The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1114
Tugasan 4 Penghasilan Produk
Erni Andina binti Rizal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Erni Rizal, 2024-04-20 06:17:43

Sejarah Tulisan Khat

BMMB 1114
Tugasan 4 Penghasilan Produk
Erni Andina binti Rizal

Keywords: Sejarah Tulisan Khat Erni

Sejarah Tulisan Khat TUGASAN 4 (PENGHASILAN PRODUK) ERNI ANDINA BINTI RIZAL 2023182310005 BAHASA MELAYU BMMB 1114 (PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI) ENCIK MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN NAMA ANGKA GILIRAN UNIT KOD & KURSUS NAMA PENSYARAH Maklumat Diri


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjangkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menyempurnakan tugasan 4 (penghasilan produk) bagi kursus BMMB1114 ini dengan penuh jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Zuhairi bin Raffien selaku pensyarah BMMB 1114 kerana telah meletakkan sepenuhnya kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Penghargaan


Khat merupakan salah satu daripada hasil kesenian yang indah dan halus. Seni ini sebenarnya lahir dan berkembang dalam penulisan Arab yang terkandung dalam ruang lingkup peradaban Islam. Apabila Islam muncul, penulisan Arab telah memasuki tahap perkembangan yang begitu cepat. Pada abad pertama dan kedua Hijrah, khat merupakan salah satu ciri penting untuk memperindah sesuatu penulisan. Melalui khat, sesuatu maksud dapat diungkapkan. Malah, sehingga ke hari ini, khat masih menjadi unsur penting daripada cabang-cabang kesenian. Pengenalan


Apa itu Tulisan Khat? Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.


perkaitan khat dan kaligrafi Kaligrafi / Seni khat Suatu ilmu yang memperkenalkan bentukbentuk huruf tunggal, letak-letaknya, dan caracara merangkai menjadi sebuah kalimat tersusun (Al Qoshid, 2000). Seni menulis huruf Arab dengan indah yang isinya mengenai ayat-ayat AlQuran atau Al-Hadis (Sirojuddin, 2006). Dalam bahasa Arab, kaligrafi disebut Khat, iaitu dasar garis, coretan tangan, atau tulisan pena. Istilah Kaligrafi secara etimologi berasal dari bahasa Yunani, iaitu Kaligraphia atau Kaligraphos. Kata kaligrafi berasal dari Kallos yang berarti indah dan grapho yang ertinya tulisan. Khat atau kaligrafi sebenarnya terdiri daripada tulisan indah yang memiliki nilai estetika.


Sejarah Perkembangan Tulisan Khat Seni khat berkembang seiring dengan kelahiran Islam. Setiap wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W. telah dicatatkan pada daun kayu, tulang dan batu oleh para sahabat sehinggalah al Quran sempurna diturunkan selama 23 tahun. Oleh itu, seni khat ini amat diperlukan untuk mengabadikan al Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni khat dalam sejarah perkembangan Islam sangat penting dan telah mengatasi cabang seni yang lain. Setelah kewafatan Nabi S.A.W., penggunaan seni khat tidak terbantut dan dihentikan malah semakin berkembang pesat di setiap zaman khalifah bermula dari zaman Khulafa' al-Rasyidin, zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain. Pada permulaan penubuhan kerajaan Umaiyah, tulisan khat telah digunakan untuk keperluan pentadbiran negara. Pada pekembangan selanjutnya, tulisan ini terus diabadikan di kubah-kubah masjid, dinding-dinding bangunan istana dan turut diukir di mimbar-mimbar. Tambahan lagi, tulisan khat juga turut diukir pada peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barang seramik.


Penemuan Batu Bersurat di Terengganu telah menjadi bukti bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Sejak kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M, khat Arab telah menarik minat masyarakat Melayu. Khat tersebut telah mula ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu. Malah, penggunaan tulisan khat semakin meluas sehingga menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan. Penggunaan seni khat telah dimajukan dalam pelbagai bidang di Malaysia seperti tulisan ini diukir di atas kayu. Selain itu, ayat al-Quran juga telah diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti keris juga turut diukir dengan ayat alQuran. Di samping itu, seni khat telah diabadikan di atas duit syiling pada zaman keagungan kerajaan Melayu seperti zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455- 1459). Begitu juga, cop mohor, cokmar, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat al-Quran. Perkembangan Tulisan Khat di Malaysia


khat nasakh Khat jenis ini asalnya berkembang dari tulisan Arab asli. la bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muglah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Khat ini dinamakan Nasakh kerana digunakan untuk menaskhkan Al Quran selain untuk menulis kitab, buku, akhbar dan sebagainya.


khat nasakh ciri-ciri Ditulis dengan huruf saiz kecil (kebiasaanya 1 mm) Berbaris tanpa hiasan yang rumit Mudah dibaca


khat thuluth Thuluth bermaksud satu pertiga. Khat ini direka oleh seorang berbangsa Parsi dikenali sebagai Ibu Muqlah Shirazi. Khat ini muncul pada kurun ke-11 M. Dalam khat Thuluth, satu pertiga setiap huruf condong. la merupakan sebuah skrip besar dan anggun yang biasanya digunakan pada hiasan masjid dalam Zaman Pertengahan. Beberapa gaya khat lain berkembang daripada Thuluth melalui perubahan kecil bentuk. Khat ini dikenali sebagai ‘Raja Khat’ dan digunakan untuk menulis tajuk surah-surah dalam Al-Quran. Walaupun khat ini memiliki gaya yang paling indah, namun ia sukar dikuasai.


