LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID TINGKATAN 5 DALAM PDPR
MELALUI STRATEGI PENDEKATAN KAUNSELING DAN JERAYAWARA.
OLEH
HILMOON BINTI MOHAMED ADIB, FAZARIAH BINTI HAMZAH,
NOR IZZYYATIE BINTI ABU BAKAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA SERDANG
JALAN DESA SERDANG 10, TAMAN DESA SERDANG
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah ketidakhadiran semasa PDPR yang dihadapi oleh
murid tingkatan 5 SMK Desa Serdang. Seramai 200 murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan laporan dari guru-guru subjek yang mengajar
tingkatan 5. Hasil tinjauan menunjukkan dari tujuh kelas yang terlibat, hanya murid-murid dari kelas 5
Amanah, 5 Bestari dan 5 Cekal sahaja yang menunjukkan kehadiran yang agak baik. Manakala
kelas-kelas 5 Dedikasi, 5 Elit, 5 Fikrah dan % gigih, kehadiran amat rendah. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kehadiran bagi semua murid tingkatan 5 melalui
strategi pendekatan kaunseling dan Program Jerayawara bersama Pentadbir sekolah.
1.0 REFLEKSI / ISU LALU
Secara keseluruhannya, peratus kehadiran murid-murid tingkatan 5 semasa PDPR
dari bulan Mei hingga awal bulan Jun 2021 sangat tidak memberangsangkan dan
menimbulkan kerisaun di kalangan pentadbir dan guru-guru. Oleh itu pihak sekolah perlu
melaksanakan tindakan agar perkara ini tidak terus berlanjutan, memandangkan
murid-murid ini adalah calon-calon Peperiksaan SPM 2021.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Pihak Unit Bimbingan dan Kauseling amat prihatin dengan isu ketidakhadiran
murid-murid Tingkatan 5 semasa PDPR ini, kerana dikhuatiri akan menjejaskan peluang
1
untuk mereka berjaya dengan cemerlang semasa Peperiksaan SPM nanti. Oleh itu fokus
kajian ini hanyalaah untuk murid-murid tingkatan 5 tahun 2021 sahaja.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kehadiran murid-murid Tingkatan 5 semasa
PDPR dengan menggunakan strategi pendekatan kaunseling dan Program Jerayawara.
3.2 Objektif Khusus
Mengenalpasti masalah dan isu murid-murid tingkatan 5 yang tidak
menghadiri PDPR.
Mengurangkan masalah ketidakhadiran murid-murid tingkatan 5 semasa
PDPR.
Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid tingkatan 5 semasa PDPR.
4.0 KUMPULAN SASARAN:
Murid yang terlibat adalah semua murid tingkatan 5 SMK Desa Serdang tahun 2021.
PELAKSANAAN KAJIAN
TINJAUAN AWAL MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan
pemerhatian dan laporan dari guru-guru subjek yang mengajar Tingkatan 5.
2
Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian ke atas laporan-laporan dari
guru-guru subjek yang mengajar tingkatan 5.
Soal selidik
Borang soal selidik secara google form telah disediakan dan
diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas murid
berkenaan. Walaubagaimanapun hanya 50 orang murid sahaja yang
memberi maklum balas.
ANALISIS TINJAUAN MASALAH.
Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap
kumpulan sasaran didapati :
Murid dari kelas 5 Amanah, 5 Bestari dan 5 Cekal sahaja yang menunjukkan kehadiran
yang agak baik. Manakala bagi kelas 5 Dedikasi dan 5 Elit, kehadiran tidak begitu baik.
Bagi murid tingkatan 5 Fikrah dan 5 Gigih pula kehadiran semasa PDPR sangat tidak
memberangsangkan.
