SMK DESA SERDANG
Jalan Desa Serdang 10, Tmn. Desa Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Kod Sekolah : BEA 4634
Tel : 03-89408523 / Fax : 03-89408642
TAJUK:
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENENTUKAN PETA MALAYSIA
MELALUI PUZZLE DAN KAEDAH MNEMONIK AKRONIM PETA
PENULIS
SITI FARIDAH BINTI MUSTAFA (890614-03-5142)
NO TEL : 011-24216584
NORAINI BINTI MAT SALLEH (870820-29-5334)
NO TEL : 019-6002087
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA SERDANG
[email protected]
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
PERKARA 2
Penghargaan 2
1.0 Abstrak 3
2.0 Refleksi Masalah 4
3.0 Fokus Kajian 4
4.0 Objektif Kajian 4
5.0 Kumpulan Sasaran 5
6.0 Tindakan yang Dirancangkan 10
7.0 Tindakan yang Dicadangkan 10
8.0 Kesimpulan 11
9.0 Cadangan untuk Kajian Seterusnya
Bibliografi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat saya
selesaikan kajian tindakan bagi Mata Pelajaran Geografi bagi tahun 2022. Selawat dan salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabat baginda. Sejuta
penghargaan buat Pengetua Cemerlang Pn.Wan Norma binti Wan Pi serta rakan-rakan guru di atas
segala tunjuk ajar, cadangan dan nasihat yang diberikan dari awal permulaan sehingga selesai
kajian ini dijalankan selain turut memberikan idea-idea aktiviti yang sesuai untuk dijalankan dan
menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik. Akhir sekali,hanya Allah yang mampu
membalas segala jasa dan kebaikan kalian semua terhadap saya. Hanya titipan doa yang mampu
saya berikan, semoga Allah sentiasa melapangkan segala kesulitan buat kalian.
1
1.0 ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi murid seterusnya
mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah yang dihadapi murid Tingkatan 1 dan 2 bagi topik
Lakaran Peta Malaysia. Kumpulan sasaran merangkumi seramai 28 orang pelajar tingkatan 1
Fikrah dan 30 oarang murid 2 Harmoni serta dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
masalah berfokuskan kepada kemahiran murid dalam mengingat kedudukan negeri pada peta
Malaysia. Kepentingan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menyatakan
kedudukan negeri di Malaysia. Tinjauan awal telah dilaksanakan dalam kajian ini dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, soal jawab dan juga semakan daripada latihan pengukuhan
berkaitan dengan topik ini. Hasil tinjauan mendapati bahawa terdapat segelintir daripada murid
tidak dapat mencapai Standard Pembelajaran berkenaan topik ini di mana mereka keliru dalam
menentukan kedudukan negeri dan Wilayah Persekutuan dengan tepat. Oleh itu, guru telah
memikirkan satu cara untuk membantu pelajar dalam menguasai topik ini dengan memperbaharui
kaedah dan teknik dengan penggunaan puzzle peta dan juga menggunakan model peta Malaysia
yang bersaiz lebih besar yang dikenali sebagai Giant Maps dengan menggunakan akronim peta
bagi tujuan memudahkan mengingat kesemua nama negeri di Malaysia.
2.0 REFLEKSI MASALAH
Refleksi PdPc lalu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan, Standard
Pembelajaran oleh guru tercapai iaitu menentukan Sembilan (9) daripada empat belas (14)
keduduka nnegeri-negeri dan Wilayah Persekutuan berdasarkan peta. Namun begitu, terdapat
segelintir pelajar yang tidak mencapai SP di mana pelajar tidak dapat menjawab soalan apabila
diajukan guru mengenai kedudukan negeri mengikut jenis kedudukan seperti utara, pantai timur,
pantai barat dan juga selatan. Murid juga agak keliru dalam membezakan kedudukan nama-nama
negeri di dalam peta Malaysia sewaktu PdPc dijalankan. Bahan bantu mengajar yang digunakan
pada waktu kelas yang lepas dilihat agak menarik perhatian murid dimana guru menggunakan
kaedah melabel dan mewarna kedudukan negeri di atas sebuah peta kosong. Aktiviti yang
dijalankan guru juga diselitkan dengan permainanseperti “Poison Box” yang dijalankan di dalam
2
kelas. Hal ini adalah untuk menggalakkan pelajar aktif dan seronok dalam melakukan aktiviti yang
dijalankan guru. Namun hasil dapatan dihujung PdPC murid masih ramai gagal menyatakan nama
negeri-negeri di Malaysia mengikut kedudukan tempat yang betul.
.
3.0 FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi yang telah dibuat, terdapat beberapa masalah utama yang telah dikenalpasti,
iaitu:
a. Kaedah pengajaran yang digunakan mungkin kurang sesuai.
b. Murid mudah bosan semasa PdPc dijalankan.
c. Murid tidak menguasai Geografi Fizikal.
d. Murid lemah dalam mengingat fakta dan kedudukan tempat.
