ULETIN Bil 8. Edisi 2 MEI-OGOS 2019
B
BULETIN PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
Kembara Alumni Chapter
Miri Sarawak
Sidang Editorial
PENAUNG Tim. Pengarah DS45
PM Dr. Md Amin Md Taff Rasyidi bin Johan
Emel: [email protected]
KETUA EDITOR Tel: 015-4879 7051
PM Dr. Mohd Izwan Shahril
EDITOR
Ramli Mosmin
Anizan Mohd Noor
Noraisyah Razak
Nor Azlina Aladdin
JURU FOTO
Ramli Mosmin
Noraisyah Razak
SUSUN ATUR
& REKA LETAK
Ramli Mosmin
KONSEP
REKA BENTUK
Khairul Aizat Abdul Rauf
Kakitangan Pusat Alumni
Pengarah DS52
Prof. Madya Dr. Mohd Izwan
Shahril
Emel: [email protected]
Tel: 015-4879 7051
Pen. Pendaftar N44 Peg. Penerbitan N44
Anizan Md Noor Ramli bin Mosmin
Emel:[email protected] Emel: [email protected]
Tel: 015-4879 7053 Tel: 015-4879 7050
Pen. Peg. Tek Maklumat Pembantu Tadbir (PO)
FA29 N19
Noraisyah Abdul Razak Nor Azlina Aladdin
Emel:[email protected] Emel:[email protected]
Tel: 015-4879 7052 Tel: 015-4879 7054
Ketua Editor 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera Prof. Madya Dr.
Mohd Izwan Shahril
Keluaran kali ini akan menumpukan segala aktiviti Pusat Alumni dari bulan
Mei hingga Ogos 2019. Dalam tempoh ini kita masih merayakan sambutan merupakan Pengarah Pusat
hari raya Aidilfitri. Oleh yang demikian saya ingin mengambil kesempatan Alumni yang juga merupakan
untuk memohon ampun maaf mewakili warga kerja Pusat Alumni sekiranya
terdapat sebarang salah dan silap semasa menganjurkan acara mahupun pensyarah kanan di Fakulti
semasa bekerjasama dalam mengendalikan sesebuah program. Selamat Sains Sukan dan Kejurulatihan
Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, Pusat Alumni kekal komited
untuk menjejak alumni kita di seluruh negara untuk membantu menaikkan
kedudukan universiti agar setaraf dengan universiti yang lain. Saya
menyeru alumni di luar sana untuk membantu dan menyalurkan data-
data terutamanya hal berkaitan kebolehpasaran graduan selepas anda
dan rakan-rakan lain menamatkan pengajian.
Pada Majlis Konvokesyen 2019 tidak lama lagi akan bertambah lagi
bilangan alumni AKSB iaitu dianggarkan sekitar 5000 orang yang bakal
bergraduan. Selamat berkonvo dan harapan kami supaya hubungan
dengan Ibu Kandung Suluh Budiman tidak terus terputus sebaik menerima
ijazah nanti.
Akhir kata, selamat membaca dan berjumpa lagi di keluaran akan datang.
Sekian, wassalam.
Kandungan
>>hlmn 4 4 Program UPSI International Trail Run 2019
>>hlmn 7 >>hlmn 14 Program yang dianjur bersama Persatuan Mahasiswa Johor, UCTC dan
Majlis Perwakilan Pelajar.
>>hlmn 18
7 Alumni UPSI Terima Anugerah Khas Sempe-
na Sambutan Hari Guru 2019 peringkat UPSI
Majli berlangsung di Ruang Legar Muzium Pendidikan Nasional yang
turut dihadiri oleh Naib Canselor
14 Program Santai Alumni di IPG Ipoh
Pusat Alumni diketuai oleh Enncik Rasyidi bin Johan bersama tiga orang
staf dan dua orang staf Muzium Pendidikan Nasional mengunjungi IPG
Ipoh.
