The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN PENUH KAJIAN TINDAKAN 2022 PANITIA SAINS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-28334742, 2022-11-17 06:49:50

LAPORAN PENUH KAJIAN TINDAKAN 2022 PANITIA SAINS

LAPORAN PENUH KAJIAN TINDAKAN 2022 PANITIA SAINS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA SERDANG,
JALAN DESA SERDANG 10,

TAMAN DESA SERDANG, 43300,
SERI KEMBANGAN, SELANGOR

JOAN VIVIENNE MOO BT. REJOSS
850213-12-5028
016-4266809

PERUBAHAN MOTIVASI INTRINSIK DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 3
CEKAL DENGAN PENGGUNAAN APLIKASI “CLASS 123” DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

0

ISI KANDUNGAN MUKASURAT
2
BIL TAJUK 3
1 Penghargaan 4
2 Abstrak 5
3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 6
4 Isu keprihatinan / Fokus kajian 6
5 Objektif 7
6 Kumpulan Sasaran 20
7 Metodologi dan Dapatan Kajian 21
8 Refleksi Kajian 22
9 Kesimpulan 23
10 Bibliografi
11 Lampiran

1

PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi bantuan
dan kerjasama dalam usaha menyiapkan dan melengkapkan kajian tindakan ini.
Peluang yang diberikan daripada kumpulan Kajian Tindakan Hulu Langat membuka
ruang untuk pengkaji mencetus idea dalam penghasilan kajian tindakan ini.

Tidak lupa juga untuk pihak pentadbir dan warga sekolah SMK Desa Serdang
khususnya yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses
penghasilan kajian tindakan ini. Kajian tindakan ini memberikan platform kepada
pengkaji untuk melihat semula kualiti pengalaman pengajaran dan pembelajaran dalam
tahun semasa. Diharapkan juga hasil dapatan kajian ini memberikan cetusan inspirasi
untuk warga pendidik lain khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran Sains.

2

ABSTRAK
PERUBAHAN MOTIVASI INTRINSIK DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 3

CEKAL DENGAN PENGGUNAAN APLIKASI “CLASS 123” DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Kajian tindakan ini dijalankan ke atas satu kelas tingkatan 3 di SMK Desa Serdang
semasa pengajaran dan pembelajaran Sains. Ia bertujuan untuk melihat perubahan
motivasi intrinsik dalam satu kelas Tingkatan 3 dengan penggunaan aplikasi “Class
123” semasa pembelajaran dan pengajaran Sains. Aplikasi “Class 123” adalah satu
aplikasi pemudahcara pengajaran dan pembelajaran di mana salah satu fungsinya
adalah untuk merekod ganjaran yang diberikan kepada pelajar. Aplikasi ini digunakan
semasa pembelajaran dan pengajaran Sains sebagai peneguhan positif terhadap
setiap kelakuan dan kerja buat murid yang menyumbang kepada penerimaan ilmu
yang berkesan seperti berjaya menjawab soalan kuiz atau berjaya melaksanakan
tugasan eksperimen. Penilaian perubahan motivasi intrinsik dijalankan melalui soal
selidik selepas penggunaan aplikasi “Class 123” dan sesi temubual pendek secara
berkelompok dengan pelajar. Dapatan kajian secara umum ialah penggunaan aplikasi
“Class 123” meningkatkan motivasi intrinsik semasa pengajaran dan pembelajaran
Sains selain membentuk ruang pembelajaran yang positif dengan ganjaran.

Kata kunci: motivasi, pembelajaran sains, Class 123, ganjaran, motivasi intrinsik

3

1.0) REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN LALU
Sesi pembelajaran dan pengajaran Sains pasca pembelajaran secara maya, pengkaji
mendapati bahawa penglibatan murid dalam aktiviti di dalam kelas menjadi kurang.
Murid menjadi pasif dan tidak ingin turut serta dalam aktiviti. Mereka hanya akan
menunggu arahan yang berbentuk ganjaran mahupun ugutan bagi memulakan langkah
yang pertama. Aktiviti yang berorientasikan pembelajaran abad ke-21 yang dijalankan
dalam kelas sekiranya dijanjikan dengan ganjaran, murid akan lebih berminat untuk
turut serta dan melaksanakan tugasan yang diberikan. Justeru itu, pengkaji mengambil
faktor ganjaran ini dalam mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang
gembira dan seronok. Maka, penggunaan aplikasi “Class 123” untuk memberikan
ganjaran dijadikan sebagai intervensi dalam kelas Sains.

