LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENYIASAT PENGUASAAN KEMAHIRAN PENDARABAN DAN PEMFAKTORAN
UNGKAPAN ALGEBRA MENGGUNAKAN TEKNIK JUBIN ALGEBRA DAN PERISIAN
ALGEBRAIC TILES DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN DUA
OLEH
Norzira binti Abdullah, Basiroh bt Salleh, Lim Fang Keong
SMK Desa Serdang, Seri Kembangan, Selangor
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menyiasat penguasaan kemahiran pendaraban dan pemfaktoran Ungkapan
Algebra dalam kalangan murid tingkatan dua. Seramai 20 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian latihan dan juga ujian yang telah dijalankan. Hasil
tinjauan menunjukkan ramai murid keliru bagaimana pendaraban dan pemfaktoran ungkapan algebra
dilakukan. Kebanyakan murid gagal mengembangkan pendaraban yang melibatkan 2 ungkapan Algebra
dengan betul sekaligus gagal untuk melaksanakan pemfaktoran ungkapan algebra. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran mendarab dua ungkapan algebra sekaligus mampu
untuk memfaktorkan ungkapan algebra. Penggunaan Jubin algebra yang lebih fokus kepada teknik visual
mampu untuk membantu murid lebih memahami kaedah mendarab ungkapan algebra dengan betul dan
mampu untuk memfaktorkan ungkapan algebra dengan baik. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh
empat minggu. Keputusan pasca ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan dari
latihan yang diberikan pula menunjukkan murid kurang melakukan kesalahan semasa mendarab dua
ungkapan algebra.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU
Sekolah kami merupakan salah sebuah sekolah harian biasa kerajaan di kawasan Serdang, iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Serdang. Murid-murid di dalam kelas kami terdiri daripada murid yang
sederhana pencapaian akademiknya. Dari pemerhatian setelah mengajar kelas selama hampir 6 bulan dan
setelah melalui pelbagai aktiviti seperti latihan bertulis, kuiz, didapati mereka masih gagal menguasai/
1
memahami kaedah mendarab dan memfaktorkan ungkapan algebra berpunca daripada kegagalan menguasai
konsep pendaraban dan pemfaktoran ungkapan algebra.
Kegagalan murid memahami atau menguasai tentang konsep pendaraban dan pemfaktoran ungkapan
algebra ini adalah kerana sebab-sebab berikut antaranya :
i) Sikap sambil lewa murid.
ii) Kurang fokus semasa kelas online dijalankan.
iii) Murid juga tidak memahami istilah pendaraban dan pemfaktoran.
iv) `Mindset` murid yang menganggap algebra adalah susah.
v) Murid keliru apabila ingin mendarab dua ungkapan algebra.
vi) Tidak membuat latih tubi selepas kelas.
vii) Malu bertanya kepada guru.
Di sebalik itu, kami cuba mencerminkan diri dan menyenaraikan masalah yang mungkin berpunca dari
kelemahan kami sendiri seperti:
i) Selama ini kami mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman murid.
ii) Kami juga beranggapan mereka telah faham apabila tiada yang bertanya selepas PdP
dilaksanakan.
iii) Murid pula mungkin takut untuk bertanya kerana personaliti kami yang agak tegas dan tiada ciri
kecindan bila menjalankan PdP.
iv) Kami hanya bermatlamat untuk menghabiskan sukatan tanpa menoleh ke belakang untuk melihat
murid yang masih tidak menguasai tajuk.
v) Pembelajaran secara dalam talian agak terhad untuk kami memberi kefahaman kepada murid
secara maksima kerana kurang mahir tentang teknologi masa kini.
vi) Kaedah pengajaran yang kami gunakan tidak menarik perhatian murid.
2
Kami cuba untuk menyampaikan pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar.
Harapan kami dengan bersikap sedemikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan kami meleset. Hasil
kerja latihan murid semakin tidak memuaskan dan prestasi mereka juga semakin membimbangkan.
Berdasarkan dari masalah itu, kami sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan
memandangkan murid-murid kami akan menduduki peperiksaan PT3 pada tahun hadapan. Kami akan cuba
membantu murid mengatasi masalah di atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar. Kami
bercadang untuk menggunakan Jubin Algebra bagi membantu murid menguasai pendaraban dan pemfaktoran
Ungkapan Algebra.
