The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RadhiShukri, 2023-08-16 00:17:16

BUKU SKRAP ANTI DADAH ( ROKOK)

BUKU SKRAP ANTI ROKOK

NAMA : NUR ZAHIRAH NAJWA BINTI MOHD RIZWAN TAHUN : 4 SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN REDANG, KOTA BHARU NAMA : SITI AISYAH BINTI RAZIP GURU Anak Yang Baik Lagi Cerdik SAYANGI DIRI


APA ITU ROKOK Rokok ialah tembakau yang dibalut berbentuk silinder sama ada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm (berlainan mengikut negara).


Merokok boleh menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10%-12% kematian di Malaysia. Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita KEBURUKAN MEROKOK


Memberi didikan agama yang sempurna agar menjadi benteng bagi menepis pengaruh rokok. Menjalin hubungan kekeluargaan yg erat, kerana kasih sayang dapat mencegah daripada terlibat dengan rokok. Menjadi rakan terbaik dan boleh dipercayai. Kepercayaan membolehkan ibubapa mengetahui perkembangan dan mengesan perubahan pada anak-anak. Mengawasi tingkah laku dan kenali rakan anak-anak. Ibubapa adalah teraju utama dalam mendidik anak-anak dirumah seterusnya menjadi suri teladan yang akan dicontohi anak-anak. ibubapa perlulah : PENCEGAHAN AWAL BERMULA DARI RUMAH


Ibubapa hendaklah menyedarkan anakanak betapa berharganya hidup tanpa rokok. Semaikan dalam jiwa anak-anak akan besarnya tanggungjawab mereka sebagai seorang individu,ahli keluarga, anggota masyarakat dan rakyat Malaysia yang bebas daripada pengaruh rokok. HIDUP LEBIH BAHAGIA DAN BERMAKNA TANPA ROKOK Sebagai individu kita amat bersyukur apabila kita dapat menjalani hidup yang sihat, ceria dan bermakna. Kita dapat mencapai cita-cita dan keinginan yang kita impikan selama ini. INDIVIDU KELUARGA Sebagai seorang ahli keluarga, kita amat bertuah kerana dapat menikmati hidup yang bahagia disamping ahli keluarga yang kita sayangi.


HIDUP LEBIH BAHAGIA DAN BERMAKNA TANPA ROKOK Sebagai ahli masyarakat, kita amat gembira apabila dapat membantu dan bekerjasama dengan komuniti untuk mambina masyarakat yang makmur dan sejahtera. MASYARAKAT NEGARA Sebagai rakyat, kita pasti bangga apabila dapat menyumbang untuk pembangunan dan kemajuan negara tercinta


WUJUDKAN KESERONOKAN BERSAMA KELUARGA


ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK TANPA ROKOK


Click to View FlipBook Version