4

2.0) ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN
Sebelum ini, perkara yang biasa wujud dalam suasana pembelajaran Sains ialah murid
hanya memberikan respons atau ingin turut serta dalam aktiviti kelas jika diberikan
sesuatu ganjaran, kredit atau markah kepada tindakan atau usaha yang mereka
lakukan dalam kelas. Sesuatu tindakan haruslah bersebab dan murid hanya akan
melakukan sesuatu aktiviti jika ada ganjaran diberikan. Carta ganjaran atau “reward
chart” hanya diwujudkan di kelas tetapi di dalam makmal Sains tidak ada kerana
ruangan tersebut dikongsi oleh beberapa kelas. Kebanyakan carta ganjaran juga
hanyalah menjadi hiasan dinding kelas dan kurang digunakan oleh guru-guru.
Tambahan pula, pasca pembelajaran secara maya menjadikan murid lebih suka
berdiam diri dan memberikan respons hanya melalui butang di hujung jari. Interaksi
secara fizikal menjadi kurang digemari.

Kajian tindakan ini akan memfokuskan kepada perubahan motivasi yang boleh
dicapai melalui intervensi yang diperkenalkan iaitu aplikasi “Class 123”. Intervensi yang
diperkenalkan oleh pengkaji di dalam kelas ialah satu aplikasi yang boleh merekodkan
bilangan ganjaran yang diperolehi setiap pelajar dan boleh dipaparkan semasa kelas
dijalankan. Aplikasi “Class 123” boleh diakses melalui aplikasi telefon bimbit dan juga
komputer. Perubahan tahap motivasi pelajar akan dinilai sebelum dan selepas aplikasi
ini diperkenalkan untuk melihat kesan intervensi tersebut.

5

3.0) OBJEKTIF KAJIAN
a) OBJEKTIF UMUM
Melihat perubahan motivasi intrinsik dalam satu kelas Tingkatan 3 dengan
penggunaan aplikasi “Class 123” semasa pembelajaran dan pengajaran Sains.
b) OBJEKTIF KHUSUS
1. Responden yang terlibat dapat menunjukkan perubahan motivasi
intrinsik semasa pembelajaran dan pengajaran Sains.
2. Responden yang terlibat dapat menunjukkan penyertaan yang lebih
aktif semasa proses pembelajaran dan pengajaran Sains
3. Responden yang terlibat dapat menunjukkan perubahan positif dalam
pencapaian pentaksiran semasa.

4.0) KUMPULAN SASARAN
Kajian ini telah melibatkan satu kelas tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Desa Serdang iaitu kelas 3 Cekal.

6

5.0) METODOLOGI & DAPATAN KAJIAN
5.1) TINJAUAN MASALAH
Motivasi murid semasa kelas Sains agak kurang terutamanya selepas kembali ke
sekolah pasca pembelajaran dan pengajaran di rumah (PDPR). Murid tidak mempunyai
semangat atau dorongan untuk memberikan respons dan turut serta secara aktif dalam
aktiviti kelas. Mungkin murid sudah biasa untuk memberikan respons melalui ketikan
papan kekunci sahaja dan tidak cukup berani atau bermotivasi memberikan respons
secara lisan dan bukan lisan di dalam kelas secara bersemuka. Lantaran itu, kelas
menjadi agak hambar tanpa kolaborasi antara murid dan juga guru.

Persoalan yang biasa dilontarkan oleh murid kepada guru adalah seperti “Apa
yang kami akan dapat cikgu kalau dapat jawab dengan betul?” atau jika diberikan
tugasan, mereka akan bertanya “Markah tugasan ni masuk dalam markah pentaksiran
ke cikgu?”. Pelajar golongan gen-Z ini mementingkan timbal balas balik daripada
perlakuan mereka dan tidak gemar untuk melakukan sesuatu tanpa rasional yang
kukuh atau ganjaran kepada mereka. Pengkaji melihat peluang untuk menggunakan
cara berfikir golongan millennial ini sebagai platform untuk meningkatkan kadar motivasi
semasa pembelajaran dan pengajaran Sains Tingkatan 3.

7

5.2) ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Pengkaji menyedari sistem ganjaran sebenarnya telah lama diterapkan dan ditekankan
dalam pengajaran dan pembelajaran, namun disebabkan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran Sains berlaku dalam makmal dan ruangan ini dikongsi pelbagai kelas,
tidak wujud carta ganjaran setiap kelas di dalam makmal Sains. Justeru itu, pengkaji
mendapat idea untuk mewujudkan ruangan carta ganjaran secara maya di dalam
aplikasi “Class123”. Sistem ganjaran ini boleh diakses melalui website atau aplikasi
dalam telefon bimbit dan boleh dikongsi melalui paparan LCD mahupun melalui capaian
individu menggunakan alatan elektronik masing-masing.