Memandangkan mata pelajaran Geografi merangkumi suatu skop ilmu yang agak luas dan
memerlukan tahap kemahiran menganalisis peta yang baik, maka fokus utama kajian ini adalah
kepada masalah kegagalan murid menentukan dan mengesan lokasi negeri-negeri dalam peta
Malaysia. Sekiranya murid tidak mampu mengesan lokasi negeri di Malaysia, hal ini salah satu
penyumbang kepada kegagalan dalam mata pelajaran Geografi kerana topik ini sering muncul
semasa pentaksiran diadakan.
Kajian tindakan ini berfokus kepada kemahiran mengingat lokasi atau kedudukan negeri
pada peta Malaysia. Oleh itu pendekatan yang telah diambil ialah dengan menggunakan kaedah
penggunaan puzzle peta dan menggunakan Kaedah mnemonik(akronim peta) bagi tujuan
memudahkan mengingat kesemua nama negeri di Malaysia. Kaedah ini dapat merangsang minat,
pemahaman dan ingatan pelajar terhadap fakta-fakta geografi terutama melibatkan lokasi di dalam
peta.
3
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 OBJEKTIF UMUM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam mengingat
kesemua nama dan kedudukan negeri-negeri pada peta Malaysia serta dapat
mengkategorikan negeri mengikut jenis kedudukan seperti negeri-negeri di Utara,
Selatan, Timur dan Barat.
4.2 OBJEKTIF KHUSUS
i) Meningkatkan keupayaan murid melakar peta Malaysia.
ii) Meningkatkan kemahiran murid dalam mengingati lokasi atau kedudukan negeri-negeri
pada peta Malaysia.
iii) Meningkatkan kemahiran murid dalam menanda dan menamakan lokasi sesuatu tempat
di dalam peta kosong.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 15 orang responden daripada kelas 1 Fikrah dan hjjkkkk orang daripada
kelas ghjkkjb di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Serdang.
6.0 TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN
a) Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti
berikut.
4
b) Pemerhatian
Pemerhatian telah dijalankan ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dan didapati murid mengambil masa yang lama untuk melabel dan
menamakan kedudukan negeri di Malaysia kerana faktor tidak dapat mengingati kedudukan
tersebut. Terdapat juga murid yang menamakan negeri dengan nama yang tidak betul dan
perlu di bimbing oleh guru.
7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
7.1 Penggunaan Puzzle Peta dan Kaedah mnemonik (akronim)
Umum mengetahui bahawa era abad ke 21, pdpc berdasarkan kepada kemahiran murid. Guru
hanya sebagai pembimbing atau fasilitator bukan mengajar menggunakan kaedah Chalk and
talk. Mengikut Aini Hassan (1998) guru sebagai penghubung antara ilmu sejarah dengan
murid. Oleh itu, kami guru sejarah telah mengaplikasi PA 21 dan peta i-Think dalam pdpc.
Mahdi Shuid dan rakan-rakan (2017) menyatakan dalam proses mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran Sejarah yang menyeronokkan, maka peranan guru sebagai penghubung ilmu
Sejarah dengan murid amat diperlukan. Fungsi guru ini perlu diaktifkan dengan berkesan
supaya Sejarah boleh menjadi subjek yang diminati oleh murid. Mengikut Wan Hasnah dan
Nur Munirah (2015) penglibatan murid dalam kumpulan dengan saiz yang kecil memberi
peluang murid berinteraksi adalah tinggi dan paling berkesan untuk pembelajaran. Hal ini
menyebabkan kami membentuk kumpulan yang ahlinya antara 3 hingga empat orang murid
bagi setiap kumpulan.
7.2 Aktiviti yang dijalankan semasa pdpc
a) Murid diminta membentuk kumpulan (3 hingga 4 orang satu kumpulan).
b) Murid diberi peta Malaysia dan membina akronim peta untuk kesemua negeri di Malaysia.
(10 minit).
c) Murid diberi kepingan peta yang telah dipotong mengikut negeri.
5
d) Murid bekerjasama dalam kumpulan mencantum semula peta berpandukan akronim yang
telah dihasilkan.
e) Pembentangan kumpulan dan menunjukkan hasil setiap kumpulan.
7.3 Refleksi dari aktiviti 1
Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok dapat membincangkan
akronim nama terutama ayat yang dihasilkan sangat kelakar dan mudah diingati. Setiap ahli
daripada kumpulan bersungguh-sungguh memikirkan dan mengeluarkan idea yang menarik
dan keputusan yang dibuat disokong oleh semua ahli. Murid dapat mencantum setiap
kepingan nama negeri membentuk peta pada kedudukan yang betul hasil daripada akronim
yang telah dibina. Masa untuk mencantum peta didapati lebih singkat berbanding masa
yang telah diambil sebelum kaedah ini digunakan. Kaedah mnemonik membantu murid
dalam mengukuhkan ingatan. Penyataan ini adalah selari dengan kajian Amiryousefi dan
Ketabi (2011), yang menyatakan bahawa kaedah mnemonik boleh membantu murid-murid
daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian
tinggi untuk lebih cepat mengingati semua maklumat yang sering digunakan atau
diperlukan segera. Kemahiran mengingat merupakan salah satu aspek kemahiran belajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pelajar belajar dengan berbagai cara
dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan berfikir secara logik serta menghafal,
mengingat dan menggambarkannya (Abu et al., 2007).
