The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noraisyah, 2018-04-29 22:35:29

Buletin Alumni Jan-Apr 2018

BIL 5 Edisi 1 JANUARI - APRIL 2018
BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Sidang Editor Kakitangan

Penaung Pusat Alumni UPSI
PM Dr. Md Amin Md Taff
Pengarah
Ketua Editor DS52
Dr. Mohd Izwan Shahril
Dr. Mohd Izwan Shahril
Editor
Ramli Mosmin Emel: [email protected]
Anizan Mohd Noor
Noraisyah Razak Tel: 015-4879 7051
Nor Azlina Aladdin
Penolong
Juru Foto Pendaftar
Ramli Mosmin N44
Anizan Mohd Noor
Noraisyah Razak Anizan Md Noor
Emel: [email protected]
Susun Atur & Reka letak Tel: 015-4879 7053
Ramli Mosmin
Pegawai
Konsep Reka bentuk Penerbitan
Khairul Aizat Abdul Rauf N44

Kandungan Ramli Mosmin
Emel: [email protected]
03 Tel: 015-4597050
04Dari Meja Ketua Editor.
Pen. Peg.
Majlis Doa Selamat Berpindah ke Pejabat Baharu dan
Majlis Perpisahan Kakitangan. TSeisktneomloMgiaMklaukmluamt at

06 FA2929

Lawatan Penanda Aras Alumni Institut Pendidikan ANiosryaaishyAabhdRRaazzaakk
Guru Malaysia (IPGM) Cyberjaya. Emmeel:l:[email protected] y
Tel: 015-45879970750052
10
Pemn.bPaengtu.
Bicara Tokoh “Budak Tanjong Terbang Tinggi”. STFNisa21ted99mbMiarkl(uPm/Oa)t

16 NAiosryAahzliAnbad ARladzaink
Emel: nraomrazlil_inma8@[email protected] y
Temuduga Sahabat Alumni Mahasiswa Tel: 015-45879790750054

25

Staf Baharu Pusat Perhubungan Alumni.

3 JANUARI - APRIL 2018

Dari Meja BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI
Ketua Editor
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah kerana kita sama-sama dapat
melangkah ke tahun baharu 2018. Semoga tahun baharu ini akan
menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua dan sentiasa
dilindungi dan di bawah rahmat Allah. Bertemu lagi kita diBuletin ALUMNI
yang memaparkan beberapa aktiviti dan program yang dijalankan oleh
Pusat Alumni untuk tempoh Januari hingga April 2018 sebagai bacaan
dan tatapan semua. Harapan saya dan seluruh warga kerja Pusat Alumni
dengan perkongsian ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli-
ahli ALUMNI dan merakamkan secara visual memori manis melalui
program yang dilaksanakan secara bersama.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Alumni anak kandung
Suluh Budiman yang memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai
dan barangan seperti kerusi batu yang boleh dimanfaatkan dan digunakan
oleh pelajar-pelajar UPSI yang sedang belajar pada masa ini. Budaya ini
pastinya akan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar baharu untuk sama-
sama ingin berbakti semula kepada UPSI apabila sudah menamatkan
pelajaran dan sudah berkerjaya suatu hari nanti.

Selamat membaca dan semoga kita berjumpa lagi di Buletin Alumni
keluaran akan datang.

Dr. Mohd Izwan Shahril
Pengarah
Pusat Alumni

Kenali Tokoh

PM Dr. Md Amin Md Taff

Latar belakang

Dilahirkan pada 26 Julai 1971 di Muar, Johor.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) dari UPSI.
Berkhidmat di UPSI sejak tahun 2001.
Pengarah Pusat Sukan UPSI (2010-2014).
Pengarah Education Malaysia di Washington DC (2014-2017).
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni (! Julai 2017 hingga kini).