khat thuluth ciri-ciri Mempunyai banyak hiasan yang padat Huruf Alif, Lam dan Kaf mempunyai kepala (tarwis) Hurufnya lebih besar dari Nasakh


khat diwani Khat Diwani turut dikenali juga sebagai Khat al-Sultan disebabkan khat ini turut dipelajari oleh sultan-sultan zaman kerajaan Turki Uthmaniah. Khat Diwani mula diperkenalkan oleh Ibrahim Munif seorang penulis khat selepas pembukaan kota Istanbul (Constantinople), kemudian disusun kaedah penulisannya oleh Mumtaz Bik (1280 H) sehingga menjadi tulisan yang senang dibaca. Malah, tulisan ini turut menjadi tulisan rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenor-gabenor mereka demi mengelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang berkemungkinan berniat jahat kepada kerajaan Islam. Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Jali.


khat diwani ciri-ciri Huruf condong dan membulat Tidak berbaris dan hiasan Berbaris dan penuh dengan hiasan titik-titik Agak susah dibaca, lebih dekat kepada tujuan penciptaannya sebagai tulisan maklumat rahsia. ciri-ciri PENGASAS IBRAHIM MUNIF DIPOPULARKAN OLEH HAFIZ UTHMAN


Khat Kufi merupakan sejenis khat yang tertua dan mempunyai banyak pecahan. Sesetengah penulis khat menyatakan bahawa Khat Kufi adalah berasal dari tulisan Nabati, Hirah dan Anbari. Dinamakan sebagai Khat Kufi disebabkan khat tersebut terkenal di daerah Kufah, Iraq. Sebelum wilayah Islam belum tersebar luas, Khat Kufi ialah tulisan yang tidak mempunyai titik ataupun baris yang menggunakan ukuran berserta darjah kesesuaian. Namun, pada zaman sekarang, khat ini bukan sahaja sebagai tulisan berseni, tetapi khat ini juga menjadi perhiasan untuk rumah-rumah kediaman, masjid dan logo perniagaan. khat kufi kufi kuno kufi fatimi kufi empat segi (murabba) kufi moden


khat kufi ciri-ciri Hurufnya berbentuk keras dan lurus Tidak berbaris dan lebar Ditulis dengan perkiraan Matematik


khat farsi Khat Farsi merupakan gaya khat yang agak berbeza gaya penulisan dan kecondongannya berbanding khat yang lain. Khat Farsi kecondongannya lebih ke kiri daripada atas menjadikan seni tersebut agak unik. Khat ini juga dikenali sebgai Nasta’liq (gabungan Naskh dan Ta’liq). Khat Farsi mula ditulis oleh Hasan al-Farisi sekitar abad ke-4 Hijrah dan menjadi tulisan utama bagi mereka yang berbangsa Parsi dan juga mempengaruhi bangsa Hindi. Tulisan ini masyhur di Pakistan, India, Afghanistan dan di Turki. Sultan Ali al-Mashudi telah mengindahkan lagi Khat Farsi dan antara tokoh yang memperbaharui khat iniadalah Mir Imad al-Husni di Iran serta Muhammad al-Yasari di Turki.


khat farsi ciri-ciri Condong ke kanan Titiknya hanya separuh segi Tiada tanda bacaan dan hiasan


khat riq’ah Khat Riq’ah ialah sejenis tulisan pantas yang ditulis di atas daripada garisan lurus melainkan beberapa aksara huruf sahaja yang ditulis daripada atas garisan ke bawah daripada garisan. Terhasil daripada khat Diwani dan khat Siaqat dan merupakan khat yang paling mudah dipelajari. Khat ini mula diperkenalkan semasa era kerajaan Turki Uthmaniah semasa pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan (1280 H). Penulis Khat yang telah mula menulis gaya Khat Riq’ah ialah Mumtaz Bik berbangsa Turki. Khat Riq'ah ditulis dengan pantas dan matanya agak tebal. Walaupun setiap loh hurufnya tebal, namun Khat Riq'ah mempunyai kesenian yang tersendiri. Tulisan ini boleh didapati dalam penulisan dokumentasi serta manuskrip. Khat Riq'ah juga terkenal di Mesir dan negara utara Afrika.


khat riq’ah ciri-ciri Berbentuk ringkas, kecil dan lurus Titiknya hanya separuh segi Tiada tanda bacaan Jelas dan mudah dibaca


Rumusan Seni khat dalam penulisan Jawi amat berkait rapat dengan masyarakat islam di Tanah Melayu dan menjadi simbol tamadun Islam. Malah bukan itu sahaja, seni khat ini juga ialah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan Al-Quran. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah Al Quran. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berlaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni sahaja.


Rujukan


Click to View FlipBook Version