVET
Practioners, 3(1).


Click to View FlipBook Version