Pencapaian dan Anugerah

Jurulatih rekreasi luar termuda di Malaysia (berusia 18 tahun).
Johan Sukan Kanu Kebangsaan (1993-2004).
Pengasas awal penubuhan Rescue Team UPSI tahun 1998.
Anugerah Lembaga Pengarah UPSI 2000.
Anugerah Malaysia Book of Records- The Highest Whitewater Kayaking 2006.
Anugerah Kepimpinan JHEPA 2013.
Anugerah Kembara Negara 2014 & Anugerah Sukarelawan Sukan Negeri Perak.
Anugerah Perdana Menteri pada tahun 2015.
Mengasaskan Preloved Shoppe, kedai sukarelawan pertama di IPTA Malaysia.
Mengilhamkan dan mengusahakan pembangunan Muallim-UPSI Sports City.
Pengerusi Pendidikan Kanu Kebangsaan (1998-2010)
Naib Presiden Persatuan Kanu Malaysia (2004-2010).
Setiausaha Agung Persatuan Kanu Asia Tenggara (2000-2002).
Membangunkan SOP Rekreasi Luar untuk kegunaan KPT dan menerbitkan 14
buah buku Manual Latihan Fizikal untuk Jurulatih PLKN.
Mereka bentuk dan menerbitkan 4 dokumen rujukan penting iaitu
Silibus,Kaedah Pengajaran & Pembelajaran, Kaedah Pentaksirandan
Buku Teks Pendidikan Kanu Kebangsaan.

JANUARI - APRIL 2018 4

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

JANUARI - APRIL 2018

5

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Majlis Doa Selamat Berpindah ke Pejabat Baharu
dan Majlis Perpisahan Kakitangan

Oleh Ramli Mosmin

Kompleks Pelajar - Majlis Doa Selamat secara
ringkas pada 26 Februari telah diadakan dalam
kalangan kakitangan HEPA yang turut dihadiri
oleh Timbalan Naib Canselor HEPA sendiri.
Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran
atas perpindahan pejabat baharu Pusat Alumni
dari blok A, KSAJ ke Kompleks Pelajar HEP di
kampus baharu KSAS. Secara rasminya pada
9hb Februari, Pusat Alumni telah berpindah dan
beroperasi sepenuhnya di pejabat yang baharu.
Dalam Majlis ini bacaan doa selamat telah diketuai
oleh Pegawai Hal Ehwal Islam dari Pusat Islam
iaitu Ustaz Majidan Ismail.
Majlis ini juga turut menghargai dua staf Pusat
Alumni yang akan menamatkan perkhidmatan
dengan bertukar ke PTj lain iaitu Puan Masturiana,
Pembantu Tadbir dan Operasi yang akan
memulakan tugas baharu di Pusat Ulul Albab
yang lokasinya di kampus lama. Manakala Cik
Nurul Nadiah pula menamatkan perkhidmatan
dengan memilih untuk pulang semula ke kampung
halamannya di Muar, Johor. Semua kakitangan dan
warga HEPA termasuk Pusat Alumni mendoakan
dan berharap dua kakitangan ini terus maju jaya
bertugas di tempat yang baharu nanti.

JANUARI - APRIL 2018 6

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Lawatan Penanda Aras Alumni Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM) Cyberjaya.

Oleh Noraisyah Razak

Pusat Alumni – Pada 26 Februari
2018, Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) Cyberjaya telah membuat
lawatan penanda aras ke Pusat Alumni
yang telah berlangsung pada pukul
1.00 petang. Lawatan Penanda Aras ini
merupakan julung-julung kali diadakan
bersama Pusat Alumni. Lawatan ini
telah disertai oleh seramai 6 orang wakil
dari IPGM iaitu Dr. Maria binti Mansur
(Penolong Pengarah), Dr. Shamsul
Nizam bin Kachi Mohideen (Penolong
Pengarah), Dr. Abdul Hameed bin Abd
Majid (Pensyarah), En. Umar bin Norman
(Penolong Pengarah), Puan Zaimawati
binti Abdul Kadir (Pensyarah) dan Puan
Junaini binti Johari (Pensyarah) serta
semua staf Pusat Alumni, UPSI.
Tujuan utama IPGM membuat lawatan
ini ialah untuk belajar, berkongsi
pengalaman dan bertukar-tukar idea
antara satu sama lain. Ini kerana
mereka dalam usaha membangunkan
Pusat Alumni untuk kampus-kampus
Institut Pendidikan Guru seluruh negara
bagi dijadikan medium perkongsian
pintar bersama para Alumni serta
perbincangan antara kedua-dua
belah pihak dalam usaha bertukar
pendapat dan berkongsi pengalaman
dalam membangunkan pembangunan

