The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazillah, 2021-04-17 00:32:01

Buku Program Kolokium 2021

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Institut Aminuddin Baki





KOLOKIUM PENYELIDIKAN




KAJIAN TINDAKAN











PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN



PENDIDIKAN NORMA BAHARU



21 - 22 April 2021










Anjuran


JABATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

INSTITUT AMINUDDIN BAKI


CAWANGAN GENTING HIGHLANDS














1

KATA-KATA ALUAN












PENGARAH INSTITUT
AMINUDDIN BAKI





Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera




Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan yang bertemakan Pengurusan
Kepimpinan Pendidikan Norma Baharu merupakan satu usaha murni Jabatan
Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki
Cawangan Genting Highlands bagi mendapatkan pengalaman pemimpin
sekolah melaksanakan dan mengoperasikan institusi mereka dalam bentuk
penyelidikan kajian tindakan.

Objektif kolokium ini adalah bertujuan untuk memperluaskan penyebaran dan
perkongsian hasil kajian penyelidikan oleh warga pemimpin pendidikan dari
institusi pendidikan untuk dibentangkan ke peringkat kebangsaan. Hasil
penyelidikan ini juga diharapkan dapat menjadi satu sumber rujukan kepada
pihak yang berkepentingan untuk dimanfaatkan bersama-sama melalui
perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan
norma baharu terutamanya dalam era pandemik COVID-19. Operasi
pengajaran dan pembelajaran guru secara maya juga dapat dilaksanakan
secara berkesan hasil daripada perkongsian amalan terbaik para penyelidik.
Melalui kolokium ini juga diharapkan akan dapat menggalakkan percambahan
ilmu dan menghasilkan pemikiran baharu bagi memenuhi agenda pendidikan
negara.

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
dan syabas kepada pihak penganjur kolokium ini dan IAB Cawangan Genting
Highlands kerana dapat melaksanakan inisiatif ini secara konsisten dalam
beberapa siri yang akan datang.
Sekian, terima kasih.




YBHG. DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS









2

KATA-KATA ALUAN






PENGARAH

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

CAWANGAN GENTING
HIGHLANDS





Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands atas
usaha menjayakan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan pada tahun ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua pembentang kertas
kerja dan peserta yang telah memberi komitmen tinggi dalam menjayakan kolokium
ini.


Abad ke-21 menjadikan dunia semakin mencabar. Ledakan teknologi pada zaman
Revolusi Industri 4.0 ketika ini dan ketidaktentuan dunia atau dikenali sebagai
VUCA WORLD ditambah lagi dengan cabaran pandemik COVID-19 yang melanda
telah menuntun kita ke suatu dunia yang luar biasa. Namun, kita tidak dapat
mengelak malah perlu mendepani arus globalisasi melalui kaedah pendidikan yang
relevan dengan norma semasa. Justeru, tema kolokium pada kali ini iaitu
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Norma Baharu sangat bertepatan
dengan situasi semasa.

Sekolah, sebagai pusat pemikiran yang menghasilkan kemenjadian murid yang
syumul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seharusnya lebih
fleksibel, adaptatif dan inovatif dalam mendepani arus globalisasi. Manakala para
pendidik pula perlu bersegera dalam mempersiap diri dan minda dengan
pengetahuan baharu agar lebih bersedia dengan karakter generasi milineal yang
intim dengan teknologi dan lebih jagat. Sehubungan dengan itu, Kolokium
Penyelidikan Kajian Tindakan ini diharap dapat menjadi platform perkongsian
hasil penyelidikan kajian tindakan serta inovasi baharu dalam pengurusan dan
kepimpinan sekolah selari dengan tuntutan norma semasa.


Akhir kata, saya menyeru kepada semua barisan kepimpinan pendidikan agar
sentiasa peka dan cakna dengan perubahan zaman serta berupaya mengadaptasi
situasi semasa dengan membina kerangka baharu yang relevan. Selaku pemimpin
pendidikan, kita harus menangani ketidaktentuan ini dengan wadah yang bijaksana
dan wasilah yang terpimpin.

ZAINUREN BIN HJ. MOHD NOR





3

KATA-KATA ALUAN






KETUA JABATAN

JABATAN PENYELIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN
KEPIMPINAN PENDIDIKAN

INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN
GENTING HIGHLANDS


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera



Kolokium ini dijalankan dengan hasrat untuk mendapatkan pengalaman pemimpin
sekolah melaksanakan dan mengoperasikan institusi mereka dalam bentuk
penyelidikan kajian tindakan. Objektif kolokium ini adalah untuk menggalakkan
perkongsian hasil penyelidikan kajian tindakan pengurusan dan kepimpinan
pemimpin sekolah dalam situasi norma baharu dan memberi peluang kepada
pemimpin sekolah berkongsi hasil inovasi dari kajian tindakan untuk kepentingan
bersama.

Sehubungan dengan itu, Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
menganjurkan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan kepada semua warga
pemimpin pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menghimpunkan
beberapa hasil penyelidikan kajian tindakan yang bertemakan Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan Norma Baharu. Kolokium ini juga diharapkan akan
menjadi platform kepada pemimpin sekolah membangunkan kompetensi melalui
perkongsian hasil penyelidikan kajian tindakan serta inovasi norma baharu dalam
pengurusan dan kepimpinan sekolah.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan
terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan Bil 1/2021 khususnya kepada
semua AJK Kolokium dan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan
Pendidikan IAB Cawangan Genting Highlands selaku penganjur yang telah
bekerja keras mempastikan kolokium ini dapat dijalankan dengan sempurna
bermula daripada kerangka konsep, prosedur dan tatacara sehinggalah kolokium
ini berupaya dilaksanakan. Terima kasih atas komitmen dan integrasi padu semua
pihak.

Sekian, terima kasih.


YBRS. DR. ABDUL WAHAB BIN MUDA





4

PENGENALAN






Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan sebuah institusi latihan
kepimpinan dan pengurusan pendidikan untuk melatih pemimpin
pendidikan pada semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
bermula 18 Mac 2020, hanya 22 sektor perkhidmatan dibenarkan
beroperasi. Sektor perkhidmatan pendidikan termasuk dalam senarai
ditutup daripada beroperasi. Dalam tempoh yang tidak menentu ini,
sektor perkhidmatan pendidikan perlu beroperasi dengan kaedah
berbeza bagi memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestarikan.
Kaedah PdPc secara bersemuka berubah kepada pembelajaran dan
latihan secara dalam talian, pengurusan dan pentadbiran dilakukan dari
rumah, pengubahsuaian modul pembelajaran mengikut kesesuaian
perubahan penyampaian dan lain-lain lagi. Dalam keadaan begini,
kreativiti dan inovasi seorang pemimpin sangat diperlukan.
Bagaimanakah kaedah pengajaran dan pembelajaran dari rumah
dilaksanakan? Apakah isu dan cabaran yang dihadapi dan
bagaimanakah mereka mengatasi untuk memastikan guru mengajar dan
murid belajar.


Kolokium ini berhasrat untuk mendapatkan pengalaman pemimpin
sekolah melaksanakan dan mengoperasikan institusi mereka dalam
bentuk penyelidikan kajian tindakan. Objektif kolokium ini adalah untuk
menggalakkan perkongsian hasil penyelidikan kajian tindakan
pengurusan dan kepimpinan pemimpin sekolah dalam situasi norma
baharu dan memberi peluang kepada pemimpin sekolah berkongsi hasil
inovasi dari kajian tindakan untuk kepentingan bersama.


Sehubungan dengan itu, Kolokium Penyelidikan Kajian Tindakan yang
bertemakan Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan Norma Baharu
akan menjadi platform kepada pemimpin sekolah membangunkan
kompetensi melalui perkongsian hasil penyelidikan kajian tindakan serta
inovasi norma baharu dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah.










5

ATUR CARA KOLOKIUM









MASA/TARIKH 21 APRIL 2021 (RABU)

8.00-9.00 PAGI TAKLIMAT PENDAFTARAN


9.00-9.30 PAGI BACAAN DOA
UCAPAN PERASMIAN – PENGARAH IAB
TAYANGAN MONTAJ

9.30-10.00 PAGI SLOT PERKONGSIAN PENGARAH IABCGH
KEPENTINGAN PENYELIDIKAN KEPADA WARGA PENDIDIK
DALAM NORMA BAHARU
HARI 1 21 APRIL 2021 (RABU)


SIDANG 1
(10.30 PAGI – 1.00 TENGAH HARI)

ONLINE OFFLINE (RAKAMAN)

TEMA: KEPIMPINAN DIGITAL PDP BERKESAN


Sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN Pembelajaran Hibrid Bagi Murid
SMK TAMAN RIA TUARAN, SABAH Berkeperluan Khas Dalam Pembelajaran
Dandanan Rambut
Keberkesanan Membudayakan Prinsip SMPK VOKASIONAL INDAHPURA,
POLC Dalam Komuniti Pembelajaran JOHOR
ProfesionaL(KPP) Secara Maya
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH VYes: Pembangunan Aplikasi Permainan
ROMPIN, PAHANG Interaktif Sebagai Strategi Mengingat
Istilah Saintifik Nama-Nama Vitamin Bagi
eBeSS Dalam Pengurusan Sekolah Mata Pelajaran Sains Rumah Tangga
SMK BENTONG, PAHANG SMK SEKSYEN 18, SELANGOR

Pelibatan Ibu Bapa Dan Komuniti (PIBK) Elemen Didik Hibur Sebagai Sarapan
Dalam Merealisasikan Sekolah Berkualiti Minda
Dalam Norma Baharu SK TAMAN BUKIL MALURI, KUALA
SK GONG TOK NASEK, TERENGGANU LUMPUR

ELV-R-CAMP: English Language Virtual-
Real Classroom of Arts & Music
Pedagogy as the new norm
SK MEROTAI BESAR, SABAH




6

SIDANG 2
(2.00 PETANG – 4.30 PETANG)
ONLINE OFFLINE (RAKAMAN)

TEMA: PENGURUSAN HAL EHWAL PDP BERKESAN
MURID



Touch Your Heart Meningkatkan Amalan Pengajaran Dan
SMK SIERRAMAS, SELANGOR Pembelajaran Secara Dalam Talian Bagi
Tajuk Hukum Coulomb Menggunakan
SMoCS COM. C Kaedah Penyoalan Sokratik
SMK CHALOK MODEL KHAS, KOLEJ MATRIKULASI LABUAN, LABUAN.
TERENGGANU
Meningkatkan Pencapaian Matematik
Program Adab – 7T Dalam Meningkatkan Tambahan Melalui 'The Big Picture'
Kehadiran Murid Tingkatan 5 Di SMK SMK TANSAU, SABAH
Lahat
SMK LAHAT, PERAK
Penggunaan Akronim Bagi Meningkatkan
Pemahaman Fakta Sejarah 940/2 Tingkatan
EKSA Dan Prestasi Cemerlang Warga
Sekolah SK. Melangkap Kota Marudu, 6 Atas Ekonomi di SMK Dato’ Sedia Raja
Sabah SMK DATO' SEDIA RAJA, NEGERI
SK. MELANGKAP KOTA MARUDU, SABAH SEMBILAN

