The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulisan akademik kerja kursus GWCP 1042 RADIAH HUSNA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by usnasahut, 2021-11-06 09:40:22

Penulisan akademik kerja kursus GWCP 1042 RADIAH HUSNA

Penulisan akademik kerja kursus GWCP 1042 RADIAH HUSNA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWCP1042 PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : RADIAH HUSNA BINTI SAHUT
ANGKA GILIRAN : 2021292310150
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030623040066
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA1
KOD DAN NAMA KURSUS : GWCP1042 PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH : PUAN ZURAIDAH BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : 21 OKTOBER 2021

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : HUSNA Tarikh : 21/10/2021

ISI KANDUNGAN

Kandungan

Borang Maklum Balas Kerja Kursus

PENGHARGAAN

TUGASAN 2 :

CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PENDAHULUAN 4

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 5
Faktor Pengurusan Masa
Faktor Tempat Belajar
Faktor Istirahat
Faktor Peransang
Impak Pandemik Covid-19 Mengubah Wajah Dunia Pendidikan di Malaysia

PENUTUP 8

RUJUKAN 9
LAMPIRAN 10

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim , Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan kerja kursus GWCP1042 ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan setinggi – tinggi ucapan terima kasih ini
kepada pensyarah tercinta saya, Puan Zuraidah Binti Talib kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka mata dan minda untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya idea serta buah fikiran untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

3

TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR

DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh:

Nama : Radiah Husna Binti Sahut
Kursus : GWCP 1042
PENDAHULUAN

Keberkesanan suatu pembelajaran bergantung kepada kaedah dan cara pembelajaran
tersebut dijalankan . Pengaplikasian kaedah yang sesuai dan efektif dalam proses
pembelajaran membolehkan pencapaian hasil yang maksimum. Sebelum saya
membicarakan dengan lebih lanjut , eloklah saya menerangkan maksud pembelajaran yang
efektif . Menurut Popham dan Baker (1992), proses pembelajaran yang efektif terjadi jika
guru dapat mengubah kemampuan dan persepsi pelajar daripada sukar untuk belajar
kepada mudah untuk mempelajari sesuatu.

Dalam penulisan ini , kita akan memfokuskan penjelasan tentang cara- cara
pembelajaran dalam talian yang efektif untuk pelajar di Institusi Pendidikan Guru .
Penulisan ini bertujuan untuk mengetahui hakikat sebenar dalam pembelajaran dalam
talian yang efektif di mana proses belajar dan mengajar yang bukan saja terfokus kepada
hasil yang dicapai peserta didik, namun bagaimana proses pembelajaran yang efektif
mampu memberikan pemahaman yang baik, kecerdasan, ketekunan, kesempatan dan
mutu walaupun tidak bertemu serta dapat memberikan perubahan prilaku dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka.

4

LATAR BELAKANG PERBINCANGAN
1. FAKTOR PENGURUSAN MASA
Pengurusan masa yang berkesan oleh pelajar di Institusi Pendidikan Guru amat
signifikan terutama sekali pada waktu pandemik Covid-19 ini . Dengan adanya jadual
waktu harian , pelajar dapat membahagikan waktu belajar, menyiapkan tugasan ,
bereakrasi dan yang seumpamanya dengan baik bagi mewujudkan kehidupan yang lebih
teratur dan efisien supaya kehidupan dan emosi pelajar lebih stabil .Pelbagai teknik telah
dikenalpasti yang dapat memudahkan pelajar dalam pengurusan masa . Sebagai contoh ,
teknik Pomodoro telah dikembangkan oleh Francesco Cirillo pada akhir 1980-an. Untuk
menjelaskan lagi , kebiasaanya teknik ini menggunakan pemasa untuk memecah kerja
menjadi selang waktu, biasanya 25 minit panjang, dipisahkan dengan rehat pendek .
Dalam hubungan ini, pelajar juga perlu memastikan agar diri dapat melaksanakan dan
mematuhi jadual tersebut . Disamping itu , disiplin diri lebih utama untuk menjadi
seseorang yang berjaya, dengan erti kata lain pelajar perlu berkorban masa dan tenaga
selain dapat membantu pelajar bagi mencapai sesuatu impian seperti mana dalam surah
al asr , Allah berfirman yang bermaksud demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian kecuali orang yang yang beriman dan beramal soleh .

2.FAKTOR TEMPAT BELAJAR
Dalam menghasilkan cara belajar yang lebih efisien di atas talian, pelajar harus
menyediakan ruang belajar yang khusus dan kondusif kerana belajar secara atas talian
memerlukan internet berkelajuan tinggi. Oleh itu, pelajar harus bijak untuk mencari
kawasan internet yang mudah diakses supaya tidak terlepas apa-apa perkara mengenai
tugasan dan pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah di universiti. Dari
aspek pencahayaan dan pengudaraan juga penting dalam memastikan pelajar kekal
fokus dan mempunyai stamina yang tinggi untuk menghadiri kelas dalam talian . Bartlett
(2003) menyatakan bahawa keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya
keadaan persekitaran pembelajaran adalah selesa . Pembelajaran dalam talian akan
menyebabkan berlakunya pendedahan terhadap kapasiti cahaya pada tahap maximum
terhadap skrin komputer . Dengan demikian , Sindrom Penglihatan Komputer (CVS)
ditakrifkan sebagai satu kumpulan masalah mata dan penglihatan yang berpunca
daripada penggunaan komputer yang berpanjangan (Persatuan Optometrik Amerika,
2007).