7 JANUARI - APRIL 2018

alumni di organisasi masing-masing. Selesai sesi BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI
perbincangan, Pengarah Pusat Alumni, Dr. Mohd
Izwan bin Shahril telah memberikan cenderahati
kepada Dr. Maria bt Mansur selaku ketua delegasi
lawatan sebagai tanda penghargaan dan terima
kasih. Semoga lawatan penanda aras ini secara
tidak langsung dapat memperkukuhkan hubungan
di antara UPSI dan IPGM.

JANUARI - APRIL 2018 8

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Penyerahan Wakaf Kerusi Batu Sumbangan
Alumni Anak Kandung Suluh Budiman

Oleh Ramli Mosmin

KSAS dan KSAJ - Slogan “ALUMNI BERBAKTI”
diteruskan dengan penyerahan kerusi batu
sumbangan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman.
Pada 27 Mac telah berlangsung penyerahan
kerusi batu sebanyak 10 buah kepada dua PTj.
Kali ini PTj yang terlibat ialah Pusat Kokurikulm
dan Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran
Graduan (EDGE) mengikut pecahan iaitu, EDGE
menerima 4 buah manakala Pusat Kokurikulum
menerima 6 buah kerusi batu. Penyerahan dibuat
secara ringkas setelah ketibaan kerusi batu terus
dari kilang. Penyerahan untuk Pusat Kokurikulum
dilakukan di tapak Adventure Park yang diterima
oleh pengarahnya Dr. Asmady dan seorang
kakitangannya En. Fuad Hussin, manakala Pusat
Alumni diwakili oleh En. Anizan, En. Ramli dan Cik
Nuraisyah. Selepas penyerahan tersebut, program
diteruskan dengan penyerahan empat buah kerusi
batu kepada EDGE yang disempurnakan di kiosk
jualan berhadapan pejabat lama Pusat Alumni
di Blok A. Penyerahan tersebut disambut oleh
Pengarah EDGE sendiri Dr. Maizura dan Penolong
Pendaftar Kanan Pn. Marina. Semoga sumbangan
kerusi batu ini akan memberikan keselesaan
kepada pelajar-pelajar dan orang ramai.

9 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

JANUARI - APRIL 2018 10

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

11 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Bicara Tokoh “Budak Tanjong Terbang Tinggi”

Oleh Ramli Mosmin

SITC - Pada 28 Mac 2018 Pusat Kaunseling, Pusat
Alumni dan Pusat Kebudayaan telah bekerjasama
untuk menganjurkan bicara Tokoh “Budak Tanjong
Terbang Tinggi”. Tokoh yang dipilih kali ini ialah
tokoh yang selesa dipanggil Cikgu Sidek Saniff
yang merupakan lulusan pelajar SITC tahun
1957. Pemilihan beliau sesuai kerana pernah
menjawat jawatan tinggi di negaranya Singapura
sebagai Menteri Kanan Pelajaran dan beberapa
lagi jawatan menteri lain. Majlis ini dirasmikan oleh
salah seorang LPU iaitu Dr. Ahmad Sani Araby bin
Dato’ Abdul Alim Araby sambil diiringi oleh TNC
HEPA, PM Dr. Md Amin Md Taff dan pengarah
Pusat Kaunseling Dr. Fauziah. Hampir 1000
pelajar hadir untuk mendengar pengalaman yang
dikongsikan oleh Cikgu Sidek yang boleh dijadikan
motivasi dan pengajaran semasa mereka di alam
pembelajaran. Acara sampingan turut diadakan
sempena majlis ini iaitu Pelancaran Buku “From
Zero to Hero” serta penyerahan replika kerusi batu
sumbangan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman
yang diuruskan oleh Pusat Alumni kepada Pusat
Kokurikulum dan EDGE.