16-17 Majlis bersama Alumni FPE dan JAIS
Majlis yang berlangsung di Blok 9 FPPM mendapat sambutan
menggalakkan dengan lebih daripada 60 guru JAIS dan bekas pelajar
FPE telah hadir
18 Pengarah Pusat Alumni dilantik sebagai
Pengerusi Pusat Alumni UA
Mesyuarat dan bengkel telah dipengerusikan oleh pengarah untuk
merangka SOP yang standard dalam kalangan Pusat Alumni UA
4 BULETIN ALUMNI
Program UPSI International Trail Run
2019
manakala bagi acara Fun Run hubungan silaturahim antara
5 kilometer dilepaskan pada warga Universiti Pendidikan
8.00 pagi. Sultan Idris dan melahirkan
masyarakat yang sihat,
Melalui program ini, Majlis berdaya saing dan mempunyai
Anak Johor selaku pihak tahap kecergasan yang tinggi
penganjur berharap agar melalui aktiviti larian.
program ini dapat mengeratkan
Oleh Ramli Mosmin
Arena UPSI – Seramai 633
peserta menyertai UPSI
International Trail Run 2019
yang berlangsung di Pusat
Sukan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada 4hb Mei 2019.
Program larian ini dianjurkan
oleh Majlis Anak Johor UPSI
dengan kerjasama Pusat
Transformasi Komuniti
Universiti, Pusat Alumni UPSI
dan Majlis Perwakilan Pelajar
UPSI. Tujuan utama program
larian ini diadakan adalah
untuk merealisasikan dasar
sukan negara iaitu sukan untuk
semua serta memberi peluang
kepada masyarakat bagi
mengekalkan gaya hidup sihat.
Terdapat enam kategori larian.
Lima kategori yang akan
dipertandingkan iaitu lelaki
terbuka (18 ke atas), wanita
terbuka (18 ke atas), lelaki IPT
(18 tahun ke atas), perempuan
IPT (18 tahun ke atas) dan
junior lelaki dan (18 tahun
kebawah). Selain itu, terdapat
satu kategori fun run iaitu
kategori terbuka. Jarak larian
ialah 13 KM untuk kategori
pertandingan. Jarak untuk
kategori fun run pula ialah 5
km. Hadiah diberikan kepada
pemenang tempat pertama
hingga ke-10 bagi bagi kategori
pertandingan. Semua peserta
larian trail sejauh 13 km yang
mempunyai 5 kategori larian
dilepaskan pada 7.50 pagi
BULETIN ALUMNI 5
6 BULETIN ALUMNI
Iftar Jamaie Mahasiswa Anak Johor
(M@JOR) bersama Pusat Alumni
Oleh Mohd Izwan Shahril
MUAR – Iftar Jamaie M@JOR
bersama Alumni Presiden M@
JOR 2019 telah diadakan pada
1hb Jun 2019. Program yang
dianjurkan oleh Majlis Anak
Johor sempena Majlis Berbuka
Puasa bersama Alumni
Presiden M@JOR diadakan di
Classic Hotel Muar, Johor.
Majlis diserikan dengan
kehadiran bekas Penasihat
Majlis Anak Johor, Dr Izwan
Shahril, Dr. Zulezwan Ab Malik
dan Prof.Madya Dr. Md Amin
bin Md Taff (TNC HEPA, UPSI ).
Semoga hubungan akrab yang
terjalin akan terus berkekalan.
BULETIN ALUMNI 7
Alumni UPSI Terima Anugerah Khas
Sempena Sambutan Hari Guru 2019
peringkat UPSI
Oleh Ramli Mosmin
Muzium UPSI – Pada 29hb
Mei bertempat di ruang legar
Muzium Pendidikan Nasional
UPSI telah diadakan satu
program Sambutan Hari Guru
Peringkat UPSI untuk tahun
2019.
Program yang dianjurkan
oleh Majlis Perwakilan Pelajar
UPSI telah dirasmikan oleh
Yg. Bhg. Naib Canselor UPSI
sambil turut dihadiri oleh TNC
HEPA, Pendaftar, Timbalan
Ketua Pendaftar, Pegawai-
pegawai Kanan universiti,
kakitangan dan pelajar-pelajar.
Pada Majlis ini turut diserikan
dengan penampilan istimewa
artis wanita iaitu Heliza Helmi
yang sudi hadir memeriahkan
suasana. Pada majlis yang
sama turut diraikan seorang
alumni UPSI yang mendapat
pengiktirafan sebagai Tokoh
Guru Alumni iaitu Cikgu Ismail
bin Hashim yang kini mengajar
di Sekolah Menengah Agama,
Slim River.
