The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Admin Bitara BBA8205 -SK SERDANG, 2018-02-14 00:12:23

Panduan Guru-GoogleHangoutsBahasaMalaysia

PanduanGuru-GoogleHangoutsBahasaMalaysia

Modul Latihan 0

1.0 Memulakan Google+ Hangouts
(Guru)

Google+ Hangout: Panduan Lengkap Untuk Guru

Jadual Kandungan
Keperluan untuk Hangout
1.0 Memulakan

1.1 Aktifkan halaman Google+ anda melalui akaun 1Bestarinet
1.2 Mengakses Hangout pada yesMail
1.5 Mulakan Hangout dari halaman Google+ anda
1.6 Memulakan Sesi Hangout Dari Halaman Google+
1.7 Memulakan Hangout dengan Hangout Extension
2.0 Memulakan Hangout On Air
2.1 Antaramuka Google + Hangout On Air
2.2 Menerima Jemputan Hangout On Air
2.3 Menggunakan Aplikasi Soal-jawab dalam Hangout On Air
2.4 Panduan Penonton Hangout On Air
3.0 Butang Interaksi & Penyelesaian Masalah
3.1 Penyelesaian Isu Teknikal Hangout
4.0 FAQ

1

Keperluan untuk Hangout
Persediaan sebelum sesi :

❏ Objektif Hangout
❏ Emel akaun Google+ peserta
❏ Jemputan melalui G+ atau yesMail
❏ bahan-bahan prabacaan (pilihan)
Persediaan Teknikal :
❏ Peranti (komputer riba, Chromebook)
❏ Talian Internet
❏ Projektor (untuk kumpulan besar)
❏ Headphone (pilihan)
❏ Akaun Google+ pra-aktif
Semasa sesi Hangout :
❏ Moderator (pilihan)
Persediaan selepas sesi :
❏ Laporan pendek / refleksi kepada kandungan Hangout

2

1.0 Memulakan

"Google+ Hangout" adalah salah satu pilihan komunikasi interaktif yang terdapat dalam
Google+. Ia membolehkan anda berkomunikasi dan berkolaborasi secara serentak dalam satu
sesi panggilan video bersama 9 orang yang lain (10 orang termasuk anda) dengan
menggunakan komputer, webcam dan mikrofon. Sesi Hangout ini boleh dilakukan serentak di
antara 2 orang hingga 10 orang dan ia adalah percuma!
Sesi Hangout ini boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai jenis peranti mudah alih
seperti telefon pintar iOS atau Android, tablet dan Chromebook. Ia boleh dijalankan secara
tertutup atau secara umum di Internet dan anda juga boleh mengawal tetapan mengikut
kehendak anda sendiri. Hanya peserta yang anda jemput sahaja yang boleh menyertai sesi
Hangout yang anda jalankan!
Hangout adalah kemudahan komunikasi interaktif yang begitu menyeronokkan, boleh
digunakan untuk tujuan peribadi seperti berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan, atau
untuk keperluan sekolah seperti perbincangan di antara guru dan pelajar. Modul ini
mengandungi gambaran keseluruhan tentang bagaimana anda sebagai seorang guru boleh
mula menggunakan Google+ Hangout.

3

1.1 Aktifkan halaman Google+ anda melalui akaun 1Bestarinet

Langkah
1. Log masuk ke dalam Frog VLE.

· 2. Klik> Quick Launch.
3. Klik> Email.

4. Dalam yesMail anda, di bar navigasi atas di
sebelah kiri, klik> Aplikasi.

4

5. Pilih dan klik> Google+

6. Isikan ruangan Name, Gender dan Birthday
dan klik> Upgrade.
Nota:
Sertakan nama keluarga di dalam kotak
kedua. Contoh:
Charles Teacher - Xavier
7. Tambah kenalan atau ikut lingkungan
‘Circle’ yang dicadangkan (ini boleh dilakukan
kemudian)
Klik> Continue.

5

8. Isi maklumat peribadi anda dan Klik> Finish.
9. Klik> Hangout untuk memulakan Google+
Hangout dan selamat mencuba!

6

1.2 Mengakses Hangout pada yesMail

Terdapat 4 cara untuk mengakses halaman Google+ Hangout dari paparan yesMail anda.
1. Butang Profile.
2. Ikon Hangout dan pautan Start a new one.
3. Nama pengguna + pautan anda
4. Kawasan Aplikasi dan pilih Google+.