JANUARI - APRIL 2018 12

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Kunjungan mesra ke Kediaman Ahli Alumni

Oleh Ramli Mosmin

Petaling Jaya - Kakitangan Pusat Alumni yang
diketuai oleh En. Ramli, Cik Nuraisyah dan Puan
Norazlina bersama Cikgu Sidek Saniff telah
mengunjungi kediaman salah seorang bekas
pelajar MPSI tahun 1962 iaitu Prof. Dr. Abd Wahab
Ali yang juga pernah bertugas sebagai pensyarah
di UPSI. Pertemuan dalam suasana penuh mesra
ini diserikan lagi dengan kehadiran tiga lagi anak
kandung suluh budiman iaitu Cikgu Mohd Lazim
bin Hamid graduan 1956-1958, Dr. Abdul Latif
Mohd Ali graduan 1955-1957 dan Cikgu Hamdan
Abd Rahman graduan 1956-1958. Pertemuan
selama hampir tiga jam ini turut disertakan dengan
penyerahan sumbangan peribadi oleh Yg. Bhg
Prof. Dr. Abd Wahab Ali sebanyak RM10 ribu
kepada Pusat Alumni untuk menjalankan aktiviti
yang bermanfaat kepada pelajar dan alumni.

13 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

JANUARI - APRIL 2018

14

Permata Hati Alumni Siri 4: Sekolah RendahBULETINPUSATALUMNI,JABATANHALEHWALPELAJAR&ALUMNIUPSI
Integrasi Teras Islam Tahfiz Ibnu Sina (SRITIS)
Oleh Noraisyah Razak
jalinan kerjasama dan usahasama seperti ini dapat
Tanjong Malim – Sekolah Rendah Integrasi diteruskan dalam mencapai KPI dan sasaran Pusat
Teras Islam Tahfiz Ibnu Sina (SRITIS), Tanjong Alumni bagi tahun 2018.
Malim, Perak dengan kerjasama Pusat Alumni
dan Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) telah
menganjurkan program Permata Hati Alumni Siri 4
“Sehari Bersama SRITIS” pada 10 Februari 2018
yang telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi
hingga 12.00 tengah hari. Program ini merupakan
jalinan kerjasama kali kedua bersama Pusat Alumni
dengan pihak sekolah SRITIS. Objektif program
ini adalah untuk mengukuhkan jaringan komuniti
bersama alumni dengan jalinan usahasama dari
institusi luar. Selain itu, melalui program ini data
alumni yang terdiri daripada guru-guru sekolah di
sekitar Tanjong Malim dapat dikumpulkan yang
merupakan antara penyumbang kepada QS
Ranking Universiti.

Program ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang ibu
bapa/penjaga murid serta seramai 15 orang guru-
guru di SRITIS telah terlibat dalam menjayakan
program ini. Bagi pihak sekolah SRITIS, melalui
program ini, mereka dapat mengeratkan lagi
hubungan ibu bapa dan guru serta menjadi medan
perbincangan isu-isu berkaitan murid, ibu bapa dan
sekolah. Terdapat juga antara ibu bapa sekolah
SRITIS merupakan alumni dan staf UPSI. Semoga

15 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

JANUARI - APRIL 2018 16

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

17 JANUARI - APRIL 2018

Temuduga SahabatBULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI
Alumni Mahasiswa

Sesi 1/2018

Oleh Noraisyah Razak

UPSI, Proton City - Temuduga Sahabat Alumni
Mahasiswa (SAM) telah dijalankan bagi sesi
1/2018 dimana seramai 40 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar Ijazah semester 1-5 yang
berani menyahut cabaran menjadi Ahli Sahabat
Alumni Mahasiswa (SAM). Pencarian Sahabat
Alumni Mahasiswa (SAM) merupakan kali kedua
dilakukan dimana peranan SAM ini adalah untuk
membantu dalam menjayakan program anjuran
Pusat Alumni dan sekaligus program anjuran
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

