SMK DESA SERDANG
Jalan Desa Serdang 10, Tmn. Desa Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Kod Sekolah : BEA 4634
Tel : 03-89408523 / Fax : 03-89408642
TAJUK:
PENGGUNAAN MNEMONIK MENARIK MINAT MURID
SMK DESA SERDANG TERHADAP SUBJEK SEJARAH
PENULIS
SITI BUSRAH BINTI SHANI
920611035010
014-5176105
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA SERDANG
[email protected]
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 1
2
Penghargaan 2-3
Abstrak 3
1.0 Refleksi Masalah 4
2.0 Fokus Kajian 4
3.0 Objektif Kajian 5-9
4.0 Kumpulan Sasaran 10
5.0 Metadologi dan Dapatan Kajian 11
6.0 Kesimpulan 12
7.0 Bibliografi/ Rujukan
8.0 Lampiran
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dapat saya siapkan kajian tindakan bagi subjek Sejarah. Sejuta penghargaan
saya ucapkan kepada Pengetua Cemerlang, Puan Wan Norma binti Wan Pi dan para
pentadbir sekalian yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya
menyiapkan kajian ini. Segala tunjuk ajar, cadangan dan nasihat yang telah diberikan dari
awal permulaan sehingga kajian selesai dijalankan amat saya hargai. Terima kasih juga saya
ucapkan kepada para pelajar SMK Desa Serdang kerana memberikan kerjasama sepenuhnya
kepada saya. Akhir sekali, hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan
kalian semua kepada saya. Hanya titipan doa yang mampu saya berikan.
Sekian, terima kasih.
1
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti minat murid-murid SMK Desa Serdang
terhadap subjek Sejarah. Hal ini disebabkan daripada analisis post moterm Peperiksaan
Akhir Tahun tingkatan 1 2021, mendapati mereka kurang menjawab soalan berbentuk
fakta Sejarah yang mengandungi soalan fakta. Ini menyukarkan mereka mendapat
markah yang baik dalam peperiksaan tersebut. Kami mengambil inisiatif untuk membuat
kajian tindakan apa yang perlu dibuat untuk membantu mereka mendapat markah yang
tinggi. Kaedah pdpc perlu diubah iaitu mengaplikasi PA 21, peta i-Think dan penggunaan
mnemonik di tekankan. Pembelajaran berasaskan Student centered bukan chalk and talk.
Guru sebagai pembimbing dalam pelbagai aktiviti yang dirancang.
1.0 REFLEKSI MASALAH
Saya telah ditugaskan mengajar mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 dan 2 di SMK Desa
Serdang. Setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka
menguasai kemahiran dalam menjawab soalan fakta dan K-BAT. Beberapa cara telah
digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan
murid masih lemah dalam menjawab soalan-soalan ini.
Beberapa orang murid di kelas belakang langsung tidak mempunyai minat dan
usaha untuk menguasai subjek sejarah. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih
apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak berminat saya sebagai guru
2
sejarah tingkatan 1 dan 2 mengambil inisiatif untuk memperbaiki kaedah pdpc di dalam
kelas dan juga menggunakan kaedah mnemonik dalam menghafal fakta sejarah.
Kajian Tindakan ini merupakan rentetan daripada analisis post mortem
Peperiksaan Akhir Tahun 2021. Analisis postmortem menunjukkan murid kurang
menjawab soalan struktur dan esei bagi kertas Sejarah. Jawapan K-BAT juga ramai yang
tidak menjawab. Setelah dikaji, berkemungkinan besar murid-murid ini kurang berminat
terhadap pdpc sejarah dan kurang mengulangkaji subjek sejarah di rumah.
2.0 FOKUS KAJIAN
Satu ujian Diagnostik telah dijalankan untuk Subjek Sejarah tingkatan 1 dan 2 pada awal tahun
dan didapati ramai pelajar tidak dapat mengupas idea untuk penulisan esei. Apabila ditanya
secara perseorangan ramai menjawab mereka tidak kurang berminat terhadap pdpc sejarah
berbanding dengan subjek-subjek lain. Fokus kajian terhadap sikap mereka terhadap subjek ini.
Antara permasalahan yang begitu ketara adalah :
● Murid kurang fokus dalam pdpc
● Murid kurang menjawab soalan pada bahagian C.
● Murid kurang mahir dalam mengupas soalan-soalan K-BAT sejarah.
3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan kebolehan murid dalam mencari isi-isi penting di dalam buku teks bagi
penulisan esei dengan cepat dan mudah. Meningkatkan kebolehan murid mengolah isi atau fakta
sejarah dengan tepat dan menarik terutama jawapan K-BAT. Hal ini untuk membantu mereka
mendapat markah dengan mudah.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
1. Responden yang terlibat dapat mengupas idea dalam soalan K-BAT yang
diberi
2. Responden yang terlibat dapat mencari fakta dan isi-isi penting dengan sendiri.
3. Responden yang terlibat dapat menjawab soalan fakta dengan menggunakan
kaedah Mnemonik.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 10 orang responden daripada kelas 1 Cekal di Sekolah Menengah
Kebangsaan Desa Serdang.
4
5.0 METADOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan
mengutip data dengan menggunakan kaedah pemerhatian.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan didapati murid kurang memberi
idea-idea yang bernas dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Mereka juga
kurang menjawab soalan- soalan K-BAT dengan baik
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dua kaedah kajian dalam mengatasi masalah
murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran seperti susah untuk mengingat fakta
dan tidak menjawab soalan KBAT. Saya menggunakan kaedah PA 21 iaitu menggunakan
peta i-think dalam menarik minat para pelajar dengan memberikan sepenuhnya perhatian
semasa berada di dalam kelas. Kaedah yang digunakan ini tidak menggunakan sebarang kos
yang diperlukan.
