The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR IZNI BINTI MOHD SABRI KPM-Guru, 2024-04-26 03:44:00

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 dan Jamuan Aidilfitri 2024

SK Permatang Damar Laut

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KKAALLII KKEE--4466 Jamuan Aidilfitri & 26 APRIL 2024 7.45 MALAM DEWAN SERI DAMAR


Isi Kandungan Ucapan Aluan YDP PIBG Ucapan Aluan Guru Besar Senarai AJK PIBG Senarai AJK Kerja Mesyuarat Agung & Jamuan Aidilfitri Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Laporan Aktiviti PIBG Penyata Kewangan PIBG Perbahasan Usul PIBG Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 Catatan Penghargaan 1 Isi Kandungan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 1 2 3 4 5 10 12 26 30 36 37 38 39


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh Salam Aidilfitri Salam MALAYSIA MADANI Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhammad SAW, segala ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kita kearah takwa kepadaNya. Di kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di atas Kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami. Sebagai YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang terbaik ke atas pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anak-anak tidak keciciran ekoran daripada pra pandemik covid-19 sebelum ini. Sungguhpun begitu, ibu bapa turut tidak kerjasama ini sangat digalakkan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada barisan guru dan PIBG kerana telah berjaya membantu dalam pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut. Terdapat juga pelbagai perancangan serta naiktaraf yang telah dimohon serta dalam perlaksanaan. Bersamalah kita berdoa agar semua perancangan dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya juga menyeru agar ibu bapa dapat menyumbangkan tenaga mahupun buah fikiran dalam kita menjadikan PIBG sebagai wadah memperkasakan pelajaran, keterampilan serta jati diri anak-anak kita, generasi pewaris kita. Sekian, terima kasih. AHMAD AZRIZAL TAHIR (PKT, DJN) Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut 2 Sekapur Sireh


Seulas Pinang Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, En Ahmad Azrizal bin Tahir dan semua AJK PIBG sesi 2023/2024, guru-guru serta ibu bapa yang telah memberi komitmen yang tinggi kepada pihak sekolah. Terima kasih juga saya ucapkan di atas usul dan cadangan yang dikemukakan. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya mencari alternatif dan penyelesaian untuk mengatasi kekangan terhadap isuisu yang dikemukakan demi kemajuan anak-anak didik SK Permatang Damar Laut. Peranan dan tanggungjawab PIBG amat penting dalam semua bidang meliputi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Saya yakin dan percaya kemajuan sesebuah sekolah adalah terletak atas kekuatan dan peranan yang dimainkan oleh PIBG. Oleh itu, sokongan padu daripada PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan pihak sekolah dan PIBG diharapkan dapat memberi kesan yang positif serta faedah yang besar kepada masa depan murid-murid. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak ketika berada di rumah. Keprihatinan dan pemantauan yang rapi daripada ibu bapa amat diperlukan bagi membantu perkembangan pelajaran anak-anak buat masa kini. Guru dan ibu bapa haruslah berganding bahu agar prestasi anak-anak dapat dipertingkatkan. Pihak sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional sekIranya ibu bapa menghadapi sebarang kesulitan berkaitan pembelajaran anakanak di sekolah. Akhir kata, saya berharap kerjasama antara dua pihak terjalin erat dan sentiasa sepakat demi kecemerlangan anak-anak dan SK Permatang Damar Laut. Kesepaduan Menjulang Kecemerlangan Sekolah. Sekian, terima kasih. MASTURA BINTI ANUAR GURU BESAR SK PERMATANG DAMAR LAUT 3


Senarai AJK PIBG Penasihat : Mastura binti Anuar Yang Dipertua : Ahmad Azrizal bin Tahir Naib Yang Dipertua : Mohd Azhan bin Mat Desa Setiausaha : Abdul Basit Bin Mohamat Lutfi Bendahari : Nur Khairiyatul Najihah bt Qamarul Azlan Ahli Jawatankuasa : GURU 1. Intan Haniesya Binti Hashim 2. Mohamad Yusuf Bin Mehat 3. Mariana Binti Mohd Nor 4. Syazana Aqilah Binti Rosli 5. Amiratul Najwa Binti Mohamat Tarmizi IBU BAPA 1. Mustaim Bin Mustafa 2. Mohd Fareez Bin Mansor 3. Wan Ahmad Razman 4. Paulaliza Shafiza Binti Mohamad Aris 5. Siti Nazlina Binti Mohd Roseki Pemeriksa Kira-kira : Lim See Erh Fazlan Hamidi bin Saad@Talib 4