8

5.3) TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Intervensi yang digunakan di dalam kajian ini adalah aplikasi “Class123”. Paparan
aplikasi “Class 123” dalam desktop adalah seperti berikut. Setiap murid diwakili oleh
avatar yang comel dan markah boleh ditambah dan ditolak berdasarkan kehendak guru.
Penggunaan aplikasi “Class123” diperkenalkan dalam bulan April 2022.

Instrumen untuk mengukur tahap motivasi intrinsik pelajar pula ialah soalan soal
selidik yang diadaptasi daripada Intrinsic Motivation Inventory (IMI) oleh Ryan & Deci
(1994) dalam konstruk persepsi tentang sesuatu aktiviti. Tiga konstruk yang dinilai
dalam soal selidik ini iaitu konstruk minat, faedah dan pilihan. Soal selidik ini diberikan
selepas intervensi diperkenalkan. Temubual pendek juga telah dijalankan untuk setiap
kumpulan mengikut kedudukan tempat duduk pelajar dalam makmal Sains.

9

5.4) PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PENILAIAN
Dapatan kajian akan dilaporkan seperti berikut:
i) Tahap motivasi intrinsik pasca intervensi berdasarkan soal selidik Intrinsic Motivation
Inventory (IMI)
Soal selidik untuk inventori motivasi intrinsik ini boleh dibahagikan kepada tiga konstruk
utama iaitu kadar minat atau keseronokan, nilai dan pilihan melakukan aktiviti.
Perbincangan bagi tiga konstruk utama ini ialah seperti berikut:

● Kadar minat atau keseronokan (Interest / Enjoyment)
Item 3, 5 , 7, 11 dan 12 dalam soal selidik IMI ini mengukur konstruk minat atau
keseronokan murid dalam melakukan aktiviti kelas berasaskan sistem ganjaran dalam
aplikasi “Class 123”.

Item 3

80.3% murid seronok mendapat ganjaran

10

Item 5

77.4% murid merasakan sistem ganjaran ini sangat menyeronokkan

Item 7

74.2% murid gembira dengan sistem ganjaran Class 123

Item 11

83.9% murid seronok semasa melakukan aktiviti dalam kelas

11

Item 12
( Dinilai
secara
terbalik)

9.7% murid rasa sistem ganjaran ini membosankan
Secara keseluruhannya untuk konstruk minat dan keseronokan murid mendapat
penilaian yang baik daripada murid. Murid berasa seronok dan berminat untuk
melakukan aktiviti berasaskan sistem ganjaran “Class 123” semasa pengajaran dan
pembelajaran Sains.

● Nilai (Value / Usefulness)
Item 1, 4, 6, 10 dan 13 dalam soal selidik IMI digunakan untuk mengukur konstruk nilai
aktiviti dari segi faedah dan bergunanya aktiviti tersebut bagi pelajar dalam
pembelajaran Sains mereka.

12

Item 1

71% murid percaya sistem ganjaran ini memberi kesan baik.

Item 4

80.7% murid percaya aktiviti berasaskan sistem ganjaran ini
meningkatkan tumpuan dalam kelas.

13

Item 6

54.8% murid merasakan sistem ganjaran “Class 123” dapat
meningkatkan pencapaian dalam Sains

Item 10

64.5% murid merasakan sistem ganjaran “Class 123” ini adalah aktiviti
penting

14

Item 13

67.7% murid percaya aktiviti berkaitan sistem ganjaran “Class 123”
dapat meningkatkan gaya pembelajaran mereka
Bagi konstruk nilai kepada murid, sistem ganjaran “Class 123” ini mendapat
maklumbalas yang sederhana. Secara keseluruhan, sistem ganjaran ini mampu
meningkatkan tumpuan dalam kelas bagi murid, meningkatkan gaya pembelajaran dan
memberikan kesan baik kepada mereka. Namun, dari segi pencapaian dalam Sains,
sistem ganjaran ini dirasakan tidak memberikan kesan secara langsung kepada
pencapaian markah dalam pentaksiran yang ada.
● Pilihan melakukan aktiviti (Perceived Choice)
Bagi item 2, 8, 9, 14 dan 15 pula adalah untuk menilai kebebasan memilih dalam
melakukan aktiviti berasaskan ganjaran dalam aplikasi “Class 123” dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains.