JANUARI - APRIL 2018 18

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Jejak Alumni Tawau

Oleh Noraisyah Razak

Tawau –Program Jejak Alumni Suluh Budiman di
Bawah Bayu ini merupakan program kerjasama
Pusat Alumni bersama Majlis Mahasiswa Kolej
Kolej Ungku Omar dengan kerjasama Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi dan Majlis Perwakilan
Pelajar UPSI. Program ini bertujuan untuk menjejak
alumni yang berada di Sabah dan sekaligus
mengumpulkan rekod alumni bagi tujuan QS
Ranking Universiti. Majlis Perasmian Penutupan
dan Ramah Mesra Alumni telah berlangsung pada
pukul 8.00 malam di Dewan Terbuka, SMK Balung
yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri
Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Datuk Dr. Mary
Yap Kain Ching. Turut hadir Naib Canselor UPSI,
Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dan
Timbalan Naib Canselor HEPA UPSI, Profesor
Madya Dr. Md Amin Md Taff. Seramai dalam 20
orang alumni yang telah hadir memeriahkan majlis.
Pusat Alumni telah mengedarkan Kad Jejak Alumni
kepada alumni yang hadir dan mereka wajib mengisi
maklumat kad tersebut dan mengembalikannya
kepada pihak urus setia. Majlis diakhiri dengan
sesi fotografi bersama YB Datuk Dr. Mary Yap Kain
Ching bersama alumni dan urus setia serta ahli
jawatankuasa program.

19 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Karnival Jejak Alumni Chapter Negeri Sembilan

Oleh Noraisyah Razak

Seremban – Pada 13-14 April 2018, telah
berlangsung Karnival Jejak Alumni di Negeri
Sembilan bertempat di Kolej Vokasional Ampangan,
Seremban. Program ini telah dikendalikan oleh Exco
PASB dengan Chapter PASB Negeri Sembilan dan
Kolej Vokasional Ampangan, Seremban. Objektif
program ini bertujuan untuk mengesan, menjejaki,
memupuk dan mengeratkan silaturahim semua
bekas pendidik lepasan SITC, MPSI, IPSI dan
UPSI khususnya yang berada di Negeri Sembilan.
Pendaftaran alumni telah bermula pada 13 April
2018 bertempat di Dewan Bestari Budiman dan
seramai dalam 50 orang ahli alumni yang telah
hadir. Pada 14 April 2018, telah berlangsung
Pameran Kerjaya & Pendidikan dan pelbagai
jualan dan “Food Truck”. Majlis Perasmian Karnival
Kerjaya dan Pendidikan telah dirasmikan oleh YB
Dato’ Haji Abu Ubaidah bin Dato’ Haji Reza (Exco
Kerajaan Negeri Sembilan) dan Ucapan Utama
disampaikan oleh Tn. Kharuddin bin Haji Ghazali
(Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan). Selain itu juga, telah berlangsung
program Bicara Tokoh yang terdiri daripada dua
panel jemputan iaitu Cikgu Sidek Saniff, Mantan
Menteri Kanan, Singapura dan Dato’ Haji Hamdan
Bahari Speaker Dun Perlis. Panel Kehormat pula
adalah Tn. Pkharuddin Bin Hj. Ghazali (Pengarah
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan)
serta Dr. Mohd Izwan Bin Shahril (Pengarah Pusat
Alumni UPSI). Pada pukul 2.30 petang, Mesyuarat
Agung Tahunan PASB telah diadakan untuk kali
Ke-31/2018 dan majlis ditutup dengan taklimat
Koperasi oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi
Malaysia Cawangan Negeri Sembilan oleh Tuan
Nurhisham bin Muhammad Ali dan Tuan Zainal
Abidin bin Mudir.