5
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
Kaedah PA 21 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Umum mengetahui bahawa era abad ke 21, pdpc berdasarkan kepada kemahiran murid.
Guru hanya sebagai pembimbing atau fasilitator bukan mengajar menggunakan kaedah Chalk
and talk. Mengikut Aini Hassan (1998) guru sebagai penghubung antara ilmu sejarah dengan
murid. Oleh itu, kami guru sejarah telah mengaplikasi PA 21 dan peta i-Think dalam pdpc.
Mahdi Shuid dan rakan-rakan (2017) menyatakan dalam proses mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang menyeronokkan, maka peranan guru sebagai penghubung ilmu
Sejarah dengan murid amat diperlukan. Fungsi guru ini perlu diaktifkan dengan berkesan
supaya Sejarah boleh menjadi subjek yang diminati oleh murid. Mengikut Wan Hasnah dan Nur
Munirah (2015) penglibatan murid dalam kumpulan dengan saiz yang kecil memberi peluang
murid berinteraksi adalah tinggi dan paling berkesan untuk pembelajaran. Hal ini menyebabkan
kami membentuk kumpulan yang ahlinya antara 3 hingga empat orang murid bagi setiap
kumpulan.
6
Aktiviti yang dijalankan semasa pdpc- Aktiviti Pembentangan Kumpulan
a) Membentuk kumpulan murid dalam 3 hingga 4 orang satu kumpulan
b) Mengagihkan soalan-soalan tajuk pembentangan
c) Murid mencari bahan dalam buku teks, internet dan sebagainya
d) Murid membuat pembentangan- diterapkan peta i-think dan penggunaan mnemonik
e) Pembentangan kumpulan
f) Perbincangan soalan pembentangan- soalan fakta dan soalan K-BAT
g) Edaran soalan K-BAT.
Daripada pemerhatian yang saya jalankan semasa kajian ini dijalankan, mereka lebih
berminat dan mula terlibat aktif semasa berada di dalam kelas sewaktu saya menggunakan peta i-
think. Malah, mereka suka dengan kaedah Mnemonik kerana mereka boleh mencipta ayat
mengikut kesesuaian dan kehendak mereka. Selain itu, murid sangat seronok dapat menghasilkan
pembentangan menggunakan peta i-Think dan membuat pembentangan kepada rakan-rakan
sekelasnya. Di sini saya mendapati mereka dapat menyampaikan hasil pembentangan dengan
baik. Mereka juga boleh menjawab soalan-soalan K-BAT yang dikemukakan oleh rakan-rakan.
Hal ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka terhadap subjek sejarah yang selama ini
mereka tidak minat.
7
Dapatan Analisis Data Peperiksaan Responden
Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan Pentaksiran Tiga, didapati berlaku peningkatan
dalam markah bagi 10 orang responden. Semasa peperiksaan Pentaksiran Dua, seramai 6 orang
(60 %) murid gagal menguasai. Tetapi pada peperiksaan Pentaksiran Tiga, hanya seorang murid
sahaja (10 %) yang gagal. Secara keseluruhan berlaku peningkatan dalam markah mereka.
BIL SAMPEL MURID PENTAKSIRAN DUA PENTAKSIRAN TIGA
1 MOHAMMAD DARWISY 29 40
2 FATIN NUR SYAZWANI 31 51
3 NUR SYAFILLA 23 40
4 NUR AIYANI 44 60
5 NUR MASDIANA 31 50
6 NURANI FARHANA 41 51
7 NURUL JANNAH 20 40
8 MUHAMMAD KHAHAR 40 43
9 MUHAMMAD ARIF 40 42
RAYYAN 17 36
10 NUR HANNANIE
8
5.3 Refleksi Kajian
Berdasarkan analisis data di atas minat murid terhadap sejarah telah meningkat setelah guru
mengubah kaedah pdpc iaitu PA 21 dan peta i-think. Selain itu penggunakan kaedah
Mnemonik perlu digunakan dalam pembelajaran mengikut kepada kesesuaian tajuk supaya
para pelajar khususnya yang susah untuk mengingat fakta ini. Pembentangan yang
bersesuaian dengan peta i-think mampu menarik minat para pelajar dalam memberikan
sepenuhnya tumpuan semasa berada di dalam kelas. Mereka akan lebih seronok dan minat
dalam pembelajaran ini.
9
6.0 KESIMPULAN
10 orang sampel kajian ini telah menunjukkan peningkatan dalam Pentaksiran Tiga dan
perkara ini telah membuktikan bahawa kaedah Mnemonik berjaya dalam meningkatkan hasil
pencapaian murid dalam pentaksiran. Malah penggunaan peta i-think yang menarik dan
bersesuaian dengan tajuk juga membolehkan para pelajar untuk belajar dan memahami
dengan lebih baik dan cepat. Saya berharap kaedah ini dapat diterapkan dan digunakan
sepenuhnya semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hal ini kerana kita akan
nampak perbezaan yang ketara dari segi penglibatan murid semasa aktiviti dijalankan.
10
7.0 BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
Aini Hassan. (1998) Pengajaran dan pembelajaran Sejarah : Guru sebagai broker Ilmu Sejarah.
Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 21, 109-123.
Mahdi Shuid, Abdullah Zhidi Omar dan rakan-rakan. (2017), Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah abad ke-21, Global Meduastreet Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara
Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia
11
8.0 LAMPIRAN
Murid berbincang dalam
kumpulan mengenai teknik
Mnemonik.
Contoh ayat yang dicipta oleh
para pelajar menggunakan
teknik Mnemonik.
Murid berbincang dalam
kumpulan yang telah
ditetapkan.
12