Keberkesanan Penggunaan Baju Inovasi
Sistem Pencernaan Dalam PdPc Sains
Tahun 3
SJK (T) LADANG CHEMOR, PERAK


HARI 2 22 APRIL 2021 (KHAMIS)


SIDANG 3
(8.30 -11.00 PAGI)
ONLINE OFFLINE (RAKAMAN)

TEMA: PEMBANGUNAN PDP BERKESAN
PROFESIONALISME GURU

Implikasi Reimagining REFLEKSIDEA Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam
2020 Terhadap Pembangunan Menjawab Soalan Rumusan Bahasa Melayu
Profesionalisme Guru Di Daerah Kuala Tingkatan Empat Menggunakan Teknik
Kangsar RuPaSi
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA SMK KUDAT II, SABAH
KANGSAR, PERAK











7

SIDANG 3
(8.30 -11.00 PAGI)
ONLINE OFFLINE (RAKAMAN)

TEMA: PEMBANGUNAN PDP BERKESAN
PROFESIONALISME GURU
PLC PP: Inovasi Tapak PLC Berfokus Pengurusan Teknik Penyoalan Guru Dalam
Ke Atas Pelaksanaan PBL STEM Yang Proses Instruksional Pemulihan Khas
Berkesan Berintergrasikan VAKT
SMK BENTONG, PAHANG SK GURUN (PUSAT), KEDAH

Impak Peranan Guru Perpustakaan Dan Kesan Pandemik COVID-19 Terhadap
Media Dalam Mempromosikan Gerakan Prestasi Bahasa Melayu Di Sekolah
Tabiat Membaca Dalam Kalangan Murid- Kebangsaan Sarang, Kota Belud, Sabah
Murid SMK PERNU Di Bawah Program SK SARANG, SABAH
NILAM
SMK PERNU, MELAKA Kad Kalkulator
SK BULOH KASAP, JOHOR.
One Page Reporting (1PR): Memudahkan
Pelaporan Prestasi Murid
SK DATOK KERAMAT (2), KUALA
LUMPUR
SIDANG 4
(11.00 PAGI -1.30 PTG)

ONLINE OFFLINE (RAKAMAN)
TEMA: PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PDP BERKESAN

Pendekatan Bimbingan GSI Dapat ”RoFKarF 4.0”
Mengupayakan Guru Untuk (Roda Formula Karangan Fakta 4.0)
Meningkatkan Prestasi Murid Sains SPM SK BULOH KASAP, JOHOR
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ALOR
GAJAH, MELAKA TKH: Satu Teknik Efektif Menguasai Huruf
Tunggal Jawi Dalam Pelajaran Jawi
WoW: Remembering The Content And PraSekolah
Mastering The Format For Examination SK SEMENTA, SELANGOR
KTE PETALING JAYA
Meningkatkan Penglibatan Murid Dalam
Lestarikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) PdPR Dengan Menggunakan ‘Magic Box’
Sebagai Wahana Kemenjadian Murid SK SERI GELIGA, TERENGGANU
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
SELANGAU, SARAWAK Penggunaan Kaedah UMIBaKaP dan Fail
KFC Dalam Meningkatkan Kemahiran
Intervensi Kaunseling Menangani Murid Menulis Murid-Murid Tingkatan Empat
Mencederakan Diri Sendiri Kerana Stress SMK ALANG ISKANDAR, PERAK
Semasa Tempoh Covid-19
SMK CHERAS KUALA LUMPUR







8

SIDANG 5
(2.00 PAGI - 4.30 PTG)
ONLINE OFFLINE (RAKAMAN)

TEMA: PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PDP BERKESAN


PdPR Norma Baharu Aplikasi Terapi Cara Kerja dalam PdPc
SMK TAMPARULI, SABAH SK BANGSAR, KUALA LUMPUR

Memudahkan Proses Pengurusan Doh nombor membantu kanak kanak
Penempahan Makanan Menggunakan mengenal dan membilang nombor 1
Sistem Easy Order hingga 10
SK WANGSA MAJU SEKSYEN 2, KUALA SK SERI PERAK, KUALA LUMPUR
LUMPUR
Pengaplikasian teknik BASuH dalam
Meningkatkan Kefahaman Murid menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras
Diskalkulia Dalam Asas Pengiraan Tinggi (KBAT) dalam soalan pemahaman
Nombor Menggunakan Kaedah Speedline SMK SERI MULIA, KUALA LUMPUR.
Dots Kulia
SK BUKIT BERUANG, MELAKA Merangsang Ingatan Murid Berkeperluan
Khas (MBK) Dalam Pembelajaran
Penyediaan Dan Pembuatan Makanan
Menggunakan Aplikasi Tik Tok
SMPK VOKASIONAL INDAHPURA, JOHOR


4.30 – 5.00 PETANG PERASMIAN PENUTUPAN PENGARAH IABCGH

PENGUMUMAN PEMENANG







































9

ABSTRAK





TARIKH: 21 APRIL 2021 | HARI: RABU | ONLINE
SIDANG 1 | TEMA: KEPIMPINAN DIGITAL




Sistem PeSiLaGu SMEKTARIAN

Haji Mohamad Al-Beari bin Haji Binsin, Pengetua
[email protected]
Fatin Nabila binti Aladin
[email protected]
SMK Taman Ria Tuaran

PeSiLaGu SMEKTARIAN (Pengurusan Sistem Laporan PdPR Guru SMK Taman Ria
Tuaran) bertujuan untuk meninjau, merekod dan menganalisis setiap data guru yang
telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta bagi
mengatasi masalah untuk penyediaan keabsahan data dalam laporan PdPR guru.
Kebelakangan ini pentadbir menghadapi masalah dalam penyediaan laporan PdPR.
Hal ini demikian kerana, segala rekod PdPR guru tidak tersusun dan sukar untuk
mengetahui peratus serta jumlah guru yang telah melaksanakan PdPR. Selain itu,
data Pelaksanaan PdPR guru sukar dicari serta laporan analisis pelaksanaan PdPR
guru sukar disediakan. Kaedah yang digunakan ialah secara kualitatif yang
melibatkan pemerhatian. Dari sudut perspektif terdapat empat objektif PeSiLaGu
iaitu menyediakan maklumat dan laporan PdPR guru yang lebih sistematik;
memastikan rekod PdPR guru disediakan pada waktu ditetapkan; memastikan guru
melaksanakan PdPR harian; memastikan rekod yang tepat digunakan untuk proses
memutuskan keputusan (decision making). Seramai 60 guru SMEKTARIAN yang
terlibat tidak termasuk 2 orang guru kaunselor dalam penghantaran laporan PdPR
dalam PeSiLaGu. Dapatan menunjukkan bahawa PeSiLaGu mampu merekodkan
dan menganalisis segala data laporan PdPR guru SMEKTARIAN dengan teratur dan
lebih sistematik. Dapatan PeSiLaGu SMEKTARIAN menunjukkan masih wujud
persepsi positif tentang penggunaan kemudahan ICT (Information and
Communications Technology). Justeru itu, penggunaan sistem pengurusan ini
perlulah didedahkan agar keupayaan penyediaan laporan PdPR guru tepat dan lebih
sistematik. Sistem ini akan menjadi pemangkin pelaporan tahun 2021 di mana guru
akan melaksanakan PdPR khusus kepada semua murid mendaftar masuk sesi
persekolahan berkenaan.

Kata Kunci: PdPR, Keabsahan data, Guru, Rekod, ICT














10

Keberkesanan Membudayakan Prinsip POLC
Dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) Secara Maya

Norharlinda binti Harun, Pegawai SISC+ Bidang Bahasa
[email protected]
Hashim bin Sulong, Azman bin Abdullah,Wan Bazlan bin Wan Idris
dan Mohammad Shahril Lizan bin Azahan
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+)
[email protected]
Pejabat Pendidikan Daerah Rompin

Pendekatan prinsip POLC (Planning, Organizing, Leading, Controlling) dalam
melaksanakan KPP dibangunkan untuk membantu guru-guru terutama dalam
kalangan pemimpin pertengahan (PP) agar dapat membudayakan amalan KPP ini
sebagai strategi pembangunan kompotensi guru ke arah kemenjadian murid mengikut
kitaran pelaksanaan yang lebih sistematik. Pendekatan prinsip POLC diterapkan
sebagai panduan mengurus, memimpin dan mentadbir agar lebih berkesan dalam
pelaksanaan KPP secara maya di sekolah. Implikasi positif amalan KPP diharapkan
dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan
hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2015. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dipraktikkan dalam kalangan
SISC+ di Pejabat Pendidikan Rompin semasa melaksanakan bimbingan ke arah
peningkatan kredibiliti Pemimpin Pertengahan (PP) bagi pedagogi
pengajaran,pelaksanaan pentaksiran dan kefahaman penjajaran kurikulum secara
dalam talian. Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pelaksanaan
KPP yang tidak terancang dan sistematik sehingga menjurus kegagalan penyelesaian
beberapa isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran berfokus secara maya atau
PdPR. Kajian ini dilaksanakan berfokus 13 buah sekolah dalam Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS2025) daripada Kohort 2 hingga Kohort 5 di daerah Rompin, Pahang
melibatkan 52 orang Pemimpin Pertengahan (PP) atau Ketua Panitia (KP) bagi 4 mata
pelajaran teras. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif yang dianalisis melalui dapatan soal selidik pra dan pasca yang dibina
menggunakan aplikasi Google Form. Dapatan kajian ini mampu menjadikan amalan
KPP dilaksanakan secara maya mengikut prinsip POLC sehingga kelemahan dan
kebaikan semasa pelaksanaan PdPR dapat ditambahbaik, dimurnikan, diadaptasikan
serta mengenal pasti amalan terbaik dalam komuniti pendidik sekolah semasa.

