1 BAHAGIAN A [20 MARKAH] 1. Yang manakah BUKAN menunjukkan ciri-ciri seseorang yang bertingkah laku moral? A. Menghormati guru B. Memuliakan ibu bapa C. Membantu rakan D. Menipu ibu bapa 2. Antara berikut yang manakah menunjukkan tingkah laku baik? A. Liza menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu bapa B. Jacinta didenda oleh gurunya kerana datang lewat ke sekolah C. Kumar telah membantu kawannya yang terlupa membawa duit ke sekolah D. Ah Chong dan Muthu mengakui perbuatan menconteng dinding sekolah 3. Hoon Seng melaporkan kesalahan pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah kepada guru disiplin. Tindakannya menunjukkan tingkah laku? A. Tingkah laku Baik B. Tingkah laku Benar C. Tingkah laku Patut D. Tingkah laku Bermoral 4. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak apabila mereka membuat kesalahan di rumah. Nyatakan tingkah laku ibu bapa ? A. Tingkah laku Baik B. Tingkah laku Benar C. Tingkah laku Patut D. Tingkah laku Bermoral 5. Antara berikut manakah kelakuan TIDAK bermoral A. Andrew selalu bercakap kasar dengan ibunya B. Siti selalu membantu ibunya menyiram pokok bunga C. AH Keong sering membantu adiknya dalam mata pelajaran D. Tiviya bergilir-gilir dengan bapanya menjaga ibunya di hospital 6. Apakah perbuatan yang perlu dijauhi oleh seseorang pelajar? I. membuli II. bertegur sapa(peramah) III. bercakap bohong IV. ponteng sekolah A. I, II dan III C. I, II dan IV B. II. III dan IV D. I, III dan IV 7. Tingkah laku insan bermoral ialah A. Selalu lewat ke sekolah B. Memakai pakaian yang kemas C. Melaporkan maklumat palsu D. Tidak beratur semasa membeli makanan
2 8. Yang manakah BUKAN ciri insan bermoral ? A. Empati B. Bersikap adil C. Berfikiran rasional D. Kedekut 9. Vernard telah gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Bagaimanakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Vernard untuk mengatasi masalahnya? A. Berasa kecewa dan malas untuk berusaha B. Menyembunyikan keputusan daripada ibu bapa C. Menonton televisyen untuk melupakan kesedihannya D. Berbincang dengan guru kaunselor dan berusaha bersunguh-sungguh 10. Kenal pasti situasi cara hidup bermoral di bawah? A. Encik L tidak mematuhi undang-undang jalan raya B. Remaja yang suka melepak di pusat membeli-belah C. Pengusaha kilang membuang sisa toksid ke dalam sungai D. Muthu merancang perbelanjaan supaya menjimatkan wang 11. Sangee Kaur akan meraikan sambutan Hari Vaiskhi bersama keluarganya. Di manakah dia akan bersembahyang semasa sambutan Hari Vaiskhi? A. Gurdwara B. Gereja C. Tokong D. Kuil 12. Pesta Keamatan disambut setiap tahun di Malaysia. Nyatakan kaum yang menyambut upacara tersebut? A. Asli Semai B. Orang Siam C. Kadazan D. Bidayuh 13. Perhiasan yang dibuat daripada gabungan beras warna-warni adalah amalan tradisi bagi kaum? A. Melayu C. Kadazan B. Cina D. India 14. David akan ke Gereja pada setiap hari Ahad. Nyatakan nilai yang diamalkan oleh David. A. Kepercayaan kepada Tuhan B. Toleransi C. Baik Hati D. Kesederhanaan
3 15. Ahmad suka memelihara kucing dan arnab di rumahnya. Dia juga sering menghabiskan masa bersama binatang kesayangannya. Apakah kerjaya potensi diri yang sesuai dengan Ahmad? A. Pelukis B. Jurutera C. Atlet Sukan D. Pegawai PERHILITAN 16. Mei Mei mempunyai bakat dalam melukis dan mewarna. Mei Mei juga bijak dalam subjek Matematik. Apakah kerjaya yang sesuai dengannya? A. Pelakon B. Doktor C. Arkitek D. Pegawai Sukan 17. Tindakan anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke Rumah Orang Tua adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Anak-anak sepatutnya mengamalkan nilai. A. Kerjasama B. Kesederhanaan C. Kasih Sayang D. Keadilan 18. Pilih ciri-ciri yang mencerminkan nilai kasih sayang terhadap keluarga I. Mengambil berat masalah keluarga II. Menggembirakan ahli-ahli keluarga III. Sanggup menolong ibu bapa IV. Mengejek kelemahan ahli keluarga A. I, II dan III C. I, III dan IV B. II, III dan IV D. Semua betul 19. Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Lee Pei Lan yang bekerja di bandar patut A. Berseorangan di bandar B. Meraikan Tahun Baru Cina di pusat-pusat hiburan C. Pulang ke kampung dan meraikan perayaan Tahun Baru Cina D. Melancong ke luar negara dan membiarkan ibu bapa di kampung 20. Yang manakah ciri sahabat positif. A. Mengharapkan balasan B. Membazir masa C. Mementingkan diri D. Memberikan bantuan Sila tulis jawapan di ruangan ini. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.
