Pusat Perhubungan Alumni
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), UPSI
BIL 2 | EDISI 1/2016
Penubuhan Alumni Chapter PERLIS
Program Sua Kembali MPSI 1976-77 KHuanttjuaynagEiawdniistDtiae1ylea|gkaaJsarinnD, T-ahrAiapSilerakinlod2la0h16
Pusat Perhubungan Alumni tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh
penggunaan mana-mana maklumat, atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam buletin ini
Sidang Editorial PENAUNG Kakitangan
Pusat Perhubungan
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
Alumni
EDITOR
PENGARAH DS54
: Nurul Nadiah Ishak PROF. MADYA DR. ABDUL
: Noraisyah Razak
: Masturiana Mohd Basri HALIM B. ALI
JURU FOTO PENOLONG PENDAFTAR N41
CIK NURUL NADIAH BT ISHAK
: Mohd Noraidil
: Mohd Reduan Ibrahim PENOLONG PEGAWAI
TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
REKA BENTUK GRAFIK & CIK NORAISYAH BT RAZAK
SUSUN ATUR KANDUNGAN
Noraisyah Razak
Tinta Penaung 2
Isi Kandungan Tokoh Alumni 2
Program/Aktiviti 3-8
Sesi Ramah Mesra Bersama Alumni Dalam
Kalangan Staf UPSI
Kunjungan Delegasi Dari Sekolah Hattayaiwittaya-
karn, Thailand
Penubuhan Alumni Chapter Perlis
Program Sua Kembali MPSI 1976-77
Program Cadangan Penubuhan Alumni UPSI
Chapter Riau & Promosi Akademik Di Universitas
Kempen “Green Is A Lifestyle”
Info PASB 9
Sanggar Kreatif 9
Galeri 10
PEMBANTU TADBIR N17
PN. MASTURIANA BT.
MOHD. BASRI
Info PPA Pada 1 Januari 2016, Pusat Perhubungan Alumni telah menerima
seorang kakitangan untuk jawatan Pekerja Sambilan Harian
(PSH) iaitu Cik Nor Murni bt Othman. Pihak PPA mengalu-alukan PEKERJA SAMBILAN HARIAN
kedatangan Cik Nor Murni dan berharap moga beliau dapat CIK NOR MURNI BINTI OTHMAN
berkhidmat dengan dedikasi dan komitmen terhadap tugas yang
diberi.
TINTA PENAUNG
PROF MADYA DR ABDUL HALIM ALI
PENGARAH PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI
Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan Izin-Nya juga e-buletin Pusat
Perhubungan Alumni (PPA) edisi pertama bagi tahun 2016 dapat dihasilkan pada bulan ini. Buletin
Alumni ini dihasilkan sebagai makluman tentang aktiviti-aktiviti alumni yang dijalankan dari masa ke
semasa. Buletin ini akan dihasilkan sebanyak 3 kali setahun iaitu 4 bulan sekali.
Pada kali ini, edisi pertama 2016 merangkum bagi bulan Januari hingga April 2016. Buletin ini dapat dijadikan sebagai
’platform’ dalam menjalin hubungan antara Alumni dengan pihak Universiti untuk faedah bersama dalam membangun kece-
merlangan universiti. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari hingga April. Pada bulan Januari
hingga April 2016, Pusat Perhubungan Alumni telah berjaya mengadakan pelbagai program seperti pada bulan Januari Program
Sesi Ramah Mesra Bersama Alumni dalam Kalangan Staf UPSI telah dijalankan. Program ini diadakan untuk menghimpun
alumni dalam kalangan staf di UPSI. Pada bulan Februari pula, 2 program telah berlangsung iaitu Kunjungan Delegasi dari Seko-
lah Hattayaiwittayakarn, Thailand dan Majlis Penubuhan Alumni Chapter Perlis. Pada bulan Mac pula, terdapat 2 program juga
telah berjaya dilaksanakan iaitu Program Sua Kembali MPSI 1976-77 dan Program Cadangan Penubuhan Alumni UPSI Chapter
Riau & Promosi Akademik di Universitas Maritim Raja Ali Haji (MARITIM) Tanjung Pinang, Kepulauan Riau. Pada bulan April pula
Kempen “Green Is A Lifestyle” yang telah dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA)
Diharapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga alumni serta
masyarakat luar. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih di atas
kerjasama yang diberikan oleh ahli alumni dalam menjayakan program yang telah dijalankan sepanjang 4 bulan ini. Diharap
kerjasama ini akan terus berkekalan. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya.