15

Item 2

71% murid percaya mereka mempunyai pilihan untuk membuat
aktiviti melibatkan sistem ganjaran “Class 123”

Item 8
( Dinilai
secara
terbalik

22.6% murid mempunyai pilihan untuk turut serta dalam aktiviti
sistem ganjaran

Item 9

61.3% murid melakukan aktiviti sistem ganjaran atas pilihan sendiri
16

Item 14

67.8% murid suka terlibat dalam aktiviti menggunakan sistem
ganjaran “Class 123”

Item 15
( Dinilai
secara
terbalik

67.8% murid tidak setuju bahawa mereka terpaksa dalam melakukan
aktiviti berkaitan sistem ganjaran “Class 123”
Murid memberikan maklumbalas bahawa mereka mempunyai pilihan untuk turut serta
dalam aktiviti kelas berasaskan sistem ganjaran “Class 123” ini. Hampir 70% murid
memberikan maklum balas bahawa mereka suka terlibat dalam aktiviti kelas yang
menggunakan sistem ganjaran dan penglibatan mereka adalah secara sukarela.

17

ii) Temubual pendek berkumpulan
Hasil temubual pendek secara berkumpulan ialah pelajar mempunyai lebih banyak
sebab untuk menjawab soalan kuiz atau menyelesaikan tugasan kerana akan diberikan
ganjaran. Mereka juga gembira dapat melihat markah yang terkumpul selepas
beberapa ketika kerana dapat menunjukkan tahap penglibatan mereka di dalam kelas.
Mereka juga lebih rajin menyiapkan latihan mingguan yang diberikan kerana hasil kerja
dapat diiktiraf melalui sistem ganjaran.

iii) Analisis Perbandingan Markah Sains untuk Pentaksiran Dua 2022 dan Pentaksiran
Tiga 2022

ALEESA SAFFINA BINTI SAPARDI Pentaksiran 2 Pentaksiran 3 Perubahan
AVINESH KUMAR A/L SARAVANAN 32 43 Positif
AZIMAH BINTI IBRAHIM 16 14 Positif
DINIY MAISARAH BINTI AZMAN 27 29
EFFAH QARINAH BINTI MOHAMED EYMRAN 35 26 Positif
IRDINA BINTI MOHAMAD SHAHRIZAN 37 33
MAISARAH SOPHEA BINTI MOHD SHARIF 52 49
MAYA AMRITA MCKEE 36 37
MOHAMAD DAARIS AIMAN BIN MOHAMAD 40 22
NADZRI
MOHAMAD DANIAL ASYRAFF BIN KAMARUL 48 47
AZMAN
MOHAMAD FIRDAUS NAZMI BIN MOHD FADIL 35 35 Positif
MU'IZZUDDIN FAYDHULLAH BIN METDAHIE 29 26
MUHAMAD ARIF HANAFI BIN ZURADI AMIN 51 38
MUHAMMAD ADAM HARITH BIN AZHAN 40 38
MUHAMMAD AIRIQ SYABIL BIN ABL AZIZ 52 38
27 36 Positif

18

MUHAMMAD ALIFF IMRAN BIN MOHD ISMAIL 56 TH
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAZAK 31 29
MUHAMMAD HADI DARWISH BIN MOHD
SHAMSUL 38 37
MUHAMMAD HADIF BIN MOHD KHAIRUL NIZAM 28 30
MUHAMMAD HAFIZUL IZWAN BIN SAIFU 36 31
MUHAMMAD HEIMAN SHAH BIN MOHAMED
RASUL 17 22 Positif
NIK MOHAMMAD ZAFRY HAKIMI BIN NIK MOHD
SAIFUL NIZAM 46 42
NUR AIRIS AMIERA BINTI MOHD RAZIF 37 27
NUR ALYA HANISAH BINTI HUSAINI 43 43 Positif
NUR ANATI AQILAH BINTI NORAZLI 25 32 Positif
NUR ARYANA AYRELL BINTI ABDUL MUKMIN 38 32
NUR HANNAH AFRINA BINTI HISHARIMAN 22 43 Positif
NURUL LYANA QAISARA BINTI MOHD FAIZAL 40 41 Positif
NURUL SYUHADAH BINTI DZAINI 35 38 Positif
TAN MEI JIA 44 44 Positif
TAN YONG YING 26 34 Positif
TAN YUN LIN 26 19

Hanya 40% murid dalam kelas ini yang menunjukkan perkembangan positif dalam
pencapaian pentaksiran. Ini menunjukkan bahawa pencapaian di dalam pentaksiran
tidak mendapat kesan secara langsung daripada penggunaan sistem ganjaran “Class
123” dalam kelas. Bahagian ini juga selaras dengan dapatan dari item 6 soal selidik IMI
di mana hanya 54.8% murid menyatakan sistem ganjaran “Class 123” ini boleh
meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Sains.