5

3.FAKTOR ISTIRAHAT
Selain itu , untuk mengekalkan konsentrasi yang berterusan semasa pembelajaran dalam
talian , pelajar perlu memastikan bahawa diri mempunyai rehat yang secukupnya. Yakni
dengan memastikan setiap pelajar mempunyai tidur yang secukupnya dalam 6-7 jam
sehari kerana ia boleh memberikan impak yang besar kepada prestasi pembelajaran
pelajar . Kajian daripada Sleep Health Journal mengatakan bahawa tidur remaja (18-25
tahun) ialah sekitar 7-9 jam setiap hari . Selain itu, sekiranya pelajar mengulang kaji
pelajaran,pastikan mempunyai tempoh rehat dalam 5-10 minit dan elakkan penggunaan
telefon sewaktu rehat . Hal ini kerana penggunaan telefon menyebabkan otak dan mata
akan menjadi letih sehingga menyebabkan daya tumpuan dan fokus anda semakin
lemah. Satu kajian yang dijalankan di Sekolah Perubatan Universiti Pennsylvania pada
tahun 2003 menunjukkan bahawa prestasi kognitif akan menyusut jika tidur kurang
daripada lapan jam.Justeru , pelajar hendaklah melakukan aktiviti yang ringan seperti
senaman ringan supaya kembali aktif dan kekal momentum ketika belajar di atas talian.

4.FAKTOR PERANSANG
Lanjutan itu , hasil belajar yang dicapai oleh pelajar dipengaruhi dua faktor utama,
iaitu faktor dari dalam diri pelajar, meliputi kemampuan yang dimilikinya, motivasi ,
belajar, ketekunan, sosial, ekonomi dan faktor fizikal . Sebagai pelajar di Institusi
Pengajian Guru , motivasi merupakan elemen yang sangat penting supaya mental dan
fizikal pelajar sentiasa bersemangat dan bertenaga. Hal ini penting kerana ianya dapat
memastikan diri pelajar sentiasa komited dalam menyiapkan tugasan dan mengikuti kelas
atas talian. Pada hakikatnya , pelajar perlu memastikan setiap tugasan dapat diselesaikan
mengikut masa yang ditetapkan supaya markah diri individu tidak dikurangkan dan ianya
dapat menjamin kejayaan mahasiswa dan mahasiswi . Dalam konteks akademik pula,
Thawabieh dan Qaisy (2012) menjelaskan bahawa pelajar mengalami tekanan akademik
akibat daripada peperiksaan, tugasan dan keperluan lain di universiti yang
berkemungkinan melebihi keupayaan mereka. Oleh itu, sekiranya pelajar mempunyai
sebarang masalah, elakkan daripada memendam perasaan dan pelajar mestilah
berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai .

6

5.Impak Pandemik Covid-19 Mengubah Wajah Dunia Pendidikan di Malaysia
Mengupas akan tema ini , pembelajaran dalam talian sering dikaitkan dengan suasana
pendidikan era norma baharu pada tahun ini di kala wabak COVID-19 menyerang . Oleh
itu , Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan panduan pelaksanaan
PdPc bermula 1 April 2020 yang merangkumi pembelajaran secara dalam talian
menggunakan Google Classroom supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan.
Jamaludin Badusah & Hashimah Haji Hashim (2005), dalam kajian mereka
mendapati pada keseluruhan minat pelajar terhadap penggunaan Internet dalam
penulisan didapati sangat baik. Melalui pembelajaran dalam talian, penglibatan dari
guru, ibu bapa dan kanak-kanak amat penting dalam memastikan objektif pengajaran
dan pembelajaran dapat dicapai. Ini bermakna, kemahiran guru dalam menggunakan
peralatan elektronik seperti komputer, internet, Microsoft PowerPoint, video serta
aplikasi dalam talian sangat diperlukan dalam memastikan kanak-kanak mendapat
kefahaman, minat dan komitmen kanak-kanak dalam sesi pembelajaran .Maka, dalam
tempoh PKP ini, pembelajaran dalam talian merupakan pilihan dan keperluan
yang utama walaupun sebelum ini pembelajaran dalam talian hanyalah satu
pilihan, tetapi dengan penguatkuasaan PKP, dalam petikan Bernama (2020b)
Pensyarah Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti UKM Anuar Ahmad
berkata bahawa ianya menjadi suatu keperluan memandangkan kanak-kanak hanya
berada di rumah masing-masing .

7

PENUTUP
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya , saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan.Dengan erti kata lain , saya telah
mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang baharu untuk dipelajari sepanjang proses
menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Penulisan Akademik ( GWCP 1042 ) ini .
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Saya berharap agar hasil kerja kursus ini
dapat memberi manfaat kepada semua .

8

RUJUKAN
Popham dan Baker (1992), http://onenurhidayah.blogspot.com/2016/09/pembelajaran-

yang-efektif.html
Teknik Pomodoro https://g.co/kgs/xbDGSx
Bartlett ( 2003 ) JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.6
American Optometric Association (AOA). (1995). The effects of computer use on eye

health and vision .
https://www.sleephealthjournal.org/
Hairia’an, N. H., & Dzainudin, M. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan dalam talian

semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan

9

LAMPIRAN
10


Click to View FlipBook Version