KENALI TOKOH BITARA
PROF. DATO’ DR. SIDEK BABA RAHMAN BIN SHAARI
Tarikh Lahir: 12.6.1946 Tarikh Lahir: 5 September 1949
Tempat Lahir: Kampung Pulau, Masjid Tempat Lahir: Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis
Pendidikan: Pendidikan:
- 1971 : MPSI-Sijil Pendidikan
- 1952-1958: Sekolah Umum Jeram, Masjid - 1977 : UKM-Sarjana Muda Persuratan
Tanah, Melaka
- 1959-1964: Sekolah Menengah Inggeris, Gajah - 1987 : UKM- Sarjana Persuratan
Berang, Melaka TBA003 Kerjaya: TBA004
- 1966-1967: Maktab Perguruan Sultan Idris, - Guru Sekolah Menengah Syed Sirajuddin, Perlis
- 1976-1979: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian – Pengajian Melayu), Universiti (1977 - 1979)
Malaya. - Pegawai Bahasa, Pusat Perkembangan Kuriklum,
- 1983-1985: Diploma Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor. Kem. Pelajaran (1980 - 1982)
- 1986-1987: Sarjana Sains Pendidikan (Pendidikan Berbanding) Universiti - Tutor, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu,
Universiti Kebangsaan Malaysia (1983 - 1987)
Indiana, Bloomington, USA. - Pensyarah Pendidikan Bahasa dan Sastera, Fakulti Pendidikan, Universiti
1987-1990 : Doktor Pendidikan (Kajian Dasar Pendidikan), Universiti Northern Malaya (1988 - 1998)
Kerjaya: - Profesor Madya Pendidikan Bahasa dan Sastera, Fakulti Pendidikan,
- 18 tahun sebagai guru di Sekolah Rendah&Menengah (1968-1985) Universiti Malaya (1994 - 2002)
- 4 tahun sebagai pegawai dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki, di Sri - Profesor Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
Layang, Genting Highland, Pahang (1985-86 & 91&92) Universiti Malaya (2003 - Oktober 2011)
- Timbalan Dekan, Pusat Matrikulasi, UIAM (1991-1992) - Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya
- Dekan Pusat Matrikulasi , UIAM (1992-1994) (Oktober 2010 - Oktober 2011)
- Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin, UIAM (1994-2002) - Pensyarah Sambilan di Jabatan Pengajian Media bermula 2012
- Profesor Pendidikan, UIAM (2003-sekarang)
Sumbangan: Anugerah:
- Sumbangan Modul Alternatif - Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Awards) – 2007
- Sumbangan Kertas Kerja, Ceramah Dan Dakwah Di Seluruh Dunia - Anugerah Penyair GAPENA - 2013
- Sumbangan Dan Komitmen Terhadap Bidang Ilmu
- Hasil Penerbitan (Bahan Yang Diterbitkan Dalam Bahasa Melayu)
- Penerbitan Kaset Dan Cd Yang Berunsur Islam
2
JAN
15 Januari 2016
Sesi Ramah Mesra Bersama Alumni Dalam
Kalangan Staf UPSI
Pusat Perhubungan Alumni, JHEPA dengan kerjasama Persatuan Alumni Suluh Budiman(PASB) telah
mengadakan Majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Alumni Dalam Kalangan Staf UPSI bertempat di
Dewan Sri Tanjong, UPSI. Majlis ini bertujuan untuk menghimpun dan mengumpulkan semula
alumni dalam kalangan staf UPSI. Selain itu, melalui majlis ini ahli alumni berpeluang membincang-
kan perancangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh alumni untuk pelajar yang bakal bergraduat.
Majlis telah dirasmikan oleh Presiden PASB Dato’ Haji Ahmad Burak dan seramai 39 alumni yang
hadir dalam majlis tersebut.
3
FEB
10 Febuari 2016
Kunjungan Delegasi Dari Sekolah Hattayaiwittayakarn,
Thailand
Kunjungan delegasi ini bertujuan untuk memperkukuhkan jaringan antarabangsa alumni.
Kunjungan ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Blok A,JHEPA. Seramai 22 pelajar dan 4 guru
telah terlibat.
4
FEB
20 – 22 Febuari 2016
Penubuhan Alumni Chapter Perlis
Program Penubuhan Alumni Chapter Perlis ini adalah anjuran Pusat Perhubungan Alumni dengan
kerjasama Persatuan Alumni Suluh Budiman. Program ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar
Perlis bertujuan untuk memperluaskan jaringan hubungan UPSI menerusi peranan Chapter Alumni.
Seramai 45 alumni yang hadir dan program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan
Alumni, Dr. Abdul Halim b. Ali.
5
MAC
14-15 Mac 2016
Program Sua Kembali Anak Kandung Suluh Budiman
MPSI 1976-1977
Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Perhubungan Alumni (PPA) dengan kerjasama Jawatankua-
sa MPSI 1976-1977 pada 14-15 Mac 2016 bertempat di Ruang Legar, Bangunan Bitarasiswa.
Program ini bertujujuan untuk mempertemukan dan mengeratkan hubungan bekas pelajar MPSI
Kohort 1976-1977 serta memupuk semangat bangga dan menghargai pengalaman sebagai bekas
pelajar Ibu Kandung Suluh Budiman. Seramai 53 ahli alumni MPSI 1976-77 yang telah hadir.
Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Abd Fatah Hj Iskandar, Setiausaha Politik YAB
Timbalan Perdana Menteri.
6
MAC
16-19 Mac 2016 ANTARABANGSA
Program Cadangan Penubuhan Alumni UPSI Chapter
Riau & Promosi Akademik Di Universitas Maritim
Raja Ali Haji (MARITIM) Tanjung Pinang,
Kepulauan Riau
Program ini merupakan siri jelajah antarabangsa bagi mengumpul dan mengeratkan hubungan di
antara ahli alumni antarabangsa dengan UPSI. Program ini telah dijalankan di Tanjung Pinang,
Kepulauan Riau, Indonesia. Rombongan terdiri daripada kakitangan Pusat Perhubungan Alumni
(PPA), UPSI dan Timbalan Dekan HEPA Fakulti. Lawatan ke Universitas Maritim Raja Ali Haji dan
sekolah swasta di sana juga telah dijalankan.
7
APRIL
18 April 2016
Program Kempen 'Green Is A Lifestyle' (GIAL)
2014-2016
Pusat Perhubungan Alumni (PPA) dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
(KETTHA) melalui Afrozapin Network Sdn. Bhd telah menganjurkan kempen 'Green Is A Lifestyle'
(GIAL) 2014-2016 pada 18 April 2016 (Isnin) bertempat di Dewan Konvensyen, Bangunan
E-Learmimg, KSAJS, UPSI.
Kempen ini adalah untuk merealisasikan kempen di bawah KETTHA bagi menyebarkan kesedaran
serta pengetahuan tentang tenaga lestari, sikap sentiasa jimat tenaga dan menyayangi alam sekitar
kepada masyarakat. Sasaran peserta adalah di kalangan mahasiswa/i Universiti dan pelajar-pelajar
sekolah. Seramai 70 orang pelajar dari SMK BANDAR BEHRANG 2020 termasuk guru pengiring
telah bersama-sama memeriahkan kempen ini.
8
INFO PERSATUAN ALUMNI SULUH BUDIMAN (PASB)
NAMA PROGRAM : BENGKEL HALA TUJU PASB 2016
TARIKH : 22 - 25 Januari 2016
TEMPAT : Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu, Kelantan
Bengkel hala tuju Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB), UPSI pada tahun ini telah diadakan di Holiday Villa Hotel
& Suites Kota Bharu, Kelantan pada tarikh 22 - 25 Januari 2016. Objektif bengkel ini adalah bagi membincangkan hala
tuju persatuan bagi tahun ini dan menyusun semula cadangan aktiviti daripada hasil pembentangan kertas kerja
setiap Exco bagi memastikan tidak berlaku pertindihan program yang telah dirancang. Bengkel ini telah diketuai
oleh Presiden PASB iaitu Dato’ Hj. Ahmad Bin Hj. Burak dan disertai oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden, Exco-exco
PASB serta Pengarah Pusat Pengarah Alumni iaitu Prof.Madya. Dr. Abdul Halim Ali dan beberapa pegawai daripada
Pusat Perhubungan Alumni, UPSI. Melalui bengkel hala tuju ini juga, pihak PASB sempat meluangkan masa untuk
berjumpa dengan ahli Alumni Chapter Negeri Kelantan yang ada di sana sekaligus dapat mengeratkan lagi hubun-
gan diantara PASB dan ahli alumni.
SANGGAR KREATIF
MELUKIS MASA DEPAN
Di jiwamu masih terpahat Tatkala aku di persimpangan Kuingin berdiri di pentas itu
perjalanan ketabahan ini ingin rebah di jalanan sebagai lelaki yang pasrah
kau setia menantiku mengusung beban pada kembara panjang
di pintu hati yang resah bayang-bayang derita seperti dirimu
saat matahari terbakar di hati bersembunyi di balik diri yang menantiku memetik kembang
kau masih mengiringi seakan kuingin bertanya terimalah kasih
langkah lelahku kepada naluri lelaki ini atas empatimu itu
mengajakku menatap bulan. saat berbicara dalam mimpi sudi menjadi ombak
menanti akhir menoktahkan kita saling melukis pantai
aksara dari jemari resah. masa depan.
IHSAN NOORZALI
UPSI, 2015.
9
Galeri
Sesi Ramah
Mesra Bersama
Alumni Dalam
Kalangan Staf
UPSI
Kunjungan Delegasi Penubuhan
Dari Sekolah Hatta- Alumni Chapter
yaiwittayakarn,
Thailand Perlis
Program Sua Program
Kembali MPSI Cadangan Penubuhan
1976-77 Alumni UPSI Chapter Riau
Kempen “Green
Is A Lifestyle” Promosi Akademik Di
Universitas Maritim Raja
Ali Haji (MARITIM)
Tanjung Pinang,
Kepulauan Riau
10
7
Alumni Rasmi UPSI