19

5.5) REFLEKSI KAJIAN

Berdasarkan analisis dapatan soal selidik pasca intervensi, dari segi minat dan
keseronokan, murid mendapati aktiviti kelas berasaskan sistem ganjaran “Class 123”
menambahkan kadar minat dan keseronokan mereka. Selain itu, sistem ganjaran ini
meningkatkan juga nilai pembelajaran dan pengajaran sains yang dialami oleh murid di
dalam kelas. Tambahan pula, keputusan murid untuk turut serta dalam aktiviti kelas
berasaskan sistem ganjaran ini adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun, sistem
ganjaran ini tidak memberi impak secara langsung kepada pencapaian murid.

6.0) KESIMPULAN

Penggunaan aplikasi “Class 123” dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dapat
meningkatkan motivasi intrinsik murid secara keseluruhan. Murid lebih aktif untuk turut
serta dalam aktiviti dan gaya pembelajaran dapat ditingkatkan. Penyertaan juga adalah
secara sukarela tanpa perlu paksaan dan ugutan dari guru subjek semasa kelas
berlangsung. Murid membuat sendiri keputusan untuk turut serta dalam pembelajaran
kerana motivasi yang dicetuskan dengan idea ganjaran yang akan mereka dapat hasil
penglibatan mereka.

Motivasi intrinsik berdasarkan Self Determination Theory (Ryan & Desi, 2000)
diilustrasikan oleh kecenderungan manusia yang hadir apabila aspek psikologikal asas
seperti autonomi, kecekapan dan rasa kepunyaan telah dipenuhi. Sistem ganjaran
“Class 123” yang diterapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains ini
mampu mencetuskan tiga aspek ini dalam diri murid. Murid mempunyai autonomi dalam
melakukan aktiviti iaitu mereka turut serta secara sukarela untuk mendapatkan ganjaran

20

semasa aktiviti kelas. Tiada unsur paksaan daripada guru subjek untuk mereka turut
serta dalam proses tersebut. Murid juga berusaha kearah kompetensi dalam subjek
tersebut agar mendapat ganjaran semasa aktiviti kelas Sains dijalankan. Objektif
pembelajaran diselaraskan dengan aktiviti kelas berasaskan sistem ganjaran ini mampu
membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan kawalan kelas yang berkesan.
Murid dalam kelas Sains juga dapat memupuk rasa kepunyaan untuk sentiasa terlibat
dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru.

Kesimpulannya, pengkaji berpuas hati dengan intervensi sistem ganjaran “Class
123” dalam kelas Sains pengkaji dan ini merupakan kesinambungan usaha
meningkatkan motivasi intrinsik murid dalam kelas Sains. Hasil dapatan kajian tindakan
ini juga selari dengan hasil dapatan kajian tindakan pengkaji pada tahun 2019 untuk
murid tingkatan 1 yang menggunakan intervensi yang sama iaitu aplikasi “Class 123”.

Pengkaji mencadangkan kepada kajian seterusnya untuk dikembangkan kepada
kelas kelas lain yang menggunakan intervensi yang sama. Ini juga boleh digunakan
dalam pelbagai subjek yang berbeza dan tidak terhad kepada subjek Sains sahaja.
Penilaian motivasi intrinsik secara berkala haruslah dilakukan untuk menilai
keberkesanan dan kualiti pedagogi yang disampaikan oleh warga pendidik kepada klien
mereka.

21

7.0) BIBLIOGRAFI
Intrinsic Motivation Inventory (IMI);
https://selfdeterminationtheory.org/intrinsic-motivation-inventory/
Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2000). Self-determination theory and the facilitation of
intrinsic motivation, social development, and well-being. American Psychologist, 55(1),
68–78. https://doi.org/10.1037/0003-066X.55.1.68
AIP Conference Proceedings 1891, 020043 (2017); https://doi.org/10.1063/1.5005376
Published Online: 03 October 2017
Fail rekod kemajuan murid kelas 3 Cekal

22

LAMPIRAN
Soal selidik pasca-intervensi https://forms.gle/gx2Sj3d38ektM4qm7

23


Click to View FlipBook Version