Kata kunci: POLC, KPP, PdPR, Middle Leader Team (MLT), TS2025



















11

eBeSS Dalam Pengurusan Sekolah


Hanifah bin Hj Veerankutty, Pengetua
[email protected]
Husna bt Muhadzir, Afzan Asyiq bt Karim, Ainul Aiza bt Karim,
Ana Melissa bt Zainal, Albia Syuhaida bt Zainon
SMK Bentong Pahang

Kecekapan sesuatu organisasi adalah bergantung kepada keupayaan pihak pengurusan
untuk menyediakan platform yang berinovatif serta memudahkan pihak pelanggan. Hal ini
selari dengan anjakan ke-7 PPPM (2013-2025) iaitu memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Sehubungan dengan itu, eBeSS telah
diilhamkan di SMK Bentong untuk memudahkan dan menjayakan pengurusan organisasi
yang cekap dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan eBeSS
berdasarkan persepsi pentadbir dan guru dalam penambahbaikan pengurusan sekolah.
Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpulkan maklumat. Data kualitatif dikumpul
berdasarkan pemerhatian analisis aplikasi eBeSS manakala data kuantitatif dikumpul
menggunakan soal selidik. Kaedah persampelan bertujuan bagi kajian kualitatif melibatkan
semua guru yang menggunakan aplikasi berkenaan. eBeSS ternyata telah memberi kesan
terhadap penambahbaikan pengurusan sekolah dan membantu menjimatkan masa serta
berupaya menyumbang kepada pembangunan profesionalisme secara berterusan.
Penggunaan aplikasi digital wajar diperluaskan penggunaannya kepada sekolah-sekolah
lain di Malaysia.

Kata kunci: ICT, eBeSS, keberkesanan, pentadbir, guru




Pelibatan Ibu Bapa Dan Komuniti (PIBK) Dalam Merealisasikan Sekolah
Berkualiti Dalam Norma Baharu
Nor Asikin binti Abdullah, Guru Besar
[email protected]
SK Gong Tok Nasek, Terengganu
Dr Yusnita binti Md Yunus, Pegawai SISC+
[email protected]
PPD Kuala Terengganu

Pelibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) yang kurang aktif mewujudkan jurang antara
pihak sekolah dan PIBK itu sendiri. Pelibatannya semakin terhad dan hampit tidak
wujud semasa penularan Pandemik Covid-19. Bagi menangani isu tersebut, pihak
sekolah telah meneruskan Projek Sejahtera Garden. Tujuan kajian dibuat adalah untuk
melihat keberkesanan program dalam merapatkan hubungan antara pihak sekolah, ibu
bapa dan komuniti bagi menzahirkan Sekolah Berkualiti norma baharu. Kaedah mod
campuran iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif digunakan untuk mengukur
keberkesanan program melalui soal selidik dan temu bual. Seramai 10 orang responden
telah dipilih secara rawak dalam kalangan ibu bapa dan komuniti untuk menjawab soal
selidik dan temu bual ini. Hasil dapatan menunjukkan sangat positif. Kesimpulannya,
peranan antara pemimpin sekolah yang prihatin dengan pemimpin PIBK yang aktif
dapat menjayakan program sekaligus mewujudkan hubungan baik antara pihak sekolah
dengan PIBK.



12

TARIKH: 21 APRIL 2021 | HARI: RABU | OFFLINE (RAKAMAN)
SIDANG 1 | TEMA: PDP BERKESAN


Pembelajaran Hibrid Bagi Murid Berkeperluan Khas Dalam
Pembelajaran Amali Dandanan Rambut
Rohaya binti Mohd Hatta
[email protected]
SMPK Vokasional Indahpura, Kulai


Sejajar dengan hasrat sekolah untuk melahirkan individu yang berkemahiran dan berdikari
melalui visinya “Skills for Living, towards excellent future”, satu kaedah pembelajaran
diketengahkan bagi memastikan pembelajaran murid mencapai tahap maksimum walaupun
tidak berada di sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk menambah baik amalan kerja
pengkaji dalam konteks pembelajaran di rumah ataupun Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) sepanjang musim PKP dan PKPP bagi mata pelajaran vokasional untuk
murid dandanan rambut berkeperluan khas menggunakan strategi pembelajaran hibrid.
Pembelajaran hibrid memanfaatkan sepenuhnya hubungan kekeluargaan. Kajian ini
dijalankan terhadap 5 orang murid, sebagai pelatih dalam dandanan rambut. Reka bentuk
kajian yang digunakan adalah deskriptif dan kualitatif. Kajian ini secara teoritikalnya cuba
melihat kesan pencapaian pembelajaran hibrid bagi murid baharu tingkatan empat aliran
vokasional dan pencapaian di dalam kelas teori mahupun amali. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran hibrid telah membantu pengkaji menambah baik
amalan PdPR dari aspek merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti PdPR
berpusatkan murid serta mengaplikasikan amalan praktikal (amali) tanpa menjejaskan isi
kandungan yang perlu dikuasai murid. Melalui kajian ini didapati bahawa pembelajaran
secara hibrid sesuai digunakan semasa pembelajaran bersemuka tidak dapat dilaksanakan.
Malahan dapat membantu guru memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.


Kata kunci: Pembelajaran hibrid, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), amali,
teori, dandanan rambut


VYes: Pembangunan Aplikasi Permainan Interaktif Sebagai
Strategi Mengingat Istilah Saintifik Nama-Nama Vitamin
Bagi Mata Pelajaran Sains Rumah Tangga
Noorhidayah bt Ismail, Normah bt Karmani, Rosmah bt Ishak
[email protected]
SMK Seksyen 18, Shah Alam, Selangor

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah aplikasi permainan interaktif bagi
membantu mengingat 11 istilah nama-nama vitamin bagi subjek SRT. Tinjauan mendapati
nama-nama vitamin tersebut sukar diingat, kaedah Mnemonik tidak berkesan, sebutan
istilah saintifik yang agak asing, ejaan istilah yang mengelirukan dan murid tidak bermotivasi
untuk menghafal. Maka, strategi mengingat yang mempunyai lima tahap permainan
dibangunkan melalui pelantar percuma wordwall.net, dimuat naik sebagai sebuah aplikasi
dengan menggunakan pelantar AppsGeyser yang dinamakan “VYes”. Permainan direka
bentuk dengan menggabungkan elemen multimedia dan Model ADDIE. Dapatan pascaujian
menunjukkan penggunaan VYes telah dapat membantu ingatan murid dengan peningkatan
pencapaian sebanyak 87.5% berbanding praujian.

Kata kunci: ADDIE, multimedia, Wordwall.net, AppsGeyser, interaktif


13

Elemen Didik Hibur Sebagai Sarapan Minda

Manjula A/P Thiruvengadam. [email protected]
Norhayati binti Abd Kadir, [email protected]
Nuha Fathiha bt Mohd Nizam. [email protected]
Sh. Zamzami binti Syed Kamal Khalid, [email protected]
Nur'arshikin bt Abdul Rahman, [email protected]
Nurul Fatimah bt Nor Shafari, [email protected]
SK Taman Bukil Maluri, Kuala Lumpur


Objektif utama kajian tindakan ini adalah untuk memotivasi murid untuk memulakan PdPc
pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Murid-murid sering berhadapan dengan
masalah untuk mengurus dan mengawal emosi dengan baik. Isu ini kurang mendapat
perhatian dalam kalangan orang dewasa yang menyebabkan murid-murid sering
menunjukkan tingkah laku tidak terkawal, tekanan dan kemurungan. Melalui elemen didik
hibur, emosi murid-murid dapat dibentuk dengan lebih stabil. Oleh itu, kajian ini dijalankan
untuk mengenal pasti perkembangan dan kesediaan emosi murid-murid menggunakan
kaedah tersebut untuk memulakan PdPC di waktu pertama di Sekolah Kebangsaan Taman
Bukit Maluri. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan secara kuantitatif yang berbentuk
kajian kes. Sampel kajian melibatkan 66 orang murid-murid yang terdiri daripada 34 murid
lelaki dan 32 murid perempuan yang berumur 9 tahun dari pelbagai kaum. Instrumen
kajian ini ialah borang kaji selidik untuk mengenal pasti perkembangan emosi murid-murid
sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan didik hibur. Dapatan kajian menunjukkan
pelaksanaan kaedah celik emosi berasaskan didik hibur memberi impak yang positif dalam
membantu perkembangan emosi murid-murid. Oleh itu, kaedah berasaskan didik hibur
wajar digunakan oleh guru dalam permulaan PdPc pada waktu pertama membantu murid-
murid mencapai perkembangan emosi yang stabil memuaskan dan kesediaan untuk PdPC
yang memuaskan.

Kata kunci: perkembangan emosi, didik hibur, murid-murid



ELV-R-CAMP: English Language Virtual-Real Classroom
of Arts & Music Pedagogy as the new norm
Jen Renita binti Mappah
SK Merotai Besar, Tawau, Sabah

ELV-CAMP or known as English Language Virtual Classroom of Arts & Music Pedagogy
was an innovative idea on how to conduct an online learning during the Movement Control
Order of Covid-19 Pandemic. The purpose of this study was to solve the problem in
managing tasks for the pupils and to create a motivated, meaningful and memorable
virtual learning environment. To make learning accessible and to facilitate communication
between teachers, parents, and learners, simple technologies such as WhatsApp Group
as Virtual Classroom, Padlet as Virtual Classroom Boards, QR Reader & QR Codes for
different activities in a form of Project-Based-Learning approach for the Level 2 primary
school pupils were utilized. Data were collected via document analysis, unstructured
interview and observations. The theory and data triangulation were made to maintain the
reliability and validity of the results. The research method was in a form of classroom
action research via narrative inquiry. The study showed that it has helped the teacher to
improve the engaging learning environment virtually which has shown the systematic
online teaching approach among young learners in rural area, especially in improving




14

activities and task-management for the pupils virtually. The cyclical process in this
study has improved teacher’s teaching practices for different language content and
skills by keep on maintaining the best option of technology-use based on the pupils’
needs and abilities. The learners were enjoyed and satisfied with the tasks given
because of the motivated, meaningful and memorable moment of learning were
achieved.

