The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraisyah, 2016-10-30 22:55:49

Bil 3 | Edisi 2/2016

Pusat Perhubungan Alumni
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), UPSI
BIL 3 | EDISI 2 / 2016

25-26
Mei
Pattani,
Thailand

Edisi 2 | Mei - Ogos 2016

Pusat Perhubungan Alumni tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam buletin ini

SIDANG EDITORIAL PENAUNG Kakitangan
Pusat Perhubungan
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
Alumni
EDITOR
PENGARAH DS54
: Nurul Nadiah Ishak PROF. MADYA DR. ABDUL
: En Wan Ramli Bin Wan Mamat
: Noraisyah Razak HALIM B. ALI
: Masturiana Mohd Basri
PENOLONG PENDAFTAR N41
JURU FOTO CIK NURUL NADIAH BT ISHAK

: Mohd Aidil Syukor PEGAWAI PENERBITAN N41
: Fisol bin Ahmad EN WAN RAMLI BIN WAN MAMAT

REKA BENTUK GRAFIK & PENOLONG PEGAWAI
TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
SUSUN ATUR KANDUNGAN
CIK NORAISYAH BT RAZAK
Noraisyah Razak

ISI KANDUNGAN TINTA EDITOR 2
2
KENALI TOKOH BITARA ALUMNI 3-7

PROGRAM ALUMNI 8
● MEI 9
10
▪ Syarahan Alumni Siri Ke-8
▪ Bengkel Liputan Media Alumni
▪ Seminar Antarabangsa Memartabatkan

Bahasa Melayu ASEAN Kali Ke-3 2016
● JUN

▪ Majlis Berbuka Puasa Persatuan Alumni
Suluh Budiman(PASB) UPSI &
Penyampaian Infak Ramadhan 1437H

● JULAI
▪ Sambutan Hari Raya Alumni UPSI 1437

INFO PASB

SANGGAR KREATIF

GALERI ALUMNI

INFO PPA MAKLUMAN STAF BAHARU
MELAPOR DIRI

Tahniah & Selamat Datang

PEGAWAI PENERBITAN N41 PEMBANTU TADBIR N17
EN WAN RAMLI BIN WAN MAMAT PN. MASTURIANA BT.
MOHD. BASRI
Pada 1 Mei 2016, Pusat Perhubungan Alumni telah menerima
seorang kakitangan baharu untuk jawatan Pegawai Penerbitan N41
iaitu En. Wan Ramli b Wan Mamat. Pihak PPA mengalu-alukan
kedatangan En. Wan Ramli dan berharap moga beliau dapat berkh-
idmat dengan dedikasi dan komitmen terhadap tugas yang diberi.

PROF MADYA DR ABDUL HALIM ALI TINTA EDITOR
PENGARAH PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan Izin-Nya juga e-buletin

Pusat Perhubungan Alumni (PPA) edisi kedua bagi tahun 2016 dapat dihasilkan. Buletin
Alumni ini dihasilkan sebagai makluman tentang aktiviti-aktiviti alumni yang dijalankan dari
masa ke semasa. Buletin ini akan dihasilkan sebanyak 3 kali setahun iaitu 4 bulan sekali.

Pada kali ini, edisi kedua 2016 memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari bulan Mei hingga OgosTBA005
2016. Buletin ini dapat dijadikan sebagai ’platform’ dalam menjalin hubungan antara Alumni dengan pihak
Universiti untuk faedah bersama dalam membangun kecemerlangan universiti. Terdapat pelbagai aktiviti yang
telah dijalankan sepanjang bulan Mei hingga Ogos. Bagi edisi kali ini, Seminar Antarabangsa Memartabatkan
Bahasa Melayu ASEAN Kali Ke-3 2016 yang diadakan di Pattani,Thailand pada bulan Mei adalah sebagai
program utama Alumni yang telah berjaya dilangsungkan. Seminar ini merupakan seminar dwi tahunan yang
dianjurkan oleh Universiti Fatoni, Thailand dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Objektif seminar
ini adalah sebagai wadah perbincangan pelbagai bidang ilmu bahasa Melayu untuk mengembang pendidikan
bahasa di peringkat pengajian tinggi di Asean. Pada tahun 2016 seminar ini diteruskan dengan tema `Bahasa
Melayu di peringkat pengajian tinggi’.

Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga
alumni serta masyarakat luar. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh ahli alumni dalam menjayakan program yang telah
dijalankan sepanjang 4 bulan ini. Diharap kerjasama ini akan terus berkekalan. Akhir kata, saya mengucapkan
selamat maju jaya.

TUAN HAJI MAZLAN OSMAN

PENDIDIKAN:

►Mendapat pendidikan awal dari darjah 1 hingga darjah 5 di Sk. Kalumpang pada tahun KENALI TOKOH BITARA ALUMNI
1959. Darjah 6 pula beliau bersekolah di Sk. Felda Gedangsa pada tahun 1961. Setelah

tamat di peringkat sekolah rendah, beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Men.

Kebangsaan Khad Tapah pada 1965 hingga 1969.