7

1.3 Mengaktif dan memulakan Hangout pada yesMail

1. Klik> foto profil anda di bahagian atas senarai
Chat anda.

2. Klik> Try the new Hangouts. (Rujuk langkah
pengaktifan 1.1)

3. yesMail akan dimuat semula dan anda boleh
mula menggunakan Hangouts.

4. Klik > Butang Search

5. Taipkan 1BestariNet ID ke dalam kotak
carian.

6. Klik kotak semak di sebelah nama untuk
menambah mereka ke dalam senarai jemputan.

7. Ulang langkah 5 dan 6 untuk menambah
orang.

8. Klik butang mesej atau butang panggilan

video untuk memulakan sesi Hangout
anda.

8

1.4 Mematikan Hangout dan mula menggunakan kaedah chat lama

1. Dalam yesMail, klik > nama anda.

2. Pilih dan klik > Revert to old Chat.
3. yesMail akan memuat semula halaman dan
anda boleh mula menggunakan Google Chat
versi lama.

9

1.5 Mulakan Hangout dari halaman Google+ anda

Butang penting bagi mengakses Hangout dari halaman Google+
1. Home - untuk anda mengakses pilihan yang disediakan.

Mengemaskini maklumat profil.
Menambah kenalan melalui Circle.
Memuat naik gambar dari peranti atau komputer.
Menyertai laman komuniti Google+.
Mewujud dan merancang acara Hangout.
Mengakses Hangouts On Air secara langsung.
Membina laman bagi tujuan perniagaan.
Mengakses maklumat lokal semasa
Mengakses tetapan

10

2. Panel notifikasi Google+.
3. Butang Panel menambah rakan kenalan.
4. Butang memulakan sesi Hangout.

Anda juga boleh klik pada pautan + Nama anda
di bar hitam laman utama Google.com bagi
memulakan sesi Hangout.

Dari sini, anda boleh mengakses Google+ Hangout dan sila ikuti panduan berikut untuk
memulakan sesi Hangout anda.

11

1.6 Memulakan Sesi Hangout Dari Halaman Google+

1. Dari halaman Google+ klik > butang Hangout
yang terletak di sebelah kanan skrin.

2. Hangouts sidebar akan terbuka di sebelah
kanan skrin.

3. Klik > New Hangout atau Start a new one.

4. Taipkan nama kenalan Google+ atau
1BestariNet ID anda ke dalam bar carian.

5.Klik kotak semak di sebelah nama mereka
untuk menambah mereka ke dalam senarai
jemputan.

6. Untuk menambah peserta lain, ulangi
langkah 4 dan 5.

7. Klik butang mesej atau butang panggilan
video .

Nota: Anda juga boleh menambah peserta
dengan menaipkan nama peserta tersebut dan
kemudian menekan Tab untuk memilihnya.

12

1.7 Memulakan Hangout dengan Hangout Extension

Satu lagi cara untuk memulakan Hangout adalah dengan memasang sambungan Hangout
Extension untuk Google Chrome. Klik di sini untuk pergi ke laman Chrome Web Store dan
memasang sambungan.
Setelah dipasang, anda akan melihat Extension muncul di sudut kanan atas Google Chrome.

Extension Hangout kelihatan seperti gelembung ucapan hijau.
Apabila anda klik pada Extension, tetingkap kecil akan terbuka
di sudut kanan bawah skrin anda.
Anda akan dapat melihat sejarah sesi yang pernah anda sertai
dan senarai kenalan Google+ semasa anda.

Tetingkap untuk menjawab panggilan sesi
Hangout adalah terbuka secara automatik
disertai dengan bunyi pemberitahuan. Untuk
menjawab panggilan, klik> Answer.

13

Apabila "Answer" diklik, tetingkap baru Google Hangout akan terbuka. Jika ini adalah kali
pertama anda menggunakan Google Hangout, anda akan diminta untuk memasang Hangout
Plugin.

Selepas plugin selesai dipasang, anda akan diminta untuk melaraskan tetapan webcam dan
mikrofon anda, jika perlu. Setelah anda bersedia untuk memasuki Hangout, klik> Hangout.