4 BAHAGIAN B [20 MARKAH] 1. (a) Padankan gambar dengan perbuatan bermoral. Gambar Perbuatan Beratur ketika membeli makanan di kantin sekolah Bersalam ketika bertemu rakan Memupuk semangat kejiranan Amalan kunjung-mengunjung sewaktu perayaan atau majlis keraian Menghormati budaya kaum lain ( 5 markah )
5 (b) Padankan pernyataan berikut dengan jawapan yang paling sesuai. Pernyataan Nilai i. ii. iii. iv. v. ( 5 markah ) Latin Moral berasal daripada bahasa………………. Moral berkaitan dengan ………….. konsep tingkah laku. Individu yang bermoral seharusnya bertingkah laku………., ……….. dan …………….. Tingkah laku moral mestilah diterima oleh…….. dan mengikut……….. masyarakat. baik, benar, patut tiga agama, norma undang-undang, peraturan Setiap tindakan individu bermoral perlu mengikut …………………… dan …………………………
6 2. Tandakan betul ( ✓ ) atau salah ( ) bagi setiap situasi berikut: a) Tindakan melaporkan kepada pihak polis jika terserempak dengan sekumpulan pelajar yang ponteng sekolah di belakang deretan kedai ialah tingkah laku patut b) Menjamin hubungan yang lebih renggang dengan orang lain adalah salah satu kepentingan bertingkah laku baik c) Individu yang memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan tenaga sebagai tanda menyokong aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan adalah individu yang bertingkah laku benar d) Pengambilan pemakanan yang seimbang tetapi tidak diikuti dengan amalan senaman adalah individu yang berkelakuan patut e) Buang bayi, rempit dan penyalahgunaan dadah adalah antara contoh gejala sosial yang dilakukan oleh golongan remaja yang tidak mempunyai perasaan moral (5 markah ) 3. Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai. Baik Patut Benar Pemikiran Perlakuan Perasaan a) Insan bermoral bermaksud individu yang mempunyai _________________, ____________ dan _____________ yang baik dan bermoral dalam setiap tindakannya. b) Tingkah laku _______ adalah tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. c) Seseorang pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah adalah seorang yang mempunyai ciri __________________ moral. d) Tindakan yang _____________ adalah apabila seorang guru mengenakan hukuman kepada pelajar yang bersalah setelah terbukti kesalahannya. e) Berasa gembira apabila melakukan sesuatu kebaikan merupakan ciri individu yang mempunyai ________________ moral. ( 5 markah )
7 BAHAGIAN C [10 MARKAH] 1. (a) Nyatakan 4 agama rasmi yang terdapat di Malaysia. i. ________________________________ ii. ________________________________ iii. ________________________________ iv. ________________________________ [4 markah] (b) Berikan tiga cara menghormati amalan keagamaan atau kepercayaan orang lain. i._____________________________________________________________________________ ii. ____________________________________________________________________________ iii.____________________________________________________________________________ [3 markah] (c) Nyatakan tiga kepentingan hidup beragama. i._____________________________________________________________________________ ii.____________________________________________________________________________ iii.____________________________________________________________________________ [3 markah] Disediakan oleh, ………………………………. (Nor Ainn Binti Husain) Guru Mata Pelajaran / Ketua Panitia SMK Aminuddin Baki Disemak oleh, ………………………………. (Hjh Jamilah Binti Haji Harun) Penolong Kanan Pentadbiran SMK Aminuddin Baki