8 BULETIN ALUMNI
Kembara Alumni Chapter MIRI dan
pelantikan Jawatankuasa
Oleh Rasyidi Johan
MIRI, Sarawak – Pada 6hb
April di Hotel Nur Miri telah
diadakan satu sesi taklimat
oleh Pusat Alumni yang
disampaikan oleh Timbalan
Pengarah, Encik Rashidi
Johan berkaitan tentang
alumni dan UPSI kepada
alumni di kawasan Miri.
Program yang dirancang ini
dengan kerjasama MMK Kolej
Kediaman KHAR mendapat
sambutan yang baik oleh alumni
yang terdiri daripada guru-
guru. Majlis diadakan pada
waktu malam bersama Majlis
Pelantikan jawatankuasa
untuk memudahkan dan
membantu Pusat Alumni
dalam melaksanakan program-
program dan mengumpulkan
maklumat alumni yang berada
di Sarawak.
Pengerusi yang berjaya
mendapat sokongan ramai
telah dipilih untuk mengetuai
jawatankuasa ini iaitu Encik
Marni bin Golong yang kini
bertugas di IPG Kampus
Sarawak Miri. Beliau akan
dibantu oleh Timbalan
Pengerusi iaitu Voon Choon
Teck yang bertugas sebagai
guru di SMK Saint Columba,
Setiausaha Puan Suzana
Ghazali dari SMK Lutong
dan ahli jawatankuasa yang
lain. Kami di Pusat Alumni
berharap agar jawatankuasa
yang berjaya dibentuk ini
akan menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan jayanya.
BULETIN ALUMNI 9
Majlis Infaq Ramadan Persatuan
Alumni Suluh Budiman (PA SB)
Bersama Pusat Alumni
UPSI – Pada
Oleh Nor Azlina Aladdin
Kolej Za’ba – Pada 25hb
Mei bertempat di Dewan
Kolej Za’ba UPSI Kampus
Proton City telah berlangsung
Majlis Infaq Ramadan yang
dianjurkan secara bersama
Pusat Alumni dan Persatuan
Alumni Suluh Budiman (PASB).
Objektif utama program
ini adalah untuk meraikan
anak-anak yatim di sekitar
Tanjung Malim menikmati
juadah berbuka puasa seperti
keluarga lain, di samping
penyerahan sumbangan
kepada mereka untuk
persiapan hari raya yang bakal
menjelang tiba tidak lama lagi.
Selain itu, budaya bersedekah
ini cuba disemai supaya
menjadi amalan kepada umat
Islam dalam konsep berkongsi
rezeki bersama golongan yang
kurang bernasib baik.
Pada majlis tersebut, PASB di
wakili oleh Timbalan Presiden,
Dr. Seri Lanang Jaya dan
Pusat Alumni diwakili oleh
pengarahnya iaitu PM Dr.
Mohd Izwan Shahril. 12 buah
sekolah yang mempunyai
pelajar terdiri daripada anak-
anak yatim sekitar Tanjung
Malim telah dijemput dan
120 orang pelajar telah hadir
dalam majlis ini. Sumbangan
yang disampaikan adalah hasil
daripada Pusat Alumni, PASB
dan orang perseorangan yang
menyumbang secara terus
kepada PASB. Majlis yang
bermula pada jam 6.00 petang
berakhir sebaik sahaja para
tetamu menunaikan solat
10 BULETIN ALUMNI
Sambutan Hari Raya Aidi lfi tri be rsam a
Alumni Persatuan Bimbingan dan
Kaun se lin g
Oleh Mohd Izwan Shahril
Tanjong Malim – Pada 22hb
Jun di Panggung Percubaan
UPSI, telah diadakan Majlis
Sambutan Hari Raya bersama
Alumni anjuran Persatuan
Bimbingan dan Kaunseling
UPSI (KASIH) dengan
kerjasama Pusat Alumni UPSI.
Majlis ini mendapat sambutan
yang baik daripada Alumni
Bimbingan dan Kaunseling
dengan kehadiran seramai
100 orang tetamu. Turut hadir
pada majlis ini ialah Pengarah
Pusat Alumni UPSI, Dr. Mohd
Izwan bin Shahril, Penasihat
Persatuan Bimbingan dan
Kaunseling, Encik Zulkifli bin
Mamat serta YDP Persatuan
Bimbingan dan Kaunseling,
Mohamad Hairi bin Saadun.