14

2.0 Memulakan Hangout On Air

Hangout On Air adalah merupakan satu lagi aplikasi dari Google. Ia membolehkan pengguna
menayangkan sesi Hangout secara langsung pada lama Google+ dan juga Youtube. Pengguna
juga boleh mengubah acara mengikut tetapan serta menggunakan pautan dari tayangan
sebagai rujukan. Penganjur dari sesi Hangout On Air juga boleh berinteraksi dengan penonton
dengan menggunakan aplikasi soal jawab secara langsung.

Perbezaan antara Hangout dan Hangout On Air:

Pengguna Rujukan Masa Depan Interaksi

Hangout 10 hingga 15 pengguna Tiada rakaman. Hanya penganjur dan
Hangout On Air sahaja dalam satu peserta sahaja boleh
sesi. berinteraksi

10 hingga 15 pengguna Rakaman dalam Penganjur, peserta
dan penonton lain Youtube. dan penonton dapat
samada dari umum berinteraksi dengan
atau khusus bagi menggunakan aplikasi
kenalan. yang tersedia.

Untuk bersiaran di Google+ Hangouts On Air, anda perlu memiliki akaun Google+ dan Youtube.
Untuk berada lebih 15 minit, anda memerlukan sambungan akaun YouTube yang tempohnya
telah dilanjutkan melebihi had tersebut.

15

Untuk memulakan Hangout Google On Air, log masuk ke halaman Google+ anda:
1. Klik > butang Menu dan menu ke bawah akan
terpapar, pilih Hangouts On Air.

2. Klik> butang Start Hangout On Air di
bahagian atas kanan.
(Jika ini adalah kali pertama anda, wizard akan
membantu anda melalui proses memuat turun
dan memasang Plugin Hangout. Anda juga
perlu bersetuju dengan terma dan syarat.)

3. Masukkan nama sesi hangout anda ke dalam
kotak 1 dan jemput peserta dalam kotak ke-2.
(Anda boleh menjemput penonton di kalangan
anda atau menaip alamat e-mel. Walau
bagaimanapun, anda tidak perlu menjemput
sesiapa untuk memulakan Hangout dan anda
boleh menjemput orang untuk menyertai
Hangout selepas ia bermula)

16

4. Klik> butang Click here untuk mengesahkan
akaun Youtube anda.

5. Klik pada kotak 1 dan dari menu ke bawah,
pilih Malaysia. Pilih kaedah penghantaran kod
pengesahan anda dalam kotak 2.
6. Masukkan nombor telefon anda dan tunggu
mesej kod pengesahan dihantar ke telefon
bimbit anda.

17

7. Masukkan kod pengesahan 6 digit anda ke
dalam kotak.

8. Laman Youtube akan terpapar dalam
tetingkap baru. Klik> Enable untuk menjalankan
sesi online anda secara live.

9. Sekarang sesi Hangout sedia untuk
dijalankan secara live.
Seterusnya kembali ke Google + Tab untuk
meneruskan.
10. Klik > butang Q&A bagi mengadakan
aplikasi soal jawab dengan penonton.
11. Klik > butang Start untuk memulakan sesi.

18

12. Klik > butang Start broadcast untuk
memulakan sesi Hangout On Air.
Untuk menamatkan sesi live, klik pada butang
Stop broadcast pada lokasi butang yang sama.

19

2.1 Antaramuka Google + Hangout On Air

Berikut adalah panduan antaramuka pada Hangout On Air:

1. Butang Start di sebelah kanan atas antara pemuka Hangout.
2. Butang Trailer untuk mengadakan prebiu penonton di halaman Google+.
3. Q&A untuk mengadakan aplikasi soal-jawab dengan penonton.
4. Butang Edit event untuk mengubah maklumat sesi.
5. Butang Links untuk menyalin atau berkongsi URL.
Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan Google+ Hangout On Air, anda perlu bersetuju
dengan terma dan syarat dari Google. Selepas anda mengklik butang Start Broadcast, satu
mesej akan muncul mengingatkan anda bahawa siaran akan dilakukan secara terbuka. Klik >
Continue dan Hangout On Air ditayangkan selepas beberapa saat.
Nota penting
Paparan video dalam YouTube atau di halaman Google+ anda adalah lewat kira-kira 45 saat dari
waktu anda menekan butang Start Broadcast. Ini berlaku kerana Google perlu memasukkan
aliran daripada semua peserta, menghasilkan beberapa interaksi semasa siaran (dan kemudian
melalui video-atas-permintaan) dan menghantar aliran kepada penonton On Air. Untuk lebih
jelas, anda tidak perlu menunggu 45 saat untuk mula bercakap. Tetapi anda perlu bercakap
seperti biasa dan video akan dipaparkan 45 saat kemudian kepada penonton On Air.