3
Analisis Soal Selidik
BIL ISU KETIDAHADIRAN JUMLAH RESPON
1 Masalah Kemudahan telefon bimbit / komputer 5
2 Masalah Kemudahan Akses Internet 2
3 Masalah Data Internet / Kewangan 7
4 Masalah tidak bersedia / tidak faham belajar secara online 20
5 Masalah Keluarga 4
6 Masalah Kesihatan 2
7 Masalah Dengan Guru 0
8 Masalah tidak berminat / tidak bermotivasi untuk belajar 15
9 Masalah sebab bekerja 10
10 Lain-lain masalah: nyatakan 0
Dari analisa soal selidik didapati masalah tidak bersedia / tidak faham belajar
secara online dan faktor tidak berminat atau tidak bermotivasi untuk belajar merupakan
faktor utama mereka tidak menghadiri kelas PDPR.
5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN
Selepas menjalankan analisa pemerhatian dan mendapat maklum balas soal
selidik, kami telah memulakan tindakan berikut :
TINDAKAN 1: STRATEGI PENDEKATAN KAUNSELING
Aktiviti 1: Bimbingan Kaunseling
4
Mengenalpasti sasaran murid yang sering tidak menghadiri PDPR, menghubungi
mereka dan membuat sesi bimbingan serta memberi motivasi secara dalam talian
kepada murid-murid ini agar hadir sesi PDPR.
Aktiviti 2 : Melaksanakan Kempen Kesedaran Kepentingan Menghadiri
PDPR
Setiap minggu Kaunselor akan menghantar poster-poster dan video-video pendek
berbentuk motivasi tentang kepentingan PDPR. Tujuan kempen agar murid lebih
bersemangat menghadiri PDPR bersama rakan-rakan mereka yang lain. Kempen
ini dijalankan melalui aplikasi online menerusi Instagram PRS SMK Desa
Serdang, Group Telegram The Champion Tingkatan 5, Group Wassap Kelas
Tingkatan 5 dan status wassap kaunselor sendiri.
Aktiviti 3 : Peneguhan Positif dengan Teknik Memberi Ganjaran
Promosi dan insentif Sijil dan hadiah bagi kategori Murid Kehadiran Penuh
PDPR, Murid Kehadiran Meningkat PDPR, Kelas Terbaik PDPR Mingguan dan
Kelas Terbaik PDPR Keseluruhan.
TINDAKAN 2: PROGRAM JERAYAWARA BERSAMA PENTADBIR
Program ini adalah alternatif kepada Program Ziarah Cakna yang
dilakukan secara bersemuka sebelum ini. Program dijalankan melalui
Platform Google Meet yang dihadiri oleh Pengetua, kaunselor, guru-guru yang
mengajar tingkatan 5, ibu bapa dan murid- murid kelas berkenaan. Objektif
Program ini ialah :
5
Berkongsi kemenjadian diri murid bersama ibubapa/penjaga
Memahami latar belakang keluarga murid /penjaga murid.
Berkongsi pandangan dan masalah antara ibubapa/penjaga, guru dan Pentadbir
sekolah bagi mengembangkan potensi murid.
Program Jerayawara telah dijalankan dari 15 hingga 20 Jun pada hari Isnin
hingga Jumaat ( 8.45 malam hingga 10.15 malam ) dan juga pada hari Sabtu (
9.30 pagi hingga 11.00 pagi ). Sebagai tambahan untuk memberi motivasi
kepada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa, satu lagi Program Jerayawara
Istimewa bersama Kaunselor dan Motivator terkenal iaitu Tn. Hj. Hushim
Bin Hj. Salleh telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2021 ( 8.30 - 10.00 malam
).
REFLEKSI KAJIAN
Setelah menjalankan tindakan dan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas, data
yang dipamerkan di bawah menunjukkan peratus kehadiran murid tingkatan 5 semasa
PDPR bagi semua kelas.