Bagi membantu menyelesaikan masalah kajian kami, satu perisian iaitu Algebraic Tiles akan
digunakan sebagai medium untuk kami menerangkan konsep Jubin Algebra. Kami menggabung jalinkan
kemahiran mengembangkan dua ungkapan algebra dengan pemfaktoran dalam satu kaedah.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan/ latihan berkaitan pendaraban
dan pemfaktoran ungkapan algebra kerana:
a. Murid tidak cuba mengaplikasikan konsep matematik dengan kehidupan harian.
b. Murid tidak memahami makna istilah matematik contohnya perihalkan dan terbitkan.
c. Murid gagal memahami ayat Matematik dalam petikan.
d. Murid lemah konsep asas pemfaktoran.
e. Murid tidak memahami pemboleh ubah.
f. Murid sukar memahami konsep ungkapan algebra kerana ia melibatkan pemboleh ubah.
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid yang malas membaca, menjawab dengan sesuka
hati tanpa menghiraukan konsep algebra dan tidak pandai membahagi masa yang diperuntukkan.
3
Murid tidak mengambil serius terhadap topik pendaraban dan pemfaktoran ungkapan algebra ini
dapat dibuktikan apabila soalan yang mengandungi pembolehubah akan ditinggalkan murid tanpa mencuba
untuk menyelesaikan soalan tersebut.
Salah satu faktor murid menjadi lemah dalam topik pendaraban dan pemfaktoran ungkapan algebra
adalah kerana mereka tidak faham konsep pendaraban nombor, pembolehubah dan lemah dalam penguasaan
sifir. Pemahaman konsep penambahan, penolakan dan pendaraban ungkapan algebra ini sebenarnya murid
telah aplikasikan dalam kehidupan harian mereka secara tidak langsung.
Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa.
Murid juga akan hilang minat belajar matematik, terutamanya topik tentang pendaraban dan pemfaktoran
ungkapan algebra. Murid juga tidak akan mengetahui bahawa algebra adalah ‘Bapa’ kepada Matematik dan
seterusnya tidak mengetahui kecantikan matematik. Murid yang tidak memahami pendaraban dan
pemfaktoran ungkapan algebra akhirnya akan gagal dalam matematik kerana algebra merupakan salah satu
elemen penting dalam matematik.
Kami akan cuba mengatasi masalah kesukaran murid belajar pendaraban dan pemfaktoran ungkapan
algebra dan akan membimbing mereka menggunakan teknik ‘Jubin Algebra’ dan ‘Perisian Algebraic
Tiles’.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat penguasaan kemahiran pendaraban dan pemfaktoran ungkapan
algebra menggunakan teknik iaitu ‘Jubin Algebra’ dan ‘Perisian Algebraic Tiles’ dalam kalangan murid
tingkatan 2.
3.2 Objektif Khusus
4
a) Peratus murid lulus meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 15% berbanding Peperiksaan
(Pentaksiran/ Penilaian) Pertengahan Tahun.
b) Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 item dari 20.
c) Guru dapat meningkatkan peratus penilaian pasca ujian sebanyak 16% berbanding pra ujian.
4.0 KUMPULAN SASARAN:
Murid yang terlibat adalah seramai 20 orang dari kelas 2 Bestari, Cekal dan Dedikasi. Kelas ini terdiri
daripada murid aras sederhana dan terdiri daripada pelbagai latar belakang serta pelbagai kaum.
Tumpuan kajian adalah kepada murid yang sering hadir semasa kelas online yang dijalankan untuk
memudahkan penyampaian teknik penggunaan Jubin Algebra.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan soal selidik, pemerhatian dan
juga pra ujian.
5.1.1 Pemerhatian
Kami telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan
murid kurang berkeyakinan menjawab soalan berkaitan algebra dan memilih untuk tidak
menjawab soalan tersebut. Sebagaimana kebiasaannya, murid perempuan yang lebih
5
bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya murid lelaki kurang bersungguh dan
kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti PdP yang dijalankan.
Kami juga membuat semakan buku latihan murid untuk mengenalpasti tahap
penguasaan murid terhadap tajuk algebra. Kebanyakan murid tidak dapat
mengembangkan ungkapan algebra dengan betul sekaligus gagal untuk memfaktorkan
ungkapan algebra.
5.1.2 Praujian
Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
konsep mengenai pendaraban dan pemfaktoran ungkapan algebra. Item pra ujian
merupakan item yang dibuat berdasarkan apa yang telah murid pelajari sebelum ini.