Bacaan Doa Azrul Nur Misuari Bin Ahmad Pengacara Majlis Zurainy Binti Md. Nayi Mohd Anuar Bin Zainol Sambutan Penyambut Tetamu Mastura Binti Anuar Tuan Mohd Nazri Hisham Bin Long Ahmad Mohd Adib Bin Mohd Idris Nalini A/P Selvarajan Ahmad Azrizal Bin Tahir Mohd Azhan Bin Mat Desa Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 & Jamuan Aidilfitri Pengerusi : Mastura Binti Anuar (Guru Besar) Timbalan Pengerusi 1 : Mohd Adib Bin Mohd Idris (PK Pentadbiran) Timbalan Pengerusi 2 : Tuan Mohd Nazri Hisham Bin Long Ahmad (PK HEM) Timbalan Pengerusi 3 : Nalini A/P Selvarajan (PK Kokurikulum) Timbalan Pengerusi 4 : Zuraini Binti Dollah @ Md. Daud (PK Pendidikan Khas) Setiausaha : Abdul Basit Bin Mohamat Lutfi Bendahari : Nur Khairiyatul Najihah Binti Hj Qamarul Azlan Jawatankuasa Kerja 5


Jemputan Maslia Binti Omar Muhammad Khairul Izwan Bin Romli Persediaan Tempat Tee Chow Ho Muhamad Fitri Bin Shari Mohamad Noor Rizan Bin Mokhtaruddin Wong Chan Wai Mohammed Asmadi Bin Md Nor Mohamad Azizi bin Kopomasba Fazlan Hamidi Bin Saad @ Talib Mustaim Bin Mustafa Mohd Fareez Bin Mansor Wan Ahmad Razman Pendaftaran lsmani Binti Ismail Saukai@ Ismail Sauki S. Mageswary A/P M.Shanmugam Wan Ain Natasya Binti Wan Ibrahim Hiasan Pentas Intan Haniesyah Binti Hashim Siti Akmar Binti Amran Nasitof Binti Othman Anis Adilah Binti Malek Nur Khairiyatul Najihah Binti Hj Qamarul Azlan Mukhtarah Binti Abdul Halim Norsyazrina Binti Budin Jawatankuasa Kerja 6


Kebersihan Shantheni A/P Rasasingam Jayanthi A/P Ponusamy Nur Diana Saffiya Binti Sapari Noor Ain Binti Mohd Yusof Siti Fatimah Binti Amin Nordin Zarina Binti Majid Kawalan Murid Norzie Binti Md Yusof Muhamad Yazid Bin Mohamad Noor Suhaili Binti Nordin Noor Mastura Binti Zakaria Qamarina Binti Yaakob Rohaida Binti Husain Kasturi A/P Ramalingam Dokumentasi/ Fotografi Lim See Erh Lew Ai Lee Zainab Binti Ahmad Buku Program Nur Izni Binti Mohd Sabri Siti Fatiha Binti Othman Peralatan dan PA Sistem Azrol Izal Bin Mat Riffin Muhamad Yazid Bin Mohamad Jawatankuasa Kerja 7


Jamuan Aidilfitri (Masakan & Persiapan) Bihun, Mi, Kuetiau, Nasi Goreng Ahmad Azrizal Bin Tahir Rendang Noor Suhaili Binti Nordin Mohamed Asmadi Bin Md Nor Azura Binti Osman Tuan Siti Mazura Binti Tuan Dagang Hilaliyah Binti Omar Nur Solehah Sabirin Siti Norasikin Binti Akum Suzana Binti Nordin Mariana Binti Mohd Nor Nor Azlinda Binti Abu Nazan Sakinah Binti Abdul Razak Siti Nazlina Binti Mohd Roseki Ketupat Dan Air Minuman Mohamad Yusuf Bin Mehat Jamuan Aidilfitri (Penyediaan Potluck) Latifah Binti Abdul Latif Siti Aishah Binti Ismail Nur Amni Shafia Binti Mohd Fauzey Nursyazana Izati Binti Mohamed Noor Shafie Durotul Insyirah Binti Khairul Salleh Noor Azrina Binti Ali Nurul Haizum Binti Mohd Razif Nur Rahilla Binti Omar Jawatankuasa Kerja 8


Peralatan dan PA Sistem Azrol Izal Bin Mat Riffin Muhamad Yazid Bin Mohamad Juru Kira Undi Muhammad Zarif Bin Mohd Basir Muhamad Zul Ikhwan Bin Md Zani Pencatat Minit Amiratul Najwa Binti Mohamad Tarmizi Nurul Amiratul Husna Binti Abdul Hisham Syazana Aqilah Binti Rosli Hadiah dan Sijil Nurul Nadia Binti Mohd Yusri Nur Khairiyatul Najihah Binti Hj Qamarul Azlan Paulaliza Shafiza Binti Mohamad Aris 9 Jawatankuasa Kerja


Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 MAJLIS PERASMIAN 7.30 malam : Pendaftaran ibu bapa / waris / guru-guru 8.00 malam : Ucapan Pengerusi Majlis Bacaan doa Ucapan Pn. Mastura binti Anuar (Guru Besar SK Permatang Damar Laut / Penasihat PIBG) Ucapan Encik Ahmad Azrizal bin Tahir (YDP PIBG) 8.30 malam : Penyampaian cenderamata dan sijil kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-46 8.40 malam 1. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-45 3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Aktiviti PIBG 4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 10


Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 5. Membentang dan membahaskan usul (jika ada) 6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 7. Pelantikan Pengerusi Sementara 8. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2024/2025 a) Seorang Yang Di Pertua b) Seorang Naib Yang Di Pertua c) Seorang Setiausaha d) Seorang Bendahari e) 10 orang AJK : 5 AJK Guru dan 5 AJK Waris 9. Pemilihan dan pelantikan Juru Audit Dalaman 10. Perkara-perkara berbangkit 11. Ucapan penangguhan 9.45 malam : Jamuan Aidilfitri Bersurai 11


MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT KALI KE-45 TARIKH : 13 Mei 2023 HARI : Sabtu MASA : 9.00 Pagi TEMPAT : Dewan Seri Damar, SK Permatang Damar Laut KEHADIRAN : 167 Orang Ucapan Guru Besar SK Permatang Damar Laut Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar mengalukan kehadiran para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini. Tindakan :Makluman Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 kerana membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program di sekolah. Tindakan :Makluman Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang secara tidak langsung membantu pihak sekolah dalam memberikan sumbangan daripada segi kewangan mahupun perkhidmatan bagi meningkatkan lagi pontensi anak-anak mereka di SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT 11960 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG TEL/FAX : 04-6261531 1.0 1.1 1.2 1.3 12


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Pada sesi 2023/2024, pihak sekolah mencuba untuk meningkatkan lagi pontensi murid-murid SK Permatang Damar Laut, pihak sekolah mendapati ramai murid-murid mempunyai bakat-bakat yang terpendam. Melalui guru-guru di sekolah ini, pihak sekolah akan mencungkil bakat-bakat dan pontensi murid-murid dan mencuba untuk membawa mereka masuk ke pertandingan bukan sahaja pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan tetapi sehingga peringkat antarabangsa. Tindakan :Semua Guru Melalui program-program yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), barisan pentadbir dan semua guru akan berusaha untuk mengenal pasti pontensi murid-murid SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Semua Guru Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar memohon jasa baik ibu bapa memberikan bukan sahaja daripada sumbangan kewangan tetapi boleh juga memberikan sumbangan dari segi idea atau kemahiran (contohnya, digital dan permainan), sekiranya ibu bapa ingin memberikan sumbangan, boleh berhubung dengan pihak sekolah. Pihak sekolah mengalu-alukan kerjasama ibu bapa dalam membantu pihak sekolah meningkatkan potensi murid-murid SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Ibubapa Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar memaklumkan pada Hari Jumaat (14 Mei 2023) pasukan Bola Keranjang (Perempuan) di bawah pimpinan Encik Tee Chow Ho, Encik Wong Chai Wai dan Puan Siti Aishah binti Ismail telah berjaya memenangi tempat ketiga bagi peringkat daerah. Satu-satunya sekolah kebangsaan yang berjaya. Ini merupakan kejayaan yang pertama bagi sesi 2023/2024. Tindakan :Makluman Pada minggu hadapan, pasukan Bola Keranjang (Perempuan) akan bertanding bagi peringkat negeri. Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar berharap ibu bapa memberikan sepenuhnya sokongan dan galakan kepada anak-anak ini supaya terus menonjolkan bakat -bakat mereka. Tindakan :Makluman 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 13


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar meminta kepada ibu bapa memberikan peluang kepada anak-anak mereka untuk menyertai sekiranya dijalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Sehubungan dengan itu, amat di alu-alukan juga ibu bapa turut serta menyertai program yang dijalankan di sekolah. Tindakan :Ibubapa Selain itu, Guru Besar menyeru ibu bapa yang tidak berkelapangan sekiranya ingin memberikan sumbangan dari segi kewangan bagi menampung perbelanjaan membawa murid-murid ke pertandingan-pertandingan di luar, boleh membuat sumbangan melalui PIBG sekolah. Tindakan :Ibubapa Pada sesi 2023/2024, Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar telah menetapkan hala tuju iaitu meningkatkan penyertaan murid-murid SK Permatang Damar Laut dalam pelbagai pertandingan kerana murid-murid ini mempunyai potensi yang tinggi. Pada sesi ini, pihak sekolah telah mengenal pasti potensi murid-murid dan sokongan ibu bapa serta mendoakan anak-anak ini berjaya pada peringkat seterusnya. Tindakan :Makluman Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar berharap sokongan ibu bapa daripada segi material atau perkhidmatan tanpa henti kepada pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti sekolah supaya dapat meningkatkan lagi nama SK Permatang Damar Laut dan meningkatkan lagi kemenjadian murid SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Permatang Damar Laut Yang Dipertua PIBG, Encik Ahmad Azrizal bin Tahir mengalukan kehadiran para ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45. Beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibu bapa kerana sudi hadir pada hari ini demi menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa murid-murid SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman 1.9 1.10 1.11 1.12 2.0 2.1 14