JANUARI - APRIL 2018 20

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

21 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Program Permata Hati Alumni Siri 5: SK Behrang

Oleh Noraisyah Razak

Dataran Pebebas, Behrang – Pusat Alumni dan
Kolej Diploma telah bekerjasama dengan Majlis
Daerah Tanjong Malim, Jabatan Bomba dan
Persatuan Belia Behrang telah menganjurkan
Program Aspirasi Negaraku Hidup Sihat, Warga
Sejahtera dan Pelancaran MyBomba pada 7
April 2018. Program ini dirasmikan oleh Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’
Seri Ong Ka Chuan sambil di iringi oleh Pengarah
Pusat Alumni, Dr. Mohd Izwan Shahril dan
Pengetua Kolej Kediaman Diploma, En. Mohd
Fadhil Abdullah. Selepas majlis perasmian acara
gotong royong telah dijalankan yang disertai oleh
pelajar-pelajar dari Kolej Kediaman Diploma.

JANUARI - APRIL 2018 22

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Program Permata Hati Alumni Siri 6: SMK Meru,
Klang

Oleh Ramli Mosmin

Proton City –Pusat Alumni dengan kerjasama Kolej
Diploma meneruskan program Permata hati Alumni
Siri 6 pada 26hb April bertempat di Dewan KHAR.
Pusat Alumni telah menjadikan SMK Meru Klang
sebagai sekolah angkat dan majlis menandatngani
perjanjian pelantikan tersebut di sempurnakan
oleh Pengetua sekolah, Puan Sa’adah binti
Kasiran sambil ditemani oleh Penolong Kanan
Kokurikulum, Puan Faridah binti Sanib. Manakala
Pusat Alumni diwakili oleh Penolong Pendaftar
Kanan, En. Anizan Mohd Noor. SMK Meru hadir
ke majlis ini dengan diketuai oleh 12 orang guru
dan 80 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar
tingkatan 3, 4 dan 5. Majlis dimulakan dengan
ucapan oleh Pengetua, En. Anizan, deklamasi
sajak oleh pelajar dan persembahan nyanyian oleh
pelajar-pelajar. Lebih manis penganjuran program
ini disertai oleh seorang guru yang merupakan
lulusan dari UPSI dan ahli Alumni aitu Cikgu Mohd
Jamil bin Talib, Setiusaha Sukan sekolah yang
mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
2002-2006 yang dikenali mengikut batch (Batch
WAJA).

23 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

JANUARI - APRIL 2018 24

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Retreat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Oleh Nuraisyah Abd Razak Noraisyah Razak

Ipoh – Pada 26-29 Januari 2018, Jabatan Hal
Ehwal Pelajar & Alumni telah menganjurkan
Retreat JHEPA 2018 yang diketuai oleh Timbalan
Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Md Amin Md
Taff dan melibatkan semua unit dan staf di bawah
HEPA yang terdiri daripada 6 Pusat dan 5 Kolej
kediaman. Di antara slot aktiviti yang dilakukan
ialah slot aktiviti pengukuhan pasukan iaitu outdoor
activity di Gua Tempurung, slot perbincangan KPI
di antara semua pusat tanggungjawab HEPA dan
slot Mesyuarat TNC HEPA UPSI bersama Pegawai
dan Kumpulan Pelaksana JHEPA. Pada 28 Januari
2018 pula, perjumpaan Datuk Haji Abd. Halim
bin Jusoh, Setiausaha Politik kepada Menteri
Pendidikan Tinggi bersama warga JHEPA. Retreat
ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan
semangat kerja berpasukan serta mewujudkan
jaringan perhubungan yang harmoni dikalangan
pegawai dan kakitangan HEPA.