Item ini juga merangkumi soalan-soalan kembangan dan pemfaktoran ungkapan algebra
mirip seperti latihan yang telah diberi di dalam kelas sebelum ini. Selepas menyemak
jawapan murid, kami tidak memulangkan kertas jawapan dan tidak juga
membincangkan jawapannya. Sebaliknya telah memperkenalkan kaedah Pendaraban
dan Pemfaktoran Ungkapan Algebra Menggunakan teknik ‘Jubin Algebra’.
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati:
6
a. Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan.
Mereka tidak memberikan maklumbalas apabila disoal guru dan lebih suka memberi
jawapan tidak tahu berbanding cuba menjawab.
b. Buku latihan mereka juga memberi gambaran kekeliruan mereka untuk mengembangkan
ungkapan algebra dan memfaktorkan ungkapan algebra. bilangan murid yang menghantar
latihan juga sedikit walaupun guru telah meminta murid menghantar latihan berulang kali.
Tidak ramai murid yang menghantar latihan. Di atas adalah antara latihan kembangan dan pemfaktoran
ungkapan algebra yang dijawab oleh murid.
5.2.2 Analisis Praujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan konsep berkaitan pendaraban dan
pemfaktoran ungkapan algebra adalah lemah. Ujian yang mengandungi 10 soalan melibatkan
7
pendaraban dan pemfaktoran ungkapan algebra telah dijalankan. Berikut ialah pencapaian
yang diperolehi.
SOALAN BIL %
1 12 80
2 10 67
3 7 47
4 6 40
5 8 53
6 11 73
7 9 60
8 9 60
9 11 73
10 2 13
8
Dapatan dari Jadual 1 di paparkan dalam Carta 1 dan ia menunjukkan tahap penguasaan murid yang
lemah dalam memfaktorkan soalan yang mana soalan 3, 4,5 dan 10 merupakan soalan melibatkan
pemfaktoran ungkapan algebra. Untuk soalan tersebut peratus murid yang menguasai hanyalah antara
40 - 50% sahaja.
5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN
Selepas murid menjalani pra ujian, Kami telah memulakan rawatan seperti berikut :
Aktiviti 1
Murid dikenalkan dengan lebih terperinci apakah Jubin Algebra dengan membuat tayangan video
Jubin Algebra yang diperolehi daripada youtube. Video-Video tersebut adalah seperti berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=ODdNqMQ41sA
9
https://www.youtube.com/watch?v=bGodlVIfs0s
Aktiviti 2
Murid kemudiannya diberikan link aplikasi ‘Algebraic Tiles’ sama ada melalui websites ataupun
melalui aplikasi yang boleh mereka masukkan ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk dicuba.
Perisian Algebraic Tiles yang boleh dicuba melalui website https://mathsbot.com/manipulatives/tiles
10
Aplikasi ‘Algebraic Tiles’ yang boleh di pasang dalam telefon bimbit murid.
Aktiviti 3
Semasa kelas di jalankan, guru dan murid bersama-sama menyelesaikan soalan pendaraban dan
pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan Jubin Algebra. Murid juga diberikan latihan dalam
aplikasi classkick menggunakan Jubin Algebra.
Semasa kelas dijalankan.
11
Murid mencuba latihan pemfaktoran menggunakan aplikasi Classkick.
Guru membetulkan salah konsep murid.
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Semasa menjalankan kajian ini, kami
telah memulakan dengan menganalisis data ujian yang telah dijalankan. Seterusnya memilih kaedah serta
tempoh pelaksanaan yang bersesuaian memandangkan tiada sesi bersemuka bersama murid. Kami telah
12
memperuntukkan 10 waktu pengajaran bermula dengan pengenalan, latihan seterusnya kepada ujian 2. Kelas
juga dijalankan secara berasingan bagi 20 orang murid yang terlibat memandangkan kekangan waktu untuk
menggabungkan mereka sekaligus.