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Yang Dipertua PIBG, Encik Ahmad Azrizal bin Tahir mewakili ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjsama yang diberikan sepanjang menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tindakan :Makluman Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa guru-guru telah melakukan yang terbaik ke atas pendidikan murid-murid. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan muridmurid tidak tercicir dalam pelajaran ekoran daripada wabak pandemik dan pra - pandemik Covid-19. Tindakan :Makluman Sungguhpun begitu, ibu bapa juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan ketika anak-anak tidak bersekolah semasa wabak pandemik Covid-19 dan semasa anak-anak kembali kepada sesi persekolahan. Semangat dan kerjasama ini amat digalakkan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak. Tindakan :Makluman Yang Dipertua PIBG, Encik Ahmad Azrizal bin Tahir memaklumkan beberapa perancangan serta menaik taraf yang telah dilaksanakan pada sesi 2022/2023. Tindakan :Makluman Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh PIBG ialah pihak PIBG telah berjaya mendapatkan sumbangan sebuah mesin air. Pemasangan mesin air ini untuk kegunaan murid-murid di SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman Kedua, pihak PIBG telah berjaya mendapatkan sumbangan untuk penurapan jalan. Penurapan sementara jalan laluan masuk ke sekolah. Dalam perancangan seterusnya, penurapan jalan keseluruhan kawasn parkir dan laluan di sekolah ini. Tindakan :Makluman 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 15


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Selain itu, pemasangan penghawa dingin baharu di Makmal Komputer. Sebelum ini, penghawa dingin mengalami kerosakan. Pertukaran penghawa dingin baharu ini telah selesai dan boleh digunakan oleh semua warga sekolah ini. Tindakan :Makluman Keempat, Majlis berbuka puasa dan tahlil perdana yang diadakan di dewan Seri Damar, SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman Kelima, menaik taraf tandas murid di sekolah ini. Proses menaik taraf ini bermula pada tahun lepas dan telah siap pada awal tahun ini. Ibu bapa boleh melawat tandas murid di sekolah ini yang telah di naik taraf. Akhir sekali, program pada hari ini, mesyuarat agung PIBG dan sambutan hari raya. Tindakan :Makluman Manakala projek yang telah dirancang dan masih dalam proses permohonan. Makluman kepada ibu bapa, pihak PIBG dan sekolah telah membuat kertas kerja untuk memohon bangunan baharu iaitu 4 tingkat untuk SK Permatang Damar Laut, masih dalam pemerhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tindakan :Makluman Penambahan komputer di Makmal Komputer untuk kegunaan murid-murid SK Permatang Damar Laut. Pihak PIBG mencuba untuk sumbangan daripada syarikat Teknologi Maklumat yang berdekatan di kawasan perindustrian kita. Tindakan :Makluman Penurapan jalan baharu di sekitar kawasan sekolah. Selaian itu, menambah baik laluan kenderaan keluar masuk kawasan sekolah. Masalah lalu lintas pada waktu pagi dan tengah hari pada hari persekolahan. Cadangan melatih kakitangan keselamatan mengendalikan laluan di pintu keluar SK Permatang Damar Laut bagi membolehkan ibu bapa masuk dan keluar daripada kawasan sekolah selepas penghantaran anakanak merekta. Cadangan lain, pihak PIBG akan memohon bantuan polis trafik untuk menjaga lalu lintas dalam tempoh 1 jam untuk memberikan laluan keluar masuk kepad ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Tindakan :Makluman 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 16


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Pengurus SSPN, memaklumkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional akan mengikuti program yang akan diadakan 17 Mei 2023 di Padang Permatang Damar Laut. Banyak agensi yang terlibat tetapi agensi-agensi kerajaan memohon tempoha masa untuk membuat persediaan. Tarikh program ini di ubah pada 16 Jun 2023. Diutamakan muridmurid tahun 6 dan diberikan kepada golongan B40 buka akaun SSPN. Pejabat YB Parlimen Bayan Baru bersetuju untuk membiayai 100 orang. Bagi, murid SK Permatang Damar Laut seramai 40 orang. Murid tahun 6, yang keutamaan diberikan kepada golongan B40. Dibuka kepada murid-murid lain yang berpotensi untuk membuka akaun SSPN secara percuma jika terdapat kekosongan. Ibu bapa berminat untuk untuk membuka akaun SSPN anak-anak, boleh hadir nanti di Padang Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman Perbelanjaan yang banyak/besar diperlukan untuk menjayakan perancangan yang di rancang.Encik Ahmad Azrizal bin Tahir telah mencadangkan sumbangan PIBG dinaikkan dan sumbangan boleh dibuat secara ansuran . Tindakan :Makluman Sekiranya terdapat ibu bapa yang kurang berkemampuan, boleh maklumkan kepada wakil PIBG atau guru kelas. Pihak PIBG tidak menggunakan yuran PIBG untuk urusan lain selain daripada usaha pembangunan pendidikan murid-murid SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman Berdoa semoga semua perancangan yang dirancang pada sesi 2023/2024 dipermudahkan segalanya oleh Allah S.WT. Tindakan :Makluman Yang Dipertua PIBG, Encik Ahmad Azrizal bin Tahir merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang membantu serta menyumbang untuk program mahupun infrastruktur terutama sekali YDP Bayan Baru, pelbagai bantuan yang telah disalurkan kepada SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman 2.14 2.15 2.16 2.17 2.18 17


