The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

anekdot, teks pengacara, resume dan kertas kerja

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Athirah Hanim Abdul Karim, 2021-02-03 11:50:28

bahasa melayu

anekdot, teks pengacara, resume dan kertas kerja

ANEKDOT

Anekdot 1

Trek larian
“Athirah Hanim” namaku dilaungkan di pembesar suara sekolahku yang diarahkan untuk
memasuki padang dan bersedia dalam acara 200 meter. Aku yakin bahawa aku boleh merangkul
juara dalam acara itu kerana atas usaha dan penat lelahku berlatih dari pagi hingga petang pada
setiap hari. Semasa memanaskan badan, aku mula berasa pening dan badanku mula berasa
lemah tetapi aku cuba untuk tidak mengendahkan perasaan itu atas sebab ingin menjadi juara.
Gementar mula terasa apabila semua atlet sudah bersedia di trek larian masing masing.
Tembakan pistol dilepaskan, menandakan larian bermula. Aku berlari dengan penuh semangat
tambahan pula ramai yang bersorak untukku. Pada akhir 100 meter, aku berada di nombor 3
daripada 8 orang atlet. Kedengaran sorakan namaku semakin kuat. Aku berpeluang untuk
membawa pulang medal emas akan tetapi malang tidak berbau, aku jatuh terbaring pada 50
meter sebelum garisan penamat dan hampir pengsan. Aku dipapah oleh ahli Persatuan Bulan
Sabit Merah (PBSM) ke khemah urus setia. Aku berasa letih dan sangat sedih kerana usahaku
menjadi sia-sia tanpa sebarang kemenangan.

Anekdot 2

Rakan baik

Pada tanggal 5 Mac 2018, itulah hari pertama kakiku melangkah ke Maktab Rendah Sains Mara
Arau, Perlis. Aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sana. Itulah pertama kali aku
berpisah jauh dengan keluargaku. Pada hari itu juga, kelihatan ramai ibu bapa yang datang bagi
mendaftar kemasukan anak mereka ke MRSM. Setelah selesai segala urusan pendaftaran, kini
secara rasminya aku menjadi seorang pelajar MRSM. Tiada perkataan yang boleh aku
ungkapkan ketika itu, perasaanku bercampur baur. Usai mandi dan bersiap, aku segera menuju
ke surau bagi menunaikan solat maghrib. Tiba-tiba aku terlihat seorang pelajar menangis teresak-
esak. Aku menghampiri pelajar tersebut dan bertanya mengapa dia menangis. “aku rindukan
keluargaku” katanya. Aku menenangkannya dan berkata lama kelamaan dia akan terbiasa
dengan situasi begini. Lalu emosinya beransur baik. Sejak kejadian itu kami menjadi rakan baik.

TEKS PENGACARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI GURU TAHUN 2019

Mengumumkan ketibaan Encik Abdul Karim Bin Alias, Pengetua MRSM Arau
diiringi oleh timbalan-timbalan pengetua dan para guru.

Bismillahhir Rahmannir Rahim...
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Yang Berusaha, Encik Abdul Karim Bin Alias, Pengetua MRSM Arau

Encik Zulkifli Bin Hassan, Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik,

Encik Idi Bin Mohd Shar, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar

Encik Rodzi bin Isa, Timbalan Pengetua Pembangunan Kokurikulum

Ketua-Ketua Jabatan, Guru Cemerlang

Guru-guru,

dan rakan-rakan pelajar yang dimuliakan.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat kita berkumpul pada hari yang berbahagia ini untuk Sambutan Hari
Guru peringkat maktab pada tahun 2019.

Hadirin yang dihormati,

Demi memberkati program pada hari ini, marilah kita bersama-sama
mengaminkan bacaan doa pembuka majlis yang akan dipimpin oleh Saudara
Ahmad Aizzat Bin Abdul Karim . Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

- DOA

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Ahmad Aizzat Bin Abdul
Karim atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu
Negeri Perlis dan Lagu Amanah Rakyat

Hadirin dipersilakan berdiri.

(MENYANYIKAN LAGU)

Hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dikasihi,

Bagi meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Encik Abdul Karim Bin Alias, Pengetua MRSM Arau untuk
menyampaikan ucapan.

- UCAPAN

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Karim Bin Alias, atas
ucapan yang telah disampaikan.