Majlis ini dianjurkan bagi
merapatkan hubungan
silaturahim dalam kalangan
Alumni KASIH di samping
berkongsi maklumat dan
pengalaman sepanjang
berkhidmat sebagai kaunselor.
Majlis kali ini diharap menjadi
pemangkin kepada majlis
lanjutan yang melibatkan
alumni Bimbingan dan
Kaunseling. Kami di Pusat
Alumni mendoakan alumni
Bimbingan dan Kaunseling
dapat menjalankan tugas
sebagai kaunselor dengan
amanah dan berjaya.
BULETIN ALUMNI 11
Program Ihtifal Amal Islami SRITIS
2019
Noraisyah Abd Razak
UPSI – Pada 6hb Julai 2019
(Sabtu) telah berlangsung
Program Perasmian Penutup
Ihtifal Amal Islami SRITIS
2019 bertempat di Bangunan
Bitarasiswa, Kampus Sultan
Abdul Jalil Shah, UPSI pada
pukul 8.30 pagi. Program ini
merupakan majlis bersama
pelajar-pelajar dan guru
Sekolah Rendah Integrasi
Teras Islam Tahfiz Ibnu Sina
(SRITIS) Hulu Bernam untuk
meraikan pelajar yang telah
tamat pengajian.
Terdapat pelbagai acara
yang diadakan seperti Acara
Bercerita, Acara Azan dan
Khutbah, Acara Tilawah Al-
Quran serta Acara Mewarna
yang disertai oleh pelajar-
pelajar SRITIS. Majlis diserikan
lagi dengan persembahan
kalam jamaie dan nasyid oleh
pelajar-pelajar SRITIS.
Majlis Perasmian Penutup
berlangsung pada pukul 11.30
pagi yang disempurnakan
oleh Timbalan Pengarah Pusat
Alumni UPSI, Encik Rasyidi bin
Johan. Program ini merupakan
program kerjasama antara
Pusat Alumni dan Pusat
Transformasi Komuniti (UCTC)
UPSI serta SRITIS Hulu
Bernam. Majlis bersurai pada
pukul 1.00 petang.
12 BULETIN ALUMNI Programme
Mobility Inbound
Malaysia- Indonesia
Noraisyah Abd Razak
MRSM,Trolak– Pada5hbOgos Seremban –
tiga orang staf Pusat Alumni
telah ke MRSM Felda Trolak
yang diketuai oleh Timbalan
Pengarah, Encik Rashidi bin
Johan, Cik Noraisyah Abdul
Razak dan Puan Nor Azlina
binti Aladdin untuk membawa
pelajar-pelajar dari Indonesia
untuk tujuan Mobility Inbound
Programme Malaysia-
Indonesia.
Kedatangan mereka telah
disambutolehPengetuaMRSM
Felda Trolak Encik Lokmas
Annas bin Othman. Satu sesi
penerangan telah disampaikan
oleh pengetua kepada peserta
yang merupakan pelajar
daripada Indonesia berkaitan
pengurusan dan ppentadbiran
sekolah MRSM ditadbir.
Mereka sangat mengalu-
alukan kedatangan ini kerana
dapat mewujudkan satu sesi
perkongsian ilmu antara dua
buah negara dalam membantu
meningkatkan mutu
pentadbiran dan pembelajaran
sesama mereka. Wakil ketua
tetamu dari negara Indonesia
mengucapkan jutaan terima
kasih atas perkongsian dan
layanan sepanjang mereka
berada di UPSI dan beberapa
tempat yang mereka lawati
bagi tujuan lawatan dan
perkongsian ilmu. Mereka juga
mengalu-alukan kedatangan
balas dari MRSM sekiranya
berminat untuk melihat
pembangunan sekolah di
Indonesia.
BULETIN ALUMNI 13
Program CSR Pusat Alumni di MRSM
Sabak Bernam, Selangor
Oleh Mohd Izwan Shahril
MRSM, Sabak Bernam – Pada
5hb Ogos yang lalu, Pengarah
Pusat Alumni telah dijemput
oleh pihak pengurusan sekolah
MRSM Ulul Albab, Sabak
Bernam untuk menyampaikan
ceramah motivasi. Peluang ini
tidak dilepaskan beliau untuk
berkongsi pengalamannya
semasa zaman persekolahan
untuk memberikan motivasi
kepada pelajar-pelajar yang
terpilih. Kali ini pelajar daripada
tiga buah kelas seramai lebih
kurang 90 orang yang bakal
menghadapi peperiksaan PT3
telah turut serta.