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 2.19 3.0 3.1 3.2 4.0 4.1 4.2 5.0 Yang Dipertua PIBG, Encik Ahmad Azrizal bin Tahir merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan PIBG sesi 2022/2023 di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Tindakan :Makluman Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-44 Setiausaha PIBG, Cik Siti Fatiha binti Othman membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 daripada muka surat 9 sehingga 18 (rujuk buku program Mesyuarat Agung kali ke-45). Tindakan :Makluman Puan Siti Nazlina binti Mohd Roseki mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Encik Zaidi bin Ismail. Tindakan :Makluman Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 Setiausaha PIBG, Cik Siti Fatiha binti Othman membentangkan laporan aktiviti PIBG sesi 2022/2023 daripada muka surat 19 sehingga 23 (rujuk buku program Mesyuarat Agung kali ke-45). Tindakan :Makluman Laporan aktiviti PIBG sesi 2022/2023 telah dicadang untuk disahkan oleh Puan Noor Azura binti A Raman dan disokong oleh Puan Azilina binti Alias. Tindakan :Makluman Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2022 18


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 5.1 5.2 5.3 6.0 6.1 6.2 Bendahari PIBG, Puan Nur Khairiyatul Najihah binti Hj Qamarul Azlan membentangkan Penyata Kewangan PIBG sesi 2022/2023 bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 daripada muka surat 24 dan 25 tanpa sebarang pindaan (rujuk buku program Mesyuarat Agung kali ke-45). Tindakan :Makluman Baki wang PIBG di bank bermula 1 Januari 2022 ialah RM 14,541.18 dengan baki di tangan RM 28.73. Berakhir 31 Disember 2022, baki wang di bank ialah RM 46133.30, dengan baki di tangan RM 370.43. Tindakan :Makluman Puan Rosita binti Yazid mencadangkan penyata kewangan diterima dan disokong oleh Puan Azizah binti Arshad. Tindakan :Makluman Membentang dan Membincangkan Usul dan Cadangan Semak semula senarai buku sebelum diedarkan kepada waris setiap tahun untuk pembelian buku tahun berikutnya. Ada buku yang hanya guna 1 muka surat saja. Pencadang : Puan Paulaliza Shafiza binti Mohamad Aris Jawapan : Puan Siti Akmar binti Amran mencadangkan, ibu bapa mengumpulkan lebihan buku yang belum digunakan pada sesi persekolahan yang lepas dan pada sesi persekolahan tahun berikutnya, ibu bapa hanya perlu membeli bilangan buku yang tidak cukupi sahaja. Projek penambahbaikan surau diuruskan secara langsung oleh PIBG dengan melantik seorang AJK untuk bertanggungjawab dalam projek ini. Pencadang : Encik Mohamad Yusuf bin Mehat Keputusan Mesyuarat : Usul ini diterima dan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat tanpa dibahas. 19


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 6.3 6.4 7.0 8.0 8.1 9.0 9.1 9.2 Sumbangan PIBG dinaikkan daripada RM50 kepada RM60 satu keluarga. Bayaran boleh dibuat secara tiga kali ansuran dalam tempoh tiga bulan. Pencadang : Encik Ahmad Azrizal bin Tahir Keputusan Mesyuarat : Usul ini diterima dan telah dipersetujui oleh 78 orang ahli mesyuarat tanpa dibahas. Sumbangan PIBG sebanyak RM30 mengikut kepala (bilangan anak dalam keluarga). Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Pencadang : Puan Nur Khairiyatul Najihah binti Hj Qamarul Azlan Keputusan Mesyuarat : Usul ini hanya diterima dan dipersetujui 18 orang ahli mesyuarat sahaja. Perkara Berbangkit Tiada perkara berbangkit bagi PIBG Sesi 2022/2023. Tindakan :Makluman Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 Yang Dipertua PIBG, Encik Ahmad Azrizal bin Tahir membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. Tindakan :Makluman Pelantikan Pengerusi Sementara bagi Mesyuarat Agung Kali Ke-45 Guru Besar, Puan Mastura binti Anuar mencadangkan Encik Mohd Adib bin Mohd Idris menjadi pengerusi sementara untuk pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan telah disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Encik Mohd Adib bin Mohd Idris mengucapkan ribuan terima kasih kerana dilantik dan diberi kepercayaan kepada beliau untuk mempengerusikan majlis ini. 20


