The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazillah, 2020-12-12 21:40:00

Surat Tawaran Lantikan Pengawas Sekolah 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAYANG
69000 GENTING HIGHLANDS, No. Tel : 03-61001397
PAHANG DARUL MAKMUR. No. Fax : 03-61001397
KOD SEKOLAH : CBA0003 e – mail : [email protected]


“ SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG ”
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : CBA0003/700-4/1/1(4)
Tarikh : 18 DISEMBER 2020
Nama ibu bapa/penjaga ......................................................,
Alamat .................................................................................,
.............................................................................................

Tuan,


TAWARAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN
2021 SK SRI LAYANG

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama (Nama murid & tahun)
telah ditawarkan untuk dilantik sebagai Pengawas Sekolah.


3. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah ingin memohon

kebenaran tuan atas pelantikan tersebut.


4. Walau bagaimanapun, tuan diingatkan bahawa pelantikan ini adalah
berdasarkan kepada beberapa syarat iaitu:


a. Ibu bapa perlu memastikan bahawa murid ini hadir awal ke sekolah pada

setiap hari, iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.20 pagi.
b. Murid ini dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya

dengan baik.

c. Murid tidak mengabaikan pelajarannya.
d. Sekiranya murid ini melakukan sebarang salah laku dan tidak menjalankan

tugas seperti yang diharapkan, maka pihak Jawatankuasa Pengawas
Sekolah berhak menarik balik pelantikan jawatan tersebut (melucutkan

jawatan) dengan serta merta. Peletakan jawatan tanpa sebab yang
munasabah adalah tidak dibenarkan.

e. Bersedia untuk membeli pakaian/uniform dan semua kelengkapan seperti

yang diarahkan oleh pihak Jawatankuasa Pengawas Sekolah.
f. Murid wajib menghadiri kursus serta aktiviti yang dianjurkan oleh

Jawatankuasa Pengawas Sekolah atau pihak sekolah seperti yang akan

ditetapkan.


5. Dengan pelantikan sebagai Pengawas Sekolah, pihak sekolah berharap akan
dapat melatih dan melahirkan ramai bakal pemimpin pada masa yang akan datang.


6. Segala sokongan dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai demi

kebaikan bersama.


Sekian, terima kasih.




“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menjalankan Amanah,












……………………………..
( SAFRUL KAMALIZAM BIN SAFAR)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sri Layang

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Disiplin Sekolah
2. Unit Bimbingan dan Kaunseling
3. Fail Pengawas Sekolah

PENGAWAS


SEKOLAH





1. BAJU KEMEJA LENGAN
PANJANG WARNA

MERAH JAMBU.
2. SELUAR WARNA BIRU

SEKOLAH.

3. LENCANA SEBELAH
KIRI DAN TANDA

NAMA BERWARNA
“KUNING” SEBELAH

KANAN.
4. VAST BERWARNA

BIRU SEKOLAH.

5. KASUT DAN STOKING
BERWARNA HITAM.

6. TALI LEHER
BERWARNA MERAH

BOLEH DIBELI DI
KOPERASI SEKOLAH.

PENGAWAS


SEKOLAH





1. BAJU KEMEJA
LENGAN PANJANG

DAN TUDUNG WARNA
MERAH JAMBU.
2. KAIN WARNA BIRU
SEKOLAH DAN SUSUN

BELAKANG.
3. LENCANA SEBELAH

KIRI DAN TANDA
NAMA BERWARNA
“KUNING” SEBELAH
KANAN.

4. VAST BERWARNA
BIRU SEKOLAH.
5. KASUT DAN STOKING

BERWARNA HITAM.
6. TALI LEHER
BERWARNA MERAH
BOLEH DIBELI DI

KOPERASI SEKOLAH.


Click to View FlipBook Version