25 JANUARI - APRIL 2018

BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

Staf Baharu Pusat Alumni

ANIZAN MD NOOR, Penolong Pendaftar Kanan - Berasal dari Jitra, KEDAH. Beliau telah
berkhidmat selama 18 tahun di UPSI bermula 28 Mac 2000. Antara Pusat Tanggungjawab yang
pernah beliau bertugas ialah Kolej Kediaman, Bahagian Pembangunan Sahsiah Pelajar (JHEPA),
Pusat Sukan, Pusat Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan dan kemudiannya meneruskan
kerjaya di Pusat Alumni bermula Februari 2018. Berpengalaman dalam dunia pentadbiran dan
kewangan sejak tahun 2000 di UPSI. Sebelum berkhidmat di UPSI beliau pernah bertugas di
Kolej Lagenda Langkawi sebagai tenaga pengajar Kokurikulum dan juga pernah bertugas di Giant
Warehouse Subang Jaya dibahagian Eloktronic Data Processing (EDP). Berkelulusan Sarjana
(Pendidikan Sains Sukan) dari UPSI, Sarjana Muda Pengurusan (Human Resource Management) di
OUM dan Diploma Sains Sukan dan Rekreasi dari UiTM. Aktif dalam sukan dengan mewakili UPSI
dalam ragbi dan bolasepak. Beliau juga merupakan tenaga pengajar kokurikulum untuk sukan ragbi
di UPSI disamping menjadi fellow Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK). Semoga dengan kehadiran
beliau di Pusat Alumni akan memantapkan tadbir urus dan melancarkan pengurusan aktiviti.

RAMLI BIN MOSMIN, Pegawai Penerbitan Kanan - Berasal dari
Segamat, JOHOR. Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun di
UPSI sejak tahun 2005 di Pejabat Penerbit sebagai Ketua Bahagian
Pemasaran, Promosi dan Kedai Buku. Kemudiannya ditukarkan ke
Pusat Alumni bermula Februari 2018. Berpengalaman dalam dunia
penerbitan sejak tahun 2001 apabila bertugas di Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur dan ditempatkan di Unit Multimedia
dari 2001 hingga 2005. Mempunyai pengalaman dalam semua
empat bidang utama penerbitan. Empat bidang utama penerbitan
yang dimaksudkan itu ialah Editorial, Pemasaran, Reka bentuk
dan Pra-Percetakan. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
dan Pentadbiran (Analisa) dari Universiti Malaya. Kemudiannya
menyambung pelajaran peringkat Sarjana di UPSI dalam bidang
Pendidikan (Pengurusan Perniagaan). Selain tugas hakiki, beliau
juga aktif mewakili UPSI dalam sukan Basikal Lasak (MTB)
dan juga terlibat dalam inovasi dengan membangunkan sistem
jualan dan pengurusan stok buku yang dinamakan MyBOOK.
Sistem ini pernah memenangi Bronze Medal di ITTEX 2015.
Turut menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Promosi
dan Aktiviti untuk Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) di
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Semoga dengan
kehadiran beliau di Pusat Alumni mampu merancakkan bahan-
bahan percetakan dan penerbitan.

NOR AZLINA ALADDIN, Pembantu Tadbir (PO) - Berasal dari Teluk Intan,
PERAK. Beliau telah berkhidmat sejak 2008 lagi. Sepanjang tempoh tersebut beliau
berpengalaman bertugas di Bahagian Sumber Manusia (BSM), selama 8 tahun di
Unit Perkhidmatan dan 2 tahun di Unit Perjawatan. Beliau juga mempunyai kelulusan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Selain
daripada tugas hakiki, beliau turut aktif dalam sukan terutamanya bola jaring dan
futsal. Juga mempunyai kebolehan sebagai pengacara majlis dan sering diundang
untuk mengacarakan majlis-majlis universiti. Mula bertugas di Pusat Alumni pada 16
Mac 2018.

BIL 5 Edisi 1 JANUARI - APRIL 2018
BULETIN PUSAT ALUMNI, JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI UPSI

HUBUNGI MEDIA SOSIAL
KAMI
Pusat Alumni UPSI
Pejabat Pusat Alumni
Bangunan Pusat Pelajar alumniupsi
Kampus Sultan Azlan Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris Alumni UPSI
35900 Tanjung Malim, Perak
Website : http://alumni.upsi.edu.my
Emel : [email protected]
Telefon : 015 4879 7052


Click to View FlipBook Version