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 10.0 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 Cik Suhaili binti Nordin mencadangkan Encik Ahmad Azrizal bin Tahir dikekalkan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Encik Fazlan Hamidi bin Saad @ Talib. Puan Siti Nazlina binti Mohd Roseki mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. Tindakan :Makluman Puan Siti Nazlina binti Mohd Roseki mencadangkan Encik Azhan bin Mat Desa dikekalkan sebagai Naib Yang Dipertua PIBG bagi ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan disokong oleh Cik Norzie binti Md Yusof. Puan Zurina binti Abdul Rahim mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. Tindakan :Makluman Cik Suhaili binti Nordin mencadangkan Encik Mustaim bin Mustafa sebagai ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Intan Haniesyah binti Hashim. Tindakan :Makluman Cik Norzie binti Md Yusof mencadangkan Encik Mohd Fareez bin Mansor sebagai ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Siti Akmar binti Amran. Tindakan :Makluman Encik Fazlan Hamidi bin Saad @ Talib mencadangkan Puan Anne sebagai ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Zurina binti Abdul Rahim. Tindakan :Makluman Encik Mohamad Yusuf bin Mehat mencadangkan Encik Wan Ahmad Razman sebagai ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Anis Adilah binti Malek. Tindakan :Makluman 21


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Penasihat Yang Dipertua Naib Yang Dipertua Setiausaha Bendahari : Puan Mastura binti Anuar : Encik Ahmad Azrizal bin Tahir : Encik Azhan bin Mat Desa : Encik Abdul Basit bin Mohamat Lutfi : Puan Nur Khairiyatul Najihah binti Hj Qamarul Azlan 10.7 10.8 10.9 1.1 Puan Intan Haniesyah binti Hashim mencadangkan Puan Paulaliza Shafiza binti Mohamad Aris sebagai ahli jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Puan Noriatul-Ismalia binti Ismail. Tindakan :Makluman Puan Rohaida binti Husain mencadangkan Encik Fazlan Hamidi bin Saad @ Talib sebagai juruaudit (waris) PIBG sesi 2023/2024 dan cadangan disokong oleh Encik Azhan bin Mat Desa. Tindakan :Makluman Encik Ahmad Azrizal bin Tahir, Yang Dipertua PIBG memperkenalkan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 seperti berikut : JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT SESI 2023/2024 Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) 1. Encik Mustaim bin Mustafa 2. Encik Mohd Fareez bin Mansor 3. Encik Wan Ahmad Razman 4. Puan Siti Nazlina binti Mohd Roseki 5. Puan Paulaliza Shafiza binti Mohamad Aris Ahli Jawatankuasa (Guru) 1. Encik Mohamad Yusuf bin Mehat 2. Puan Intan Haniesyah binti Hashim 3. Puan Mariana binti Mohd Nor 4. Puan Syazana Aqilah binti Rosli 5. Puan Amiratul Najwa binti Mohamad Tamizi Juru Audit (Ibu Bapa/Waris) 1. Encik Fazlan Hamidi bin Saad @ Talib Juru Audit (Guru) 1. Puan Lim See Erh 22


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 10.10 11.0 11.1 12.0 12.1 12.2 12.3 Semua ahli jawatankuasa guru, yang dilantik oleh pihak sekolah dan ahli jawatankuasa yang dilantik dikalangan ibu bapa semasa mesyuarat telah dipersetujui oleh semua ahli yang hadir. Tindakan :Makluman Membahas dan Menerima Usul dan Cadangan Tambahan Cadangan bagi urusan bank mandat operasi adalah 2 daripada 3 Pencadang : Puan Nur Khairiyatul Najihah binti Hj Qamarul Azlan Penyokong : Cik Siti Fatiha binti Othman Keputusan Mesyuarat : Usul ini diterima dan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat tanpa dibahas. Hal-hal Lain Encik Tuan Haji Nazri Hisham bin Haji Long Ahmad memaklumkan pihak sekolah ingin memohon sumbangan wang tunai atau kipas berdiri untuk letakkan di dalam kelas, memandang keadaan cuaca yang panas. Ianya adalah salah satu alternatif sekolah bagi menangani masalah cuaca panas. Ibu bapa/waris boleh membuat sumbangan melalui guru kelas. Tindakan :Makluman Encik Tuan Haji Nazri Hisham bin Haji Long Ahmad memberikan cadangan, pelantikan ahli jawatankuasa PIBKS dalam kalangan ibu bapa/waris. Pelantikan boleh dibuat melalui cadangan nama ibu bapa/waris kepada guru kelas. Tindakan :Makluman Puan Rohaida binti Husain memohon persetujuan serta kebenaran ibu bapa/waris Tahun 6 untuk mengutip dan mengumpulkan duit bagi mengadakan lawatan atau aktiviti akhir tahun untuk murid Tahun 6 pada sesi ini. Tindakan :Ibubapa Tahun 6 23


Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 13.0 13.1 13.2 13.3 Ucapan Penangguhan Encik Ahmad Azrizal bin Tahir mengucapkan ribuan terima kasih atas lantikan semula sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2023/2024 dan berharap ahli jawatankuasa yang dikekalkan dan baru dilantik dapat melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan untuk memastikan kesinambungan PIBG selaku jambatan antara ibu bapa dan guru. Tindakan :Makluman Encik Ahmad Azrizal bin Tahir juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG yang telah menggembleng tenaga dan masa dalam menjalankan tugas pada sesi 2022/2023. Tindakan :Makluman Encik Ahmad Azrizal bin Tahir berharap semua ibu bapa melibatkan diri secara aktif bagi bersama-sama membantu dan memberikan sokongan dalam meningkatkan prestasi SK Permatang Damar Laut. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada mana-mana ahli jawatankuasa PIBG, Yang Dipertua PIBG atau Guru Besar SK Permatang Damar Laut. Tindakan :Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi. 24