►Pada tahun 1972, beliau telah menyambung pelajarannya di MPSI untuk mengikuti
kursus pendidikan.

►Menyambung pelajaran di peringkat Ijazah di UPM dalam bidang Bimbingan dan Kaun-
seling pada tahun 1981.

►Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Malaya pada tahun 2002.

KERJAYA: ANUGERAH:

►Pada tahun 1974, beliau telah berkhidmat di SMK Tenggi- ►1991 – Anugerah Belia Negara Kategori
lan, Sabah.
Kepimpinan.

►Tahun 1975, beliau telah berpindah di sekolah SMK Kiulu, ►1993 – Pengurus Pendidikan Yayasan Selangor.
Tuaran, Sabah.
►1996 – Menjadi pendaftar UNISEL di Shah
►Memangku jawatan pengetua di SMK Putatan, Kota
Alam.

Kinabalu pada tahun 1975. ►2013 – Anugerah Tokoh Veteran Kebangsaan.

►SMK Shan Tao di Kota Kinabalu pada tahun 1975.

►Mengajar di SMK Syed Mansyor, Batang Kali pada tahun

1979.

►Menjadi Pensyarah di MPSI pada tahun 1987-1993.

TUAN HAJI NORDIN AHMAD TBA006

PENDIDIKAN:

►Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anson pada tahun 1945. Setelah tamat
di peringkat sekolah rendah, beliau menyambung pelajarannya di SMK Special Malay

Class pada tahun 1952.

►Pada tahun 1962 hingga 1963, beliau telah menyambung pelajarannya MPSI untuk
mengikuti kursus pendidikan.

KERJAYA: SUMBANGAN:

►1964, bertugas di SK. Bukit Kuari Ayer Hitam, Johor. ►Menjadi Setiausaha Masjid Umar Al-Khatab.
►1965, berpindah dan mengajar di SK. Kluang, Johor. ►Bergiat aktif dalam Persatuan Alumni Suluh Budiman
►1966-1976, berkhidmat di Sek. Keb. Ulu Gombak,
UPSI (PASB) sehingga kini.

Kuala Lumpur. ►Menghasilkan karya 'Buletin Masjid Umar Al-Khatab' 2

►1977, berkhidmat di Pusat Perkembangan Kuriku- (Untuk bacaan di Masjid).

lum selama 5 tahun.

PROGRAM ALUMNI 13 Mei

Mei

Pusat Perhubungan Alumni, UPSI telah
melancarkan lagi siri ke-8 Syarahan Alumni
bertempat di Dewan Sri Tanjung, KSAJS,
UPSI. Objektif Siri Ke-8 ini adalah untuk
berkongsi pengalaman sebagai pendidik
cemerlang dan memberi pendedahan kepada
alumni tentang proses pengajaran dan pem-
belajaran Alaf 21 di sekolah. Tema pada kali
ini bertajuk “Seni Dalam Pendidikan Menjana
Minda Kreatif”. Tiga (3) orang alumni telah
dijemput menyampaikan syarahan iaitu Dr.
Abdul Rahman dari Bahagian Buku Teks,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Pn Roziah
Ahmat Nor (Guru Sekolah Seni Kuala Lumpur)
dan Mr. Liu Cheng Hua dari Institut Seni Lukis
Malaysia.

3

Mei 14 PROGRAM ALUMNI

Mei

Bengkel Liputan Media Alumni telah
berlangsung di Dewan Sri Tanjung,
KSAJS, UPSI. Program ini adalah anju-
ran Pusat Perhubungan Alumni, UPSI
dengan kerjasama Kohort Alumni Dalam
Kalangan Staf UPSI. Objektif program ini
adalah untuk mendedahkan para pelajar
kepada penulisan kewartawanan dan
menyebar luaskan peranan alumni
melalui media.
Tetamu jemputan program ini adalah
Y.Bhg Dato’ Rosnah Majid, mantan war-
tawan Utusan merangkap CEO Ramwell
Sdn Bhd merangkap sebagai pencera-
mah program untuk berkongsi tips dan
info kepada pelajar.

4

PROGRAM ALUMNI 25-26 Mei

Mei ANTARABANGSA

Pelancaran Jurnal Seminar Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu
iJMLA ASEAN Kali Ke-3 2016 telah berlangsung di Park View
Resort, Pattani Thailand yang telah dianjurkan oleh
Universiti Fatoni,Thailand dan UPSI dengan kerjasama
Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Thai-
land dan Alumni UPSI Chapter Thailand. Objektif utama
seminar ini adalah untuk memartabatkan penggunaan
dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN
dan antarabangsa. Seminar Antarabangsa ini merupakan
seminar dwi tahunan yang dianjurkan oleh Universiti
Fatoni, Thailand dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Seminar ini dijadikan platform perbincangan dan
perkongsian akademik bagi memajukan dan mereal-
isasikan Bahasa Melayu sebagai identiti ASEAN yang
berslogan satu ASEAN satu identiti. Seminar ini buat
pertama kali dianjurkan pada tahun 2012, manakala kali
kedua seminar ini diadakan pada tahun 2014. Pada tahun
2016 seminar ini diteruskan dengan tema `Bahasa
Melayu di Peringkat Pengajian Tinggi`.Seminar ini telah
dirasmikan oleh Wan Muhamad Noor Matha, Pengerusi
Lembaga Majlis Pentadbiran, Universiti Fatoni,Thailand.