Keywords: Pandemic Pedagogy Covid-19, Online learning, Project-Based-Learning,
Classroom Action Research, Narrative Inquiry


TARIKH: 21 APRIL 2021 | HARI: RABU | ONLINE
SIDANG 2 | TEMA: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


Touch Your Heart
Jagdave Singh A/L Avtar SingH, Pengetua
[email protected]
SMK Sierramas, Selangor

SMK Sierramas merupakan sebuah sekolah luar bandar yang mempunyai seramai
1024 orang murid dari aras Peralihan hingga Tingkatan 5 selain dari aliran PPKI.
Intervensi program Touch The Heart (TTH) ini berfokuskan inovasi yang
diperkenalkan pada tahun 2018. Isu utama yang dikenal pasti di sekolah ini ialah isu
kehadiran murid. Ini berdasarkan peratus kehadiran murid yang merupakan antara
yang terendah di Daerah Gombak, iaitu 78.24% pada tahun 2017. Menyedari akan isu
ini, pengetua bersama-sama pentadbir dan Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) telah
merangka program TTH sebagai intervensi untuk mengatasi masalah ini. Sasaran
program kolaboratif ini melibatkan semua murid SMK Sierramas. Program ini dipilih
sebagai usaha untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, seterusnya
membantu meningkatkan prestasi akademik murid pada tahun 2018 sehingga
mendapat Anugerah Lonjakan Saujana dan pelbagai anugerah HEM yang lain.
Pengisian program ini bertumpu kepada aktiviti budaya penyayang yang melibatkan
elemen keseronokan untuk menarik murid datang ke sekolah. Pelaksanaan program
ini dan pencapaiannya sejajar dengan ‘10 Hasrat KPPD Gombak’ dalam ‘Gombak On
Top’ iaitu Kepimpinan Cemerlang.


SMoCS COM. C
Rusmawati Mahmood, Kamal Abdul Nasir Yazid, Mazulizam Ismail,
Wan Ramlah Ton Abdullah, Siti Rafidah Salleh, Abdul Razak Abdullah
[email protected]
SMK Chalok Model Khas

Kajian ini dijalankan dalam kalangan murid tingkatan 5 PN di SMK Chalok Model
Khas, Setiu Terengganu. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap
kesediaan dan peratus kehadiran murid terhadap program yang dijalankan oleh pihak
pengurusan sekolah bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah. Data kuantitatif diperoleh berdasarkan rekod kehadiran murid ke program
SMoCS Com. C terhadap 32 orang murid daripada kelas 5 Perniagaan (5 PN) yang
terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan ekoran
pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah mengubah



15

proses pengajaran yang telah mengubah proses pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPC). Sebelum munculnya pandemik COVID-19, murid-murid melalui proses PdPC
secara bersemuka dalam norma biasa di dalam sekolah. Namun pandemik COVID-19
ini telah memperkenalkan guru dan murid kepada proses Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif pembelajaran norma baharu, PdPR
secara dalam talian dan PdPR secara luar talian. Kajian ini telah berjaya mencapai
kedua-dua objektif kajian yang menunjukkan peratus kehadiran murid 5PN telah
meningkat apabila program SMoCS Com. C dijalankan iaitu daripada 53.125% kepada
96.88% bagi mata pelajaran Bahasa Melayu manakala untuk mata pelajaran Sejarah
pula, meningkat daripada 43.75 % kepada 96.88 %.

Kata kunci: SMoCS Com. C, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pengajaran dan
Pemudahcaraan, PdPR secara dalam talian, PdPR secara luar talian.


Program Adab – 7T Dalam Meningkatkan Kehadiran Murid Tingkatan 5
Di SMK Lahat Semasa Pandemik Covid-19
Bainah bt Ab.Dolah, Pengetua
[email protected]
SMK Lahat, Perak

Kajian Tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran murid-murid Tingkatan
Lima ke sekolah setelah pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia pada tahun 2020.
Kajian ini melibatkan 74 orang murid yang akan mengambil peperiksaan SPM 2020
setelah didapati kehadiran mereka yang tidak memuaskan apabila sekolah dibuka
secara bersemuka pada 24 Jun 2020. Fenomena ini berlaku hampir di semua sekolah di
Malaysia. SMK Lahat tidak terkecuali dari fenomena ini apabila kehadiran bulan Julai
dan Ogos mula merosot dan tidak mencapai sasaran. Hasil temu bual, perjumpaan ibu
bapa dan pemerhatian, didapati murid mengambil peluang untuk tidak hadir ke sekolah
dengan alasan Covid-19. Tindakan drastik dalam program ADAB seperti Talian Gegas,
Surat Seminggu Bersyarat, Ziarah 10 Minit, MC KMM dan Bersua Pengetua telah
membantu meningkatkan semula kehadiran murid tingkatan lima ini. Malah ada kelas
yang mencapai kehadiran 100%. Bimbingan, galakan dan motivasi berterusan akhirnya
memberi kesan kepada peningkatan kehadiran murid-murid. Terdapat beberapa
pendekatan yang boleh diteruskan untuk meningkatkan kehadiran murid-murid.


Kata Kunci: Kehadiran, Pandemik Covid-19, Talian Gegas, Surat Seminggu Bersyarat,
Ziarah 10 Minit , MC KMM, Bersua Pengetua



EKSA Dan Prestasi Cemerlang Warga Sekolah SK. Melangkap Kota Marudu, Sabah
Atiah binti Hj Awang, Guru Besar
[email protected]
SK Melangkap
Dr. Mohd Azizuan bin Abdullah, Halim bin Bidin, Barbara Rantai
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Sabah


Pada abad ke-21 ini, pelbagai perubahan telah berlaku dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran pendidikan bagi memenuhi kehendak dan bersesuaian dengan trend
semasa dunia. Kajian tindakan ini bertujuan mengenal pasti prestasi warga sekolah SK.
Melangkap dapat dipertingkatkan melalui Pengurusan EKSA yang berterusan.
Penglibatan semua Guru sekolah, murid dan ibu bapa merupakan sampel kajian ini.




16

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap prestasi
cemerlang dan penglibatan warga sekolah tersebut. Adalah diharapkan bahawa
pengurusan EKSA perlu dibudayakan secara berterusan di sekolah ini meliputi semua
aspek agar prestasi cemerlang dan penglibatan semua pihat dapat dikekalkan.

Kata kunci: EKSA, Prestasi



TARIKH: 21 APRIL 2021 | HARI: RABU | OFFLINE (RAKAMAN)
SIDANG 2 | TEMA: PDP BERKESAN


Meningkatkan Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Dalam Talian
Bagi Tajuk Hukum Coulomb Menggunakan Kaedah Penyoalan Sokratik

Nazaruddin bin Zakaria, [email protected]
Siti Farina binti Abdul Shukor, [email protected]
Muhammad Nazdrin bin Mat Ariffin, [email protected]
Hanna Izzati binti Ramlan, [email protected]
Kolej Matrikulasi Labuan
Hairul Faezi bin Lokman, [email protected]
IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur


Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pendidik secara dalam talian
menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan pada masa kini. Berdasarkan refleksi
pengajaran, pengkaji mendapati bahawa pelajar tidak dapat menguasai subtopik Hukum
Coulomb. Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam
subtopik Hukum Coulomb. Pengkaji telah melaksanakan kaedah Penyoalan Sokratik
sebagai pendekatan pengajaran melibatkan tiga kitaran secara dalam talian. Kajian ini
melibatkan 20 orang pelajar yang mempunyai tahap pencapaian sederhana.
Berdasarkan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian didapati kaedah Penyoalan
Sokratik dapat meningkatkan penguasaan pelajar untuk melukis rajah daya elektrik dan
mengaplikasi konsep Hukum Coulomb pada satu dan dua dimensi.


Kata kunci: Elektrostatik, Hukum Coulomb, Penyoalan Sokratik, Kajian Tindakan, Daya
Elektrik



Meningkatkan Pencapaian Matematik Tambahan
Dengan Menggunakan Kaedah ‘The Big Picture’
Chin Siau Ling
[email protected]
SMK Tansau, Penampang, Sabah

Kajian ini dilaksanakan untuk membantu pelajar Matematik Tambahan dengan
menggunakan “The Big Picture” dalam meningkatkan pencapaian dan peratus lulus
Peperiksaan Percubaan SPM. Seramai 74 orang pelajar yang dipilih secara
persampelan purposif dijadikan populasi kajian, iaitu pelajar sebuah Sekolah Menengah
daerah Penampang Sabah yang mengambil Matematik Tambahan pada tahun 2017 dan
2019. PdP penggunaan ‘The Big Picture’ dijalankan pada kumpulan eksperimen melalui
beberapa topik kajian, menghubungkaitkan aplikasi konsep asas dan pengenalan




17

terhadap item soalan secara ringkas. Dapatan analisis deskrptif menunjukkan
terdapat perbezaan skor purata pencapaian ujian, dan terdapat peningkatan peratus
lulus berbanding keadaan lazim sekolah penyelidik dalam Peperiksaan Percubaan
SPM kumpulan eksperimen.

Kata kunci: Sukatan Membulat; Geometri Koordinat; Penyelesaian Segi Tiga; PdPc;
peningkatan pencapaian murid.




Penggunaan Akronim Bagi Meningkatkan Pemahaman Fakta Sejarah 940/2
Tingkatan 6 Atas Ekonomi Di SMK Dato’ Sedia Raja
Dr. Balakrishnan Govinthasamy
[email protected]
SMK Dato’ Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan


Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah
menengah di daerah Rembau. Mereka menghadapi masalah untuk menguasai fakta
sebelum menghadapi peperiksaan awam. Tujuan kajian ini adalah untuk
meningkatkan penguasaan dan pemahaman fakta serta lulus lebih cemerlang dalam
mata pelajaran Sejarah STPM (940). Kajian ini memberi fokus kepada penggunaan
akronim dalam menghadapi soalan-soalan esei Sejarah STPM 940/2 secara
khususnya dan Sejarah 940 secara amnya. Sebanyak 13 set soalan ala peperiksaan
STPM Sejarah 940/2 dijawab dalam masa 13 minggu sepanjang tempoh kawalan
pergerakan (PKP). Hasil kajian mendapati, seramai 9 orang peserta yang terlibat
telah menunjukkan peningkatan yang memuaskan. Meskipun tidak semua mendapat
markah cemerlang namum prestasi yang ditunjukkan pada penghujungnya adalah
lebih baik daripada pencapaian sebelumnya. Untuk kitaran seterusnya, kaedah
penggunaan akronim dipertingkatkan ke tahap penggunaan abreviasi supaya
kesinambungan kejayaan dalam kitaran pertama dipertingkatkan dan sanggup
menyahut cabaran yang lebih hebat lagi.