Disahkan oleh, (AHMAD AZRIZAL BIN TAHIR (PKT, DJN) Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024, SK Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. Pencatat Minit: 1. Amiratul Najwa binti Mohamad Tamizi 2. Noor Mastura binti Zakaria 3. Nor Azlinda binti Abu Nazan 4. Shantheni a/p Rasasingam Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Disediakan oleh, (ABDUL BASIT BIN MOHAMAT LUTFI) Setiausaha PIBG Sesi 2023/2024, SK Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. Disemak oleh, (MASTURA BINTI ANUAR) Guru Besar, SK Permatang Damar Laut, Pulau Pinang. 25


Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 ___________________________________________________________________________________ BILANGAN AJK PIBG SESI 2022/2023 Ibu bapa/Waris - 8 Guru - 8 BILANGAN MESYUARAT AJK - 2 kali Pertama - 18 September 2023 Kedua - 17 April 2024 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PERMATANG DAMAR LAUT Penasihat : Mastura binti Anuar Yang Dipertua : Ahmad Azrizal bin Tahir Naib Yang Dipertua : Mohd Azhan bin Mat Desa Setiausaha : Abdul Basit Bin Mohamat Lutfi Bendahari : Nur Khairiyatul Najihah bt Qamarul Azlan Ahli Jawatankuasa Pemeriksa Kira-kira : Lim See Erh Fazlan Hamidi bin Saad@Talib Ibu Bapa 1. Encik Mustaim bin Mustafa 2. Encik Mohd Fareez bin Mansor 3. Encik Wan Ahmad Razman 4. Puan Siti Nazlina binti Mohd Roseki 5. Puan Paulaliza Shafiza binti Mohamad Aris Guru 1. Encik Mohamad Yusuf bin Mehat 2. Puan Intan Haniesyah binti Hashim 3. Puan Mariana binti Mohd Nor 4. Puan Syazana Aqilah binti Rosli 5. Puan Amiratul Najwa binti Mohamad Tamizi A. B. C. 26


Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 BIL. NAMA AHLI JAWATAN TARIKH 18-SEPT2023 17-APR2024 1 AHMAD AZRIZAL BIN TAHIR YDP H H 2 MOHD AZHAN BIN MAT DESA NYDP H H 3 ABDUL BASIT BIN MOHAMAT LUTFI SETIAUSAHA H H 4 NUR KHAIRIYATUL NAJIHAH BINTI QAMARUL AZLAN BENDAHARI H H 5 MOHAMAD YUSUF BIN MEHAT AJK GURU H H 6 INTAN HANIESYA BINTI HASHIM AJK GURU H H 7 MARIANA BINTI MOHD NOR AJK GURU H H 8 SYAZANA AQILAH BINTI ROSLI AJK GURU H TH 9 AMIRATUL NAJWA BINTI MOHAMAT TARMIZI AJK GURU H H 10 LIM SEE ERH JURU AUDIT GURU H TH 11 FAZLAN HAMIDI BIN SAAD @ TALIB JURU AUDIT IBUBAPA H TH 12 MUSTAIM BIN MUSTAFA AJK IBUBAPA TH TH 13 MOHD FAREEZ BIN MANSOR AJK IBUBAPA H TH 14 WAN AHMAD RAZMAN AJK IBUBAPA H TH 15 SITI NAZLINA BINTI MOHD ROSEKI AJK IBUBAPA H TH 16 PAULALIZA SHAFIZA BINTI MOHAMAD ARIS AJK IBUBAPA H H D. KEHADIRAN MESYUARAT AJK SESI 2023/2024 27


Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 BIL TARIKH AKTIVITI ANJURAN/PENGLIBATAN 1 13.5.2023 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-45 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKPDL Semua ahli PIBG dan guru 2 28.7.2024 Program Merentas Desa AJK PIBG, guru dan murid 3 9.12.2024 Kenduri Gulai Kawah dan Karnival Kokurikulum AJK PIBG, guru, murid SKPDL dan MBPP 4 5.8.2023 Sambutan Bulan Kemerdekaan AJK PIBG dan pihak luar 5 27.3.2024 Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Perdana AJK PIBG, guru, ibu bapa, komuniti setempat 6 6.10.2023 Perarakan Maulidur Rasul dan Malam Cinta Rasul AJK PIBG, guru, ibu bapa, murid tahun 6, komuniti setempat 7 15.9.2023 Hari Terbuka Pelaporan PBD / Jaya Waris AJK PIBG, guru, murid SKPDL 8 28.10.2023 Kejohanan Sukan Tahunan SKPDL AJK PIBG, guru, ibu bapa dan murid SKPDL 9 18.9. 2023 Mesyuarat JK PIBG Bil.1 2023/2024 AJK PIBG, guru dan murid SKPDL 10 10.6.2023 Karnival Rahmah Madani AJK PIBG, guru, ibu bapa dan murid SKPDL 11 27.1.2023 Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SKPDL AJK PIBG, guru dan murid 12 17.4.2024 Mesyuarat JK PIBG Bil.2 2023/2024 AJK PIBG 13 30.11.2023 Sambutan Hari Kanak-kanak AJK PIBG, guru, ibu bapa, murid tahun 6, komuniti setempat 14 6.11.2023 Pemasangan Tempat meletak tv AJK PIBG dan Guru 15 29.10.2023 Lawatan Penanda Aras AJK PIBG, guru dan murid 16 3.1.2023 Sambutan Hari Guru AJK PIBG dan pihak luar 17 22.4.2024 Program Menanam Sejuta Pokok Pulau Pinang AJK PIBG ,Guru dan Murid 20 26.4.2024 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46 dan Jamuan Aidilfitri SKPDL Semua ahli PIBG, guru dan murid E. AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 Sepanjang sesi 2023/2024, AJK PIBG telah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjalankan beberapa aktiviti berikut: 28


Laporan Aktiviti PIBG 2023/2024 Pihak Persatuan berterima kasih kepada semua ahli persatuan, guru-guru serta penduduk Permatang Damar Laut kerana telah memberikan kerjasama yang erat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan untuk tahun 2023/2024. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi demi untuk kemajuan sekolah dan juga masa depan anak-anak serta penduduk kampung ini. Disediakan oleh: (ABDUL BASIT BIN MOHAMAT LUTFI) Setiausaha PIBG SK Permatang Damar Laut. 29


Laporan Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 1 JANUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2O23 (PENERIMAAN) 30


Laporan Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 1 JANUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2O23 (PENERIMAAN) 31


Laporan Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 1 JANUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2O23 (PEMBAYARAN) 32


Laporan Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 1 JANUARI 2023 HINGGA 31 DISEMBER 2O23 (PEMBAYARAN) 33


Laporan Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 1 JANUARI 2024 HINGGA 31 MAC 2O24 (PENERIMAAN) 34


Laporan Penyata Kewangan PIBG 2023/2024 1 JANUARI 2024 HINGGA 31 MAC 2O24 (PEMBAYARAN) 35


Perbahasan Usul Mesyuarat PIBG Kali Ke-46 USUL 1 : Menyediakan Penjaga Lalu Lintas Di hadapan Sekolah Ketika Waktu Masuk Dan Tamat Sesi Persekolahan Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas. Daripada : Encik Khairul Azrill Bin Ismail (Waris kepada Mohamad Rayyan Redzuan Bin Khairul Azrill - 1 Utarid) Keputusan Mesyuarat : _________________________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________________ USUL 2 : Penambahan Water Dispenser Di Sekolah. Daripada : Puan Zubaida (Waris kepada Muhammad Danish Asyraf - 6 Marikh) Keputusan Mesyuarat : _________________________________________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________________ USUL 3 : Sekolah Mengadakan Kelas Al-Quran Seminggu 3 Kali Bagi Murid Yang Masih Membaca Iqra. Daripada : Puan Fatimah (Waris kepada Wan Ahmad Syauqi - 3 Marikh) Keputusan Mesyuarat : ______________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________ 36


Pelantikan AJK PIBG Sesi 2024/2025 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2024/2025 SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT Penasihat : Puan Mastura binti Anuar Yang Dipertua : _________________________________________________ Naib Yang Dipertua : _________________________________________________ Setiausaha : _________________________________________________ Bendahari : _________________________________________________ Ahli Jawatankuasa Guru : 1. _________________________________________________ 2. _________________________________________________ 3. _________________________________________________ 4. _________________________________________________ 5. _________________________________________________ Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa : 1. _________________________________________________ 2. _________________________________________________ 3. _________________________________________________ 4. _________________________________________________ 5. _________________________________________________ Pemeriksa Kira-kira (Juru Audit) : 1. __________________________________(Guru) 2. __________________________________ (Waris) 37


38 Catatan


Yang di Pertua, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG dan Guru-guru SK Permatang Damar Laut serta murid-murid dengan hati yang tulus dan ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Pn Mastura binti Anuar, Guru Besar SK Permatang Damar Laut; En Azrizal bin Tahir, YDP PIBG; Guru-guru SK Permatang Damar Laut AJK PIBG SK Permatang Damar Laut; serta Semua penduduk kampung Permatang Damar Laut dan orang-orang perseorangan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Permatang Damar Laut kali ke-46 & Jamuan Aidilfitri ini dan mana-mana pihak yang namanya tercatat di sini. Segala sumbangan yang telah diberikan hanya Allah S.W.T jualah yang membalasnya dan mudah-mudahan kita mendapat Taufiq serta Hidayah daripada-Nya. Penghargaan 39


Click to View FlipBook Version