20

2.2 Menerima Jemputan Hangout On Air

Untuk menerima jemputan sebagai tetamu
atau menonton siaran langsung sebagai
penonton,
1. Klik > Home dan menu ke bawah akan
dipaparkan.
2. Pilih dan Klik > Hangouts, tetingkap baru
akan muncul dan skrol ia ke bawah untuk
menemui Hangout On Air.
3. Klik View all untuk memilih sesi Hangout On
Air.

4. Klik tab Video Hangouts untuk menerima
jemputan.
5. Atau klik dua kali pada video untuk
menonton sesi tersebut.
6. Atau pilih dan klik > Yes pada jemputan
video. Anda boleh menjemput lebih ramai
penonton untuk melihat sesi tersebut melalui
pilihan ini.

21

2.3 Menggunakan Aplikasi Soal-jawab dalam Hangout On Air

Untuk menggunakan aplikasi soal jawab, anda perlu mengadakan aplikasi terlebih dahulu.
(Rujuk panduan 1.1). Berikut adalah panduan menggunakan aplikasi soal jawab.

1. Klik > butang Q&A pada tetingkap Hangout.
Soalan dari penonton akan terpapar di
bahagian kanan skrin Hangout.
Penonton lain boleh mengundi soalan
kegemaran dengan menekan butang +1.

2. Penganjur boleh memilih soalan yang ingin
dijawab dengan menekan butang Select.
Nota:
Pastikan penganjur menekan butang Select
terlebih dahulu sebelum menjawab soalan. Ini
akan dirakamkan dalam bentuk ‘Timeline’ di
mana penonton lain memilih jawapan yang
mereka inginkan melalui pilihan masa.
3. Klik > butang Done jika soalan telah dijawab.

22

2.4 Panduan Penonton Hangout On Air

Di dalam segmen seterusnya, kita bakal melihat bagaimana penonton boleh berinteraksi
dengan penganjur utama dalam sesi Hangout On Air dari laman Google+. Penonton juga boleh
turut serta dalam sesi soal jawab dan melangkau video terus kepada jawapan dengan memilih
soalan dari sesi.

1. Klik >tab All untuk melihat acara dari laman Google+
2. Klik - 2 kali > paparan Video bagi melihat
sesi.

23

3. Jika pihak penganjur telah mengadakan
aplikasi Q&A, penonton boleh melihat ruangan
bagi bertanyakan soalan pada bahagian kanan
skrin Hangout.
4. Klik > butang Ask a new question untuk
bertanya soalan kepada penganjur.
5. Penganjur boleh memilih soalan yang ingin
dijawab dengan memilih soalan yang
mendapat undian tertinggi dari penonton.
Nota:
Penonton boleh mengundi soalan apabila
butang +1 di klik.

24

3.0 Butang Interaksi & Penyelesaian Masalah

Sebaik sahaja Hangout bermula, sila beri perhatian ke atas beberapa alat dan butang asas yang
disediakan untuk pengguna, di sudut kanan atas dashboard Hangout :

1 23 45 6

1. Tahap suara mikrofon

2. Senyap / nyah senyap mikrofon anda

3. Mematikan webcam anda

4. Laraskan penggunaan bandwidth

5. Tetapan

6. Keluar dari sesi Hangout

25

Di sebelah kiri tetingkap Hangout, terdapat beberapa butang aplikasi interaktif yang boleh
membuatkan sesi anda menjadi lebih menarik.
1. Buka tetingkap bual (chat).
2. Kongsikan skrin anda dengan orang lain.
3. Tangkap imej dari paparan tingkap.
4. Tambah lukisan pada skrin.
5. Bantuan desktop kawalan.
6. Buka Google Drive pada skrin.
7. Paparkan video Youtube

3.1 Penyelesaian Isu Teknikal Hangout

Jika anda masih mengalami gangguan audio atau video semasa dalam panggilan video, cuba
langkah-langkah penyelesaian berikut:

1. Pastikan webcam dan mikrofon anda dipasang.
2. Pastikan bahawa mikrofon dan kamera web anda tidak digunakan oleh aplikasi lain.