Kata Kunci: penggunaan akronim, sejarah STPM 940, pemahaman fakta, Gaya
Pembelajaran Schmeck, teori Howard Gardner




Keberkesanan Penggunaan Baju Inovasi Sistem Pencernaan
Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Tahun 3
Ashok Pillai A/L Kuppusamy
[email protected]
SJK (T) Ladang Chemor, Perak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan baju inovasi sistem
pencernaan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian sistem pencernaan serta
fungsinya. Penggunaan baju inovasi ini dapat membantu murid-murid Tahun 3 dalam
memahami konsep subtopik Sains iaitu sistem pencernaan. Kajian ini menggunakan
pemerhatian, ujian penilaian pra dan pasca. Seramai 10 orang murid Tahun 3 dari
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Chemor, Perak Darul Ridzuan dipilih
sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal mendapati murid masih lemah dan keliru
dalam subtopik sistem pencernaan seperti salah mengenal pasti dan melabel
bahagian-bahagian serta kurang mengingati fungsi-fungsi bahagian. Dapatan kajian




18

menunjukkan bahawa penggunaan baju inovasi sistem pencernaan mendorong murid
menjadi aktif semasa PdPc, tidak keliru malah menjadikan PdPc lebih menarik dan
menyeronokkan, mencapai objektif pembelajaran (OPEM) secara mudah, dapat
menguasai topik sistem pencernaan dan memperoleh skor yang baik dalam ujian
penilaian. Ia juga meningkatkan kualiti pembelajaran.

Kata kunci: baju inovasi, sistem pencernaan, mudah mencapai OPEM, ujian
penilaian, kualiti pembelajaran.



TARIKH: 22 APRIL 2021 | HARI: KHAMIS | ONLINE
SIDANG 3 | TEMA: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU



Implikasi Reimagining REFLEKSIDEA 2020 Terhadap Pembangunan
Profesionalisme Guru Di Daerah Kuala Kangsar
Azneezal Ar-Rashid bin Mohd Ramli
[email protected]
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar


Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka pembudayaan budaya inovasi yang
berasaskan refleksi bermakna dalam kalangan guru-guru di daerah Kuala Kangsar.
Seramai 65 orang guru di daerah Kuala Kangsar dijadikan sebagai kumpulan
sasaran. Kajian memfokuskan isu inovasi autentik tidak djadikan sebagai budaya dan
amalan refleksi tidak bermakna. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah
analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan guru tidak
mengamalkan penulisan refleksi bermakna dan inovasi autentik bukanlah budaya
kelaziman. Pelaksanaan tindakan difokus kepada inisiatif PPD Kuala Kangsar
memperkenal dan mengendalikan program Reimagining RefleksiDEA untuk
membudayakan budaya inovasi autentik yang dicetuskan daripada penulisan refleksi
bermakna. Dapatan awal membuktikan program Reimagining RefleksiDEA
menunjukkan perubahan ketara kepada aspek pengetahuan, kemahiran, persepsi
terhadap inovasi, Profesional Learning Community, sikap dan pengalaman
pembelajaran bermakna murid.

Kata kunci: pembangunan profesionalisme guru, refleksi bermakna, inovasi autentik


PLC PP: Inovasi Tapak PLC Berfokus Ke Atas Pelaksanaan
PBL STEM Yang Berkesan
Habibah binti Ja’afar, Ketua Bidang
[email protected]
SMK Bentong, Pahang


Pendidikan bidang Sains dan Teknologi, Kejuruteraan serta Matematik adalah satu
bidang yang sedang mendapat perhatian kerana peranannya di dalam transformasi
pendidikan ke arah Revolusi Perindustrian 4.0. Bagi memenuhi hasrat untuk
melengkapkan murid di sekolah dengan kemahiran menyelesaikan masalah,
berpengetahuan serta inovatif, maka pendekatan pembelajaran secara Problem
Based Learning (PBL) adalah satu pendekatan yang bertepatan untuk tujuan ini.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan dan keperluan pembangunan
profesional komuniti (Continuing Professional Development) melalui platform



19

Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community-PLC) dalam
kalangan guru apabila menjalankan pelaksanaan PBL STEM. PBL STEM adalah
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bercirikan permasalahan nyata
sebagai konteks untuk murid belajar berfikir secara kritis dan kreatif. Pemilihan
platform PLC dengan secara berstruktur dan berfokus dengan aplikasi inovasi PP
(Pentagon PLC) dalam melaksanakan tugasan PBL STEM murid dilihat dapat
memberi kesan positif di dalam peningkatan profesionalisme guru dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Metodologi pengumpulan data adalah
daripada dokumen SKPMg2 (Std 4.1.1), laporan PBL STEM dalam fail panitia dan
laporan PLC panitia. Responden terdiri daripada 6 guru Ketua Panitia Host dan 6
panitia yang terlibat dengan integrasi PBL STEM. Intervensi yang dilaksanakan ialah
aplikasi inovasi Pentagon PLC (PP) berfokus yang mengguna pakai 5 tapak PLC bagi
tujuan perancangan PBL STEM yang berkesan. Kekerapan PLC bagi setiap panitia
menunjukkan peningkatan 100% dan ini menjurus kepada pembudayaan
pembangunan profesionalisme guru. Penerapan pengintegrasian panitia di dalam PBL
juga menunjukkan peningkatan 75%. Manakala bagi Tahap Tindakan SKPMg2
Standard 4 menunjukkan terdapat peningkatan 100% bagi aspek 4.1.1.

Kata kunci: PBL, PLC, Standard 4.1.1 SKPMg2, fail panitia





Impak Peranan Guru Perpustakaan Dan Media Dalam Mempromosikan
Gerakan Tabiat Membaca Dalam Kalangan Murid-Murid SMK Pernu Di
Bawah Program NILAM
Habsah binti Jalani, [email protected]
Haji Jasmi bin Husin, Pengetua
[email protected]
SMK Pernu


Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengenal pasti impak peranan Guru
Perpustakaan dan Media (GPM) dalam usaha mempromosikan gerakan tabiat
membaca dalam kalangan murid-murid SMK Pernu di bawah Program NILAM.
Kajian turut bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang minat murid-murid
terhadap aktiviti membaca serta melihat reaksi dan komitmen warga SMK Pernu
terhadap program NILAM. Kajian dijalankan dalam kalangan murid SMK Pernu
dan warga sekolah seperti pentadbir dan guru-guru. Subjek kajian yang dipilih
adalah seramai 100 orang murid dan 10 orang guru. Instrumen kajian adalah
menggunakan borang soal selidik dan soalan temu bual. Hasil kajian mendapati,
sampel yang terdiri daripada murid dan guru bergantung kepada GPM dalam
melaksanakan Program NILAM atau aktiviti bacaan yang lain. Secara
keseluruhannya, walaupun tidak semua warga sekolah berminat terhadap
program ini, namun mereka mengakui bahawa program NILAM ini mampu
menyemai minat dan mendorong murid-murid untuk membaca sekiranya
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Justeru, GPM merupakan guru yang
bertanggungjawab melaksanakan Program NILAM untuk memupuk minat
membaca. Peranan GPM dengan kerjasama guru-guru dan pentadbir memberi
impak positif kepada keberkesanan Program NILAM.

Kata Kunci: NILAM, Pusat Sumber, GPM, Membaca, Tabiat Membaca





20

One Page Reporting (1PR): Memudahkan Pelaporan Prestasi Murid

Kasniza Jumari bin Shamsir, Guru Besar
[email protected]
SK Datok Keramat (2), Kuala Lumpur

“1PR” adalah ringkasan bagi (One Page Reporting) yang merupakan satu sistem
yang diinovasikan untuk memudahkan pengguna terutamanya guru kelas
memasukkan data kemenjadian murid. Satu sistem boleh didefinisikan sebagai satu
set elemen yang saling berhubungan yang berfungsi sebagai satu unit untuk tujuan
yang spesifik (Banathy, 1992). Sistem ini berpandukan Model Konsep Kemenjadian
Murid dari segi Sahsiah Murid, Kemenjadian Murid dan Keberkesanan Sekolah. Di
samping itu, sistem ini mengambil kira Tahap Tindakan dan Tahap Kualiti SKPMg2
Standard 5 iaitu Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kemenjadian Murid dalam
Kokurikulum dan Kemenjadian Sahsiah Murid. Melalui sistem “1PR” ini guru-guru
boleh mengisi dapatan data murid dari segi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),
Peperiksaan (Tahap 2), PAJSK (Tahap 2), SEGAK (Tahap 2), Psikometrik (Tahun 6),
Analisis Al-Quran (j- QAF), Kehadiran (APDM), Nilai/Amalan Rutin Harian (SSDM)
dan Kepimpinan. Kesemua data yang diisi akan diterjemahkan dalam laporan satu
muka surat. Semoga dengan adanya sistem ini ianya dapat memudahkan para guru
dari segi masa, kewangan dan tenaga dalam membuat beberapa perkara dalam
masa yang sama.

Kata Kunci: 1PR, kemenjadian murid, SKPMg2, Kokurikulum



TARIKH: 22 APRIL 2021 | HARI: KHAMIS | OFFLINE (RAKAMAN)
SIDANG 3 | TEMA: PDP BERKESAN



Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Menjawab Soalan Bahasa Melayu
Tingkatan Empat Dengan Menggunakan Kit RuPaSi

Nurul Izzati Adlina Abdullah, Pengetua Cemerlang
[email protected]
SMK. Kudat II, Sabah


Rumusan merupakan salah satu soalan dalam kertas Bahasa Melayu SPM.
Berdasarkan pemerhatian dan dapatan, murid gagal memperoleh markah
cemerlang dalam soalan ini kerana murid tidak menguasai teknik penulisan
rumusan yang menepati kriteria penskoran. Kit RuPaSi dihasilkan untuk membantu
calon, khususnya calon yang lemah untuk menguasai teknik penulisan rumusan
agar calon dapat memperoleh markah cemerlang untuk soalan ini. Kajian ini
dijalankan di Kelas 4 Al-Farabi yang berjumlah 24 orang. Teknik RuPaSi telah
digunakan sepanjang kajian dan murid diberi pengukuhan dan pengayaan melalui
Kit RuPaSi. Jelaslah bahawa, dengan penggunaan Kit RuPaSi ini, ia dapat
meningkatkan jumlah markah yang murid peroleh dalam soalan Rumusan dan
sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Bahasa Melayu SPM, Rumusan SPM, Pedagogi, PdPc, inovasi





21

Pengurusan Teknik Penyoalan Guru Dalam Proses Instruksional
Pemulihan Khas Berintergrasikan VAKT
Nor Bibi Maslina binti Jusoh, Guru Pemulihan Khas
[email protected]
SK Gurun (Pusat) Kedah
Prof. Madya Dr. Norliza binti Kushairi
[email protected]
School of Education, Universiti Utara Malaysia

Pengurusan Teknik Penyoalan Kuasai Kemahiran Membaca dan Menulis Putera-Puteri
Aksara (K2M2PA) merupakan satu strategi gabungan berpusatkan bahan dan guru.
Pengurusan teknik penyoalan ini dilaksanakan oleh guru pemulihan khas sebagai satu
intervensi untuk murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. Sampel kajian
terdiri daripada 13 orang murid-murid pemulihan khas tahun dua yang telah mengikuti
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang bulan Januari dan Februari
2021. Setelah guru membuat refleksi berdasarkan PdPR didapati murid-murid masih
tidak menguasai kemahiran asas literasi kerana kurang masa instruksional. Selepas
intervensi, analisis deskriptif mendapati varians bagi nilai σ 2 = 24.90 menunjukkan
skor relatif dan seragam dengan intervensi yang diterima. Kajian tindakan ini
menggunakan Model Gelung Kemmis & McTaggart. Tindakan yang diambil dalam
kajian ini adalah cara menguruskan penyoalan semasa proses instruksional antara
guru dan murid pemulihan khas berlaku.



Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Prestasi Bahasa Melayu
Di Sekolah Kebangsaan Sarang, Kota Belud, Sabah
Sinon binti Longguyu
[email protected]
SK Sarang Kota Belud, Sabah


Fokus kajian ini untuk melihat kesan pandemik terhadap prestasi Bahasa Melayu
Tahun 6 di SK. Sarang, Kota Belud. Pada tahun 2018 dan 2019, prestasi Bahasa
Melayu ialah 100% dalam kedua-dua kertas. Pada tahun 2020, UPSR dibatalkan
tetapi diganti dengan Peperiksaan Alternatif. Hasil ujian menunjukkan prestasi Bahasa
Melayu Pemahaman ialah 85% dan penulisan Bahasa Melayu 75%. Pengumpulan
data menggunakan Ujian Pra, Ujian Pos, data UPSR dan temu ramah dengan ibu
bapa pelajar. Kajian mendapati 25% murid yang tidak lulus terdiri daripada pelajar
yang berprestasi rendah. Mereka memerlukan bimbingan dan motivasi untuk
meningkatkan motivasi diri. Data dianalisis secara manual menggunakan jadual, graf
dan peratus.

Kata kunci: Prestasi, Bahasa Melayu, kesan pandemik, data skor, PDPC


Kad Kalkulator
Mohammad Azri bin Ahmad Anuar
SK Buloh Kasap, Johor


Kajian tindakan ini dijalankan kepada murid prasekolah yang berusia 6 tahun bagi
tujuan mengatasi masalah mengira dalam operasi tambah dan tolak dalam lingkungan
1 hingga 18 menggunakan satu bahan bantu mengajar yang dibina khas untuk
mengatasi masalah tersebut yang diberi nama “Kad Kalkulator”. Kajian ini dijalankan ke

22
22

atas dua orang murid prasekolah di daerah Segamat, Johor. Hasil tinjauan awal,
pengkaji mendapati terdapat dua orang murid yang tidak dapat menguasai operasi
tambah dan tolak ini dengan baik. Sehubungan dengan itu, bahan bantu mengajar
(BBM) “Kad Kalkulator” dibina khas untuk membantu murid-murid agar mereka dapat
menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak ini. Pengkaji juga menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain bagi menarik minat murid untuk menggunakan
bahan bantu mengajar tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan peratus
dalam menyelesaikan operasi tambah oleh murid-murid tersebut. Rumusan yang
boleh dibuat ialah murid mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam
menyelesaikan masalah operasi tambah ini sekiranya kita mampu menggunakan
kaedah yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

TARIKH: 22 APRIL 2021 | HARI: KHAMIS | ONLINE
SIDANG 4 | TEMA: PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN


Pendekatan Bimbingan GSI Dapat Mengupayakan Guru Untuk
Meningkatkan Prestasi Murid Sains SPM
Hjh. Sabiah bte Ninggal
SISC+ Unit Sains & Matematik Sektor Pembelajaran,
[email protected]
PPD Alor Gajah, Melaka

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengupayakan guru supaya dapat
meningkatkan peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sains Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Seramai sembilan orang guru yang mengajar sains
tingkatan 5 terlibat dalam kajian ini. Lima orang guru dari SMK Seri Pengkalan dan
empat orang guru dari SMK Rahmat. Tinjauan awal yang dibuat menunjukkan
pencapaian SPM untuk mata pelajaran sains SMK Rahmat dan SMK Seri Pengkalan
paling rendah berbanding dengan sekolah-sekolah lain di daerah Alor Gajah dan
merosot tiga tahun berturut-turut. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan
pendekatan bimbingan GSI untuk mengupayakan guru supaya dapat meningkatkan
prestasi murid dalam peperiksaan. Dapatan Ujian Diagnostik 2 (UD 2) menunjukkan
peningkatan peratus dan GPMP murid berbanding dengan peperiksaan percubaan
SPM tahun sebelumnya.. Analisis soal selidik menunjukkan majoriti guru amat setuju
dengan pendekatan bimbingan GSI.

WoW: Remembering The Content And Mastering The Format For Examination
Dr Chiew Wye Mei, [email protected]
Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, Selangor
Dr Hairul Faeizi bin Lokman, [email protected]
IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur, Malaysia

Form 6 students lack both motivation and capability to revise facts in time to sit for their
examinations within one and a half months due to Covid-19 pandemic. Using action
research, WoW combined Picker Wheel and learning via questioning to support
teacher and students in T&L to ensure revision was at a fast pace, within a very short
span of time and in a fun manner. Students managed to revise and memorise important
facts in a critical manner and answer questions in the right format in the short duration.
Future research on WoW as a tool for revision is necessary.

Keywords: Questioning, Picker Wheel, critical thinking, memorising


23

Lestarikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sebagai Wahana Kemenjadian Murid
Kiah anak Sakudan, Noel Jimbai Balang, Mohamad Faizal bin Semion
[email protected]
Pejabat Pendidikan Daerah Selangau, Sarawak


Kajian ini membincangkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebagai fokus kajian. Kajian
yang merungkai pelaksanaan lima program intervensi yang dijalankan bertujuan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru melaksanakan PBD secara
terancang dan sistematik. Lima program yang dirancang turut dimasukkan dalam
Perancangan Strategik Daerah. Program intervensi ini dirancang bagi meningkatkan
profesionalisme guru. Peserta kajian melibatkan seramai 22 penyelaras PBD di daerah
Selangau, Sarawak. Dapatan kajian mendapati pelaksanaan program intervensi
tersebut telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelaras PBD
yang dinilai berdasarkan pelaporan PBD Penggal 2 Tahun 2020 bagi murid-murid
Tahap 1 (TP) manakala melalui analisis skor penarafan pelaksanaan PBD bagi
Pelaporan PBD Penggal 2 turut menunjukkan TP murid-murid bertambah baik dengan
pengurangan peratus murid menguasai TP 1 dan TP 2 dalam empat mata pelajaran
teras. Dalam pada itu,kajian menunjukkan pengurusan fail dan penjaminan kualiti
peringkat sekolah merupakan skop pelaksanaan PBD yang perlu ditambah baik.


Kata kunci : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Tahap Penguasaan (TP), pengetahuan
dan kemahiran guru



Intervensi Kaunseling Menangani Murid Mencederakan Diri Sendiri
Kerana Stres Semasa Tempoh Covid 19
Nurhaiza binti Che Mat
Guru Cemerlang Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Cheras, Kuala Lumpur

Kajian berkaitan dengan intervensi kaunseling untuk murid-murid yang mencederakan
diri sendiri kerana stress. Reka bentuk deskriptif kajian kes untuk murid-murid dari
tingkatan empat dan lima tahun 2020. Tempoh masa intervensi kaunseling antara Julai
2020 sehingga Februari 2021 sewaktu COVID-19 melanda. Dengan menggunakan
Senarai Semak Keperluan Murid bagi Normal Baharu, maka dapat mengenal pasti
murid-murid yang mencederakan diri jika kusut dengan masalah. Dari kajian yang
dijalankan, pengkaji mengkategorikan kepada 3 kategori iaitu murid berisiko rendah,
murid berisiko sederhana dan murid berisiko tinggi. Intervensi pemulihan melibatkan
aktiviti Hidupkan Hari Anda menurunkan kekerapan murid-murid mencederakan diri
sendiri dan mengurangkan bilangan murid.

Kata Kunci: Kaunseling, mencedera diri, Stress, Intervensi

















24

TARIKH: 22 APRIL 2021 | HARI: KHAMIS | OFFLINE (RAKAMAN)
SIDANG 4 | TEMA: PDP BERKESAN


“RoFKarF 4.0” (Roda Formula Karangan Fakta 4.0)
Siti Nurjamia'tul Aisyah binti Omar
[email protected]
SK Buloh Kasap, Johor

Kemahiran menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan menggunakan
idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren dengan bahasa yang
santun. Kemahiran tersebut merupakan komponen kemahiran yang penting bagi murid
tahap rendah dan terkandung dalam DSP untuk standard pembelajaran 2.4 dan 3.6
yang menjadi penilaian pentaksiran kepada murid. Membina dan menulis idea dalam
menjawab soalan penilaian khususnya UPSR dan penilain kemahiran PBD untuk
kemahiran menulis merupakan elemen yang sangat penting pada murid agar murid
mampu mengembangkan idea tanpa tersasar daripada kehendak soalan. Kajian ini
dijalankan untuk mengatasi masalah bagi murid tahun 6 yang masih lemah dalam
membina idea serta mengembangkan idea tersebut dengan huraian yang baik.
Pengkaji berharap melalui kajian ini dan langkah-langkah yang diambil dapat
membantu murid-murid mengatasi masalah dalam membentuk idea utama dan idea
sampingan berdasarkan kehendak soalan seterusnya dapat meningkatkan prestasi
mereka dalam mengembangkan idea tersebut menjadi ayat yang gramatis. Kajian ini
mengambil masa selama tiga minggu iaitu pelaksanaannya sepanjang tempoh PdPR.
Pada akhir kajian ini, didapati prestasi murid-murid dalam ujian pos telah meningkat.
Usaha untuk menarik minat murid dalam penulisan bukanlah sesuatu yang mudah dan
pengkaji telah berjaya melaksanakannya dalam kaedah inovasi yang digunakan ini
dengan membina idea mengikut landasan yang betul.