Bagi acara yang berikutnya, majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati
kepada setiap guru atas jasa mereka berkhidmat dan mendidik.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berusaha Encik Abdul Karim Bin Alias diiringi Encik Zulkifli Bin Hassan untuk
menyampaikan saguhati. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Penyampaian saguhati

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Karim Bin Alias atas
penyampaian saguhati sebentar tadi. Terima kasih diucapkan kepada guru guru
yang tidak pernah mengenal penat lelah mengajar warga pelajar MRSM Arau.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, marilah kita menyaksikan persembahan koir yang akan
dipersembahkan oleh pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Dipersilakan.
.

- persembahan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2
diatas persembahan koir sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Agenda majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan deklamasi sajak yang bertajuk
“oh guruku” oleh Saudara Ahmad Faiz dari tingkatan 5 dan Saudari Aida Rohayu
dari tingkatan 4. Dipersilakan.

- Deklamasi sajak

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara Ahmad Faiz dan Saudari Aida
Rohayu. Saya yakin bahawa guru guru juga tersentuh atas sajak yang
dideklamasikan sebentar tadi. Terima kasih guru.

Hadirin sekalian,

Dengan ini menjumput para guru untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan
lagu “Kami Guru Malaysia” dan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh Yang
Berusaha Encik Abdul Karim Bin Alias.

- Nyanyian lagu dan bacaan ikrar

Terima kasih para guru diatas nyanyian lagu dan bacaan ikrar sebentar tadi.
Jasamu guru tidak akan dilupakan. Di kesempatan ini saya mewakili para pelajar
untuk memberikan sedikit ucapan kepada para guru.

“Guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa. Engkau bagaikan lilin yang menerangi
setiap kegelapan. Semoga setiap peluh lelahmu yang mengalir melahirkan
generasi unggul. Selamat hari guru. Terima kasih cikgu.”

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian dan bacaan ikrar itu tadi, maka sambutan hari
guru pada peringkat maktab pada tahun 2019 sudah sampai ke penghujungnya.

Bagi mengakhiri majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu maktab.

Hadirin dipersilakan berdiri .

- NYANYIAN

- Tamat nyanyian

Para pelajar dibenarkan bergerak untuk meneruskan sesi fotografi bersama guru
homeroom masing-masing.

RESUME

BIODATA ATHIRAH HANIM BINTI
ABDUL KARIM
NAMA : ATHIRAH HANIM BINTI ABDUL
KARIM PSIKIATRI

UMUR : 27 TAHUN PENDIDIKAN

NOMBOR KAD PENGENALAN : MRSM TRANSKRIAN
050110-10-0404 TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5
PT3 9A
WARGANEGARA : MALAYSIA SPM 9A+
AKTIF DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
ALAMAT TETAP :
NO 40, JALAN BIDARA 3/9, TAMAN UNIVERSITI MALAYA
BIDARA, 68100 BATU CAVES, 2017 HINGGA 2021
SELANGOR. CGPA 3.83
SETIAUSAHA AGONG MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PERINGKAT
KELEBIHAN DIRI: KEBANGSAAN
 SEORANG YANG OPTIMIS
 SENTIASA BERSEMANGAT PENGALAMAN BEKERJA
 BERSABAR
STARBUCKS COFFEEHOUSE
HUBUNGI BARISTA
10 OKTOBER 2018 – 10 DESEMBER 2018
TELEFON : 010-454 8310 KPJ TAWAKKAL KUALA LUMPUR
PEMBANTU KLINIK AM
EMAIL: 2 FEBRUARI 2020 – 2 MEI 2020
[email protected]
KEMAHIRAN KENDIRI
HOBI
KOMUNIKASI
 BERSUKAN
 MEMBACA GIGIH
 MENDENGAR MUZIK
KERJASAMA

KREATIVITI

BERDISIPLIN

84 86 88 90 92 94 96 98 100

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

PERMOHONAN KELULUSAN

PROGRAM “NIGHT MARKET”
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN 2021

TARIKH:
27 FEBRUARI 2021

TEMPAT:
TRANSGARDEN MRSM TRANSKRIAN

ANJURAN:
BADAN WAKIL PELAJAR DENGAN KERJASAMA PERSATUAN

USAHAWAN MUDA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN

1

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Timbalan
Pengetua Pembangunan Kokurikulum Maktab Rendah Sains Mara Transkrian.
Program tersebut akan diadakan pada 27 Februari 2021. Program ini akan
dijalankan iaitu selepas menerima kelulusan daripada guru penasihat Badan Wakil
Pelajar dan Persatuan Usahawan Muda MRSM Transkrian dan bertempat di
TransGarden Maktab Rendah Sains Mara Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

2.0 LATAR BELAKANG

Program “Night Market” merupakan satu program dengan kerjasama Badan Wakil
Pelajar dan Persatuan Usahawan Muda Maktab Rendah Sains Mara Transkrian.
Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara para pelajar
yang lain. Selain itu, program ini juga melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi rohani, intelek dan sosial.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.

