The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SBLM1023 Group F (HUANG JING XIN 271233)
Tugasan 1 Buku Cerita Kanak-kanak: Cermin Ajaib

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HUANG JING XIN, 2022-05-10 05:43:19

Cermin Ajaib

SBLM1023 Group F (HUANG JING XIN 271233)
Tugasan 1 Buku Cerita Kanak-kanak: Cermin Ajaib

CERMIN
AJAIB

HUANG JING XIN
271233

Kampung Haiwan Bahagia merupakan suatu
perkampungan haiwan yang terletak di dalam sebuah

hutan yang cantik dan dikelilingi dengan pokok-
pokok bunga.

Antara haiwan yang tinggal di Kampung
Haiwan Bahagia ialah, kucing, itik, arnab,

burung dan lain-lain.



Mereka semua saling bergaul dan hidup
dengan aman dan damai. Mereka selalu
pergi ke sekolah untuk belajar, bermain
dan makan bersama-sama setiap hari.



Walaupun setiap haiwan mempunyai latar

belakang dan cara hidup yang berbeza,
mereka selalu bertolak ansur antara satu
sama lain. Mereka tolong-menolong, dan

hidup bahagia setiap hari.

Pada suatu hari,
Kampung Haiwan
Bahagia didatangi
dengan seorang tetamu
baru, iaitu seekor singa.



Oleh sebab badan singa

tersebut lebih besar
berbanding haiwan

yang lain, ini
membuatkan singa ini

menjadi nakal dan
sangat suka membuli

haiwan lain.

Singa ini bukan sahaja nakal, malah suka membuli dan
mengusik haiwan yang lebih kecil. Ia membuli mereka

kerana ia lebih besar daripada haiwan lain. Semua
haiwan menjadi takut kepada singa, dan mereka

bersembunyi apabila mereka melihat singa muncul di
hadapan mereka.



Ini menjadikan singa semakin suka menakutkan mereka
dari semasa ke semasa. Penduduk Kampung Haiwan

Bahagia hanya boleh bersembunyi apabila berhadapan
dengan singa, dan ini telah mengganggu ketenteraman

haiwan kecil yang selalu bermain di padang.



Jadi, dalam senyap-senyap mereka berbincang cara
untuk memberikan pelajaran kepada singa.



Petang itu, haiwan kecil itu mula-mula membuat lopak air
di tepi padang. Sementara mereka menunggu singa muncul,

mereka bermain di padang seperti biasa.
Apabila sedang bermain, Arnab tersalah pijak lopak air yang

diperbuat oleh mereka itu dan terjatuh.
Pada masa yang sama, singa muncul dan semua haiwan lari

ketakutan dan bersembunyi untuk mengelakkan daripada
dibuli oleh singa.

Itik: "Saya hampir
ditangkap oleh singa!
Nasib baik kami cepat

melarikan diri."



Arnab: "Idea kali ini
gagal, apa yang perlu
kami lakukan seterusnya?"



Apabila semua haiwan
bimbang tentang cara-

cara terbaik untuk
mengajar singa itu, kucing

memberikan idea yang
baik.

Kucing: "Saya mempunyai cermin ajaib di
rumah, ia boleh membuat perkara dilihat lebih

besar dalam cermin cembung dan lebih kecil
dalam cermin cekung.

Esok petang, kita bermain seperti biasa di
padang dan apabila singa muncul, kamu semua

cepat melarikan diri dan bersembunyi.
Kemudian, saya akan menipu singa ke dalam
rumah saya dan membiarkannya lihat cermin

ajaib itu.
Apabila dia melihat saiznya kecil daripada saya
dalam cermin cekung manakala saiz saya lebih
besar daripadanya dalam cermin cembung, dia

tidak akan berani membuli kita lagi!"

Semua haiwan kecil sangat berpuas hati dengan idea kucing
sambil bersorak dan bertepuk tangan.

Keesokan hari, haiwan-haiwan bermain di padang seperti
biasa. Tiba-tiba, singa itu muncul. Semua haiwan lari

bertempiaran dan bersembunyi di dalam rumah. Singa itu
menangkap kucing dan dia membuka mulut seluas-luasnya dan

cuba menelan kucing.

Kucing: "meow meow meow,
kenapa anda ingin makan saya?"



Apabila singa mendengar katanya,
dia ketawa dengan kuat: "Anda tidak
perlu bertanya, kerana saiz saya
adalah lebih besar dan saiz anda

lebih kecil!"



Kucing itu berkata, "Apa? anda
besar dan saya kecil? Mesti mata
anda lihat silap, saya besar dan

kamu kecil!"

Apabila singa mendengar dikatakan oleh kucing
itu, dia menjadi bingung.



Seterusnya, kucing itu berkata: "Mata anda hanya
melihat kaki anda sendiri, anda tidak boleh
melihat badan anda sendiri, bagaimana anda
tahu berapa besar anda?"



“Betul!” Singa berfikir sejenak dan berkata,
“Saya tidak nampak badan saya, bagaimana

saya tahu betapa besarnya saya?”



Anak kucing itu berkata, "Saya mempunyai
cermin di rumah saya. Anda boleh melihat

berapa besar anda di cermin."

Singa tak pernah tengok cermin, dia memikirkan

mesti menarik tengok cermin. Oleh itu, dia
mengikut kucing itu ke rumahnya, maka mereka

berjalan sehinggalah sampai ke pintu rumah
anak kucing itu.

"Singa, singa, pergi dan lihat,
lihat diri anda, besar atau kecil?"



Kucing itu menekan suis di
belakang cermin ajaib dan
cermin itu menjadi jadi cekung.



Singa masuk ke dalam rumah
dan berdiri di hadapan cermin.

Dia melihat di cermin dan
nampaknya pendek dan kecil,
seperti seekor tikus yang kecil.



Kucing itu berkata, "Anda lihat,
berapa besar anda? Sekarang

anda diri tepi, biarkan saya
melihat cermin."

Kucing itu berdiam-diam menekan suis di belakang cermin ajaib itu, dan
cermin itu menjadi cembung. Oleh itu, kucing dalam cermin dilihat lebih besar

daripada singa.
"Singa, singa, lihat, adakah saya lebih besar atau lebih kecil daripada anda?"



Singa terkejut melihat kucing di
cermin itu sangat besar, begitu
tinggi, dengan mulut terbuka, dia

betul-betul menakutkannya.



Singa menyangka kucing itu ingin
memakannya, dia cepat berlari dan
bersembunyi di dalam rumahnya,

dia tidak berani keluar lagi.

Sejak hari itu,
haiwan-haiwan tidak

pernah dibuli oleh
singa lagi.



Haiwan-haiwan
hidup dengan

gembira dan bahagia
seperti sebelum ini.

TAMAT


Click to View FlipBook Version