Beberapa permainan turut
diaplikasi dalam sesi motivasi
ini supaya pelajar tidak terasa
bosan dengan ceramah
berbentuk satu hala sahaja.
Melalui program ini daapt
dilihat sambutan yang diterima
amat baik. Hasil daripada
curahan ilmu dan idea-
idea baharu oleh Pengarah
Pusat Alumni. Pengarah juga
mempelawa pelajar-pelajar
dan guru datang ke UPSI
untuk menggunakan segala
kemudahan yang serba
lengkap di UPSI bagi proses
pembelajaran mereka. Hal ini
memandangkan jarak yang
tidak jauh antara sekolah
dengan UPSI iaitu sekitar
60km dan laluan jalan yang
tidak mengalami sebarang
masalah kesesakan lalu lintas.
14 BULETIN ALUMNI
Program Santai Alumni Ibu Kandung
Suluh Budiman IPG Kampus Perak
Oleh Ramli Mosmin
Ipoh – Pada 7hb Ogos
yang lalu telah berlangsung
Program Santai Alumni Ibu
Kandung Suluh Budiman di
Perpustakaan IPG Ipoh yang
bertujuan untuk menjejak
alumni dalam kalangan staf
di sana. Kedatangan pasukan
dari Pusat Alumni turut
disertai oleh dua kakitangan
Muzium Pendidikan Nasional
(MPN) iaitu Mohamad Zu
yang merupakan Kurator dan
Mohd Nazri Ismail, Penolong
Pegawai Kurator MPN, UPSI.
Taklimat ringkas yang
diterangkan oleh Timbalan
Pengarah Pusat Alumni,
Encik Rasyidi bin Johan telah
menarik sekitar 20 orang bekas
pelajar UPSI dalam pelbagai
era dan bidang pengkhususan.
Lebih menarik sebelum itu
mereka sudah mengumpulkan
nama dan nombor yang
boleh dihubungi sebanyak
lebih kurang 50 nama guru
yang bertugas di IPG Ipoh
yang juga merupakan alumni
AKSB. Mereka juga bercadang
untuk mengumpulkan sekitar
80 orang untuk mendengar
taklimat daripada Pengarah
Pusat Alumni pada masa
dan tempat yang akan
dimaklumkan kemudian
setelah semuanya dirancang
dengan rapi.
BULETIN ALUMNI 15
16 BULETIN ALUMNI
Majlis Bersama Alumni FPE dan Jabatan
Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)
Oleh Mohd Izwan Shahril
UPSI, Proton City – Pada
29hb Julai bertempat di Blok
9 FPPM Kampus Sultan
Azlan Shah telah berlangsung
Majlis bersama Alumni Fakulti
Pengurusan Ekonomi dan
Jabatan Agama Islam Selangor
anjuran bersama FPE dan
Pusat Alumni. Hampir 60 orang
guru telah hadir memberikan
komitmen dalam majlis yang
dirancang secara bersama ini.
Alumni yang hadir ini
merupakan satu program
pengambilan khas oleh FPE
buat guru-guru agama di bawah
kerajaan negeri Selangor.
Pelantikan Jawatankuasa
juga telah dilakukan untuk
memudahkan dan menjadi
pengantara Pusat Alumni
dengan bekas-bekas pelajar
yang bertugas di sekolah-
sekolah agama seluruh negeri
Selangor. Pada majlis ini
ucapan utama oleh Pengarah
Pusat Alumni yang mengalu-
alukan kehadiran mereka ke
Ibu Kandung Suluh Budiman
dan menceritakan beberapa
kelebihan yang boleh dinikmati
apabila bergelar alumni AKSB.
Pengarah juga menyeru
peserta untuk menyumbang
semula kepada UPSI dalam
pelbagai bentuk seperti
kewangan dan buah fikiran
untuk membangunkan UPSI
ke tahap yang lebih tinggi dan
lebih disegani dalam kalangan
IPTA.