Data Kehadiran Murid Mingguan Semasa PDPR Mengikut Kelas
TING OGOS SEPTEMBER OKTOBER
5 AMANAH
5 BESTARI M1 M2 M3 M4 M5 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3
5 CEKAL
5 DEDIKASI 67.84 63.70 92.40 81.29 61.11 71.21 67.54 57.02 65.63 37.0 59.65 52.63
5 ELIT % % % % % % %% %
5 FIKRAH 4% % %
5 GIGIH 98.04 97.07 100.0 93.84 92.86 96.83 91.04 93.84 87.07
% % 0% % % % %% % 85.7 81.79 72.55
62.90 63.23 79.03 61.61 75.27 57.26 53.23 45.16 41.75 1% % %
% % % % % % %% %
27.9 33.87 37.58
38.97 39.82 71.32 51.29 50.00 42.65 35.85 31.99 26.02
% % % % % % %% % 5% % %
20.42 17.86 46.57 21.24 11.81 16.94 18.46 14.22 13.89 32.3 22.24 18.93
% % % % % % %% %
5% % %
24.63 19.64 34.38 26.65 21.88 27.56 25.74 17.83 11.38
% % % % % % %% % 9.26 17.22 8.66
C8.93 C6.49 15.00 C9.74 14.29 4.91 10.00 C7.94 C4.08 %% %
% % % % % % %% %
14.8 8.98 11.33
4% % %
7.14 8.04 5.36
%% %
6
Peratus Kehadiran Kelas PDPR Bulanan Mengikut Kelas
TING OGOS SEPTEMBER OKTOBER
5 AMANAH 73.27% 65.35% 49.77%
5 BESTARI 96.36% 92.19% 80.01%
68.41% 49.35% 33.13%
5 CEKAL 50.28% 34.13% 24.50%
5 DEDIKASI 23.58% 18.53% 11.71%
25.43% 16.50% 11.71%
5 ELIT 10.89% 6.73% 6.84%
5 FIKRAH
5 GIGIH
Perbandingan data menunjukkan peratus kehadiran yang tidak konsisten, walaupun amat
jelas kehadiran pada bulan Ogos adalah yang paling tinggi berbanding bulan-bulan lain.
Kajian ini tidak dapat membuat perbandingan yang jelas dari bulan Jun disebabkan tiada
satu Tapak Pengisian Kehadiran yang sesuai untuk dijadikan data dalam kajian ini. Hal
ini berlaku disebabkan sebelum bulan Ogos Guru-guru subjek mengambil kehadiran
berdasarkan subjek masing-masing.Walaupun laporan dari guru-guru subjek selepas
program dan aktiviti-aktiviti selesai dilaksanakan pada bulan Jun, kehadiran murid
didapati sangat memberangsangkan, tetapi kerana tiada tapak khas untuk murid mengisi
kehadiran mengikut kelas. Kekangan juga berlaku kerana ramai murid yang hanya
menghadiri beberapa subjek sahaja dalam sehari, bukan semua subjek seperti dalam
jadual kelas. Paling ketara adalah kehadiran murid semasa PDPR bagi kelas 5 Amanah, 5
Bestari, 5 Cekal dan 5 Dedikasi jauh mengatasi kehadiran murid dari kelas 5 Elit, 5
Fikrah dan 5 Gigih.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Oleh sebab kajian yang dijalankan tidak berjaya sepenuhnya, ataupun boleh dikatakan
hanya memberi kesan dan motivasi dalam masa yang singkat berdasarkan laporan dari
7
guru-guru subjek selepas program dan aktiviti-aktiviti selesai dilaksanakan, kehadiran
murid sangat memberangsangkan, tetapi hanya bertahan dalam tempoh beberapa minggu
sahaja. Oleh itu kajian seterusnya mungkin dengan menggunakan kaedah dan teknik
kaunseling yang berbeza ataupun melaksanakan Program Jerayawara secara berkala atau
khusus untuk murid-murid dan ibu bapa yang dikenalpasti tidak menghadiri PDPR.
BIBLOGRAFI
Nurhaiza Bt. Che Mat ( 2017 ). Mengurangkan Murid Berisiko Keciciran Sekolah
Melalui Intervensi Modul Pendekatan Psikologi Kaunseling. Jurnal Psikologi dan
Kaunseling Bil. 8/2017. Kuala Lumpur.
Rohaiza Binti Rozali dan Jamalul Lail Abdul Wahab. ( 2020 ) Kebolehlaksanaan Program
Guru Penyayang Maya ( e SAYANG ): Menangani Masalah Disiplin Pelajar. Prosiding
Seminar Nasional FIP 2020.
Sapora Sipon dan Rohaya Hussin ( 2019 ). Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (
USIM ), Nilai, Negeri Sembilan.
8
9