Pelancaran Jurnal iJMLA (Jurnal Antarabangsa Bahasa Melayu)
juga telah berlangsung di Seminar Antarabangsa Memartabatkan
Bahasa Melayu ASEAN Kali Ke-3. Jurnal iJMLA merupakan edisi
pertama yang telah diterbitkan oleh Pusat Perhubungan Alumni,

5 UPSI. Jurnal ini boleh dilayari di laman web www.ijmla.com.

Jun 25 PROGRAM ALUMNI

Jun

Majlis Berbuka Puasa Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) & Penyampaian Infak Ramadhan 1437H
telah berlangsung pada 25 Jun 2016 bertempat di Dewan SITC, KSAJS, UPSI. Majlis ini dianjurkan oleh
Pusat Perhubungan Alumni, UPSI dengan kerjasama Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB). Majlis ini
dilaksanakan bertujuan untuk menghidupkan suasana keprihatinan di bulan Ramadhan dengan memberi
sumbangan kepada 200 orang anak yatim dan fakir miskin sekitar Tanjung Malim. Majlis ini telah dirasmi-
kan oleh Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa.

6

PROGRAM ALUMNI 23 Julai

Julai

Pada 23 Julai 2016, Sambutan Hari Raya Alumni UPSI 1437H telah berlangsung di Hallway Dewan Konvokesyen,
Tingkat 5 E-Learning, KSAJS, UPSI. Majlis ini adalah anjuran bersama Pusat Perhubungan Alumni, UPSI dan
Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) UPSI. Sambutan Hari Raya ini dapat mengeratkan persaudaraan ahli
alumni bersama warga UPSI dan sebagai platform menghargai sumbangan alumni. Perasmi sambutan hari raya
ini ialah Y.Bhg. Tan Sri Dr. Madinah bt Mohamad (Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia).

7

PERSATUAN INFO PASB
ALUMNI
SULUH
BUDIMAN

HUBUNGI PASB Pada 30 Mei 2016, telah berlangsung Kunjungan Harmoni oleh
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail bertempat di
Persatuan Alumni Suluh Budiman, perkarangan Rumah Alumni , Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS),
Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI. Kunjungan tersebut juga disertai oleh ahli kelab bikers dari Kelab
35900,Tanjung Malim, Storm Rider. Tetamu jemputan ialah Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr.
Perak Darul Ridzuan Zakaria Kasa, Presiden PASB, Dato’ Hj. Ahmad b. Hj. Burak serta turut
Laman web: http://pasb.org.my hadir ahli-ahli Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) dan staf-staf
Email: [email protected] UPSI. Tan Sri Rozali Ismail telah menerima gambar berbingkai Majlis
Facebook: Persatuan Alumni Santapan Malam DiRaja sebagai cenderamata.

Suluh Budiman

8

SANGGAR KREATIF Sajak
Nukilan
dari Alumni

UPSI

PILOT MASA

Jarum terus berdetik,
berputar tanpa rasa jemu,
aku hampir lupa tentang sesuatu,
tentang sesuatu berkisarkan tentang masa,
ya.. kau bukan milikku sepenuhnya,
ya.. aku hampir saja lupa..
jika tuhan tidak mengizinkan,
dan juga jika waktu tidak mempertemukan kita,
terima kasih telah singgah,
selebihnya biar tuhan yang menulis ceritera kita,
entah di kertas yang sama atau tidak...
penuh sandiwara atau berdukalara..
kisarnya tentang masa dan waktu..

jika di undur meraih penyesalan,
bukan itu penamat segala penemu...
tanya hati..
namun dalam pintu di ketuk
hati itu bisa di pujuk, tapi satu hakikat pasti
hati tak pernah rela dipaksa..

Nukilan pengukir_cerita

IRIS

Anggaplah Hidupmu Itu
Seperti Bunga
Yang Mempunyai 4 Kelopak
Kelopak Yang Pertama Mewakili Masa Bayimu.
Kelopak Yang Kedua Mewakili Masa Remajamu.
Kelopak Yang Ketiga
Mewakili Masa Pertengahan Umurmu
Kelopak Yang Terakhir
Mewakili Masa Akhirmu..
Yakni Masa Tuamu
Apabila Kamu Berpindah Ke Fasa Yang Baru..
Bermakna Gugurlah
Satu Kelopak Bunga..

Nukilan (Penulis Atas Awan ft.
pengukir_cerita)

9

GALERI ALUMNI 10

HUBUNGI KAMI

PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI
ARAS BAWAH, BLOK A,
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI,
KAMPUS SULTAN ABDUL JALIL SHAH,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
TEL : +605 – 450 5431 | FAX : 05 – 458 3607
Laman Web : http://alumni.upsi.edu.my
Email : [email protected]
Facebook : Alumni Rasmi UPSI


Click to View FlipBook Version