Murid telah menjalani 2 kali ujian iaitu ujian 1 sebelum teknik Jubin Algebra di perkenalkan dan Ujian 2
selepas teknik Jubin Algebra diperkenalkan. Setiap kali selepas sesi dijalankan, maklum balas dari murid
diambil tetapi hanya secara lisan. Berdasarkan pemerhatian, teknik Jubin Algebra berjaya membantu murid
meningkatkan pencapaian di dalam memahami pendaraban ungkapan algebra tetapi kurang berkesan untuk
membantu murid memfaktorkan ungkapan algebra. Walau bagaimanapun, murid lebih berkeyakinan
menjawab soalan latihan yang diberikan dan bilangan murid yang menghantar latihan juga bertambah
berbanding sebelum kaedah ini diperkenalkan. Murid juga nampak seronok untuk cuba menjawab soalan
pendaraban dan pemfaktoran ungkapan algebra menggunakan Jubin Algebra.
5.5 REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian murid dalam Ujian 1 dan Ujian 2 tidak menunjukkan peningkatan yang agak
ketara. Kebolehan murid untuk mendarab ungkapan algebra nampak lebih baik tetapi murid masih tidak
dapat menguasai sepenuhnya cara memfaktorkan ungkapan algebra. hal ini terjadi mungkin disebabkan
oleh kekangan yang dihadapi murid untuk mencuba menggunakan Jubin algebra dalam bentuk perisisan
yang telah diperkenalkan disebabkan oleh masalah gajet dan juga data internet. Murid juga menghadapi
masalah untuk mencetak jubin yang telah disediakan guru dan tiada usaha untuk membuat sendiri jubin
menggunakan kad berwarna.
13
14
Soalan 1, 2, 6, 7 dan 8 merupakan soalan melibatkan pendaraban ungkapan algebra dan
menunjukkan peningkatan. Manakala soalan lain merupakan soalan pemfaktoran ungkapan algebra dan
tidak menunjukkan peningkatan yang ketara.
Antara hasil latihan murid yang telah dihantar menggunakan Jubin Algebra yang telah di
letakkan dalam aplikasi Classkick.
15
Murid menjawab soalan pemfaktoran menggunakan kaedah jubin algebra.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi ‘Algebraic Tiles’ dan
Classkick banyak membantu murid meningkatkan daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang
dipelajari di samping menjadikan suasana PdP lebih ceria dan menyeronokkan. Murid juga lebih berani
untuk menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru dengan bantuan Jubin Algebra.
Masih terdapat murid yang gagal dalam Ujian 1 dan 2 kerana pada hari memperkenalkan
Teknik Jubin Algebra, murid tidak memberi kerjasama yang baik dengan menyiapkan latihan dan
16
mencuba soalan yang diberikan. Kami juga sepatutnya lebih tegas terhadap segelintir murid lelaki yang
agak malas dan bersikap sambil lewa.
Kami merasa gembira apabila terdapat murid yang memberikan respon yang positif dan menyatakan
kaedah ini menarik dan mudah untuk difahami. Kami menjadi lebih yakin bahawa teknik Jubin Algebra
dapat membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam menguasai tajuk Algebra ini jika mereka
terus melakukan latihan dengan lebih kerap. Tambahan pula, sesi pengajaran dapat dijalankan secara
bersemuka nanti dan semua murid dapat mencuba kaedah ini sendiri.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif dari segi
amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Oleh sebab itu, kajian yang telah jalankan ini tidak
berjaya sepenuhnya, maka kami akan menggunakan tindakan/aktiviti-aktiviti lain untuk menangani isu ini.
Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru matematik lain dan menjadikan proses PdP lebih
menarik, berkesan dan menyeronokkan.
17
BIBLOGRAFI
1. Bahariah binti Haji Baharam, Baharizah binti Haji Baharam, Nurul Jannah binti Ahmad, Nurazreen
binti Mohd Tahir, Mohd Nazri bin Mohd Hanafiah. (2017) Matematik Tingkatan 2, Kurikulum
Standard Sekolah Menengah. Rimbunan Ilmu Sdn. Bhd
2. Cheow Jack Shiung @ Tony. (2017) Kesan Pengajaran Menggunakan Modul Konkrit, Gambar,
Abstrak (KGA) Terhadap Pencapaian dan Pengekalan Pencapaian Murid Tahun Empat SJKC Dalam
Pecahan. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
3. Nur Zila Muhamad Jubri, Effandi Zakaria, Mohd Effendi Mohd Matore. (2019) Penggunaan Jubin
Algebra dalam Penguasaan Kemahiran Pendaraban Ungkapan Algebra Bagi Pelajar Tingkatan 2.
Jurnal Dunia Pendidikan.
18
19