TKH: Satu Teknik Efektif Menguasai Huruf Tunggal Jawi
Dalam Pelajaran Jawi Prasekolah
Farizyan binti Piut, [email protected]
SK Sementa, Klang, Selangor
Hairul Faiezi bin Lokman, [email protected]
IPG Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur

Pembelajaran tulisan jawi seharusnya diajar seawal usia dengan mempelbagaikan
strategi yang boleh menarik minat murid seterusnya boleh menguasai tulisan Jawi
dengan berkesan. Pengkaji yang merupakan Guru Pendidikan Islam prasekolah
mendapati isu yang sering terjadi semasa pengajaran dan pemudahcaraan Jawi iaitu
murid tidak dapat menguasai huruf tunggal jawi dengan baik. Oleh sebab itu, objektif
kajian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan murid boleh menguasai huruf tunggal
jawi bagi subjek Pendidikan Islam prasekolah. Sebagai langkah alternatif, pengkaji
telah menggunakan intervensi Teknik Kisah Huruf (TKH). Seramai 6 orang responden
terdiri murid Pra Cekal SK Sementa terlibat dalam kajian yang diselesaikan dalam
tempoh tiga bulan. Data dipungut dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan ujian
pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan kajian tindakan ini dapat
meningkatkan penguasaan huruf tunggal jawi dalam kalangan murid Pra Cekal.


Kata kunci: tulisan Jawi, Pendidikan Islam, prasekolah, kajian tindakan, minat




25

Meningkatkan Penglibatan Murid Dalam PdPR Dengan
Menggunakan ‘Magic Box’
Diyana binti Mustapar, Norazwa binti Sani
Roziah binti Omar, Noor Anita binti Nawi
[email protected]
SK Seri Geliga, 24000 Kemaman, Terengganu


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid
sepanjang tempoh PdPR. Sampel kajian melibatkan 70 orang murid iaitu terdiri
daripada 35 orang murid tahap 1 iaitu dari kelas 2 Arif dan 35 orang murid tahap 2
yang terdiri daripada murid kelas 4 Bestari. Dapatan kajian diperoleh daripada tindak
balas murid menghantar tugasan menerusi ‘google form’ yang telah disediakan.
Tinjauan awal mendapati penglibatan murid menyertai PdPR menerusi aplikasi dalam
talian seperti Google Classroom, Kuiz dan WhatsApp semakin menurun dari tugasan
1 hingga tugasan 4. Hal ini berlaku disebabkan oleh masalah gajet, jalur lebar,
keluarga dan sikap. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menyediakan
‘Magic Box’ sebanyak 50 buah untuk pengambilan modul dan 50 buah lagi untuk
penghantaran modul dengan mengikut kelas masing-masing. Ibu bapa atau penjaga
perlu mengambil atau menghantar modul mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Projek ini hanya menggunakan 4 ‘Magic Box’ iaitu 2 ‘Magic Box’ bagi
kelas 4 Bestari manakala 2 ‘Magic Box’ lagi bagi kelas 2 Arif. Inisiatif penyediaan
‘Magic Box’ ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa atau
penjaga untuk mengambil dan menghantar modul memandangkan sekolah ini
mempunyai murid yang ramai iaitu sebanyak 1593 orang murid. Oleh itu, ‘Magic Box’
yang telah disediakan oleh pihak sekolah ini telah mendapat pujian positif oleh ibu
bapa atau penjaga kerana mereka mudah untuk mengambil madul di dalam ‘Magic
Box’ tersebut mengikut kelas masing-masing. Data mendapati 97% murid mengambil
dan menghantar modul tersebut di dalam ‘Magic Box’ yang telah disediakan oleh
pihak sekolah. Hal ini telah meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar agar
hasrat pihak kementerian tercapai dengan pembelajaran sepanjang hayat.



Penggunaan Kaedah UMIBaKaP dan Fail KFC Dalam Meningkatkan
Kemahiran Menulis Murid-Murid Tingkatan Empat
Richard Ignacy
SMK Alang Iskandar, 34300 Bagan Serai, Perak

Objektif pendidikan Bahasa Melayu (KSSM dan KBSM) bahawa, setiap murid sekolah
perlu menguasai kemahiran menulis berpandukan penggunaan tatabahasa yang
betul dari aspek perkataan, ayat, sistem bahasa, ejaan dan tulisan yang kemas.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran aras tinggi. Murid-murid perlu mempunyai
penguasaan yang baik dari aspek penulisan pendahuluan, pengolahan idea dan
bahagian penutup karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis, menarik dan
matang (KPM, 2014). Walau bagaimanapun, penguasaan murid-murid dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu (BM) masih dalam pencapaian lemah dan
sederhana. Kajian ini tertumpu kepada kaedah penulisan karangan yang berkesan
untuk meningkatkan kemahiran menulis murid-murid tingkatan empat dengan
memfokuskan karangan perbincangan. Objektif khusus kajian ini adalah
mengaplikasikan kaedah UMIBaKaP dan bahan bantu mengajar (Fail KFC) bagi
meningkatkan kualiti penulisan karangan. Kajian ini menggunakan Rangka Kerja





26

Gradual Release of Responsibility (GRRF) dan Modul Pembelajaran Kolaboratif
(Reid, 2004) yang menjadi panduan utama untuk melihat keberkesanan strategi
pengajaran yang berpusatkan murid-murid. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif.
Instrumen yang diaplikasikan ialah pemerhatian, temu bual separa berstruktur dengan
responden dan analisis dokumen (karangan). Kaedah yang efektif dengan bahan
bantu mengajar yang sesuai mengikut PdPc abad ke-21 dapat meningkatkan prestasi
murid-murid aras sederhana kepada aras baik dan cemerlang.

Kata Kunci: Kemahiran Menulis, Kaedah UMIBakaP dan Fail KFC, Modul
Pembelajaran Kolaboratif, PdPc Abad ke-21


TARIKH: 22 APRIL 2021 | HARI: KHAMIS | ONLINE
SIDANG 5 | TEMA: PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN



Kepimpinan digital: Satu pengalaman berdasarkan pemerhatian
pada musim pandemik Covid-19
Mozidah binti Hamzah, Pengetua Cemerlang
mozie63@ yahoo.com
SMK Tamparuli

Kajian ini dilaksanakan di SMK Inanam terhadap PdPR yang dilaksanakan oleh
guru tingkatan 5 semasa pandemik Covid-19. Pelbagai isu dan masalah yang
dihadapi oleh guru dalam melaksanakan PdPR. Kajian ini mengemukakan dua
objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenal pasti medium PdPR yang
digunakan oleh guru. Objektif yang kedua pula mengenal pasti impak ke atas
pembelajaran murid. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah
berdasarkan pemerhatian sebagai pemimpin sekolah. Kajian ini merumuskan
bahawa PdPR yang dilaksanakan dalam pelbagai medium dapat memberi kesan
yang positif kepada guru dan murid.

Kata Kunci: Kepimpinan Digital, pengalaman, pandemik, SMK Inanam.


Memudahkan Proses Pengurusan Penempahan Makanan
Menggunakan Sistem Easy Order
Md Desa bin Ibrahim, [email protected]
SK Wangsa Maju Seksyen 2

Pengurusan masa dan organisasi yang cekap dengan memanfaatkan bidang
teknologi memberi impak terhadap kualiti dan kecekapan pengurusan bagi sesebuah
organisasi selari dengan anjakan ke-7 PPPM (2013-2025) dan pendidikan STEM
negara. Kajian ini bertujuan untuk memastikan pengurusan murid dalam
mendapatkan makanan di kantin lebih efisyen dan teratur bagi menanangani masalah
yang dihadapi oleh sekolah dalam keadaan norma baharu akibat pandemik Covid-19.
Dengan menggunakan kos yang minimum, satu aplikasi telah dibangunkan untuk
menerima tempahan makanan daripada murid terus sampai ke pihak pengurusan
kantin. Hasil daripada kajian ini, pengurusan tempahan makanan murid dapat
dilaksanakan dengan teratur dan pengurusan masa yang lebih cekap bagi
memaksimumkan pembelajaran murid di dalam kelas. Penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara meluas dapat memberi impak positif kepada
warga sekolah, pengurusan kantin dan ibu bapa
27
27

Meningkatkan Kefahaman Murid Diskalkulia Dalam Asas Pengiraan Operasi
Tambah dan Tolak Menggunakan Kaedah Speedline Dots Kulia
Nor Azmidy in Ismail
[email protected]
SK Bukit Beruang, Melaka

Speedline Dots Kulia merupakan kaedah baharu yang sesuai digunakan untuk
murid Diskalkulia. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengkaji dalam
pengajaran mengenai kemahiran mengira operasi tambah dan tolak terhadap murid
Diskalkulia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan
yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 5 orang murid Pendidikan khas di kelas
Marikh yang bertempat di SK Bukit Beruang Melaka pada tahun 2020. Data yang
dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan pemerhatian, temu bual, rakaman
video, gambar dan ujian yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati
aktviti yang dirancang telah membantu guru serta dapat menambah baik proses
amalan PdP dari segi aspek merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti PdP
berpusatkan murid tanpa menjejaskan elemen isi kandungan yang perlu dikuasai
oleh murid. Malahan kajian ini juga dapat membantu guru memahami proses
pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.

Kata Kunci: KaedahSpeedline Dots Kulia, Operasi Tambah Dan Tolak, Murid
Pendidikan Khas Diskalkulia




TARIKH: 22 APRIL 2021 | HARI: KHAMIS | OFFLINE (RAKAMAN)
SIDANG 5 | TEMA: PDP BERKESAN



Aplikasi Aktiviti Terapi Cara Kerja Dalam PdPc
Hazirah binti Mohd Jamil
[email protected]
SK Bangsar, Kuala Lumpur

Murid pemulihan merupakan golongan murid yang lemah dalam pembelajaran.
Masih ada murid pemulihan yang tidak dapat menggunakan motor kasar dan motor
halus. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan psikomotor,
meningkatkan daya pengamatan murid pemulihan dan membantu murid pemulihan
bersedia untuk melakukan aktiviti menulis. Seramai 25 orang murid pemulihan
tahun 2 dan 3 terlibat dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan ialah kaedah
kualitatif dan pemerhatian secara langsung untuk melihat perkembangan dan
perubahan motor kasar dan halus sepanjang kajian dijalankan. Hasilnya didapati
penguasaan motor kasar dan halus murid semakin meningkat dan memberi impak
positif terhadap daya pengamatan dan kemahiran menulis.