26

3. Semak tetapan anda untuk memastikan plug-in menggunakan webcam dan mikrofon
yang betul.

4. Untuk memeriksa tetapan anda, klik ikon gear di bahagian atas tetingkap panggilan
video.
○ Jika mikrofon atau kamera web anda muncul sebagai "video USB / peranti audio"
anda mungkin perlu memasang perisian daripada pengilang peranti.
○ Jika kamera anda berfungsi dengan baik, anda akan melihat video anda terpapar
di sebelah kanan bahagian bawah tetingkap panggilan video.
○ Untuk menguji mikrofon, bercakap dengan kuat. Jika mikrofon anda berfungsi,
meter di sebelah ikon mikrofon akan kelihatan bergerak.
○ Untuk memeriksa tetapan pembesar suara anda, klik butang Sound test.
○ Keluar dan sertai semula panggilan video.

5. Mula semula komputer anda.
Jika isu ini masih berterusan, sila layari forum Hangouts untuk mendapatkan bantuan.

27

4.0 FAQ

1. Apakah itu Frog Connected Classrooms?
Frog Connected Classrooms ialah satu program baru yang memudahkan guru-guru untuk
menyambung para pelajar mereka dengan peluang-peluang pembelajaran melalui ciri Google+
yesMail.

2. Bagaimanakah saya boleh menyertai Frog Connected Classrooms?
Dengan mengambil bahagian dalam Frog Connected Classroom G+ Community, anda akan
disambungkan dengan guru-guru dan organisasi-organisasi pendidikan lain untuk menyertai
dan membuat lawatan lapangan maya anda sendiri.

3. Apakah itu Hangout On Air?
Hangouts On Air ialah persidangan video dengan penyertaan sehingga 10 skrin peserta, yang
disiarkan di Google+, direkodkan di YouTube dan boleh dibenam ke dalam laman-laman web
luar.

4. Apakah itu Virtual Field Trip?
Virtual Field Trip menggunakan Hangouts On Air untuk menyambung kelas dengan kaedah
pembelajaran unik yang disediakan oleh pelbagai rakan kongsi di Google+ For Connected
Classrooms. Lawatan lapangan maya boleh membawa maksud semua jenis pengalaman
pembelajaran yang disediakan melalui Hangout On Air. Mereka boleh memanfaatkan
kemudahan lawatan maya, berkomunikasi dengan pakar, mengetahui artifak muzim atau
berkolaborasi dengan bilik-bilik darjah yang lain, di seluruh dunia.

28

5. Bagaimana untuk saya menonton Hangout On Air?
● Untuk lawatan lapangan yang terdahulu, anda boleh menonton Hangout On Air dari halaman
G+ Event.
● Untuk lawatan lapangan yang akan datang, anda boleh RSVP untuk menerima notifikasi
apabila lawatan lapangan disiarkan secara langsung. Sebaik acara bermula, anda boleh
menyertai Hangouts secara langsung di halaman acara Google+, lawatan lapangan, yang
sentiasa dipautkan dari laman web Connected Classrooms.

6. Apakah yang pelajar saya boleh lakukan apabila menonton Hangout On Air?
Interaktiviti adalah berbeza mengikut lawatan lapangan maya, tetapi ramai yang akan
memasukkan aktiviti untuk para pelajar dan sesi soal jawab yang membolehkan pelajar
menyoal para penonton yang bersiaran langsung.

7. Bagaimanakah mendaftarkan kelas saya sebagai peserta siaran langsung dalam Hangout On
Air Frog Connected Classroom?
Untuk memulakannya, sertai Frog Connected Classroom Community, yang mana rakan kongsi
akan mengumumkan lawatan lapangan maya yang akan datang. Sebanyak 1-4 bilik darjah akan
dipilih untuk menyertai acara Hangout On Air sebagai peserta siaran langsung.

8. Apakah yang perlu ada di dalam kelas saya untuk menyertainya?
❏Akaun Google+
❏Sambungan Internet berkelajuan tinggi
❏Sistem tayangan untuk menayangkan Hangout On Air kepada pelajar
❏Webcam & Mikrofon
❏Kebenaran ibu bapa untuk murid-murid di bawah 13 tahun

29

30


Click to View FlipBook Version