BULETIN ALUMNI 17
18 BULETIN ALUMNI
Pengarah Pusat Alumni Pengerusikan
Mesyuarat Pembinaan SOP Pusat Alumni
UA
Oleh Mohd Izwan Shahril
USM, Pulau Pinang –
Pada 15-17hb Mei telah
berlangsung satu Bengkel
Pusat Alumni Universiti Awam
(UA) yang dikendalikan oleh
Kementerian Pendidikan yang
dipengerusikan oleh Dato’
Bakhiya yang juga merupakan
Pengarah dari KPM. Antara
Pusat Alumni yang terlibat
dalam bengkel pembinaan
SOP pengurusan alumni di
setiap UA ialah Pusat Alumni
UTM, USM, UMS, UnisZA,
UPSI, UPM, UKM, UM, UiTM
dan USIM.
Bengkel yang diadakan selama
tiga hari ini telah memberikan
kepercayaan kepada
kepimpinan tokoh muda yang
berwibawa Prof. Madya Dr.
Mohd Izwan Shahril untuk
mengetuai pembinaan SOP
ini. Setiap ahli dan universiti
awam telah sedar akan
kepentingan alumni dalam
menyumbang pembangunan
universiti dan juga sebagai
kayu ukur kejayaan sesebuah
universiti dalam memasarkan
graduan mereka ke pasaran
pekerjaan. Kepentingan
yang dimaksudkan adalah
berbentuk data dan maklumat
yang terkini setiap alumni
mereka. Dalam bengkel ini,
hampir semua Pusat Alumni
meghadapi masalah kesukaran
untuk mengumpulkan data
dari pelajar yang sudah
meninggalkan universiti
masing-masing dan di
sinilah mereka cuba untuk
mendapatkan formula yang
terbaik
BULETIN ALUMNI 19
Tahukah Anda?
Oleh Mohamed Nazri Ismail
RUMAH ZA’BA
Rumah ini pernah menjadi
kediaman Pendeta Za’ba
sewaktu beliau berkhidmat di
SITC sebagai penterjemah di
Pejabat Karang Mengarang
SITC dari tahun 1924 hingga
1939. Pada tahun 2002,
Perpustakaan UPSI yang
diberi tanggungjawab untuk
menjaga rumah tersebut dan
telah menjadikannya sebagai
Galeri Za’ba. Pada tahun
2010, rumah ini digunakan
sebagai pejabat pengawal
keselamatan UPSI. Kini, rumah
tersebut telah dibaik pulih dan
dijadikan pula sebagai living
museum yang mempamerkan
sejarah, karya, koleksi,
gambar dan sumbangan Za’ba
dalam bidang penulisan dan
penerbitan sewaktu beliau
berkhidmat di SITC.
20 BULETIN ALUMNI
Kenali Tokoh Alumni
DATO’ PADUKA HAJI AHMAD BIN KADI
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
• Sarjana Muda dalam bidang Bahasa dan Sastera dari Universiti
Malaya.
• Kursus di London University of Institute dalam bidang penulisan dan
pengeluaran buku.
• Sijil Perguruan dari SITC, Tanjong Malim.
• Lulus Sijil Penuh Malaysian Certificate of Education.
• Berjaya memperolehi Sijil Ketiga (dalam aliran bahasa Inggeris).
Tokoh Era SITC PENCAPAIAN
LATAR BELAKANG • Guru Terlatih -1hb Januari 1958 hingga 30hb Jun 1962.
• Timbalan Pengarah – 1hb Ogos 1977 hingga 28hb Februari 1986.
Lahir pada 24hb April 1937, Kampong • Pengarah – 1hb Mac 1986 hingga 23hb April 1992.
Penanjong Tutong.Kini menetap di No. • Penulis Tamu di Universiti Brunei Darussalam –1992 hingga 1994
10. Spg 193, Kg. Penanjong Tutong, • Penyusun Kamus Tiga Negara (Kamus Bahasa Melayu NUSANTARA)
TA2741, Brunei Darussalam dan
alamat pejabat di Simpang 44, Jalan - 1994 hingga 2000.
Gadong, Kampong Menglait, Gadong • Setiausaha Panel Penapisan Gambar-Gambar, Filem dan Hiburan
BE3919.
Orang Ramai KHEDN 2001 hingga 2009.
• Anugerah Kencana MABBIM dari Kerjaan Malaysia.
• Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman oleh Kerajaan Malaysia tahun
2002.
• Bintang Kebesaran SMB oleh Kerajaan Brunei tahun 1982.
• Bintang Kebesaran DPMB oleh Kerajaan Brunei tahun 1995.
• Setiausaha Agung Persatuan Pemuda Penanjong “PERDA”.
• Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Pemuda Brunei/Majlis Belia Brunei.
• Memegang Jawatan Eksekutif sejak 1980-an hingga awal tahun 1990-
an, Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei PGGMB.
• Persatuan Pemilik - pemilik dan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak
Negara Brunei Darussalam “PPPSM” dengan Memegang Jawatan
Setiusaha Agung selama 6 tahun iaitu mulai pada tahun 1992 hingga
1999 dan Timbalan Yang Dipertua sejak 2002.
• Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong “PAKATAN”.
Antara jawatan ialah Yang diPertua.
• Syarikat Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad (sekarang
Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad) dan menjadi
Pengarah Kewangan mulai November 2009 hingga sekarang.
BULETIN ALUMNI 21
Kenali Tokoh Alumni
DATIN HAJAH NOR HALIZA HUSSAIN
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Tokoh Era MPSI
• Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2004 di USM. LATAR BELAKANG
• Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris, USM
Dilahirkan di Teluk Intan, Perak
pada tahun 1997. pada 1964. Tetapi meneruskan
• Diploma Pendidikan di bidang Pengajian Sekolah Rendah persekolahan di negeri Kedah dan
Pulau Pinang. Belajar di Sekolah
Pengajian Inggeris, MPSI 1987. Rendah Tunku Putra, Baling, Kedah.
Melanjutkan pelajaran sekolah
PENCAPAIAN menengah di SMK. Tunku Putra,
Baling sehingga tingkatan tiga.
• Menjadi guru dari tahun 1988 hingga 2011. Seterusnya melanjutkan pelajaran
• Menubuhkan Haliza Industries Sdn. Bhd. pada 2012. di SM Teknik Tunku Abdul Rahman
• Membuka kilang pembuatan makanan ringan sihat Witties Putra, Pulau Pinang. Mempunyai
minat yang mendalam dalam
di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. pendidikan dan perniagaan.
Dengan dibantu oleh 2 orang anak lelaki. Syarikat beliau
telah berjaya mengeksport produk ke negara-negara
seperti China, Jepun, Singapura, Brunei dan Arab Saudi.
Syarikat beliau juga telah membuka gudang di Shanghai
sebagai hub untuk pengedaran di seluruh China.
• Dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri sebagai Biskaunselor
untuk membantu usahawan-usahawan.
• Profesor Adjunk oleh Universiti Petronas Malaysia bagi
membantu pelajar-pelajar menjadi usahawan.
• Jurulatih bagi Koperasi USM kejuruteraan Nibong Tebal
dan penasihat
• kehormat bagi Persatuan Sekolah Teknik dan Vokasional
negeri Pulau Pinang
22 BULETIN ALUMNI
Kenali Tokoh Alumni
Tokoh Era UPSI PUAN ANITA BINTI YUSUF
LATAR BELAKANG LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Beliau merupakan seorang ahli • Sarjana Pendidikan, Pendidikan Jasmani (Universiti Malaya).
Profesional Semasa-Malaysia Music • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Sains Sukan
Authors Copyright Protection (MACP).
Selain itu, beliau juga menjadi guru (UPSI), 2003.
di Institut Pendidikan Guru Kampus • Sijil Perguruan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan,
Ipoh di Jabatan Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. Selain 1989.
itu, beliau juga menjadi jurulatih
Pendidikan Luar dan Jurulatih PENCAPAIAN
Olahraga. • Anugerah Kecemerlangan Akademik Kategori Mahasiswa UPSI,
2002.
• Anugerah Pelajar terbaik Kursus Kejurulatihan Olahraga Level 1
(KOAM), 2005.
• Hadiah Latihan Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
2007.
• Malaysia Book of Records- First Woman to Ride Solo Across
Five Central Asian Countries on Motorcycle, 2013.
• Certificate of Excellence, Mount Everest Base Camp & Buffer
Zone, 2014.
• Anugerah Outstanding Individual Achievement, (MBR), 2014.
• Malaysia Book Records (MBR) - First Solo Motorcycle Ride
Around The World, 2016.
• Anugerah Ridiculous Mileage (65,369 KM) Around The World’,
(Red Garage Malaysia), KL Bike Week, 2016.
• Asia Book Of Record - Longest Solo Motorcycle Ride Across
The World, 2017.
• Anugerah Inspirasi Hari Wanita Sedunia, (Moto & Gincu), 2017.