Kata kunci: pemulihan, motor kasar, motor halus, terapi cara kerja









28
28

Doh Nombor Membantu Murid Prasekolah Mengenal
Dan Membilang Nombor 1 Hingga 10
Noraini binti Andi Arip
[email protected]
SK Seri Perak, Kuala Lumpur

Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu murid prasekolah
yang belum kenal nombor 1 hingga 10 dan bilangannya. Intervensi yang dilakukan
adalah membentuk, menyebut serta membilang jumlah objek mengikut nilai nombor
menggunakan doh. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid prasekolah yang
dikenalpasti belum kenal nombor 1 hingga 10 dan bilangannya. Data diperolehi
melalui ujian pra dan ujian pos, kaedah pemerhatian, senarai semak dan temu bual.
Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan doh membantu murid prasekolah
mengenal, menyebut dan membilang nombor 1 hingga 10. Secara keseluruhan,
kajian ini dapat memudahkan tugas guru dan memberi keseronokan terhadap murid
prasekolah semasa menjalankan aktiviti.

Kata kunci: Prasekolah, intervensi, doh, ujian pra dan pos.



Pengaplikasian teknik BASuH dalam menjawab soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam soalan pemahaman
Haslindar Nor binti Ismail
[email protected]
SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur


Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu salah satu eleman KBAT diterapkan melalui
soalan pemahaman Petikan Umum dan Petikan Sastera yang membawa 14 markah.
Pengkaji mengalami kesukaran mengajar murid untuk menjawab soalan KBAT kerana
murid perlu menganalisis, membanding beza dan membuat keputusan yang tepat
berdasarkan fokus dan kehendak soalan. Di samping itu, murid harus membina ayat
yang betul dan gramatis iaitu mengikut hukum tatabahasa yang betul. Natijahnya,
pengkaji tidak dapat menarik perhatian murid untuk menjawab soalan KBAT dengan
betul dan tepatnya. Berdasarkan pemerhatian, murid tiada motivasi untuk menjawab
soalan ini, apatah lagi untuk mendapat markah penuh. Tujuan kajian tindakan ini
dilaksanakan untuk menambah amalan baik pengkaji ketika mengajar murid menjawab
soalan KBAT. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan
yang menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988). Kajian ini melibatkan
kumpulan sasaran seramai 9 orang murid tingkatan lima SMK Seri Mulia, Kuala
Lumpur pada tahun 2020. Data dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan latihan
seterusnya dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian ini, pengkaji telah dapat
menghasilkan Kit BaSuH yang merupakan kit yang berbentuk kotak. Pada empat sisi
kotak ditampal akronim BaSuH dan di dalam kotak berisi penerangan tentang BaSuH.
Melalui Kit BaSuH ini dapat menerangkan cara untuk menganalisis kehendak soalan
KBAT dan memberi panduan kepada murid untuk menulis jawapan KBAT dengan
betul dan tepat. Selain itu, Kit BaSuH membantu murid menjawab dengan cepat dan
pantas soalan KBAT. Hasil kajian mendapati bahawa pengkaji telah dapat mengajar
teknik menjawab soalan KBAT kepada murid dengan cara yang berkesan dengan
menggunakan Kit BASuH dan menambah baik teknik PdP di dalam kelas. Aktiviti PdPc
dapat dijalankan berpusatkan murid dan guru sebagai fasilitator.

Kata Kunci: Bahasa Melayu, KBAT, fokus soalan, tatabahasa


29

Merangsang Ingatan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Dalam
Pembelajaran Penyediaan Dan Pembuatan Makanan
Menggunakan Aplikasi Tik Tok
Nur Hufaidah binti Mohd Najamudin
[email protected]
SMPKhas Vokasional Indahpura


“Skill for living, towards excellent future” adalah visi sekolah dalam usaha
melahirkan murid yang berkemahiran dan berketerampilan. Berikutan proses
pembelajaran di sekolah ditangguhkan akibat pandemik Covid 19, maka suatu
kaedah pembelajaran diketengahkan untuk memastikan pembelajaran murid di
rumah ataupun Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mencapai
tahap maksimum. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengkaji
dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kepada murid
berkeperluan khas (MBK) bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan
dengan menggunakan aplikasi Tik Tok bagi merangsang ingatan mereka.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian deskriptif dan
kualitatif yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 7 orang murid kelas
5PPMA yang merupakan pelatih bagi Kursus Penyediaan dan Pembuatan
Makanan. Kajian ini dilaksanakan dengan berkongsi kepada murid video Tik
Tok bagi bahan pembelajaran dengan menggabungkan unsur gaya atau
isyarat khas bagi memudahkan murid mengingati fakta pembelajaran yang
disampaikan oleh guru. Dapatan kajian mendapati aktiviti pembelajaran
menggunakan aplikasi Tik Tok telah menambah baik amalan PdPR pengkaji
dan merangsang murid mengingati fakta pembelajaran malahan menjadikan
murid lebih kreatif dalam mengolah idea bagi penghasilan video Tik Tok
pembelajaran mereka sendiri. Melalui kajian ini telah dikenal pasti
pembelajaran menggunakan aplikasi Tik Tok dapat merangsang ingatan murid
dan membantu guru memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.

Kata kunci: aplikasi Tik Tok, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)

































30

JAWATANKUASA INDUK
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN
TAHUN 2021







Penaung: YBhg. En. Zainuren bin Hj Mohd Nor
Pengarah IABCGH

Penasihat: YBrs. Dr. Kamaruzaman bin Moidunny
Timbalan Pengarah IABCGH


En. Mohd Zaidi bin Basir
Timbalan Pendaftar IABCGH

Pengerusi: YBrs. Dr. Abdul Wahab bin Muda
Ketua Jabatan Penyelidikan dan
Pembangunan Kepimpinan Pendidikan


Setiausaha: YBrs. Dr. Jamelaa Bibi binti Abdullah
Pensyarah Kanan, Jabatan Penyelidikan dan
Kepimpinan Penyelidikan


Urus setia: Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan
Kepimpinan Pendidikan






























31

JAWATANKUASA PELAKSANA
KOLOKIUM PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN

TAHUN 2021



JK Pendaftaran Peserta

YBrs. Dr Zaiton binti Ismail (Ketua) Pn Zauyati binti Zainal Mohamed Alias
Pn. Noor Baizura binti Harun (Ketua) Pn. Roslida binti Perak
Pn. Rashida binti Awang Pn. Kamariah binti Abu Bakar
YBrs. Dr. Elango a/l Periasamy Pn. Siti Nadhira binti Nor Sohari
En. Wan Shamsuddin bin Wan Mohd Salleh Cik Visaletchumi a/p Gopalakrishnan
En. Purusothman a/l Vellaithan Pn. Norsiah binti Abd Malid




JK Kertas Pembentangan JK Jemputan Peserta Kolokium dan
Pembentang Kertas Penyelidikan
YBrs. Dr. Abd Wahab bin Muda (Ketua)
YBrs. Dr. Jamelaa Bibi binti Abdullah Pn. Rohani binti Sadan (Ketua)
Pn. Hjh Nor Hasimah binti Hashim Pn. Norlelawati binti Megat Rasidin (Ketua)
YBrs. Dr. Nakoo bin Mustan Pn. Normah binti Karmani
YBrs. Dr. Norazizah binti Abd Rahman YBrs. Dr Sathiyabama Suprammaniam
YBrs. Dr. Mohd Huzairi bin Mohd San Pn. Siti Monazairin binti Jelani
YBrs. Dr. Vicky Tan Ai Lin
Pn. Siti Arija binti Abd. Rahman
Pn. Nor Azlina binti Mohammed Suberi


JK Teks Ucapan dan Kata Alu-aluan JK Sambutan VIP, Ucaptama dan
Peserta/Protokol/Perasmian
Pn. Normah binti Ramli (Ketua) (Floor Manager)
YBrs. Dr. Tajulashikin bin Jumahat (Ketua)
En. Kamal Ariffin bin Jaih YBrs. Dr. Ramli bin Yaacob (Ketua)
Pn. Faridah binti Mohamed En. Mat Zizi bin Ismail
Pn. Nur Fatimah binti Awang Da Pn. Sapinah binti Zakaria
YBrs. Dr. Noor Haslinda binti Harun YBrs. Dr. Hamidon bin Abd Rahman
Pn. Hadiniah binti Ishak Pn. Nor Aina binti Zamzam Amin




JK Pelaporan, Dokumentasi dan Penilaian
Kolokium


Pn. Norazana binti Mohd Nor (Ketua) Cik Nor Hayati binti Aziz @Esa (Ketua)
Pn. Euis Mariani binti D. Koswara Pn. Meriam binti Allias
En. Abd Wahib bin Muhammad Nasir Pn. Noor Mala binti Othman
YBrs. Dr. Norfadhilah binti Nasrudin En. Ahmad Sabri bin Abdullah
En. Azhari bin Ramli




32

JK Moderator

YBrs Dr. Siti Ilyana binti Mohd Yusof (Ketua) Pn. Noor Hayati binti Zakaria (Ketua)
YBrs. Dr. Kunalan a/l Kuriaya YBrs. Dr Akma binti Abd Hamid
YBrs. Dr. Nazeri bin Mohammad En. Ahmad Abdillah bin Mamat
En. Hishamuddin bin Abd. Rahman Pn. Norita binti Ismail
En. Shawira bin Sulaiman



JK Laman Sesawang, Teknikal, TMK JK Sijil dan Cenderamata
dan Multimedia
Pn. Faridah binti Mohamad (Ketua)
En. Nik Abdullah bin Dato’ Haji Nik Abdul YBrs. Dr. Kalidass Marchapan
Kadir (Ketua) YBrs. Dr. Hamsiah binti Juki
En. Wan Mohd Farid bin Wan Yusof
(Ketua)
YBrs. Dr. Muhd Azhar bin Stapa
En. Abd Majid bin Taib JK Latar Layar dan Promosi
Pn. Zubaidah binti Salamat
Pn. Aziyah binti Mohd Yusoff En. Azhan bin Ahmad (Ketua)
En. Mohd Afendi bin Zulkifeli YBrs. Dr. Lim Siew Hui



JK Buku Program Pengacara Majlis dan Bacaan Doa


Cik Darliana binti Nordin (Ketua) Perasmian: YBrs. Dr. Hamidon bin
Pn. Siti Anidah binti Mahadi Abd Rahman
Pn. Mariani binti Rahim Penutupan: Pn. Normah binti Karmani
Bacaan Doa: YBrs. Dr. Azani bin Ismail































33

SEKALUNG BUDI














Jawatankuasa Pelaksana Kolokium Penyelidikan Kajian
Tindakan Tahun 2021 merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:






Pengarah Institut Aminuddin Baki
Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

Ketua-ketua Jabatan IABCGH
warga IABCGH
para peserta kolokium


serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan
kerjasama sama ada secara langsung atau tidak bagi
menjayakan kolokium ini.



























34


Click to View FlipBook Version