6
7.4 Dapatan Analisis
Berdasarkan kuiz bagi topik Lakaran Peta yang telah dibuat sebelum dan selepas
penggunaan Kaedah mnemonik (akronim) dan penggunaan puzzle menunjukkan terdapat
peningkatan bagi keputusan yang ditunjukkan oleh murid bagi Kelas 1 Fikrah dan 2
Harmoni.
BIL NAMA MARKAH MARKAH
(SEBELUM) (SELEPAS)
1. AFRINA SUFFIYAH BINTI ADANAN 7/13 11/13
2. ALVIN TAM XIAO FENG 4/13 10/13
3. ASSWITA A/P NAGESRAO 5/13 11/13
4. CHOW SHENG MING 3/13 13/13
5. DODIROEL DAIRY 6/13 13/13
6. JEEVANA A/P D DASS 3/13 12/13
7. NURUL NUR QISTINA BINTI MUHAMAD 5/13 13/13
HASFIZAL
8. SANTOSH A/L MICHAEL 2/13 10/13
9. ZULHAIQAL AIMAN BIN MAUNG NYUNT OO 4/13 11/13
10. NUR IQMALLYSHA BINTI MOHD IZRUL 5/13 11/13
11. NOR AMMAR DANISH BIN NOR AZLI 4/13 13/13
12. MUHAMMAD RAYYAN BIN KHAIRIL AZIZI 5/13 13/13
13. NURUL RAIHANA BALKIS BINTI ABDULLAH 3/13 11/13
14. SIVANESWARI A/P MUNIANDY 2/13 10/13
15. NUR SYAZANA IRDEENA BINTI MUHAMMAD 3/13 12/13
SHAHRUL IZWAN
Jadual 1- keputusan sebelum dan selepas Kaedah mnemonik (akronim) dan penggunaan puzzle
bagi peta Malaysia bagi kelas 1 Fikrah
7
BIL NAMA KEPUTUSAN/MARKAH KEPUTUSAN/MARKAH
(SEBELUM) (SELEPAS)
1. MOHD IKHWAN HAKIM 13/16 15/16
2. VISHALLI 7/16 15/16
3. M. AIMAN 8/16 16/16
4. M. FIRDAUS 7/16 16/16
5. GAY ZUO HAO 12/16 16/16
6. DARSHAN 1/16 14/16
7. WONG JUN JIAN 11/16 15/16
8. MOHAMAD HAIKAL 5/16 16/16
9. NUR FARAH AQILAH 8/16 16/16
10. WONG KAH BOW 13/16 16/16
11. WONG YI LIN 14/16 16/16
12. AUNI DANIELA 13/16 16/16
13. SAW WEI YANG 16/16 16/16
14. WONG JIA JUN 16/16 16/16
15. NURUL AIN 16/16 16/16
Jadual 2- keputusan sebelum dan selepas Kaedah mnemonik (akronim) dan penggunaan puzzle
bagi peta Malaysia bagi kelas 2 Harmoni.
8
Keputusan kuiz Sebelum Kaedah mnemonik (akronim) dan penggunaan puzzle digunakan
9
7.5 Penilaian dan refleksi
Berdasarkan analisis data di atas didapati kadar mengingat bagi topik lakaran peta
semakin meningkat sekali gus kaedah yang dinyatakan terbukti berkesan. Murid didapati
bukan sahaja telah dapat mengingat nama-nama negeri di Malaysia malah dapat menarik
minat murid terhadap subjek Geografi.
8.0 KESIMPULAN
15 orang sampel kajian ini telah menunjukkan peningkatan markah/skor dalam kuiz yang
telah dijalankan di dalam kelas dan perkara ini telah membuktikan bahawa kaedah puzzle dan
Mnemonik (akronim) berjaya dalam meningkatkan daya mengingat murid bagi topik lakaran peta
Malaysia. Kaedah ini sangat sesuai dengan tajuk juga membolehkan murid untuk belajar dan
mengingat dengan lebih baik dan cepat.
9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN YANG SETERUSNYA
Kajian tindakan yang seterusnya adalah menggunakan teknik yang sama iaitu puzzle dan
Mnemonik (akronim) dalam mengingat nama ibu negeri bagi setiap negeri di Malaysia. Mengingat
nama ibu negeri bagi setiap negeri di Malaysia sedikit sebanyak akan membantu murid menginggat
lokasi-lokasi penting lain seperti jaringan lebuhraya dan juga stesen kereta api, lapangan terbang,
dan pelabuhan bagi sesebuah negeri dengan lebih mudah.
10
BIBLIOGRAFI
Aini Hassan. (1998) Pengajaran dan pembelajaran Sejarah : Guru sebagai broker Ilmu Sejarah.
Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 21, 109-123.
Mahdi Shuid, Abdullah Zhidi Omar dan rakan-rakan. (2017), Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah abad ke-21, Global Meduastreet Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara
Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia
11
12