• Anugerah Tokoh Biker Madani, (NVOG), Islamic Bike Fest, 2017.
• Anugerah Ikon Negaraku, (Jabatan Perdana Menteri), 2017.
BULETIN ALUMNI 23
Jadual Ansuran Bulanan Pembiayaan Peribadi-i untuk Pelanggan Pakej
Pembiayaan Peribadi-i
KADAR (%) & TEMPOH PEMBIAYAAN (TAHUN)
KADAR TERAPUNG KA* + 2.38 % KA* + 3.02%
BERSAMAAN 3.36% 3.25% 3.64% 3.70% 3.77% 3.80%
KADAR TETAP
1 3 5 7 9 10
AMAUN PEMBIAYAAN
Kadar Asas (KA)* + 2.38% Kadar Terapung (Kadar Pembiayaan 861.35 304.90 197.02 149.90 124.00 115.03
dengan Perlindungan 1,722.71 609.80 394.05 299.80 248.00 230.06
3.25%bersamaan Kadar Tetap Takaful) 2,584.06 914.70 591.07 449.71 372.01 345.09
3,445.42 1,219.60 788.09 599.61 496.01 460.12
Untuk tempoh 3 tahun 10,000 4,306.77 1,524.50 985.11 749.51 620.01 575.15
20,000 5,168.12 1,829.40 1,182.14 899.41 744.01 690.17
Kami boleh membantu anda 30,000 6,029.48 2,134.30 1,379.16 1,049.32 868.01 805.20
40,000 6,890.83 2,439.20 1,576.18 1,199.22 992.01 920.23
Nikmati lebih penjimatan apabila anda menggabungkan semua komitmen 50,000 7,752.19 2,744.10 1,773.20 1,349.12 1,116.02 1,035.26
dengan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam. 60,000 8,613.54 3,048.99 1,970.23 1,499.02 1,240.02 1,150.29
70,000 9,474.89 3,353.89 2,167.25 1,648.93 1,364.02 1,265.32
• Jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 Dokumen yang Diperlukan 80,000 10,336.25 3,658.79 2,364.27 1,798.83 1,488.02 1,380.35
• Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun 90,000 11,197.60 3,963.69 2,561.30 1,948.73 1,612.02 1,495.38
• Perlindungan Takaful (pilihan) • Salinan MyKad 100,000 12,058.95 4,268.59 2,758.32 2,098.63 1,736.02 1,610.41
• Salinan slip gaji 3 bulan terkini 110,000 12,920.31 4,573.49 2,955.34 2,248.53 1,860.03 1,725.44
• Penyata Bank (gaji) 3 bulan terkini 120,000 13,781.66 4,878.39 3,152.36 2,398.44 1,984.03 1,840.46
• Penyata terkini Cukai Pendapatan 130,000 14,643.02 5,183.29 3,349.39 2,548.34 2,108.03 1,955.49
140,000 15,504.37 5,488.19 3,546.41 2,698.24 2,232.03 2,070.52
atau KWSP 150,000 16,365.72 5,793.09 3,743.43 2,848.14 2,356.03 2,185.55
• Surat Pengesahan Majikan 160,000 17,227.08 6,097.99 3,940.45 2,998.05 2,480.03 2,300.58
• Salinan ID Staf (Untuk pakej majikan 170,000
180,000
terpilih sahaja) 190,000
200,000
* Kadar Asas (KA) semasa adalah 3.77% setahun. 1-3 tahun = KA +2.38%
(Berkuat kuasa pada 10 Mei 2019). 4-10 tahun = KA +3.02%
Epacoper Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi 03 26 900 900
Pelanggan dinasihati untuk membaca dan memahami terma dan syarat yang sedia ada melalui laman web kami atau kunjungi cawangan kami
www.bankislam.com.my sebelum bersetuju untuk melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan dan/atau berhampiran anda.
mengambil bahagian dalam mana-mana kempen dan promosi kami.
24 BULETIN ALUMNI
ULETIN Bil 8. Edisi 2 MEI-OGOS 2019
B
BULETIN PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
PUSAT ALUMNI MEDIA SOSIAL
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Aras Bawah, Bangunan Pusat Pelajar Pusat Alumni UPSI
Kampus Sultan Azlan Shah alumniupsi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim Alumni UPSI
Perak Darul Ridzuan
Tel: 015-4879 7052
Email: [email protected]