Makan Angin Bersiar-siar untuk berehat Maksud:
Telinga Kuali Maksud: Orang yang tidak mendengar nasihat
Kaki Botol Maksud: Orang yang pemabuk
Hati Batu Maksud: Degil
Air Muka Maksud: Rupa atau wajah seseorang
Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut
Kaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut
Darah Daging Maksud: Anak kandung
Anak Buah Maksud: Anak saudara
Buah Tangan Maksud: Hadiah yang dibawa semasa melawat orang
Buah Mulut Maksud: Sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
Buku Lima Maksud: Genggaman tangan atau penumbuk
Puteri Lilin Maksud: Orang yang tidak boleh kena panas
Makan Hati Maksud: Susah hati kerana orang lain melakukan kejahatan kepada kita
Ulat Buku Maksud: Suka membaca
Mata Duitan Maksud: Orang yang tamakkan wang
Perang Mulut Maksud: Pertengkaran dengan mulut
Kaki Bangku Maksud: Tidak tahu main bola
Asam Garam Maksud: Pengalaman hidup yang berbagai-bagai
Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis
Terang Hati Maksud: Mudah memahami sesuatu
Sakit Hati Maksud: Terasa hati
Cahaya Mata Maksud: Anak
Bulat Hati Maksud: Melakukan sesuatu dengan bersungguhsungguh
Mulut Tempayan Maksud: Tidak boleh simpan rahsia