3.2 Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan para pelajar dalam bidang
keusahawanan.

3.3 Memberikan peluang kepada para pelajar untuk menonjolkan diri untuk tujuan
penilaian kurikulum.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 11 Februari 2019
Masa : 8:30 malam hingga 11:00 malam
Tempat : TransGarden Maktab Rendah Sains Mara Transkrian

2

5.0 KUMPULAN SASARAN

Para pelajar Maktab Rendah Sains Mara Transkrian

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

(Rujuk Lampiran 1)

7.0 TENTATIF PROGRAM

(Rujuk Lampiran 2)

9.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

(Rujuk Lampiran 3)

10.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja Program “Night Market” yang dianjurkan oleh Badan Wakil
Pelajar dengan kerjasama Persatuan Usahawan Muda MRSM Transkrian mendapat
kelulusan dari pihak tuan dan berharap pihak tuan mempertimbangkan sewajarnya
serta meluluskan permohonan seperti yang telah dinyatakan.

Disediakan Oleh:

....................................................
ATHIRAH HANIM BINTI ABDUL KARIM
Exco Kebajikan dan Sosial
Badan Wakil Pelajar
Maktab Rendah Sains Mara Transkrian
Tarikh :

3

Disemak Oleh: Ulasan (jika ada)

...................................................
AHMAD FAIZ BIN ABDUL KARIM
Penasihat
Badan Wakil Pelajar
Maktab Rendah Sains Mara Transkrian
Tarikh:

Disokong Oleh: Ulasan (jika ada)

.......................................................
AIDA ROHAYU BIN ABDUL RAHIM
Kaunselor
Maktab Rendah Sains Mara Transkrian
Tarikh:

Diluluskan/ Tidak diluluskan oleh: Ulasan (jika ada)

..........................................................
AHMAD AIZZAT BIN RAHMAN
Timbalan Pengetua Pembangunan Kokurikulum
Maktab Rendah Sains Mara Transkrian
Tarikh:

4

Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM “NIGHT MARKET”

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH (RM)
1 Banner RM 30 X 2 60

Jumlah RM 60
RM 60
JUMLAH KESELURUHAN

5

Lampiran 2

TENTATIF
PROGRAM “NIGHT MARKET”

MASA TARIKH : 27 FEBRUARI 2021 CATATAN
8:30 Malam AKTIVITI

9:00 Malam Para pelajar yang terlibat bersiap sedia di gerai yang
9:15 Malam disediakan
9:20 Malam Para pelajar selesaikan menunaikan solat isya’
10:30 Malam
11:00 Malam Program berlangsung

Para pelajar memeriahkan program

Pelajar membersihkan tempat jualan

Bersurai

6

Lampiran 3

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
PENASIHAT

1. ENCIK AHMAD FAIZ BIN ABDUL KARIM
2. PN FATIMAH NAJIHAH BINTI ABDUL SYUKUR

PENGARAH PROGRAM

AIDA ROHAYU BINTI ABDUL RAHIM

SETIAUSAHA PROGRAM

MOHAMAD SYUAIB BIN OTHMAN

EXCO MULTIMEDIA DAN TEKNIKAL

SYED MUHAMMAD FITRI BIN SYED NASSIR
HEMESWARAN A/L BALACHANDAR

EXCO FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI

MUHAMMAD RIDHWAN BIN ROSLIM
MUHAMMAD DANIEL SHAH BIN MUSTAFA

EXCO PERSIAPAN TEMPAT DAN KEBERSIHAN

ABDULLAH BIN ABDURAMAN
AFFIQ DANIEL BIN AFENDI
MAHMOOD BIN SHUKOOR

EXCO TUGAS – TUGAS KHAS

MUSTAFFA BAIHAQIE BIN RAHMAN

7


Click to View FlipBook Version